You are on page 1of 1679

Tuesday, April 12, 2011 Ucapan Pembukaan oleh Srikandi

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dua pantun klasik di atas membuka tirai kata-kata alu-aluan Alter Terahsia Bangsa Melayu edisi 3.5;mengalungalukan semua anak-anak Melayu dan peminat sejarah Melayu ke taman riwayat terahsia saya.Selamat datang ke lubuk pusaka paling misteri dan sakti di segenap kemelayuan anda. Izinkan saya,Srikandi membuka bicara dengan seribu warha susila,wardi nan sentosa. Alangkah seronoknya dapat mengenali keunikan dan ragam budaya orang lain.Namun alangkah bertuahnya anda

dapat mengenali diri anda yang sebenarnya,menggali rahsia demi rahsia di mana sebelumnya anda tidak pernah memikirkan begitu jauhnya misteri yang menyelubungi diri anda.Misteri yang membuatkan anda tertanya-tanya di sepanjang hayat anda.Ini terjadi kepada saya ketika mula-mula menatap sebuah diari yang aneh pada tahun pertama saya di universiti. Pada mukasurat ke 233,di bawah tajuk The Royal Ark of Matahari,saya menemui kata-kata berikut: "Beritahuku,siapa Matahari.Siapa

Hati.Beritahuku bagaimana peperangan antara Badi dan Perahu.Siapa Kama yang mencemburui si Hati.Aku tak jumpa di bumi Melayu.Di sini jauh terasing di Volga aku menemui ratu Kama.Kama dan Badi.Dari The Land of Gods ke tanah para Viking dan Bulgar.Dan keris misteri tanpa hulu ini,terukir nama:Kama ku yang tersayang...." Keris tanpa hulu ini telah dijumpai di Rusia pada tahun 1999.Ketika Lonecryer (seorang penyelidik yang menyumbang idea kepada MF) menunjukkan perenggan yang menyebutkan tentang keris itu,saya segera faham.Saya

mengeluarkan keratan akhbar yang memuatkan berita tentang penemuan 'The Misterious Ancient Wavy Dagger'.Sebenarnya penemuan sejarah Melayu adalah terlalu banyak di bumi Rusia berupa artifak-artifak purba yang bernilai berjuta-juta dollar,sebahagian besarnya berlegar-legar di pasaran gelap dan dimiliki oleh pemburu-pemburu harta di kalangan mafia dan komrad yang korup.Lonecryer menerangkan kepada saya tentang seorang Spetsnaz (komando Rusia) telah membocorkan rahsia ini kepada Lodgekeeper ketika pengembaraannya di Rusia pada awal 80-an dahulu.Selepas Perang

Dingin,penjualan senjata dan kereta kebal yang terlebih pengeluarannya berleluasa di kalangan pedagang senjata.Di sebalik kerancakan penjualan senjata di pasaran gelap,ialah lambakan artifak-artifak aneh yang tidak diketahui berasal dari mana. Lonecryer juga menunjukkan gambar seorang pemberi maklumat yang telah ditangkap dalam satu serbuan oleh FSB.Lelaki itu berdiri membelakangi satu papan kenyataan dengan gaya sedang menghisap rokok.Di sudut kanan papan kenyataan ini tertulis perkataan

menunjukkan bahawa lelaki yang berurusan dengan Lodgekeeper ini bukan seorang yang biasa.Selepas itu adalah berita buruk.Keris yang muncul dalam akhbar Utusan Malaysia (dalam kolum kecil yang terpinggir) telah berpindah ke tangan pedagang artifak yang menyamar sebagai kurator muzium.Anehnya,kerajaan Rusia mula sedar akan sesuatu.Sebuah think tank bawah tanah di Leningrad dalam bidang penyelidikan sejarah mula merangka draf untuk menggalakkan para pelajar Rusia mempelajari budaya Melayu dan bahasanya.Ada sesuatu yang memeranjatkan di dasar Sungai Volga!

Beratus-ratus tahun dahulu,kira-kira 200 tahun Sebelum Masehi,pengaruh kerajaan Malayu telah pun harum di seluruh dunia sebagai pengeksport emas;mewarisi sumber emas utama 'The King Solomon's Mines' bagi pembangunan Haikal Sulaiman dan perhiasan Ziggurat di bawah Emperor Babilon.'Gold purifier' telah dibina di merata tempat di bumi Malayu.Para pedagang Melayu Kuno berdagang emas sehingga ke Persepolis dan barangan mereka menembusi hingga ke utara wilayah steppe Rusia,ke Tatarstan sekarang dan memasuki Sungai

Volga.Dari sungai ini,barangan-barangan ini mencapai ke St. Petersburg di Rusia kini.Dari sinilah puak-puak Norseman dan para pahlawan Viking berbisik-bisik sesama mereka tentang perhiasan emas dari The Land of The East.Di satu cabang sungai Volga telah dinamakan 'Sviyaga' merupakan transliterasi bahasa tempatan kepada nama satu dinasti purba Melayu yang nantinya akan berubah menjadi empayar maritim yang amat berpengaruh. SRIWIJAYA Ketika orang-orang Kausasus Kuno

berbisik-bisik tentang Sviyaga,para pedagang Arab-Parsi berurusan dengan Sribhoja di kala para pedagang China mula menyedari dinasti 'Sanfoqi' mula naik untuk mengambil alih hegemoni emas kerajaan Malayu di Sumatera.Dinasti kuno ini sebenarnya berasal dari semenanjung dan mula menggerakkan perluasan kuasa untuk menundukkan dinasti-dinasti pemerintah suku-suku Melayu di seluruh Asia Tenggara.Sehingga akhirnya,para pedagang Arab menggelarkan raja dari dinasti ini:"Maharaja bagi seluruh kepulauan".

Dinasti Sriwijaya menjadi satu "ruling house" yang amat berpengaruh dan menggerunkan sehingga nama orang Melayu itu sendiri menjadi momokan bagi kaum-kaum Austronesia di sekitar Nusantara.Kemudian muncul satu dinasti Melayu yang lebih 'advance' dari segi teknologi pertanian,menggabungkan diri ke dalam keluarga pemerintah Sriwijaya.Dinasti ini berasal dari dinasti-

dinasti Melayu Indochina dan punya pengalaman luas dalam politik Champa dan Funan.Itulah dinasti Sailendra;rajaraja dari gunung. Semua ini memerlukan saya bermula di Indochina,untuk menjejak siapakah Sriwijaya ini,yang dahulunya hanyalah nama satu dinasti Melayu yang memerintah negarakota yang kecil,juga asal-usul Sailendra yang nama dinasti ini dijumpai sejauh di Burma.Buat permulaan,saya harus mengkaji beberapa artifak purba yang amat penting,untuk membuka beberapa kunci ghaib bangsa Malayu.Pedang Cura

Simanjakini,gelang potoh naga dan keris Taming Sari (kesemuanya di Negeri Perak,Malaysia),Cogan Daun Emas RiauLingga,Prasasti Matari Singa Jaya Himat yang bertulisan Rencong,Keris Majapahit (di Kelantan) sekadar menamakan beberapa contoh dari senarai saya.Artifak-artifak ini amat penting untuk mengetahui kronologi riwayat terahsia Melayu.Sebagaimana yang telah diisytiharkan di dalam Prasasti Matari Singa Jaya Himat: "...Matari Singa Jaya Himat namanya. Lama-lama baranak lanang; Matari Singa Jaya Mat, dari ratu,

lami lami bangsa Malayu..."

Prasasti ini amat berbeza dengan prasasti-prasasti lainnya (Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur) yang bertuliskan aksara Pallawa atau Kawi,prasasti dari Palembang ini menggunakan aksara Rencong,tulisan purba Melayu.Di perbuat dari tembaga dan terdiri dari bait-bait seakan puisi yang amat panjang,usianya tidak dapat ditafsir dengan jelas.Pendapat semasa mengatakan ia diukir ketika era awal Majapahit.Dan prasasti ini telah mengungkapkan dengan megah nama

satu bangsa;BANGSA MALAYU...dengan teramat-amatlah jelasnya dan tiada satu pun prasasti purba yang mengungkapkan nama bangsa atau kaum sepertimana bangsa Melayu sebagai contoh bangsa 'Siam Merong'.Tiada prasasti mengungkapkan nama 'Siam','Jawa','Bugis' atau 'Sulu' dengan megah dalam satu prasasti...bukan semata-mata batu sahaja tetapi prasasti tembaga!Saya pasti leluhur kita dahulu ada mengukirnya di kepingan emas,namun sudah pasti hilang akibat dirampas ketika peperangan dan sebagainya.

Bagaimana dengan anggapan sesetengah orang yang tidak berpelajaran yang mengatakan nama 'Melayu' dari perkataan Jawa atau ciptaan British?Mahu sahaja saya mencampakkan kepingan tembaga Prasasti Matari Singa Jaya Himat ke muka-muka petualang bangsa ini. Pada mukasurat ke 316,di bawah tajuk kecil,Ephra & Mala Dynasty: "Raja Mala gemarkan isteri dari kerajaan asing.Raja Mala turun dari perahu naganya menuju ke satu kota.Raja Mala meletakkan kemenyan

wangi di atas kain dan semua orang dalam kota itu terpegun dengan batu ajaib yang amat wangi itu.Seorang gadis dari Kerajaan Sulaiman terpesona dengan batu ajaib.Raja Mala membawanya pulang sebagai hadiah dari Tanah Babil,kota yang makmur dan sentosa"

Candi Sukuh

Kajian alternatif dari para saintis dan ahli geografi mencadangkan satu benua yang tenggelam di lautan Pasifik.Bangsa yang terselamat dari benua ini telah melarikan diri ke Jepun,Taiwan dan Asia Tenggara.Selebihnya tiba ke Benua Amerika.Sebab itu kita dapati budaya dan kostum kaum-kaum di Sabah seperti Murut atau Kadazan atau etnik-etnik tertentu di Sarawak seakan sama dengan kaum-kaum Red Indian.Lihat gubahan bulu burung yang dibuat topi.Satu kuil purba di Indonesia menyerupai 100% rekabentuk piramid Maya padahal ia

adalah kuil Hindu!Bagaimana senibina Maya boleh melangkaui sampai ke Pulau Jawa?

Kuil Maya

Tiada kuil Hindu di India yang

menyerupai piramid Maya sebagaimana Candi Sukuh.Jika saya katakan kejuruteraan senibina Melayu Purba yang asli adalah piramid-piramid,anda mungkin kurang percaya.Lihat,tiada satu pun candi Buddha di dunia yang menyerupai candi Borobudur ciptaan Melayu Sriwijaya.Senibinanya seakan meninggalkan banyak 'puzzle' yang sehingga kini memeningkan para pengkaji.Sehingga kini mereka masih mencari makna di sebalik stupa besar di puncak Borobudur.Anehnya,stupa ini tidk berisi patung Buddha tetapi kosong,dan satu fakta yang anda harus tahu bahawa Borobudur dibina

berdasarkan kejuruteraan piramid!Pembinanya telah menyusun kepingan-kepingan batu sehingga ke puncak tanpa menggunakan bahan perekat;tetapi menggunakan teknik tanggam yang kreatif.Siapakah yang handal menggunakan teknik tanggam ini?Bangsa Melayu.Sebab itu istanaistana zaman dahulu seperti Seri Menanti di Negeri Sembilan hanya menggunakan tanggam tanpa paku.Bahtera-bahtera Melayu juga menggunakan teknik tanggam yang unik. Jika anda mempunyai kesabaran dan pengetahuan yang benar...saya akan

pimpin tangan anda ke lautan rahsia yang menakjubkan.Saya akan ceritakan kepada anda epik dari riwayat rahsia yang memakan masa beribu-ribu tahun yang silam.Saya akan bukakan rahsia Borobudur sebagai balai cerap perbintangan dan Angkor Wat yang dibina dari kota purba Sailendra kuno.Saya akan bacakan kepada anda riwayat-riwayat Melayu yang ditulis dalam bahasa Thai,Mon dan Khmer.Saya akan pimpin tangan anda mengeja nama bangsa sendiri yang terukir di atas batu bersurat nenek moyang.

...dari runtuhan dan puing-puing ini,aku tuliskan riwayat silamku yang terahsia... Kukesat darah dan keringat di atas nisan sejarahku... ku ukir kembali sejarah bangsa di atas air mata dan peperangan... Semoga suatu hari nanti...ada anak bangsa yang mengerti perasaan hatiku... Saya,Srikandi... cucu kepada pemegang riwayat terahsia ini dengan penuh rasa rendah diri membawakan kepada anda,

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME 3.5 "THE HOUSE OF BANI JAWI"

~Srikandi The House of Bni Jawi

Alter Terahsia Bangsa Melayu BHG 1

Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi? Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik

ini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramahtemuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan. Selamat Membaca.

-M.O

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east." (Genesis 25:6 New International Version)

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur

dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan. Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia. Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperanganpeperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian. Sesungguhnya kisah pengembaraan

bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey. Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini. Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah

alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma. Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya). Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya. "Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk

bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih". "Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda." Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-

betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins, "Jari-jarinya terbuka dengan perlahanlahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah". "Tubuh badannya tidak lagi kaku dan

susut tetapi lemah lembut dan benarbenar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai". Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi

akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut. Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan

kepada Nabi Ibrahim a.s.

Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan

teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya, "Siapakah Keturah ini?" Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsabangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi

bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum

yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata, "Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa) Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbirabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-

isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membezabezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum

Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk

memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah

bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim). Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang

disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa. dalam Alquran ada disebut: "Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil

sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian". (Ali Imran: 65 - 68) Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah

ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok

tinggi dan tebal,membina organisasiorganisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup

bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsabangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.

Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa

hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyisembunyi.

Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas

Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.

Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-

perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsabangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti. Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai

'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagahgagah dan hebat.

*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.

Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang

memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lamakelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga

adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-

sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan

kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100

orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina

bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana

kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisahkisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU

BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terangterangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga

kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi

orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika

ada pengkaji yang merumuskan dewadewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan

bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.

---------------------------------------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu II

Perbezaan pendapat di antara para pengkaji Barat dan Timur tentang asalusul bangsa Melayu begitu memeningkan.Sehingga kini kajian terus dilakukan dan pelbagai teori dikemukan sehingga antara yang terbaru adalah kajian dari penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin. Dibawah ini adalah sambungan kepada

artikel 'Alter Terahsia Bangsa Melayu' Selamat membaca -M.O

The Lost Fragrance in The Promised Land

"But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife (Keturah)..."

(Genesis 25:6 New International Version) Sehingga ke hari ini,para cendekiawan,pengkaji sejarah,pakar antropologi dan ahli geneologi masih berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil MELAYU ini.Sejarah kewujudan bangsa Melayu masih samar-samar dan misteri dan setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa,negara mahupun budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu.Setiap pengkaji juga mempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai percanggahan di antara satu sama lain.Tidak ada percanggahan yang ketara di dalam membicarakan riwayat sesuatu bangsa

kecuali bangsa Melayu.Tidak seperti bangsa Inggeris yang diketahui berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu Angles (dari sini terbit kata Anglo dan seterusnya English),Saxon dan Jutes.Juga bangsa Iran yang berasal dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung seperti Cyrus,Xerxes dan Darius.Para pengkaji Barat dan Timur juga menemui tanda-tanda fizikal di beberapa kawasan di dunia yang sama dengan apa yang ditemui di Kepulauan Melayu.Antara yang paling terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan gendang Dongson di Vietnam Utara.Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian tentang sosio-budaya di tempat-tempat lain yang

dikatakan mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik Tibet,kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah tentu bukti-bukti transformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China,Indochina (MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.APAKAH ERTI SEMUA INI?Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di seluruh Asia?Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri ini.Rahsia ini adalah satu kunci dari beberapa kunci di dalam 'Ark of Covenant' bangsa misteri ini.

Sebelum perbincangan yang lebih mendalam eloklah diturunkan hasil kajian umum dan terkenal beberapa pengkaji sama ada Barat dan tempatan tentang asal-usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa

Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini. Berasal dari Asia Tengah R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan

Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini. J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antara lain ialah:

padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa

bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India. J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea. J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam

suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu,

berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya

daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru. Kajian mendapati bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek JohorRiau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik. Berikut ini akan diperlihatkan cara

perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut. (a) Orang Negrito Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu

Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya. (b) Melayu-Proto Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang MelayuProto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan

mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru. (c) Melayu-Deutro Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. MelayuDeutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

Berasal dari Nusantara Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan

belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa: (a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain. (b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya

berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja. Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur

dan bangsa India di sebelah barat. Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan

geografis". Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau

Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia. Pintu Rahsia Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu. Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang

diperkirakan berusia satu juta tahun. Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia. Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang

berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa. Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada

bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah. Pendapat-pendapat dari Barat kebanyakan boleh disimpulkan seperti ini: -Bangsa Melayu berasal dari bangsa lain seperti China,India atau suku kaum di benua Afrika -Bangsa Melayu adalah lahir dari transformasi bangsa-bangsa besar seperti China,India atau Arab. Tetapi kajian mereka dipertikaikan oleh

beberapa pengkaji Barat J. Crawfurd,Gorys Keraf dan lain-lain bersama-sama para pengkaji tempatan termasuk para pengkaji di Universiti Sains Malaysia.Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut. Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik. Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa

Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram. Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan

Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia. Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah: 1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun. 2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kirakira 600,000 tahun. 3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun. Jika tiga fosil tersebut dibandingkan

dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara. Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal

mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.

RAHSIA DARI KETURUNAN NABI NUH Yang agak berkemungkinan disusurgalur ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit (Japheth), dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman.Untuk menyiasat dan menjejaki dari mana asalusulnya bangsa misteri ini kita terpaksa ke masa-masa terjadinya Banjir Besar,beribu-ribu (atau mungkin sampai

jutaan tahun?) sebelum kelahiran Sargon dari Akkadia dan bangsa Sumeria apatah lagi kewujudan dinasti-dinasti China seawal Dinasti Xia dan kelahiran Tamadun Indus. Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami." (Huud 11:48)

Selepas Banjir Besar surut,maka Nabi Nuh a.s pun keluar bersama-sama para pengikutnya seramai 80 orang (mengikut

jumlah yang disepakati di dalam manuskrip-manuskrip kuno).Tempat di mana mendaratnya bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark) tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi pendapat yang popular ialah di Buki Judi di Pergunungan Ararat di Turki.Setelah keluar dari bahtera maka bertebaranlah pengikut-pengikut Nabi Nuh ke seluruh bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham,Sam dan Yafid (Japheth).Ham telah mengembara ke kawasan di sebelah Afrika,manakala Yafid bergerak arah barat di mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan Mediteranean,Kaukasus,Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti Denmark,Norway dan lainnya.Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia Barat.Sebahagian

anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi Nuh yang bergerak ke kawasan sebelah Timur.INI ADALAH LAPISAN PERTAMA pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar. Nabi Nuh dan kaum kerabatnya yang lain masih menetap di Asia Barat.Dari kerabat Nabi Nuh ini maka lahirlah bangsa-bangsa purba Mesopotamia seperti Akkadia,Assyria dan bangsabangsa purba Babilon (termasuk Sumer dan Samiyah).Bangsa-bangsa ini membentuk peradaban Mesopotamia telah diperakui merupakan tamadun tertua di dunia dan digelar pusat ketamadunan dunia (adalah tamadun

yang dikenalpasti mula-mula mencipta roda).Bangsa-bangsa yang membentuk tamadun ini merupakan bangsa yang bijak dan terdiri dari keturunan yang terlatih,mahir dan genius.Ini tidak menghairankan memandangkan mereka berasal dari keturunan Nuh sendiri dimana Nabi Nuh adalah seorang yang pintar dan seorang 'patriarch' yang disegani.Manakala pengikut-pengikut Nabi Nuh yang telah sampai di sebelah India,China dan Timur Jauh tetap meneruskan hidup mereka namun agak terbelakang dari segi pencapaian bangsabangsa yang tinggal di pusat tamadun Mesopotamia.Ini memandangkan para pengikut Nabi Nuh adalah terdiri dari orang-orang yang miskin dan melarat dimana sebelum Banjir Besar mereka bolehlah dikatakan tinggal dikawasan

perkampungan (atau perumahan kos rendah pada istilah kini) ataupun menetap di setinggan-setinggan.Tahap pendidikan mereka yang rendah tidak memungkinkan mereka mendidik keturunan mereka secara intensif tidak seperti keturunan Nabi Nuh yang berasal dari golongan berpendidikan dan bijakpandai memandangkan Nabi Nuh sendiri selain seorang ahli agama, beliau juga adalah pakar dalam bidang zoologi dan kejuruteraan perkapalan.Beliau juga seorang ahli marin dan pelayaran yang berkemahiran.Sesungguhnya Allah s.w.t ,mengangkat para utusan-Nya dari kalangan yang terbaik dan dari keturunan yang terpelihara.Di sini kita boleh menimbangkan dua petunjuk misteri ini, *Adakah bangsa Melayu berasal dari

kaum kerabat Nabi Nuh? *Atau berasal dari salah seorang pengikut Nabi Nuh?

'Petunjuk Dari Banjir Besar' ini juga dapat menjawab mengapa di Tanah Melayu telah terdapat kaum-kaum lain yang fizikal dan rupaparas mereka amat berlainan dari bangsa Melayu.Mengapa terdapat kaum di sebelah kepulauan

Pasifik yang mengaku mereka berasal dari bangsa Melayu yang belayar dari sebelah Afrika (rujuk kaum Maori dan kaum-kaum kuno di kepulauan Hawai).Juga misteri Pulau Easter dimana patung-patungnya menyerupai batu-batu nisan Toroja dan tugu-tugu suku Batak.Sampai kini bangsa yang pernah mendiami pulau misteri tersebut masih samar-samar.Namun selepas ekspedisi yang digelar Kon-Tiki dalam tahun 1950'an yang mungkin merupakan ekspedisi paling penting selepas ekspedisi Galapagos,sebahagian misteri Pulau Easter telah terungkap.Kemajuan dari ekspedisi ini adalah kajian rapi mereka dari segi arkeologi,linguistik dan etnografi.Yang paling menarik adalah keputusan DNA dari tulang temulang yang dijumpai di sana menjelaskan

bahawa kaum yang membina tugu-tugu misteri itu bukanlah berasal dari Indian Amerika tetapi Polinesia yang menerangkan mengapa penduduk setempat memanggil pulau itu sebagai Rapa Nui yang mana bunyi linguistiknya mendekati ala Tahitian dan orang Tahiti mendekati asalnya dari kumpulan Molukas-Samoa (keduanya dari kumpulan etnik yang sama).Merekalah yang belayar ke Kepulauan Marquesas kemudian ke Hawaii selepas itu ke New Zealand dan akhirnya ke Tahiti.Dan pelayaran ini berkemungkinan hanya menggunakan kayak purba dan ia digelar sebagai Catamaran/Trimarant yang dikenali sebagai kapal kecil yang stabil yang mampu mengharungi gelombang lautan.Dan yang menariknya kaum-kaum kuno di Indonesia telah lama diketahui

menggunakan Trimarant yang mudah ditolak ketika pendaratan pantai.Sebab itu karakter tugu misteri di Pulau Easter menyamai tugu kaum Toroja dan Batak.

Betapa misterinya apabila ramai pengkaji tidak sependapat untuk menerangkan kehadiran kaum asli seperti Orang Asli,Jakun,Senoi dan sekumpulan dengan mereka di Tanah Melayu dan pada masa yang sama terdapat pula satu bangsa

yang berbeza yang berkulit cerah sedikit atau sawo matang,berpakaian kemas,lebih terurus kehidupannya,berorganisasi malah berkerajaan sendiri dan pernah membina empayar-empayar hebat,tidaklah bercawat,dan masih mengamalkan kehidupan primitif seperti berburu binatang dan bercucuk tanam iaitu mengamalkan ekonomi sara diri.Ini tidak sepening kes antropologi lain seperti kehadiran bangsa kulit putih di Australia dan Benua Amerika.Kes unik antara bangsa Melayu dan Orang Asli adalah masalah beribu-ribu tahun dahulu tidak seperti kes Red Indian dan Koloni Eropah.Ini menunjukkan sebelum konotasi 'Dunia Baru' yang popular digunakan dikalangan pengembara Eropah seperti Amerigo

Vespucci,Magellan dan Columbus merujuk kepada Tanah Amerika,bangsa Melayu telah lama menemui 'Dunia Baru' mereka beribu tahun yang lampau lama sebelum kelahiran Raja Manuel Sepanyol mahupun Christopher Columbus. Kunci kepada rahsia ini adalah terletak kepada pergerakan keturunan Ham,iaitu salah seorang anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa berkulit gelap seperti di sebelah Afrika dan pergerakan bangsa Mala dari keturunan Keturah mengikut jalan laut.Kunci ini akan membuka satu persoalan yang sekian lama menghantui para ahli antropologi mengapa kaum-kaum Polinesia seperti Orang Asli,Maori,Aborigin dan suku-suku Hawaii umumnya berambut

keriting,berkulit gelap serta memiliki raut wajah dan postur seperti kaum-kaum di Afrika dan berlainan dari etnik-etnik Melayu seperti Jawa,Banjar,Bugis,Kedah,Pahang dan sebagainya.Kaum asli Polinesia ini adalah HYBRID KEPADA KETURUNAN HAM DAN BANGSA MALA-KETURAH.Pergerakan pertama dipercayai adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.Merekalah yang sampai dahulu di Kepulauan Pasifik dan pulau-pulau Polinesia termasuk Australia membentuk kaum Aborigin.Kemudian tibalah pula keturunan Keturah setelah memakan beberapa generasi.Keturunan Keturah ini adalah kumpulan kedua iaitu yang mengikut jalan laut dari sebelah barat (dari arah Afrika) di mana kumpulan

pertama bangsa Mala melakukan perjalanan darat menuju ke hujung dunia 'Semenanjung Emas'.Ini menerangkan mengapa kaum asli di salah satu kepulauan Jepun,kaum asli purba di Taiwan dan etnik-etnik Polinesia di Pasifik seperti di Hawaii,Papua dan sebagainya memiliki beberapa perkataan mirip bahasa Melayu berserta maksud yang sama seperti 'batu' dan 'mata'.Kaum asli ini yang berasal dari keturunan Ham anak Nabi Nuh a.s yang menurunkan bangsa Afrika mengalami pertentangan untuk bertahan dengan kedatangan bangsa Mala keturunan Siti Keturah dan Nabi Ibrahim yang lebih maju dan berfizikal lebih besar dari mereka.Akibatnya mereka yang tidak dapat berasimilasi terpaksa berpindah ke kawasan lebih pedalaman.Terdapat juga

interaksi sosial di antara kedua-dua kaum ini seperti perdagangan malah ada yang berkahwin sesama mereka.

Kunci Rahsia Pada Pemberian Rahsia 1:1 Adam, Sheth, Enosh, 1:2 Kenan, Mahalaleel, Jered, 1:3 Henoch, Methuselah, Lamech,

1:4 Noah, Shem, Ham, and Japheth. 1:5 The sons of Japheth; Gomer, and Magog, and Madai, and Javan, and Tubal, and Meshech, and Tiras. 1:27 Abram; the same is Abraham. 1:28 The sons of Abraham; Isaac, and Ishmael. 1:29 These are their generations: The firstborn of Ishmael, Nebaioth; then Kedar, and Adbeel, and Mibsam, 1:30 Mishma, and Dumah, Massa, Hadad, and Tema, 1:31 Jetur, Naphish, and Kedemah. These are the sons of Ishmael. 1:32 Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan.

1:33 And the sons of Midian; Ephah, and Epher, and Henoch, and Abida, and Eldaah. All these are the sons of Keturah. 1:34 And Abraham begat Isaac. The sons of Isaac; Esau and Israel. 1:35 The sons of Esau; Eliphaz, Reuel, and Jeush, and Jaalam, and Korah. 1:36 The sons of Eliphaz; Teman, and Omar, Zephi, and Gatam, Kenaz, and Timna, and Amalek. 1:37 The sons of Reuel; Nahath, Zerah, Shammah, and Mizzah. (1 Chronicles 1 New International Version)

Petikan di atas adalah dari Kitab Riwayat dari Injil berkenaan jurai keturunan tertentu bermula dari Nabi Adam a.s hingga kepada anak keturunannya yang

membentuk bangsa-bangsa di dunia.Nama-nama di sini ada di antaranya mewakili kaum tertentu dan ada yang merupakan gelaran.Sebagai contoh Tubal adalah sebuah kawasan di sebelah Rusia di mana menunjukkan Japheth (Yafid) adalah anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa KaukasianEropah.Median merujuk kepada Madyan di mana bangsa inilah yang disebut dalam kisah 'Nabi Syuaib dan Kaum Madyan'.Bangsa ini disepakati oleh para pengkaji bahawa perintis kepada Empayar Iran pertama sebelum penyatuan Medes dan Parsi oleh Cyrus The Great,juga pernah berurusan dengan bangsa Parsi sama ada dalam perdagangan ataupun peperangan.Israel pula adalah gelaran kepada Nabi Yaakub (Jaacob).

"Dan sesudah Ishak (lahir pula) Ya'qub." (QS. Hud: 71) Perhatikan ada di antara nama-nama disini bukanlah nama sebenar orang terbabit tetapi ada yang GELARAN dan ada namanya juga menjadi nisbat kepada bangsanya. "Sesungguhnya Ibrahim itu benarbenar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah." (QS. Hud: 75) Di penghujung kehidupan Nabi Ibrahim Khalilullah a.s,baginda telah mengahwini seorang wanita dari bangsa misteri yang dinamakan Keturah.Keturah bermaksud kemenyan atau wangi-wangian yang

digunakan dalam upacara ritual.Dengan kehadiran Keturah,keluarga Nabi Ibrahim semakin besar.Apatah lagi Keturah telah menghadiahkan enam orang anak kepada Nabi Ibrahim.Dari anak-anaknya inilah akan menurunkan pelbagai bangsa yang meyebabkan baginda digelar 'Bapa Bangsabangsa'.Nabi Ibrahim amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan anugerah yang berlimpah-limpah selepas kehamilan Sarah isteri pertamanya yang sekian lama tidak melahirkan anak dan nyaris dianggap mandul. "Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam

keadaan yang sangat tua pula?" (QS. Hud: 72) Ketenangan lebih terasa di wajah Nabi Ibrahim setelah Siti Sarah tidak lagi menunjukkan perasaan cemburu kepada Siti Hajar dan anaknya Ismail.Hanya kebahagianlah yang dirindui oleh Nabi Ibrahim ketika usianya sudah tua dan menunggu panggilan Ilahi. Namun perintah Tuhan Yang Esa menghendakinya sebagai Nabi dan orang mulia dikalangan manusia, melakukan tugas penting seterusnya.Nabi Ibrahim adalah antara Rasul-rasul yang banyak menerima cabaran dan tanggungjawab dan nama baginda termasuk dalam gelaran Rasul Ulul Azmi.Banyak cabaran dan misi sebelum ini dilalui baginda

dengan tabah dan bijaksana seperti perjalanan merentasi Empayar Firaun Kuno (Allah s.w.t menakdirkan baginda bertemu isteri keduanya iaitu Siti Hajar dalam misi ini),perdebatan dengan raja Namrud (Nimrod),peristiwa dibakar api besar,pertelingkahan dengan Siti Sarah,perpindahan Siti Hajar dan Nabi Ismail serta perintah pengorbanan anaknya Ismail. "Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya Dia di akhirat benarbenar termasuk orang yang soleh." (QS. al-Baqarah: 130)

Semua misi dan perintah itu dilaluinya walaupun adakalanya begitu payah dan menduga imannya terutamanya peristiwa perpindahan Siti Hajar dan Ismail ke lembah Mekah serta peristiwa korban. "Ibrahim berkata: 'Wahai anakku sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi, aku menyembelihmu, maka bagaimana pendapatmu. " (QS. ashShaffat: 102) Dan Tuhan pun mewahyukan kepadanya untuk melaksanakan satu misi penting sebelum menutup mata di dunia fana ini.Satu misi TERAHSIA yang hanya terungkap dalam manuskrip kuno yang dicari-cari,yang tersembunyi. "Abraham took another wife, whose

name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah." (Genesis 25:1-4) Nabi Ibrahim pun memanggil anakanaknya dari Keturah.Zimran,Jukshan,Madyan,Ishbak, Medan dan Shuah pun mengelilingi ayahanda mereka yang sudah tua.Ketika itu mereka semuanya sudah melewati usia remaja dan tumbuh sebagai anakanak yang kuat dan cerdas menuruti kehebatan bapa mereka serta sifat tenang Siti Keturah wanita misteri dari

Timur.Nabi Ibrahim berpesan sesuatu kepada mereka.Suatu pesan yang teramat penting.Nabi Ibrahim tahu yang dia tidak akan hidup lama lagi di dunia ini.Baginda akan menemui Tuhan Yang Esa yang menciptakan dirinya.Kelihatan satu persatu air mata mengalir ke pipi pada wajah anak-anaknya.Episod pilu berulang kembali.Tiba-tiba baginda terkenangkan peristiwa ketika baginda menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang yang terasing.Saat Nabi Ibrahim , Siti Hajar dan Ismail tiba di Makkah, mereka berhenti di bawah sebatang pohon yang kering. Berkali-kali Nabi Ibrahim menyeka peluh yang bercucuran diwajahnya. Ia terus saja menunggang unta bersama istri keduanya Hajar. Saat itu terik matahari sangat menyengat dan

mereka berada ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang. Sepanjang perjalanan itu, tiada sepatah katapun yang keluar dari mulut Nabi Ibrahim. Dikuatkan hatinya untuk tawakal. Dia yakin, Allah SWT tiada akan menganiaya hamba-hamba Nya,Nabi Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan isteri dan anaknya ditengan padang pasir. Tidak berapa lama kemudian Nabi Ibrahim A.S meninggalkan mereka. Siti Hajar memperhatikan sikap suaminya yang mengherankan itu lalu bertanya; " Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?" "Sampai hatikah engkau meninggalkan

kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini? Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah katapun. Siti Hajar bertanya lagi; "Apakah ini memang perintah dari Allah SWT ?" Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya". Mendengar jawaban suaminya yang singkat itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu. Dlm hatinya sempat bertanya Kenapa Allah memerintahkan hal itu, bukankah

padang pasir itu kering ditambah lagi, saat ditinggalkan Ismail masih bayi dan air susu Hajar belum keluar.Tapi Nabi Ibrahim adalah hamba yang taat kepada Allah dan ia kekasih Allah, kholilullah. Akhirnya Nabi Ibrahim yakin bahwa perintah itu pasti ada hikmahnya. Setelah 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Kemudian Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah ditengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta disebatang pohon kurma. Siang itu matahari begitu panasnya membakar gurun pasir yang putih mengkilat. Dahaga yg melilit tenggorokannya tak ia hiraukan..dalam benaknya hanya berpikir bagaimana caranya memberitahukan kepada

isterinya tentang perintah Allah. Setelah Siti Hajar diturunkan, Ibrahim bersiap siap pergi,melihat itu diapun bertanya" Suamiku, mengapa aku akan ditinggalkan sendirian bersama anakmu disini? apa dosaku hingga kau meninggalkanku seperti ini. Maafkanlah aku ..aku tak sanggup ditinggalkan ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang ini". "Tidak istriku, bukan karena dosamu,"jawab Ibrahim "Kalau bukan karena dosaku, bagaimana dengan anak ini? anak ini tidak tahu apaapa,tegakah kau tinggalkannya?" balas Siti Hajar Hati Ibrahim tersayat mendengar ucapan istrinya." Bukan itu maksudku.Tapi apa

dayaku ketahuilah ini semua perintah Allah."jawab Nabi Ibrahim. Mendengar itu Siti Hajar terdiam.Terbayang penderitaan yg akan dihadapinya namun hatinya bertanya-tanya apa Hikmah dibalik semua ini..? " jika benar ini adalah perintah Allah tinggalkanlah kami disini. Aku ikhlas..segalanya kami pasrahkan kepada Allah. Dia pasti membela kami ..satu pintaku sebelum engkau pergi do'akanlah agar Allah menolong kami." pinta Siti Hajar Ibrahim jadi terharu. Isterinya Hajar memang wanita pilihan lantas Ibrahim berdo'a sebagaimana ditulis dalam AlQur'an,surat Ibrahim (14) Ayat 37; "Ya Allah Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan shalat, jadikanlah hati manusia

tertarik kepada mereka, karuniakanlah rezeki kepada mereka. Mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu." "Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. " (QS. Ibrahim: 37) Air mata Ibrahim menitis saat mendo'akan keselamatan anak dan isterinya yang ia cintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak isteri dipadang pasir tandus yang jaraknya enam bulan perjalanan dari rumah mereka. Namun atas keyakinan kuat pada

Allah, perintah itu ia laksanakan. Nabi Ibrahim pun meninggalkan tempat itu dengan memasrahkan anak dan istrinya kepada Allah SWT.

Pemberian Terahsia Kepada Bangsa Misteri "Jika itu yang Tuhan perintahkan kepada ayahanda,kami sanggup melaksanakannya.Semoga Tuhan memberkati kita semua dengan rahmat dan kasih sayang-Nya" Tersentak lamunan nabi Ibrahim tatkala seorang anaknya bersuara demikian.Lega hati Nabi Ibrahim mendengar kata-kata anak-anaknya satu-persatu menyatakan persetujuan melaksanakan perintah Allah

s.w.t.Maka nabi Ibrahim pun bangkit dari tempat duduknya.Baginda kelihatan mengambil sesuatu.Anak-anaknya berpandangan sesama sendiri.Apa yang ingin dilakukan oleh ayahanda mereka?

"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east" (Genesis 25:5-6)

Nabi Ibrahim pun memberikan sesuatu yang amat berharga kepada anakanaknya.Sesuatu yang menjadi rahsia kepada keturunan Keturah.Kunci-kunci

rahsia.Atau permata. Emas. Atau pemberian pusaka yang diwarisi.Atau tanda menunjukkan mereka adalah keturunan Nabi Ibrahim,'patriarch' bertaraf Rasul yang bergelar Kekasih Allah.Rahsia yang dicari-cari,diburu dan didam-idamkan kawan dan musuh. "Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan). " (QS. an- Nahl: 120)

Maka mereka pun bergerak ke arah Timur. Merentasi padang pasir dan kota-kota Akkadia-Babilon. Di satu tempat mereka pun berhenti dan merancang sesuatu.Perintah Tuhan yang diwasiatkan oleh ayahanda mereka dibaca kembali satu persatu.Mereka pun berbincang. Dan kelihatan mereka berpecah kepada dua kumpulan.

----------------------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu III

Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga

penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu.APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI? Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.Kajian dari manuskrip kuno Firaun

Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempahrempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?

Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu meneruskan pengembaraannya menjejaki wangian yang hilang di Timur Jauh...

Selamat membaca

-M.O

Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh

Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak. Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah muaalaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu) Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba. Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri. Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak. Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selaga yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran" Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan. Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka (Usman Awang)

Di dalam koleksi alat-alat kebesaran Negeri Perak,terdapat sebilah pedang misteri.Pedang ini dinamakan Cura Simanjakini.Tiada yang istimewa tentang pedang ini.Ia tiada membawa kekayaan atau keajaiban kepada pemunyanya.Ia hanyalah pedang biasa yang dibuat oleh manusia biasa.Tetapi apa yang ingin diperkatakan di sini,pedang ini membawa 1001 cerita tentang satu teka-teki yang

akan membuka satu pintu rahsia jika ia diselesaikan. Pedang ini adalah kunci kepada rahsia bangsa misteri. Kunci Rahsia-rahsia. Tetapi kunci ini ada kembarnya. Dapatkan kembarnya dan salah satu pintu rahsia akan membawa ke lorong lainnya. Lorong gelap yang dihujungnya cahaya. Tetapi di manakah kita mahu mencari kembar kepada kunci rahsia ini?Alangkah baiknya jika kita dapat menaiki mesin masa dan kembali ke zaman Wan Empuk dan Wan Malini

pada suatu pagi yang aneh ketika kedua perawan misteri ini sedang menuai padi.Ketika tiga putera raja dikatakan muncul tiba-tiba.Alangkah baiknya jika kita dapat menyaksikan dialog di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Atau ketika Sumpah Palapa diucapkan oleh Patih Gajah Mada.Mungkin di situ kita dapat mengutip kembar kepada kunci rahsia ini.Dan dapat mencari jejak-jejak yang ditinggalkan oleh bangsa Melayu kembali ke belakang sebelum mereka sampai ke 'Promised Land' ini.Alangkah baiknya jika kita dapat menyusuri langkah-langkah bangsa Melayu balik ke tempat kelahiran Mala 'Bapa Melayu' dilahirkan.Ataupun menjejak misteri ini di Lautan Hindi ketika bangsa ini tabah menghadapi ganas ombak dan sedang

merenung bintang-bintang di waktu malam bagi memastikan 'Promised Land' yang dirindui tetap dalam haluan. Kita terlampau pasrah dengan sejarah yang ada.Begitu lama bangsa ini dijajah sehingga kita buta jejak kita sendiri. Baiklah,di sini terdapat dua peti menyimpan rahsia.Jangan bimbang,ia tidak berkunci.Kita boleh membuka petipeti ini tetapi hanya satu yang menyimpan kembar kunci rahsia.Jika kita dapat mencantum kembar kunci ini,kita akan dapat membuka pintu rahsia itu.Peti yang satu lagi juga mengandungi kunci,yang akan membuka pintu yang lain... Kita mulakan dengan membuka peti

pertama...

SEJARAH MELAYU (MALAY ANNALS) Kitab paling berharga yang diberi nama Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu ini diketahui dikarang oleh Tun Sri Lanang.Pelbagai sarjana barat tertarik untuk mengkaji

karya agung ini seperti Winsted dan Shellebear.Namun hasil kajian terkini mendapati kerja-kerja Tun Sri Lanang sebahagian besarnya berdasarkan hasil karya penulis lain yang lebih lama dan juga manuskrip-manuskrip kuno lainnya.Sejarah Melayu mengandungi pelbagai kisah yang menerangkan pelbagai konflik antara kerajaan-kerajaan Melayu Purba dan juga ada diterangkan mengenai Empayar Melaka.Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei

1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa. Di dalam Sejarah Melayu terdapat satu petikan popular yang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu adalah berasal dari Iskandar Zulkarnain.Iskandar Zulkarnain di sini kerap terkeliru dengan Alexander The Great dari Macedonia.Sebenarnya tiada siapa pun yang memanggil Alexander The Great sebagai Iskandar Zulkarnain kecuali sesetengah orang yang keliru.Terdapat dua teka-teki di sini.Teka-teki ini muncul apabila diketahui bahawa Tun Sri Lanang hanyalah seorang editor yang mengkompilasi,menyunting serta menyusun manuskrip-manuskrip purba yang telah ada lama sebelum itu.

"... mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa." Apakah yang terkandung di dalam manuskrip-manuskrip yang di bawa oleh Orang Kaya Sogoh?Teka-teki pertama adalah jika Iskandar Zulkarnain itu adalah Alexander The Great dari Macedon yang pernah menawan Parsi dan India,kemungkinan terdapat waris Melayu yang berasal dari kempen Alexander The Great yang menggalakkan askar-askarnya

mengahwini orang-orang asing termasuk dirinya sendiri yang mengahwini seorang anak raja satu kerajaan di India (selain dari bangsawan Parsi) di mana di dalam Sejarah Melayu dinamakan Puteri Syahrul Bariyah.Dan Sejarah Melayu mendakwa raja-raja Melayu berasal dari keturunan Alexander dan permaisuri Syahrul Bariyah. Petunjuk kedua adalah,adakah Iskandar Zulkarnain itu adalah bermaksud dari Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam AlQuran?Memandangkan ketika itu bangsa Melayu telah memeluk agama Islam maka petunjuk yang kedua ini lebih meyakinkan. Perlu diingat Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) sendiri mempunyai sekurang-

kurangnya 29 versi dan versi-versi popular adalah hasil kajian sarjana Barat.Dan tidak mustahil sarjana Barat seperti Shellabear yang menambahkan kata 'Makaduniah' kepada nama Iskandar Zulkarnain untuk menamatkan jejak bangsa Melayu sekaligus menamatkan teka-teki ini. Jika kita pergi ke petunjuk pertama,pencarian kita akan tamat di sini.Maka raja-raja Melayu adalah berasal dari hibrid bangsa Yunani dan satu bangsa di India (ingat,kaum di India juga berbeza-beza seperti Tamil,Benggali,Punjab,Hindustan dll).Pencarian akan tamat sepertimana kes Melayu dari Yunnan. Tetapi mari kita lihat petunjuk yang

kedua.Petunjuk kedua nampaknya akan membuka banyak pintu rahsia.Satu pintu rahsia akan membawa ke banyak lagi pintu rahsia. Iskandar Zulkarnain,begitulah nama yang disebut dalam AlQuran surah Al-Kahfi. Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya. (AlKahfi ayat 83) Iskandar Zulkarnain ini mempunyai empayar yang luas. "Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi,

dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, " (AlKahfi ayat 84) Zulkarnain bermaksud Pemunya Dua Tanduk.Zulkarnain juga yang membina tembok untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj.

Mengikut kajian ahli sejarah dan

arkeologi,Iskandar Zulkarnain bukanlah Alexander dari Macedon tetapi lebih menepati sifat-sifat Cyrus The Great, Emperor Parsi yang menyatukan bangsabangsa Parsi Kuno.Cyrus The Greatlah yang dipercayai menganut agama Allah,seorang yang warak dan berpekerti mulia tidak seperti akhlak Alexander The Great yang diketahui berfoya-foya dengan arak dan menyimpan kekasih lelaki.Empayar Cyrus meliputi Timur dan Barat dari Eropah termasuk Mesopotamia,Parsi dan India dan membentang sejauh negeri China.Cyruslah yang dipercayai mulamula membina tembok-tembok di negeri China.Sesungguhnya bukanlah Emperor Shih Huang Ti yang membina Tembok Besar sepenuhnya di mana catatan purba menjelaskan bahawa beliau hanya

menambah,menyambung dan memperbaiki tembok-tembok purba yang terlebih dahulu wujud di negeri China.

"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya." Ayat ini menceritakan tentang kedatangan rombongan Yahudi (atau Nasrani?) yang menanyakan tentang kisah Zulkarnain yang terdapat di dalam kitab Taurat/Injil.Sememangnya di dalam Taurat/Injil ada menceritakan tentang raja Kurosh/Cyrus yang mempunyai kerajaan yang hebat.Petunjuk ini akan membawa kita ke kisah epik bangsa Melayu yang jejaknya dapat ditelusuri

sejauh sejarah purba Cyrus The Great sehingga Cambyses,emperor-emperor Parsi dan Medes.

Petunjuk ini akan bercantum dengan petunjuk dari bangsa Keturah yang membuat perjalanan dari arah Sumeria menuju ke Timur.Mereka tidaklah membuat perjalanan terus-menerus sehingga ke Timur Jauh tetapi di satusatu tempat mereka akan membuat penempatan beberapa lama sehingga

menurunkan bangsa-bangsa lain.Mereka berasimilasi dengan etnik tempatan dan menghasilkan hibrid bangsa hebat yang mampu membina empayar-empayar. Apakah dia kunci yang telah mencantumkan kdua-dua petunjuk ini?Kunci tersebut adalah Cura Simanjakini. Kunci Rahsia dari Pedang Misteri

Cura Simanjakini adalah salah satu alat

kebesaran negeri Perak.Pedang ini, yang juga dipanggil 'Pedang Kerajaan (Negeri Perak Darul Ridzuan)', berasal dari perkataan Sanskrit 'Churiga (Si) Mandakini' yang bererti Mata Pisau dari Tasik Mandakini, iaitu sebuah tasik berhampiran dengan Sungai Ganges di Negara India. Mengikut cerita, pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Sang Sapurba (juga digelar 'Nila Utama') yang tiba-tiba menjelma di Bukit Si Guntang Mahameru bersama-sama dengan dua orang adindanya. Mengikut Hikayat Ketinggian Salasilah Perak keturunan Sultan Perak (Darul Ridzuan) adalah berasal dari keturunan Sang Sapurba, anakanda kepada Raja

Suran dan Puteri Mahtab al-Bahari (puteri kepada Raja Aftab al-Ardzi). Adalah dipercayai Sang Sapurba telah memerintahkan Permasku Mambang untuk membunuh seekor naga yang diberi gelaran 'Saktimuna' sedang mengancam penduduk-penduduk di Minangkabau, Sumatera. Pedang yang sama juga digunakan oleh Parameswara semasa beliau ditabalkan sebagai Maharaja Melaka yang pertama. Nama gelaran Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan apabila Parameswara menganut agama lslam. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Negeri Melaka, mewarisi pedang ini dan disimpan oleh baginda sehingga baginda menjadi Sultan Kampar, Sumatera selepas baginda berjaya melarikan diri

dari serangan Portugis pada tahun 1511. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1530. Sebelum mangkat, Sultan Mahmud Shah telah menghantar anakandanya, Raja Mudzafar Shah, untuk menjadi Sultan yang pertama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Di dalam keberangkatan Raja Mudzafar Shah, baginda dilengkapkan dengan pedang ini dan Alat-alat Kebesaran Kesultanan Melaka dahulu. Dari tarikh itu, pedang 'Cura Si Manja Kini' yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat perkakas turun-temurun bagi Sultan yang memerintah Negeri Perak (Darul Ridzuan). Mengikut kajian sejarah,pedang ini

bukanlah berasal dari etnik Hindu India tetapi dari satu kerajaan Parsi Purba yang memerintah India ketika itu ataupun satu bangsa Indo-Aryan yang menduduki Tanah India dan menakluk etnik-etnik asli India.Teori perjalanan bangsa Mala dari arah Parsi ke Tibet dan seterusnya ke India dapat juga ditelusuri pada sejarah Negeri Kedah di mana nama Raja Kedah yang pertama ialah Maharaja Derbar Raja yang berasal daripada Parsi. Baginda terpaksa melarikan diri setelah dikalahkan oleh raja lain. Baginda sampai di suatu tempat yang dipanggil Kedah atau Qalha.Menurut buku ini, Kedah menerima agama Islam pada awal kurun ke 12.Maharaja Derbar Raja menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Syah setelah memeluk agama Islam. Baginda diislamkan oleh Syeikh

Abdullah. Petunjuk ini bercantum pula dengan satu petunjuk lain,jika kita ingin membayangkan epik pengembaraan bangsa Mala kita perlulah mengetahui satu alter lain pada nama Mala itu sendiri.Alter Terahsia yang ditemui dalam peti rahsia kedua.Apa yang ada di dalam peti kedua? 'Bangsa Gunung' Nama 'Melayu' adalah nama moden yang digunakan untuk menerangkan bangsa atau bahasa yang mendominasi Tanah Melayu dan kepulauan Melayu di Asia Tenggara.Sebelum itu bangsa ini bukanlah bergelar Melayu lagi.Ini samalah dengan perkataan 'Hindu' yang

diberikan oleh sarjana Barat merujuk kepada Hind atau satu lembah di Sungai Ganges.Padahal sebelum itu ajaran purba ini bukanlah Hindu tetapi satu ajaran kuno yang berasal dari agama meyembah Tuhan yang Satu.Begitu juga dengan masalah yang kita bincangkan ini,perkataan Melayu,'Malaya' ,Malay atau Malaysia adalah nama moden yang digunakan pada abad-abad terakhir hingga kini.Namun bangsa ini sebelum digelar Melayu mempunyai pelbagai nama yang menerangkan tempat tinggal bangsa ini semasa pengembaraan atau gelaran atau sifat bangsa ini.Di antara nama-nama ini adalah Malai,Funan,Sailendra,Nam dan Champa.Malai adalah nama yang berasal dari tradisi Vedic-Parsi yang bererti 'gunung'.Begitu juga dengan yang

lainnya SEMUANYA MERUJUK KEPADA 'GUNUNG' ATAU 'BUKIT'.Ini memberikan satu petunjuk tentang kemaraan bangsa Aryan dari arah pergunungan utara India seperti Himalaya-Tibet dari arah Asia Tengah,dari perbatasan Parsi seperti Bactria,Parthia dan Aria.Bangsa ini juga menerbitkan suku pahlawan Kamboja berkasta Ksyatria,merupakan salah satu suku Aryan yang menyerang perbatasan India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan purba India. Bangsa misteri ini digelar bangsa gunung atau kaum yang datang dari pergunungan adalah kaum yang dihormati dan digeruni oleh suku-suku asli atau kerajaankerajaan kecil di Benua India.Bangsa ini berubah-rubah namanya akibat asimilasi

dan percampuran bangsa ini dengan etnik-etnik asli tempatan.Bangsa ini telah melahirkan keturunan Sakya dan Ksyatria ketika tinggal di Tibet dan di Benua India.Bangsa ini juga menghasilkan sukukaum Champa,Funan dan Khmer juga sebahagian Viet dari asimilasi Mala dengan etnik-etnik yang kecinaan di perbatasan sempadan Yunnan-China dan Indochina.Nampaknya bangsa misteri inilah yang mewarnai sebahagian besar bangsa-bangsa Asia di mana bangsa ini yang berasal dari keturunan Keturah seperti ditugaskan untuk membawa risalah ajaran Ibrahim ke Timur dan memajukan bani Adam yang terdiri dari etnik-etnik asli yang kurang bertamadun yang berasal dari keturunan para pengikut Nabi Nuh yang bertebaran ke

sana. Perjalanan darat bangsa Mala dapat ditelusuri dari salah satu suku MalaAryan Purba yang digelar Kambuja.

Kambuja Menurut kajian antropologi terkini,Kamboja adalah suku kaum Ksyatria dari Zaman Besi di India,selalu disebut dalam kesusasteraan Sanskrit dan Pali,tampil kali pertama di dalam Mahabharata dan kesusasteraan Vedanga

semasa (secara kasar dari abad ke 7 Masehi).Kerajaan Kemboja terletak berdekatan Gandhara di barat laut India di Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua?).Sesetengah sarjana menerangkan Kamboja Kuno adalah sebahagian dari Indo-Aryan,sebahagian kecil yang lain kemungkinan dari Indo-Iranian,ketika yang lainnya menurut Vedic Index of Keith and Macdonnel,mengiktiraf mereka sebagai mempunyai kedua-dua keturunan India dan Iran.Walaupun begitu kebanyakan komuniti sarjana kini bersetuju yang Kamboja adalah dari Iran yang sama dengan IndoScynthian.Kamboja juga dikenali oleh sarjana sejarah sebagai sukukaum diraja bagi Scynthian.

Ketika penaklukan ke atas India ketika era Pra-Kushana,suku Kemboja telah bergerak ke Gujerat,Selatan India,Sri Lanka dan kemudian ke Bengal dan seterusnya ke Cambodia. Berdasarkan manuskrip purba,kaum Kamboja adalah kaum terhormat dari bangsa Aryan dan dikelaskan setaraf dengan Vasishtas-hero dalam budaya India Kuno,dan diperkirakan di antara 6

golongan sarjana dalam Kesusasteraan Vedic India.Pakaian dan tahap sosial Kamboja adalah sama dengan Vasishthas.Selain muncul dalam Mahabharata,Kamboja juga muncul dalam Kshatria-Dharama sebagai pahlawan dan pemerintah dan juga disebut sebagai pakar dalam Vedas.Dari sukukaum Kamboja inilah munculnya kerajaan Champa dan Funan dan juga mewariskan kerajaan Khmer.Cambodia adalah nama Perancis merujuk kepada sukukaum Kemboja. Walaupun begitu ramai sarjana berpendapat Kemboja Kuno adalah pusat kepada Tamadun Iran Purba.Dalam perbincangan setakat ini tentu ada pembaca yang masih tertanya-tanya kaitan antara budaya Iran dan India

Kuno.

Kaitan Antara Budaya Iran dengan Vedic India Semenjak di dapati bahawa terdapat persamaan kata di dalam bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi Kuno Zoroaster,sememangnya para sarjana antropologi sudah maklum akan

penyerapan budaya Iran kuno dengan India dan fenomena hibrid ini digelar budaya Vedic.Bangsa Iran Kuno sudah lama berhubungan dengan etnik-etnik asli yang mendiami India.Dalam kesusasteraan India,bangsa Iran yang datang menduduki India pada zaman purba dahulu dikenali sebagai bangsa Aryan (perhatikan perubahan 'Iran' ke 'Aryan').Bangsa Aryan inilah yang membawa budaya Vedic berserta bahasa Sanskrit yang berasal dari bahasa Iran Kuno yang dapat ditelusuri dalam kesusasteraan Avestan seperti di dalam Kitab Zoroaster, Zend Avesta.Mereka juga membawa juga dikatakan orangorang yang bertanggungjawab membawa agama Hindu ke India bermula di sebuah lembah di Sungai Ganges.Walaupun ada sarjana yang menentang teori ini

berdasarkan teori Mohenjo-Daro dan Harappa,sebenarnya dua negarakota ini bukanlah ada kaitan dengan budaya Vedic-Aryan malah usia kota ini lebih tua dan sezaman dengan era SumeriaBabilon.Ini kerana terdapat bukti perdagangan antara negarakota Ur di Sumeria dan Harappa berdasarkan penemuan artifak-artifak yang sama di kedua-dua tapak arkeologi.Malah pakarpakar sejarah begitu bingung dengan penemuan kaca-kaca hitam yang berselerakan di jalan-jalan kedua-dua negarakota,padahal kaca-kaca hitam itu tidak dapat ditemui di mana-mana tempat dan bukan semulajadi kerana hanya didapati di loji-loji nuklear.Hasil dari penguraian uranium dan haba berantai akan menghasilkan sisa-sisa buangan berbentuk kaca-kaca hitam tadi.Inilah

yang mewujudkan teori perang nuklear tambahan pula boleh dikatakan tiada rangka manusia ditemui di tapak arkeologi.Dan ini menyebabkan Mohenjo-Daro dan Harappa dikatakan sezaman pula dengan Kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang telah tenggelam. Bahasa Iran Purba iaitu Avestan adalah asal kepada bahasa Sanskrit.Dan bahasa Sanskrit adalah bahasa elit di dalam agama Hindu.Bahasa Avestan pula digunakan dalam kitab Zend Avesta dan terdapat dalam manuskrip-manuskrip purba Iran seperti Agatha.Lihat persamaan bahasa di antara keduaduanya. tm amavantm yazatm

tam amavantam yajatam surm damohu scvistm suram dhamasu savistham mirm yazai zaorabyo mitram yajai hotrabhyah

Di sebelah atas adalah Avestan dan dibawahnya adalah Sanskrit.Perhatikan juga kata 'deva' dalam Sanskrit bermaksud dewa/tuhan tetapi dewa dalam Avestan adalah 'ahuras' atau 'asuras' manakala 'devas' pula bermaksud syaitan. INI ADALAH PEMBAYANG KEPADA AKTIVITI BANGSA MALA DISEMPADAN INDIA DAN PARSI. MISI TERAHSIA KE TIMUR JAUH

Sesungguhnya memang terdapat kisahkisah peperangan Raja-raja Babilon atau Sumeria di dalam kitab-kitab Veda terutama di dalam Rig Veda yang merupakan yang tertua di antara keempat-empat Veda.Kisah-kisah Mahabharata juga di dalam Upanishad juga diketahui berasal dari kitab-kitab Babilon Purba.Ini amat menakjubkan.Malah lebih menakjubkan terdapat juga nama Ibrahim dan Muhammad di dalam kitab Veda.Pada tahun 1935, Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam Times of India yang menunjukkan bahawa Rig Veda mengandungi peristiwa-peristiwa mengenai raja-raja Babilonia dan Mesir dan peperangan-peperangan mereka. Selanjutnya, beliau menunjukkan bahawa

se per lima daripada Rig Veda adalah berasal daripada Kitab-kitab Babilonia. Dari sudut pandangan Muslim adalah mungkin bahawa penganut Hindu telah diwahyukan kitab atau kitab-kitab yang mengandungi cerita mengenai perjuangan Nabi-nabi Allah yang telah diutuskan kepada kaum-kaum lain yang terdahulu. Adalah mungkin juga bahawa ulasan-ulasan yang ditulis mengenainya telah digabungkan dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada kitab-kitab yang diwahyukan. Terdapat beberapa contoh seperti ini di dalam kitab-kitab Hindu. Atharva Veda juga dikenali sebagai 'Brahma Veda' yang bermaksud Ilmu Suci. Analisa ke atas Veda menunjukkan bahawa 'Brahma' sebenarnya adalah Abraham (Ibrahim), di

mana huruf A di dalam Abraham telah dipindahkan ke belakang untuk menjadikannya Brahma. Analisa ini tepat apabila seseorang menulis dua perkataan di dalam huruf Arab, di mana Bahasa Arab adalah bahasa yang mirip kepada bahasa yang dituturkan oleh Nabi Ibrahim. Begitu juga, isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah, disebut di dalam Veda sebagai Saraswati, dan Nabi Nuh disebut sebagai Manuh atau Manu. Segolongan Pandit menganggap Athrva Veda sebagai Buku Ibrahim. Nabi Ismail dan Nabi Ishak dinamakan Atahrva dan Angira, masing-masing di dalam Veda.Ramalan tentang Nabi Muhammad di dalam Purana:

"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad..." (Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian III:3,3) Juga di dalam Purana: "Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad. Setelah Raja (Bhoj) memandikan Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti malaikat)

ini, dia mempersembahkan kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang ikhlas dan tanda penghormatannya dan berkata, 'Aku patuh kepadamu'. 'Wahai engkau, kebanggaan manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan kekuatan yang besar untuk membunuh Syaitan dan kau sendiri telah dilindungi daripada penentang-penentang malechha (penyembah berhala). Wahai engkau, yang merupakan gambar Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang tunduk di kakimu." "Malechha telah memijak tanah Arabia yang masyhur. Arya Dharma tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah muncul seorang roh jahat yang terseleweng yang telah kubunuh [nota:

contohnya Abrahah Al-Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah]; dia kini muncul lagi dan dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan musuhmusuh ini ke jalan yang benar dan membimbing mereka kepada Mahamad (Muhammad) yang dikenali, yang telah kuberi nama julukan Brahma dan berusaha keras untuk membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar. Wahai Raja! Kau tidak perlu pergi ke negara Pishacha yang tolol, kau akan disucikan melalui kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada waktu malam, dia yang seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar sebagai Pishacha berkata kepada Raja Bhoj: "Wahai Raja! Arya Dharma mu telah menang mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah 'Ashwar Parmatma

(Tuhan, Roh Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat daripada golongan pemakan daging. Pengikutpengikutku terdiri daripada lelaki yang telah disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya), menyimpan janggut, melancarkan revolusi, mengumumkan panggilan sembahyang dan memakan semua yang halal. Dia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak akan mencari kesucian dari pohon suci, tetapi disucikan melalui peperangan. Kerana mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak beragama, mereka akan dikenali sebagai Musalman (Muslim). Aku akan menjadi pengasas agama golongan yang memakan daging ini." (Bhavishya Puran:Prati Sargh Part

III:3,3,5) Di dalam Kuntap Sukt (Antharva Veda): Terjemahannya oleh Pundit Raja Ram diberikan seperti berikut:

"Dia memberikan kepada Rishi Mamah seratus keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan seribu ekor lembu" Perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang disanjung tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi. Perkataan "Muhammad" di dalam bahasa Arab bermaksud "yang dipuji". Di dalam

bahasa Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang digunakan dengan sedikit pengubahsuaian. Contohnya, 'Mahmud' Ghaznavi yang memerintah sebahagian daripada India, dipanggil dengan nama 'Mamud' Ghaznavi. Oleh itu, Mamah adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat tersebut dipertimbangkan. Di dalam agama Hindu, perkataan Rishi bermaksud guru ilmu mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang yang tinggi tarafnya. Kelihatannya perkataan ini diterbitkan daripada nama Nabi Idris dengan huruf pertama 'i' dipindahkan ke penghujung perkataan, sama seperti nama Abraham dan Brahma, dan huruf 'd' digugurkan seperti mana Mamah (Muhammad, yang diterbitkan daripada huruf akar h, m dan d).

Seratus keping wang emas merujuk kepada sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad, yang mana lapan puluh daripada mereka berhijrah ke Habsyah untuk melepaskan diri daripada penindasan yang tidak tertanggung. Di dalam Shatpath Brahmana yang merupakan ulasan yang diwahyukan ke atas Yajur Veda, emas adalah digunakan sebagai metafora untuk kuasa spiritual manusia yang tinggi. Sepuluh kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat Nabi Muhammad yang paling rapat yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh Nabi. Umat Islam mengenali mereka sebagai 'Ashra-i-Mubbashshara'. Mereka adalah Abu Bakar (r.a.) , 'Umar, 'Uthman, 'Ali,

Talha, Zubair, 'Abdul Rahman bin Auf, S'adbin Abi Waqqas, S'ad bin Zaid, dan Abu 'Ubaidah (moga Allah memberkati mereka). Mereka adalah orang-orang yang disebut di dalam Veda sebagai Dash ashrijah - 'sepuluh jambangan bunga dari syurga'. Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk kepada sahabatsahabat Nabi Muhammad yang berjuang di Badar. (Bilangannya yang tepat adalah 313, tetapi dalam kebanyakan ramalan angka ini digenapkan). Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda Arab yang pantas, terutamanya yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya). Sepuluh ribu ekor lembu merujuk kepada

sepuluh ribu sahabat yang mengiringi Nabi semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit 'go' diterbitkan daripada gaw yang bermakna pergi berperang, dan digunakan bagi keduadua kerbau dan lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu digambarkan sebagai simbol peperangan, keamanan dan persahabatan. Kita dapati kedua-dua sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Mereka adalah manusia yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta perkasa dalam memastikan keamanan dan keadilan.Inilah sebab orang-orang Hindu menganggap lembu sebagai haiwan suci padahal istilah zaman purba AvestanSanskrit 'lembu' bermaksud 'orang suci' atau sahabat orang suci.Penyelewengan ini juga terdapat dalam bahasa Aramaik

Kuno yang mengistilahkan 'anak-anak Tuhan' sebagai orang-orang suci tetapi orang-orang Kristian menyalahanggap istilah ini.

Apakah yang terjadi kepada bangsa Mala (Aryan) yang berasimilasi dengan kaum purba India?Apakah nama yang diberi oleh orang-orang Iran Kuno kepada saudara mereka dari Bangsa Mala?

Siapakah Bani Jawi? Apakah dia yang pemberian (gift) diberi oleh Nabi Ibrahim kepada anakanaknya?Apakah misi yang digalas oleh Bani Jawi dalam perjalanan mereka ke Timur Jauh?Nantikan sambungan Alter Terahsia Bangsa Melayu IV...

---------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu IV

Alter Terahsia Bangsa Melayu IV

Siapakah Melayu?Darimanakah asalnya Melayu itu?Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel,Atlantis,Lemuria,Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya

bangsa ini.Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,'di penghujung dunia'.Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan.'Di hujung dunia',setelah penat mengembara,bangsa misteri berehat dan berehat...tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri,tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka? 'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

At World's End

Sudah penat menjejak bangsa ini.Ke mana lagi mereka ingin berjalan?Begitu teguh azam mereka.Begitu berani lelakilelaki mereka meredah panas padang pasir dan ribut salji,begitu setia wanitawanita mereka mendukung anak dengan wajah tersenyum walaupun keletihan.Tidak terdaya kaki ini melangkah mengikut hayunan langkah

mereka yang semakin laju. Kemana mereka ingin pergi? Dimanakah mereka ingin tujui? Tunggu! Tunggu aku! Aku ingin ikut kamu! Jangan tinggalkan aku! Ke mana kamu semua ingin pergi? Cakap!Ke mana kamu semua ingin pergi!? Tidak seseorang pun mahu berkata-

kata.Tidak seorang pun mahu menjawab pertanyaan itu.Semuanya menundukkan wajah mengikut langkah ketua mereka.Semakin laju.Semakin pantas.Apa yang ingin dikejar mereka pun langsung tidak diketahui.Kaki yang lemah tidak mampu lagi dihayun. Lalu terjatuh.Mata hanya mampu memandang wanita terakhir yang berada di barisan paling belakang bangsa pengembara itu. Mereka semakin jauh di hadapan.Diri ini masih merangkak-rangkak melambailambai ke arah mereka. Tiada siapa peduli.Mereka semakin sayup.Mulut pun merintih...

"Kenapa tinggalkan aku...?" Wanita terakhir di barisan paling belakang tiba-tiba menoleh.Sungguh ayu wajahnya.Dua mata saling bertentang.Redup matanya menggamit misteri yang paling aneh. Wanita Melayu Terakhir. Jika itulah nama yang ingin diberikan kepadanya. Tiba-tiba wanita muda itu berpaling ke hadapan.Seorang lelaki tua memarahinya.Mereka pun meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan diri ini yang kepayahan dan keletihan.Terjelepuk di dalam misteri dan persoalan.

Sayup...semakin sayup...hingga tinggal titik halus sahaja. Badan yang masih lemah dihayun ke depan.Merangkak dan merangkak.Mentari masih kejam menyiksa diri ini.Kesendirian di tengahtengah dunia asing.Kesepian tanpa cinta dan airmata. Tiba-tiba di kejauhan,ada sesuatu beralun-alun di atas tanah gersang. Sehelai selendang berwarna merah. Di atas selendang tersulam cantik satu huruf rahsia yang aneh.Huruf yang dilihat dari jauh seperti 'mem' dalam Ibrani Kuno tetapi jika didekati seperti huruf 'mim' dalam tulisan Arab.Seakan-

akan juga sebarisan hieroglif atau cuneiform yang ganjil.Unik sekali. Selendang yang ditinggalkan gadis misteri dicium.Terasa wangi sekali.Amat wangi hingga terasa hilang segala penat dan lelah. WANGIAN YANG HILANG DI TIMUR JAUH Sebahagian besar pengkaji telah pun mengetahui tentang rahsia yang terpendam di dalam organisasi di sebalik cita-cita Hitler,Third Reich atau Fuhrer orang-orang Jerman dan Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei,Parti Nazi pimpinan Hitler.Siapakah Hitler?Apakah kaitan Hitler dengan Illuminati dan Zionis?

Jika kita ingin menjejak bangsa yang hilang ini,kita juga perlu tahu siapakah yang juga ingin menjejak bangsa ini,apa tujuan mereka dan mengapa mereka ingin mencari bangsa ini.

Di sebalik Hitler tegaklah Thule Society,Vril Society dan Kultus The Black Sun.Mereka adalah 'secret societies' (rujuk organisasi Dajjal) yang membiayai dan merangka kerjaya politik Hitler.Siapa sangka,di sebalik sifat diktator dan fahaman Nazisme Hitler

yang atheis dan materialis tersembunyi amalan ritual paganisme dan mistik sesat seangkatan dengan Kabbalah. Hitler diketahui amat meminati mistik dan agama-agama misteri kuno. Tidak hairanlah lambang Parti Nazi,'swastika' di ambil dari swastika dalam ajaran Vedic Kuno.Hindu dan Buddha memiliki pengertian masingmasing tentang swastika.Nazisme adalah fahaman ciptaan 'The Hidden Hand' digunakan untuk merangka plan jangka panjang:menubuhkan negara Zionis Israel.Holocaust adalah pembohongan semata,dan jika ada Yahudi yang dibunuh,itu adalah Yahudi Ortodoks yang menentang Zionis.Mereka dibunuh bersama-sama bangsa kulit putih Eropah

yang dungu dan menjadi patsies di dalam kerja-kerja kotor mereka untuk menubuhkan Israel pada hari ini.MEREKA MENJADI KORBAN KEPADA BINTANG DAUD 'THE DAVID STAR' PALSU.Iblis Laknatullah hauskan darah manusia untuk merestui negara syaitan bagi mempersiapkan takhta 'anaknya' Dajjal Laknatullah AlMasih AlMuntazhor.

Siapakah Aryan,Hyperborean dan bangsa yang hilang?

Jean-Claude Frere menulis; "The sons of the Outer Intelligences split into two groups, one following the Right Hand Path under the Wheel of The Golden Sun, the other the Left Hand Path under the Wheel of the Black Sun. The first preserved the centre of Agartha, that undefined place of contemplation, of the Good, and of the Vril force. The second supposedly created a new place of initiation at Shambhala, the city of violence in command of the elements and human masses, hastening the arrival of the charnel-house of time'." Menurut pengarang Nazisme et Socitis Secrets ini,bangsa Hyperborea selepas bermigrasi ke

padang pasir Gobi lebih 6000 tahun yang lalu, telah mengasaskan sebuah penempatan baru,yang digelar Agartha.Walaubagaimanapun,satu bencana telah terjadi dan permukaan bumi telah musnah,tetapi puing-puing Agartha masih wujud,di bawah bumi.Legenda menyebut,bangsa ini (kemudiannya digelar sebagai Aryan) telah berpecah kepada dua: -satu kumpulan bergerak ke barat laut,berharap dapat kembali kepada Hyperborea yang hilang. -kumpulan kedua bergerak ke selatan,di mana mereka telah menubuhkan penempatan rahsia baru,di kaki gunung Himalaya. Thule,bermaksud ibukota bagi bangsa

yang hilang ini.Vril pula bermaksud kuasa sakti atau satu daya misteri yang digunakan oleh bangsa yang hilang bagi memerintah dan mentadbir negara.Semua mitos ini diajar oleh para okultisme Dajjal kepada Hitler sebagai hamba baru mereka ketika itu,menggalas tugas untuk menubuhkan Nazi-Jerman seterusnya mencetuskan Perang Dunia I dan II,menjadi alasan kepada penubuhan United Nation dan akhirnya penubuhan negara haram Israel. Tetapi ada satu rahsia tersembunyi yang tidak diketahui ramai.Rahsia yang amat terpendam.Misi terahsia Hitler di Tibet. Ketika Nazi memerintah Jerman,telah pun diketahui bahawa Hitler telah menghantar berpuluh-puluh ekspedisi

rahsia ke Tibet.Ramai pengkaji tidak begitu jelas akan tujuan Hitler .Mereka cuma dapat mengagak Hitler mahu mencari bangsa Hyperborea atau bangsa Super-Aryan yang hilang.Ada juga berpendapat Hitler mahu mengkaji dan mempelajari mistik orang-orang Tibet dan mengaplikasikan ke dalam kultus sesatnya 'The Black Sun' bagi menambahkan aura kuasa ghaib mengikut fahamannya supaya pemerintahannya semakin hebat dan bertahan lama. Tetapi siapa tahu,apa sebab Hitler mahu mencari bangsa Aryan yang hilang? Sejak para rahib Illuminati mula mencari-cari ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan Rasullullah s.a.w) selepas

kejayaan meracun Hassan Al-Askari r.a,keturunan Rasullullah s.a.w yang digelar antara Imam 12 oleh Syiah (ini bukan sokongan terhadap Syiah,yang sesat tetap sesat,dan yang sesat dan mengada-adakan akan duduk dalam neraka),ternyata keturunan Rasullullah s.a.w seolah-olah lenyap tanpa berita,padahal Imam Iblis Tertinggi mereka memberitahu AlMahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w dan Hasan Al-Askari r.a bukanlah Mahdi yang dicari-cari.Semua ciri-ciri dan perwatakan AlMahdi telah dihafal oleh para rahib dalam 'inner circle' melebihi sesetengah orang Islam sendiri yang mengaku mencintai ahli bait.Begitu takutnya Dajjal akan orang yang akan membunuh dia kelak.AlMahdi perlu dihapuskan!!

Kesemua keturunan Rasullullah yang berketrampilan dan menjadi pemimpin masyarakat telah meninggal dunia akibat DIBUNUH!90% dari mereka telah DIRACUN!Ini bukan kebetulan tetapi satu konspirasi terancang.Ketika mencari-cari kerajaan Kristian yang disebut di dalam mitos berada di Timur,para pengembara Rosicrusian (satu ajaran sesat Dajal) Sepanyol dan Portugis akhirnya menemui lebih dari sebuah kerajaan Kristian Presto John yang digembar-gemburkan,tetapi sebuah kerajaan Islam yang kaya-raya di Timur Jauh.Bukan negara orang-orang Arab,tetapi satu bangsa yang mereka sendiri tidak pernah mengenalinya.Bagaimana terdapat sebuah kerajaan Islam ditengah-tengah

pengaruh Hindu-Buddha di Timur Jauh yang jaraknya beribu kilometer dari negara Arab? Mereka telah dapat mengagak,kemungkinan ahli bait lari ke Timur Jauh! Dari situ mereka mula ingin belajar mengenali musuh baru mereka! Lengkapkan puzzle ini:Keturunan Keturah dari Tanah Kanaan, Himalaya dan Tibet, Malai dan budaya Vedic-India dan Melayu di Nusantara. Apa yang ingin mereka cari di Tibet? Di sini mereka ingin mengetahui jejak bangsa ini yang setakat ini dapat dijejaki

hingga ke kaki gunung Tibet.Tetapi Hitler tidak mengetahui rancangan sebenar bosnya.Mereka mungkin menemui jejak bangsa Mala di puingpuing kaki gunung Himalaya tetapi tidak diketahui ke mana seterusnya.KUNCI RAHSIA TELAH HILANG.Hyperborean telah tiada.Mereka menemui SHAMBHALA tetapi bukan SHANGRI-LA.Bangsa misteri telah membawa 'Shangri-la' mereka pergi bersama-sama.Yang tinggal hanyalah tapak kaki yeti yang bertaburan di permukaan salju putih.Di India mereka menemui Lucifer dalam bentuk yang lain, 'Om' yang disembah oleh para penganut penyembah berhala.Di sinilah bermula ajaran New Age dan Theosofi.Maka Hitler pun menjadi penganut New Age yang pertama.Betapa

Iblis yang dipuja di India adalah sama dengan Iblis para Kabbalis dan Kultus The Black Sun.HITLER TIDAK BERJAYA MENCARI BANGSA YANG HILANG.Tidak lama selepas itu empayar Hitler mula hancur dan Hitler dikatakan membunuh diri (atau dibunuh?). Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskripmanuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala...

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe) Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM

ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu: 1. Reuben 2. Simeon 3. Levi 4. Judah 5. Issachar 6. Zebulun 7. Dan 8. Naphtali 9. Gad 10. Asher 11. Joseph 12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya

keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun,

sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama

Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF

DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak

sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel! Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini

'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia? Bangsa Melayu Dalam Kesususasteraan Kuno 'Malai' adalah nama yang disebut dalam manuskrip-manuskrip purba India untuk satu bangsa yang tinggal di Kepulauan Melayu.'Malai' bermaksud gunung atau bukit.Ini bermaksud pada masa silam bangsa ini tinggal di dataran-dataran tinggi atau,menunjukkan arah kedatangan mereka,dari sebelah utara India,dari arah perbatasan pergunungan.Bangsa ini disebut-sebut dalam kesusasteraan Avestan-VedicSanskrit,bahawa salah satu suku

terhormat bangsa Aryan yang berkasta Ksyatria,kasta pahlawan yang menurunkan kaum Sakya (yang berasal dari perbatasan Himalaya) yang membawa ajaran Veda bersama-sama suku kaum Aryan yang lain menyerang Benua Kecil India dan memaksa etnik asli India bergerak ke tanah lebih selatan.Kulit mereka lebih cerah dan mereka berperawakan tegap dan tampan. Siapakah mereka?dari mana datangnya mereka?Untuk mengetahui siapakah mereka,mari kita telusuri salah satu suku Aryan yang lain, iaitu Mada. Ingat!Jika membicarakan tentang Aryan,ia adalah berkaitan dengan budaya Parsi Kuno,lama sebelum Darius II memerintah.

Medes adalah nama Yunani yang merujuk kepada bangsa Iran Kuno,yang tinggal di sebelah barat laut Iran hari ini.Kawasan ini dikenali di Yunani (Greek) sebagai Media atau Medea.Dalam bahasa Iran Purba,ia dipanggil dalam sebutan Mada.Ketika pemerintahan raja-raja Assyria, kaum ini dikenali sebagai Madayu.Mereka telah memasuki kawasan ini bersama-sama gelombang pertama puak-puak Iran Purba,ketika lewat alaf sebelum masehi (ketika keruntuhan Zaman Gangsa). Media,Midia,Midian dan Mada adalah sukukata yang sama yang menjelaskan tentang Madyan (dalam bahasa Arab) satu bangsa yang maju dan disebut dalam kisah Nabi Shuaib dan Kaum

Madyan.Nabi Shuaiblah rasul yang diangkat dari kalangan bangsa Mada,di mana ketika itu kemajuan material telah melekakan bangsa Mada. Ketika abad ke 6 Sebelum Masehi,selepas bersama-sama bangsa Babilon mengalahkan Empayar Assyria Baru,Bangsa Madayu telah mampu menubuhkan empayar mereka sendiri,yang mana membentang dari Laut Hitam dan daerah Aran (Azerbaijan sekarang) ke utara dan Asia Tengah,Afghanistan dan Pakistan yang mana terdiri dari banyak jajahan termasuk Tanah Parsi,yang mana akhirnya penduduk Parsi meresap masuk ke dalam Empayar Madayu/Media ketika zaman Empayar Achaemenid Parsi.Bangsa Madayu diiktiraf sebagai

yang mengasaskan Empayar Iran pertama,yang terbesar sehinggalah Cyrus The Great menyatukan bangsa Madayu dan Parsi menjadi Empayar Achaemenid,dengan mengalahkan datuknya yang juga seorang Emperor,Astyages,Raja Media (Madayu). Mari kita lihat kembali nama Bangsa 'Mada' (dalam sebutan Iran Kuno) ketika pemerintahan Assyria.Kenapa kita hendak mengkaji bangsa Mada/Media/Madyan ini? "Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Genesis 1:32)

Bangsa Madayu adalah saudara kepada bangsa-bangsa dalam kelompok keturunan Keturah.Dalam bahasa Avestan (bahasa keagamaan kuno Parsi Purba) kata 'yu' adalah suffix yang merujuk kepada 'mind','brain' atau 'mentaliti'.Ia adalah 'instrumental suffix' (sukukata yang ditambahkan dihujung perkataan) yang jika dilihat secara keseluruhan merujuk kepada 'the mode of thinking' atau identiti sesuatu berdasarkan pemikiran yang boleh juga sebagai menerangkan cara hidup,budaya atau peradaban.Jadi 'yu' dalam slanga bahasa Avestan yang juga adalah ibu kepada sanskrit, adalah merujuk kepada 'bangsa' atau 'budaya'.Jadi perkataan 'Madayu' bermaksud 'Bangsa Mada'.

Ingin pergi lebih jauh?Menjejaki jejak sendiri lebih sukar rupanya dari menjejak bangsa orang lain. Sekadar renungan,siapa yang berhenti menjejak Melayu hingga ke Vietnam,maka hanya itulah asal keturunannya.Jika ada yang mendakwa Melayunya dari Yunnan,maka Yunnan lah Melayunya itu.Siapa yang berkata Melayu itu pernah tinggal di Tibet,di kaki gunung Himalaya,dia telah sampai ke separuh perjalanan bangsanya.Tidak mengapa.Jika semuanya betul pun masih tidak mengapa.Mengapa?KERANA MELAYU ADALAH BANGSA YANG MENURUNKAN PELBAGAI KETURUNAN ASIA YANG LAIN. 'MALAY IS TRULY ASIA'

Mungkin mereka betul. Mungkin tiada siapa yang salah dalam hal ini.Mungkin Teori Kapak Tua Dari Asia Tengah betul. Atau gendang Dongson, juga puak Hoabihn. Bukan sahaja para sarjana Barat malah kita sebagai pewaris Kemelayuan ini juga hanya mendapat serpihan puzzle yang berbeza-beza. MARI KITA CANTUMKAN SEMUA JIGSAW PUZZLE KITA! Kembali Kepada Ibunda Keturah

"Keturah adalah bonda kami, wajahnya lembut tiada amarah, berwatak tenang hilang hanahorragha Budi pekerti pekerma diraja Jika bersimpuh,bima diwani Jika berkata, sukkachitta melapas dukka sutramawarni Keturah adalah bonda kami seroja dilangit

kemboja berlayupan di darat airmata hidangkan dengan senyuman mentari jadi salju dedayu Keturah adalah bonda kami pelukan kasih seorang ibu bagai syurgaloka seri dharma" (Tiada bernama) Jejak telah hilang di sini.Dimana kuncikunci rahsia?Tiada kunci rahsia lagi.Tiada peti yang perlu dibuka.Kembali. Kembali kepada bonda. Keturah,begitulah namanya.Gadis misteri dari Timur.Semisteri namanya.Keturah adalah nama yang ganjil bagi budaya

Yahudi Kuno,bagi puak-puak bani Israel malah dalam sejarah AkkadiaBabylon.Dari manakah datangnya gadis misteri ini?Siapakah Keturah? Mungkin jika bertanya pada gadis aneh yang berpaling tadi,kita mungkin akan tahu siapa moyangnya,Keturah yang misteri ini. Tapi si dia ada meninggalkan sesuatu.Jejak. Selendang wangi berwarna merah. Dan huruf Ibrani Kuno 'mem' juga adalah 'mim' dalam tulisan Arab.Alter terahsia bangsa Melayu.

Tapi...siapakah Keturah?? Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno,Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan

ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen. Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan

Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi,iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi),minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S.Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan

kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang

Mala mereka) Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini),

jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Godsnenek moyang Firaun Purba),kerajaankerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan AkkadiaBabylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN. Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orangorang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti

Magelland?Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno,Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba) Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato

(kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin. Ini bermaksud sebelum sampai ke 'homeland' mereka dari sebelah ibu,perkahwinan campur mungkin sahaja berlaku dengan kaum-kaum di sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa beratus-ratus tahun itu. Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar

tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini). Namun kesimpulan yang lebih sederhana dan meyakinkan bahawa salahsatu sukukaum Mala dari keturunan Keturah telah berhubungan dengan Scythia ini melalui perdagangan atau peperangan. BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ADALAH BERASAL DARI SCYTHIA.Bangsa Scythia diketahui umum menjadi askar upahan empayar-empayar di Sumeria dan Parsi.Jadi kebarangkalian untuk bertembung dengan keturunan Keturah dan Ibrahim amat tinggi.

Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha Di mana mahu kita mulakan?Pintu rahsia semakin banyak.Menunggu untuk dibuka.Huruf 'Mim' pada selendang wangi si gadis misteri begitu membantu. HURUF MIM YANG TERAHSIA

Kita mulakan dengan Kambuja.Seperti yang dijelaskan dalam siri ketiga,sukukaum Aryan ini adalah kaum pahlawan yang memiliki kepakaran dalam kesusasteraan Vedic India/Parsi.Para sarjana geneologi dan antropologi telah mengkaji kaum Aryan ini sejarahnya dapat ditelusuri sehingga kerajaan purba Scythia iaitu satu kawasan yang melewati perbatasan ParsiIndia,lebih utara dari Bactria. Ramai sarjana mempercayai agama purba Zoroester berasal dari timur Iran di mana kaum Kambuja berasal. Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum Aryan ini sehingga ke inkripsi purba Iran yang ada menyebut nama Kambujiya,satu keturunan

diraja.Kambujiya adalah nama dalam Parsi Kuno.Nama Kambujiya di dalam bahasa Yunani ialah CAMBYSES.Kambujiya atau Kambaujiya adalah nama kepada beberapa raja-raja Parsi dalam dinasti Achaemenid. Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu (Mada,Medes,Madyan,Midian,Medea) telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The Great menaiki takhta. Lihat puzzle setakat ini: Keturah, Nabi Ibrahim,

Jawi, Cambyses Kambuja Scythia Manessah Mala Malai Mada Mada-yu Mala

Mala-yu Siapakah The Lost Tribe of Mala?Apa kaitan The Lost Tribe of Israel (Manessah dari jurai keturunan Joseph/Nabi Yusof) dengan bangsa Mala?APAKAH YANG BERLAKU ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI 2000 TAHUN SEBELUM MASEHI?Jika Red Indian dan Tanah Amerika (sudah tentu konspirasi Yahudi yang ingin mengatakan bumi Amerika adalah bumi kaum Yahudi bukan gentilekaum kulit putih) bukan 'The Promised Land' jadi dimanakah 'The Promised Land' sebenar? Ralph Olssen mungkin tahu jawapannya. Sesungguhnya Yahudi Zionis banyak

bermain dengan 'The Promised Land'.Mengapa?Selain Palestin,nampaknya banyak lagi 'The Promised Land' yang ingin dituntut mereka.SEBENARNYA BUKAN UNTUK DITUNTUT. TETAPI UNTUK DICARI. Mengapa?Kerana 'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan

Nabi Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.Di mana mereka?Jika semua jigsaw puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini: TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH. Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di sini.Mungkin bukan kesemuanya tetapi 'The Lost Tribe' telah hilang di Bumi Mala.Perkahwinan?Mungkin.

Jika berpandu pada petunjuk ini,'The Lost Tribe' Manessah berkemungkinan besar telah terserap ke dalam bangsa misteri di Timur Jauh ini.Bersembunyi dan hilang begitu saja. Ingat,ini bukan hendak mengatakan Melayu adalah Manessah tetapi Bangsa Melayu kemungkinan ada perhubungan dengan Manessah atau 'The Lost Tribe'. Dua petunjuk kepada dua Kunci Rahsia Imam Iblis Majlis Tertinggi Illuminati telah terbongkar sedikit demi sedikit.Jangan risau.Mereka telah lama tahu. SEBAB ITU PANGKALAN ISRAEL HANYA SATU SAHAJA.IAITU DI SINGAPURA.Cuma Amerika sahaja

yang membina banyak pangkalan di merata dunia. APA YANG INGIN DIKAWAL MEREKA?MUNGKIN ANDA TAHU JAWAPANNYA. Kunci rahsia yang retak di Altar Pemujaan Lucifer Illuminati telah dicantumkan. DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI. Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui setakat ini adalah gabungan dua garis keturunan.Disebelah ayah adalah dari jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke Nabi Ismail dan Siti Hajar.Di sebelah ibu adalah dari jurai yang sama dengan Nabi Isa a.s,Nabi

Sulaiman a.s,Nabi Daud a.s hinggalah bersaudara dengan Nabi Yusof a.s sampai ke Nabi Yaakub a.s,Nabi Ishak dan Siti Sarah.Kombinasi Keturunan yang terbaik. Retakan bahagian atas pada kunci rahsia: Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.sManessah (kaum yang mengikut ajaran Ibrahim dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari (Melayu juga bermaksud lari,pindah,hijrah dalam dialek satu sukukaum di Indonesia) bukan di Amerika seperti penipuan MormonYahudi (menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH BANGSA BESAR

YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI. Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia: Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang,atau menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah (namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w). TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG

DIJANJIKAN HAMPIR TIBA. Dimanakah sasaran mereka selepas ini?TIdak perlu bertanya lagi jika semua muncung meriam Zionis di Singapura tepat menghala ke SINI. Tinggalkan dulu 'pergaduhan adik beradik jauh' antara Yahudi dan Melayu. Mari kita jejak lagi bangsa yang hilang ini.Ke mana ayunan langkah mereka selepas ini. Sungguh kuat mereka mengembara.Mahu saja dibedung semua kaki mereka agar duduk diam sehingga diri ini tidak lagi tercari-cari makna Melayu.Supaya diri ini tidak lagi ditipu Barat juga diprovok oleh pendatang

keparat yang mahukan Bumi Mala ini. Ketika di perbatasan Himalaya,bangsa ini telah menurunkan kaum Kambuja yang tinggal di kaki gunung Himalaya.Mungkin terdapat puak Mala yang lain tetapi catatan sejarah hanya dapat mengesan suku kaum Kambuja sahaja.Kaum ini yang menguasai semua kesusasteraan Vedic mempunyai hubungan dengan kaum Sakya di utara India.Kaum Sakya juga diketahui umum sebagai berkasta Ksyatria-kasta yang sama dengan Kambuja.Kaum Sakya juga sebelum menetap di beberapa jajahan India Purba seperti di Benares adalah dikatakan berasal dari kaki gunung Himalaya.Apakah petunjuk rahsia yang menggabungkan antara Kambuja dan Sakya.

Di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia terdapat 2 naskhah agama Buddha yang berjudul Nan-Hai-Ji-Gui-Nei-Fa-Zhuan yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Takakushu. Buku ini adalah berkenaan hal-hal peribadatan penganut Buddha.Satu maklumat penting dalam buku berkenaan adalah berkenaan guru ITsing di Sriwijaya yang bernama

Sakyakirti. Tiga orang guru beliau yang lain adalah dari India.Sakyakirti,seorang pendeta Melayu beragama Buddha telah menjadi guru kepada I-Tsing selama pengajiannya di sebuah universiti Buddha di Sriwijaya.Seorang pendeta dan cendekiawan Cina belajar agama Buddha dari seorang pendeta Melayu.Mengapa?Lihat pangkal huruf namanya.Sakya-kirti.Nama Sakya menunjukkan keturunannya atau taraf kastanya yang tinggi.Begitu juga dengan penggunaan Dharma. Sebuah manuskrip bertarikh kurun ke11M di Tibet bertajuk Abhisamayalamkara-namaprajnaparamitopadesasastravrrttidurbodhaloka-nama-tika, yang merupakan ulasan oleh Dharmakirti

Suvarnabhumi pada tahun 1005M. Beliau adalah seorang pendeta Melayu beragama Buddha di Suvarnabhumi/Sriwijaya. Ulasan ini diterjemahkan ke bahasa Tibet sebelum tahun 1069M oleh muridnya Atisa berjudul Shes rsb kyi phs rol tu phyin pai man ngag gi bstan bcos mngon par rtogs pai rgyan ces bya bai grel pa stogs par dka bai snag ba zhes bya bai grel bshad. Buku ini diedit oleh Cordier pada 1915 di Paris, terbitan Imprimerie Nationale, dan juga diedit oleh Suzuki pada 1957 di Tokyo-Kyoto, terbitan Tibetan Tripitaka Research Institute.Perhatikan darjat 'Dharma' dipangkal namanya.Bayangkan jika ketika itu Atisa, seorang sami Buddha dari Tibet sedang tekun belajar di hadapan seorang pendeta Melayu!Karya

pendeta Melayu telah pun sampai ke Tibet.Selama beratus tahun para pelatih sami Buddha di Istana Potala membaca dan mengkaji karya Melayu di Istana Potala.Kita tidak tahu.Kerana karya itu dalam bahasa Pali-Tibet yang diterjemahkan dari bahasa Melayu-Jawa Purba. Sakya adalah keturunan yang menurunkan Siddharta Gautama Buddha.Kebetulan?Tidak sepenuhnya.Ia adalah geneologi dan sejarah.Kadangkala Buddha digelar Sakyamuni (bermaksud 'orang bijaksana dari suku kaum Sakya').Sebab itu pendeta Melayu berani memakai nama Sakya dipangkal namanya.Sebab itu I-Ching sanggup ke Sriwijaya bukannya ke India untuk mencari keturunan Sakya di Nusantara.

Hal ini sesuai dengan berita I-Tshing pada abad ke 8 bahwa di Sriwijaya terdapat 1000 orang pendeta yang belajar agama Budha di bawah bimbingan pendeta Budha terkenal yang bergelar Sakyakirti itu. Begitu juga misteri yang menyelubungi Budidharma,pendeta misteri yang dikatakan sampai ke Shaolin Temple adalah seorang Melayu beragama Buddha. Rekod tua dari Biara Buddha di Luoyang telah dikompilasi pada tahun 541 Masehi oleh Yng Xunzh seorang penulis dan penterjemah Mahayana Buddha kepada bahasa Cina mencatatkan:

"At that time there was a monk of the Western Region named Bodhidharma, a Persian Central Asian..." Rekod ini menyebut tentang sifat terpenting bangsa Melayu,sejak diketahui hubungan Melayu dengan bangsa Aryan."A Persian Central Asian" adalah kata-kata yang tepat-seorang Parsi dari Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dari Asia Tengah?) menunjukkan bukan pendeta India berkulit gelap tetapi pendeta Melayu berkulit cerah berkasta tinggi. Kaum Ksyatria dari Kambuja-Sakya telah bergerak jauh hingga ke Sri Lanka,melalui jalan laut menuju ke Nusantara,lalu dikatakan mengasaskan Gangga Negara,kerajaan purba di negeri

Perak yang terkenal itu.Kumpulan yang lain pula bergerak menyelusuri Sungai Mekong dan ada yang berjalan kaki sampai ke daerah Yunnan.Ingat!mereka bukanlah mengembara secara terus menerus tetapi berhenti dan membuat penempatan di satu-satu tempat,bercampur dengan etnik tempatan sehingga menurunkan hibrid bangsabangsa Asia.Yunnan,ya sebab itu kesan bangsa misteri ini masih ada di sana.Dari Yunnan mereka turun ke perbatasan Indochina dan mula mengasaskan empayar-empayar seperti Funan,Khmer dan Champa.Sebab itu raja-raja Khmer yang memerintah Kemboja dan yang membina Angkor wat mendakwa mereka adalah keturunan kaum pahlawan Kambuja.

Ahli-ahli sejarah di Malaysia pernah mendakwa bahawa Tamadun Funan yang diasaskan sekitar 190M ini adalah Tamadun Melayu Terawal, malah direkodkan dalam buku sejarah sekolah.Ketika kekalahan Funan di tangan Chenla sekitar 550M, rajanya dikala itu lari ke Jawa dan membuka Sailendra. Perkataan Funan/Bnam/Phnom mempunyai maksud yang sama dengan perkataan Sailendra, iaitu gunung/tanah tinggi. Negara Vietnam masih menggunakan

perkataan bnam dihujung perkataannya. Mungkinkah bangsa Funan ini merupakan orang laut, seperti Bajau dan Sulu, sehinggakan menggelarkan negara sebagai tanah tinggi atau gunung. Tapi, mungkin juga bersebabkan konsep kosmologi HinduBuddha yang berpaksikan Gunung Meru yang dikelilingi oleh 4 dvipa, seluruhnya digelar Jambhudvipa, geometrinya seperti buah jambu air. Yang pastinya, bangsa Vietnam terpengaruh menamakan negara mereka sebagai Vietnam yang bermaksud Gunung+Viet, sedangkan mereka bukanlah orang laut. Seluruh kefahaman mereka berkenaan laut datang daripada bangsa yang mereka jajah hingga kini, Campa.Seorang profesor Melayu, Prof. Dr. Shaharir telah mengumpulkan sejumlah 600 perkataan

Khmer Kuno yang dikatakannya adalah juga merupakan perkataan-perkataan Melayu Kuno. SEMUANYA MENUNJUKKAN WARISAN DARI BANGSA GUNUNG YANG GAGAH. "THE DESCENDANT OF MOUNTAIN TRIBE" Bangsa inilah yang membina Angkor Wat.Ketika ini bangsa yang berada di Jawa adalah sama dengan bangsa yang berada di Kambuja-Vietnam.Jayavarman II-pengasas kerajaan Angkor-Khmer mempunyai hubungan dengan kerajaan Sailendra Jawa malah pernah tinggal di sana beberapa lama. SAILENDRA-GUNUNG

FUNAN-GUNUNG NAM-GUNUNG MALAI-GUNUNG Bangsa ini juga yang membina Borobudur.Malah bangsa ini juga mampu membina kapal-kapal laut yang amat hebat.Para pengembara dan penulis Eropah terutama dari Sepanyol dan Portugis (Kedua-dua negara ini menerajui bidang pelayaran di Eropah ketika itu) seperti Tome Pires,Godinho De'Eredia dan Duarte Barbosa mencatatkan kapal-kapal Melayu yang amat besar dan saiz pelabuhan Melaka yang amat sibuk dengan kapalkapal.Dicatatkan dalam Sulalatut alSalatin itu tentang bahtera Sultan Mahmud Shah belayar ke Majapahit, berlaku dalam abad ke-15 M, adalah

kapal yang cukup besar bernama Mendam Berahi yang lebih hebat dari Flor de la Mar,kapal Alfonso de Albuqarque.

Atau lihat sahaja kapal besar yang diukir di dinding candi Borobudur yang dibina pada abad ke-8 M itu.Bayangkan pada abad ke 8 (ini usia candi Borobudur) telah ada kapal sebesar itu yang seakan sama dengan rekabentuk kapal moden di era Caribbean Pirates.Malah mungkin teknologi kapal telah ada lama dari itu kerana Borobudur dibina bertahun-tahun dan apa yang diukir di dinding-

dindingnya adalah penceritaan kepada kisah-kisah dalam agama Buddha juga keadaan semasa bangsa Melayu ketika itu.

*Lihat betapa hebatnya kapal bangsa Melayu pada zaman dahulu.Adakah Melayu ketika itu masih tinggal di ceruk-ceruk kampung beratap nipah?

Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi

perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke2 M hingga abad ke-16 M. Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu. Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya Si Henry Hitam (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia. Catatan Belanda menyebut teknologi

meriam Melayu Petani, iaitu Patani sekarang, warisan kerajaan Melayu Langkasuka pada abad ke-17, adalah lebih hebat daripada meriam Belanda apatah lagi Siam, iaitu Thailand sekarang yang pernah berpakat menyerang Petani beberapa kali tetapi gagal. Catatan Portugis menyatakan kapal perang dan meriam tentera Melaka lebih canggih daripada ciptaan mereka dan bangsa Eropah lain tetapi kerana Melaka tetap dapat dikalahkan menerusi strategi perang,konspirasi kotor dan rasuah, maka jiwa-jiwa Melayu hingga sekarang pun merasakan bangsanya memang inferior dalam teknologi ini (ketika itu armada laut Melaka tidak menyertai peperangan akibat konflik Laksamana dengan Sultan,jadi peperangan di Melaka ketika

itu hanya disertai oleh askar-askar darat.Ini menerangkan kenapa Sultan ketika itu terpaksa mengupah ramai askar upahan Jawa apabila semua armada laut Melaka tergesa-gesa meninggalkan pelabuhan Melaka menjelang kedatangan Portugis-mungkin dirasuah adalah salah satu faktor).Melaka adalah kerajaan Maritim bukan Agraria atau darat.Jadi tanpa angkatan lautnya,sudah tentu 60% kekuatannya telah hilang. Bangsa ini terus mengembara hingga ke Segenting Kra.Sementara yang lain datang dari arah laut mengikut seorang raja bernama Mus,telah mendarat di Sungai Musi,Palembang."Musi" bermaksud 'Sungai Kepunyaan Mus'.Kumpulan darat menyusuri tanah sempit Segenting Kra,menepati ramalan-

ramalan dan petunjuk tentang 'The Promised Land'. "akan melalui lorong sempit,hingga sampai ke hujung dunia" Sampai di Semenanjung Emas,saki-baki dari bangsa yang meneruskan perjalanan ke hujung dunia "The Land of The East" berhenti dan mula menetap serta memulakan kehidupan baru di sini.Kisah pengembaraan yang memenatkan selama beribu tahun semakin lama semakin hilang di dunia yang aman damai di hujung dunia.Peperangan-peperangan di negarakota Babilon dan Ur serta serangan ke atas etnik India,masih terselit dicelah-celah mimpi bangsa misteri.Kehangatan padang pasir dan kesejukan ribut salji makin tidak dikenali

di hutan hujan Khatulistiwa yang tenteram dan damai.Kicau burung,nyanyian mergastua kadangkala ngauman harimau adalah rentak hidup baru bagi bangsa hebat ini. MEREKA TELAH BERJAYA SAMPAI KE 'PROMISED LAND' Di selat Melaka,kedua-dua kumpulan ini bertemu.Kumpulan yang tiba melalui jalan laut (yang banyak menetap di Kepulauan Indonesia) bertemu saudara mereka (kumpulan yang tiba melalui jalan darat-majoriti menetap di Semenanjung 'Emas' Tanah Melayu).Mereka adalah serumpun dan bersaudara.Sudah lama mereka terpisah. Mereka berpelukan dan menangis.Ramai yang hadir melihat peristiwa paling

bersejarah ini.Mungkin cucu-cicit gadis misteri yang meninggalkan selendang merah tadi ada di situ.Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka di 'Tanah Yang Dijanjikan' The Land of The East' Amanat Nabi Ibrahim a.s telah tertunai.Bangsa Jawi mula berehat dengan amannya di sini.Apa perlu berperang dan membina negarakota?Kata sesetengah dari mereka.Mereka pun kerap bermimpi dan tidur di Bumi Mala.Setengahnya membina peradaban dan kota. Tiada siapa mengganggu.Bangsa yang hilang tetap bersembunyi di Bumi Mala. Ajaran Ibrahim semakin dilupakan.Tiada siapa lagi yang mengetahui tentang

Tuhan Yang Esa. Tetapi bangsa ini tetap mahu mencari Tuhan di Bumi Mala. Hindu Buddha Islam Sampai di sini bangsa misteri telah menemui permata yang hilang sejak ribuan tahun.Agama Wahyu warisan daripada Ayahanda Ibrahim a.s.Kemudian datang ujian. Portugis Belanda

Inggeris Falsafah 'cukup makan' semakin popular apatah lagi setelah dijajah oleh Imperialis.Melayu menjadi inferior dengan bangsa sendiri.Tidak bersemangat.Layu. Bunga kemboja Mala-yu telah layu di tasik sendiri. Sampai bila bangsa ini lupa jejak sendiri. Sampai Israel mengarahkan meriamnya di Singapura ke atas bangsa yang hilang ini. KAMI SUDAH JUMPA ANDA!YOU ARE ON TARGET.

Di manakah alter terahsia Melayu?Dimana? Pada huruf 'mim' Bangsa Terbaik,Agama Terbaik Mim itu Muhammad,Mim itu Mala Apabila bangsa ini menghayati agamanya sendiri,maka akan terangkatlah ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU ---------------------------------------------

Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu terpaksa dihentikan setakat ini kerana sumber utama dari Lodgekeeper tidak lagi dapat diakses.Namun mungkin ada kajian yang mendalam lagi di masa hadapan kerana semakin mengkaji tentang asal-usul bangsa ini,semakin banyak pintu rahsia yang terbuka membawa kepada jalan yang bersimpang siur tidak tahu di mana hujungnya. Kepada anak-anak Melayu yang masih menuntut ilmu,tuntutlah ilmu semampu yang boleh kerana bangsa kamu adalah bangsa terbaik dan bijak.Jangan jadi penagih dadah atau merempit membuang masa. Kelak kamu akan dapat menyusuri jejak

Melayu itu sendiri. Kepada para pencinta bahasa,berjuanglah pertahankan bahasa kamu kerana bahasa Melayu juga adalah kunci kepada jejakjejak kamu yang hilang. Kepada pemimpin politik Melayu,waspada,ada musuh yang menanti anda bukan sebab kekayaan anda tetapi sebab bangsa dan agama anda. Kepada bangsa 'Mala' di Indonesia dan Malaysia,kita dipisahkan oleh penjajahpenjajah barat.Kita adalah serumpun dan bersaudara.Belanda dan Inggerislah dalang pemisahan kita.Hentikan segala sengketa yang terlampau bodoh dan merugikan,bersatulah.Biar bangsa Mala

bangkit maju seperti masa-masa yang lalu. Ini tanah kita.Ini bumi kita.Ini adalah "The Promised Land". Ke manakah mahu kita pergi,jika kita dihalau dari tanah ini? Tiada perjalanan lagi selepas ini.Kita sudah pun berada di Timur Jauh.Di hujung dunia. Sampai masa kamu akan mengerti semua rahsia ini. Biarlah Melayu itu mengenal Mimnya sendiri.

Alter Terahsia Bangsa Melayu IX

Kembali bertemu di Gua Rahsia kita!Tuan-tuan dan Puan-puan,apakah gerangan hajat kalian kali ini?Tidak puaskah dengan Rahsia Dari Wangiwangian yang hamba bukakan untuk kalian?Rahsia Keris Bersepuh Emas dan Tanah Para Dewa?Bukankah kalian sudah mencium haruman dari kamar diraja Firaun?

Hahaha!Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Tahukah Tuan-tuan dan Puan-puan,gaharu dan cendana ialah barangan eksport bangsa Mala di pasar-pasar kota Ur,Kish dan Uruk?Dan ini tercatat di dalam kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba setaraf Epik Gilgamesh?Masakan kalian tidak mengetahuinya,bukankah kalian anak cucu keturunan Sang Naga Buana dan Puteri Kaca Bertuang? Hamba hanya menjaga rahsia saja.Sampai masa,rahsia dari raja hamba akan hamba bukakan untuk anak cucunya seperti yang diwasiatkan kepada hamba. Mari mendekat ke sini wahai anak cucu raja-raja,hamba mahu beritahu

sesuatu.(Penjaga Gua Rahsia melakarkan beberapa perkataan di atas pasir gua):

Bunga Mala Abraham Tanah Kanaan Zulkarnain Gunung Emas The Land of The East

Keturah Kemenyan Haruman Laut Keris Songkok dan Tanjak Avesta Kapur Barus Rempah

Hamba bukakan kunci-kunci rahsia untuk anak cucu.Semua katakunci ini mengandungi rahsia-rahsia tertentu.Setiap kata akan membuka seribu kata yang lain.Setiap seribu kata akan membuka seribu makna yang lain.Dan setiap seribu makna,menyimpan seribu kuasa yang terpendam.Tetapi anak cucu ke sini bukanlah untuk memilih yang mana dahulu perlu dibuka.Anak cucu ke sini adalah untuk memahami mengapa katakunci ini dibuka untuk kalian. Sebabnya hamba sudah pilihkan untuk kalian.Lihat peti-peti rahsia di sana.Salah satunya akan dibuka hari ini.Jadi,yang mana satu?Pandang tulisan-tulisan di atas pasir,di sana ada katakunci yang akan

kalian gunakan untuk membuka salah satu peti itu. Ini kuncinya,pergi buka peti yang bertanda,'Laut dan Bahtera'

'THE VIKING OF THE ORIENT'

"They were Africa's Vikings. Tough, daring voyagers who sailed thousands of miles...." (Rory Carroll -The Guardian)

Laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Ia ibarat irama dan lagu.Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran.Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan.Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique (manuskrip Inggeris menyebutnya sebagai Henry)?Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia?

Selain Phoenicia,Norseman dan Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut.SEjak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini.Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India.Ini yang cuba dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.

Selain tujuan Magellan mengambil Hitam sebagai jurubahasa kepada kaumkaum Malayo-Polinesian di Kepulauan Melayu dan Pasifik,Magellan ingin memanfaatkan satu bakat turun-temurun yang diwarisi oleh Hitam.Sebab itu setelah Magellan mati dibunuh,Hitam atau Enrique telah dilantik oleh kru kapal lain sebagai nakhoda atau kapten kapal salah satu kapal Magellanyang terselamat.Aneh bukan?Ini bermakna Hitam bukan calang-calang anak kapal di dalam kapal Magellan. Kemahiran Hitam mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul banyak membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia.Selepas kematian Magellan dalam peperangan Humabon dengan Lapulapu

(keduanya adalah ketua puak di Filipina),saki-baki anak kapal meneruskan pelayaran kembali ke Eropah,namun mereka seakan hilang punca ketika di laut.Ketika itu Hitam diangkat sebagai nakhoda kepada salah satu kapal (menariknya,ini disahkan dalam catatan Duarte Barbossa,salah seorang anak kapal) dan kapal inilah yang belayar memimpin kapal-kapal yang lain (3 kapal yang tinggal dari 5 kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapal Magellan sendiri,Trinidad ) menuju Eropah.Apabila sampai di Sepanyol,mereka disambut meriah walaupun sedih dengan kematian Magellan.Nama El Cano (salah satu nakhoda kapal,Juan Sebastin del Cano) disebut-sebut sebagai wira yang berjaya

melengkapkan pelayaran.Nama Enrique tenggelam kerana beliau bukan berbangsa Sepanyol.Ini adalah secebis kisah tentang Hitam atau dalam versi lain Awang,catatan Sepanyol dan Portugis menggelarnya sebagai Enrique dan Inggeris mengetahuinya sebagai Henry The Black. Orang Melayu mempunyai seni pelayaran yang dipanggil psychonavigation. Ia boleh dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di dunia.Psychonavigation bermaksud orang Melayu boleh bersampan dari satu pulau ke pulau lain tanpa alat bantuan pelayaran.Namun mereka boleh berbuat sebegitu seperti halnya memandu di lebuh raya.Orang Melayu dikenali boleh membina kapal

laut,perahu dan juga sampan tanpa menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga boleh diistilahkan sebagai psycho-shipbuilding.Melayu adalah pelayar,pelaut,pengembara,lanun,pedaga ng dan tukang kapal yang dikenali umum oleh masyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah 'seafarers' yang tinggi pengalaman mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka ini lahir dari atas lautan dan bayu ombak.

Kapal-kapal Bani Jawi

*Ukiran kapal Nusantara di sebuah candi di Indonesia

Inovasi tukang perahu Melayu boleh dilihat pada silih bergantinya rekabentuk perahu yang mereka bina, termasuk jenis kemudi, abah-abah dan layar.Kini, bentuk perahu yang disebut dalam sastera Melayu lama, seperti jong, keci dan katar telah tidak kedengaran lagi. Bentukbentuk perahu itu sudah diganti dengan yang baru yang lebih kecil dan efisyen untuk pelayaran di laut kepulauan

Melayu yang mulai sibuk setelah kedatangan kapal dari Eropah, selain lebih senang untuk mengelak dari ditahan kapal peronda yang menguatkuasakan monopoli perdagangan Inggeris dan Belanda. Perubahan bentuk perahu itu disusuli perubahan jenis kemudi: dari kemudi birai kepada kemudi tetap dilinggi belakang.Untuk mendapat kuasa maksimum, layar empat segi yang biasa digunakan perahu Melayu itu telah juga diganti dengan layar empat segi yang lebih luwes dan yang boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan puli.Layar cucur juga adalah perkembangan baru kerana ia tidak terdapat pada perahu Melayu sebelum abad ke-18 (Gibson Hill 1954). Perubahan-perubahan itu adalah sebahagian daripada proses peniruan dan

penyesuaian dengan berpandukan model kapal-kapal India, Cina, Arab dan terakhir sekali Eropah yang sampai ke Alam Melayu seiring dengan perkembangan perdagangan. Penyesuaian ini bukanlah secara ikutikutan; sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dan sumber yang sedia ada.

Perahu bedar yang digunakan sehingga abad ke-20 adalah satu lagi inovasi hasil penggabungan pelbagai pengaruh.

Badannya yang meruncing di keduadua hujung itu berbentuk tipikal perahu Melayu, walaupun linggi dipasang di atas lunas dan bukan disambung seperti yang terdapat pada kebanyakan perahu yang lebih awal, termasuk kolek. Bentuknya dipanggil belakang katup, manakala deknya dipanggil dandang dipasang di atas birai belakang untuk meletakkan kub atau rumah perahu. Kemudi di belakangnya itu adalah sama dengan kemudi pada perahu Cina dan Barat kerana dipasang dengan halkah kepada linggi belakang dan dikendali dengan uling-uling di atas dandang. Perahu bedar mempunyai tiang sprit untuk mengikat layar cucur seperti kapal Eropah, manakala layarnya sama seperti wangkang Cina kerana menggunakan

satu atau dua layar apit yang dibuat dari tikar kercut dan rotan. Kemampuan tukang dan artisan perahu Melayu yang lain membuat inovasi telah diperhatikan pegawai tadbir Inggeris ketika mereka berkhidmat di negerinegeri Melayu masa dahulu. Mereka itu termasuk Hugh Clifford yang pernah melawat Terengganu pada tahun 1895. Dalam lawatan itu, beliau telah menyatakan bahawa tukang perahu di Terengganu boleh membuat perahu bentuk barat yang cantik setelah meniru sebuah model yang diperolehi dari Singapura. Hasil kerja tangan tukang Terengganu itu lebih kemas dan cantik berbanding dengan hasil kerja tukang perahu lain di pantai barat Semenanjung. Tetapi, dengan nada yang

sinis Clifford menganggap kepandaian ini lebih berupa peniruan dan bukan hasil kreativiti, memandangkan orang Melayu terlalu terikat kepada tradisi . Kreativiti tukang timbal lebih terserlah pada ukiran yang ditunjukkan pada beberapa bahagian perahu mereka. Yang komited pada agama akan mengelak dari mengukir imej yang menyerupai manusia dan binatang, selain menekankan ukiran yang berbentuk ayat al-Quran, seperti yang dilakukan tukang rumah. Bahagian perahu yang tidak sesuai diukirkan ayat al-Quran seperti pada kayu penyangga layar yang biasa dikenali sebagai bangau yang mungkin akan dilangkah berulangkali oleh awak-awak ketika bekerja, ayat al-Quran akan diganti dengan ukiran awan larat yang

mempunyai motif umbi, sulur, daun dan bunga yang membawa nilai keindahan dan simbolisme yang sama, iaitu kemakmuran dan infiniti Tuhan. Di kalangan orang yang masih kuat berpegang kepada anamisme, peralatan perahu seperti Bangau dan Okok akan memaparkan figur tokoh-tokoh wayang kulit, seperti Raja Bota. Sementara itu, penampilan awan larat adalah alternatif dan juga inovasi menggantikan penampilan lembaga manusia atau haiwan seperti yang berlaku di Thailand, Kemboja dan Bali. Selain evolusi bentuk perahu, terdapat beberapa peralatan tambahan telah dipasang pada perahu Melayu, khususnya yang digunakan nelayan sekarang. Peralatan yang dimaksudkan itu adalah

lunas bilga, yang dalam istilah tempatan dipanggil pisang yang berfungsi untuk menggurangkan olengan kapal. Pisang ini adalah pengubahsuaian dari katir (outriger) yang terdapat pada kebanyakan perahu di Alam Melayu dan Polinesia. Walaupun belum dapat dipastikan dari mana dan bila bermulanya inovasi ini, tetapi dalam industri pembinaan perahu Melayu, pisang mungkin telah digunapakai sekitar tahun 70-an dan mungkin diambil dari perahu Siam. Kini warisan seni pembuatan dan pertukangan kapal-kapal Nusantara di Malaysia diwarisi oleh tukang-tukang dari Terengganu.Contohnya Haji Yusuf yang banyak memenangi anugerah inovasi dalam pembuatan kapal dari kerajaan.Pengetahuannya mereka pelan

dan membuat perahu layar membolehkannya mendapat tempahan dari pengemar-pengemar perahu layar dari Eropah yang tertarik dengan kaedah pembuatan perahu Melayu.Sejak tahun 1965 dia telah membuat perahu untuk orang Eropah.Perahu buatannya telah sampai ke seluruh dunia sehingga ke Alaska.Beliau juga menerima tempahan membuat bot nelayan dan kapal persiaran. Sehingga kini, beliau telah membuat lebih seratus buah perahu yang panjangnya antara 20 hingga 30 meter untuk pelanggan dalam dan luar negara. Kapal Pinisi (sejenis perahu besar dikenali sebagai Pinis Gobel Terengganu) adalah kapal yang dibuat terutamanya dari kalangan orang

Bugis,satu kaum Nusantara yang terkenal sebagai pelaut,pedagang dan lanun yang berkemahiran tinggi.Perbezaan yang ketara dari pembuatan perahu pinisi dengan teknologi pembuatan kapal Barat adalah,jika orang Barat membina perahu dari rangkanya dulu barulah dibina dindingnya,tapi pembuatan pinisi tradisi dimulakan dengan dinding dulu barulah setelah itu dibina rangkanya.Segala teknik dan peraturan pembuatan perahu zaman dulu pernah dibukukan di dalam satu manuskrip atau kitab pembuatan kapal kuno yang dinamakan "Jaya Langkara" menurut orang-orang tua di Ara,Indonesia malah kitab itu pernah dipinjam oleh Belanda,malangnya hingga kini belum dikembalikan (disimpan di dalam muzium Belanda).Sedangkan prinsip perletakan papan papan teras dan

aturan aturan dasar lainnya dalam pembuatan pinisi ini disusun oleh Ruling (orang Bugis yang menjadi tukang timbal atau tukang kapal).Sampai sekarang dalam pembuatan perahu pinisi aturan Ruling inilah yang menjadi panduannya.Disamping itu orang Bugis memiliki undang undang pelayaran dan perdagangan yang disusun oleh "Ammana Gappa" yang namanya sempat diabadikan pada pelayaran expedisi pinisi ke Madagaskar.

*Orang Melayu Champa sedang berlayar dengan kapal perang mereka.Dari relief di Angkor.

Orang-orang Jawa adalah satu lagi keturunan Bani Jawi yang terkenal sebagai para pembina kapal yang hebat.Salah satu kapal mereka yang terhebat ialah Jong Jawa yang disebut oleh para pengembara China sebagai 'Chuan'.

Malahan pelaut Portugis yang menjelajahi lautan pada pertengahan abad ke-16 itu menyebutkan, orang Jawa lebih dulu berlayar sampai ke Tanjung Harapan, Afrika, dan Madagaskar. Ia mendapati penduduk Tanjung Harapan awal abad ke-16 berkulit coklat seperti orang Jawa. "Mereka mengaku keturunan Jawa," kata Couto, sebagaimana disalin oleh Anthony Reid dalam buku Sejarah Moden Awal Asia Tenggara.Tatkala pelaut Portugis mencapai perairan Asia Tenggara pada awal tahun 1500-an mereka menemui kawasan ini didominasi kapal-kapal Jong Jawa. Kapal dagang milik orang Jawa ini menguasai jalur rempah rempah yang sangat strategik, antara Maluku, Jawa, dan Melaka. Kota pelabuhan Melaka pada waktu itu berfungsi menjadi kota perniagaan orang

Jawa dengan jong-jong mereka bersimpang-siur dari Tanah Jawa ke seluruh dunia dan singgah ke pelabuhan Melaka,Venice of The East. Di sana banyak saudagar dan nakhoda kapal Jawa yang menetap dan sekaligus mengendalikan perdagangan antarabangsa. Tukang-tukang kayu Jawa yang berketerampilan membangun limbungan kapal di kota pelabuhan terbesar di Asia Tenggara itu. Bukti kepiawaian orang Jawa dalam bidang perkapalan juga ditemui pada relief Candi Borobudur yang menggambarkan perahu bercadik - kebelakangan ini disebut sebagai "Kapal Borobudur". Pembinaan perahu bercadik sangat unik. Lambung perahu dibentuk sebagai menyambungkan papan-papan pada

lunas kapal. Kemudian disambungkan pada pasak kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau paku besi.Hujung haluan dan buritan kapal berbentuk lancip. Kapal ini dilengkapi dengan dua batang kemudi menyerupai dayung, serta layar berbentuk segi empat. Kapal Jawa jelas berbeza dengan kapal China yang lambungnya dikencangkan dengan bilahbilah kayu dan paku besi. Selain itu kapal China memiliki kemudi tunggal yang dipasang pada palang rusuk buritan.

Kapal Borobudur telah memainkan peranan besar dalam segenap urusan orang Jawa di bidang pelayaran, selama beratus ratus tahun sebelum abad ke-13. Memasuki awal abad ke-8, peranan kapal Borobudur digeser oleh kapal kapal Jawa yang berukuran lebih besar,dengan tiga atau empat layar,dikenali sebagai Jong.Pelaut Portugis menyebut juncos,pelaut Itali menyebutnya sebagai zonchi.Istilah jong dipakai pertama kali dalam catatan perjalanan Rahib Odrico,

Jonhan de Marignolli, dan Ibn Battuta yang berlayar ke Nusantara, awal abad ke-14 mereka memuji kehebatan kapal Jawa berukuran raksasa sebagai penguasa laut Asia Tenggara.Teknologi pembuatan Jong tak jauh berbeza dengan warisan kapal Borobudur; seluruh badan kapal dibangun tanpa menggunakan paku.Gambaran tentang jung Jawa secara spesifik dilaporkan Alfonso de Albuquerque,komander armada Portugis yang menduduki Melaka pada 1511. Orang Portugis mengenali Jawa sebagai asal usul jong-jong terbesar.Kapal jenis ini digunakan angkatan laut kerajaan Jawa (Demak) untuk menyerang armada Portugis. Disebutkan,jong Jawa memiliki empat tiang layar, terbuat dari papan berlapis

empat serta mampu menahan tembakan meriam kapal kapal Portugis.Muatan jong rata-rata sekitar 600 ton, melebihi kapal perang Portugis.Jong terbesar dari Kerajaan Demak muatannya mencapai 1000 ton yang digunakan sebagai pengangkut pasukan Jawa untuk menyerang armada Portugis di Melaka pada 1513.Boleh juga dikatakan,kapal jong jawa ini dibandingkan dengan kapal induk di era moden sekarang ini. "Anunciada (kapal Portugis yang terbesar yang berada di Melaka pada tahun 1511) sama sekali tidak menyerupai sebuah kapal bila digandingkan dengan Jong Jawa." catat pelaut Portugis Tom Pires dalam Suma Oriental (1515). Hanya kerana jong Jawa raksasa ini, menurut Tome Pires, lambat bergerak ketika

bertempur dengan kapal-kapal Portugis yang lebih ringan dan lincah.Dengan begitu, armada Portugis mampu menghalau jong Jawa dari perairan Melaka. Ada pendapat istilah jung berasal dari kata 'chuan' dari bahasa Mandarin yang bererti perahu.Namun perubahan pengucapan dari 'chuan' menjadi jung nampaknya terlalu jauh. Yang lebih mendekati adalah "jong' dalam bahasa Jawa yang ertinya kapal. Ini dikuatkan dalam bukti bertulis,kata jong dapat ditemui dalam sejumlah prasasti Jawa kuno abad ke 9. Undang-undang laut Melayu yang disusun pada abad ke-15 (lihat,orang Melayu bukan sahaja membina kapal malah menggubal undang-undang laut juga-Seafarers

Codex!) juga menggunakan kata jong untuk menyebut kapal pengangkut barang. Jong pada abad ke-15 hingga ke-16 tidak hanya digunakan pada pelaut Jawa. Para pelaut Melayu Semenanjung dan China juga menggunakan kapal layar jenis ini (sehingga menjadi popular di kalangan orang China dengan identiti jong mereka padahal jong berasal dari orang Melayu/Jawa).Jong memegang peranan penting dalam perdagangan Asia Tenggara masa lampau. Ia menyatukan jalur perdagangan Asia Tengara yang meliputi Champa (hujung selatan Vietnam),Ayutthaya (Thailand),Aceh,Melaka dan Makassar. Selepas dijajah Belanda,orang Jawa sudah tidak lagi punya limbungan kapal

dan pembuatan jong pun merosot setelah perdagangan pulau Jawa dikawal oleh penjajah Belanda.Pegawai Maskapai bagi Syarikat Hindia-Belanda (VOC) di Batavia melaporkan pada 1677, bahawa orang-orang Mataram di Jawa Tengah tidak lagi memiliki kapal-kapal besar.

Dari The Land of The East Hingga ke Tanah Kanaan:Misteri 'Prau' Melayu

Salah satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah berlayar hingga ke pelabuhan Firaun dan raja Sumeria ialah legenda kapal-kapal Bani Jawi yang membawa emas,gaharu,cendana,rempah,kapur barus dan kemenyan.Ketika itu tamadun di dunia sebelah sini mencapai klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The Land of The Gods II) sebagaimana ketika itu Kerajaan Israel Raya yang diperintah oleh dua Raja yang

bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman).Kerajaan Nabi Sulaiman a.s ketika itu adalah kuasa dunia,sepertimana Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun kerajaan yang sehebat kerajaan Nabi Sulaiman.Raja-raja Mala dan Jawi juga mengadap 'Raja Sulaiman' untuk meminta nasihat dan perlindungan ketika itu. Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian (Bani Jawi) adalah diketahui merupakan pelayar yang berkemahiran dan mampu menyeberangi lautan luas dalam jarak yang jauh.Orang Malagasy (berasal dari keturunan Melayu) telah berlayar dari Kepulauan Melayu hingga ke Madagaskar,sebuah pulau di Lautan Hindi berdekatan Benua

Afrika.Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan 'prau' mereka (sebutan Inggeris untuk 'perahu') dan membuat penempatan di utara pantai Australia yang digelar mereka sebagai 'Merege'.Di dalam kebanyakan bahasa kelompok Malayo-Polinesian,perkataan untuk perahu,kapal dengan penempatan atau kampung sering bertukar makna dari kaum ke kaum,seperti perahu atau parao,prau dan barangay yang bermakna 'kapal' atau 'kampung'. Perahu Melayu atau 'prau'/'parao' (pharaoh?) kemungkinan besar telah sampai ke bumi para Firaun di Mesir.Ini berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba.Kapal-kapal

Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang disebut sebagai Dilmun,Magan dan Melluha,telah disebut di dalam prasastiprasasti sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah,adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun' dan

Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat.Dipercayai,perdagangan maritim besar-besaran telah terjadi di antara penempatan orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan Hindi pada masa silam.Bukti-bukti arkeologi dan rekodrekod terawal India dan China menunjukkan penduduk Pengasinan telah berurusan dengan orang luar seawal abad ke-8 hingga abad ke-10 Masehi dan catatan ini merekodkan perdagangan pedagang China dengan orang-orang Pengasinan.Malah ketua kaum di Pengasinan juga pernah melawat China.Ingat,para pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke Nusantara adalah untuk mencari jalan kuno 'Ophir' yang menjadi 'The King Solomon's Mines' pada zaman purba.Ini dijelaskan dalam

manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas.Sila rujuk artikel 'The King Solomon's Mines'. Hari ini para pengkaji telah menjumpai persamaan perkataan Melayu Kuno era Srivijaya dengan bahasa Assyria,Sumeria dan Ibrani Kuno,menunjukkan satu hubungan yang aneh,contohnya:

Ancient Malay Abah (father,be dense) Datu,Datuk (a royal edict) Lahat (Tower) Mura (fear) Saka (to roam)

Ancient Hebrew Abba Dath (ingat Darth Vader?) Lahat Moora Shakah (ya,ini adalah hantu saka yang berpindah dari seseorang ke keturunannya) ...... ..... ...... ..... .....

(*Dan senarai ini amat panjang dalam kajian dari dokumen rahsia ini,dan kami telah menjumpai satu hakikat yang amat mengejutkan berkaitan asal-usul Melayu dan Mala dan ini amat kena dengan petunjuk di dalam Diari Lodgekeeper...kami akan sentuh dalam artikel The Land of The Gods II) Ini menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa dahulu antara kerajaan Melayu Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diwarisi Srivijaya) dengan pedagang Yahudi,Parsi,Sumeria dan Mesir.

Enpayar-empayar Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan Majapahit yang pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara menyaksikan peningkatan teknologi kapal dan perdagangan maritim.Ini disambut dengan Langkasuka sebagai kerajaan yang mengawal perdagangan di Indochina ketika itu.Kedua-dua empayar ini telah mempengaruhi banyak aspek kebudayaan penduduk Asia Tenggara,dari ukiran,tarian kebudayaan dan bahasa (penduduk Indochina dipengaruhi aspek ukiran,kesenian dan tarian,Kepulauan Melayu dipengaruhi bahasa,pakaian dan budaya harian).Kemerosotan kedua empayar ini sehingga melenyapkannya menyebabkan kerancakan perdagangan maritim turut mengalami kesannya yang ketara di seluruh Asia Tenggara.

Viking Timur Jauh:Catatan-catatan conquistador,pengembara Eropah dan rekod Maharaja China

Bangsa Mala adalah 'King of The Sea' pada masa lampau.Mereka adalah 'Viking Timur Jauh' yang menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala rekod

Emperium China yang berhubungan dengan Mesir,Babilon,kerajaan Rom dan India tidak boleh tidak mesti menyebutkan sedikit tentang peranan Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana Kepulauan Melayu ini adalah PENGHUBUNG DUNIA BARAT DENGAN PELABUHANPELABUHAN CHINA.SEbelum sampai ke China,mereka mesti singgah di salah satu pelabuhan di Kepulauan Melayu untuk menunggu perubahan angin,memperbaharui bekalan makanan dan air,berdagang serta berehat.Kepulauan Melayu merupakan transit untuk ke Jepun,China dan Kepulauan Pasifik. Sarjana-sarjana China dalam abad ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan Melayu

Sriwijaya) berminat pada bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai bahasa Kunlun(hampir sama dengan panggilan Yunani, Kolan/Colan), kerana mereka mendapati banyaknya karya ilmu dalam bahasa Melayu pada masa itu.Di dalam rekod purba China tercatat perkataan 'po' satu kapal besar yang boleh memuatkan 1000 orang. Further information is to be found in the I-chieh-ching yin-i,a dictionary compiled by Huei-lin which according to Pelliot was completed in A.D. 817. Hueilin gives a number of instances of po and includes the following passage: Ssu-ma Piao, in his commentary on Chuang Tz, says: large ocean-going ships are called po. According to the

Kuang ya: po is an ocean-going ship. It has a draught of 60 feet (!). It is fast and carries 1000 men as well as merchandise. It is also called kun-lunpo. -Christie (1957), pp. 347-348. Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau 'Kun Lun' sebagaimana kajian sarjana Eropah tentang Viking Timur Jauh ini: By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors approaching their shores from the Kunlun Islands in the southern seas, which the Chinese learned were volcanic and invariably endowed with marvellous and potent powers. . . . The

Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone, 1980: 191-92) Di dalam keterangan di atas,orang-orang China zaman dahulu telah banyak belajar dari tukang-tukang kapal dan ilmu pelayaran dari 'islanders' ini di mana diterangkan sebagai "as the crews of ocean-going vessels engaged in longdistance overseas trade".Dan pada pada

era Dinasti Han (206 hingga 221 Sebelum Masehi),orang-orang China telah menggunakan 'satu teknologi' baru perkapalan,seperti yang dijelaskan sebagai "a sail, made from woven mats reinforced with bamboo" padahal ia telah digunakan beratus tahun sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu. Adalah mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini menunjukkan teknologi perkapalan China dimajukan setelah para tukang kapal China belajar dari orang-orang Melayu Kuno terutama pembuatan jong.Maka lahirlah jong China yang terkenal itu sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini:

Menurut catatan Manguin,seorang sarjana Eropah: "Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad ketiga Masehi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan Melayu),sebuah kapal dengan lambung kapal yang berlapislapis.Perkataan Inggeris,junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang China,sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu.Orang China juga

mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun (sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China" (Manguin, 1980: 266-67, 274) Manguin mencatatkan lagi: "Secara purata,sebuah jong harus membawa empat hingga lima ratus metrik ton,namun sekurang-kurangnya sebuah jong cukup untuk membawa 1000 ton.Lapisan badan kapal dihubungkan dengan menggunakan tanggam:tiada bahan logam seperti paku digunakan dalam pembinaan kapal hebat mereka.Sesetengah bahagian-bahagian kapal kecil kapal digabungkan dengan menggunakan serat tumbuhan,tetapi ini

bukan amalan pembuatan kapal besar.Sebuah jong biasanya mempunyai 2 hingga 4 tiang kapal termasuk tiang cucur (bowsprit),sebagaimana dua kemudi yang terpasang di kedua belah.Gandung kapal (outrigger),direka untuk menyeimbangkan kapal,di mana digunakan pada banyak kapal namun bukanlah karakteristik kapal yang berlayar di lautan kasar" (Manguin, 1980: 268-74)

Dan orang-orang Melayu juga adalah orang pertama yang menemukan teknologi layar 'balance-lug sail' dan ini diakui oleh para sarjana sejarah perkapalan dunia: "The Malays were also the first to use a balance-lug sail, an invention of global significance. Balance-lugs are square sails set fore and aft and tilted down at the end. They can be pivoted sideways, which makes it possible to sail into the oncoming wind at an angle of to tack against the wind to sail at an angle first one way and then the other, in a zigzag pattern, so as to go in the direction from which the wind is blowing. Because of the way the sides of the sail were tilted, from a distance it looked somewhat

triangular. . . . It is thus quite likely that the Malay balance-lug was the inspiration for the triangular lateen sail, which was developed by sailors living on either side of the Malays, the Polynesians to their east and the Arabs to their west. Precisely when the Polynesians and the Arabs began using the lateen sail remains unknown, but it would seem to have been in the last centuries B.C.E. It is known that the Arabs in the vicinity of the Indian Ocean were accomplished sailors by the first century C.E. and both they and the Polynesians apparently had the lateen sail by then" (Hourani, 1951: 102). Di bahagian laut selatan India,orangorang dari India telah mengambil peranan aktif di dalam perdagangan dan

penjelajahan.Dan ini diketahui umum antara sebab agama dan kebudayaan dari India mempengaruhi budaya Asia Tenggara.Namun,di Asia Tenggara sendiri,jika kita ingin bercakap tentang perdagangan maritim,orang-orang Melayu adalah peneraju aktif dan penggerak perdagangan yang gigih.Petunjuk tentang peranan orangorang Melayu ini ada dicatatkan seperti yang diberikan oleh Periplus,seorang sarjana: [There] are the marts of Camara and Poduce and Sopatma [on the Coromandel Coast of south-east India], where are local ships which sail along the coast as far as Limyrice, and others which are very large vessels made of single logs bound together and called sangara; those

that cross over to Chryse and the Ganges are called colandiophonta and are the largest. Kedua-dua istilah sangara (yang bermaksud gandang kapal) dan colandiphonta (ingat Kunlun atau Kolan,merujuk kepada pelaut Melayu) adalah diyakini para sarjana lebih merujuk kepada orang-orang Melayu atau Indonesia berbanding orang India.Ini dibuktikan oleh rekod China (nasib baik Maharaja China menyimpan rekod tentang Melayu Kuno) di mana kata 'colondiophonta' diterangkan dengan lebih terperinci,di bawah nama 'Kunlun Po',dan mengesahkan kapal ini benarbenar besar.Ciri-ciri ini dijelaskan oleh Sitwell,seorang cendekiawan Eropah:

"...Some of them could be over 200 feet long, and carry six or seven hundred men and some nine hundred tons of cargo which makes them perhaps a shade larger than those other leviathans of the Ancient World, the grain-ships that plied between Alexandria and Rome. They were also probably faster: even the largest Roman ships usually managed with a single enormous square sail, whereas a Kun-lu po had four sails and may even have arranged them in the fore-and-aft rig, like a schooner. Sitwell (1984), pp. 146-147.

Jika orang-orang Rom berbangga dengan kapal perang mereka ketika berada di Laut Mediteranean,perasaan bangga ini mungkin bertukar sebaliknya apabila berhadapan dengan kapal-kapal pedagang Melayu ini (Kunlun Po) ketika perjalanan mereka ke Afrika atau ke Teluk Parsi.Kapal-kapal yang besar ini dengan teknologi perkapalan yang canggih tanpa menggunakan paku (ini ciri khas seni pertukangan dan arkitek Melayu Purba,sepertimana pembinaan

istana dan rumah),teknologi imbangan kapal dan sistem layar yang dinamik,menunjukkan ada tamadun purba yang hilang di Kepulauan Melayu,yang amat maju dan makmur,sejak kita tahu tentang penemuan penyelidik USM tentang puing-puing kilang-kilang melebur besi di Lembah Bujang dan tapak kota lama di Manjung dan Beruas.Jadi tidak hairanlah di dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada diceritakan tentang putera Rom yang berlayar untuk majlis perkahwinannya dengan puteri China,kemungkinan besar putera Rom ini menyewa kapal 'Kunlun Po' ini,kapal besar Melayu dahulukala untuk menemui puteri China.

Orang-orang Melayu Nusantara juga orang pertama yang menggunakan takal bulat berbanding ketika itu pelaut Arab dan China menggunakan takal segitiga.Ini kerana Tamadun Purba Melayu adalah pencipta takal bulat. Kapal-kapal orang Rom dan Arab mendominasi perdagangan dari Mesir ke India,namun majoriti perdagangan di antara India dan China dijalankan oleh kapal-kapal Melayu dan India.Ketika itu orang-orang China agak gerun dengan keadaan laut di selatan dan kurang berpengalaman dengan keganasan ombak dan perubahan angin di sekitar Kepulauan Melayu (Ini antara sebab kegagalan misi Monggol menawan Pulau Jawa dan menghalang armada China menawan Kepulauan

Melayu).Holmgren,seorang sejarahwan Inggeris menulis: "Alasan kekurangan minat orang China kepada perdagangan laut di sebelah selatan sebenarnya hanya dugaan dan sangkaan sahaja.Sebenarnya orang-orang China berasa takut dan tidak yakin untuk berlayar merapati pantai-pantai laut selatan yang berbahaya dan berisiko tinggi dengan perubahan angin monsun yang aneh,walhal orang Melayu,India dan Arab telah lama belajar secukupnya tentang angin bermusim dan pemanduan pelayaran untuk menghadapi lautan terbuka.Para pegawai di pelabuhan China Selatan,tidak menggalakkan aktiviti perdagangan yang tidak terkawal-satu polisi yang menggambarkan ciri pelabuhan di kerajaan tengah

India.Hanya selepas kemungkinan tarikan komersil di zon perdagangan laut selatan menjadi ketara di abad kedua,perdagangan di laut selatan mula diterima secara rasmi namun dibataskan kepada setakat pelabuhan Vietnam,Chiou-Chi.Pelabuhan Canton pula hanya digunakan pada abad ke-6 Masehi.Secara mudah,dan tidak diragukan lagi ia lebih bertujuan untuk mengawal kelompok-kelompok pedagang Asia Tenggara yang beroperasi secara bermusim dari usaha untuk menggalakkan perkembangan perkapalan orang China.Komuniti pedagang yang digelar Po-ssu di pelabuhan-pelabuhan China yang dirujuk oleh rekod China pada awal abad Masehi adalah pedagang Sumatera atau Semenanjung Tanah Melayu yang berdagang wangi-wangian

Parsi,kayu gaharu,kemenyan serta mutiara yang dibuat atau dikumpulkan dari hutan-hutan tropika dan pantaipantai dari seluruh Asia Tenggara.Dalam banyak kes,inisiatif di dalam perdagangan antara China di utara dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera di selatan adalah hampir semuanya digerakkan oleh pedagang Melayu.Jika pedagang China cuba mendekati laut selatan,mereka berbuat demikian mungkin hanya sebagai penumpang dalam kapal 'Po-ssu' yang dikendalikan oleh orang Melayu atau Indonesia" (Holmgren (1980), p. 76) Ini menunjukkan pengiktirafan yang tinggi para sarjana sejarah perkapalan Barat terhadap kemampuan,kemahiran

dan bakat yang ada pada orang di Nusantara (China menyebutnya sebagai Kunlun) sebagai 'The King of Sea'. Beberapa catatan Barat seterusnya mengenai kemahiran terahsia bangsa Melayu yang tidak diketahui oleh anakanak Melayu era siber dan rempit ini: Dari Jones,sejarahwan Eropah: "Ketika musim sejuk,kesejukan di Asia Tengah menyebabkan ketumpatan udara menjadi berat,ketika udara di laut lebih hangat dan ringan.Perbezaan dalam ketumpatan ini menyebabkan udara berat dari Asia Tengah menghembus menentang udara laut yang ringan,oleh itu dari Disember ke Mac angin kering dari Asia Tengah menghembus ke

seluruh benua menuju ke lautan.Ketika bulan-bulan tertentu,angin ini adalah amat sukar diramal (ini yang digeruni oleh pelaut China).Walaupun ketika musim luruh,perubahan arah angin secara kasarnya lebih cepat,di dalam bulan April,pertukaran angin musim bunga dari dalam ke luar adalah lembab menyebabkan kesempatanvterjadinya jenis angin yang pelbagai dari September ke November.Mengambil kesempatan dari corak angin bermusim ini,para pelaut Melayu mula mengawal angin monsun dan 'menunggangnya'.Mereka berlayar dengan angin di belakang mereka,dengan ini mereka telah berlayar beribu batu ke destinasi yang jauhjauh.Kemudian mereka menunggu sehingga angin bertukar arah,di mana ini membenarkan mereka berlayar pulang ke

rumah,dengan angin tetap di belakang mereka,menolak mereka ke kampung halaman dengan mudah. Jones menambah: "Setakat ini,cuma sedikit persamaan pendapat melihat kepada bilakah pelaut Melayu pertama mencapai pantai timur Afrika dan Madagaskar,lebih dari 3000 batu ke barat,namun sesetengah percaya ia terjadi pada awal abad pertama Masehi.Dengan tarikh yang masih misteri bilakah mereka tiba di Afrika,dalam proses pelayaran merentasi beribu batu lautan selatan,para pelaut Melayu ini ini menyaksikan bahawa mereka membawa sejumlah tumbuhtumbuhan dari Asia ke Afrika,termasuk pisang,kelapa dan cocoyam (sejenis ubi

di Afrika Barat di mana terma cocoyam ini diceduk dari perkataan Melayu).Irama dari xylofon juga diceduk dari orang Melayu ke Afrika walaupun diketahui bagaimana alat muzik ini datang dari Afrika Timur ke Afrika Barat,di mana ia masih kedengaran hari ini,tetap meninggalkan sebab yang kontroversi" (Jones, 1971: 11519). Perhatikan catatan yang dikutip dari pengembara Eropah oleh pengkaji: "The Malay sailors may also have been riding the monsoons of the Indian Ocean to supply the Mediterranean market with cinnamon a product of southern China even before the development of an overland or overseas silk route. The Greek word for cinnamon was derived

from a Malayo-Polynesian word, through Phoenician and Hebrew. Even though cinnamon was never grown commercially in Africa, Egyptian and Hebrew texts dated to the first millennium B.C.E. speak of cinnamon coming from Africa, leading several scholars to suggest that Malay sailors were responsible for bringing this cinnamon from the coasts of the South China Sea to East Africa. Pliny, writing in the first century C.E., describes an already well-developed trade in cinnamon. The men who brought the cinnamon put out to sea . . . when the east winds are blowing their hardest; these winds drive them on a straight course . . . from gulf to gulf. Pliny calls their vessels rafts, a plausible but mistaken description of the Malays

double outrigger canoe (Taylor, 1976: 45). The cinnamon they provided could then have been traded north by the East Africans until it reached Ethiopia, where Mediterranean merchants purchased it. There is also a thirteenth-century Arab text that refers to a Malay settlement in the vicinity of Aden sometime around the Roman conquest of Egypt in 31 B.C.E. Vast fleets of Malay outrigger canoes came and went from this place, it tells us, but eventually the settlers grew weak, lost their seafaring skills, and were overrun by neighbouring peoples. (Taylor, 1976: 25, 39). According to the text, this happened after Egypts decline, and scholars have tentatively dated the settlement to the first century CE. At roughly the same time Malay communities were established on the

island of Madagascar, some 250 miles off the East African coast, where their descendants still constitute the majority of the islands population and MalayoPolynesian languages are still spoken today by almost all. Given the many clusters of islands in the Indian Ocean and the Malay use of islands for navigating, their likely route to East Africa would have been by way of such island clusters, namely, the Maldives, the Chagos, the Seychelles, and the Comores (Taylor, 1976: 30, 4546). Shaffer (1996), pp. 15-16.

Perhatikan perdagangan kulit kayu manis oleh para pedagang Melayu sehingga mencapai Yunani (Greece),Phoenicia (Kanaan Kuno) dan Yahudi Kuno (Hebrew) sehinggakan kata 'cinnamon' dalam bahasa Yunani dikatakan oleh pengkaji ini diceduk dari perkataan Melayu Kuno selepas diubahsuai dari perkataan Phoenicia dan Yahudi.Di kota purba Aden (Di Yaman kini) terdapat penempatan para pedagang Melayu menurut teks Arab kurun ke 13.Maka tidak hairanlah rempah-rempah dan harum-haruman boleh tiba di istana

Firaun dan benih-benih bunga-bungaan dan pokok-pokok tropika boleh tiba di kota Babilon. Dalam Kitab Rujar, Al-Idrisi,sejarahwan Arab Kuno telah mencatatkan: "Penduduk Zabaj telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari sana,membekalkannya ke seluruh India.Tiada besi yang mampu dibandingkan dengan mutu dan kehalusan buatan dari Zabaj ini.Penduduk Zabaj kerap dipanggil di Zanj di dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan berdagang barangan dengan mereka,sebagaimana mereka memahami behasa masing-masing"

Zabaj adalah panggilan orang Arab bagi Srivijaya,empayar maritim Melayu terbesar di Asia Tenggara.Di sini kita tahu sejak zaman Srivijaya,orang Melayu sudah pandai mengeksport besi pula ke India! Situasi Empayar Srivijaya yang memiliki kapal-kapal yang menakjubkan (contohnya Lancang Kuning yang dinaiki Emperor-emperor Srivijaya) disentuh oleh seorang pakar perkapalan Jerman,Horts H.Liebner ketika ditemuramah oleh The Jakarta Post: "Five hundred years before groups of ocean conquistadors from Portugal began their journey to look for new territories, ships from the islands now known as Indonesia were traveling

around Asian waterswith very advanced technology. The preliminary scientific reconstruction of a shipwreck recovered from the Java Sea found that the ship had better technology than those from Europe,China or Japan.The ship,believed to have sunk between 930 AD and 990 AD in a storm, was also bigger and better constructed.Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships thatcould sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"

Renungkan bahtera besar yang diukir di candi Borobudur.Kemudian renungkan kata-kata PAKAR PERKAPALAN JERMAN ini.Adakah beliau berkata untuk menyedapkan hati orang Nusantara?Adakah sengaja mahu mengembangkuncupkan hidung orangorang Melayu?Menaikkan punggung orang-orang Melayu ke paras maksima?Kemudian berjalan mendada tidak ingat dunia?TIDAK SAMA SEKALI.

Beliau bercakap melalui fakta sejarah dan pengalamannya dalam bidang maritim.Sudah tentu catatan tentang Kepulauan Melayu telah ada di dalam simpanan Empayar Austria-Hungary (Jerman sebelum Perang Dunia Pertama) dan Kerajaan Perancis.Perhatikan semula kata-katanya yang penuh makna tersirat ini: "Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships that could sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"

Dan ini bertepatan dengan catatan para pengembara Eropah dan sarjana Inggeris seperti yang kita baca tadi.Semua ini menunjukkan Tamadun China banyak mendapat faedah dari pembelajaran mereka tentang pembuatan kapal dari orang-orang Nusantara khasnya para pelaut Melayu.Sebab itu kerajaankerajaan Melayu dahulu sukar dikalahkan melalui peperangan laut.Dan ini caranya Srivijaya,Majapahit dan Melaka menguasai Selat Melaka,selat tersibuk di dunia.Siam mampu mengalahkan Kedah dan Patani,namun bukan Melaka,kerana Melaka adalah warisan Emperor terakhir Srivijaya,'The Lord of Sea'.JIka Funan menggelar rajaraja mereka,'The Lord of Mountain' (gunung adalah katakunci terahsia

Melayu yang lain),Emperor-emperor Srivijaya adalah 'Dewa-dewa laut' yang menggerunkan.Dalam Sulalatus Salatin,dikisahkan Melaka mampu mematahkan dua kali serangan Siam (era Ayutthaya). Selain itu,Orang Sulu juga digeruni oleh penjajah Sepanyol,dan kemahiran ilmu laut Orang Sulu setanding dengan Orang Bugis.JIka Inggeris menganggap Orang Bugis sebagai lanun,Sepanyol juga menganggap Orang Sulu ini sebagai lanun yang kasar dan kejam (padahal merekalah bangsa yang kejam dan ganas)

*Dari relief di Bayon,menunjukkan tentera laut Champa sedang berperang.Perhatikan kapal perang mereka.

Di dalam Perang Kedah-Thai pada abad ke 19,ada diceritakan tentang kesukaran tentera Thai untuk mengalahkan tentera Kedah ketika peperangan di laut.Ini menyebabkan Thai menggunakan taktik pengecut yang sekian lama digunakan apabila berasa terancam dengan kekuatan musuh;meminta bantuan kuasa

Eropah,dalam kes ini meminta bantuan Inggeris.Angkatan Tengku Kudin (Tengku Kudin dianggap Inggeris sebagai 'lanun' Melayu paling licik dan dikehendaki) telah dikepung di dalam Kota Kuala Kedah oleh kira-kira 80000 tentera Siam.Askar bantuan dihantar dari Sungai Perai,namun tiba-tiba dibedil Inggeris yang campurtangan setelah berpakat dengan Thai.Wan Muhammad Ali(anak Datuk Seri Kerma Jaya)yang begitu berjaya dalam kempen menentang tentera Thai di laut sebelum itu telah diserang dan dikejar oleh kapal perang Inggeris.Ilmu pelayaran dan teknologi pembuatan kapal layar yang ada pada orang Melayu nyata berguna pada Angkatan Wan Muhammad Ali yang berjaya menghindari kapal perang Inggeris.Dengan jong yang lebih ringan

dan laju angkatan tersebut berjaya menjarakkan diri dari angkatan Inggeris dan belayar bersembunyi di selat-selat kecil di Langkawi.Namun Inggeris yang tidak berpuas hati telah maju ke Pulau Langkawi dan menyerang kubu dan merampas meriam-meriam orang Langkawi dikala tentera-tentera pengecut Thai menunggu-nunggu berita peperangan Inggeris dengan tentera laut Kedah yang sukar ditewaskan mereka itu.Wan Muhammad Ali terpaksa berundur ke Sumatra dan menetap di sana. Kedah akhirnya berjaya menghalau tentera Thai setelah menyaksikan kelicikan Paduka Raja Jambangan atau Tunku Anum (Lelaki).Dengan helah dan tipu muslihatnya,Kedah dapat

dibebaskan dari taklukan Thai.Beliau telah dianugerahkan wilayah Kubang Pasu sebagai negeri yang bebas dari Kedah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Dalam kempen yang diketuainya,Tunku Anum membiarkan dirinya menjadi tawanan raja Ligor untuk mengkaji kekuatan Angkatan Ligor yang merupakan penghasut utama kepada raja Thai supaya menyerang Kedah.

Berbalik kepada rekod tentang kapalkapal Melayu,R.O Winstedt (ada juga pandangannya yang jujur),dalam bukunya,"A History of Johor' mencatatkan laporan dua askar Belanda tentang geliung-geliung Johor ketika perdagangan di Betawi dan Melaka:

Rekod dari Dargh Register pada tahun 1968 hanya mencatatkan satu lawatan oleh geliung Johor membawa barangan dari Gujerat.Pada April 1661,catatan Belanda:'Gonqua' dari Johor dengan sebuah kapal geliung,26 anak kapal...." Pada abad ke 17 di Asia hanya Jepun dan beberapa kerajaan Asia Tenggara tertentu termasuk Kesultanan Johor diketahui mahir dalam membuat kapal geliung.Negara-negara Asia yang lain seperti India dan China ketika itu memiliki kapal-kapal besar namun ketidaksesuaian rekabentuk tradisional mereka tidak mampu menghadapi kapalkapal pedagang Eropah yang dilengkapi persenjataan berbeza dengan tukangtukang kapal Melayu yang membuat kapal mengikut kesesuaian keadaan dan

pandai menggabungkannya dengan rekabentuk kapal-kapal asing.Kapal Bedar misalnya adalah revolusi kapal Melayu yang digabungkan dengan senibina kapal-kapal Eropah,dengan penambahan tiang cucur (bowsprit) gaya Eropah.

Perlu diingat sehingga awal abad ke20,Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yang tidak dinaungi

Inggeris,dimana tidak menerima residen Inggeris.Johor menerima residen Inggeris secara rasminya pada tahun 1914,menunjukkan Tanah Melayu secara rasminya terjajah keseluruhannya bermula tarikh ini.Johor moden adalah warisan dari Empayar Johor-Riau,yang sebelum itu mewarisi saki-baki wilayah Empayar Kesultanan Melaka.Ketika kapal-kapal China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang Candu dan kapal-kapal raja-raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer Inggeris yang menggunakan kapal jenis frigate yang pantas dan berkuasa tinggi (The Black Pearl dalam filem Pirates of Caribbean adalah contoh kapal jenis frigate),geliung-geliung Johor mundarmandir di Selat Melaka tanpa diganggu oleh Belanda dan Inggeris.Kepantasan

geliung Johor bergerak dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat dan meriam mortar agak menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar menerima residen Inggeris.Sesetengah geliung juga mampu menempatkan meriam-meriam di hadapan kapal (seperti kapal The Flying Dutchman dengan triple cannonnya).Kecerdikan para tukang timbal kapal Melayu ketika itu membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong hinggalah ke geliung menunjukkan mereka sekali lagi adalah 'The Lord of Sea' walaupun dihimpit penjajahan kuasa Eropah.Mereka mewarisi kemahiran para pembikin kapal Melayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan Mediteranean,berdagang dengan kerajaan Israel Kuno serta bangsa purba Phoenicia

dan Sumeria yang sudah pupus pada hari ini.Yang tinggal cuma bangsa Yahudi sahaja pada hari ini yang telah menubuhkan 'Israel Baru'.Menariknya,keturunan 'pelaut Melayu' yang gigih ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Yahudi Moden pada hari ini,tidak seperti di zaman Israel Raya (Daud dan Sulaiman),Samaria dan Israel Utara. Kerajaan Aceh juga pernah menggunakan kapal jenis geliung ini,terutama ketika menghadapi serangan Portugis.Catatan dari conquistador Portugis: "Dalam pertempuran 1583 kapal laksamana Coutinho telah dimusnahkan oleh geliung-geliung Aceh .Beberapa geliung Aceh juga turut musnah"

Kejayaan Aceh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau Bintan pada tahun 1614 menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di rantau ini yang pernah menewaskan sebuah kuasa Eropah dalam pertempuran laut . Dalam perjalanan pulang mereka telah singgah di Melaka untuk membedil dan menenggelamkan kapal-kapal musuh yang sedang berlabuh.

*Perbandingan antara kapal Laksamana Cheng Ho (besar) dengan kapal Columbus.Mungkin beginilah kapal Lancang Kuning kenaikan Emperor Srivijaya dan Mendam Berahi.

Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia:

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"

Perhatikan kata-kata ini: ""Her sides were so high...."

Menunjukkan geladak kapal yang lebih tinggi dari kapal-kapal Portugis ketika itu.Ini terbukti dengan kegagalan Portugis mahu menawan Aceh.Hanya Belanda yang mampu menekan Aceh kemudiannya setelah muncul sebagai kuasa laut Eropah yang baru ketika Sepanyol dan Portugis meniti zaman kemerosotan penjajahan maritim. Begitulah kisah silam orang Melayu Nusantara yang gemilang.Bagaimana Tamadun Mesir dan Sumeria mengenal Dunia Melayu dengan rempah,kapur barus dan wangi-wangian kemenyan,dunia juga mengenal bangsa ini sebagai pelaut,pelayar dan pengembara maritim yang gagah.Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada

hari ini memperlekehkan sejarah bangsanya,namun dunia tidak pernah lupa kepada kegigihan para pelayar Melayu ini meredah ombak,merenung bintang-bintang di langit dan merasa pergerakan angin,berlayar beribu-ribu batu,sehingga sampai ke pantai-pantai Afrika,Teluk Parsi dan Mediteranean. Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan kemampuan nenek moyang mereka,namun dunia masih menyimpan kenangan bagaimana pelaut-pelaut Melayu tekun bertukang membina kapalkapal,memasang layar dan menyorong kapal ke laut.Ombak dan pantai masih mengingati para pelaut ini menyeka peluh dan membanting tulang melaraskan layar-layar dan kemudi

kapal.Angin laut masih rindukan wajahwajah pengembara Melayu menyongsong ganas ombak dan azab di lautan,kerana angin dan bayu laut inilah teman mereka gembira dan menangis ketika kesepian di tengah-tengah lautan luas.Tidak mengapa anak-anak Melayu mengetawakan para pelaut ini,namun dakwat para pengkaji Barat dan Timur masih hitam lagi membela para pelaut Melayu ini dari kejahilan dan kedunguan anak-anak Melayu yang terjajah mindanya oleh penjajah. Anda boleh menghayati kenangan kehidupan dari sisi kapal-kapal Melayu dan kehidupan pelaut dengan membaca dua karya tentang perkara ini,iaitu Novel Sukma Angin hasil karya Sasterawan Negara Arena Wati.Novel ini

mengisahkan kehebatan kapal layar dagang Melayu terakhir.Satu lagi adalah karya penulis tersohor tanahair,Faisal Tehrani dengan karyanya,Bedar Sukma Bisu. Jika sekiranya orang Melayu duduk di hutan dan gua-gua sambil bermain dengan monyet dan tupai,sekurangkurangnya fikirkanlah,bagaimana keturunan Merina di Madagaskar mengaku berasal dari Kepulauan Melayu dan bahasa Malagasy adalah sekelompok dengan bahasa Melayu bukan bahasa Afrika.Para pelaut Melayu telah berlayar sehingga ke Madagaskar dan Afrika menghasilkan raja-raja Dinasti Merina yang telah memerintah Madagaskar sekian lama sehinggalah penjajah Perancis tiba.Kehebatan ilmu pelayaran

Melayu yang sanggup belayar hingga ke Afrika ini diabadikan oleh seorang pengkaji sejarah orang Melayu dari Eropah,John Tiffany sebagai The Viking of the Orient

Sepatutnya kerajaan Melaka membina kembali kapal Mendam Berahi,bukannya

kapal Flor de La Mar malahan kapal Mendam Berahi lebih besar dan hebat dari Flor de La Mar.Flor de La Mar hanya sebagai bukti jiwa Melayu yang terjajah,namun jika anak Melayu hari ini dapat melihat replika Mendam Berahi,betapa mereka nanti akan menyelami kehebatan nenek moyang mereka membina kapal yang sehebat itu.Menyelami sehingga ke sejarah pelayaran Melayu ke Madagaskar,menjadi raja-raja Merina,memerintah suku-suku kaum Afrika di pulau itu. Satu perkara yang menyentuh jiwa berkenaan raja-raja Merina ini,apabila mereka meninggal dunia,mereka mewasiatkan mayat mereka ditanam di dalam makam berbentuk rumah

tradisional Melayu,walaupun kehidupan harian mereka tidak berbeza dengan suku-suku kaum Afrika yang lain. Artikel ini diakhiri dengan gambar makam diraja Merina di Madagaskar,Afrika..dan hayatilah misteri makam sepi ini,sesepi hati perantau Melayu di bumi asing.

Caption: The tombs of 19th-century Merina dynasty rulers Queen Rasoherina and King Radama I stand side by side on burial grounds in central Madagascar. The Merina culture descended from that of the original Malay settlers of Madagascar and rose to prominence

during the early 19th century. Many Merina rulers, including King Radama I, resisted the initial European presence on Madagascar. Merina rulers fought against colonial expansion until the French takeover of Madagascar in 1896.(Microsoft Encarta 2009)

----------------------

Next...

Alter Terahsia Bangsa Melayu 'X' Edition

The Land of The Gods II

-Siapa penduduk asli Indochina? -Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian -Perak Man dan Jawa Man -Apa yang terjadi di Promised Land beribu tahun dahulu? -Siapakah Funan?Orang Mon,Khmer atau Melayu? -Rahsia Borobudur dan Angkor Wat -Kota Khmer di dasar Tasik Chini -Sumeria dan Ibrani serta hubungan dengan Melayu Kuno -Tulisan Purba orang Melayu -Mengapa Tamadun Purba Melayu jatuh? -Teori Peradaban -Teori Kemerosotan -Rahsia tersembunyi di The Land of The East

-Dewa-dewi di Golden Chersonese -Nenek Moyang Para Firaun

Semakin dikuak rahsia,semakin tercerna pelbagai misteri!SEmakin diteguk segala ilmu,semakin haus dengan kebenaran!

Alter Terahsia Bangsa Melayu V

Mari menyusun seroja Bunga seroja Hiasan sanggul remaja Puteri remaja Rupa yang elok Di manja jangan dimanja Puja lah ia sekadar Oh sekadar saja Mengapa kau bermenung Oh adik berhati binggung Mengapa kau bermenung Oh adik berhati binggung Lupakan saja asmara Pada asmara...

Lupakan saja asmara Pada asmara... Mari menyusun seroja Bunga seroja Hiasan sanggul remaja Puteri remaja Rupa yang elok Di manja jangan dimanja Puja lah ia sekadar Oh sekadar saja (S. Effendy)

Selamat datang ke 'Gua Rahsia'.Tuantuan dan Puan-puan!...di sini terdapat beberapa peti.Peti-peti ini telah disimpan di sini sejak sekian lama,tetapi awas!ada pihak yang mahu mengambil peti ini dan

menyimpannya di tempat mereka.Mari kita lihat peti-peti ini. Peti yang bertanda 'Bangsa Gunung' telah dibuka.Anda sudah tahu apakah isinya dan mengapa bangsa misteri digelar dengan bangsa gunung atau bangsa Tanah Tinggi oleh bangsa-bangsa lain.Anda juga boleh menggelar mereka 'Highlander' aha...jika anda mahu.Lihat peti sebelah kiri,peti ini berlabelkan 'Laut'.Ini adalah petunjuk jika kita mahu mengenali karakter bangsa misteri.Bangsa yang menyebar di kepulauan sudah tentu mempunyai kemahiran kelautan yang tinggi,perbintangan dan arah angin serta ilmu membina kapal-kapal.Bangsa kelautan (maritim) juga sudah pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain

dan bertukar-tukar pengetahuan dan budaya. Ada sekumpulan peti yang terletak di atas batu leper.Peti yang pertama berlabel, 'Abraham dan Keturah'.Ini adalah nama sepasang suami isteri yang dikaitkan dengan bangsa misteri.Peti sebelahnya bertanda 'Parsi dan Sumeria'.Peti ini jika dibuka akan ditemukan helaian-helaian berlabel 'Vedic' dan 'Aryan'.Peti yang dihadapannya berlabel 'Emas',dan jika dibuka anda akan tahu mengapa Nabi Sulaiman (King Solomon) sanggup menghantar delegasi mencari emas terbaik di sini dan mengapa raja-raja Melayu Srivijaya mampu mengeluarkan syiling-syiling emas sebagai matawang.Terdapat beberapa peti yang

lain,yang kita akan pergi melihatnya kelak,tetapi mari kita buka satu peti ini,yang terletak terasing sedikit di sudut pintu gua. Peti ini mempunyai ukiran bunga melur yang indah di atasnya.Peti ini berlabel 'Wangi-wangian'.

RAHSIA DARI WANGI-WANGIAN

"Dang Nila memangku puan Berembang buah pedada Adakah gila bagimu tuan Burung terbang dipipiskan lada (Bunga Tanjung Biru -Sejarah Melayu)

Untuk membicarakan sejarah Melayu,kita tidak seharusnya mengongkong diri dengan sempadan geografi.Kita mesti berfikir secara global.Atau lebih tepat secara Alam Melayu.Atau secara 'Nusantara'.Dahulu,beratus tahun atau beribu-ribu tahun dahulu tiada apa yang dinamakan 'Malaysia' atau 'Indonesia'

atau 'Brunei' atau sebagainya.Yang ada ialah Alam Melayu atau Nusantara.Perkataan 'Melayu' itu sendiri diketahui oleh bangsa-bangsa lain seperti yang terdapat dalam arkib Sanskrit dan Tamil,Parsi,China dan Eropah menunjukkan bangsa ini telah lama bertamadun dan yang penting mereka tahu bahawa budaya,bahasa dan tempat tinggal mereka adalah sama iaitu Alam Melayu yang meliputi Benua Siam (IndoChina),Semenanjung dan kepulauan Melayu merangkumi pulau-pulau Indonesia,Filipina sehingga ke Taiwan dan mencapai pulau-pulau selatan Jepun,pulau-pulau kecil di lautan Hindi hingga mencapai Madagaskar.Perkataan 'Nusantara' pula setakat ini diketahui dikesan dalam Sumpah Palapa yang diucap oleh Gajah Mada iaitu Mahapatih

Majapahit (Menteri Besar) bagi kerajaan Majapahit (1334-1359) "Sira Gajah Madapatih Amangkubhumi tan ayun amuktia palapa, sira Gajah Mada: "Lamun huwus kalah nusantara isun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seran, Tajung Pura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana isun amukti palapa". (Gajah Mada Mahapatih Majapahit) Maksudnya:Beliau Gajah Mada Patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa.Beliau Gajah Mada, "Jika telah mengalahkan Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa. Jika mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung

Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa". Gajah Mada adalah seorang negarawan ulung Alam Melayu ketika itu.Istilah 'Nusantara' yang disebut olehnya menunjukkan bahawa kata ini telah digunakan sejak sekian lama di seluruh kepulauan Melayu.Bangsa Malai yang mendominasi Nusantara terdiri daripada etnik-etnik Mala-Aborigine;mereka biasanya berambut kerinting,berkulit gelap,bertubuh pendek dan tinggal di pinggir-pinggir hutan dan bukit.Sebahagian besar mereka tinggal di kepulauan Melayu hingga ke Pasifik seperti Hawaii,Papua dan Easter. Kemudian etnik-etnik keJawaan;mereka ini berkulit sawo matang dan bertubuh

tegap.Ada di antara mereka memiliki mata yang kecil.Mereka adalah etnik Mala yang rajin dan suka mendominasi sesuatu.Selebihnya ialah etnik Malai Polinesian iaitu etnik yang agak terbuka identiti etnik mereka.Warna kulit mereka pula bervariasi dari yang gelap,sawo matang,kuning langsat sehinggalah cerah.Mereka ini agak terbuka dengan bangsa asing yang ingin mengenali mereka dan bersikap peramah.Melayu Kedah (termasuk etnik semenanjung yang lain),Acheh,Cham,Siam,Pattani dan Bugis (sekadar menyebutkan beberapa contoh) adalah tergolong dalam kelompok ini.Mereka amat mementingkan kostum dan hias-hiasan pada tubuh mereka.Mereka juga digelar kaum Tanah Besar kerana majoriti mereka tinggal di semenanjung hingga ke

Segenting Kera dan sejauh Indochina sehingga mencapai Yunnan,dan sebahagian yang lain ada yang tinggal di kepulauan seperti di Borneo dan Sulawesi.Ini adalah sekadar kategori sahaja berdasarkan cara hidup dan perubahan geografi yang merubah etniketnik Mala ini di The Land of The East.Hakikatnya mereka adalah dari rumpun yang sama iaitu NUSANTARA. Bangsa Mala yang tinggal di kepulauan sudah semestinya berasal dari Tanah Besar juga,tetapi terdapat tiga kemungkinan, 1.Sama ada mereka berasal Tanah Kanaan,menuju ke Himalaya,merentasi Sungai Mekong hingga ke Yunnan seterusnya menurun ke Benua Siam

(Indochina) dan belayar ke Kepulauan Melayu.Rujuk Teori Ibrahim-Keturah 2.Atau dari Tanah Kanaan,mereka menuju ke arah laut dan belayar hingga ke kepulauan Melayu.Rujuk Teori Pelayaran Raja Mus. 3.Mereka sememangnya tinggal di daratan Tanah Besar tetapi perubahan geografi menyebabkan Tanah Besar terpisah-pisah menyebabkan terjadinya pulau-pulau.Rujuk Teori Lemuria dan pencairan ais ketika berakhirnya Zaman Ais serta Teori Hanyutan Benua. Perkataan 'Mala' adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan,perjuangan untuk hidup dan

peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu.'Mala' sebenarnya bermaksud 'bunga' atau 'haruman'.'Mala' adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur;dua bunga yang menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam mistik dan kesusasteraan Melayu.Nama gadis-gadis Melayu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur,menunjukkan nama dua bunga ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.Perkataan Mala adalah nama asli bangsa ini,ketika di sebelah ParsiSumeria,bangsa ini digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum Mala,tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur,ini kerana sudah tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana

bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India.Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang Melayu.Para sarjana China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-LaYu.'Mala-Yu' adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya,pemikiran seterusnya kaum itu sendiri.Gadis yang bernama Mala,Melur atau Melati adalah lambang gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat Melayu ketimuran. Dari sukukata 'Mala',bangsa purba memberikan pelbagai panggilan dengan

penambahan suffix yang berbeza. Bunga,haruman dan wangi-wangian adalah salah satu kod rahsia bangsa misteri.Jika kita ingin mengenali bangsa ini,kita perlu tahu apakah signifikannya perlambangan bunga dan wangi-wangian kepada bangsa Melayu.Bangsa misteri ini telah sekian lama menghasilkan wangiwangian untuk tujuan perubatan,mistik atau mengawet sesuatu.Bangsa misteri selain menggunakan bungabungaan,sering juga menggunakan rempah-rempah untuk mewangikan ruangan rumah atau balai.Mengapa kerajaan-kerajaan Eropah berlumbalumba mahu menguasai Selat Melaka?Antara faktor terbesar ialah untuk menguasai perdagangan rempah.Rempah-ratus adalah bahan yang

penting untuk memanaskan tubuh,sebagai ubat-ubatan dan resepi masakan.Dan perdagangan rempah sebenarnya telah dikuasai oleh pelabuhan-pelabuhan Melayu.Mengapa?Pada zaman dahulu ketika para pedagang Eropah mendapat bekalan rempah dari pedagang India dan Arab,mereka tertanya-tanya dari manakah para pedagang Arab dan India ini memperolehi bekalan rempah ini dalam jumlah yang banyak.Ini membuatkan mereka berusaha untuk mengetahui sumber segala rempah ratus ini dan berharap dapat menguasai tempat di mana rempah-rempah ini didapati.

Rempah adalah satu bahan yang penting dalam kehidupan mistik di dalam istana Firaun dan rahib-rahib Judea Kuno.Para ahli sihir Firaun adakalanya menaburkan rempah-rempah di dalam persembahan sihir mereka kerana bau rempah-rempah yang harum dan beraroma ini menimbulkan sensasi dan mengkhayalkan;membantu mereka dalam kerja-kerja sihir mereka.Para rahib Judea (Kerajaan Yahudi Kuno,selain

kerajaan Samaria) kerapkali membakar kemenyan;salah satu campuran rempah dalam bentuk getah pepejal untuk melengkapkan ritual mereka.Pokok Kemenyan (Styrax benzoin Dryand) adalah pokok yang biasanya ditemui di Kepulauan Melayu.Sebab itu para Firaun secara rahsia mengimport rempah-ratus dan kemenyan dari Kepulauan Melayu.Di Kuil Hatshepshut,ada terukir kisah-kisah pelayaran delegasi Firaun ke Nusantara,dan terdapat ukiran pohonpohon besar yang amat rendang seperti yang terdapat pada pokok Jati,Keruing atau Merapoh.Pohon-pohon besar ini juga ada yang dibawa ke Mesir untuk di tanam di sana.Kemenyan dan rempah sememangnya diketahui hanya didapati dari Nusantara.

Kemenyan dalam bahasa Inggeris ialah Benzoin Resin,dan resin bermaksud damar atau getah kemenyan itu.Perkataan 'Benzoin' (banjawin,benjamin) berasal dari bahasa Arab iaitu 'lubban jawi'.Perkataan 'jawi' adalah nama tempat itu diambil iaitu Tanah Jawi,dan ini adalah fakta bahawa para pedagang Arab sedar dari mana kemenyan berasal iaitu sebagai contoh dari Sumatra (S.Benzoin Sumatra benzoin),Benua Siam (S.

tonkinensis -Siam benzoin) dan Jawa (Javan frankincense).'Lubban' adalah nama Arab bagi wangi-wangian pepejal.Pada masa dahulu di Timur Tengah,wangi-wangian pepejal tempatan diperbuat dari campuran bunga-bungaan dan diproses menjadi pepejal yang wangi.Namun kemenyan dari 'Jawi' ini adalah 'lubban' yang terbaik dan memiliki kasta tertinggi dan kerap dijual dengan harga yang mahal kerana wangian kemenyan ini bukan berasal dari bunga-bunga tetapi getah resin (damar) asli yang sedia berbau wangi.

Rempah-ratus juga digunakan untuk upacara mengawet mayat.Mumia-mumia Firaun diawet dengan menggunakan rempah-ratus ini dan segala rempah-ratus ini terutamanya kapur barus dipercayai diimport melalui pelabuhan yang terletak di Barus,di Sumatera Utara.Kemenyan juga dikesan penggunaannya di dalam budaya Yahudi Kuno di dalam ritualritual mereka termasuk menyambut kelahiran bayi dan segala bekalan

kemenyan ini di dapati dari Nusantara. Sebab itu apabila apabila seorang gadis dari Nusantara telah disunting oleh seorang lelaki terhormat dari Tanah Kanaan,sumber-sumber JudeoSumeria menggelarkan gadis itu Keturah,atau 'kemenyan/wangiwangian' dalam bahasa Ibrani menunjukkan nama sebenar gadis itu kemungkinan adalah 'Melur','Melati' atau 'Damar Wangi' dalam sebutan Nusantara. Sebelum kita meneruskan topik yang semakin menarik dan misteri ini,mari kita telusuri beberapa jenis bunga yang popular dalam masyarakat Melayu.

Bunga Kemboja

Bunga Kemboja (Plumeria acuminata, famili Apocynaceae),adalah salah satu bunga purba yang dihormati bangsa Mala.Bunga ini adalah bunga yang kerapkali kita jumpa di perkuburanperkuburan Melayu.Ini menunjukkan terdapat warisan ritual bunga-bungaan

pada masa silam yang masih berbaki dalam masyarakat moden Melayu hari ini.Bunga Kemboja berwarna putih dengan pusat bunga berwarna kuning keemasan.Pokok ini sememangnya banyak ditanam di halaman candi (di Tanah Jawa) dan kawasan kubur.Kehadiran bunga Kemboja di perkuburan Melayu amatlah mengundang perasaan aneh dan misteri.Adakah bunga ini melambangkan kematian atau kehidupan selepas mati?Di Bali,Tarian Legong Keraton tidak akan lengkap tanpa bunga ini.Bunga ini selalu dipakai di telinga penari semasa upacara tarian itu berlangsung.Di Jawa pula, bunga Kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh menimbulkan kesan seram seperti suasana kubur dan juga boleh

mengundang roh jahat yang akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah. Ada juga sebahagian masyarakat yang percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga Kemboja yang berkelopak genap (6 helai) akan mendapat rezeki. Di Hawaii (nenek moyang mereka adalah dari Proto Mala), kalungan bunga Kemboja dipakai untuk menyambut tetamu.Nama kerajaan purba Melayu yang membina Angkor Wat diambil dari nama bunga ini.Sememangnya Angkor Wat asalnya adalah istana kota bangsa Mala sebelum diduduki oleh etnik Khmer dan mula menambah di sana-sini mengikut kepercayaan Buddha mereka.

Bunga Cempaka

Bunga Cempaka (Allamanda family Araceae) adalah juga salah satu bunga yang mendapat tempat pada budaya dan kesusasteraan Melayu purba.Bunga ini selalu juga digunakan di dalam seloka,gurindam dan juga prosa Melayu dahulukala.Bunga cempaka adalah bunga yang cantik.Tidak hairanlah terdapat manuskrip Melayu dinamakan Cempaka Sari dan nama kerajaan purba Melayu

dahulukala juga di ambil dari nama bunga ini.Tumbuhan bunga ini mempunyai kelebihan dari segi perubatan. Bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.Cemnpaka putih pula sesuai untuk merawat pitam,bisul atau radang tengkuk.

Bunga Kenanga

Bunga Kenanga (Canangium odoratum, famili Annonaceae) sangat sesuai ditanam di halaman rumah kerana ianya dapat menolak `black magic` seperti terkena buatan orang. Bunganya yang berbau harum digunakan untuk membuat bunga rampai atau dipakai semasa upacara adat tertentu. Pokok kenanga merupakan pokok yang besar setinggi 38m dengan diameter batangnya 1m. Pokok kenanga yang ditanam untuk tanaman hiasan biasanya

setinggi 1 hingga 2 m. Bunga kenanga berwarna hijau kekuningan, tidak begitu menonjol dan tumbuh berkelompok yang terdiri daripada 6 hingga 10 kuntum pada satu tangkai. Kelopak bunga ini berbentuk pita yang agak terpilin sepanjang 5 - 10 cm.

Bunga Melati/Melur

Bunga Melati (Jasminum sambac, famili Oleaceae) telah dinobatkan sebagai bunga rasmi Indonesia oleh Presiden Soeharto pada 5 Julai 1990.Bunga ini merupakan simbol kepada kesucian, ketulusan dan kebersihan hati.Bunga

Melati juga antara bunga yang menjadi lambang kemelayuan purba dan banayak hikayat yang menyebut nama bunga ini dan nama wanita yang dikaitkan dengan bunga ini juga adalah perkara biasa. Melati sangat popular dalam kehidupan masyarakat Melayu, Betawi, Jawa, Sunda, Madura dan Bali kerana ianya dianggap melambangkan kesuburan, kesejahteraan dan kemakmuran.Pengantin tanpa lilitan untaian Melati pada keris yang dipakainya akan dianggap kurang sempurna pernikahannya. Ibu-ibu yang mempunyai air susu yang kurang boleh menjadikan Melati sebagai ubatnya.Melati yang sudah digiling hendaklah disapu pada buah dadanya

agar air susu yang dihasilkan bertambah banyak. Melati dapat dibezakan kepada 2 jenis berdasarkan kepada mahkota bunganya, iaitu yang berbunga tunggal dan berkumpulan. Bunga Melati berwarna putih dan berbau harum. Bunga Kemuning

Bunga Kemuning (Murraya paniculata

famili Rutaceae) merupakan pokok yang setinggi 3 7 m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ianya bertukar menjadai putih bersih. Daun dan bunganya jika digiling halus dan disapukan pada badan, akan membuatkan seseorang wanita lebih cantik dan berkulit kuning bersih. Kayunya yang berwarna kuning agak kecoklatan merupakan bahan yang sesuai untuk membuat sarung keris. Bunga Seroja

Bunga Seroja (Nelumbo nucifera famili Nelumbonaceae) adalah bunga yang sering menjadi lambang dalam agama Buddha.Seroja sering terkeliru dengan bunga yang hampir sama dengannya iaitu Bunga Teratai.Bunga Seroja ditakrifkan sebagai lambang kebijaksanaan dan pencerahan.Adalah dipercayai,Bunga Seroja dibawa ke Mesir melalui ekspedisi-ekspedisi raja dan ratu Mesir ke Nusantara.Seroja sering dilihat sebagai bunga yang disucikan dan dihormati oleh agama misteri Firaun dan

motif bunga ini diukir di dinding kuil selain ditanam di taman-taman diraja.Dari Mesir,bunga ini disebarkan ke Assyria,seterusnya ke Parsi,India dan China. Bunga Teratai

Bunga Teratai (Nymphaea famili Nymphaeaceae) sering dikelirukan dengan bunga Seroja.Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak

mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai.Pada zaman dulu, orang memang sering mencampuradukkan antara tanaman 'genus Nelumbo' seperti seroja dengan 'genus Nymphaea' (teratai). Pada bunga jenis Nelumbo, bunga terdapat di atas permukaan air (tidak mengapung), kelopak berwarna merah (teratai berwarna putih hingga kuning), daun berbentuk lingkaran penuh dan rimpangnya biasa digunakan.Jika Seroja amat rapat dalam menerangkan pencerahan dan kebijaksanaan dalam agama Buddha,apabila umat Melayu menerima Islam,bunga Teratai menjadi ganti menerangkan falsafah yang kompleks.

Bunga Teratai menjadi perlambangan kepada ajaran Islam dan konsep ketuhanan sebagaimana kajian seorang pengkaji,Abdullah Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep bunga Teratai di Alam Melayu: Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada Tingkat al-Ahadiyah. Bila terjadi perdampaan di antara dua

sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul kudup bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup. Kudup adalah melambangkan Hakikat Muhammadiyah yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain. Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu

yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah. Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Abdullah,zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang Nur Muhammad. Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi

makhluk. Abdullah juga dalam kajian falsafah Teratai menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai maknamakna tertentu. Bunga telah lama menjadi tradisi bangsa Melayu.Amalan menabur bunga di perkuburan bukanlah ikut-ikutan budaya orang lain malah ini adalah budaya Melayu kuno zaman-berzaman.Amalan

mandi bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu lama sebelum terapi bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi Bunga memang merupakan ritual orang Melayu tradisonal yang mempunyai unsur-unsur yang sudah bercampur-aduk antara kepercayaan Dinamisme, Hinduisme dan Popular Islam. Dinamisme ialah kepercayaan adanya tenaga tak berperibadi dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, tandatanda yang dirakamkan dan sebagainya.Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai mana, dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai sahala oleh orang Batak dan kesakten oleh orang Jawa.

Di kalangan orang Melayu tradisional, mana dikenali sebagai semangat seperti yang difahami oleh mereka dalam insiden lemah semangat, kus semangat dan sebagainya. Mana bagi golongan tertentu mempunyai gelaran yang khusus. Mana bagi raja-raja dikenali sebagai daulat dan tulah. Sedangkan mana bagi para ahli agama baik golongan pawang dan dukun pada zaman Dinamisme, sami dan pendita pada zaman Hinduisme-Buddhisme, mahupun alim-ulama pada zaman Islam, dipanggil sebagai berkat dan keramat. Salah satu ramuan Mandi Bunga ialah limau yang dianggap dapat menjauhkan segala makhluk jahat.Limau bersamasama sirih pinang adalah merupakan

bahan utama untuk pelbagai kepercayaan dan ritual orang Melayu tradisional. Sebagai contoh: 1. Air tepung tawar yang asasnya terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan limau purut yang dihiris. 2. Limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang. 3. Upacara mandi-mandi atau berlimau diadakan dalam pakej adat perkahwinan Melayu tradisional iaitu selepas kedua-dua pengantin bersatu. Pengantin akan berpakaian lengkap dan duduk di bawah naungan kain yang

diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan lain-lain ramuan akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut. 4. Di Perak, mandi tolak bala dilakukan dengan menggunakan hirisan buah limau nipis yang digosok-gosokkan ke badan seperti mana sabun. Selepas itu, barulah sambungan kepada perkara-perkara yang dilakukan dalam ritual tersebut akan dilanjutkan. 5. Dalam upacara berdoa dan memanggil semangat padi di Sungai Dacing, Lenggeng, Negeri Sembilan; pawang akan menawarkan limau-limau yang disediakan dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya

sebanyak tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi, agar padi subur dan selamat dari bencana. 6. Wujud juga pantang-larang berkenaan limau dalam kehidupan orang Melayu tradisional. Salah satu daripadanya ialah larangan membawa limau purut jika mandi di sungai, nanti dibaham buaya. Kononnya buaya amat marah dan mungkin mengganas kerana buah limau itu menyerupai bonjol di atas kepalanya dan berhubung kait pula dengan asal usul kejadiannya. Daun, bunga dan limau dengan sifat-sifat tertentu (misalnya daun bertemu urat dengan warna tertentu) dan bilangan

tertentu (misalnya tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun), ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan mana yang akan membawa manfaat yang diinginkan. Oleh yang demikian, unsur kepercayaan Dinamisme dalam amalan Mandi Bunga dapat dikesan apabila ramuan mandi yang telah mempunyai mana tersendiri disatukan bagi membentuk gabungan mana yang baru pula. Hasil daripada kewujudan mana baru yang lebih bertenaga ini, maka dipercayai kononnya mana pada orang yang melakukan Mandi Bunga juga akan menjadi lebih kuat, berupaya menghalau segala sial dan sihir, serta mampu menarik lebih banyak tuah dan keuntungan. Bau-bauan yang wangi dalam amalan

Mandi Bunga ini juga dipersembahkan kononnya sebagai bahan pengorbanan kepada makhluk-makhluk halus yang akan membantu mengambil hati mereka. Maka apabila perbuatan ini dilakukan, makhluk halus yang jahat dan membawa sial akan meninggalkan diri pihak yang melaksanakan amalan Mandi Bunga itu. Makhluk halus yang baik pula dipercayai akan menggantikan tempat yang dikosongkan oleh makhluk halus yang jahat tadi dan sekaligus membawa manfaat kepada pihak tersebut. Orang Melayu memang rapat dengan bunga dan tahu rahsia dan kekuatan setiap bunga-bungaan tersebut.Jika kita lihat halaman rumah orang Melayu di kampung-kampung,kita akan dapati pelbagai jenis bunga biasanya ditanam

oleh orang-orang Melayu di halaman rumah.Gadis-gadis Melayu secara amnya memiliki naluri untuk menanam bunga di halaman rumah selepas berumahtangga walaupun tinggal di perumahan yang sesak atau di flet-flet.Setiap petang gadis-gadis Melayu ini tidak lupa untuk menyiram bunga-bungaan mereka ini yang ditanam di pasu-pasu mahupun ada yang tergantung.

Lambang bunga juga dijadikan simbol kerajaan Melayu Purba,malah menjadi motif bagi nisan raja-raja besar mereka.Bunga Teratai dan Seroja selalu dipilih untuk menghiasi bahagian atas nisan-nisan raja-raja Melayu.

Pada pintu gerbang kota juga lambang

bunga dipahat dan terdapat juga lambang bunga di meriam-meriam Melayu dahulukala.Kegemaran bangsa Melayu menjadikan bunga sebagai lambang kerajaan mereka diwarisi oleh Indonesia yang menjadikan Bunga Melati sebagai bunga kebangsaan manakala Malaysia memilih Bunga Raya sebagai bunga rasmi negara.

Kemenyan adalah lambang ritual masyarakat Melayu.Dunia kedukunan Melayu tidak sah jika tidak menyertakankan wangi-wangian ini.Selain dijadikan alat perbomohan,kemenyan digunakan di

istana-istana raja sebagai 'perfume' dan ia selalu dibakar di dalam dupa-dupa berkerawang yang indah buatannya.Jika colok menjadi lambang ritual dan keagamaan bangsa Cina,kemenyan adalah lambang ritual dan dunia mistik Melayu.Amalan membakar perasap dalam amalan Hindu sebenarnya berasal dari Nusantara kerana pedagang India mendapatkan bekalan kemenyan terbaik dari Nusantara.Ini tidak menghairankan jika pembaca memahami hubungan terahsia orang Melayu dengan budaya Vedic,Brahmin dan agama Ibrahim yang di bawa ke Benua India beribu tahun dahulu.Bangsa Melayu yang diiktiraf sebagai berkasta Brahmin dan Ksatria dalam agama Hindu akan dibincangkan dalam siri seterusnya.

Orang Melayu adalah bangsa bunga dan wangi-wangian,dan ini adalah karakter misteri yang sukar ditelah oleh orang lain kecuali Melayu sendiri.Setiap orang Melayu yang memahami rahsia bangsanya akan tahu rahsia ini.Hanya orang Melayu mengenal rahsia Melayu.Gadis-gadis Orang Asli yang gemar menyelitkan bunga dicelah telinga mereka mengingatkan rahsia yang terpendam dalam sejarah bangsa Mala.Di dalam dunia mistik Melayu,bunga mendapat tempat yang teristimewa.Sebab itu di dalam pengkisahan Tun Mamat di Gunung Ledang,penulisnya memilih karakter-karakter makhluk bunga untuk menerangkan suasana mistik yang menyelubungi Tun Mamat ketika di Gunung Ledang.Berada di taman bunga yang misteri di tengah hutan rimba,akan

menimbulkan suasana seram dan suarasuara delusi di fikiran Tun Mamat: Maka Tun Mamad pun naiklah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya, naik ke Gunung Ledang itu. Setelah datanglah had buluh perindu, maka Tun Mamad dengan dua orang yang naik itu, seperti akan terbanglah rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup; maka awan pun seperti dapat dicapai lakunya, dan bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang dengan suatu taman, terlalu indah perbuatannya. Maka Tun Mamad pun masuk ke dalam taman itu, maka dilihatnya serba bunga yang ada di dalamnya pelbagai jenis, dan buah-buahan yang ada di dalam dunia ini adalah didalam taman itu, sekaliannya lengkap dengan

jambangannya, pelbagai rupa jambangannya segala mergastua dan segala kayukayuan di dalam taman itu melihat Tun Mamad datang, maka segala burung itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya; ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam; maka limau manggar pun bersorak, anggerik pun mengilai, delima pun tersenyum; maka bunga air mawar pun berpantun serta berseloka, katanya: "Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan; Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang."

Maka disahut oleh bunga tanjung, katanya: "Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada." Maka dijawab oleh bunga telipuk: "Kuning Ledang bagai dikarang, Riang-riang disambar wakab; Hairan memandang dunia sekarang, Bayang-bayang hendak ditangkap." Maka Tun Mamad 'pun hairanlah mendengar reneana taman itu, seraya berjalan ke Terigah taman itu. Maka Tun Mamad pun bertemu dengan sebuah balai, semua perkakasnya tulang dan

atapnya rambut; di atas balai itu ada seorang perempuan tua, baik rupanya, menyampai kain pendukung; empat orang perempuan muda-muda mengadap dia. Maka ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, "Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?" Maka kata Tun Mamad, "Kami ini orang Melaka, nama hamba Tun Mamad, dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini, tiada boleh naik, akan hamba disuruhnya; dan tuan hamba, siapa nama tuan hamba?" Maka sahut perempuan itu, "Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri Gunung Ledang; nantilah hamba di sini, biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba itu pada tuan puteri."

(Sejarah Melayu)

Jika kita ingin memahami rahsia bangsa Melayu dan segala alternya,'BUNGA' dan 'WANGI-WANGIAN' adalah katakunci (password) untuk membuka peti-peti yang lain.Sememangnya bangsa Mala Proto di Nusantara dan Mala Deutro yang menetap di sepanjang laluan ke The Land of The East a.k.a The Promised Land di mana mereka tidak berniat untuk meneruskan perjalanan ke tanah nenek moyang mereka, tetap berhubungan sama ada melalui budaya atau perdagangan.

Pada tahun 600 Sebelum Masehi,seorang raja Babylon kelihatan sedang duduk termenung memikirkan satu masalah besar.Permaisuri barunya sudah 2 hari di dalam keadaan murung dan bersedih.Adakalanya tidak mahu makan dan minum.Biarpun dipujuk berkalikali,namun permaisurinya itu yang bernama Amuhia,masih diam dan bersikap dingin. Akhirnya setelah disiasat oleh dayangdayang diraja,barulah Bukhtannasar (Nebuchadnezzar II) mengetahui sebab isteri barunya bersikap dingin.Isterinya itu merindui kampung halamannya yang jauh.Maka selepas itu raja Babylon Bukhtannasar pun memerintahkan ekspedisi-ekspedisi ke Timur untuk mengambil pohon-pohon besar dan

benih-benih bunga terpilih untuk ditanam di taman agung yang dirancang olehnya. Siapakah gadis misteri bernama Amuhia ini?Mengapa raja agung Babylon sanggup membina Taman Tergantung Babylon semata-mata untuk menanam bunga-bunga kesayangan gadis misteri ini?

---------------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu VI

-Rahsia bangsa Bunga dan Wangian -Ekspedisi para Firaun -Bangsa mistik bunga-bungaan -Apa yang dipelajari oleh para Firaun dari mistik bangsa bunga? -Kemenyan,Keturah dan Qathura -Teori Ibnu Athir -Gadis Suci Wangi-wangian

-Seroja dan Kemboja -Emperor Cambyses dan Iran Kuno -Ke manakah saudara-saudara Mala yang lain? -Scythia dan Madayu -Puteri Bunga dari Timur Jauh -Ramayana dan Mahabharata -Peperangan di antara raja-raja Babilon dan Mala -Budaya Vedic di Benua Kecil -Kerajaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman -Negarakota-negarakota Bangsa Mala -Empayar-empayar Melayu di The Land of Gods -Warisan dari Emperor agung -Brahman dan Saraswathy -Petunjuk ke-7 dan ke-13 dari bunga dan wangi-wangian -Wasiat Terakhir Abraham -Pencarian Tanah Wangi-wangian

-The Guardian of The Promised Land -Amuhia,puteri Madayu atau Malayu? -Sekuntum bunga buat Emperor purba di Babylon -Cinta Gadis Misteri

Peti rahsia semakin menyebarkan harumharuman misteri!Nantikan di MistisFiles!! Friday, August 13, 2010 Alter Terahsia Bangsa Melayu VI

Mengapakah wajah Melayu mengalami variasi yang kompleks?Jika kita melihat kepada bangsa Cina,kita tahu 'trademark' wajah mereka,begitu juga dengan orang India.Tetapi wajah Melayu adalah yang paling 'international'.Apakah maksud 'Nusantara'?Jika kita terbalikkan perkataan ini kepada 'antara

nusa',apakah yang dapat kita fikirkan.Mungkin yang tercetus adalah perkataan 'antarabangsa'.Pernahkah anda mendengar istilah 'nusa bangsa'?Bangsa Mala adalah satu bangsa yang mengandungi beratus-ratus etnik dan juga bahasa daerah.Tinggal di SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DUNIA menjadikan interaksi antarabangsa bangsa Mala dengan empayar-empayar purba seperti Judea (Kerajaan Nabi Sulaiman dan Nabi Daud),Assyria,Mesir Kuno,Chaldea,Parsi,Babilon,Dinasti China,Kerajaan-kerajaan India,Rom dan Yunani tidak dapat dielakkan.Adalah satu kekeliruan jika bangsa pelaut dan

kepulauan tidak bertemu dengan tamadun-tamadun lain. Sebab itu seorang saintis Jerman,Johann Friedrich Blumenbach telah menambah satu lagi 'race' dalam kajian antropologinya pada tahun 1795 menjadikan bangsa-bangsa utama dunia menurut teorinya ialah,Caucasian (kulit putih), Ethiopian (kulit gelap), Native American (kulit kemerahan),Mongolian (kulit kuning) dan yang terakhir Malay di mana penerangannya tentang warna kulitnya ialah: "...a brown color, from olive and a clear

mahogany to the darkest clove or chestnut brown." Apakah rahsia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu?Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara?Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods?

Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon

Sebelum kita meneruskan perbincangan,mari perhatikan beberapa katakunci yang kita kumpulkan setakat ini berkaitan bangsa misteri:

Gunung Laut Pantai Pulau Bunga Wangi-wangian Nusantara Pelbagai bangsa

Nabi Ibrahim Budaya Vedic

Lihat,dari kata kunci di atas kita boleh menerbitkan petunjuk-petunjuk lain.Kita ambil katakunci 'Laut'.Ini akan membawa kepada kemahiran dan profesion bangsa misteri dalam bidang Oceanography (kelautan).Kemahiran membina kapal,ilmu perbintangan dan arah mata angin adalah ciri bangsa misteri.Jika kita ambil katakunci 'Vedic' ini akan membawa kita menjelajah epik bangsa misteri ketika bersama-sama

bangsa Aryan lain membina kerajaankerajaan di Asia Tengah hingga ke Benua India.'Gunung' akan membawa kita kepada rahsia banjaran Himalaya yang digelar 'Bumbung Dunia' di mana banjarannya boleh dikesan sehingga Indochina bersisa sampai ke Segenting Kera dan bersambung dengan banjaran Titiwangsa.Katakunci ini akan menerbitkan katakunci lain seperti 'Malai',Phnom','Funan' dan 'Sailendra'.Perhatikan suffix 'nung' dan 'nom' dan 'nam'.Kesemua kata ini bermaksud gunung atau bukit.Perhatikan dari mana mitos Gunung Mahameru diambil dalam

budaya Vedic Hindu.'Wangsa' adalah gaya purba bahasa Melayu Kuno yang kini huruf 'w' digantikan dengan huruf 'b' dalam bahasa Melayu Moden.Contoh yang lain ialah 'wulan' dan 'bulan'.Perkataan 'titiwangsa' bermaksud 'hubungan antara bangsa'.Apakah kaitan antara Himalaya dan Titiwangsa?Kedua-dua banjaran ini mempunyai hubungan dan sejarah terahsia zaman-berzaman.Jadi,dapatkah anda lihat perkaitan 'Nusantara' dengan 'Titiwangsa'? Kita ambil katakunci ke-7 iaitu 'Nusantara'.'Nusa' adalah sama ertinya

dengan 'bangsa'.Nusantara bermaksud 'antarabangsa' jika kita ingin memahaminya dalam konteks dunia hari ini.Sebab itu Patih Gajah Mada menyebut seluruh Alam Melayu ini dengan Nusantara,kerana betapa banyaknya bahasa dan etnik yang berbilang di dalamnya.Walaupun berbilang kaum dan bahasa namun bahasa Melayu (Melayu Kuno) telah menjadi lingua franca dalam pentadbiran dan perdagangan di Alam Melayu.Raja-raja Melayu dan Jawa dalam empayar-empayar mereka menggunakan bahasa Melayu Kuno sebagai bahasa perantaraan dan

kesusasteraan,ditemui buktinya pada prasti-prasasti dan batu bersurat.Bahasa Melayu Kuno adalah bahasa yang bercampuraduk antara bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa etnik Mala tempatan.Mengapa Sanskrit?Jika kita faham siapakah yang sebenarnya memiliki bahasa purba ini,kita akan faham mengapa kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan menggunakan bahasa Sanskrit.Semua rahsia terdapat dalam peti berlabel 'Vedic'.Kita akan menjelajah lebih dalam segala misteri ini dan kelak kita akan tahu mengapa raja-raja Khmer dan Angkor mencedok budaya Kejawaan

Sailendra,Jawa dan Bali dalam kostum dan kesenian mereka,mengapa mereka tidak menggunakan bahasa Sanskrit (majoriti teks agama dalam bahasa Pali dan selebihnya Khmer Kuno) dan mengapa etnik Tai beragama Buddha ( manakala kerajaan-kerajaan Melayu dan Jawa (bangsa Mala) beragama Hindu (khasnya di IndoChina) dan menggunakan Sanskrit.

Empayar dan Negarakota Bangsa Mala

Jika kita perhalusi segala misteri ini dan mengkaji dengan mendalam,mengapakah bangsa Melayu (tidak kira Melayu Jawa atau Melayu Kelantan) amat suka menubuhkan kerajaan dan melantik raja-raja?Bangsa Melayu adalah bangsa yang amat degil mempertahankan sistem beraja.Mereka suka menubuhkan kerajaan dan empayar di sana-sini tanpa bersatu

padu.Kaum Tai misalnya juga mempunyai raja dan bersatu setelah juga menghadapi perpecahan sebelum itu.Tetapi ini dapat diterima kerana kaum Tai yang berasal dari Shan di wilayah China tidaklah sebesar dan serumit bangsa Mala.Jika kita ingin melihat dari sudut lain,misalnya dari segi bangsa-bangsa Kecinaan,kita juga menemui masalah yang sama.Pertelingkahan antara mereka juga sama dengan bangsa Mala.Sebab itu kaum-kaum di wilayah-wilayah selatan China terpaksa mengalah dan berundur ke IndoChina dan lebih ke selatan untuk mengelakkan bala tentera etnik China

yang menang perang antara etnik-etnik keCinaan yang lain.Trend di Tanah Besar China ialah,etnik yang menang perang,merekalah yang berhak menabalkan maharaja dan memulakan dinasti pemerintahan.Sama seperti bangsa Monggol yang menang perang dengan bangsa Cina,mereka menubuhkan Empayar Monggol Yuan di Tanah Besar China.Perlu diingat,bahawa sebelum ini,kaum-kaum selatan China ini tidaklah mempunyai kerajaan dan raja sebelum ini dalam ertikata sebenarnya.Kehidupan yang mencabar setelah diasak oleh etnik-etnik Cina dari wilayah tengah,menyebabkan mereka

terpaksa menjadi pelarian dan kaum gasar di tengah-tengah kerajaankerajaan purba bangsa Mala di IndoChina.Ketika itu,bangsa Mala telah lama menubuhkan kerajaan-kerajaan mereka sendiri. Dari katakunci 'Vedic',kita tahu siapa yang membawa budaya Avestan yang mempengaruhi bahasa Sanskrit di India.Kaum misteri Kambojas adalah antara sub bangsa Aryan yang diiktiraf memang pakar dalam budaya Sanskrit Veda-Avestan.Deutro Mala yang berasal dari keturunan Keturah dan Abraham bersama-sama bangsa Aryan yang lain

(Medes,Parsi) menyerang Benua India dan memaksa kaum-kaum asli India (lebih dikenali sebagai etnik-etnik Dravidia) bergerak lebih selatan.Sebab itu kita dapati bahasa Hindi/Urdu (etniketnik Hindustan mendiami utara India) bercampur antara Arab,Parsi dan Sanskrit.Kita boleh tahu jika kita adalah penggemar filem-filem Bollywood.'Mohabbatein' sebuah filem Hindustan Bollywood yang diarahkan oleh Aditya Chopra,lakonan Shah Rukh Khan dan Aishwariya Rai adalah kata Hindi-Urdu yang bermaksud 'Kisah Cinta' berasal dari kata Arab 'Mahabbah' iaitu 'cinta'.Kaum India yang dibawa British ke

Tanah Melayu bukanlah dari etnik Hindustan tetapi majoritinya dari etnik Tamil atau etnik Dravidia (Malayalam,Telugu) yang berkasta rendah dalam agama Hindu;tepatnya diistilahkan sebagai Vaisya,Sudra dan Paraiyar/Pariah atau Adi-Dravida (sistem ini memang kejam dan melanggar hak asasi manusia). Etnik Hindustan adalah etnik yang dihormati,tinggi budayanya dan berkasta tinggi.Jika kita membicarakan tentang filem-filem Bollywood,bermakna kita sedang membicarakan filem-filem yang berbahasa Hindi-Urdu.Bahasa HindiUrdu digunakan di wilayah sebelah utara

India dan di Pakistan manakala di sebelah selatan India,penduduknya menggunakan bahasa Dravidian seperti Tamil.Kita boleh lihat pola artis Hindustan (budaya Hindustan adalah budaya Bollywood dan sememangnya mereka yang mendominasi industri Bollywood) dengan artis Tamil misalnya.Orang Hindustan biasanya berkulit cerah,berhidung mancung,lelakinya tampan-tampan dan wanitanya jelita,secantik Preity Zinta atau Madhuri Dixit.

Mereka biasanya berkasta Brahmin,ini tidak menghairankan jika etnik-etnik di sebelah utara India ini yang tinggal di kawasan pergunungan yang indah dan berlatar belakangkan Himalaya yang bersalji adalah berasal dari etnik-etnik Aryan yang membawa budaya Vedic dan bahasa Sanskrit beribu tahun dahulu.Agama Hindu berasal dari agama purba;agama Ibrahim yang menyembah

Tuhan yang satu,dibawa oleh bangsa misteri sebagai wasiat Nabi mulia itu.Keturunan Nabi Ibrahim yang lain seperti dari Siti Sarah (menurunkan bangsa Yahudi) tidak pernah mengembara beramai-ramai sampai ke India.Juga dari Siti Hajar (menurunkan bangsa Arab) juga lebih selesa menetap di Tanah Arab,bermain-main dengan unta padang pasir dan memetik buah kurma.Tetapi keturunan Keturahlah yang diberi tanggungjawab dan amanah berat berpindah ke Timur Jauh,The Land of The East untuk membawa agama Ibrahim dan mencari tanah nenek moyang mereka dari sebelah ibu,iaitu

gadis misteri wangi-wangian,Siti Keturah.

"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to THE LAND OF THE EAST" (Genesis 25:5-6)

Perihal berhijrah ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Nabi Ibrahim kerana sebelum itu baginda juga pernah

diwahyukan supaya membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Tanah Arab,memisahkan mereka dengan Siti Sarah dan Nabi Ishak (Isaac).

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanamtanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. " (QS. Ibrahim: 37) Kini baginda diwahyukan lagi supaya membawa keturunan Siti Keturah jauh

dari Tanah Kanaan iaitu ke Timur Jauh. Para sarjana Barat ada mengkaji tentang bangsa Deutro Mala yang ada kaitan dengan kaum Kambojas,satu kaum berkasta Ksatria yang dikatakan menubuhkan kerajaan Kambujadesa,Champadesa dan Gangga Negara di Nusantara.

"Combination of the colonial Kambujas of Hindu-Buddhism faith, the IndoPersian royalties and traders as well as traders from southern China and elsewhere along the ancient trade

routes, these peoples together with the aborigine Negrito Orang Asli and native seafarers and Proto Malays intermarried each others and thus a new group of peoples was formed and became to be known as the Deutero Malays, today they are commonly known as the Malays". (Kambojas and Malays)

Perkataan 'colonial Kambujas' dan 'IndoPersian royalties' adalah katakunci kepada sub bangsa Aryan yang membawa budaya Vedic-Avestan ke

India.Mereka berasal dari bangsa Madayu dan Mala-yu (Deutro Mala) yang membentuk balatentera Aryan yang menakluk India ketika itu.'along the ancient trade routes' adalah petunjuk kepada katakunci 'bangsa yang mengembara'.DEUTRO MALA IALAH HASIL DARI PERKAHWINAN NABI IBRAHIM A.S DAN SITI KETURAH.Ketika bergerak ke arah timur,keturunan mereka telah berasimilasi dengan kaumkaum Indo-Iranian dan Indo-European atau secara amnya dikenali sebagai bangsa Aryan.Mereka mengembara mencari 'The Promised Land' dan bertemu dengan saudara mereka dari

sebelah ibu,PROTO MALA.Sejarah bangsa Melayu bukanlah seperti sejarah etnik-etnik yang menjadi pelarian diasak oleh bangsa lain yang lebih gagah.SEJARAH MELAYU ADA KAITAN DENGAN SEJARAH NABI-NABI.Bangsa Keturah telah muncul menjadi 'colonial kambujas' menunjukkan ia adalah bangsa penakluk tetapi pada masa yang sama kaya dengan nilai kebudayaan dan seni.Bangsa ini juga menjadi 'IndoPersian royalties' menunjukkan mereka dari kasta tinggi,bangsawan dan kerabat diraja.'Traders' adalah katakunci menunjukkan budaya berdagang memang wujud pada bangsa misteri.Jika

kita mengambilkira pandangan Barat ini tentang Melayu (perlu diingat,pandangan Barat ada dua,pertama pandangan orientalisimperialis dan kedua,pandangan ilmuan dan sarjana) atau tepatnya Deutro Malay,darah yang mengalir di dalam setiap orang Melayu adalah darah penakluk agung yang tinggi budaya kesusasteraannya,darah bangsawan dan kerabat diraja dan darah pada pedagang dan peniaga.Jika kita faham rahsia ini,kita akan faham rahsia seterusnya iaitu tentang pola empayar-empayar di Nusantara ini.

Jika kita kaji pola yang terdapat di antara kerajaan-kerajaan purba di Indochina dan Nusantara misalnya kita akan nampak rahsia kehadiran bangsa Deutro Mala di Nusantara.Kerajaan-kerajaan terkemudian seperti Khmer,Thai,Viet atau Burma adalah penganut Buddha.Manakala kerajaan-kerajaan purba yang lebih awal di Indochina

seperti Funan dan Champa adalah kerajaan Hindu.Begitu juga kerajaan Tarumanagara dan Gangga Negara.Agama Hindu terbentuk lebih awal dari agama Buddha dan Gautama Buddha itu sendiri asalnya beragama Hindu.Jadi etnik-etnik kecinaan di Indochina seperti Tai dan Khmer adalah beragama Buddha.Tidak pernah pula Tanah Besar China mengalami zaman Hindu secara besar-besaran.Istilah 'Indochina' merujuk kepada 'Indo' iaitu bangsa Deutro Mala yang menganut agama Hindu dan 'China' iaitu etniketnik kecinaan yang menganut Buddha.Kerajaan Angkor-Khmer asalnya

adalah kerajaan purba Kambojadesa yang ada benang-benang merah dengan dinasti Sailendra.Sebab itu raja-raja awal Khmer lebih cenderung kepada agama keHinduan sebelum menerima agama Buddha.Orang Khmer boleh dikatakan kaum yang kedua terawal berinteraksi dan berhubungan dengan etnik-etnik Mala di IndoChina selepas orang Mon.Ini mungkin kerana orang Mon dan Khmer serumpun dari segi linguistik bahasa malah bahasa mereka boleh dikategorikan sebagai Mon-Khmer.

*Kostum raja dan ratu Jawa Kuno Sailendra bermaksud 'Dewa Gunung' dalam bahasa Sanskrit.Raja-raja Khmer sendiri mendakwa mereka dari keturunan pahlawan Kambojas.Terdapat misteri pada sejarah kerajaan Khmer Purba bermula di Kemboja.Jayavarman II yang mengasaskan kerajaan Angkor telah tinggal lama di Jawa tepatnya di dalam istana kerajaan Sailendra di mana Sailendra adalah kerajaan yang

mengambil ajaran Buddha sebagai anutan.Ada dua teori tentang Jayavarman ini,pertama beliau seorang putera Jawa yang dihantar ke Kemboja untuk memerintah di sana.Kedua,beliau orang Mon atau Khmer yang datang ke Jawa untuk belajar ilmu pentadbiran dan budaya kerana ketika itu Kemboja di bawah naungan kerajaan Sailendra atau kerajaan Jawa Kuno.Rekod terkini dari prasasti Khmer menceritakan sebelum Jayavarman II menaiki takhtanya,beliau pernah mengunjungi Jawa. SEBAB ITU JIKA KITA LIHAT BUDAYA KHMER PURBA,BUDAYA MEREKA ADALAH SAMA DENGAN BUDAYA

SRIVIJAYA,SAILENDRA ATAU YANG TERKINI BALI terutamanya pada 'headgear' mereka.

*Atas adalah ukiran di Angkor Wat,bawah adalah ukiran di Borobudur menggambarkan suasana di

dalam istana Sailendra,perhatikan 'headgear' mereka.Juga persamaan kostum mereka.

Kostum,budaya dan seni ukiran mereka adalah dari sumber yang sama.Budaya tarian dan pakaian tradisi kaum Khmer pada hari ini adalah tinggalan dari budaya Jawa Kuno pada masa dahulu.Angkor Wat misalnya masih menimbulkan misteri adakah benarbenar Survarman II yang membinanya.Ada kajian menunjukkan kisah peperangan yang diukir pada salah satu tembok menceritakan peperangan

pada zaman Babilon dan kerajaan Judea.

*Contoh senibina Srivijaya di Thailand,gambar atas kompleks candi era Srivijaya di Jawa

Empayar Khmer adalah empayar kedua terbesar.Setelah kerajaan Jawa Kuno (pengkaji lebih merujuknya sebagai Sailendra) yang menaunginya semakin lemah setelah kebangkitan kerajaan Melayu-Jawa Sriwijaya,raja-raja Khmer pun memisahkan diri mereka dari pusat pemerintahan di Jawa.Sebelum itu etnik Mala yang keJawaan sudah lama menjalinkan hubungan secara perkahwinan dengan kaum Khmer yang datang dari utara.

*Atas adalah penari Khmer manakala di tengah dan bawah adalah penari Bali.

Etnik Khmer mewarisi kebudayaan Jawa Kuno Sailendra berserta segala kesenian termasuk Angkor Wat itu sendiri.Empayar Melayu Sriwijaya semakin menunjukkan kuasanya setelah menakluk kerajaan-kerajaan MelayuJawa di sekeliling mereka.Empayar ini amat luas,merangkumi hampir seluruh Nusantara iaitu seluruh Indonesia hari ini,dan Semenanjung Malaysia sehingga sempadan Empayar Khmer di Indochina menjadikan Empayar Melayu Sriwijaya ini adalah empayar terbesar di Asia Tenggara.

Ketika itu Thailand,Laos dan Kemboja pada hari ini adalah jajahan Khmer Purba.Pada suatu ketika kedua-dua empayar ini bertembung,namun Sriwijaya tetap merupakan empayar terkuat ketika itu dengan segala jajahannya yang amat luas.Sehingga pada kira-kira 851 M,seorang raja Khmer

dengan angkuh mengatakan mahu menyantap kepala Emperor Sriwijaya di atas pinggan hidangannya.Berita itu sampai ke pengetahuan Emperor Sriwijaya,dengan perasaan murka baginda memerintahkan balatentera seluruh jajahan berangkat menyerang ibukota Khmer,dan memenggal kepala raja Khmer yang angkuh itu.Semua ini terdapat dalam catatan pelayaran Abu Zaid Hasan,seorang pedagang Arab.

*Atas ialah relief dari Borobudur dan bawah patung dari Angkor Thom

Sebelum kehadiran etnik Tai,Khmer,Burma dan Viet,Indochina telah lama di diami oleh Proto Mala yang

terdiri dari etnik-etnik aborigine,etnik kejawaan dan etnik Mon.Orang Mon adalah kaum selatan China pertama yang berinteraksi dan tinggal bersamasama dengan Proto Mala.Sebab itu jika kita lihat pakaian tradisi mereka berkain sarung dan memakai ikat kepala seperti mahu bertanjak pula berbeza dengan etnik Tai atau Khmer.Mereka telah lama mendirikan kerajaan bersama-sama bangsa Mala seperti Champadesa,Kambujadesa dan Funan.Antara hasil seni orang Mon yang hebat ialah Pagoda Shwemawdaw dan Pagoda Shwe Dagon yang disaluti emas itu.

Antara kerajaan orang Mon ialah Honsawati, Dvaravati dan Hariphunchai.Champadesa atau Champaka Sari didirikan oleh kaum Cham,satu sukukaum Proto Mala yang memiliki kemahiran maritim yang tinggi.Champa beragama Hindu dan

antara negarakota-negarakota yang dibina oleh kaum Cham ialah Inderapura,Amaravati,Vijaya,Kauthara dan Panduranga.Kaum Cham mengikut kajian antropologi adalah serumpun dengan orang Aceh.Hari ini di Kemboja masih terdapat penempatan mereka seperti di Kampong Cham yang merupakan wilayah terpadat populasinya di Kemboja.Di Kemboja juga masih terdapat nama-nama tempat yang bermula dengan nama 'Kampong' seperti Kampong Siem. Antara binaan kaum Melayu Cham ini yang terkenal ialah Cham Tower atau menara Cham yang penuh misteri itu.

*Cham Tower,antara senibina Melayu Champa,adakah ketika itu orang Melayu Champa sedang melukis gambar monyet di gua-gua?

Sebahagian kesenian arkitek bangsa Khmer dan Viet adalah diambil dari seni kaum Cham Purba ini serta orang Mon.Etnik Tai yang pernah berada dibawah pemerintahan Empayar Khmer pula telah mencedok budaya Khmer termasuk tulisan mereka.Raja Tai bernama Ramkhamhaeng telah mengubahsuai tulisan Khmer Purba menjadi tulisan Tai yang ada sekarang ini.Tulisan jenis ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah tulisan yang digunakan oleh bangsa India serta penduduk Asia Tenggara sejak ajaran Hindu diperkenalkan.Tulisan yang

digunakan oleh penduduk Asia Tenggara adalah Pallava (subBrahmi) yang juga digunakan oleh kerajaan-kerajaan India Selatan.Sebutan 'Khmer script' dalam istilah Khmer adalah 'aksar' mempunyai kaitan dengan 'aksara' iaitu tulisan Nusantara yang dimodifikasi dari tulisan Brahmi.Dari skrip Pallava,penduduk Nusantara mengubahsuainya menjadi tulisan Kawi dan dari Kawi ini bertebaran tulisan-tulisan lain.Skrip Brahmi adalah berasal dari tulisan Aramaik Purba yang digunakan oleh Empayar Parsi Achaemenid yang diasaskan oleh Cyrus The Great (ingat bangsa Mada-yu?).JADI AKHIRNYA 'PUZZLE' INI KEMBALI

KEPADA ISKANDAR ZULKARNAIN JUGA.Bangsa Mala (Old Persian:Malai Assyrian:Malayu) bersama-sama bangsa Aryan Avestan yang lain membawa tulisan Brahmi berserta budaya Vedic dan agama Abraham (Brahmi,Brahman,Abraham) ke Benua India beribu tahun dahulu.

Kerajaan Srivijaya juga menggunakan skrip Pallava dalam penulisan bahasa Melayu Kuno mereka.Ini tercatat dalam Prasasti Kedukan Bukit: "Swasti, sri. Sakawarsatita 604 ekadasi suklapaksa wulan Waisakha Dapunta Hyang naik di samwau mangalap siddhayatra. Di saptami suklapaksa wulan Jyestha Dapunta Hyang marlapas dari Minanga tamwan mamawa yang wala dua laksa dangan kosa dua ratus cara di samwau, dangan jalan sariwu telu ratus sapulu dua wanyaknya, datang di Mukha Upang sukhacitta. Di

pancami suklapaksa wulan Asada laghu mudita datang marwuat wanua .. Sriwijaya jayasiddhayatra subhiksa" Maksudnya: Selamat dan bahagia! Dalam Shaka 605, pada sebelas hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik kapal mencari untungnya pada tujuh hari bulan terang dari bulan Jyestha Baginda berangkat dari muara Tamvan membawa bala dua laksa dengan ... dua ratus pawang di kapal dengan

yang jalan kaki seribu tiga ratus dua belas banyaknya datang di Matajap suka cita. Pada lima hari bulan terang dari bulan Asada belayar mudik, datang membuat benua ... Srivijaya kota yang berjaya, yang bahagia, dan yang makmur!

Pada tahun 671 seorang pendeta Buddha dari negeri China bernama I Tsing dalam perjalanannya ke India beliau telah singgah ke Srivijaya untuk belajar tatabahasa Sanskrit,

memperlihatkan betapa pentingnya Sriwijaya waktu itu.Bayangkan seorang pendeta Cina melanjutkan pelajarannya dalam bidang Tatabahasa Sanskrit di universiti Kerajaan Melayu Sriwijaya.Mengapa tidak belajar di India?Ingat,teks agama Buddha kebanyakannya ditulis dalam bahasa Pali.Bangsa Mala amat tinggi kemahirannya dalam bahasa Sanskrit,yang merupakan bahasa kerabat istana,para Brahmin dan bangsawan,manakala Pali adalah bahasa rakyat atau kebanyakan. I Tsing juga mencatatkan di Sriwijaya ada

lebih dari seribu pendeta. Setelah tinggal selama 6 bulan di Sriwijaya,beliau bertolak ke Nalanda, India untuk belajar di Universiti Buddha mempelajari ajaran Buddha Mahayana, selama 13 tahun di sana. Kemudian pada tahun 685 kembali ke Sriwijaya untuk menterjemahkan teks Budha ke dalam Bahasa China dan menyusun buku memoirnya yang memakan waktu 4 tahun di Sriwijaya. Pada tahun 689 kerana keperluan alat tulis dan pembantu maka I Tsing bertolak ke Kanton dan kembali ke Sriwijaya dengan 4 orang teman untuk menyiapkan memoirnya yang akhirnya diselesaikan pada 692 dan pada 695

beliau kembali ke China. Pada tahun 1005 seorang raja Sriwijaya membangun sebuah biara di Nagapatam, pantai Timur India, dan Raja Chola, menghadiahkan hasil pajak tahunannya sebuah tempat bagi para saudagar Sriwijaya untuk singgah, tinggal dan menjalankan aktiviti keagamaan. Perkara ini menunjukkan pada waktu itu sudah ada hubungan dagang antara Sriwijaya dengan India. Pada era bersamaan ada sebuah catatan China yang mengatakan bahawa pada masa itu hidup Seorang reformis Agama Budha di Tibet bernama Atisa yang mencatatkan

bahawa beliau telah belajar di Sriwijaya dari tahun 1011 sehingga tahun 1023 dengan seorang mahaguru Melayu bernama Dharmakirti,seorang ketua pendeta kuil Buddha di Sumatera.Dalam biografi Atisa disebutkan Sumatera merupakan pusat terbesar agama Budha dan Dharmakirti adalah sarjana terbesar pada masa itu.Bayangkan seorang sami muda dari Tibet sedang tunduk berlutut sambil mencium bumi di hadapan gurunya,seorang pendeta Melayu berkasta tinggi,seorang sarjana terbesar agama Buddha seluruh dunia.Segala rahsia mistik dan 'sufism' agama Buddha adalah dalam kepala pendeta Melayu ini.

JIka kita memahami misteri yang menyelubungi Nusantara setakat ini,kita akan memahami adakah bangsa misteri masih tinggal di dalam gua sambil mengail ikan atau melukis gambar monyet di dinding-dinding.Kita akan tahu mengapa para Firaun mengatakan dunia sebelah sini adalah The Land of The Gods dan asal nenek moyang mereka.Bangsa yang duduk di SISTEM PULAU TERBESAR mustahil tidak memiliki pengetahuan bintang yang tinggi.Ini kerana di tengah-tengah lautan,di waktu malam,bintang-bintang adalah kompas dan peta yang

besar.Bangsa yang memiliki ilmu perbintangan pasti sudah biasa dengan buruj Orion.Dan susunan Piramid Giza adalah mengarah sejajar dengan kedudukan bintang-bintang Orion. Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita setakat ini,mari kita hayati catatan seorang ilmuan dari Universiti Skovde iaitu Daniel Kaplan. "Abraham was 99 when Sarah gave birth to Isaac, from whom descended the Jews and later the Christians. His first son was Ishmael, patriarch of the Moslems, born to his servant Hagar. Some even say that

Abraham had other children who went east and became the Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism. All this because God told him to 'Go yourself.' 'Through you', God told Abraham, 'all the people will be blessed.'" (Danial Kaplan,Walking With AbrahamI'm Coming Home)

------------------------------------Alter Terahsia Bangsa Melayu VII

-Pelayaran Bangsa Misteri -Ilmu Perbintangan Bangsa Misteri -Kerajaan Nabi Sulaiman -The King Solomon Mines -Ritual Para Firaun

-Apa yang dibincangkan para Firaun di Nusantara? -Isteri raja Kapur Barus -Seri Melati dan Cik Siti Wan Kembang -Di manakah Ophir dan lombong emas? -Tanah Nenek Moyang Firaun -Budaya Vedic di Benua Kecil -Peperangan dengan bangsa Yahudi -Peperangan dengan barbarian -Serangan ke atas etnik-etnik India -Peperangan dan asimilasi di selatan China -'Saudara jauh yang bermusuh' di Indochina -Segenting Kera dan Sekangkang Kera -Langkasuka dan Pattani

-Warisan Kesultanan Melayu -Kerajaan dan Empayar -Kesultanan Melayu Melaka -Kesultanan Brunei,Sulu (Filipina) dan Jawa (Indonesia) -Pedang Cura Simanjakini

Pengembaraan menjejak kunci rahsia bangsa misteri semakin aneh!Teruskan bersama MistisFiles!! Friday, August 13, 2010 Alter Terahsia Bangsa Melayu VII

Pada tahun 1998,seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan kajiannya yang berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia,telah mengungkapkan konsep Sundaland,berdasarkan bukti-bukti geografi dan antropologi mengatakan bahawa penduduk Nusantara berasal dari satu peradaban purba yang maju disebut Sundaland ini.Kemudian akibat

dari sebab-sebab perubahan cuaca dan geografi seperti bencana alam,bangsa Sundaland ini telah berpindah ke lainlain kawasan di dunia dan menimbulkan kaum-kaum baru.Teorinya telah menimbulkan kegemparan dan kontroversi di kalangan cendekiawan arkeologi dan antropologi sejak ramai sarjana mula berminat dengan teori tamadun manusia sebenarnya bermula di kawasan Asia Tenggara bukannya di Timur Tengah,atau sekurang-kurangnya wujud pada selang masa yang tidak begitu jauh. Dua pentas benua, Pentas Sunda dan

Pentas Sahul sememangnya menimbulkan misteri kepada pakarpakar geografi sejak sekian lama.Jika Pentas Sunda diangkat,seluruh Kepulauan Melayu sebenarnya menjadi satu benua baru yang besar. Inilah asas kepada Teori Lemuria-Atlantis seperti yang diutarakan oleh Profesor Arysio Santos. Terdapat perbezaan ketara di antara pandangan orientalis-imperialis Barat, dengan para sarjana dan cendekiawan mereka tentang dunia Melayu dan bangsanya.

Sebahagiannya mengetahui satu rahsia,tetapi mendiamkan diri dan cuba menutup-nutupnya,sesetengahnya yang lain mula mencari-cari rahsia itu dan cuba berfikir tentangnya. Beribu tahun dahulu,satu rombongan dari Kerajaan Israel Raya kelihatan berlayar ke Timur.Ketua mereka sedang mencari arah perjalanan satu wilayah yang pernah dikunjungi kerajaan Mesir Kuno dahulu.Mereka sedang mencari sesuatu yang amat berharga.Sesuatu yang membuatkan tempat itu dinamakan sempena dengannya.

"THE KING SOLOMON'S MINES"

"It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious onyx, or the sapphire" (Book of Job 28:16 -King James Version)

Untuk membuka peti-peti rahsia di 'Gua Rahsia' kita perlu tahu katakuncinya (password) terlebih dahulu.Tetapi ada peraturannya.Peraturannya ialah MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Sebagaimana perubahan Bahasa Melayu dari zaman ke

zaman,begitu juga bangsanya.Kita tidak boleh membayangkan seorang pedagang Melayu yang sedang berniaga rempah dan kayu-kayu cendana di lorong-lorong bazar di Kota Uruk,Sumeria serupa dengan Abang Mat yang berniaga ikan di pasar malam di Teluk Intan pada hari ini misalnya.Kita tidak boleh membayangkan seorang gadis Melayu yang berkahwin dengan seorang raja Chaldea misalnya sebagai tanda persefahaman ekonomi dan politik lebih 1500 tahun dahulu adalah berbaju kebaya atau berbaju kurung dan berselendang merah jenama 'Samarinda'.Antara kesilapan ketara

peti-peti ini tidak boleh dibuka walaupun diberi katakunci ialah SUDUT PANDANGAN YANG SALAH diberikan sewaktu menafsir rahsia di dalam peti.Bukan sahaja pakaian malah namanya juga pun boleh berbeza.Kita tidak boleh mengatakan nama seorang raja,Fan Shih-Man adalah seorang Cina hanya kerana namanya bukan Kasim Selamat Bin Pak Man (Fan Shih-Man adalah gelaran yang diberikan oleh orang China Purba kepada seorang raja Melayu Funan).Atau Cambhuwarman mahupun Parameswara adalah seorang India yang serupa dengan Encik Gopal,jiran sebelah rumah kita

misalnya,yang menjadi raja memerintah negarakota-negarakota bangsa Mala (tidak kira yang keMelayuan atau KeJawaan) hanya kerana namanya bukan Ali Bin Abu atau Wak Kandar Bin Wak Seman. Jika anda mempunyai asas yang kuat dalam kronologi sejarah bangsa anda,anda tidak akan terperangkap dengan teori Hang Tuah berasal dari Cina hanya kerana terdapat peristiwa rombongan Hang Li Po di Melaka.Hanya orang yang tidak pernah membaca biografi Hang Tuah sahaja yang mula goyang tidak semena-mena apabila

ditunjal oleh teori-teori yang pelik sebegini.Mengapa tidak mengambilkira teori yang lebih awal seperti Hang Tuah yang berasal dari Pulau Duyung,atau dari Orang Laut atau dari sukukaum BugisMakasar.Ini lebih meyakinkan dari mereka-reka nama Melayu seperti Tuah kepada Too Ah atau Jebat kepada Jee Fat.Jika Hang Tuah hidup di zaman ini sekalipun dan tiba-tiba melihat anakanak Melayu berpogo di gig-gig punk,beliau tidak akan mengenal bangsanya sendiri,dan mungkin menyangka mereka adalah askar Rom yang tengah berpesta kemenangan akibat gaya rambut trojan

mereka.INGAT!MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Terutama sekali bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa pelaut dan pedagang pada masa dahulu,tinggal di Nusantara yang strategik sebagai laluan perdagangan antarabangsa,mudah menyerap tamadun asing dan gemar berinteraksi dengan bangsa asing yang lain. Kita lihat kembali katakunci yang baru terkumpul:

Gunung

Laut Pantai Pulau Bunga Wangi-wangian Nusantara Pelbagai bangsa Nabi Ibrahim

Budaya Vedic Anak-anak Keturah Madyan Madai/Madayu Malai/Malayu Iskandar Zulkarnain Parsi Nabi Nuh

The Land of The Gods Sundaland Mesir Kuno Rempah dan kemenyan Judah Nabi Sulaiman Ophir Gunung Ledang

Suvarnabhumi Golden Chersonese EMAS

Kita akan lihat beberapa katakunci baru ini dan apa yang akan dapat kita buka jika menggunakan katakunci ini.Ingat,hanya orang Melayu yang berdarah Melayu sahaja yang boleh menimbulkan 'instinct' menjejak asal-

usulnya.Sesetengahnya akan terbuka 'vision' dengan sendirinya apabila melihat katakunci sahaja.Sesetengahnya perlukan masa,mengkaji dan mengkaji.Sesetengahnya berputus asa,dan menganggap dirinya berasal dari orang Cina,dari Yunnan atau pendatang asing juga,entah dari mana,dari Planet Zargus agaknya.'Madyan' adalah satu bangsa yang disatukan dengan sukusuku Parsi yang lain oleh Cyrus The Great yang dikatakan orang yang sama dengan Iskandar Zulkarnain dalam AlQuran.Jadi cuba semak kembali Sejarah Melayu,kenapa kitab ini mendakwa rajaraja Melayu berasal dari Iskandar

Zulkarnain.Abaikan kata 'Makaduniah' kerana perkataan ' Zulkarnain' itu didapati dari teks AlQuran dan kata 'Makaduniah' tidak pula muncul dalam AlQuran.Ingat,di permulaan kitab itu,Tun Seri Lanang ada menyebutkan kata 'Goa'.Kekeliruan terjadi disini apabila ilmuwan mencari-cari siapakah Iskandar Zulkarnain itu,dan sarjana India mencadangkan Iskandar Makaduniah (Macedon) sebagai maksud 'Iskandar Zulkarnain' itu.Alexander The Great memang terkenal dalam sejarah India sebab beliau pernah menyerang benua itu satu masa dahulu.Jika Sejarah Melayu menyebutkan kata 'Iskandar Agung' ini

boleh diterima kerana bertepatan dengan gelaran yang diberi oleh sarjana Macedonia,Athens dan Rom kepada raja itu.

*Cyrus The Great

Tetapi dari mana datangnya 'Zulkarnain' ini?'Zulkarnain' bermaksud pemilik dua

tanduk,dan tidak pula raja Yunani itu bergelar Alexander 'The Two Horns Keeper'.Tetapi pada ukiran Cyrus The Great di Persepolis,gambar raja Parsi itu menunjukkan mahkotanya terdapat dua cabang besar di atasnya.Dan kebiasaan raja purba dahulu terutama di kawasan Timur Tengah,para pengikut raja menghormati raja mereka dengan tidak memanggil nama raja itu tetapi gelarannya.Mereka tidak memanggil,"Wahai Tuanku Iskandar" tetapi dengan gelaran "Wahai Pemilik Dua Tanduk" menunjukkan kemegahan dan penghormatan kepada raja besar itu.Sama seperti Nabi Muhammad

s.a.w.Baginda kerapkali dipanggil oleh para sahabat sebagai "Ya Rasulullah..." bukannya "Ya Muhammad...."

Dari kata 'Rempah dan Kemenyan' kita boleh tahu pada masa dahulu perdagangan rempah,kayu-kayan dan herba adalah ekonomi utama bangsa Malayo-Polynesian pada zaman purba.Pada zaman dahulu (juga hingga

kini) laluan Kepulauan Melayu adalah laluan kapal-kapal perdagangan antara China,India dan Barat (Timur Tengah).Satu teori yang munasabah ialah,rempah-rempah ini sampai dahulu ke tangan para pedagang India,kemudian oleh bangsa Aryan (Parsi) yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria dan kemudian diketahui oleh para Firaun dan ahli sihir dirajanya.Para pedagang India dan Melayu telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan tidak hairanlah kerajaan-kerajaan Melayu dahulu telah 'diindiakan' sebagai pertukaran budaya kerana sebab-sebab

keagamaan.Fikirkan,jika kita katakan bahawa Tamadun China itu adalah agung,hebat dan sememangnya menjadi 'kuasa besar' di sebelah Timur,bagaimana empayar-empayar seperti Babylon,Chaldea,Sumeria,Median dan Parsi berhubungan dengan mereka?Pada masa dahulu jalan darat ke China adalah satu mitos sebab itu apabila Marco Polo berjaya mencari jalan darat ke China,masyarakat Barat berasa amat pelik dengan barangan yang dibawa oleh Marco Polo dari China.Marco Polo juga diketahui cuba untuk menutup panduan jalan darat ke China kerana dengan itu

hanya dialah yang mampu memonopoli jualan barangan dari China.PADA MASA DAHULU MEREKA BERHUBUNGAN MELALUI JALAN LAUT dan mahu tidak mahu terpaksa melalui Kepulauan Melayu.Daripada mereka menyeberangi dataran-dataran tinggi China,gurun dan padang-padang steppe berbahaya dan berhadapan dengan kaum-kaum barbarian,nomad juga Monggol,lebih baik mereka berlayar dengan kapalkapal.Ini lebih mudah dan sudah tentu raja-raja Judah misalnya akan bertemu dengan pelaut-pelaut Melayu yang peramah dan terlebih mesra dengan bangsa asing ini,bukan kaum nomad

yang ganas dan hauskan kepala manusia.

Pada masa dahulu emas dianggap simbol kekayaan dan keagungan.Orang yang memiliki emas adalah dianggap orang kaya yang terhormat.Emas dijadikan perhiasan,mahkota dan pinggan mangkuk.Emas juga dijadikan matawang dan disadur ke dinding istana dan kuilkuil.Warna emas yang kuning kemilau menjadi rebutan pelbagai bangsa dan

empayar-empayar.Sesiapa yang dapat menguasai tempat emas dihasilkan;dia akan menjadi raja dan menguasai kekayaan.Emas melambangkan tuah,dan tempat yang dinisbatkan dengan nama emas ini adalah bumi bertuah dan menggamit kekayaan tiada hentinya.Ramai yang mati akibat perebutan logam berharga ini.Ramai pula yang mengaut keuntungan darinya.Bangsa yang tinggal di tempat emas dihasilkan bukanlah bangsa picisan yang masih duduk di atas pokok dan bermain dengan tupai,tetapi bangsa yang mengenal apa itu emas merah,emas tulen dan kekayaan.Bangsa

yang dikaitkan dengan logam ini mustahil tidak dikunjungi oleh pelbagai bangsa lain;sama ada sebagai kunjungan perdagangan mahupun asakan peperangan,merebut lombong-lombong kekayaan bangsa tersebut.BANGSA YANG MENGENAL CAMPURAN 7 JENIS BESI DAN KEMAHIRAN MENEMPA LOGAM UNTUK SENJATA mustahil tidak mengenal nilai kekayaan emas.Apakah itu besi Kursani? Manuskrip-manuskrip purba telah mengenal satu kawasan di dunia yang dipanggil 'BUMI EMAS' walaupun lombong-lombong emas juga diusahakan

di Afrika dan oleh orang Nubia,namun tempat mereka tidak pula terkenal sebagai 'semenanjung emas','pulau emas' mahupun 'bumi emas'.Namun sejak berabad lamanya nama Suvarnabhumi meniti dikalangan bibir para Brahmin yang membaca kitab Purana dan Ramayana merujuk satu wilayah yang kaya dengan emas.

The Golden Chersonese

Nusantara adalah satu gelaran yang mula-mula dikesan dipakai oleh Patih Gajah Mada sekitar tahun 1360 Masehi,namun tahukah anda apakah gelaran antarabangsa 2000 tahun dahulu kepada Nusantara ini?Gelaran politik antarabangsa kini kepada dunia Nusantara adalah Southeast Asia atau Asia Tenggara.Tetapi pada zaman dahulu para Kaisar Rom,Kisra Parsi dan raja-raja

Yunani mengenal wilayah ini sebagai 'wilayah emas'.Dari manakah gelaran ini berasal?

Gelaran ini berasal dari kitab-kitab purba Hindu seperti Puranas, Ramayana, Arthasastra, Raghuvamsa yang ada menyebutkan nama Nusantara ini.Dan ia sebenarnya berasal dari Tamadun Aryan yang bersambung pula dengan empayar-

empayar Tamadun Sumeria seperti Babylon,Ur,Kish dan Uruk.Jika sudah terdengar oleh raja Chaldea,Assyria dan Babilon,sudah pasti raja-raja Israel dan Judah mendengarnya juga.Mengikut kitab-kitab Hindu ini,Nusantara pada zaman kuno terbahagi kepada dua bahagian: *Suvarnabhumi (Bumi EmasSemenanjung Tanah Melayu) *Suvarnadvipa (Pulau Emas-merujuk kepada Pulau Sumatera terutamanya serta Pulau Jawa) Di dalam naskah Buddha yang paling

tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.Dalam Ramayana,ada disebutkan Suvarnadvipa,tempat dimana Rama mencari Sita yang diculik Ravana.LIHAT, KISAH-KISAH KUNO HINDU ADA MENYEBUTKAN NUSANTARA INI.Jika kita melihat hikayat Ramayana ini,Rama dan Sita adalah setaraf dewa-dewi Hindu dan dewa-dewi Hindu pun menamakan pulau-pulau Melayu sebagai 'Pulau Emas'.Di dalam Kathasagaras,satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini 'the fabulous Land of Gold'-iaitu Tanah Emas

Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud 'menakjubkan' itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan "Wow!Menakjubkan!"? Jika banyak terdapat emas sekalipun di sini bagaimana Tamadun India Kuno mengetahuinya jika tidak mereka melihat kesan-kesan fizikal darinya.JIka para raja-raja atau dewa-dewi Hindu ini

sampai ke pulau-pulau Melayu yang dipenuhi hutan rimba sahaja adakah ini layak digelar 'the fabulous Land of Gold'?? SEBENARNYA MEREKA TELAH MENEMUI SATU TAMADUN YANG MENGGUNAKAN EMAS SECARA BERLELUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.Mungkin mereka menemui istana emas,raja-raja yang memakai mahkota emas,permaisurinya memakai gelang dan dokoh emas.Ada kemungkinan para dewa-dewi ini berurusan dengan pedagang Mala menggunakan matawang emas.Mungkin

ketika itu terselit keris emas dipinggang seorang laksamana Melayu.

Seorang pendeta dan pengembara China; I-Tsing (634-713), yang bertahuntahun menetap di Sriwijaya (Palembang) pada abad ke-7, menyebut pulau Sumatera dengan nama Chin-chou yang bererti 'Negeri Emas'.Ini tidak menghairankan kerana ketika itu Emperor-emperor Melayu Sriwijaya

telah mampu mengeluarkan matawang emas. Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orangorang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata 'Suwarandib' ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama 'Suvarnadwipa' dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau

Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu. Pada zaman dahulu sekiranya pedagang India tidak memperolehi emas dari pedagang Parsi dan Yunani,mereka akan berlayar ke Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas,bagi perhiasan istana dan kuil-kuil mereka.Sejak Emperor Vespasian dari empayar Rom menghentikan bekalan syiling emas kepada para pedagang India;disebabkan ketidakseimbangan ekonomi akibat pembelian emas besarbesaran oleh pedagang India ini,mereka terus tertumpu ke

Suvarnabhumi;Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas.

Di kalangan bangsa Yunani purba, Pulau Sumatera sudah dikenali dengan nama Taprobana. Nama Taprobana Insula telah dipakai oleh Claudios Ptolemy, ahli geografi Yunani abad kedua Masehi, tepatnya tahun 165, ketika beliau

menghuraikan daerah Asia Tenggara dalam karyanya Geographike Hyphegesis. Ptolemy menulis bahwa di Pulau Taprobana terdapat negeri Barousai.Mungkin sekali negeri yang dimaksudkan adalah Barus di pantai barat Sumatera, yang terkenal sejak zaman purba sebagai penghasil kapur barus;juga tumpuan para pedagang Mesir Kuno untuk mendapatkan rempah-rempah bagi mengawet mumia misalnya. Naskah Yunani tahun 70 Masehi, Periplous tes Erythras Thalasses, mengungkapkan bahwa Taprobana juga dijuluki Chryse Nesos, yang ertinya Pulau

Emas.

OLEH ITU,TIDAK HAIRANLAH PTOLEMY MENAMAKAN SEMENANJUNG TANAH MELAYU SEBAGAI 'GOLDEN CHERSONESE' nama antarabangsa baginya ketika zaman kuno dahulu,nama yang diberikan oleh para Firaun dan Emperor Babilon,juga raja-raja India

malah dewa-dewi mereka juga membisik-bisikkan nama 'Pulau Emas Yang Menakjubkan' sesama mereka di dalam hikayat Ramayana dan Purana. Jika Ptolemy menamakan semenanjung ini sebagai 'Monkey Chersonese' sudah tentu dirinya akan dihina dan diperlecehkan oleh para sarjana Yunani dan Parsi,mungkin petanya tidak dipedulikan atau dibakar kerana mengelirukan para pengembara dan pedagang lain.

Telah diterangkan di dalam siri ATBM sebelumnya bahawa pada zaman purba Nusantara terkenal dengan pengeluaran rempah ratus,kemenyan dan wangiwangian.Para pedagang,raja-raja dari daerah sekitar Laut Tengah sudah mendatangi Nusantara,terutamanya Pulau Sumatera.Di samping mencari emas,mereka turut mencari kemenyan (styrax sumatrana) dan kapur barus

(dryobalanops aromatica) yang saat itu hanya ada di Sumatera. Sebaliknya, para pedagang Nusantara pun sudah memperdagangkan komoditi mereka sampai ke Asia Barat dan Afrika Timur,sebagaimana tercantum pada naskah Historia Naturalis karya Plini pada abad pertama Masehi. Jadi bayangkan para Firaun sedang menerima delegasi-delegasi pedagang yang mempersembahkan rempah ratus dari Timur Jauh.BAYANGKAN SEORANG PENIAGA MELAYU SEDANG MENJAJA KEMENYAN,REMPAH DAN KAYU CENDANA DI BAZAR-BAZAR KOTA

UR,URUK DAN KISH.

Katakan kayu-kayu perhiasan di dalam Solomon's Temple adalah dari kayu-kayu cendana Sumatera,perhiasan Cherubim,meja altar yang menempatkan perunggu lilin adalah emas dari Suvarnabhumi dan lilin-lilin adalah diperbuat dari kemenyan wangi styrax

sumatrana;Lubban Jawi yang terbaik.Dinding dan lantai adalah dari emas Suvarnadvipa.

"And the navy also of Hiram, that brought gold from Ophir, brought in from Ophir great plenty of almug trees, and precious stones" (1 Kings 10:11 -King James Version) Nabi Sulaiman yang juga seorang raja Kerajaan Israel Raya,memerintahkan pembinaan tempat ibadat yang agung dan dipenuhi perhiasan-perhiasan

keemasan.

"Even three thousand talents of gold, of the gold of Ophir, and seven thousand talents of refined silver, to overlay the walls of the houses withal" (1 Chronicles 29:4 -King James Version)

Sememangnya di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Kitab Al-Quran, Surat AlAnbiya ayat 81, menerangkan bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke tanah yang Kami berkati atasnya (Al-Ardha l-lati Barak-Na fiha).

"Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang

tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Anbiya' ayat 81)

Yang menjadi persoalan sekarang,DIMANAKAH TERLETAKNYA NEGERI OPHIR ITU??Pelbagai hipotesis telah diajukan oleh pelbagai sarjana

termasuklah lokasi-lokasi di Afrika,Arab dan Israel.Namun penemuan manuskrip pengembara Eropah ada mencatatkan lokasi Ophir ini di Filipina;iaitu salah satu Kepulauan Melayu.Sebuah catatan pengembara Sepanyol yang dikompilasikan bertajuk Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas ada menyebutkan panduan laluan laut ke Ophir, "Ophir can be found by travelling from the Cape of Good Hope in Africa, to India, to Burma, to Sumatra, to Moluccas, to Borneo, to Sulu, to China, then finally Ophir. Ophir was said to be

.... in front of China towards the sea, of many islands where the Moluccans, Chinese, and Lequios met to trade..." Para sarjana menolak Kepulauan Jepun kerana Moluccans tidak berada berdekatan dengannya,bukan juga Taiwan kerana petunjuk menyebut 'banyak pulau'.Mereka bersepakat mengatakan ia adalah Kepulauan Fiipina.

"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir,

and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon" (2 Chronicles 8:18 -King James Version)

Namun satu pendapat dari sarjana lain mengatakan ia terletak di sekitar Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kerana,kota Tirus (Hiram yang disebut dalam sumber Yahudi itu adalah Raja negeri Tirus yang kini terletak di Lebanon) merupakan pusat pemasaran barang-barang dari Timur Jauh. Ptolemy pun menulis

Geographike Hyphegesis berdasarkan maklumat dari seorang pedagang Tirus yang bernama Marinus.Sudah tentu Marinus telah membawa emas,rempah,kemenyan dan kayu-kayu cendana dari Nusantara ketika itu dan memperdagangkannya di Tirus dan kotakota Hellenistik yang lain.

"Lombong Emas Raja Sulaiman"

Sejak zaman berzaman umat manusia terpukau dengan kecantikan dan sifatsifat bitara logam emas, menyebabkan permintaan terhadap logam ini sentiasa mengatasi bekalan. Keunggulan sifatsifat fizikal logam ini, seperti kebolehtempaan dan kebolehaliran, dan sifat-sifat kimianya seperti kelengaian membuat logam ini tiada tandingan. Kelimpahan logam ini dalam kerak bumi

amat lanka menyebabkan proses perlombongannya sukar dan mahal, membuatkan harganya tinggi. Bekalan emas dunia kebanyakannya datang dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain dan rizab terbesar terdapat dalam batuan konglomerat Prakambrian di Afrika Selatan, manakala emas epiterma yang terdapat di negaranegara keliling lautan Pasifik terletak di tangga kedua daripada segi jumlah pengeluaran. Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas.

Maka itu Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas,Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu. Walaupun

kelihatan rawak, taburan ini sebenarnya dikawal oleh proses geologi iaitu lengkung volkano pada zaman PermTrias di Semenanjung Malaysia. Jenis pemineralan emas Semenanjung Malaysia ditemui adalah sebagai telerang kuartza, dalam sulfida masif,dalam skarn, dan berkaitan rejahan igneus. Ciri-ciri longgokan emas boleh dilihat daripada kajian di Lubuk Mandi dan Penjom. Emas terdapat dalam telerang kuartza berkemiringan curam berarah Utara-Selatan. Perubahan batuan dinding yang terbentuk adalah jenis suhu-tekanan sederhana iaitu pensilisifikasian,

pengargilitan dan pengkloritanpempropilitan. Minerologi kebanyakan bijih adalah mudah iaitu mineral utama terdiri daripada pirit dan arsenopirit bersama sedikit sfalerit dan kalkopirit kecuali di lombong Ajmal di mana terdapat banyak galena, tetrahedrit dan mineral-mineral telurida. Kehadiran grafit adalah minor kecuali di Penjom di mana jumlahnya cukup banyak hingga menyebabkan gangguan dalam proses pemisahan emas. Kajian bendalir terkepung menunjukkan suhu pembentukan yang rendah. Daripada bukti-bukti yang ada, longgokan emas di Semenanjung Tanah Melayu boleh

dikelaskan sebagai emas longgokan mesoterma, terhasil secara orogeni. Potensi adanya lagi longgokan emas primer seperti di Penjom cukup tinggi memandangkan kerja-kerja menjelajah longgokan primer ini masih rendah. Mengapakah Gunung Ledang digelar 'Mount Ophir'? Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri

ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya

seekor lembu emas.Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817. Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Sebab itu tanah semenanjung ini dan kepulauannya menjadi rebutan pelbagai bangsa.Kita boleh membayangkan kekayaan emas yang melimpah ruah itu jika kita melawat binaan teragung orang Mon yang masih ada iaitu Pagoda Shwe Dagon yang diperbuat dari emas.Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,Orang Mon adalah etnik selatan China yang pertama sekali berinteraksi dengan etnik-etnik MalayoPolynesian.Renungkan puncak pagoda ini,kemilauan emasnya dan kekayaan di waktu itu,di Bumi Emas dan Semenanjung Emas yang menakjubkan ini.

Pada tahun 1854,seorang ahli sejarah British telah mendaki Gunung Ledang.Ketika itu suasana berkabus dan sejuk sekali.Lelaki British itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan walaupun kabus masih tebal dalam cuaca sejuk.Tiba-tiba kabus semakin

berkurangan,dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi. Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce,ahli sejarah British itu di Taman Bunga-bungaan Gunung Ledang??

-------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII

-XXXXXXX -XXXXXXX

-Kesultanan dan Empayar -XXXXXXX -Gangga Negara,Srivijaya dan Funan -Peperangan dengan bangsa Yahudi -Peperangan dengan barbarian -Serangan ke atas etnik-etnik India -XXXXXXX -Laluan rahsia ke lombong emas -Kunci rahsia Lombong Emas Raja Sulaiman -XXXXXX -XXXXXXX -ITEMS LOCKED

Kunci rahsia telah hilang!Teruskan bersama kami untuk mencarinya di MistisFiles!! Friday, August 13, 2010 Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII

"Once upon a time..."

Pada masa dahulu...sebelum kedatangan etnik-etnik utara,Benua Siam (IndoChina) diduduki oleh sukukaum bangsa Mala.Bangsa Mala yang menonjol membina kerajaan-kerajaan secara amnya dikenal sebagai bangsa Melayu.Bangsa Mala ini dikenal telah membina kerajaan-kerajaan sama ada sesama mereka mahupun bersama kaum-kaum kecinaan yang terawal,contohnya Mon dan Khmer.Namun begitu jika dikaji secara mendalam lagi kemungkinan juga Mon

dan Khmer ini adalah hasil asimilasi bangsa Mala dengan kaum-kaum selatan China semenjak kaum Viet itupun menurut pakar arkeologi mungkin berasal dari Indonesia berdasarkan kesan-kesan arkeologi di semenanjung hingga ke utara IndoChina.Kajian linguistik menunjukkan bahasa MonKhmer itu berasal dari gaya bahasa Melayu Purba.Bahasa Melayu secara umum amat cepat mentransformasikan bentuknya sejak kita pun tahu SEBENARNYA BANGSA MELAYU BERSIFAT GLOBAL DAN GEOGRAFINYA JUGA ADALAH LALUAN TRAFIK YANG GLOBAL.Apabila terjadi desakan dari

kaum-kaum utara,segala tradisi,bahasa dan budaya Melayu IndoChina diserap ke dalam budaya kaum-kaum utara yang sebelum itu menjadi kaum gasar akibat serangan Monggol dan Imperium China yang menakutkan itu.Hasilnya bahasa Melayu Purba dapat dikesan di dalam bahasa Khmer.Budaya Kejawaan juga dikesan dalam kostum,aksesori dan tarian Khmer dan Thai (Thai mencedok budaya Khmer).

Kerajaan Bangsa Mala merentasi kerajaan Kuno Bagan yang misteri di Burma,Kerajaan-kerajaan Mala-Saimen di tengah IndoChina,Angkor,Funan dan Champa di pesisir pantai Vietnam pada hari ini.Perubahan selama beribu tahun,peperangan dan penjajahan telah melenyapkan kerajaan-kerajaan ini.Namun sifat bangsa Melayu yang halus dan sukakan kesusasteraan dan

ilmu pengetahuan telah meninggalkan sejumlah prasasti-prasasti yang menandakan BANGSA MELAYU PERNAH MEMBINA KERAJAAN DI INDOCHINA. Kedatangan kaum-kaum seperti Tai,Lao,Khmer dan Dai Viet adalah fenomena baru sebenarnya jika dikira berapa lama bangsa Mala telah menginap dan membina kerajaan di Benua Siam.Kisah penjajahan,perebutan dan peperangan menghiasi Bumi Siam membuktikan betapa bangsa-bangsa di dunia sememangnya amat berminat untuk merebut Suvarnabhumi ini yang penuh kekayaan dan

kesuburan.Kedatangan bangsa-bangsa Eropah selepas itu,membuktikan lagi pernyataan ini.Filipina yang dahulunya adalah milik bangsa Melayu telah jatuh ke tangan Sepanyol.Pulau-pulau Melayu Suvarnadvipa (Indonesia) dikuasai Belanda.'Golden Chersonese' pula dinaungi Inggeris.Portugis menjajah Timor selain pernah menduduki Melaka.Apakah maksud yang tersirat dari semua ini? Kini jika kita lihat politik di Malaysia khususnya kita boleh lihat betapa bangsa-bangsa asing yang lebih terkemudian mendatang,sedikit demi

sedikit mahu merebut Suvarnabhumi ini sekali lagi.Sebagaimana tamadun Melayu yang telah mencapai tahap legenda di Indochina,tidak mustahil bangsa misteri akan tinggal misteri di The Land of The East jika mereka masih terus bermimpi.Selepas pelbagai cabaran yang getir dengan penuh kepayahan,bangsa Melayu akhirnya kekal memegang Golden Chersonese dan Suvarnadvipa,namun pelbagai bangsa di dunia masih mengidamngidam bumi emas yang penuh kekayaan ini.Jika diberi peluang,pulau SEKANGKANG KERA seperti Pulau Batu Putih pun mereka sanggup bermatian

mendapatkannya apatah lagi SEGENTING KERA kerana sudah terbukti pulau sekecil Singapura pun boleh menjana kekayaan berkali ganda dari seluruh Semenanjung Emas,apatah lagi jika mereka berhasil merebut Semenanjung Emas sendiri,tidak mustahil kekayaan seluruh Tanah Besar China juga boleh dijana dari sini.MENGAPA INI TERJADI??APAKAH SEBENARNYA YANG TERDAPAT DI SUVARNABHUMI?? Beribu-ribu tahun dahulu,tidak tahu bila,seorang dewa bernama Rama mencari permaisuri yang dicintainya,Sita

yang telah diculik Ravana,seorang dewa yang berwatak jahat di sebuah tempat yang menakjubkan digelar SUVARNADVIPA.Mungkin Dewa Ravana mempunyai negarakota emas yang menakjubkan di situ.Beribu-ribu tahun dahulu;mungkin selepas cerita dewadewi kayangan Ramayana itu,para Firaun Mesir,secara rahsia mengimport rempah-rempah dan kapur barus di sebuah tempat bernama Barus di SUVARNADVIPA ini.Anehnya,para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini,yang digelar...

'THE LAND OF THE GODS'

Kita patanga urga cha meka Hatva kimi sujjhati makhika cha Eti hi Dhamma anaryarupa: Kambojakanam vitaha bahunnan ti: (Bhuridatta Jataka VI, p 208, trans by

Cowell)

Sejarah keagungan sesuatu bangsa boleh lenyap,jika bangsa itu tidak punya jati diri,melakukan kesilapan demi kesilapan atau tidak mengikuti perubahan teknologi dan ilmu pengetahuan.Walaupun pada satu-satu masa bangsa itu pernah membina negarakota dan kerajaan,namun semua itu tidak mustahil boleh hilang tidak berjejak sekiranya bangsa itu tidak kuat

menahan cabaran dan dugaan.Jika 'para dewa' pun boleh tewas di tempat sendiri,apatah lagi bangsa yang bernama Melayu ini yang dikurniakan 'Tanah Para Dewa' Ini tidak menghairankan,bagaimana sejarah bangsa Arab yang dahulunya adalah para guru kepada orang Eropah yang berada di Era Kegelapan,telah menjadi apa yang kita saksikan sekarang.Dahulu,di kota gedung ilmu,Baghdad...orang-orang Eropah ini tertunduk-tunduk menyalin sekelumit ilmu dari guru-guru agung setaraf Ibnu Sina dan Al-Biruni,namun kini anak cucu

mereka yang menjadi canggih dan hebat hasil ilmu dari kota ini telah melanggar kota ini dan membedilnya malah memalukan penduduknya. Jika ini terjadi kepada bangsa Arab,tidak mustahil ia akan terjadi di sini.Jika dahulu bangsa Monggol amat digeruni Timur dan Barat dengan kekuasaan tenteranya yang tidak mengenal penat dan lelah serta suka berperang,kini apakah yang kerajaan Monggol ini boleh buat apabila seorang rakyatnya dibunuh di sini.Tiada apa yang mampu dilakukan,kerana bangsa Monggol pada hari ini bukanlah Monggol ketika era

Kublai Khan dan Gengkhis Khan.Malah China juga menekan bangsa Monggol sehingga negaranya sekecil yang ada sekarang,padahal bangsa ini pernah menakluk seluruh China dahulu.Jika peristiwa ini terjadi di zaman keagungan Monggol dahulu,sudah tentu Kublai Khan akan mengarahkan bala tenteranya melanggar Tanah Melayu ini,membunuh para penduduknya,menjarah tanahtanahnya,dan membumihanguskan kotakotanya.Bangsa Turki yang dikurniakan amanah khilafah selepas bangsa Arab tidak layak lagi memegangnya,pernah menakluk empayar yang amat luas dan punyai kekuatan ketenteraan yang hebat

sehingga bangsa Eropah meminta bantuan mereka ketika Perang 30 Tahun (The Thirty Years' War) dan sekali lagi dalam Perang Dunia Pertama.Akhirnya semua itu memakan diri akibat semakin lemah menghayati ajaran Islam dan menyokong pemimpin yang anti-Islam.

Kita boleh menyelusuri sejarah tamadun Melayu seawal kerajaan Funan dan Champa (pasti ada yang lebih awal tetapi

masih dalam kajian),sejarah penubuhan kerajaan mereka yang lebih awal dari sejarah Thailand,Kemboja dan Vietnam,puncak kegemilangan mereka dan kejatuhan mereka.Kita belajar dari sejarah kita di sana yang diyakini 94% orang Melayu hari ini tidak tahu langsung tentang tamadun mereka yang hilang di IndoChina dan menganggap Vietnam dimulakan oleh orang Viet,Thailand dimulakan oleh orang Tai,Burma tidak ada warisan Melayu atau Kemboja itu memang asalnya milik orang Khmer.Kita belajar bagaimana mereka membina negarakotanegarakota sebagaimana

Ur,Uruk,Nineveh,Kish dan Babylon.Dan kita belajar sebab-sebab kejatuhan mereka,serta betapa ramai kaum di dunia sebenarnya mengidamkan kekayaan di The Land of The Gods.

Funan

A culture is made...or destroyed...by its articulate voices. (Ayn Rand,Russian born American Writer and Novelist, 1905-1982)

Kerajaan ini sempat dikesan kerana terdapat dalam rekod-rekod Cina.Kerajaan Melayu Funan bukanlah kerajaan orang gua yang membina ran di atas pokok,tetapi kerajaan hebat yang menjalankan urusniaga sehingga ke kota-kota Rom dan Yunani berdasarkan artifak-artifak Eropah Kuno yang

dijumpai di Vietnam.Rekod-rekod Cina menyebutkan kerajaan ini sebagai Funan atau B'iu-nam dan kewujudan telah disedari seawal abad pertama Masehi.Nama ini juga muncul dalam rekod-rekod China sekitar 221-280 Masehi dan hilang pada abab ke-7 Masehi.Mengikut Briggs (L.P.Briggs;1999:12) ada kemungkinan Funan hilang dari sejarah sekitar tahun 627 Masehi atau tidak lama selepas itu.Kewujudan kerajaan purba ini cuma dikesan melalui sumber-sumber Cina dan sejumlah prasasti-prasasti yang ditinggalkan.Di samping menggunakan nama-nama Sanskrit,raja-raja negeri ini

juga menggelarkan diri mereka sebagai Sailenraja atau 'Raja Gunung'.Dalam bahasa tempatan ia digelar 'kurung bnam' yang juga bermaksud 'raja gunung'.Bangsa Funan dikenalpasti dari rumpun Melayu (D.G.E Hall;1979:34) Pusat pemerintahannya terletak di bahagian hilir Sungai Mekong,namun kawasan pemerintahan meliputi selatan Vietnam,lembah tengah Mekong,lembah Chao Phraya dan Semenanjung Tanah Melayu.Walaupun kota dan pelabuhan utamanya,Oc-Eo terletak di pinggir Teluk Siam,akan tetapi ibukotanya Wijayapura (Wyadhapura) terletak lebih kurang 200

km dari laut berhampiran bukit Ba Phnom. Perkhabaran pertama tentang kerajaan Melayu Purba ini diperoleh daripada tulisan perwakilan Cina yang melawat negara itu sekitar pertengahan abad ke13 Masehi.Perwakilan itu terdiri daripada K'ang T'ai dan Chu Ying.Menurut laporan K'ang T'ai,yang dikutip oleh T'pai P'ing Yu Lan (ditulis antara 977-983 Masehi),raja pertama Funan adalah Houen-Chen (Hun-T'ien) atau nama Sanskritnya Kaundinya.Dikatakan beliau datang dari India ataupun dari Tanah Melayu atau

dari Kepulauan Indonesia pada hari ini.Legenda tempatan menyatakan bahawa Kaundinya telah berkahwin dengan seorang Wanita bernama Daun Teratai atau dalam rekod Cina disebut Liu-Yeh.Selepas itu dikatakan Kaundinya ini menjadi raja. Dalam rekod Dinasti Chin ada menyebut tentang Funan ini: Lebar wilayahnya 3000 li,Terdapat kotakota bertembok,istana dan rumah di dalamnya.Lelakinya hodoh dan hitam,rambut mereka keriting.Mereka mundar-mandir tanpa pakaian dan

berkaki ayam.Mereka hidup secara mudah dan tidak mencuri.Mereka menjalankan pertanian.Disamping itu mereka gemar mengukir perhiasan dan memahat.Banyak pinggan-mangkuk yang mereka gunakan untuk makan diperbuat dari perak.Cukai dibayar dengan emas,perak,mutiara dan minyak wangi.Mereka mempunyai buku,arkib dan sebagainya.Tulisan mereka menyerupai tulisan Hou.Perkahwinan dan upacara pengebumian mereka pada keseluruhannya sama dengan yang terdapat di Lin-yi. (B.R Chatterji;1964;18)

Namun dalam versi lain yang tertulis dalam inskipsi Champa ada mencatatkan seorang Brahmin bernama Kaundinya telah berkahwin dengan seorang puteri bernama Soma,anak raja naga.Daripada keturunan merekalah Funan dan segala takluknya diperintah. Sebelum kedatangan pengaruh India,kedudukan wanita dalam masyarakat agak tinggi,malah mereka menerima pemerintahan seorang wanita menunjukkan budaya Melayulah paling toleran dan amat demokrasi berbanding budaya-budaya lain.Satu contoh lain

yang terkenal adalah Ratu-ratu Pattani yang digambarkan dalam filem Queens of Langkasuka.Di dalam legenda Funan ada menyebutkan bagaimana Liu-Ye seorang raja perempuan Funan telah memimpin sekumpulan pelaut Melayu menyerang kapal-kapal perdagangan yang melintasi laut mereka. Kerajaan Funan inilah yang dapat dikesan setakat ini sebagai tamadun rumpun Melayu yang pertama (yang wujud dalam abad ke-1M hingga pertengahan abad ke-6M) atau jika hendak dikembangkan lagi atas nama

Kerajaan Chenla (mengenangkan pengasasnya memang warisan Funan) sehingga 800M. Pusat pemerintahan Kerajaan Funan ialah di Vyadhapura, berhampiran dengan Phnom Penh sekarang, yang dihubungkan dengan terusan ke sebuah pelabuhan bernama Oc-eo atau Oc Eo di Vietnam sekarang, Provinsi Long Xuyen. Kerajaan Funan merangkumi sebahagian besar IndoChina sekarang hingga ke negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang. Dalam abad ke-3M hingga ke6M seluruh Thailand Selatan dan negerinegeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang ini berada di bawah Funan.

Nama Kerajaan Funan ini sekaligus memberi makna Melayu itu sendiri. Perkataan Funan itu ialah ejaan bahasa Melayu moden kepada transkripsi bahasa China abad wujudnya Funan itu: Founan, Fou-nan atau Fou-Nan yang merujuk kepada Phnom bahasa Melayu-Mon-Khmer purba yang dalam bahasa Melayu kini ialah Gunung. Perkataan Phnom itu hidup sampai sekarang di Kemboja seperti pada nama ibu negaranya sekarang, Phnom Penh, itu yang jika diistilahkan dalam bahasa Melayu sekarang ialah Gunung Banang (Gunung Banang amat popular dalam puisi, nyanyian dan lagenda Melayu

sehingga menjadi judul lagu asli, mungkin kerana nostalgia Melayu kepada Phnom Penh dan adanya legenda Melayu kononnya seorang adik Puteri Gunung Ledang itu namanya Puteri Gunung Banang yang diam di Gunung Banang di Johor). Ini menunjukkan bangsa yang berkerajaan di Kemboja itu ialah bangsa Uran Phnom (Orang Gunung; perkataan uran ialah transkripsi perkataan Melayu purba yang sudah ada di prasasti Campa abad ke-4M dalam aksara Hindia Palawa itu) yang disebut dengan pelat/loghat Chinanya sebagai Orang Funan. Apabila keturunan raja Funan ini lari dari

Kemboja dan menubuhkan kerajaan barunya di Jawa Barat, maka kerajaan baru itu dinamai Sailendra (abad ke-7M hingga ke-8M) kerana ingin juga merujuk kepada asal-usulnya, Orang Gunung itu, kerana perkataan Sailendra/Silindra itu pun memang bermaksud Tuan Mulia Orang Gunung, malah ada istilah Sailaraja yang bermaksud Raja Orang Gunung. Berkata perihal 'Bangsa Gunung',satu lagi bukti tentang orang Melayu asalnya orang Gunung ialah daripada tulisan Manansala,seorang sarjana sejarah.Beliau mencatat satu sumber

China abad ke-3M lagi yang mengandungi rujukan kepada bangsa Melayu ini sebagai Kunlun dalam ungkapan Kunlun-po yang bermaksud kapal Orang Gunung (po ialah sebutan China kepada perkataan kapal sekarang; manakala kunlun itu satu lagi lafaz China dahulu (loghat/dialek lain) kepada pnom/phnom atau gunung itu, selain daripada Funan itu. Kapal Kunlun ini diperihalkan oleh sejarawan China abad ke-3M yang bernama Wan Chen yang katanya sampai kadang-kadang 200 kaki (sekitar 60m) panjang dan setinggi 20 kaki (sekitar 6m), dan boleh bermuatan sehingga 600-700 orang dan

kargo seberat sehingga 900 tan (Fakta ini memang selalu dipetik oleh para pemuka teori Budaya Gelombang termasuk Geldern bagi membuktikan kemampuan berlakunya penghijrahan orang dahulu kala mengharungi lautansamudera raya sekalipun, walaupun kesimpulan yang lebih pentingnya, ialah betapa tingginya tamadun rumpun Melayu sejak abad ke-3M lagi itu yang sekaligus membayangkan kehebatan ilmunya termasuklah kepemimpinan dan kepengurusannya. Kapal sebegini masih dapat disaksikan lukisannya di dinding candi Borobudur di Yogyakarta, Jawa Tengah, iaitu hasil binaan arkitek

rumpun Melayu zaman Sriwijaya dan Sailendra abad ke-8M itu, yang mendahulu Wat Angkor di Kemboja itu. Candi Borobudur ini dianggap satu daripada benda ajaib di dunia, malah segi seni binanya lebih ajaib daripada piramid/ahram itu. Catatan sarjana China terkenal abad ke-7M bernama IChing (yang berada di Palembang beberapa tahun untuk menyalin kitabkitab yang diminatinya dalam bahasa Melayu purba atau kuno ini), dengan jelas merujuk bahasa dan bangsa di Palembang itu sebagai bahasa dan bangsa Kunlun juga . Pengkaji sejarah Malaysia umumnya menggunakan istilah

Melayu purba dan Melayu kuno (iaitu ancient Malay) dengan maksud yang sama, iaitu untuk rumpun Melayu dari abad ke-2M hingga abad ke-12M (kedatangan Islam). Lebih awal daripada sumber China ini, mengikut Manansala itu juga, dalam sebuah tulisan orang Yunani dalam abad pertama Masihi, Periplus Maris Erythraei, yang diterjemah kepada Inggeris 1912 sebagai The Periplus of the Erythraean Sea (Pelayaran ke Lautan Hindia) yang diterbitkan oleh Longman dan baru-baru ini diberi ulasan lagi oleh Casson terbitan Princeton Univ. Press 1989 ada memerihalkan kapal-kapal dari tempat

yang dinamainya Chryse di Kepulauan Melayu ini dan kapal itu dinamainya Kolan-diphonta atau terjemahan harfiahnya kapal-Kolan, dan perkataan Kolan itu ialah versi Yunani kepada versi China, Kunlun itu. Mengikut sumber China, raja-raja Funan yang dicatatnya ialah Fan-shih-man (205M-225M), Fan Shi-Shen 225M (mati dibunuh oleh sepupunya Fan Chan), Fan Chan (225M-330M), Fan Hsun (240/245M-250/285M), Jayavarman (iaitu Jayavarman I, yg memerintah 478M-514M), Rudravarman (yang memerintah 514-539M dan dianggap

raja Funan terbesar yang terakhir). Mengikut sumber lainnya (Hindu dan prasasti), terdapat beberapa orang raja Funan lagi seperti Chandan yang memerintah sekitar 350M, Bhavavarman I sekitar 560M-570M dan Isanavarman (616-635M), walaupun sesetengah ahli sejarah mengatakan Bhavavarman I dan Isnavarman ialah raja Chenla, kerana dalam tempoh itu Chenla dan Funan dalam proses penyatuan, penyerapan atau pendominasian seperti yang dibicarakan nanti, malah Isanavarman dianggap menawan Funan pada 628. Pada kemuncaknya (kira-kira abad ke5M), Empayar Funan merangkumi delta

Mekong (sebahagian besar daripada Kampuchea dan Vietnam sekarang yang masa itu dikenali sebagai Campa dan Dai Viet), sebahagian besar Thailand sekarang (masa itu terkenal dengan Siam), Myanmar Selatan sekarang, hingga ke sebahagian besar Semenanjung Malaysia sekarang yang pada masa itu dikenali sebagai Langkasuka. Keagungan Funan dalam bidang ilmu pengetahuan menyebabkan Dinasti China mengimport sarjana-sarjana Funan seperti Nagasen (sarjana yang diutus ke China 480M), dan Madrasena

(sarjana yang diutus ke China pada 503M) untuk menjadi pensyarah kepada pegawai-pegawai dan cendekiawan China.Lihat,dahulu bangsa Melayu adalah bangsa yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu sehingga Emperor China pun terpaksa meminjamkan sarjana Melayu untuk mendidik bijak pandai mereka. Tidak hairanlah ketika era Srivijaya,kelayakan seorang pendeta Buddha di China tidak lengkap jika tidak mendapat pengiktirafan dari universitiuniversiti Srivijaya.

Pengganti kerajaan Funan ialah sebuah negeri peufti Funan juga (Chenla namanya, tetapi mungkin sekali suku kaum yang berbeza, walaupun serumpun agaknya), malah raja Chenla yang menawan Funan itu, Bhavavarman I, ialah cucu raja Funan bernama Rudravarman yang hebat itu. Agaknya Bhavavarman I sedar akan kemungkinan besarnya yang beliau tidak mungkin menjadi raja Funan, maka beliau pun berkahwin dengan seorang putri raja Chenla (negeri di daerah Laos sekarang tetapi dewasa itu di bawah naungan Funan) yang bakal menjadi raja kerana ketiadaan putra raja, dan seterusnya

beliau menjadi raja Chenla itu sehingga mampu menawan Funan pula. Dengan kemenangan itu, Bhavavarman I (walau berasal daripada keluarga raja Funan tetapi dipengaruhi oleh permaisurinya) mula menghakis kebudayaan Funan dengan men-Chenla-kan (mengKambuja-kan?) kerajaan Funan sehingga pada zaman raja Funan-Chenla bernama Isnavarman itu dikatakan berjaya sepenuhnya dalam penyatuan Funan dengan Chenla dengan penubuhan ibu negaranya yang baru bernama Sambor sekitar 40Km drp Angkor. Tidak hairanlah tarikh penawanan Funan oleh cucu raja Funan itu seringlah dianggap

tarikh kejatuhan Funan dan bermulanya kerajaan baru, kerajaan Chenla, yang berupa tunas pembentukan kerajaan Khmer purba yang dikenali sebagai Kambujadesa dan kemudiannya dirujuki oleh ahli sejarah barat sebagai Empayar Angkor. Seperti yang telah dijelaskan di atas, kerajaan Funan dijatuhkan oleh sebuah negeri peufti Funan yang dikenali oleh Khmer sebagai Kambuja atau Chenla mengikut catatan China pada pertengahan abad ke-6M. Kerajaan baru ini mula dikenali pada 613M apabila ibu negaranya berpindah ke Isanapura di

Sambor Prei Kuk di daerah yang kini dinamai Kampong Thom di Kampuchea. Namun kerajaan baru ini tidak dapat bertahan di pesisiran pantai kerana serangan orang-orang dari Malaysia dan Indonesia sekarang yang mereka merujuknya sebagai Jva sahaja (sama seperti Arab menyebut orang Jawa atau Jawi hingga sekarang) yang tentunya dari kerajaan Sailendra/Saliendra berpusat di Jawa yang sedang menjadi kuasa besar pada kurun yang sama itu. Sebenarnya kerajaan Sailendra ini diasaskan oleh raja Funan yang lari ke Jawa apabila dikalahkan oleh raja Chenla itu. Oleh itu kerajaan Chenla/Kambuja pengganti

Funan itu mengundur ke bahagian pedalaman Kampuchea sekarang dan membina kekuatan di situ bermula daripada seorang rajanya yang bernama Jayavarman II (sebenarnya seorang raja warisan daripada raja Kambuja atau Chenla yang menjatuhkan Funan dahulu, malah Jayavarman I ialah raja Funan 478-514) yang apabila berjaya memperkuatkan takhta kerajaannya lalu mengisytiharkan dirinya sebagai devaraja pada 802 dan memerintah sehingga 834. Jayavarman memang bermakna pelindung yang berjaya. Ada ahli sejarah menganggap beliaulah raja tamadun Khmer purba yang pertama

yang juga sering di rujuk sebagai raja Tamadun Angkor yang pertama, atau pelandas/pembangun Tamadun Angkor. Kemuncak kerajaan Chenla ini ialah di bawah rajanya yang bernama Jayavarman I sekitar 750M. Tidak hairanlah ahli-ahli sejarah Kampuchea menganggap kerajaan Funan itu sebagai kerajaan pra-Chenla, pra-Kambujadesa atau pra-Angkor, kerana tamadun Kampuchea bermula dengan Tamadun Funan dan berkemuncakkan dengan Tamadun Kambuja yang berpusat di Angkor yang terkenal dengan binaan Wat/Vat Angkor pada abad ke-12M yang

terkenal sebagai satu daripada benda ajaib dunia, walaupun secara rasminya nama Kambujadesa ini mungkin sekali bermula pada pertengahan abad ke-10M sahaja, iaitu zaman Raja Khmer purba yang bernama Rajendravarman seperti yang diterangkan sebelum ini. Namun sesetengah ahli sejarah mengatakan nama Kambujadesa atau Kambuja (dengan ejaan Rumi Melayu-nya mulai abad ke-20M sebagai Kemboja kerana masalah perubahan ejaan dari yang asal kepada Jawi dan ke Rumi) itu dipakai antara 9M hingga 13M. Jelaslah Kambujadesa (atau Kambuja sahaja, yang mengikut ejaan Rumi Melayu-nya,

Kemboja, dan ejaan yang dipengaruhi oleh Perancis atau Inggeris ialah seperti Kamboja, Cambodia, Cambodge dan kini Kampuchea) memang sukar dipisahkan dengan Funan dan kerajaan rumpun Melayu purba. Tamadun Funan dengan tamadun Angkor memang akrab sehingga seni bina Angkor dengan Funan memang sukar dibezakan seperti yang dipaparkan dalam buku Briggs (1951/1999). Ini menimbulkan persoalan tentang pengiktirafan ahli sejarah yang mengiktiraf tamadun Funan sebagai tamadun rumpun Melayu terawal tetapi tidak pula mengaitkannya dengan tamadun-tamadun Mon-Khmer purba

selepas itu (Kambujadesa dan Angkor), mungkin semata-mata kerana bahasa Mon-Khmer dikatakan serumpun dengan Orang Asli Malaysia seperti Sakai itu, iaitu bahasa Austranesia, sedangkan bahasa Melayu dikelaskan sebagai bahasa Polinesia. Atau bagi setengah pihak, bahasa Melayu sebagai bahasa Austranesia tetapi bahasa Mon-Khmer bukan bahasa tersebut. Jika dihitung prasasti yang dirakamkan oleh Majumdar (1953), zaman kerajaan Funan-Chenla ada meninggalkan 200 buah prasasti (batu bersurat) yang 80 daripadanya dalam bahasa Mon-Khmer

purba yang dikatakan ada hubungan dengan bahasa Melayu Purba itu dan yang tertuanya bertarikh 531 Syaka/Saka/Shaka (=609M). Prasasti zaman Funan sebenar (sebelum abad ke6M) dianggarkan oleh Muhammad Alinor (pengkaji gigih tamadun Funan di UKM) hanya sebanyak 11 buah yang juga dalam bahasa Sanskrit dan Mon-Khmer. Di antara prasasti Funan-Chenla itu ada simbol sifar yang tertua tarikhnya (awal abad ke-7M) dan sekaligus kita boleh menyimpulkan sistem angka perpuluhan yang tertua di dunia wujud pada prasasti zaman tamadun Funan-Chenla ini kalaupun bukan zaman kerajaan Funan

sebenar-benarnya. Walau bagaimanapun, setakat ini, yang jelasnya bahasa pada prasasti Funan itu ialah Sanskrit dan Mon-Khmer sahaja, walaupun mengikut Sharan (1974) Funan ada bahasanya sendiri (rumpun Melayu?) yang menggunakan aksaranya sendiri (dipercaya diperkenalkan oleh Saka atau Syaka, seorang Brahmin India di Funan) yang berasaskan aksara Sanskrit itu. Selain daripada itu Funan juga ada sistem percukaian tersendiri (termasuk impot-ekspot), dan perakaunan yang cukup mantap. Sebahagian daripada

kemampuan ini ialah kerana ternyata Funan mempunyai sistem angka perpuluhannya yang tersendiri yang mengandungi angka (simbol nombor) sifar/kosong yang tertua di dunia (selewat-lewatnya pada awal abad ke-7 lagi seperti yang disebut di atas, dan besar kemungkinannya dalam abad ke-6 lagi) jauh lebih awal daripada sistem angka Muslim atau Hindu yang biasanya dikatakan tertua di dunia itu. Kajian pentadbiran Tamadun Kambujadesa mulai abad ke-7 Masehi yang dilakukan oleh Sharan (1974) itu sedikitsebanyaknya dapat juga memberikan gambaran lebih terperincinya lagi akan

pencapaian pengurusan dan pentadbiran Funan, walaupun kajiannya semuanya berasaskan prasasti Kambuja yang dalam bahasa Sanskrit sahaja. Kajian sepertinya untuk prasasti dalam bahasa MonKhmer purba itu nampaknya belum dilakukan hingga kini.

Champa

"Hanyut tanah tak bertuan Rakyat tidak bertuan Ditabal aku di Segara Masin Raja gelar..." (Silkhannaz -Merong Mahawangsa)

Sebuah lagi kerajaan rumpun Melayu purba yang sebahagian tempoh kewujudannya selari dengan Kerajaan Funan ialah Kerajaan Campa di Vietnam yang tidak kurang dilupai oleh orang rumpun Melayu kini walaupun kewujudannya terus berlarutan serentak dengan zaman kesultanan Melaka hingga abad ke-15M (akhir-akhir abad ke-2M hingga pada 1471). Pelarian orang Champa inilah yang kini menjadi orang Champa di Kemboja itu dan lamanya orang Campa ini di Kemboja itu dan hampir sudah tiadanya orang Campa di Vietnam itu menjadikan orang Champa kini dikenali sebagai orang Kemboja

sahaja. Jika bahasa bagi orang Funan itu tidak begitu jelas ke-Melayu-annya kerana prasasti Funan yang dijumpai setakat ini sama ada bahasa Sanskrit, bahasa Mon (peribumi Indocina yang kebanyakannya di Kemboja, Myanmar dan Thailand Utara) atau Khmer sahaja, tetapi ke-Melayu-an bahasa Campa hampir tidak dipertikaikan lagi. Hubungan bahasa Mon dan Khmer itu dengan bahasa Melayu dikatakan samalah dengan hubungan bahasa Melayu dengan bahasa Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Lihat umpamanya pandangan Wilkinson 1911), tetapi bahasa Melayu Campa

memang sudah diperakui sebagai bentuk bahasa Melayu Purba/Kuno atau satu daripada loghat/dialek bahasa Melayu, yang banyak perkataannya masih hidup dan sama atau dapat dikenali hingga sekarang (lihat umpamanya kamus bahasa Campa-Melayu oleh Po Dharma 2000). Champa merupakan sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada satu ketika dahulu. Kedudukan kerajaan yang baru sahaja lenyap itu terletak di bahagian tengah Vietnam sekarang. Kewujudannya telah terbukti dari dokumen-dokumen Cina sejak tahun 192

Masehi. Hasil kajian epigrafi, catatancatatan Cina, orang Eropah mahupun Vietnam dan Arab telah mengatakan bahawa kerajaan Campa terletak di tanah-tanah rata sepanjang persirian pantai laut China Selatan (sebelumnya dipanggil: Laut Champa) dan datarandataran tinggi di barat tanah rata2. Kini kerajaan Champa telah dipadam dari peta dunia sejak tahun 1832 oleh seorang maharaja Vietnam yang bergelar Minh Menh. Penduduk kerajaan Champa terdiri daripada orang Cham, yang mendiami kawasan persisiran pantai, dan yang lain

mendiami dataran tinggi3. Mereka yang tinggal di dataran ini dibahagikan kepada dua kelompok. Pertama, kumpulan rumpun bahasa Austronesia, yang disebut Chamik. Ia terdiri dari orang Cham sendiri serta Jerai, Rade, Cru dan Raglai. Kedua, ialah kelompok yang terdiri daripada orang Ma, Mnong, Sre, Stieng dan orang Bahnar. Mereka dari rumpun Austroasiatik, kumpulan Bahnarik. Campa meninggalkan sebanyak 98 buah prasasti (batu bersurat) dalam bahasa Melayu (Purba/Kuno) dan 29 buah prasasti dwibahasa (Sanskrit-Melayu), 43

buah prasasti dalam bahasa Sanskrit yang ditulis pada Zaman Kerajaan Campa itu dan dijumpai di Vietnam. Prasasti yang tertuanya dalam bahasa Melayu itu bertarikh sekitar kurun ke-4M dan di prasasti itu terpancar adanya pemerintahan Melayu yang bersistem di Vietnam itu. Prasasti tertua zaman Kerajaan Campa itu yang ditulis dalam bahasa Sanskrit ialah yang bertarikh 192M. Hampir semua prasasti ini sudah ditranskripsi ke Rumi dan diterjemah kepada bahasa Perancis. Dalam Majumdar terdapat 130 buah manuskrip yang diterjemah kepada kepada Inggeris. Hanya sedikit sahaja yang diterjemah ke

dalam bahasa Melayu kini. Status mutakhirnya mengikut para ilmuwan sejarah Malaysia seperti Shaharir Mohd Zin dan Mohammad Alinor Abdul Kadir,prasasti Campa yg ditemui hingga kini ialah berjumlah 205 buah: 109 dalam Melayu Campa, 29 bahasa campuran dengan Sanskrit dan 23 buah yang belum diketahui bahasanya. Prasasti Khmer purba pula sekitar seribu buah: 45% drpnya dalam bahasa Khmer purba, 30% Sanskrit dan selebihnya bahasa campuran Khmer-Sanskrit. Usaha sedang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik etnomatematik di INSPEM, UPM untuk menterjemah semuanya

kepada bahasa Melayu kini. Sebenarnya orang-orang Campa masih menulis walaupun selepas negaranya hancur. Malah mengikut Mohamad Zain (1993), seorang keturunan Campa sendiri dan kini menjadi pensyarah sejarah di UKM menyatakan ada 438 buah manuskrip Campa (dalam aksara Jawi, aksara Campa dahulu atau aksara Vietnam) yang tersimpan di beberapa buah perpustakaan di Perancis terutamanya di EFEO (Ecole Francais dExtreme-Orient). Perkembangan terbarunya, ada dilaporkan terdapatnya manuskrip lain lagi di AS dan UK yang menambahkan lagi bilangan ini.

Nama raja Campa yang tertulis pada beberapa buah prasasti (kerana kehebatannya) ialah Raja Bharavarman I yang memerintah dalam abad ke-6M. Raja-Raja Campa yang lain ialah (mengikut Internet 1.11) terdapat lima raja sebelumnya (Sri Mara 192M, Fan

Hsiang/Hiong (270M), Fan Yi (284336M), Fan Wen (336-349M) dan Fan Fo (349M-?). Kemudian 3 orang selepas Bharavarman I dan beberapa orang bernama Fan lagi termasuklah Fan Yang Mai (431M), diikuti oleh beberapa lagi termasuk Rudravarman I (529M), Prakadasadharma atau Vikrantavarman I & II (653-730M), Rudravarman II (749), Rudravarman III (1061-1074M, menyerang Vietnam Utara 1068M) Jaya Simhavarman I (898M), II (10301044M), III (meninggal 1307M dan dikenali sebagai Che Man oleh Vietnam atau Pou-ti oleh China), IV (13071312M), V (1400-1441M).Che Bong

Nga (1360-1390M, raja Campa terakhir yang kuat) diganti oleh Raja Jaya Simhavarman Sri Harijatti atau La Ngai oleh Vietnam (mati 1400) Pan-Lo Tou-Tsiuan (1460-1471, tahun 1471 ialah tahun kekalahan teruk Campa Vijaya oleh raja Vietnam Le Loi sehingga 40 ribu orang Campa dibunuh dan lebih daripada 30 ribu diusir keluar Vijaya). Sejarah kerajaan Campa didominasikan oleh siri peperangan dengan jirannya dari utara iaitu Vietnam yang lahir pada tahun 939. Peperangan pertama antara kerajaan Campa yang berpengaruh India dan Vietnam yang berpengaruh Cina

berlaku pada tahun 982. Berhadapan dengan kemunculan kuasa baru Dai Viet (Vietnam) ini, sedikit demi sedikit sempadannya ditolak ke selatan. Dalam proses perluasan wilayah Dai Viet tersebut yang dikenali Nam-tien iaitu kemaraan orang Viet ke Selatan, sempadan utara Champa terpaksa berpindah buat kali pertama pada tahun 1069. Setelah itu sempadannya terpaksa berpindah lagi ke Selatan pada tahun 1306, dan pada tahun 1471 sempadannya telah berpindah ke kedudukan baru iaitu apabila Vijaya

dimusnahkan sama sekali. Tarikh ini juga dipercayai sebilangan pengkaji sebagi tarikh tamatnya identiti kerajaan Campa. Kehancuran Vijaya ini dilakukan oleh satu pasukan tentera Viet sekuat 250 000 orang. Sejumlah besar dari 90 000 orang Cham telah terkurban dan yang selebihnya dibawa ke negara Viet.

Walaupun pada tahun 1478M, raja Campa Bo Tri Tri menguasai Vietnam

selatan sekarang, di Kauthara dan Panduranga, dan kerajaan Campa baru ini diiktiraf China, namun keadaannya hidup segan mati tak mahu sahaja. Kerajaan Campa baru ini dikatakan berupa kerajaan yang rajanya beragama Islam dan membuat hubungan baik dengan kerajaan rumpun Melayu Islam di Alam Melayu ini seperti Kerajaan Melaka, dan Johor-Riau. Dalam keadaan diasak oleh Vietnam, raja Campa Islam bernama Po Klau Halu (1579-1603M), masih mampu menghantar pasukan tenteranya membantu kerajaan Johor menentang Portugis. Pada 1653M kerajaan Campa mengecil lagi sehingga

hanya tinggal di Pandurangga (Phanrang sekarang) sahaja. Akibat peperangan saudara kerajaan Vietnam, kerajaan Campa Panduranga tersepit dan rajanya Po Cei Brei pada 1802M bersama ribuan pengikutnya lari ke Kampuchea. Raja Campa di Panduranga sejak itu berupa patung kerajaan Vietnam sahaja. Kebangkitan orang Campa menentang Vietnam cukup acap kali berlakunya tetapi yang agak besarnya (ramai yang mengatakan terakhir besarnya) ialah pada 1833-1935 di bawah pimpinan mujahid Katip Sumat dan nasionalis Ja Thak Va. Kematian mereka ini boleh dikatakan menamatkan riwayat

penentangan Campa di Vietnam, walaupun saki baki pemberontakan orang-orang Campa (bersama-sama dengan peribumi Indochina yang lain) berjaya membentuk pakatan pemberontakan yang bernama FLM=Front de Liberation des Montagnards = Barisan Kebebasan Penghuni Gunung 1955 dan menukar namanya kepada BAJARAKA = Bahnar+Jarai+Rade+Kaho (nama sukusuku kaum Campa) 1958 dan kemudiannya bersatu dengan beberapa barisan pemberontak di Kemboja termasuk FLC= Front de Liberation du Champa = Barisan Kebebasan Campa

yang ditubuhkan oleh Kol. Les Kosem, Kolonel Cam di Kemboja lalu menjadi FULRO=Front Unifie de Lutte des Races Oprimees = Gabungan Barisan Pembebasan Bangsa-Bangsa Tertindas) 1963. Barisan kebebasan Campa ini melancarkan beberapa kali pemberontakan di Vietnam selepas tahun 1955 itu (Lihat Mohammad Zain dan Nik Hassan Suhaimi 2004, dan Po Dharma 2005b). Mereka ini mahu kuasa autonomi di kawasan pergunungan di Vietnam Tengah (Provinsi Kontum) kawasan yang didiami khas oleh orangorang Campa (mendapat perlindungan) pada masa pemerintahan Perancis di

Vietnam dahulu. Kawasan ini di rampas oleh kerajaan Vietnam sejak pemerintahan Ngo Din Diem untuk penempatan pelarian Vietnam Utara pada 1955 dari tekanan komunis. Pemberontakan FULRO yang agak besar kerana mendapat sokongan kerajaan Kemboja ialah pada 1964 tetapi gagal sepenuhnya. Pada 1973 lagi sekali pemberontakan FULRO di bawah Kpa Koi berlaku bersama komunis dan berjaya merampas wilayah pergunungan Vietnam Tengah itu. Namun pada 1975 komunis Khmer Rouge berjaya menawan Kemboja dan Jen. Les Kosem pun lari ke

Perancis dan semua pemimpin FULRO yang lain ditangkap dan dibunuh bersama-sama ratus ribuan, malah dilaporkan jutaan, orang Khmer, satu pembunuhan beramai-ramai yang bersistem dan terkenal itu, tetapi tidak begitu dihebah-hebahkan sangat di Alam Melayu ini kerana kepekaan rumpun Melayu ketika itu pun kepada orang Campa sudah hampir tiada, atau tidak setinggi terhadap Melayu Patani lagi. Pada 1979 Khmer Rouge memaksa FULRO yang diketuai Kpa Koi bersatu dengannya untuk melawan Komunis Vietnam dan Khmer Rouge berjaya pada 1994, tetapi FULRO tiada mendapat apa-

apa, malah terus ditindas lebih teruk lagi! Selepas itu FULRO meminta BangsaBangsa Bersatu membenarkan FULRO berhijrah ke Amerika Syarikat dan terus berjuang dari jauh. Pada 2001 kaum minoriti di Vietnam Tengah (dengan sokongan FULRO?) memberontak lagi dan kerajaan Vietnam memerintahkan penghapusan total kaum minoriti ini lalu beribu-ribu orang Campa ini lagi lari ke Kemboja lagi dan meminta izin BangsaBangsa Bersatu untuk berhijrah ke AS. Pada 10 dan 11 April 2004 kaum minoriti Vietnam ini dengan sokongan FULRO memberontak lagi dan Hanoi menghancur-leburkannya. Sedihnya

berita-berita pemberontakan ini langsung tidak sampai kepada kita kerana kepekaan kita terhadap rumpun sendiri itu sudah lenyap ditimbus oleh kolonialisme dan kemudiannya nasionalisme sempit kita ditambah pula KEBANYAKAN ORANG MELAYU KINI SUDAH BUTA SEJARAH DAN BERPECAH BELAH.Mungkin 100 tahun akan datang terdapat dua jenis kaum yang berasal dari rumpun yang sama iaitu kaum Umno dan Kaum Pas yang berlainan budaya dan bahasa.

Bagaimana teraturnya pentadbiran dan pengurusan kerajaan Campa yang terbayang daripada kewujudan jawatanjawatan itu dapat difahami lagi dengan adanya sistem subsidi dan cukai kepada kaki tangan kerajaannya, adanya unitunit sukatan seperti yak dan jak (untuk berat atau isipadu beras dan sebagainya) yang masih dipakai oleh para petani sekarang, di Kelantan umpamanya; sukatan jarak li dan chang (kira-kira

sama dengan 10 kaki atau sekitar 3 meter); unit luas yang dinamai sinjol, makik, malau dan satam; unit berat tael (ejaan Melayu kini ialah tahil, dan masih dipakai hingga sekarang), dram (sekitar 3 gm dan 12 dram = setael; di Barat drum yang berpunca drp bahasa yang sama, Sanskrit: drama, digunakan untuk isipadu cecair), thil atau tei untuk emas dan benda-benda yang berharga seperti itu (sekarang menjadi tahil juga), karsa atau kar untuk benda lain yang seberat thil juga, kemudian unit yang lebih tinggi lagi: pala = 4 karsa, tula = 100 pala dan bhara = 20 tula. Unit-unit lain lagi yang belum diketahui kuantitinya

mengikut sukatan moden ialah panda, kattika dan pana. Semua ini berlaku sekurang-kurangnya sejak abad 8M lagi. Wujudnya sistem unit sukatan yang agak lengkap ini tidak menghairankan apabila mengenangkan Campa juga, bersekali dengan Kerajaan Funan-Chenla, sudah mendahului dunia dalam ciptaan sistem angka perpuluhannya dengan wujudnya sistem tersebut sekurang-kurang sejak abad ke-6M lagi (lihat Fazura 2005). Unit-unit sukatan di atas wujud di Campa sekurang-kurangnya dalam abad ke-12M kerana unit-unit itu tercatat di prasasti Campa bertarikh 1150M

Bilangan tiga, tujuh dan seratus menjadi nombor mistik Campa dalam upacara kematian yang masih diwarisi oleh orang-orang rumpun Melayu sekarang walaupun ini bertentangan dengan ajaran Islam: orang biasa dibakar secepat mungkin pada hari kematian, bagi orang besar upacara dibuat 3 hari selepas kematian, raja selepas 7 hari dan 7 hari kemudian orang datang membakar jostik dan menangis lagi pada abu mayat dan ini diulangi 7 kali setiap minggu sekali, pada hari ke-100 selepas 3 tahun kematian mereka membuat upacara mengingatkan kematian itu lagi.

Di sepanjang wujudnya kerajaan Campa itu, tentu wujud pemimpin-pemimpin besarnya yang mengamalkan suatu cara kepemimpinan dan kepengurusan yang dianggap hebat sekurang-kurang pada zaman itu, terutamanya pada zaman kemuncaknya yang dinamai Zaman Mison atau My-Son itu. Umpamanya, Raja Bharavarman I (abad ke-6M) itu layak ditakhtakan sebagai seorang raja agung kerajaan Campa.

Sebagai pengetahuan tambahan,penyelidik bersekutu INSPEM (UPM) turut mengemukakan fakta bahawa di antara sempadan Greek dan Albania, terdapat rumpun Melayu Champa yang mendiami di perbatasan tersebut, yang mana mereka ini mungkin dibawa ke sana oleh para penjajah ataupun aktiviti mengimport sarjana sebagaimana yang dilakukan oleh

Imperium China bagi tujuan pemindahan pengetahuan yang terdapat di Alam Melayu. Kehadiran bangsa Chameria ini, boleh menimbulkan satu hipotesis, bahawa sebenarnya terdapat hubungan lama antara Tamadun Melayu dengan beberapa Negara Eropah Timur. Namun, sudah tentu, suatu penyelidikan mendalam haruslah digarap untuk mengesahkan hipotesis ini.

*Cham Albanian

*Cham Vietnam

*Cham Cambodia

Bangsa-bangsa di dunia berubah mengikut peredaran zaman.Ada bangsa yang dahulunya adalah bangsa yang hebat dan menjadi bangsa penakluk,membina negarakota yang kaya raya,tetapi akhirnya terpadam dari peta sejarah,bangsanya hanya kelihatan dalam buku-buku sejarah dan

dilupakan.Inilah yang terjadi kepada bangsa Assyria,Chaldea,Phoenicia dan Hittite sekadar menyebutkan beberapa nama.Antara bangsa yang pernah hidup dikalangan bangsa-bangsa yang dilupakan ini adalah bangsa Yahudi dan Arab.Kita boleh pelajari bagaimana bangsa Yahudi dapat berasimilasi dan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.Bangsa Arab,tidaklah sebesar pada hari ini sampaikan boleh dinamakan Dunia Arab jika tidak kerana rahmat agama Islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w.Jika bangsa Arab kekal berdasarkan gaya hidup jahiliah,kemungkinan besar kini bangsa

Arab juga hanya muncul dalam bukubuku sejarah dan seluruh semenanjung Arab itu mungkin di bawah bangsa Iran,Yahudi dan Eropah.KEBOLEHAN BERASIMILASI INILAH YANG MENGEKALKAN BANGSA YAHUDI DAN INILAH YANG BERLAKU PADA BANGSA MELAYU.Apa yang berlaku pada bangsa Yahudi,di mana mereka pernah berkerajaan seperti Kerajaan Israel Raya yang kemuncaknya pada era pemerintahan Nabi Daud a.s dan nabi Sulaiman a.s,Kerajaan Israel Utara,Kerajaan Samaria dan Kerajaan Judah/Judea.Kerajaan mereka juga telah dibumihanguskan malah rakyatnya

dibunuh atau dijadikan hamba malah sebahagian lagi dibuang ke daerahdaerah jauh hingga dinamakan The Lost Tribe of Israel. Inilah yang berlaku kepada The Lost Kingdom of Champa dan Funan dan negarakota-negarakota Melayu lain di Indochina. Sekiranya bangsa Assyria masih kuat dan ramai sehingga diberikan sebuah negara,kemungkinan besar mereka boleh maju setanding malah lebih lagi daripada Iran dan negara-negara Arab.FIKIRKAN.Jika dikatakan bangsa

Khmer itu mewarisi kehebatan dan ketinggian Tamadun Angkor,bagaimanakah keadaan Kemboja pada masa kini jika dibandingkan dengan Malaysia.Sejarah peperangan,kemiskinan,kemelesetan ekonomi,penindasan adalah warnawarni negara ini,dan hanya pelanconganlah harapan ekonomi Kemboja terutamanya Angkor Wat kebanggaan orang Khmer tinggalan Melayu Funan yang direnovasi oleh kerajaan-kerajaan selepasnya,walaupun sebenarnya terdapat banyak hasil bumi lain tetapi tidak dapat dimajukan.Adakah ekonomi Vietnam mencapai tahap

gergasi sehingga ramai orang Bangladesh atau Indonesia beramairamai menyerbu negara itu atau adakah rakyat Malaysia beramai-ramai mencari kerja hatta sesuap nasi di negara yang bukan sahaja pernah menghalau orang Cham malah Amerika juga!REALITINYA TIDAK SAMA SEKALI PADA HARI INI.Malah orang Vietnamlah menjadi orang hanyut untuk bekerja di Malaysia kerana keadaan ekonomi yang lembab berbanding keajaiban ekonomi Malaysia,The Golden chersonese.Pelancongan juga adalah salah satu industri Vietnam dan orangorang luar berduyun datang ke Vietnam

ingin melihat struktur-struktur tinggalan orang Melayu Champa terutamanya di My Son yang menjadi warisan Vietnam dan dibanggakan oleh orang Vietnam itu.Apa yang terjadi kepada Laos,yang pernah diberi ulasan oleh seorang wartawan Perancis yang mencatatkan kehidupan orang Laos tidak berubah seperti zaman sebelum Perang Dunia Kedua.Apakah yang terjadi Myanmar yang menjadi semakin lembab di bawah junta tentera dan perkara yang menjadikannya terkenal adalah mungkin hanya isu Aung San Suu Kyi.Hanya Thailand yang maju sedikit seiring negara-negara membangun Asean yang

lain,tetapi sepatutnya negara yang dikatakan tidak pernah dijajah lebih maju dari negara-negara Asean yang lain yang menderita di bawah Imperialisme Barat.Kini keadaan Thailand juga boleh bergolak bila-bila masa,sehingga Perdana Menterinya juga digulingkan oleh tentera dan jika trend ini dibiarkan tidak mustahil kuasa tentera akan semakin kuat dan menjadi JUNTA TENTERA seperti yang terjadi di Myanmar dan Turki.Keadaan semakin tidak terkawal sehingga rakyat Thai keturunan Cina mampu juga berarak beramai-ramai berdemostrasi menggulingkan pemimpin politik yang

tidak disukai mereka. Orang-orang Melayu sejak berabad yang lalu cuba dihalau dari Suvarnabhumi,menghadapi pelbagai rintangan yang getir,cabaran yang pedih dan rentetan sejarah yang meletihkan,namun dengan rahmat Allah s.w.t bangsa ini masih dapat memegang tiga negara iaitu Malaysia,Indonesia dan Brunei.Pelbagai cara subversif dan perang saraf digunakan untuk memecahbelahkan bangsa misteri sehingga sesetengah rumpun Melayu di Indonesia sudah tidak mengenal kawan dan lawan mereka.Ada di antara mereka

termakan racun yang mengatakan mereka adalah bangsa Indonesia,berbeza dengan bangsa Melayu di Malaysia padahal bahasa yang mereka gunakan adalah sama iaitu bahasa Melayu.Di Malaysia sendiri Melayunya terdiri daripada Jawa,Banjar,Mandiling,Rawa,Boyan,Min ang dan pelbagai lagi malah malah Negeri Sembilan itu juga asalnya adalah negeri orang-orang Melayu Minangkabau.MEREKA SEBENARNYA TELAH BUTA OLEH SEMPADAN GEOGRAFI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH DARI MEMIKIRKAN BETAPA LUASNYA RUMPUN MELAYU ITU.

Indonesia secara kasarnya dikuasai oleh orang Jawa.Orang Jawalah yang sebenarnya memegang kekuasaan sama ada secara langsung atau disebalik tabir bagi pembinaan apa yang dinamakan 'bangsa Indonesia'.Ibukota Indonesia ialah Jakarta,terletak di Pulau Jawa yang

lebih kecil dari Sumatera.TETAPI ANEHNYA MENGAPA PEMIMPINPEMIMPIN JAWA INI MEMILIH BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA FRANCA INDONESIA BUKANNYA BAHASA JAWA???

Ini kerana kaum Jawa adalah serumpun dengan etnik-etnik Melayu yang lain,dan tamadun mereka juga sudah biasa

menggunakan bahasa Melayu sebagaimana Empayar Srivijaya dan Majapahit.Mereka menyedari bahawa bahasa MELAYULAH YANG LAYAK MENJADI BAHASA PENYATUAN SELURUH NUSANTARA.Setiap etniketnik Melayu ini mempunyai bahasa atau loghat mereka yang tersendiri.Jawa dengan bahasanya,Banjar dengan bahasanya,Sunda dengan bahasanya,Kelantan dengan bahasanya,Kedah dengan bahasanya. NAMUN DALAM RUANGLINGKUP ILMU DAN POLITIK,BAHASA MELAYULAH YANG MENJADI BAHASA

PERANTARAAN SEGALA ETNIK-ETNIK MELAYU INI. Bahasa Melayu dalam konteks ini setaraf dengan Sanskrit dan Latin.Di Eropah pada masa dahulu,menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa kesusasteraan dan ilmu pengetahuan,walaupun orang Inggeris dengan bahasanya,Perancis dengan bahasanya dan suku-suku Jerman dengan bahasanya.Begitu juga di India.Adakah semua orang India faham bahasa Sanskrit?TIDAK SAMA SEKALI.Malah bahasa ini mengalami kepupusan di negaranya.Bahasa Sanskrit adalah bahasa kaum Elit,bahasa Istana

dan bangsawan.Kaum Sudra atau Parya yang ingin membaca malah mahu mendengar sahaja isi Veda dalam bahasa elit ini akan dihukum sekeraskerasnya.Namun orang-orang Melayu Srivijaya bebas berbahasa Sanskrit sehingga menjadi pakar bahasa itu malah membuka fakulti-fakulti pengajian Sanskrit di Sumatera sehingga ramai pendeta dan sarjana China datang belajar dari orang Melayu. Lihat,orang Melayu yang memegang kuasa politik di Malaysia dapat bangkit selama 52 tahun sahaja membangunkan SUVARNABHUMI ini lebih cepat

daripada bangsa yang mewarisi tamadun dan tinggalan Melayu di IndoChina,manakala saudara serumpun di Indonesia juga dapat membangunkan negara mereka dan lebih maju dari bekas jajahan mahupun naungan mereka di Indochina ketika era Srivijaya dan Majapahit.MENGAPA KEADAAN EKONOMI INDOCHINA LEBIH LEMBAB BERBANDING NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA YANG LAIN?? Di Malaysia, sedar tak sedar,dalam pelbagai penghinaan dan cemuhan kepada orang Melayu yang dikatakan lembab dan pemalas,mereka dapat

mentadbir dan mengawal suasana politik dan sosial dengan baik,dari sini pertumbuhan pelaburan dan ekonomi pun meningkat.Mungkin ada yang membandingkan dengan Singapura,namun Singapura hanya layak dikatakan sebagai 'negarakota' dimana seluruh kekayaan ekonominya termampat dalam pulau sekecil itu.Bayangkan jika Terengganu sahaja menggunakan segala kekayaan minyaknya untuk membangunkan ekonominya,negeri ini sebenarnya mampu lebih kaya dari Selangor dan Kuala Lumpur malah tidak mustahil seluruh Malaysia.FIKIRKAN,jika

pemimpin-pemimpin Melayu tidak pandai mengawal sosio-ekonomi Malaysia,pergaduhan seperti 13 Mei akan berlaku saban waktu akibat ketidaksefahaman antara kaum-kaum di Malaysia. Kita lihat betapa dungunya pemimpin China Komunis yang melarang penduduk Uighur mengamalkan agama mereka.Betapa bodohnya pemimpin China Komunis ini ditahap paranoid Selesema Babi apabila melarang umat Islam Uighur di Xinjiang berpuasa dan bersembahyang di masjid.Malah tahap selesema babi mereka mencapai tahap

kronik apabila sengaja membuka jamuan makan percuma ketika tengah hari ketika Ramadhan untuk penduduk Islam dan membuat peraturan rimba memaksa orang Islam menyertai makan percuma itu.Kedai-kedai makan orang Islam juga dipaksa menjalankan operasinya pada waktu siang. Patutlah antara negara yang akan diperangi dan ditakluk oleh Imam Mahadi di akhir zaman nanti adalah negara China. Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,

Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum (di China dan Mongolia) yang kasutnya adalah (diperbuat dari kulit dan) bulu. Dan tidak akan terjadi kiamat sehingga kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya kecil/sepet. (Ibnu Majah) Dari Abu Said al-Khudri RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya sepet

dan berwajah lebar, matanya bagaikan mata belalang, wajah mereka bagaikan perisai yang dilapisi kulit. Mereka memakai kasut dari bulu (binatang) dan membuat perisai dari kulit dan mereka mengikatkan kuda-kuda pada pohon kurma. (Ibnu Majah)

Apakah yang akan terjadi jika pemimpin Melayu mengharamkan perarakan pengebumian mayat orang Cina dengan

alasan mengganggu orang awam dan lalulintas??Gendang kematian orang Cina juga boleh dijadikan alasan membingitkan telinga. Di sini rakyat asing mampu menghina malah menyaman Sultan,raja orangorang Melayu.Jika di Thailand,mereka ini sudah lama dipenjarakan dan diseksa di dalam penjara. ORANG MELAYU ADALAH ORANG YANG AMAT SUKA MEMENDAM RASA DAN BERSIKAP MENGALAH.PERASAAN MEREKA AMAT SUKAR UNTUK DITELAH ATAU DIAGAK.NAMUN SAMPAI SATU

TAHAP,ALTER TERAHSIA MEREKA AKAN MELEDAK DAN KESANNYA AMATLAH DASYAT. JIka kita lihat pola taburan kekayaan dunia,kita akan sedar bahawa negaranegara yang dimiliki umat Islam di seluruh dunia kebanyakan telah disediakan sumber kekayaan;setidaktidaknya EMAS HITAM.Petroleum,adalah anugerah Tuhan kepada negara-negara Islam khasnya kepada negara-negara Arab.Tidak terkecuali negara-negara Melayu.Contoh yang paling popular adalah Brunei Darussalam.Namun negara-negara Melayu ini lebih bertuah

lagi kerana disirami dengan pelbagai hasil bumi dan mineral selain petroleum.Ambil contoh Malaysia,negara ini mempunyai keduadua EMAS iaitu 'emas hitam' dan 'emas kuning'.Selain itu,Malaysia mempunyai mineral-mineral lain seperti tembaga,besi,bauksit,batu kapur,kaolin dan bijih timah.Simpanan bijih timah terbesar di dunia adalah di Lembah Kinta di negeri Perak.Malaysia juga memiliki simpanan arang batu dan gas asli.Ini belum dikira hasil hutan dari Malaysia.Malah BATU JUGA DAPAT DIJADIKAN PERNIAGAAN.Batu-batu kristal telah digilap dan ditambah nilai

dan dapat menghasilkan keuntungan.Mendiang Lim Goh Tong telah merubah sebuah gunung di Pahang dan gunung itu telah menjana kekayaan yang bagai tidak habisnya kepada keluarga Lim Goh Tong itu.Ada orang menggelarnya 'Dewa Gunung'. Bangsa Cina sememangnya telah lama nampak sebab-sebab mengapa 'homeland' Melayu ini digelar 'The Land of The Gods' Loh Boon Siew telah mengharungi pelbagai onak dan duri sebelum berjaya mendapatkan hak mengedar motor

Honda di Malaysia.Selepas itu beliau telah menjumpai lubuk kekayaan di Suvarnabhumi ini sehingga dikatakan separuh dari Pulau Pinang itu adalah miliknya.Ada orang menggelarnya 'Dewa Motorsikal' 'Dewa Gula' Robert Kuok rasanya tidak perlu diceritakan lagi.Begitu juga 'Dewa Telekomunikasi' Ananda Krishnan.Namun dewa yang seorang ini masih mahu membeli kelab bawahan Liga Inggeris yang sudah tentu akan menghabiskan jutaan dollar daripada membantu kaumnya yang semakin lama semakin dihasut pengganas LTTE yang

mengambil kesempatan dari sikap tipikal orang India kaya yang suka mewujudkan jurang antara kaya dan miskin seperti yang kita lihat di India dan filem-filem Tamil.

Di India saban waktu golongan Paryar ataupun istilah kini,Dalit ditindas dan didiskriminasikan tanpa bersebab.Wanita-wanita Dalit kerapkali

dibogelkan beramai-ramai dan diarak sebelum dirogol dan dibunuh.Kaum lelaki pula akan dibelasah beramai-ramai sebelum dibunuh.Inilah realiti yang berlaku di India kepada golongan Dravidian Dalit ini.Namun golongan ini yang berada di The Land of The Gods nampaknya tidak mensyukuri nasib mereka di sini yang berkali-kali ganda lebih baik dari di India.

*Pembunuhan satu keluarga Paryar,ibu dan anak perempuan dibogel,dirogol dan dibunuh manakala ayah dibelasah dan dibunuh.

Carilah perkataan Dalit ini di Internet,dan baca kisah penderitaan mereka.Sebab itu Perdana Menteri India tidak mempedulikan tekanan pengganas LTTE Malaysia yang sudah tentu orangorang di Benua Kecil India sendiri amat

arif dan maklum asal-usul mereka.Malah jika boleh,golongan Paryar dan Dalit ini sudah tentu mahu 'dibuang' ke Malaysia yang menakjubkan ini supaya dapat membaiki kasta dan nasib mereka sebagaimana saudara mara yang telah lama tinggal di Malaysia.Sudah tentu generasi Dalit ini amat menyesal mengapakah pihak British tidak memilih nenek moyang mereka dahulu untuk diangkut beramai-ramai ke Tanah Melayu.Kalau tidak sudah tentu nasib mereka tidak seburuk pada hari ini,dihina dan didiskriminasikan oleh kasta-kasta yang lebih tinggi.

*Penderaan wanita Dalit di Bihar Penyelesaiannya ialah,buang segala buruk sangka,hidup bersama-sama dengan kaum lain secara harmoni bagi memajukan Suvarnabhumi ini bersamasama. Sebagai penutup kepada Alter Terahsia Bangsa Melayu Volume 2 ini,marilah kita renung-renungkan di manalah alter

terahsia bangsa Melayu ini di Malaysia khasnya.

Di Malaysia,terdapat 4 organisasi orang Melayu yang kita boleh renungkan di mana tersimpannya alter terahsia Melayu itu.Pertamanya,Umno yang lebih terkenal sebagai parti nasionalis Melayu.Parti ini adalah tunjang kepada

politik Melayu di Malaysia ketika ini.Tiada apa yang dapat diulas dari organisasi politik Melayu ini,dengan latar belakang pendukungnya yang berbilang fahaman,namun fahaman sekularmoderate lah yang mendominasi parti Melayu ini walaupun ada di antara mereka masih kuat fahaman Islam mereka.

Organisasi kedua ialah Pas.Parti ini menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka.Yang paling dominan ialah bab kenegaraan atau Jinayah.Inilah bahagian yang paling ditekankan dalam perjuangan Pas.Pegangan parti yang majoritinya Melayu ini ialah "Pemerintahan perlu di Islamkan" yang inilah sumber kemajuan umat Islam.Selagi pemerintahan masih kotor dengan fahaman sekular penjajah,maka

pembangunan ummah akan terencat.Ini adalah ideologi yang dipercayai dan menjadi fokus perjuangan Pas.

Organisasi ketiga ialah AlArqam.Organisasi ini telah terkubur.Namun kita boleh mengkaji dari satu segi,mereka ini amat berjaya,malah lebih berjaya dari bangsa Cina.Al-Arqam pernah menjadi satu

fenomena seluruh umat Melayu di Malaysia.Tidak keterlaluan,imej AlArqam adalah salah satu pemangkin yang merubah orang-orang Melayu pada era 80-an dan 90-an lebih mengambil berat kepada agama mereka.Pada tahun 70-an dan 80-an,pemandangan gadisgadis Melayu yang memakai tudung masih ditahap menyedihkan namun setelah gelombang Al-Arqam ini,nampaknya bukan sahaja tudung semakin popular sehingga ada istilah mini tudung,malah pemandangan wanita berhijab muka juga menjadi pemandangan biasa.

Kehadiran mereka sebentar dalam masyarakat Melayu ini ada hikmah sebenarnya.Satu ciri penting Al-Arqam ialah KEMAMPUANNYA MEMBANGUNKAN EKONOMI.Pegangan Al-Arqam ialah "JIka ekonomi ummat Islam maju,maka seluruh umat Islam maju dan dapat mengamalkan Islam dengan selesa".Inilah yang menjadi steroid kepada ahli-ahli mereka

membuat makanan sendiri,berniaga,dan menjadi usahawan.Penangan sistem ekonomi Islam mereka bukanlah calangcalang sehingga industri kicap yang dulu dimonopoli oleh orang Cina telah diambilalih oleh orang Melayu yakni orang Islam.Monopoli industri kicap Cina hancur kerana Al-Arqam.Jika dahulu orang-orang Melayu terpaksa makan nasi berkicapkan kicap Cina namun kini tidak lagi.Ahli-ahli mereka bukan sahaja menghasilkan kicap,malah mee,bihun,tauhu dan kacang soya.Kesungguhan mereka membangkitkan inspirasi (baca:alter) kepada orang Melayu yang lain

menghasilkan makanan sendiri sehingga taucu yang dulu hanya orang Cina yang mengusahakannya kini,makin pupus dan boleh dikatakan kini orang-orang Melayu membeli taucu-taucu Melayu.Dahulu di kedai-kedai,taucu Cina diisi di dalam balang kaca kecil.Kini taucu-taucu Melayu dalam bentuk paket-paket kecil sudah menjadi pemandangan biasa di kedai-kedai.Ekonomi Al-Arqam semakin besar sehingga mampu membeli pajero,bot,bas dan kereta-kereta mewah yang dahulunya hanya hartawan Cina sahaja mampu memakainya.Sehingga terdapat pepatah yang mengatakan jika ternampak orang Melayu menaiki

pajero,tentu dia dari Al-Arqam. Kekayaan Al-Arqam menarik perhatian ramai pihak sehingga ke luar negara,sehingga ada wakil orang Kristian Filipina datang mahu mempelajari sistem ekonomi Islam yang dibangunkan oleh Al-Alqam.Al-Arqam mampu membeli lot-lot kedai untuk kemudahan orang-orang Islam berniaga.Warisan AlArqam ini dapat kita lihat dari syarikat Rufaqa.Cuba kaji imej Islam yang kukuh ekonominya di Rawang Country Height.Kesampingkan isu-isu yang kontroversi mengenai mereka,cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam yang di

amalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari bangsa Cina yang berkerja siang dan malam mencari emas di Suvarnabhumi ini.

Yang terakhir adalah Jemaah Tabligh.Ini adalah satu organisasi tersembunyi yang jarang diperhatikan oleh orang Melayu.Padahal jemaah ini amat penting dalam 'hikayat Melayu'

seterusnya.Jemaah Tabligh amat menitikberatkan satu sifat Rasulullah s.a.w iaitu 'Tabligh' iaitu 'menyampaikan' dari segi terjemahan bahasa.Mereka ibarat misionari Jesuit dalam Islam.Namun mereka tidaklah kotor dan jahat sebagaimana Jesuit ini.Prinsip 'Amar Makruf Nahi Mungkar' mereka amat kuat,malah lebih praktikal dari sesetengah ahli Pas yang mendabik dada seolah-olah merekalah lebih Islam dari orang lain.Konsep Tawakal mereka amat teguh dalam menjalankan usaha dakwah atau 'usaha agama' atau 'usaha atas iman'.Walaupun Amerika-Zionis sedikit sebanyak telah berjaya membuatkan

imej orang Islam berjanggut adalah pengganas dan menimbulkan Islamophobia di kalangan masyarakat Barat namun jemaah Tabligh seolah-olah bebas keluar masuk di luar negara tanpa masalah.Malah mereka berjaya mengadakan perhimpunan atau ijtima' yang besar tanpa gangguan pihak kerajaan.Dilaporkan bahawa di Israel,gangguan dan diskriminasi ke atas umat Islam di sana adalah pemandangan biasa namun ini tidak terjadi ke atas Jemaah Tabligh Palestin.Masjid-masjid tempat berkumpul 'karkun-karkun' ini tidak diganggu Yahudi malah ada seorang rabbi Yahudi apabila ternampak

para karkun ini,melarang askar Israel mengganggu mereka atas sebab-sebab yang aneh.Anda akan tahu mengapa golongan ini mendapat 'perlindungan' istimewa jika anda bersama-sama masuk ke dalam Jemaah Tabligh ini. JIKA ANDA FAHAM PENERANGAN SETAKAT INI,ANDA AKAN TAHU DI MANAKAH ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU ITU. Setiap organisasi menjalankan agenda masing-masing.Kesampingkan Umno,kerana kuasa politik mereka adalah hasil dari pemberian pihak

Inggeris.KUASA INI SEBENARNYA TIDAK KEKAL DAN BILA-BILA MASA ALLAH AZZA WA JALLA AKAN MENARIK BALIK KUASA INI DARI TANGAN PEMIMPINPEMIMPIN UMNO YANG MENGEJAR HARTA DUNIA.

Kita lihat Pas.Parti ini berpegangkan satu prinsip yang dilupakan oleh ummah Islam dan ini menyebabkan umat Islam dihina Allah s.w.t di akhir zaman ini,iaitu

sistem pemerintahan Islam atau dalam istilah fekahnya JINAYAH.Bila sebut hukum Islam terbayang hukum Hudud dan terbayang pula tangan yang dipotong.Padahal Jinayah bukan sematamata hukum Hudud.Hukum Hudud itu sebahagian kecil darinya.Mengapa hukum lain seperti Qisas tidak popular?Nampaknya orang Islam sendiri yang mengelirukan orang Islam yang lain,menjadi kuli percuma bagi Yahudi dan Nasrani. JIKA JINAYAH (FEKAH KENEGARAAN ISLAM) BERJAYA DITEGAKKAN,ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU AKAN

MENYALA.

Al-Arqam.Ini adalah lambang ekonomi Islam di mana jika kita berjaya menghayati satu lagi fekah umat Islam yang dipandang sepi iaitu MUAMALAH,kita tidak akan bimbang lagi dengan kemiskinan orang Melayu.Kini orang bukan Islam semakin sedar akan

betapa hebatnya sistem ekonomi Islam ini.Industri yang peka terhadap MUAMALAH ini bukanlah calang-calang industri tetapi INDUSTRI PERBANKAN.Jika di tahun 80-an dahulu pernahkah kita mendengar perkataan 'Mudharabah' atau akaun simpanan Islam.Sehingga ada bank bernama Bank Islam.Tidak pula terdapat Bank Buddha kerana Gautama Buddha sendiri tidak pernah mengajarkan sistem ekonomi malah beliau sendiri tidak pernah pun mengajarkan para pengikutnya mempertuhankan dirinya sendiri.Yang diajarnya hanyalah cara-cara mengatasi nafsu sahaja.Tetapi nabi Muhammad

s.a.w bukan sahaja mengajarkan sistem ekonomi malah hal-hal menyangkut segala masalah manusia dari adab memasuki tandas hinggalah bab-bab mengurus sesebuah negara.Al-Arqam berjaya menghayati keajaiban sistem ekonomi Islam,dan 99% mereka adalah ORANG MELAYU!Jika mereka boleh mengapa kita tidak boleh?Mengapa kita tidak memandang keajaiban ekonomi mereka tetapi memandang sisi negatif mereka yang kontroversi sahaja?? JIKA MUAMALAH (FEKAH EKONOMI ISLAM) BERJAYA DITEGAKKAN,ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU AKAN

MENYALA.

Yang terakhir dan tersembunyi,Jemaah Tabligh.Mereka bergerak secara 'underground'.Para karkun ini tidaklah membawa keramat dan mukjizat tetapi tawakal dan prinsip dakwah usaha atas iman mereka menyebabkan mereka layak mendapat perlindungan Allah s.w.t di mana-mana sahaja malah di Israel

sekalipun.LIHAT,JIKA KITA MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA,SEMUA MAKHLUK DI BUMI AKAN TUNDUK KEPADA KITA.Mereka mengamalkan prinsip Tabligh,yang bukan termasuk dalam fekah Islam tetapi INTIPATI AJARAN ISLAM ITU SENDIRI MALAH SALAH SATU SIFAT KEKASIH ALLAH S.W.T.Mereka hanya menjalankan FOKUS hanya satu SIFAT RASULULLAH s.a.w namun kerana satu sifat itu sahaja menyebabkan bukan sahaja Yahudi dan Nasrani,MALAH DAJAL AMERIKA DAN PARA PENYEMBAH IBLIS PUN SEGAN DAN TAKUT KEPADA MEREKA disebabkan

perlindungan dari RAJA SEGALA RAJA.Isu-isu bodoh seperti mengabaikan hak isteri adalah karut sematamata,kerana jika anda faham hakikat sebenarnya,para karkun ini wajib menyediakan segala perbelanjaan dan keperluan keluarga secukupnya sebelum keluar berdakwah.JIka tidak mampu,buatlah sahaja usaha atas iman sendiri.Jika mampu,bolehlah keluar di jalan Allah,buat usaha atas agama. Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada

Allah. (Al-Imran, ayat 110) JIKA AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR BERJAYA DITEGAKKAN,BUKAN ALTER TERAHSIA SAHAJA YANG MUNCUL MALAH UMAT MELAYU MENJADI UMAT YANG TERBAIK PERNAH DIKELUARKAN KEPADA MANUSIA. Sekarang cuba renungkan sebaikbaiknya.Jika kita gabungkan ketiga-tiga organisasi ini;Pas,Al-Arqam dan Tabligh,dan ketiga-tiga kombinasi ini pula berada di posisi Umno sebagaimana

yang kita lihat sekarang,apakah yang akan terjadi??

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME II COMPLETED...

-------------------------------Bibliografi Akademi Sains Islam Malaysia Ahmad Jelani Halimi,Sejarah dan tamadun bangsa Melayu

Alter Terahsia Bangsa Melayu X

Lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,di dunia sebelah sini.....terdapat sebuah kota yang amat makmur dengan hasil perdagangan.Kapal-kapal bersimpangsiur di satu selat yang paling sibuk di dunia,menghubungkan dinasti-dinasti China dengan Kaisar dan Kisra.Kehidupan di sini amat mewah,telah ada universiti-universiti pengajian bahasa dan kebudayaan.Telah ada sarjana dan rahib-rahib yang belajar dan mengajar,dengan beribu-ribu orang

murid tekun menekur di hadapan para pendeta.Ketika di Tanah Arab,wanita dijadikan pemuas nafsu dan dianggap sial,di sini...wanita dilayan dengan penghormatan tinggi dan ada yang menjadi raja! Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran Rasul terakhir itu juga,nama 'Melayu' telah tercatat di dalam Ramayana dan Purana,menjadi sebutan para rishi dan orang suci,merujuk kepada Sumatera dan Kepulauan Melayu...cerita tentang percintaan dewa-dewi,konflik dan dendam,semuanya berlaku di sini. Para Firaun memanggil tempat ini,The Land of Gods...dunia yang penuh dengan misteri dan rahsia terpendam.Di dalam suhuf-suhuf dan prasasti-prasasti Ibrani

Tua,mereka menggelarnya sebagai,The Land of The East.Sebuah tanah yang dianggap bertuah dan penuh dengan kekayaan,raja-raja Sumeria dan Akkadia menganggap tanah ini adalah 'kayangan' yang melimpah ruah dengan emas dan perak,menjanjikan kekayaan dan kuasa kepada siapa yang memilikinya. Dalam artikel ini,kita akan belajar ciriciri The Land of Gods ini.Kita akan mengenali lebih dekat apa yang sebenarnya terdapat di sini,sehingga ia dipandang tinggi sedemikian rupa.Kita akan belajar memahami,tentang cinta tiga segi antara Ravana,Rama dan Sita dan kemunculan Hanuman yang dipuja oleh penganut Hindu,yang membantu Rama,di sini...mengapa Kerajaan Israel Raya menghantar kapal-kapal ke sini 10 abad

Sebelum Masehi,dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun yang silam,dan mendakwa ia adalah tanah nenek moyang mereka,di dalam The Egyptian Book of The Dead.Kita juga akan mengetahui satu rahsia besar;tulisan purba orang Melayu yang menyimpan rahsia yang tersembunyi beribu-ribu tahun...tanda keturunan mereka yang bersambung dengan Nabi Ibrahim di Tanah Kanaan (Canaan/Phoenicia).Dan pembukaan rahsia yang lebih besar...tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang silam,terselamat...kemudian bermula di sini!

The Land of Gods II

"...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...." (catatan I-Tsing,sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya pada abad ke-5 Masehi)

Nasib manusia sama sahaja walau di mana sahaja.Kehidupan ini ibarat roda,sekejap di atas,sekejap di bawah.Ada masa-masa susah ada masamasa senang.JIka dahulu sesuatu bangsa itu pernah membina peradaban tinggi,tidak mustahil suatu hari nanti,peradaban itu akan lenyap,dan bangsa itu akan terkial-kial untuk mempertahankan kewujudannya.Inilah yang terjadi kepada kaum-kaum di Amerika Tengah.Dahulu orang Aztek,Inca,Toltek dan Maya adalah kaum-kaum yang tinggi peradabannya.Mereka mampu membina piramid-piramid besar dan lanskap bandar yang sistematik.Ilmu astronomi dan matematik mereka amat

menakjubkan.Orang Aztek dan Maya contohnya,adalah kaum-kaum yang tinggal di kawasan kota.Mereka adalah 'urban people' yang moden dan maju berbeza dengan kaum-kaum Red Indian seperti Comanche,Apache dan Cherokee,sekadar menyebut beberapa nama.Selalunya mereka akan menyerang penduduk-penduduk 'kampung' di sekitar jajahan mereka,dan menjadikan tawanan perang mereka sebagai hamba atau korban dewa-dewa.Anda boleh membayangkan suasana orang Maya atau Aztek ini berbanding kaum-kaum lain di benua Amerika dengan menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson.Lihat perbezaan antara mereka dengan kaumkaum lain yang masih tinggal di hutan dan berburu binatang.Perhatikan betapa terkejutnya kaum-kaum yang ditawan itu

apabila melihat kota orang Maya yang amat besar dengan bangunan-bangunan piramid yang tinggi-tinggi dan rumahrumah batu yang moden berbanding kediaman mereka di hutan rimba.Dari mana orang Maya belajar semua ini? Hari ini semua kaum-kaum 'urban people' tadi sedang menghadapi kepupusan,malah ada yang pupus terus seperti orang Toltek dan Inca.Nasib mereka sama seperti nasib penduduk 'kampung' yang dijarah mereka dahulu.Inilah bayangan 'apocalypse' seperti yang dimimpikan oleh 'Jaguar Paw' dan ramalan budak perempuan kecil yang aneh di dalam satu adegan Apocalypse.Di akhir filem ini barulah kita tahu apakah sebenarnya dimaksudkan dengan 'apocalypse'

itu,seperti ramalan budak perempuan aneh tersebut.Bacalah sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan menjarah kekayaan orang Aztek.Teliti bagaimana kelicikan Francisco Pizarro memperdayakan Atahualpa,pemerintah Inca ketika itu menyebabkan Pizarro berhasil menjarah kekayaan Inca bernilai 100 juta US nilainya pada hari ini!

Belajar bagaimana Hernan Cortes,seorang lagi conquistador tamak

yang memperdayakan Montezuma II,Emperor Aztek dan Cuauhtmoc,anak saudaranya.Jika orang Inca berjaya diperdayakan sehingga menunjukkan bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajah Sepanyol ini,tetapi Cuauhtmoc,raja terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi harta karun Aztek disimpan kepada Cortes.Inilah asas kepada cerita National Treasure,Book of Secret,berkenaan legenda Cibola,satu kota yang penuh kekayaan.Kesilapan yang ketara kepada kedua-dua pemerintah Inca dan Aztek ini ialah menganggap pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan dewa-dewa mereka,padahal orang-orang Sepanyol yang tiba di ibukota Inca dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan piramidpiramid dan bandar orang-orang yang

dianggap mereka sebagai aborigine dan kurang bertamadun.Mereka amat hairan dengan perhiasan emas yang boleh dijumpai merata-rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu.Dan satu fakta sejarah yang perlu kita tahu,minuman coklat yang kita minum hari ini adalah berasal dari minuman raja-raja Aztek!

Minuman coklat adalah minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan minuman diraja.Montezuma apabila mahu dihidangkan air coklat,beliau akan memasukkan campuran rempah-rempah

khas ke dalamnya.Apabila orang Sepanyol tiba,betapa hairannya mereka dengan minuman yang amat lazat ini dan membawa resepinya ke Eropah.Inilah permulaan kepada Milo,Ovaltine dan Vico.Montezuma juga mempunyai perpustakaan yang menyimpan tablettablet berisikan khazanah ilmu matematik dan astronomi purba,malangnya,para conquistador yang dungu dan tamak ini bertindak seperti kaum gasar (barbarian) atau monggol,membakar dan memusnahkan apa saja.Ini juga telah berlaku kepada kaum Maya,di mana penjajah Sepanyol ini membedil khazanah ilmu pengetahuan kaum Maya yang tidak ternilai harganya.Sehingga ke era moden,pengetahuan sains yang tinggi,yang dimiliki oleh kaum Maya

tidak diketahui oleh dunia,sehinggalah ditemui pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik dan rekod-rekod astronomi dari penggalian arkeologi,berasal dari balai cerap kaum Maya.Salah satunya ialah Kalendar Maya atau Kalendar 2012 yang popular itu.Dari sini,barulah dunia tahu betapa bernilainya khazanah ilmu pengetahuan Tamadun Maya.Itu baru kalendar,bagaimana dengan beribu-ribu ton tablet berisikan karya-karya agung dalam bidang sastera,sains dan teknologi...yang dipecahkan dan dilumatkan oleh penjajah Sepanyol yang tolol itu?Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada meja batu yang teguh.

Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu mempunyai persamaan dengan tragedi yang melanda orang Melayu,khasnya orang-orang Champa.Orang Champa (Cham) adalah dari keturunan Melayu berdasarkan bahasa dan budaya mereka.Lama sebelum Angkor Wat dikatakan 'dibina' oleh Suryawarman II,orang Cham telah memiliki tamadun yang amat hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan

orang Melayu yang hilang,Funan.Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu,dengan kapasiti perdagangan yang luas dan koridor ekonomi yang mantap,dibantu dengan lokasi strategik 'Laluan Sutera Laut' antara China dan India.Tamadun Champa juga memiliki rahsia yang jarang diketahui oleh masyarakat dunia,apatah lagi orang-orang Melayu di Malaysia yang sibuk bercakaran sesama sendiri,menghina raja-raja (sedihnya,yang sudah dijemput Allah s.w.t pun masih menjadi mangsa hinaan),membuang anak,merempit,menjadi pelacur dan bapuk,berpolitik secara dungu,berpecahbelah,kafir-mengkafir,wahabimengwahabi,mempersendakan nama 'Allah' sehingga setaraf dengan Tuhan

Anak,wang rakyat didahulukan perut sendiri diutamakan,mengabaikan pelajaran,mengabaikan agama sendiri,mementingkan diri,hasad dengki sesama sendiri,murtad,menjadi Islam Liberal,gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang tamak dan ada agenda sendiri,menjadi Sekular,berpecah-belah,membiarkan warga asing membanjiri mengaut kekayaan tanah tumpah darah,menjadi talibarut CIA,Mason,Zionis-Komunis dan pencacai Dajal,menjadi bodoh,buta,bengap,lembab,pekak,tuli dan bisu. Belajar dari sejarah itu penting,sebelum kita pupus dan hanya tinggal nama di dalam buku sejarah dan muzium.Ambillah pengajaran dari

sejarah,sebelum kita 'disejarahkan'.Seperti orang Melayu yang dimuziumkan di Kota Singa.

*Prasasti Cham banyak menyimpan rahsia rumpun Melayu pada masa silam

Orang Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi.Mereka sudah pun memakai sistem ukuran metrik yang maju dan sistem perpuluhan dalam pernomboran.Mahu lagi?SATU RAHSIA YANG MASIH

TIDAK DIKETAHUI SECARA MELUAS OLEH DUNIA,SEBENARNYA ORANG CHAM LEBIH AWAL MEMAKAI ANGKA SIFAR (ZERO) DALAM SISTEM ANGKA jauh lebih awal dari orang-orang Arab yang kemudiannya memperkenalkannya kepada orang Eropah.Mungkin ramai anak Melayu yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan memperlekehkan pencapaian orang Melayu Cham yang hanya merintis penggunaan angka '0',namun perlulah diberitahu kepada mereka yang 'inferior' ini,para pembina piramid,Taman Tergantung Babilon,Rumah Api Alexandria hatta KLCC,Taipei 101,WTC yang runtuh serta bangunan tertinggi di dunia setakat ini yang berada di Dubai itu,tidak mungkin dapat dibina tanpa

kewujudan angka '0' ini.Penemuan dan pemakaian angka '0' ini amat besar ertinya dalam sejarah dunia metematik dan tamadun yang merintis penggunaannya adalah tanda bahawa tamadun itu amat hebat dan berperadaban tinggi.Ini masih tersimpan rapi di dalam berpuluh-puluh atau mungkin mencapai ratusan manuskrip,prasasti dan ukiran Cham yang bertaburan di seluruh dunia,sebahagian besarnya disimpan oleh orang Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa amat maju,berbanding ekonomi Vietnam sekarang ini yang mundur sehingga ramai orang Vietnam 'hanyut' ke Malaysia meminta simpati pekerjaan demi sesuap nasi.Hanya anak-anak Melayu yang malas belajar dan bekerja tidak tahu diuntung,dapat duduk di atas

Suvarnabhumi (Bumi Emas) ini,padahal bangsa-bangsa asing berebut-rebut mahu tinggal di sini,kalau boleh biar orangorang Melayu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya,dan semua bangsa di dunia ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Melayu ini sambil mengaut dan memakan hasil bumi yang berlimpah ruah,termasuk hasil minyak dan emas perak.Hari ini telah menjadi trend pihak-pihak yang bodoh sombong yang semata-mata mahu mengambil tanahair orang Melayu ini,sanggup mengatakan yang bukan-bukan kepada orang Melayu.Ultrakiasu menuduh orang Melayu pendatang juga,dan membela Orang Asli sebagai Bumiputra sebenar.Padahal jika Orang Asli pula yang memegang Malaysia,mungkin Ultrakiasu ini pula menuduh Orang Asli

ini pendatang dari Afrika atau Pasifik,dan membela orang Melayu sebagai Bumiputra pula.Pengganas LTTE mendakwa tanahair orang Melayu ini sebahagian dari Great India,padahal orang India (Tamil terutamanya) tidak pernah menawan pun mana-mana wilayah Melayu pada zaman dahulu,kecuali serangan Raja Chola yang hanya berani menyerang pelabuhanpelabuhan dan wilayah jajahan Srivijaya.SEbelum sempat Emperor Srivijaya mahu mengumpulkan balatentera seluruh Nusantara,terkocohkocoh raja Chola balik ke India tanpa berani memegang sesaat pun wilayah Nusantara yang diserangnya untuk 'mengacah-ngacah' Emperor Srivijaya itu.Mungkin raja Chola berbuat demikian mengenangkan kisah kepala raja Khmer

yang dipancung Emperor Srivijaya akibat mempersendakannya.Tidak pernah pula dalam sejarah,Raja Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada zaman dahulu.Yang ada tercatat dalam sejarah,ketika kemuncak kekuasaan Empayar Melayu Srivijaya,ialah pengaruhnya sehingga sampai ke Sri Lanka,timur laut dan selatan India.

*Puing-puing Universiti Nalanda di Bihar,India.

Di India sendiri,kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para pedagang Melayu dan sarjana-sarjana mereka,membina biara dan institusi pengajian,kerana ketika itu,orang Melayu Srivijayalah pakar dalam bahasa Sanskrit...dikala bahasa suci itu dihadkan kepada kasta-kasta kepada sukukaum di India.Raja Chola tidak pernah membina penempatan di Nusantara.Tetapi pedagang-pedagang Melayu telah pun menetap dan memiliki tanah di India ketika itu.Malah para sarjana Melayu adalah antara pensyarah di Universiti Nalanda yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang menempatkan 2,000 pensyarah dan lebih 10,000 pelajar.Malah kerajaan Srivijaya juga membantu membina kampus-kampus di universiti itu malah kolej kediaman juga

bagi para pelajar Nusantara dan pensyarah Melayu.Ini samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United Kingdom.Kerajaan Melayu Srivijaya membantu membina universiti di India kerana universiti-universitinya sendiri di Sumatera termasuk 'kolej-kolej swasta' mereka tidak mampu menampung kebanjiran pelajar dari seluruh dunia terutamanya dari China dan Tibet.Ini dirakamkan dan disahkan oleh IChing,seorang sami,sarjana dan pengembara China dan juga Atisa,seorang sami dari Tibet. Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah Melayu atau pelajar mereka yang berkahwin dengan orang-orang Hindi di Bihar,berwajah seperti Preity Zinta dan Madhuri Dixit misalnya dan

menghasilkan keturunan Melayu yang segak-segak di Nusantara. Ada juga orang-orang tertentu yang tibatiba mengaku sultan dan meminta rakyat menganggapnya sebagai sultan.Ada juga yang mendakwa waris maharaja tertentu dan mendakwa orang Melayu merampas takhta maharaja ini malah menuduh orang Inggerislah yang memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu seolaholah orang-orang Melayu terlupakan nama bangsanya sendiri.Semuanya salah orang Melayu malah jerih perih orang Melayu mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-akan dilupakan.Orang lain yang bergaduh,tidak semena-mena orang Melayu terkena tempiasnya.Bayangkan orang-orang Melayu lembik dan

mengalah kepada Thai,sudah tentu negeri Kedah sekarang menjadi wilayah Saiburi bersama-sama wilayah Patani,Narathiwat,Yala dan lainlain.Keturunan waris maharaja juga pasti tidak bersisa dikerjakan raja Thai,malah raja Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh keturunan maharaja sebab dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi Saiburi dan dibawah kawalan Thai.Bukan sahaja tiada universiti seperti UiTM yang memberi kelonggaran kepada bumiputra,malah keturunan maharaja mungkin akan dibiarkan buta huruf dan tiada berpelajaran apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah atau penulis blog.Mungkin ada yang dibiarkan hidup setelah terpaksa mengaku bertaatsetia dengan raja Thai,menjadi orang

Thai,bernamakan Thai tinggal lagi tidak beragama Buddha. Daripada bertaatsetia dengan raja Thai,lebih baik berpayung dibawah rajaraja Melayu,yang bersaudara dengan maharaja.Jadi daripada mengejar pangkat dan darjat,bersyukurlah dapat hidup di bumi Allah ini bersama-sama orangorang Melayu yang peramah dan baik hati. Adakah Inggeris mengadakan sayembara mencipta nama bagi penduduk Tanah Melayu di negara mereka?Orang Melayu bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang dipaksa menjadi bangsa Filipino,di mana perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja Sepanyol iaitu Philip II.Mengapa Inggeris tidak

memberi nama seperti 'Elizabetania' kepada orang Melayu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau 'Elizinno' jadi bolehlah penduduk Tanah Melayu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.Betapa kurang berpendidikan orang yang dengki kepada orang Melayu ini padahal nama Melayu itu sudah ada di dalam kitab Ramayana dan disebut-sebut dalam Purana,beribu tahun sebelum kelahiran para penjajah Inggeris ini ke dunia yang fana ini,yang diwar-warkan memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu.Pulau-pulau Melayu disebut 'Malayadvipa' di dalam hikayat dewadewi Hindu.Bagaimana pula nama 'Melayu' itu ciptaan Inggeris padahal para rishi dan dewa-dewi Hindu amat kenal dengan orang-orang Melayu ini lantas menamakan Kepulauan Melayu

sebagai Malayadvipa bersempena penduduk kepulauan ini memanggil diri mereka Mala,Malayu atau Melayu.Jadi sudah tentu 'Englishmen' mengenal penduduk ini sebagai Malay,iaitu diceduk dari Sanskrit dan bahasa Sanskrit adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno.Perkara ini terjadi kerana terlalu tergesa-gesa mahukan pengiktirafan,harta,pangkat dan kuasa tanpa mahu menyelidik dahulu duduk perkara sebenarnya.Memang tidak dinafikan Stamford Raffles,Winsdtedt serta anak muridnya Munshi Abdullah 'ada campur' tangan dalam sejarah Alam Melayu khususnya Tanah Melayu namun bukan nama 'Melayu' itu.Jika orang yang kurang berpendidikan ini masih berdegil mengatakan Inggeris yang memberi nama 'Malay' atau Melayu itu,bagaimana

Vyasa,seorang rishi legenda mencatatkan nama 'Pulau-pulau Malaya' (Malayadvipa) di dalam kitab-kitab sasteranya?Mengapa Valmiki,seorang lagi sasterawan Hindu yang mengarang Ramayana menyebutkan Rama,seorang dewa Hindu yang dianggap inkarnasi ketujuh kepada Vishnu telah ditolong oleh Hanuman,seorang lagi dewa,juga di 'pulau-pulau Melayu' yang juga terdapat istana dan kediaman Ravana,seorang lagi dewa berwatak jahat.Kitab-kitab seperti Ramayana dianggarkan dikarang kirakira 400 tahun Sebelum Masehi lagi (400 B.C).Lihat,sebab itu dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu yang lepas,ditegaskan bahawa jika semua rekod tentang bangsa Melayu telah hilang,musnah atau dicuri di Kepulauan Melayu,rekod-rekodnya pasti ada di

seluruh dunia.Pada ukiran-ukiran kuil zaman Firaun di Mesir,relief-relief di Angkor Wat dan Borobudur,rekod-rekod Maharaja China,cerita para pedagang Arab dan India,codex Emperium Rom dan conquistador dan pelbagai lagi.Sebab apa?SEBAB BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA YANG DUDUK DI DALAM GUA SAMBIL BERMAIN DENGAN TUPAI DAN MONYET.Bangsa Melayu pada masa silam adalah pedagang dan pembina peradaban.Namun 'rahsia' ini tersimpan kemas dalam lipatan sejarah kemanusiaan.Hilang ketika era penjajahan.The Lost History of Malay Civilization. Kita boleh lihat corak propaganda Barat ini memecahbelahkan umat Melayu di

Nusantara.Di Tanah Melayu yang akhirnya membentuk Malaysia,Inggeris yang memegangnya memanggil penduduk di sini dengan panggilan 'Malay'.Di pulau-pulau Nusantara yang dipegang oleh Belanda,diberi nama 'Indonesian'.Di kepulauan utara Borneo termasuk Sulu,Sepanyol 'bermurah hati' memberi nama kepada penduduk di situ dengan nama 'Filipino'.Bagaimana tiga kawasan yang memiliki budaya,bahasa dan paras rupa yang berkait rapat antara satu sama lain mempunyai nama bangsa yang berlainan sama sekali?Soalan cepu emas peringkat akhir Who Wants to Be a Millionnaire: YANG MANAKAH DI ANTARA KETIGA-TIGA NAMA INI ADALAH BERASAL DARI NAMANYA YANG

ASLI DAN BUKAN REKAAN ORANG BARAT SEMATA-MATA? A. INDONESIAN B. FILIPINO C. MALAY

Tiada talian hayat.Hidup ini memang keras.Yang kalah akan ditulis sejarahnya oleh yang menang.Sang Kura-kura boleh menulis bahawa dialah pelari terpantas dan mengatakan Sang Arnab berlari seperti siput babi.Padahal kita tahu cerita sebenarnya. 'Filipino' dan 'Indonesian' sudah tentu akan terkeluar carta lebih awal,kerana ia adalah jelas nama yang diberi oleh penjajah dan kosakatanya pun dari

bahasa Barat.Lebih-lebih lagi 'Filipino',berasal dari nama raja Sepanyol!TETAPI NAMA 'MALAY' TERCATAT DI DALAM KITABKITAB SANSKRIT SEHEBAT RAMAYANA,CATATAN-CATATAN PEDAGANG INDIA DAN REKOD CHINA.Dalam kesusasteraan Sanskrit,ia disebut 'Malaya',rekod Dravidian menyebutnya sebagai 'Malai' dan rekod China menyebutnya sebagai 'Maliyuer','Mok-la-yu' atau 'Wu-lai-yu'.Terima kasih kepada sarjana bangsa-bangsa lain yang masih setia menyimpan rekod tentang asal-usul kita. Ini bukan soal mahu memenangkan Inggeris dari Sepanyol dan Belanda.Ini soal fakta sejarah dan kebenaran yang tidak boleh disangkal.Ini bukan hikayat

Pak Kaduk dan Lebai Malang.INI FAKTA SEJARAH YANG TERCATAT DALAM MANUSKRIP BERTULIS OLEH PARA SARJANA DAN CENDEKIAWAN.Bukan 'selekeh' perdebatan di forum-forum internet yang kebanyakannya buta sejarah.Si buta sejarah berdebat dengan orang yang bencikan sejarah.Hasilnya,sama-sama telah berjaya 'disejarahkan' oleh penjajah yang pandai memanipulasi sejarah. Fikirkan,jika Inggeris ditakdirkan menjajah seluruh Kepulauan Melayu (Malaysia & Indonesia),sudah tentu mereka akan menamakan penduduk di Nusantara sebagai 'Malay'.Dan sudah tentu orang-orang dungu yang mengacungacukan buluh runcing seperti kaum

hutan rimba itu melompat-lompat dengan kebanggaan mereka berbangsa 'Malay' bukannya 'Indonesian'.Begitu juga jika Belanda menjajah seluruh Nusantara,kemungkinan besar dengan kita-kita sekali akan menjadi 'Indonesian'.Yang mana antara dua nama ini begitu dekat dengan orang Nusantara,dan dibuktikan dalam sejarah Nusantara sebelum kedatangan imperialis Eropah?Tepuk dada tanya akal sendiri. Lihat,para penjajah tidak membunuh orang-orang Melayu dengan pembunuhan beramai-ramai (khasnya di Tanah Melayu).Tetapi membunuh orang Melayu perlahan-lahan dengan sejarah manipulasi mereka.Ini adalah racun yang mematikan jatidiri dan semangat Melayu perlahan-lahan.Ia seperti kanser yang

kronik.Atau santau yang menyakitkan.Atau kita boleh katakan,orang Melayu telah disantau sejarahnya perlahan-lahan. Untuk menjejak dan menyelesaikan misteri mengapa para rishi menyebutnyebut nama 'Malaya-dvipa' merujuk kepada pulau-pulau Melayu,kita mesti menjejak kembali asal-usul bangsa yang berbahasa Malayo-Polinesian atau kini dikelaskan sebagai Austronesian.Dan ingat,ini bukan bermakna para rishi pula dikatakan memberi nama 'Melayu' kepada orang Melayu,tetapi para rishi itu mengambil nama terahsia ini dari orangorang 'Malaya-dvipa' sendiri.Ini kerana di akhir cerita nanti,kita akan tahu bahawa rahsia 'Malaya-dvipa' ini ruparupanya boleh dijejak 3500 tahun yang lalu,ketika para tukang-tukang batu di

Mesir Purba sedang membina piramid,ketika rahib-rahib Mesir mengarang koleksi The Egyptian Book of The Dead.

Petunjuk di Angkor Wat

Untuk menyiasat misteri ini,mula-mula kita terbang ke sebuah negara di Indochina,Kemboja (Cambodia).Negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 14 juta orang ini memiliki tinggalan sejarah yang begitu berharga,Angkor Wat.Angkor dikatakan dibina untuk Suryavarman II pada abad ke 12,memiliki binaan dan kesenian yang tinggi dan UNESCO telah mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia.Ia berukuran kira-kira 850 m kali 1000 m (2800 kali 3800 kaki).Puncakpuncak menara kuil ini melambangkan Mahameru,sebuah gunung dalam kosmologi Hindu yang dikatakan 'rumah kediaman' bagi dewa-dewa Hindu.Angkor Wat asalnya adalah sebuah kuil Hindu yang didedikasikan kepada Vishnu (Ingat,Rama adalah

jelmaan ke 7 Vishnu).Ia adalah kuil diraja dan negarakota bagi kerajaan Angkor. Tidak dapat dinafikan,Angkor Wat adalah hasil kesenian yang amat tinggi dan setanding dengan kaderal-kaderal Eropah,kuil-kuil purba di India dan candi-candi yang menakjubkan di Indonesia.Henry Mouhot,seorang pengembara Perancis membayangkan kuil ini sebagai,'pesaing kepada Kuil Solomon' (Temple of Solomon di Palestin) dan setanding dengan hasilkarya Michelangelo (seorang karyawan terkenal,mahakaryanya dapat dilihat di Sistine Chapel,Vatican,terutamanya lukisan Creation of Adam, Creation of Eve).

Pada dinding-dindingnya terukir ukiranukiran yang menakjubkan,kebanyakannya diambil dari Ramayana dan Mahabharata (Ingat,dua rishi Vyasa dan Valmiki dan Malayadvipa).Relief-relief yang juga menceritakan kebudayaan Khmer adalah setanding dengan relief yang terukir di candi Borobudur dan menariknya keduadua ukiran ini menunjukkan persamaan yang ketara.Mengapa?Rujuk kembali pada siri ATBM "Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon".Di sana ada petunjuk yang boleh kita jadikan panduan penyiasatan.Petunjuk yang mana?Kita kembali kepada pengasas kerajaan Angkor,Jayavarman II.

Rahsia Jayavarman II,siapakah beliau ini sebenarnya?

Tidak banyak rekod tentang pengasas empayar Khmer ini,sosoknya di dalam sejarah adalah terlalu misteri dan menjadi tandatanya.Namun satu-satunya rekod yang dapat dipercayai dan masih terpelihara yang mana mengandungi cerita tentang Jayavarman II ini ialah

catatan kuno yang dijumpai di sebuah kuil Khmer Sdok Kak Thom yang terletak di Thailand.Kuil ini dibina oleh Empayar Khmer pada abad ke 11 Masehi.Melalui catatan pada inskripsi ini,Jayavarman II pernah ke Tanah Jawa (tidak diketahui apa tujuannya) dan memerintah Indrapura,satu kota di Kemboja.Di satu inkripsi lain pula mencatatkan bahawa Jayavarman II menjemput seorang Brahmin (pendeta Hindu) supaya mengadakan upacara khas untuk meminta pertolongan dewa-dewa supaya menghentikan naungan Jawa ke atas wilayahnya.Ini tercatat sebagai berikut: "Apabila Tuanku Parameswara tiba dari Jawa untuk memerintah kota diraja Indrapura...Sivakaivalya,golongan yang

terpelajar,telah berkhidmat sebagai gurunya dan memegang peranan sebagai pendeta diraja bagi Tuanku" Pada inskripsi lain, "Seorang Brahman yang bernama Hirayadaman,yang terlatih di dalam sains dan sihir,telah dijemput oleh raja untuk mempersembahkan satu upacara yang akan membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk kepada Jawa dan mempunyai kedaulatannya sendiri"

Para pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji barat mengatakan 'Java' (terjemahan ke bahasa Inggeris dari 'Chaeva') itu mungkin orang Cham atau satu kerajaan lain di Indochina.Namun pendapat yang popular ialah satu kerajaan yang amat berkuasa di Tanah Jawa.Beberapa bukti lain juga terutamanya rekod dari dinasti Sailendra dan Empayar Melayu Srivijaya telah membawa kepada kesimpulan bahawa

Jayavarman II sebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di Kemboja dan memerintah di ibukotanya ketika itu,Indrapura.Namun tidak dapat dipastikan keturunan pengasas Empayar Khmer ini,sama ada memang orang Jawa ataupun orang Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di Jawa.Ini memang jelas di dalam inskripsi itu menyebut tentang 'Jawa' bukannya 'Champa','Cham','Chenla' atau sebagainya. Sejarah juga membuktikan ketika itu,Empayar Melayu Srivijaya telah mencapai masa-masa kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi seluruh Asia Tenggara.Ketika itu Samaratungga,seorang raja Jawa dinasti Sailendra telah mengikat tali

perkahwinan dengan Dewi Tara,puteri kepada Emperor Srivijaya,Dharmasetu dan menjadikan Empayar Srivijaya semakin besar dan berpengaruh hasil gabungan kepakaran dan kebijaksanaan Melayu-Jawa dan ini telah membuatkan empayar ini menguasai pelabuhanpelabuhan penting di Kepulauan Melayu dan Indochina.Di Indochina sendiri,kerajaan-kerajaan purba seperti Langkasuka,Pan-Pan dan Tambralingga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja,dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat) dan pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai oleh Empayar Srivijaya ini.Malah Kemboja juga adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan bahawa inskripsi di kuil Khmer itu memang benar merujuk

kepada Tanah Jawa,dimana Dinasti Sailendra berkuasa. Ketika kita sedang meneliti ukiran di Angkor Wat ini,kita akan perasan bahawa kostum,headgear dan adat budaya yang ditunjukkan di dalam relief di sini sama seperti ukiran pada candi Borobudur.Jadi siapa yang tiru siapa?Berita baik,Borobudur telah dibina jauh lebih awal dari Angkor Wat iaitu pada abad ke 9,tepatnya pada era pemerintahan Emperor Samaratungga,seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825 Masehi.Angkor Wat pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan Suryavarman II,raja Empayar Khmer (1113 - 1150 Masehi).Jadi fikirkan,bahawa kesimpulan pengkaji Eropah seperti

Lawrence Palmer Briggs,tentang budaya dan ilmu yang dibawa oleh Jayavarman II dari Tanah Jawa dan Melayu Srivijaya ke Kemboja.Kesimpulannya di sini,budaya kita dicedok oleh orang Khmer,kemudiannya oleh kaum Tai yang datang kemudiannya.Selepas itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina Srivijaya ini termasuk budaya,kostum dan tarian.Kemudian ketika kaum-kaum ini meningkat naik dan mampu membina kerajaan,mereka pun mengubahsuai mana-mana yang perlu dan berbangga dengan warisan mereka itu.Ketika era imperialisme,orang Melayu Nusantara kehilangan empayar mereka dan beransur-ansur menjalani proses 'inferiority complex' oleh orang Eropah.Segala bukti sejarah dirampas,monumen dibedil dan

dimusnahkan (di Tanah Melayu).Habis era imperialisme,anak-anak Melayu mengalami perasaan rendah diri yang kronik dan mula memperlekehkan sejarah bangsanya!! Sudah faham apa yang berlaku sekarang?Sudah dapat petunjuk seterusnya?Buntu?Ya,itu perkara biasa sejak sejarah kita telah digelapkan di sana sini ibarat satu set gambar 'jigsaw puzzle' yang berlubang di sana-sini.Kita tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan mengganggu 'Tok Aki' Penjaga Gua Rahsia supaya membukakan peti-peti seterusnya.Nanti dulu.Sebab di Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain. Tentunya anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai

Tambralingga di atas?Ini adalah sebuah kerajaan purba di Semenanjung Tanah Melayu sehingga mencapai Ligor (Thailand sekarang).Tambralingga adalah sebuah negarakota Melayu dan menariknya adalah antara kerajaankerajaan awal yang disebut dalam Sejarah Thailand.Maksudnya,jika ingin menyentuh sejarah Thailand,tidak lengkap jika tidak menyebut nama kerajaan ini,sebagaimana kerajaan Ayutthaya.

Petunjuk Kedua di Tambralingga

*Gaya senibina Tambralingga yang kemudiannya terlihat dalam senibina Ayutthaya Purba.Ini adalah Phrae Boromadhatu tinggalan Chandrabhanu,raja Melayu Kuno Tambralingga.

Tambralingga adalah kerajaan yang benar-benar wujud sekurang-kurangnya telah dikesan pada era Dinasti Tang (618-907).Kerajaan ini juga pernah

menduduki Sri Lanka.Sekitar tahun 1255-1262 Masehi,seorang raja Tambralingga,Chandrabhanu Sridhamaraja telah menduduki sebahagian Sri Lanka dan termasuk dalam senarai raja-raja Kerajaan Jaffna di Sri Lanka.Satu tinggalan kerajaan ini yang terkenal ialah Phrae Boromadhatu,satu stupa Buddha untuk menyimpan relik Gautama Buddha.Melihatkan bentuk stupa ini,yang kemudiannya menjadi 'gaya' popular dan khas dalam senibina Thai,memberikan kita satu petunjuk...bahawa gaya senibina ini telah dibangunkan oleh negarakota Melayu terawal ini.Gaya senibina ini telah mempengaruhi senibina kerajaan Ayutthaya,yang kemudiannya menguasai Tambralingga,seterusnya menjadi

'trademark' kepada senibina Thai pada hari ini. Kerajaan Tambralingga adalah negarakota Melayu (Malay city-state) yang menjadi naungan Empayar Srivijaya terutamanya semasa pemerintahan Emperor dari dinasti Sailendra,Samaratungga yang berasal dari Tanah Jawa.Kerajaan ini sesungguhnya bukan kerajaan orang Tai,kerana ketika itu orang Tai masih belum berkerajaan.Ini dibuktikan dengan rekod dari China,Sri Lanka dan India (sebab itu walaupun rekod di Nusantara 'ghaib' tidak bersisa sehingga orang Melayu menyangka mereka berasal dari Yunnan atau orang gua,rekod-rekod dari seluruh dunia masih tersimpan rapi).

Rekod dari pengembara dan sami China, I-Tsing yang telah berlayar selama 20 hari dan kemudiannya sampai di Fo-Shih (ibunegeri Empayar Srivijaya).Beliau mencatatkan: "...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...." Daripada rekodnya yang ditafsirkan oleh para pengkaji,ia menyebutkan tentang Holing (merujuk kepada Tambralingga) dan Fo-shih yang terletak pada latitud yang sama namun Holing terletak ke timur Fo-Shih.Moloyu pula terletak di garisan Khatulistiwa.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.Bukannya Inggeris yang memberi nama Tanah Melayu ini sebagai 'Malay Land',malah telah direkodkan oleh pengembara China seawal abad ke-5 lagi. Ketika itu juga wilayah-wilayah Srivijaya dikenali pada rekod-rekod Sri Lanka dan India sebagai Javaka.Rekod dari Sri Lanka menyebutkan raja Tambralingga,Chandrabhanu adalah seorang ketua Javaka.Bayangkan ruparupanya seorang raja Melayu pernah memerintah utara Sri Lanka pada masa dahulu. Pemerintahan raja Melayu Tambralingga itu tidak lama kerana kemudiannya telah diserang oleh kerajaan Pandyan,satu

kerajaan Tamil Brahmin dari selatan India,yang juga bercita-cita mahu merebut relik Buddha iaitu gigi pengasas agama Buddha itu yang dikatakan disimpan di Yapahuwa,ibukota kerajaan orang Sinhala.Sebab itu raja Melayu Chandrabhanu itu membina stupa di semenanjung (di Nakhon Si Thammarat sekarang) kerana mahu menempatkan gigi Buddha itu.Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam serangan itu.Namun akhirnya,orang-orang Tamil Brahmin itu bersetuju membuat pakatan dengan sisasisa tentera Tambralingga; orang-orang Melayu dan Jawa yang tinggal di Sri Lanka ketika itu,untuk menewaskan kerajaan kaum Sinhala (sehingga ke hari ini perseteruan antara dua kaum ini;Tamil dan Sinhala masih berlaku dengan pengganas LTTE berperang

dengan kerajaan Sinhala di Sri Lanka).Rekod-rekod Sri Lanka pada tahun 1277 dan 1283 Masehi mencatatkan raja Pandyan melantik salah seorang menteri Tambralingga yang menjajah Sri Lanka sebelum itu mengetuai serangan ke kota Yapahuwa,kota kaum Sinhala untuk merampas gigi Buddha dari tangan kerajaan Sinhala.Sehingga ke hari ini terdapat tempat-tempat di Sri Lanka seperti Chavakacheri yang bermaksud 'penempatan orang Jawa' dan Chavahakottai iaitu 'kubu orang Jawa'.Di dalam bahasa Tamil tempatan ketika itu,semua negeri-negeri di Nusantara digelar Javar atau Javaka.Inilah cedokan dari kata 'Chava' itu.Dan inskripsi Tamil dan Sinhala ini menyelesaikan misteri Jayavarman II yang tiba dari Chaeva.Jadi

kesimpulannya kata 'Chaeva atau 'Chava' itu bermaksud orang Jawa,melambangkan kemasukan dinasti Sailendra Jawa yang memasuki pemerintahan Empayar Melayu Srivijaya. Perkataan Javaka (ada disebut dalam teks-teks berbahasa Pali) ini berubah kepada Zabaj dalam sebutan Arab,merujuk kepada Srivijaya itu.Ahli sejarah Arab,Masoudi dalam kitabnya,""Muruj al-Dhahab wa Ma'adin al-Jawhar" (Meadows of Gold and Mines of Gems,karya beliau keluaran tahun 947 Masehi) telah mencatatkan pengalaman seorang pedagang Arab yang bernama Sulaiman yang melawat Zabaj pada tahun 851 Masehi menyebutkan ketua Empayar Srivijaya yang digelar

'Maharaja' (Emperor) mempunyai beribu kapal perang dan kekuasaan yang menggerunkan.Armada laut Maharaja pernah mengepung ibukota kerajaan Khmer dan memancung kepala rajanya kerana bercita-cita mahukan kepala Maharaja Zabaj diletakkan di atas pinggan. Semua petunjuk ini memberitahu kita beberapa perkara.Orang Tai bukan sahaja mencedok budaya Khmer malah mencedok budaya orang Melayu Kuno.Senibina Thai itu dengan gaya candi dan bumbung Thai itu rupanya diambil dari gaya Tambralingga dan mungkin negarakota Melayu yang lain.Budaya Khmer yang dicedok oleh Tai itu pula

berasal dari budaya Srivijaya dan Sailendra.Pi mai pi mai tang tu. Tulisan Thai itu juga dicedok dari skrip Khmer.Ini dijelaskan lagi dalam inskripsi Raja Ram Khamhaeng.Namun inskripsi yang dibangga-banggakan oleh orang Thai itu pula telah diketahui secara meluas merupakan 'pembohongan',dan sarjana sejarah mensyaki ia dibuat pada zaman Raja Mongkut (Rama IV) dan kemungkinan besar Raja Mongkut itu sendiri mengarahkan ia dibuat.Ini berdasarkan kajian yang mendalam tentang gaya tulisan di inskripsi itu yang 'terkantoi' dibayangi tulisan Eropah dan meniru sistem bahasa Eropah.Kronologi sejarah yang disebutkan di dalam inskripsi itu juga menyeleweng dari fakta sejarah sebenar dan lebih merupakan

propaganda sahaja.Ini kerana inskripsi itu telah menyebutkan pada tahun 1283 kerajaan Nakorn Sri Dharmaraja (Tambralingga) telah tersenarai antara kerajaan yang membayar ufti kepada Kerajaan Sukhotai.Padahal ahli sejarah sudah maklum wilayah itu adalah wilayah istimewa dan merupakan kota yang amat kaya. Ini tersebut dalam undang-undang wilayah pentadbiran Raja Ayutthaya, Boromma Trailokanat bertarikh 1468 menyebutkan Nakorn Sri Dharmaraja tersenarai sebagai salah satu dari 8 kota besar (Phraya maha nakhon) kepunyaan Ayutthaya dan merupakan wilayah istimewa.

Percanggahan dan kepalsuan inskripsi ini menyebab para sarjana semakin kurang percaya kepada inskripsi ini malah meleret-leret kepada seluruh sejarah Raja Thai dan orang Thai sendiri.Ini ditambah pula dengan tiadanya penulisan atau rekod-rekod kontemporari dari lain-lain tempat yang merujuk kepada nama raja Ramkhamhaeng.Dengan lain kata,sejarah raja itu hanya ada di Thailand sahaja dan para sejarahwan lain di dunia tidak tahu-

menahu pun pasal raja 'khayalan' ini.Ini jauh berbeza dengan kisah 'Maharaja Zabaj' tadi yang disebut-sebut oleh pedagang Arab,rekod pendeta China,Tamil,Sri Lanka,malahan nama 'Melayu' itu disebut-sebut oleh pendeta Buddha dan rishi-rishi legenda Hindu.Malah dewa-dewa juga! Sesetengah sarjana mendakwa inskripsi ini adalah buatan abad ke-19,ada juga yang mengatakan sekrang-kurangnya 17 baris awal inskripsi itu sahaja yang asli.Inskripsi ini dan segala utopia berkenaan kerajaan Sukhotai telah menjadi kepercayaan yang amat kuat dikalangan rakyat Thai sehingga menjadi isu nasionalis,sehingga ramai yang telah diancam melalui undang-undang 'lese majeste' termasuk para sejarahwan dan

ilmuan.Satu kes yang terkenal ialah Micheal Wright yang mengatakan semua itu palsu sahaja. Dari sini kita dapat pengajaran penting,betapa kaum lain yang tidak punya sejarah,terpaksa 'mengadakan' sejarah.Orang Melayu yang punya sejarah,mula perlahan-lahan melupakan sejarah manis bangsanya.Mula memiliki rasa rendah diri,'inferior' yang teramat sangat sehingga mencapai tahap kurang siuman merendah-rendahkan diri sendiri ditahap pencacai pemungut sampah sejarah orang lain,padahal asalnya emas dan mutiara sejarah itu miliknya dahulu. Mungkin hanya sejarah Ayutthaya sahaja yang boleh dibanggakan oleh orang Thai.Itu pun kini sejarahnya direbut oleh

golongan kerabat Ayutthaya sendiri yang mengaku bukan orang Thai tetapi Siam Islam.Dalam hal ini tidak penting siapa orang Thai atau Melayu,pengajarannya di sini,jika kita tidak mengambil berat akan sejarah dan budaya kita,orang lain akan 'mengambilalih' sejarah dan budaya kita. Terlanjur menyebut tentang tulisan,Tai mencedok tulisan Khmer dimana tulisan Khmer ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah nenek moyang kepada majoriti skrip di India dan Asia Tenggara.Tulisan Tamil,Sinhala,Devanagari,Burma,Thai dan Khmer adalah termasuk tulisan Brahmi.Tulisan Jawa,Batak,Kawi dan Bali termasuk dalam keluarga Brahmi.Tulisan purba milik khas orang

Melayu,Rencong dimasukkan dalam keluarga Brahmi.Namun kini para sarjana berbelah bagi tentang asal-usul tulisan Rencong ini.Kerana semakin dikaji tulisan ini,semakin jauh ia dari keluarga Brahmi,malah ia menyimpan rahsia yang agung dan terpendam!

Misteri Tulisan Rencong:Petunjuk ke7 ke Tabut Rahsia Mala-YU

Tulisan Brahmi adalah keluarga tulisan di kawasan India dan Asia Tenggara seperti Tamil,Burma,Thai dan Khmer.Rencong pula adalah tulisan milik orang Melayu,lama digunakan sebelum Kawi atau Aksara (sejenis Brahmi yang diubahsuai oleh kaum Nusantara),Jawi dan Rumi.Tulisan Rencong ini diiktiraf tulisan asli ciptaan Melayu Nusantara dan sebenarnya bukan berasal dari

Brahmi tetapi mempunyai kaitan dengan nenek moyang kepada Brahmi! Sebelum kita membuka peti rahsia seterusnya kita kenal dulu contoh-contoh tulisan dari keluarga Brahmi:

Tamil

Devanagari

Thai

Khmer

Burma

Sekarang kita lihat tulisan-tulisan ini:

Greek/Yunani

Phoenicia

Aramaik

Brahmi

Untuk pengetahuan anda,semua tulisan seperti Tamil,Tibetan,Telegu,Devanagari,Thai,B urma dan Khmer adalah dibawah Brahmi atau subBrahmi,manakala Brahmi pula di bawah kelas tulisan Proto-Canaanite (ingat Tanah Kanaan?Abraham dan Keturah?) yang di dalamnya termasuk Phoenicia dan Aramaik (asal-usul bahasa Yahudi;Ibrani atau Hebrew) Sekarang tuan-tuan dan puan-puan!Kita lihat tulisan asli bangsa Melayu Nusantara,Rencong:

Sekarang mari kita lihat rahsia ini bersama-sama.Jika kita perhatikan corak tulisan Rencong ini,ia nampaknya tidak cenderung kepada tulisan Tamil atau Devanagari jauh sekali jika dibandingkan dengan skrip Thai dan Khmer.Jadi ia cenderung kepada yang mana?Fikirkan...

Tidak nampak?Mari kita buka peti satu lagi yang terletak disebelah peti berlabel 'Laut dan Bahtera'.

Sekarang dengar baik-baik.Tulisan Rencong sebenarnya tidak tepat diletakkan dibawah kelas Brahmi dan ia tidak sepadan atau 'sedarjat' dengan sub Brahmi pun.Perhatikan baik-baik perbezaannya dengan Tamil atau Devanagari.Perbezaannya dengan Thai dan Khmer yang merupakan sub Brahmi.Ia tidak dekat dengan semua ini. Tetapi IA LEBIH DEKAT DENGAN TULISAN ORANG PHOENICIA PURBA.Ia lebih dekat dengan skrip Aramaik,asal-usul tulisan Hebrew pada hari ini.Ia tidak sekelas dengan Brahmi

atau skrip-skrip Keindiaan.Ia memotong kelas Brahmi ke kelas lebih tinggi;di mana Brahmi hanya salah satu sub dalam kelas ini.Rencong setaraf dengan tulisan Phoenicia dan Aramaik dalam kelas utama Proto-Canaanite.Proto-Canaanite pula dibawah kelas Egyptian Hieroglyphs!!Sudah dapat pencerahan? (Keanehan ini telah memeningkan kepala sarjana pengkaji skrip tulisan dunia sejak sekian lama) Dan rahsia dari peti ini akan membuka cerita tentang kisah kunjungan Para Firaun ke Tanah Nenek Moyang mereka,Punt.Seterusnya akan menyelesaikan 'puzzle' yang mula-mula diperkenalkan dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu dan Diari

Lodgekeeper;dua pasangan paling misteri;Abraham dan Keturah.Siapakah anak-anak mereka dan mengapa mereka mencari The Land of The East.Kemudian kita akan menjelajah kisah dewa-dewa di The Land of Gods.Kemudian kita mengembara ke Promised Land,menonton suka-duka Lehi dan Lemani...

DI TANAH YANG DIJANJIKAN!...

--------------------------------

cOMING SOON...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XI

-Petunjuk terahsia dari tulisan Rencong -Dewa-dewi Mesir di Tanah Para Dewa -Ekspedisi Ratu Hatshepsut ke Punt -Apa kaitan orang Phoenicia (Kanaan Purba) dengan Melayu? -Majlis Perkahwinan 'raja' Phoenicia dan Gadis Mala Bunga-bungaan -Hubungan terahsia orang Ibrani dengan orang Rencong -Rahsia perkataan Melayu dalam tradisi Mesir Purba -Ukiran di kuil Firaun dan rahsia XXXX -Rahsia dalam XXXX dan XXXXX XXXX -XXXX Inca XXXXXXX XXX Maya -XXXX XXX Apache XXXX Benua Amerika dan kedatangan kapal Firaun

Petunjuk-petunjuk semakin kabur dan samar-samar.Terdapat helaian yang terkoyak dari Diari Lodgekeeper.Beberapa kod-kod rahsia di dinding Angkor Wat,Borobudur,Kuil Hatshepsut dan Amon tidak dapat didekodkan setakat ini!Rasakan debarannya...ia semakin hampir kepada Alter Terahsia itu!

Peti-peti rahsia semakin bergegar-gegar menebarkan haruman misteri yang aneh!.........

Friday, August 13, 2010 Alter Terahsia Bangsa Melayu XI

(Di Gua Rahsia)

Anak cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat.Apa yang anak cucu nampak?Hahaha...sebenarnya banyak lagi rahsia di sana,yang anak cucu belum tahu lagi.Bagaimana dengan Angkor Thom...

Apa yang Srikandi beritahu anak cucu?Sesungguhnya apa yang diketahuinya hanyalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang terkumpul di dalam peti-peti ini.Lagi anak cucu mengembara mencari rahsia Melayu,lagi banyak rahsia yang anak cucu tidak tahu.Mari mendekat ke sini,Tok Aki mahu tunjukkan sesuatu.

(Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir Purba)

Di dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun

dahulu.Tiada siapa yang tahu perkara ini kecuali mereka yang mahu berfikir.Ini adalah peringkat rahsia dalam rahsia.Ada sesuatu di sini,di tempat tinggal kita ini 3500 tahun yang silam.

Anak cucu!Jika bukan para sarjana Barat merekodkan kewujudan kita,para sarjana China dan sasterawan Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita,jika bukan raja Babilon menyebut-nyebutkan tentang kita...para Firaun di sana akan menuliskan syair-syair tentang kita...

Dan tanah tumpah darah kita ini...

Anak cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia rahsiarahsia ini,tetapi lebih untuk memahami MENGAPA MEREKA BERSUSAH-PAYAH MENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.Sejak dari zaman berzaman,dari chariot dewadewi Hindu yang berasal dari kerajaankerajaan yang hilang...dari kamar beradu Isis dan Osiris....dari haruman bungabungaan misteri di Taman Tergantung Babilon,rahsia kemelayuan tetap terjaga,anehnya...bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak cucu!TETAPI DARI TANGAN ORANG LAIN.Bangsa-bangsa purba bersilih ganti menjaga tabut rahsia

kita.Turun temurun.Entah siapa yang menyuruh mereka menyimpan rahsia.Jadi Tok Aki ingin bertanya anakanak cucu sekalian...mengapa mereka menjaga rahsia kita??

(Tok Aki tiba-tiba ghaib dari pandangan.Suasana begitu hening dan sunyi.Di atas peti terdapat secarik kertas dari daun papirus,tertulis kata-kata yang indah...)

Palingkan muka kamu...

Kepada bunga

kancing emas

satu rahsia...

Misteri Punt dan Petunjuk Di Dalam The Egyptian Book of The Dead

"Those who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra (Eye of Ra), and the similitude of the Maat Heru (Eye of Horus)"

(Papyrus of Ani 'The Egyptian Book of The Dead' translated by E.A Wallis Budge)

Merenung kepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan Aztek pada hari ini,benar-benar menginsafkan.Betapa sesiapa yang tidak

membaca sejarah agung mereka,akan menganggap mereka adalah kaum picisan yang hina dan tidak berpelajaran.Melihat keadaan mereka yang menjadi minoriti dan terpinggir akan membuatkan sebilangan kita berfikir bahawa kaum ini sudah tentu tidak tahu membuat apa jua ciptaan,hatta sebatang jarum sekali pun.Melihatkan keadaan mereka pada hari ini akan membuatkan kita berfikir dari hutan manakah mereka berasal.

Kemudian rakan-rakan kita mengajak kita menonton filem yang berjudul '2012'.Ketika itu seluruh dunia sedang

sibuk memperkatakan tentang filem ini.Kita pun tidak mahu ketinggalan dan sanggup beratur membeli tiket di pawagam.Ketika di dalam pawagam,kita pun menekur menonton dengan asyiknya tanpa berkedip-kedip dan betapa kagum dengan kesan khas filem ini.Keluar dari pawagam,kita pun mencari-cari tentang maksud ramalan Maya tentang 2012.Alangkah terkejutnya kita apabila membaca tentang MAya,melihat kesan-kesan tinggalannya...piramid-piramid yang besar-besar dan khazanah astronomi yang mengagumkan dengan beratusratus komentar dari pakar sejarah,sains

dan astronomi tentang tamadun kaum yang kita anggap orang gua dan orang hutan sahaja.

Bayangkan,ketika orang SEpanyol tiba ke semenanjung Yucatan,orang-orang Inca menganggap mereka adalah jelmaan dewa-dewa dan kapal-kapal mereka adalah kenaikan dewa-dewa (tamaduntamadun AMerika Tengah adalah kerajaan agraria,berasaskan pertanian) kerana mereka tidak pernah melihat kapal-kapal yang besar sebegitu.Apabila diperangkap penjajah SEpanyol orangorang Incaini tidak melawan padahal merekalah yang gemar menangkap

kaum-kaum lemah di sekitarnya.Orangorang INca menyanjung tinggi kehebatan pakaian dan kapal-kapal orang SEpanyol ini padahal pada masa yang sama orangorang SEpanyol ini berasa amat terkejut dengan kota-kota Inca yang hebat dan khazanah emas yang terlampau banyak.Kaum yang membina piramid bukanlah kaum yang bodoh tetapi mereka yang punya peradaban tinggi.Namun disebabkan PERASAAN RENDAH DIRI TANPA BERSEBAB DAN SUKA MENYANJUNG ORANG LUAR mengakibatkan akhirnya mereka dihapuskan serta-merta oleh para conquistador yang mula sedar kaum-

kaum ini walaupun punya peradaban yang tinggi namun kurang peka dengan perkembangan semasa.Mereka tidak pernah melihat kapal,jadi mereka menganggap orang yang keluar dari kapal itu adalah anak dewa.Akhirnya mereka dibunuh beramai-ramai seperti ayam disembelih akibat kedunguan mereka itu.

Ini berlainan pula dengan orang-orang Melayu di Kepulauan Melayu.Bukan satu atau dua yang datang menjajah,TETAPI EMPAT.Sepanyol,Portugis,Belanda dan Inggeris datang 'menziarahi' kita di sini.Toltek,Aztek,Inca dan Maya

dihapuskan dengan mudah oleh conquistador Sepanyol sahaja tetapi Nusantara memerlukan gabungan empat 'conquistador' untuk mengawal Nusantara.SEpanyol mengawal Filipina,Belanda mengawal Indonesia,Inggeris mengawal Tanah Melayu dan Borneo,manakala semua ini dimulakan oleh Portugis yang pernah memegang Melaka sebentar dan menjajah Timor Timur.Ini belum termasuk kelibat Perancis yang menjenguk Indochina dan Amerika yang pernah memegang Filipina sebentar (aneh juga,bagaimana Amerika boleh sesat sampai ke Filipina).Namun adakah

orang-orang Melayu hari ini pupus atau menjadi minoriti tidak bernegara,seperti mana yang terjadi kepada orang-orang Aztek dan Maya?

SEPATUTNYA MELAYU PUPUS TIDAK BERSISA HARI INI DIKEROYOK 4 CONQUISTADOR INI,terutamanya Tanah Melayu yang dipegang oleh 'raja conquistador' iaitu Inggeris.Namun anehnya,orang-orang Melayu masih bernafas dan masih berbahasa Melayu di dunia fana ini.Adakah kata-kata Hang TUah itu menjadi sumpah yang benar?Inilah misteri yang memang tidak terpecahkan.Aborigine yang memegang

pulau sebesar Australia pun rebah,bagaimana orang-orang Melayu ini yang dituduh bermacam-macam tuduhan seperti pemalas,kurang cerdik,lembik dan 'nak buat jarum pun tak reti' boleh 'survive' selepas dilanda 'air bah' penjajahan yang memenatkan?Sepatutnya orang-orang Melayu lenyap,tetapi apa yang berlaku sebenarnya?

Fikirkan,jika orang-orang Melayu tidak pernah melihat kapal,meriam,istinggar dan orang Eropah,sudah tentu orangorang Melayu akan dibelasah habishabisan seperti yang terjadi kepada

Aztek,Maya,Toltek dan Inca.Benar,terutamanya di Tanah Melayu,kita dapati tiada piramid-piramid segagah seperti yang dibina oleh Aztek dan Maya,namun dimanakah orang Aztek yang amat hebat boleh membina piramid agam itu?DIMANA MEREKA?

Mengapa orang Melayu menentang dengan darah,fikiran dan keringat...menggunakan apa saja yang mungkin....keris,parang,tombak,meriam, istinggar,pemuras,kapal-kapal perang untuk menghadapi serangan bertubitubi,bukan satu malah EMPAT NEGARA EROPAH TERKUAT.Penjajah hanya

menghantar Sepanyol sahaja untuk menghapuskan tamadun-tamadun hebat di Benua Amerika,namun terpaksa menghantar beberapa negara penjajah untuk menundukkan NUsantara.Mengapa orang-orang Melayu tidak menganggap orang-orang Eropah ini sebagai dewa atau anak dewa yang turun dari kenderaan sakti?Padahal kaum sehebat Maya yang hebat dari segi teknologi astronomi dan matematik boleh dikalahkan dengan mudah.

Di manakah bangsa-bangsa hebat seperti Assyria yang membina kota Nineveh yang agung?Di manakah

Akkadia,Chaldea dan penakluk-penakluk Babilon yang pernah berdagang dengan pedagang-pedagang Melayu pada hari ini?Di manakah keturunan Firaun dan bangsa Qibti Mesir Purba yang membina piramid yang menjadi salah satu keajaiban dunia dan pernah melawat 'Punt' 3500 tahun yang silam dan pernah bertemu dengan pemerintah Punt iaitu orang 'Melayu' di sana yang bernama Raja Perehu dan permaisurinya,Puteri Hati?

Semua bangsa-bangsa hebat ini lenyap dari peta sejarah,jika ada sisanya sekalipun,keadaan mereka amat

menyedihkan.Dahulu mereka sering membuli dua bangsa picisan,Arab dan Yahudi yang sering dijadikan hamba dan bahan serangan,namun hari ini lihatlah berapa banyak negara-negara Arab dan lihat peranan orang Yahudi yang mencatur politik dunia.Orang Qibti Mesir hari ini telah lenyap menjadi orang Arab Mesir.Namun berita baiknya,bangsa yang pernah dilawati para Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu masih ada!Menariknya,mereka masih mengucapkan perkataan-perkataan yang pernah didengar oleh utusan Firaun dahulu,kira-kira 3500 tahun yang silam!

Petunjuk Dari Tulisan Rencong

Sebelum ini kita telah mengkaji corak tulisan purba orang-orang Melayu iaitu Rencong.Tulisan Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau, buluh, kulit kayu, kertas dan daun lontar.Manuskrip-manuskrip ini kebanyakannya disimpan oleh Belanda,majoritinya di Bibliotheek (Perpustakaan) Leiden.Dari manakah

tulisan ini berasal?Atau soalan yang mencabar dan luarbiasa,TAMADUN MANAKAH YANG MENCEDOK TULISAN INI MENJADI TULISAN MEREKA?

Kita lihat kembali perbandingan antara tulisan-tulisan Aramaik,Phoenicia dan Brahmi (Brahmi berasal dari tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great).

Brahmi Dan Rencong

Aramaik dan Rencong

Phoenicia dan Rencong

Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku

(cuneiform) yang digunakan oleh Tamadun Sumeria.

Apabila melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan tulisantulisan purba ini,terdapat 3 andaian untuk menerangkan mengapa tulisan orang Melayu ini mempunyai hubungan dengan skrip-skrip tersebut:

1-Orang Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.Faktor bagaimana ia terjadi kemungkinan besar

dan dipercayai hasil dari aktiviti perdagangan antara kedua-dua bangsa.

2-Orang Phoenicia pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,penghijrahan atau sebagai 'warganegara yang bekerja' di Nusantara.

3-Tulisan ini memang tulisan ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru oleh orang Phoenicia,kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh orang Ibrani (Hebrew) dan seterusnya diambil oleh orang

Aryan,yang kemudiannya membawa skrip ini ke India untuk menuliskan kitabkitab Veda,kemudian dicedok oleh orang Dravidia (Tamil,Devanagari,Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan Nusantara (menjadi Kawi dan Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh orang Thai dan BUrma.

Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas Proto-Canaanite benar-benar memeningkan pakar-pakar kajian skrip di Barat.Akhirnya 'dengan berat hati' mereka meletakkannya di bawah kategori subBrahmi bersama Kawi,Khmer,Thai dan lainlain,memandangkan skeptikal mereka dengan skrip Asia Tenggara yang dianggap mereka diinspirasikan daripada skrip Brahmi.Ini juga akibat pandangan tradisional pengkaji Barat yang memandang semua skrip di Asia Tenggara dipengaruhi oleh unsur-unsur Keindiaan.Namun ini tidak dipersetujui

oleh para sarjana lain seperti Jaspen,Marsden dan Jones yang mengesan misteri yang menyelubungi Rencong ini,malah semakin dikaji sehingga bukan setakat skrip Rencong,malah bahasa Melayu dialek Rejang itu sendiri menimbulkan misteri lebih besar,persamaannya dengan perkataan-perkataan Mesir Purba!!

Rahsia Tersembunyi Di Dalam Relief Di Kuil Hatshepsut

*Perehu dan isterinya Ati

Kesedaran para ahli arkeologi,sejarahwan dan pakar bahasa tentang misteri yang menyelubungi skrip Rencong memandu beberapa pengkaji

mendekati dengan rapat selok-belok tulisan ini,sejarah tempat di mana tulisan ini ditemui dan orang yang menggunakannya.Seterusnya mereka mengkaji pula bahasa yang digunakan oleh skrip ini,iaitu bahasa Melayu Rejang.

Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir telah menyatakan bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong ini telah ditimbulkan oleh J. Park Harrison pada tahun 1896 di hadapan Persatuan Geografi dan Arkeologi Great Britain.Sarjana-sarjana

budaya orang Semitik iaitu Sayce,M.Renan and Neubauer yang telah memeriksa tablet-tablet buluh di Sumatera,telah menyimpulkan bahawa karakter-karakter huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh Phoenicia.Phoenicia adalah istilah Barat kepada orang Kanaan,satu bangsa purba yang pernah mempunyai tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam.Para pengkaji sejarah menyatakan peradaban orang Phoenicia telah wujud kira-kira 1200 tahun Sebelum Masehi.Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan sekitar Palestin,Lebanon dan Syria sekarang.Sarjana-sarjana Semitik

berkenaan berkeras melaporkan bahawa REncong adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi malahan Dr. Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa bentuk-bentuk huruf Rencong dikenalpasti adalah mirip versi tulisan orang Phoenicia pada abad keempat dan kelima Sebelum Masehi.

Tablet-tablet ini telah dihantar ke England (salah satu rompakan khazanah Melayu Nusantara,menjadikan sebahagian anak Melayu hari ini berasa rendah diri dan mengalami kecelaruan identiti,sekejap merasa Melayu,sekejap

merasa Cina,sekejap merasa India,sekejap merasa Siam seperti sesumpah) oleh William Marsden pada tahun 1783 dan huruf-huruf dari tablet itu telah diterbitkan dalam bukunya yang bertajuk The History of Sumatera.Kerjakerja awal para sarjana menumpukan kepada sumber-sumber kepada skrip Rencong dan struktur karakter dalam tulisan tersebut serta bunyi setiap karakter.Hasilnya sungguh memeranjatkan apabila mereka mendapati tiada satu pun skrip-skrip Keindiaan tertua yang menepati sama ada tulisan Rencong mahupun aksaraaksara Sumatera berkaitan.Penemuan

yang mengejutkan ini telah diterbitkan di jurnal saintifik Oxford journal,Archaeologia Oxoniensis pada tahun 1896.Kesimpulan yang dibuat mereka ialah tulisan ini telah dibina melalui hubungan secara langsung dengan orang Phoenicia (bukan cedokan atau ubahsuai tulisan dari tulisan lain).

Pada tahun 1927,seorang pengkaji Jerman telah memulakan satu projek kajian bebas berkaitan skrip orang Batak

di tengah dan utara Sumatera.Pengkaji tersebut,Schroeder telah turun ke Sumatera dan cuba mendapatkan jawapan sama ada terdapat data-data yang secukupnya untuk menyesuaikan dengan jangka masa tulisan Phoenicia ini dicedok atau mereka datang ke Sumatera melalui India atau dari Phoenicia ke Nusantara secara terus.

Hasil kajian pengkaji Jerman ini boleh dibaca dalam artikel bertajuk A Phoenician Alphabet On Sumatra.Di dalam artikel ini,beliau telah menunjukkan bukti-bukti hubungan secara langsung antara skrip Phoenicia

dan skrip Batak.Beliau juga menunjukkan perbandingan kronologi pembinaan karakter antara Phoenician dan Aramaik (tulisan Ibrani Kuno dan asal-usul Hebrew),dan menunjukkan perkara yang sama telah berlaku pada skrip Batak!Schroeder mengatakan tulisan ini tiba ke Sumatera pada masa pembinaan kerakter ini iaitu kira-kira 700 dan 650 Sebelum Masehi.Kesimpulan dari kajian beliau ialah tulisan orang Batak adalah mewakili perubahan dari tulisan Phoenicia ke Aramaik (dengan kata lain,ketika orang Ibrani mula mempelajari tulisan orang Kanaan,draf tulisan yang belum sempurna diadaptasi

ke Aramaik yang dikenali pada hari ini telah sampai ke Nusantara,manakala draf tadi di Tanah Kanaan telah mengalami perubahan demi perubahan sehingga menjadi tulisan Ibrani Kuno,sementara draf tadi yang sampai ke Sumatera masih dipakai oleh orang Nusantara).Beliau juga mengatakan 'draf' ini sampai ke Sumatera kira-kira permulaan dan akhir abad ke 7 Sebelum Masehi.

Akibat dari pelbagai misteri dan tandatanya yang menyelubungi pakarpakar bahasa dan skrip dari Eropah sejak era penjajahan hingga tamat

Imperialisme di Nusantara,pada tahun 1961,Universiti Kebangsaan Australia telah menghantar seorang ahli antropologi ke Sumatera.Pakar antropologi itu,M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa tahun di antara masyarakat Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan mengumpulkan cerita rakyat dan kosakata bahasa Melayu Rejang.Pada ketika itu (1961) masih ada penduduk di sana yang menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini,masih ada orang menggunakan skrip Jawi) terutamanya orang tua-tua dan pedalaman.Beliau telah menterjemahkan skrip ini dari tulisan-

tulisan pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam buku yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Australia.Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter Rencong yang ada persamaan dengan huruf Phoenicia.

Jaspen juga telah mengusahakan kamus bahasa Melayu Rejang-IndonesiaInggeris dan memasukkan juga perbandingan antara bahasa Melayu Rejang dengan sebutan bahasa Semitik Barat.Walaubagaimanapun,Jaspen telah meninggal dunia sebaik sahaja hasil

kerjanya diterbitkan yang mana mengandungi sebahagian dari siri kajian ANU's Pacific Linguistics oleh Professor P. Voorhoeve (sekarang dikhabarkan bersara di Belanda).Hasil dari gabungan kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang juga menyokong kajian para sarjana seawal abad ke-17,dijadikan rujukan Jones untuk membawa beliau ke satu rahsia lain yang amat mengejutkan;terdapat unsur-unsur satu tamadun lain yang lebih lama dari tamadun Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu khasnya pada bahasa Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba!

Dalam kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang benar-benar memeningkan;lebih memeningkan dari tulisan Rencong,iaitu bagaimana pengaruh bahasa kuno Mesir Purba yang telah pupus masih tertinggal di dalam bahasa Melayu dialek Rejang.Dan petunjuk yang mungkin untuk dijadikan asas kajian seterusnya ialah kembali ke abad 15 SEBELUM MASEHI;ketika Ratu Hatshepsut mengadakan ekspedisi ke 'Tanah Para Dewa',Punt.

Punt,The Land of Gods

Para sarjana awal yang tidak memahami budaya Nusantara mengalami masalah ketika mengkaji budaya masyarakat

Rejang Sumatera.Pengkaji seperti Jaspen pada awalnya menganggap masyarakat Rejang dan bahasanya adalah berlainan dengan bahasa Indonesia/Melayu dan ini menghalang mereka daripada melihat petunjuk yang membawa mereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi pengkaji-pengkaji selepas mereka yang memahami konsep Nusantara dan bangsa Melayu telah merasa satu kemestian untuk merujuk kepada bahasa Melayu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya pengaruh Mesir Purba itu juga ada pada bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab bahasa Rejang itu adalah bahasa Melayu

loghat daerah).Pengkaji seperti Jones ini terpaksa merujuk kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna perkataan Rejang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.Beliau telah mengesan terdapat perkataan-perkataan 'aneh' yang terdapat dalam bahasa Melayu yang juga ada dalam kosakata Mesir Purba,contohnya perkataan 'asem' dan 'lebun'.'Asem' bermaksud 'tamarind acid'(pemahaman Jones) dan 'lebun' ialah 'sejenis kayu'.Dari sini para pengkaji dapat mengesan 'clue-clue' yang lain seperti asal-usul perkataan 'lubbanjawi' iaitu kemenyan dalam bahasa Arab.Perkataan 'lubban' rupanya

dicedok dari kata 'lebun' dalam bahasa Melayu (rujuk artikel ATBM 'Rahsia Dari Wangi-wangian').

*sila klik untuk paparan lebih jelas

Jones memulakan kajian tentang kaitan antara bahasa Melayu Rejang dengan Phoenicia,Ibrani (Hebrew) dan Mesir Purba apabila terjumpa kamus Rejang di dalam perpustakaan UCLA (University of California,LOs Angeles).Beliau telah menyenaraikan perkataan-perkataan antara bahasa-bahasa tersebut dengan bahasa Melayu dan membuat analisis menggunakan perisian khas komputer dan hasilnya positif dalam kebanyakan perkataan!!

Kajian lebih lanjut dari segi linguistik seperti frekuensi,konotasi dan pembahagian kata dalam kosa kata Melayu Rejang dengan perbandingan kepada bahasa-bahasa Semitik Purba ini menunjukkan bahawa terdapat kosa kata yang sama tetapi berbeza makna.Dan ini bukanlah kebetulan mereka mempunyai kosa kata yang sama,namun di sana terdapat proses

perubahan yang dapat dikesan secara linguistik.Dengan kata lain,perubahan yang mengambil masa beribu tahun telah merubah makna dari perkataan yang sama;yang dikongsi oleh Melayu Rejang dan bahasa-bahasa Phoenicia,Ibrani dan Mesir Purba.Dalam banyak keputusan,BAHASA MELAYU DILIHAT LEBIH BANYAK MENGEKALKAN KEASLIAN;dengan kata lain ia lebih dipercayai adalah SUMBER ASAL KOSA KATA ITU di mana perubahan makna itu lebih cenderung terjadi kepada bahasa Mesir Purba dan lain-lain berbanding Melayu Rejang.Ringkasnya,para sarjana ini dengan berat hati dan sukar

mempercayai dengan kenyataan bahawa bahasa Mesir Purba,Phoenicia dan Aramaik seolah-olah peminjam atau mencedok perkataan-perkataan Melayu ini!!

Antara perkataan yang sama antara bahasa Melayu dengan Mesir Purba ialah 'hati' (heart).Ada juga yang berkongsi kata yang sama tetapi makna yang berlawanan.'Min' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'hari ini' tetapi 'meun' bermaksud 'esok' dalam loghat Melayu Rejang.Ada juga yang sama perkataan namun ertinya yang lain,seperti 'betula' dalam bahasa Mesir

Purba bermaksud 'gadis' aatau 'dara' dalam bahasa Ibrani (Hebrew) namun Melayu Rejang mengenalnya sebagai 'keturunan'.Terdapat juga perkataan yang hampir sama tetapi berbeza kerana kehilangan salah satu huruf atau sebutan seperti 'mat' atau 'maat' adalah bermaksud 'mata' (eye) dalam bahasa Mesir Purba tetapi dalam bahasa Melayu/Rejang,ia (eye) adalah 'mata'.Lihat huruf 'a' pada hujung 'mata' telah tiada dalam sebutan Mesir Purba."Melek' bermaksud 'raja' (king) punya kaitan dengan kata 'meligai' (Melayu standard:'mahligai) iaitu

'tempat tinggal raja' dalam dialek Rejang.

Ati,kekasih 'hati' Raja Punt

Inilah adalah penemuan yang amat memeranjatkan tentang apakah kaitan terahsia antara orang Melayu dengan misteri Punt,iaitu tanah suci yang didakwa oleh para Firaun sebagai 'tempat asal-usul moyang' mereka.Perkataan 'hati' telah ditemui pada rekod ekpedisi Ratu Hatshepsut ke Punt pada abad ke 15 Sebelum Masehi.Dokumen ini,yang dirakamkan pada ukiran relief kuil di Deir El-Bahari di Luxor di mana nama isteri kepada raja Punt yang ditemui oleh utusan Ratu Hatshepsut ialah 'ati' (hati) yang

bermaksud 'hati' (heart)!Nama raja Punt itu pula adalah 'perehu' sebagaimana yang didekodkan oleh pakar bahasa dan Egyptologi dari relief itu.'Perehu' kemungkinan besar adalah gelaran,dan 'perehu' adalah tidak ragu lagi satu perkataan bahasa Melayu iaitu 'perahu' (boat).Jadi makna penuh nama gelaran raja Punt ialah 'Raja Perahu' atau 'King of Ship/Boat'.Dan menariknya,kata 'perehu' terdapat pada tajuk kepada salah satu tablet buluh (tulisan Rencong) yang diterjemah oleh Marsden iaitu 'Sejarah Perehu'.

Ini bercantum dengan salah satu alter terahsia bangsa Melayu sejak sekian lama,'LAUT DAN BAHTERA' (rujuk artikel ATBM 'Viking of The Orient')

Perkataan 'Asem' pada bahasa Mesir Purba ialah 'emas' (gold) di mana pada spesimen di relief kuil dan pada manuskrip papirus bermaksud 'gelang emas'.'Asem' ini direkodkan sebagai 'produk dari Punt'.(rujuk alter Melayu yang lain iaitu EMAS pada artikel ATBM 'The King Solomon's Mines).Dari petunjuk ini,kita dapat simpulkan bahawa para Firaun ini mengenal emas sebagai produk utama Punt.Dan dari sini

kita tahu dari mana Ptolemy mendapat nama 'Aurea Chersonese' (Golden Chersonese,'Aurum' iaitu istilah kimia bagi emas diambil dari kata 'Aurea' ini).Ini muncul pada ukiran pada tembok utara dan selatan pada kuil Dinasti ke-18 di Deir al Bahari,Luxor.

Pada dokumen bersejarah ketika era Hatsheput dan Thutmose III dan juga pada inskripsi di makam Rekhmire dan Puyemre,'Asam' ialah produk Djahi(Phoenicia) dan Nubia.Seorang sarjana,James H. Breasted menjelaskan bahawa 'asam' iaitu produk emas berbentuk seperti donut ini adalah emas

komersil yang diperdagangkan.Perkataan 'asam' ini muncul dalam bahasa Melayu di seluruh budaya Malaysia,Indonesia dan Iban di Borneo.Ia bermaksud 'masam' atau 'berasid/cuka'.Walaupun begitu,pada penggunaan di masa silam,'asam' juga bermaksud logam berharga atau campuran logam berharga atau 'teraloi'.

Di dalam spesimen di relief itu juga ada diterangkan tentang 'anti'(bahasa Mesir Purba) iaitu 'kemenyan' atau 'wangiwangian' (rujuk ATBM 'Rahsia Dari wangi-wangian) iaitu salah satu produk terpenting Punt,sama seperti

emas.Kemenyan atau 'anti' ini adalah objektif utama ekspedisi ke Punt kerana di Mesir Purba,kemenyan adalah bahan suci untuk tujuan keagamaan.

Perkataan Ibrani (Yahudi) bagi kemenyan ialah 'labona' dan Arab menyebutnya 'lubban'.Anehnya,di dalam bahasa Melayu terdapat kata 'lebun' yang bermaksud sejenis pokok (pokok kemenyan).'Lubbanjawi' adalah kata standard dalam bahasa Arab merujuk kepada 'kemenyan pepejal' yang khas.Kata 'Jawi' itu merujuk kepada tempat ia terhasil iaitu Tanah JAwi.Kemenyan dalam bahasa INggeris

ialah benzoin resin,dimana kata 'benzoin' itu diubahsuai dari kata 'lubbanjawi' setelah mengalami perubahan pada perkataan Inggeris lama 'benjawin'.

Pakar botani di UCLA,DAvid Verity,telah mengatakan bahawa pokok-pokok kemenyan telah dibawa ke selatan Tanah Arab dan ditanam di sana setelah permintaan kepada wangian dan kemenyan meningkat.

'Matahari' dalam The Egyptian Book of The Dead

The Egyptian Book of The Dead adalah kompilasi manuskrip-manuskrip papirus yang menerangkan ritual-ritual keagamaan,ilmu sihir dan falsafah mistik orang Mesir Purba.Ia tercatat dalam skrip hiroglif Mesir Purba.Ini adalah

nama yang diberikan oleh pengkaji Barat kepada koleksi manuskrip ini.Ia dikenali dalam budaya Mesir Purba sebagai 'Jampi Kehadiran' atau 'Hari Keempat'.The Book of The Dead adalah koleksi yang merentasi masa sejak Kerajaan Lama Mesir Purba dalam bentuk text Piramid hinggalah ke Era Kerajaan Pertengahan dalam bentuk teks keranda (manuskrip yang diukir pada luar permukaan keranda).Di dalam koleksi ini juga dijelaskan perjalanan roh selepas kematian dan kehidupan selepas kematian.Ia juga menerangkan kewujudan alam ghaib.

Di dalam The Egyptian Book of The Dead ini ditemukan kata 'Maat Heru' yang berulang kali.Kata 'Maat Heru' ini bermaksud 'Mata Horus' atau 'Eye of Horus'.Perkataan ini juga ditemukan pada teks-teks Piramid.Ini adalah ekspresi tertua tentang Wadget atau 'mata yang sihat'.Dalam mitologi Mesir Purba,'Mata Horus' adalah Matahari dan Bulan.Di dalam peperangan dengan Dewa Kegelapan,Seth,'Mata Horus' ini dimusnahkan.'Mata' ini diketahui adalah kuasa terkuat dalam mitologi Mesir Purba.Ia kemudiannya dipulihkan oleh Isis dan dikenali sebagai Wadget atau 'Mata yang Sihat'.Horus akhirnya berjaya

menentang tentera Seth,di bumi dan di alam ghaib kegelapan.Di dalam budaya Mesir Purba,Horus bermaksud hari siang atau terang.Ia juga ditampilkan sebagai 'Mata kepada hari Siang'!

Di sini pakar bahasa dan budaya Nusantara semakin merasa keanehan dan misteri yang tidak terjawabkan.Kata

'Maat' adalah sama erti dengan 'mata' dalam bahasa Melayu.'Heru' pula sesuai dari segi linguistik dengan 'hari' dalam bahasa Melayu.Padanan linguistik dengan struktur perkataan 'Maat Heru' dan 'Mata Hari' adalah mencapai 98%!'Mata Hari' dalam definisi biasa bermaksud 'Mata kepada Hari pada waktu siang' adalah maksud yang sama dalam budaya Mesir Purba!!Dan 'Matahari' adalah 'Sun' dalam bahasa Melayu,sama seperti sifat Horus sebagai dewa matahari!Pakar-pakar linguistik dan sejarah yang mengkaji kaitan antara bahasa Melayu dan Mesir Purba menyimpulkan perkataan ini 'adalah

hubungan secara LANGSUNG ANTARA BUDAYA MELAYU DENGAN MESIR PURBA'.

Raja Melayu Kuno di 'Tanah Para Dewa'

Rekod-rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu kawasan luas DI TIMUR MESIR.Di dalam The Book of The Dead,Punt ialah sebutan kepada dunia sebelah timur (set nu Punt).Di dalam kesusasteraan Mesir Purba,The Shipwrecked Sailor(terjemahan ke bahasa Inggeris),ada menceritakan tentang Raja Punt ini.Ia mengisahkan seorang pelayar yang karam kapalnya dihanyutkan ke sebuah pulau.Kemudian dia terserempak dengan 'ular besar' yang kemudiannya berdialog dengan pelayar tersebut.'Ular besar' itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia adalah raja

tempat itu yang dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam kesusasteran itu ada menerangkan bahawa 'ular besar' (naga?) itu memerintah ke atas kawasan kepulauan.Ini membatalkan teori Punt di Tanah Arab atau benua Afrika.'Memerintah pulau-pulau' adalah ciri-ciri Raja Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang tepat dengan petunjuk ini!

(Kami akan dedahkan rahsia darah naga,sejarah dinasti darah naga,bangsa 'Mu' dan tanah yang tenggelam dalam artikel ATBM akan datang)

Di relief kuil di Deir al Bahari,ada terakam kedudukan Punt di antara jalan perdagangan beberapa tamadun agung.Ini adalah satu ciri-ciri yang menepati kedudukan Nusantara sebagai jalan perdagangan antara India dan China.Dan eksport utama Punt ialah kemenyan dan emas!

Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa ciri-ciri Punt dalam pelbagai manuskrip Mesir Purba:

-berada di TIMUR Mesir. -Raja Punt memerintah pulau-pulau -terletak di jalan tengah perdagangan antara tamadun -mengeksport emas dan kemenyan -Gelaran raja Punt ialah 'perehu' dan orang Punt pandai membuat kapal dan perahu

Peti-peti di Gua Rahsia semakin bergegar-gegar mengeluarkan haruman misteri!!

Bukti-bukti lain bahawa ekspedisi Ratu Hatshepsut menuju ke arah Nusantara adalah seperti berikut:

Faktor masa-Di dalam ramalan Amon pada permulaan pemerintahan Hatshepsut ada menyatakan:

"...Tuanku telah melihat sehingga sampai ke pelabuhan kemenyan,untuk membuka ia sepenuhnya...untuk mengetahui jaraknya...untuk membuka jalannya supaya patuh kepada ayahku Amon"

Di Punt,ketua angkatan laut Mesir Purba,Nehesi telah bertemu dengan pemerintah Kepulauan Melayu,Raja Perehu (boat in Malay) di mana kapalkapal Mesir Purba telah kembali ke Mesir pada tahun ke-5 pemerintahan Hatshepsut.Ini adalah JANGKA MASA YANG CUKUP untuk pelayaran dari Mesir melepasi Laut Merah.Jika Punt terletak

di sepanjang pantai Afrika,jangka masa pelayaran adalah lebih pendek sepatutnya.Kepulauan Melayu adalah lokasi yang menepati jangka masa ini.

Potoh (gelang dipergelangan tangan)Nehesi(ketua angkatan laut Mesir Purba sebagaimana yang diterakam pada relief di Luxor) melaporkan bahawa Perehu

memakai potoh pada pergelangan lengannya.Ini adalah budaya raja-raja Melayu,sila rujuk kepada POTOH NAGA yang disimpan oleh Kesultanan Perak.

*Perhatikan 'keris' yang dimiliki Perehu

Keris-Ukiran di Kuil Hatshesut juga menjelaskan bahawa Perehu memiliki sebilah 'pisau pendek' yang diselitkan pada kain sarungnya.Budaya Mesir purba tidak menyelitkan senjata pada kain atau seluar.Senjata tajam akan diletakkan di dalam sarungnya dan sarung senjata itu diikat pada tubuh atau digantung.Ini adalah 'style' pemakaian senjata di dunia sebelah Barat.Tetapi relief ini jelas menerangkan 1001 misteri tentang tabiat Perehu,memakai senjata yang diselitkan pada sarung (atau sampin?).Hanya gaya berkeris sahaja yang menepati 'style' raja Punt itu.

Kapal-Pada relief di Makam Min,seorang pegawai kepada Thutmose III ada merakamkan lawatan seorang pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengan kapalnya yang ganjil (yang dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika itu).Kajian dari pakar dan cendekiawan bersepakat mendakwa bahawa bentuk kapal pada ukiran di makam kuno itu lebih cenderung kepada kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera.National Geographic bilangan 159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal Sumatera ini.

KESIMPULAN

Terdapat banyak lagi keserasian yang timbul di antara tamadun Mesir Purba dengan budaya dan bahasa Nusantara.Namun sehingga ke hari ini para pengkaji tetap bingung dengan penemuan aneh ini.Apakah yang terjadi di Punt 3500 tahun yang silam?Apakah yang dilihat oleh Nehesi dan anak kapalnya tentang orang-orang Punt dan

kediaman mereka?Bagaimana perkataan Mesir Purba boleh ada dalam kosa kata Melayu dan Rejang?Bagaimana pula tulisan asli Melayu mempunyai pengaruh Phoenicia?SEpertimana prasasti yang juga ditemui di Benua Amerika yang dipercayai milik tamadun seperti Maya dan Aztek,telah merakamkan ketibaan kapal-kapal dari Mesir Purba dan penduduk di Benua Amerika berkata:

"...kamu tidak sepatutnya sampai ke sini...kecuali datang dari arah Tanah Punt..."

Fikirkan kata-kata yang mendalam ini,dan bayangkan di mana Tanah Punt itu.Adakah Horus adalah salah satu raja di Tanah Punt?SEbagaimana gelaran dewa-dewi HIndu kepada Nusantara sebagai 'The Fabulous Land of Gold' begitu juga para Firaun ini yang mengenal Punt sebagai tempat menghasilkan emas dan kemenyan.

Mengkaji Nusantara sebagai Punt atau The Land of Gods akan membuka cerita lebih menggemparkan.Betapa bangsa

Qibti Mesir telah tiada tetapi bangsa yang sezaman dengannya masih wujud dimuka bumi.Orang Kanaan (Phoenicia) yang berniaga dengan orang Punt pun sudah pupus,namun rakan seperniagaan mereka masih hidup dan ada yang berniaga seperti dahulu.

Ingat!Pengetahuan rahsia itu bagi orang yang memahaminya.Sekurangkurangnya orang Melayu masih dapat mempertahankan Rencong sehingga abad ke 19 dari jarak masa beribu-ribu tahun.DAN BERTUAHNYA MASIH DAPAT

MEMPERTAHANKAN BAHASANYA SEHINGGA KINI walau pun banyak dugaan melanda.Legenda Perahu dan Hati terakam di dinding kuil purba di Luxor,Mesir.Perahu dan hati adalah perkataan Melayu biasa yang digunakan sehingga ke hari ini.Ini juga bermakna kedua-dua perkataan ini adalah antara perkataan asli Melayu yang paling tua.

Pertanyaan yang semakin mendesakdesak di dalam dada ialah,apakah yang sebenarnya berlaku lebih awal dari 3500 tahun yang silam di antara orang Melayu dan Mesir Purba?Apakah maksud Tanah Nenek Moyang?

--------------------------------------------------

Coming Soon...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XII

-Siapa Funan?Khmer atau Melayu? -Austronesian dan Polinesia -Kota yang hilang di dasar tasik Chini -Bahasa-bahasa Nusantara -XXXXX XXX XXXXX

-XXXXX XXX XXXXXX -Helmet dan jaket perang orang Cham -Item Locked -Rumpun Melayu -Item Locked -Item Locked -XXXXX XXXXX

Nampaknya petunjuk tidak muncul!Penjaga Gua Rahsia hilang tiada

berjejak!Pencarian semakin menemui jalan buntu!Apakah kesudahan pencarian ini??

Nantikan jawapannya dalam episod akan datang!

Hanya di MistisFiles...

Friday, August 13, 2010 Alter Terahsia Bangsa Melayu XII

Tiada lagi Gua Rahsia.Peti-peti pun sudah hilang entah ke mana.Siapa yang tahu jalan ke Gua Rahsia?Kita sudah kehilangan petunjuk. Dengar sini.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan semua petunjuk yang ada.Setiap petunjuk akan membuka cerita yang berbeza.Dan setiap cerita,kita boleh cantumkan misteri yang ada;kita boleh hubungkan antara satu sama lain.Di dalam siri ATBM version 1.0 ada dijelaskan tentang petunjuk seorang lelaki 'Phoenicia' yang

dihormati di tempatnya,datang ke dunia sebelah sini,dan diberitakan menyunting seorang gadis misteri.Kita juga telah maklum misteri tulisan orang Kanaan ini (Phoenicia) yang punya persamaan dengan tulisan Rencong iaitu tulisan purba orang Melayu yang sempat direkodkan.Dalam ATBM version 2.0 kita tahu bahawa ciri-ciri gadis misteri ini yang punya hubungan dengan wangian dan bunga-bungaan.Dan mengapa sumber Judeo-Sumeria menggelarnya sebagai 'Keturah' (wangian,kemenyan wangi,haruman).Kita juga belajar tentang 'lubbanjawi',kemenyan wangi yang hanya boleh didapati di

Nusantara.Kita juga tahu tentang legenda emas di Nusantara,sehingga raja-raja Judah dan kerajaan Vedic yang hilang berbisik-bisik tentangnya.Dalam ATBM version 3.0 kita belajar tentang sifat bangsa misteri yang berdagang dan belayar.Kita juga sedar tentang misteri kerajaan-kerajaan yang hilang di Indochina,telah menjadi legenda dan mitos oleh kaum-kaum yang terkemudian mencorakkan Indochina.Kita juga menjelajah sehingga beribu-ribu tahun ke belakang,ketika para Firaun memerintah Mesir Purba dan misteri perkataan Mesir Purba yang 'tertinggal' di dalam kosakata bahasa

Melayu.Kita juga tahu bahawa Punt ialah kepulauan yang kaya dengan emas dan kemenyan wangi.Kita juga kenal siapa itu Horus,Maat Heru atau Mata Hari di dalam The Egyptian Book of The Dead. Dalam artikel terakhir ini,kita akan belajar tentang rahsia Firaun dan Raja Perehu,kaitan di antara mereka.Siapakah Raja Perehu ini?Apakah hubungannya dengan Firaun Mesir?Kita juga akan belajar tentang siapakah Brahma dan Puteri Mayang Mengurai.Kita akan menghayati legenda cinta antara dua benua;orang Cham menyebutkan dalam legenda mereka,Kaundinya dan

Soma.Orang Khmer menuliskan nama dua kekasih ini sebagai Preah Thaong dan Neang Neak sementara rekod China mencatatkan legenda ini sebagai Brahmin dan Ye Ye,'Mayang Mengurai' yang disebut-sebut dalam hikayathikayat Melayu dahulukala.Dan pembukaan rahsia tentang 'darah naga'. Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di bumi Mekah,baginda tidak pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga

ke Timur Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'.

Siapakah sebenarnya Ibrahim dan Keturah?

"The Tabernacle of Melati and Mala"

"...She opened her mouth to swallow The Love of the Lovers, but could not close her lips,because her lips was full of poison;the Poison of Soma...Venom of the Kings... There were Hills in the distance; nearby much happiness there was where the Poison was change by a Holy Man to the Lotus of Wisdom at the peak of her heart;were the Flowers of Amity as gift for her Lover,The

Patriarch..."

(page 275,Venom of The Kings,chapter 37:The Tabernacle of Melati & Mala -Lodgekeeper's Diary)

Sejarah itu adalah kisah kita yang lalu.Tidak kira sama ada sejarah itu adalah sejarah manis mahupun yang pahit,ia adalah jawapan kepada

kewujudan kita hari ini.Jika kita tidak wujud hari ini sekalipun,orang lain akan dapat membaca sejarah kita yang dicatatkan mereka,dan mendapat jawapan mengapa kita pupus hari ini. Kewujudan kita kerana sejarah yang panjang sebagai asbab yang menceritakan kepada kita bagaimana orang-orang sebelum kita dapat menyelamatkan diri (survive) dari kepupusan akibat perang atau penjajahan.Walaupun kita mempunyai 'penyakit keturunan' atau mungkin boleh dipanggil 'saka' iaitu HASAD DENGKI SESAMA SENDIRI,namun

semangat untuk berjuang bagi meneruskan warisan Kemelayuan tetap membakar nafas perjuangan para pendekar dan pejuang bangsa.Kita sudah membaca bagaimana bangsa-bangsa hebat di benua Amerika seperti Aztek,Inca dan Maya yang mempunyai piramid-piramid dan peradaban tinggi akhirnya musnah begitu sahaja akibat sikap SUKA MENYANJUNG BANGSA LUAR DAN SIFAT MERENDAH DIRI (INFERIORITY COMPLEX) YANG KETERLALUAN menyebabkan mereka ditipu oleh conquistador Sepanyol,yang sebelum itu berasa amat kagum dengan peradaban dan kota mereka.Kita juga

belajar bagaimana peradaban Assyria dan Babilon yang pupus kerana sikap suka berperang dan kejam menyebabkan bangsa-bangsa lain yang merasa tertindas menyimpan dendam untuk bertindakbalas.Peradaban di Sumeria didirikan di atas darah peperangan antara negara kota,sementara peradaban Benua Amerika didirikan di atas darah para korban di atas altar pemujaan.Peradaban China pula didirikan di atas perebutan antara etniketnik China yang saban waktu merebutkan kekuasaan dan menubuhkan dinasti maharaja (ini

antara sebab kaum-kaum yang kalah dan lemah seperti Tai dan Dai-Viet terpaksa berundur ke selatan).Peradaban Eropah pula didirikan di atas sifat ingin tahu dan kagum dengan peradaban ArabIslam,dan inilah pembukaan cerita kepada Rennaisance di Eropah. Namun peradaban Kemelayuan didirikan di atas PERDAGANGAN MARITIM dan PENGEMBARAAN.Unikkan? Para pelaut Melayu mengembara di seluruh Nusantara dan Pasifik;'The World's End' yang begitu menggerunkan dan menjadi mitos kepada para pelaut

Eropah sebelum abad ke-14 (sebab itu dalam filem Pirates of The Caribbean 3, Kapten Jack Sparrow kononnya di'kunci' di dalam dunia ghaib di 'hujung dunia' dan kru The Black Pearl terpaksa mengembara sehingga ke Singapura untuk menjejak kapten mereka).Apabila berhenti pada satu-satu pulau,mereka menubuhkan penempatan dan kerajaan.Mereka tidak pula membunuh puak-puak aborigine yang tinggal di pulau-pulau itu,malah ada yang berasimilasi (berkahwin atau bergaul) dengan mereka.Sebab itu yang membunuh dan menindas para aborigine ini adalah penjajah Eropah

yang datang selepas itu.FIKIRKAN BAGAIMANA ORANG ASLI,JAKUN,DAYAK dan seumpamanya masih mengekalkan tradisi dan cara hidup mereka beribu tahun sehingga ke hari ini.Jika orang Melayu adalah bangsa penjajah yang kejam,sudah tentu kaumkaum aborigine ini sudah lama pupus.Jika kaum aborigine Amerika yang gagah perkasa seperti Aztek yang biasa berperang dan bermain dengan kepala manusia dan bau darah boleh hancur tewas di tangan penjajah Sepanyol,apatah lagi Orang Asli di Nusantara yang lemah ini,yang hanya tinggal di ran atau pondok-pondok buruk

di dalam hutan berbanding 'Orang Asli' Amerika yang tinggal di dalam bangunan-bangunan batu agam yang besar-besar.Tetapi KEWUJUDAN MEREKA hari ini ADALAH BUKTI BETAPA PERADABAN MELAYU ITU BERDIRI DI ATAS PERDAGANGAN MARITIM DAN SIFAT SUKA MENGEMBARA.Tidak lebih tidak kurang. Bangsa Melayu (The House of Jawi) terdiri daripada pelbagai sukukaum dan etnik.Kata 'Melayu' itu sendiri mengandung makna yang mendalam.Ia adalah nama lain bagi Bani Jawi yang 'homeland' nya di Nusantara (Asia

Tenggara dan Pasifik Barat).Hari ini ada sesetengah orang yang keliru dengan istilah 'Melayu' ini,terutamanya di Indonesia.Ini terjadi kerana hanya Inggeris sahaja yang mengenal bangsa Nusantara ini sebagai Melayu,manakala orang Belanda masih kabur dengan penduduk di tanah jajahannya.Hasilnya ada orang yang menganggap 'Melayu' itu sukukaum sahaja dan merujuk kepada sukukaum Melayu ini kepada orang Melayu di Malaysia.Jadi apabila ada kaum-kaum yang seiras dengan ciri-ciri Melayu Malaysia,maka dikatakan ia adalah sukukaum Melayu di antara kaum-kaum di Indonesia.Ini juga

membawa erti bahawa Malaysia adalah 'homeland' sukukaum Melayu ini.Ini adalah salah sama sekali kerana jika mahu 'fight' di dalam kronologi sejarah sekalipun bersandarkan kepada Teori Sukukaum Melayu' maka seluruh Indonesia itu adalah hak Malaysia (jika mereka mengatakan Melayu itu Malaysia,Malaysia itu Melayu) kerana Empayar Melayu Srivijaya pernah menakluk seluruh Nusantara.Pusat pemerintahan empayar ini terdapat di Kelantan,Kedah Tua,Sumatera (Palembang,Jambi) dan Jawa.Ini adalah empayar bangsa Nusantara yang universal.Orang-orang

Jawa,Sunda,Mendailing,Minang dan seumpamanya bila bercampur dengan 'Melayu' ini akan menjadi Melayu walaupun mereka masih berbahasa loghat masing-masing.Anak-anak mereka akan memanggil diri mereka sebagai ORANG MELAYU dan seterusnya menyebutkan keturunan mereka,misalnya,"Saya orang Melayu berketurunan Banjar,saya orang Melayu keturunan Pakistan dan Jawa,saya orang Melayu keturunan Bugis"...dan seterusnya.Uniknya,tiada siapa pun yang memaksa mereka menjadi 'Melayu'.Ini bukan kes Raja Thai mahu 'menThaikan' orang Melayu,Cina dan India,ini bukan

dasar penghapusan etnik atau seumpamanya...tetapi INI ADALAH LUMRAH SEMULAJADI BANI JAWI.Mereka menjadi Melayu kerana memang mereka adalah Melayu. Ada juga pihak yang 'terlebih pandai' mengatakan Melayu itu adalah nama bahasa bukan bangsa.Bagaimana orang Nusantara boleh terlampau bijak boleh mencipta satu bahasa yang mempunyai nama lain dari nama bangsa yang menuturkannya.Nama Melayu bukan hanya ditemukan pada istilah 'BAHASA MELAYU' tetapi dijumpai pada perkaraperkara yang lain.Nama MELAYU itu

dijadikan nama sungai,nama kerajaan dan wilayah,malah seluruh nusantara ini dinamakan Malayadvipa di dalam antara karya sastera paling agung dan dihormati di India iaitu Ramayana!Malayadvipa bermaksud 'PULAU-PULAU MELAYU'.Bahasa Melayu bukan seperti bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa saduran dari bahasa Avestan dan buktinya kini bahasa itu semakin mengalami kepupusan.Bahasa Sanskrit dibawa oleh puak Aryan ke Benua India sekaligus dengan ajaranajaran Veda.Jadi Sanskrit adalah bahasa bagi ajaran Veda sebagaimana Arab adalah bahasa bagi mengungkapkan

ajaran Islam.Namun Sanskrit bukan bahasa asal Benua India.Ia adalah bahasa puak Aryan dari Asia Tengah.Ini berlainan pula dengan bahasa Melayu.BAHASA MELAYU ADALAH INDUK BAGI SEMUA LOGHAT ETNIKETNIK NUSANTARA.Sebab itu Bahasa Melayu dijadikan antara isi dalam Sumpah Pemuda ketika pembinaan negara Indonesia. Bayangkan seluruh pemimpin di Indonesia tidak kira Jawa,Sunda,Aceh dan lain-lain bersetuju menjadikan BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSATUAN SELURUH

INDONESIA!Bukan bahasa Jawa,bukan bahasa Sunda,bukan bahasa Aceh apatah lagi bahasa Siam Ayutthaya. Rumpun Melayu di Indonesia boleh berkokok dengan 'bangsa Indonesia' mereka yang merupakan khayalan Belanda yang menyangka rumpun Melayu di pulau-pulau Indonesia adalah bangsa Keindiaan (prefix Indo- adalah bermaksud India atau ciri-cirinya) namun anehnya apabila mengharap sesuap nasi di Malaysia dan seterusnya pasrah menetap di Malaysia,lama-kelamaan mereka ini mula mengaku Melayu,dan anak-anak mereka yang sudah mendapat

kad pengenalan biru dan bersekolah di sini menganggap diri mereka adalah Melayu BUKAN BANGSA KHAYALAN BERNAMA INDO-NESIA. Selagi lagi,tiada siapa yang menekan mereka supaya mengaku Melayu.Kerajaan Malaysia tidak memaksa rumpun Nusantara dari Indonesia ini menjadi Melayu di Malaysia.Mereka tidak diseksa,diperangi,dipenjara atau didiskriminasi untuk menjadikan mereka sebagai Melayu.Nama mereka yang asalnya keJawaan atau keSundaan atau keMinangan tidak pula dipaksa untuk

diMelayukan.TETAPI MEREKA MENJADI MELAYU SECARA MISTIK DAN TANPA DISEDARI DI BUMI SEMENANJUNG EMAS INI! Apabila anak-anak mereka membesar di kalangan orang Melayu di sini tiba-tiba menjadi lebih Melayu dari dirinya dan mendapati budaya dan bahasa orang Melayu di sini punya persamaan yang erat dengan budaya mereka,saudarasaudara kita dari Indonesia ini seolaholah tersedar dari mimpi yang sekian lama direka oleh penjajah Belanda dan ketika itu barulah mereka sedar bahawa 'Indonesia' hanyalah sekadar nama negara sahaja namun merekalah bangsa

Melayu Nusantara yang berpijak di Timur Jauh! Dan inilah yang membezakan antara bumiputra dengan kaum-kaum bukan bumiputra seperti Cina dan India.Ini kerana etnik-etnik Melayu ini walau di mana sahaja APABILA BERPIJAK DI 'TANDUK SEMENANJUNG EMAS' akan kembali kepada asal-usul mereka sebagai MELAYU.Aneh bukan? Mereka akan mengamalkan adat Melayu,berbahasa Melayu (disamping loghat kaum masing-masing) dan beragama Islam.Ini berbeza dengan

kaum Cina dan India yang masih berdegil dengan budaya masing-masing malah apabila diberi peluang memerintah mahu pula menghapuskan warisan Melayu secara gelojoh (seperti DAP).Pemimpin mereka berkokok bertanyakan mengapa setelah lebih 50 tahun merdeka,mereka masih tidak mendapat status bumiputra.Bagaimanakah orang-orang Melayu mahu memberi status bumiputra kepada mereka PADAHAL SIKAP DAN MENTALITI MEREKA SEPERTI PENJAJAH YANG MAHU MENJARAH BUMI DAN WARISAN ORANG-ORANG BUMIPUTRA?Contohilah kaum Baba dan

Nyonya yang pandai berasimilasi dengan budaya orang-orang Melayu tanpa meninggalkan 'kecinaan' mereka.Ini tidak,masih berdegil mahu membawa budaya Komunis ala Chin Peng dan Mao Ze Dong walau sudah lama menghirup udara Malaysia.Setiap hari dihabiskan untuk berfikir apakah lagi isu sensitif yang boleh dibangkitkan bagi menyakitkan hati orang-orang Melayu. Pemimpin mereka berkokok sehingga habis suara,mengapa orang-orang seperti Khir Toyo (keturunan Jawa),Najib (perdana menteri Malaysia,berketurunan Bugis) dan

seumpamanya boleh diiktiraf sebagai bumiputra padahal ada keturunan mereka yang baru sahaja berhijrah ke Tanah Melayu.INI ADALAH SOALAN BODOH BERSIFAT RASIS-KOMUNIS YANG KURANG BERPELAJARAN.Orang Melayu adalah salah satu komposisi Bumiputra termasuk Orang Asli dan Bumiputra Sabah dan Sarawak.Orang Melayu terdiri daripada pelbagai etnik dengan berbagai-bagai pula loghat daerah,yang ini jika dikaji dalam aspek linguistik adalah dalam kelompok Malayo-Polynesia.Ini berbeza dengan orang-orang Cina yang terkelompok dalam kelompok Sino-Tibetan.Sebelum

era penjajahan,penduduk Nusantara bebas ke sana ke mari sama ada di tanah semenanjung mahupun pulau-pulau Melayu (Indonesia).Orang Kedah membuat penempatan di Sumatera,orang Jawa membuka kampung di Selangor.Orang Bugis membina hidup baru di Johor,orang Patani dan Champa berhijrah ke Aceh dan Borneo...ini adalah lumrah dalam Alam Melayu Nusantara.Nusantara adalah 'negara' mereka.Tanah tumpah darah mereka.Siapa sahaja diantara etnik-etnik Melayu ini yang naik memerintah sama ada Tunku Abdul Rahman (keturunan Melayu Siam),Tun

Abdul Razak (keturunan Melayu Bugis),Tun Hussein Onn (keturunan Johor-Turki),Tun Mahathir Mohamad (keturunan Melayu-India Muslim) dan kini Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (keturunan Melayu Bugis),mereka tetap menghormati budaya tradisi kaum-kaum Bumiputra dan kepercayaan mereka.

Ini berlainan dengan pemerintah Chaivinis-Rasis-Komunis yang dengan gelojoh mahu menghapuskan budaya dan agama kaum bumiputra khasnya ORANG MELAYU-ISLAM.Tulisan Jawi mahu dipadam,azan diperlekeh,perarakan Maulidur Rasul dibatalkan,gerai-gerai orang Melayu diruntuhkan dan lagi...lagi dan lagi.Dan

ini akan berterusan jika kita masih bermurah hati memberikan semua hak kita kepada bangsa komunis (bukan semua orang Cina tetapi orang Cina yang menganut faham Rasis-Komunis) maka tunggulah saat kepupusan kita kerana KEBODOHAN KITA MEWARISI TABIAT PAK KADUK MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.Perhatikan gelagat orangorang Melayu yang terkinja-kinja bersorak seperti monyet dan beruk ketika berdemonstrasi atau ketika pilihanraya.Habis sesuatu isu atau pilihanraya,yang untung adalah bangsa asing.

Tiada di antara etnik-etnik Melayu ini yang berusaha mengaku merekalah etnik terhebat dan menjadi akar kepada bangsa Melayu.Tiada pula etnik Boyan mengaku merekalah asal-usul Melayu dan sebenarnya orang Nusantara adalah "rumpun Boyanlah".Atau orang

Mendailing mengatakan raja-raja Melayu sebenarnya beradatkan raja-raja Mendailing atau raja Batak.Etnik Jawa yang pernah membina kerajaan yang hebat itu juga tidak pula berusaha 'menjawakan' seluruh Nusantara.Tambahan pula,tiada di antara mereka yang mendakwa Inggerislah yang me'Melayu'kan orang Nusantara atau Malaysia.Rumpun Nusantara di sebelah Indonesia hanya menganggap Malaysia adalah agenda British namun bukan mengatakan Melayu itu agenda British,kerana sejarahwan mereka tahu betapa bersejarah dan agungnya nama 'Mala-

yu' itu.Ini kerana kerajaan yang dirujuk sebagai 'Melayu' atau menggunakan nama Melayu seperti Empayar Srivijaya,Kerajaan Malayu dan Kerajaan Dharmasraya adalah SEBAHAGIAN DARI SEJARAH INDONESIA! Ini berlainan pula dengan sesetengah orang yang mendakwa 'rumpun' dialah yang merupakan asal-usul orang Melayu malah mengatakan bahawa nama 'Melayu' itu adalah ciptaan Inggeris!Ini amat melucukan kerana nama 'Melayu' ini benar-benar ada dalam rekod China dan India purbakala (ini belum lagi rekod Eropah,Arab dan tamadun-tamadun

lain),manakala nama 'Siam' itu hanya wujud dalam kitab-kitab kuning bertulisan Jawi dan berbahasa Melayu.Dalam hal ini sudah tentu bukan sahaja sejarahwan Malaysia malah Indonesia juga berlepas tangan dari cerita sejarah ditahap komik Naruto yang cuba diketengahkan oleh pihakpihak yang berkenaan.Malahan sejarahwan Thai yang pening dengan cerita fantasi Ramkhamhaeng juga menepuk dahi setelah mendengar komik manga dari 'bangsa Harimau' yang lebih kurang sama dengan utopia Sukhothai dan batu bersurat Ramkhamhaeng.

Begitu senang orang dijadikan bangsa lain hanya dengan mendengar ceritaceriti yang diselitkan beberapa fakta sejarah yang diubahsuai.Jika bukan tema 'Siam' pun,jika ada pihak yang mendakwa dahulu semenanjung ini milik kerajaan Planet Zargus misalnya,siap ada kitab bernama 'Undang-undang Zargus' (UUZ) dan mendakwa dahulu penduduk Nusantara adalah rumpun Zargus,sudah tentu ada orang Melayu yang merasakan dirinya adalah dari rumpun Zargus akibat cetek dalam ilmu sejarah bangsanya.Ini adalah orang yang tiada jatidiri dan identiti.Cepat goyang apabila ditunjal.Belum berpencak sudah

mengalah.Ini bukan keturunan pendekar atau bangsa Harimau.Dia mungkin berasal dari The Planet of The Apes.Oleh itu penting untuk memiliki 'intuisi' Kemelayuan sendiri jika tidak mahu ditukar kepada bangsa lain secara mendadak,tidak kira bertukar menjadi Siam,Thai,Filipino,Cina,India atau menjadi 'Mat Salleh' (kerap terjadi di kalangan Elit Melayu dan ahli korporat Melayu).Atau sekurang-kurangnya anda boleh "Bertukar!" menjadi Gaban. Oleh itu teramatlah penting bagi kita untuk mempelajari warisan bangsa kita,meneliti prasasti-prasasti,manuskrip

dan tinggalan nenek moyang kita dan memahami bahawa Melayu itu tiada sempadan negara.Alam Melayu adalah katakuncinya bagi kita untuk mengelakkan secara tidak sedar bertukar menjadi pencacai kepada sejarah orang lain atau kepada sejarah fantasi orang lain.

Legenda Kaundinya dan Soma

Di dalam ATBM VIII "The Land of The Gods" telah diselitkan sejarah kewujudan sebuah kerajaan purba Funan.Funan adalah sebuah kerajaan yang wujud di Indochina dan pengaruhnya mencapai seluruh Kemboja,sebahagian Vietnam di kanan dan Thailand di kiri dan sehingga negerinegeri Melayu utara semenanjung.Tidak

diketahui sejak bilakah kerajaan Funan ini sudah wujud tetapi ia dikesan dalam rekod China seawal 1 Masehi lagi!Funan juga dikesan menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar sejauh Empayar Rom berdasarkan bukti-bukti arkeologi.'Fu-nan' (Fou-Nan) adalah sebutan dalam lidah orang China di masa itu.Orang Khmer menyebutkan sebagai Nakhor Phnom dan Dai-Viet menyebutnya sebagai Phu Nam.Funan atau Phnom ini bermaksud 'gunung' dalam bahasa Melayu Standard di mana ia adalah perubahan beribu tahun dari kata asalnya 'gnom'(Melayu Kuno).'Funan' ini juga adalah saduran

dari kata 'penan' yang bermaksud 'puak gunung' (perhatikan kaum Penan yang dikategorikan sebagai Dayak darat manakala Iban sebagai Dayak laut). Keselarian kata yang membawa maksud 'gunung' ini antara orang Khmer dan Melayu ini adalah kerana pada zaman dahulu orang-orang Melayu,Mon dan Khmer mempunyai hubungan erat di Indochina.'Gunung' adalah salah satu katakunci tabut rahsia Melayu.Perhatikan bagaimana pengasas Kerajaan Khmer mempunyai hubungan terahsia dengan keluarga dinasti Sailendra di Tanah Jawa.Saudara?Anak

angkat?Sepupu?Gabenor?Pegawai?Kita tidak tahu setepatnya.'Sailendra' adalah bermaksud 'raja gunung'.Pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji Barat menolak teori yang mengatakan keluarga raja Funan melarikan diri ke Tanah Jawa dan mendirikan dinasti Sailendra di sana.Namun fikirkan ini,raja-raja Khmer dan orang Khmer sendiri bermati-matian mengaku bahawa mereka adalah pewaris Funan padahal mengapa Jayavarman II diberitakan 'baru pulang dari Jawa'?Aha...prasasti dari kuil purba Khmer itu tidak dapat disorok kerana ia adalah satu-satunya catatan tentang Jayavarman II yang dijumpai setakat ini.

Jadi siapakah sebenarnya orang Funan ini?Adakah orang Mon-Khmer atau Malayo-Polynesian? Orang Khmer mengaku Funan adalah 'hak' mutlak mereka padahal tiada pun prasasti Khmer yang menyebutkan tentang Funan ini.Ukiran di Angkor Wat dan Bayon hanya mencatatkan kewujudan kerajaan Champa,satu rumpun dengan Malayo-Polynesian.Jadi kita perlukan sumber luar dahulu,terutamanya sumber China yang mula-mula menyedarkan kita tentang kewujudan Funan ini.

Rekod China yang direkodkan seawal abad ketiga Masehi mencatatkan satu legenda tentang 'orang suci' yang datang ke Kemboja dan mengahwini puteri tempatan.Seorang pegawai China bernama Rang Tai telah tiba ke Funan pada abad ke-10 Masehi dan mempelajari kisah tentang Brahmin yang mengahwini seorang puteri bernama Ye Ye (ada versi lain menjadi Liu-Ye).Kata 'Ye Ye' ini diterjemah secara harafiah kepada bahasa Inggeris menjadi 'Daun Kelapa' padahal sebenarnya ia bermaksud 'bahagian serat kelapa/tumbuhan yang panjang' atau

dalam istilah hikayat Melayunya 'MAYANG MENGURAI'.Jadi dari sini kita tahu nama gelaran puteri ini iaitu Puteri Mayang Mengurai,merujuk kepada kecantikan rambutnya yang panjang bak mayang mengurai.

Dalam legenda yang dicatat oleh pegawai dari China itu ialah bagaimana Puteri Ye Ye cuba menyerang perahu

atau kapal yang dinaiki oleh Brahmin itu tetapi kemudiannya Brahmin itu dapat menewaskan puteri tersebut lalu kehandalan Brahmin itu (dinyatakan Brahmin itu menggunakan kesaktiannya) telah menawan hati Puteri Ye Ye.Mereka pun berkahwin dan dikatakan warisan dari keturunan mereka melahirkan rajaraja Funan.Mula-mula kita mesti faham petunjuk dalam legenda ini.Terdapat dua watak utama dalam legenda ini yang dikongsi oleh orang Cham dan MonKhmer. Pertamanya watak 'orang suci' atau Brahmin yang datang dari negeri

luar.Kemudian watak Ye Ye/Liu Ye iaitu puteri tempatan yang menjadi raja atau pemimpin negeri. Jika kita faham plot legenda ini betulbetul,kita akan dapat melihat kod-kod rahsia di hampir semua legenda Melayu Purba;juga menggunakan plot cerita yang sama! Mula-mula kita lihat rekod dari orang Cham (Champa).Di dalam inskripsi batu bersurat yang bertarikh 657 Masehi (abad ke-5) yang dijumpai di tapak bersejarah My Son di Vietnam ada mencatatkan legenda Brahmin dan Ye Ye

ini di mana mereka dikenali sebagai Kaundinya dan Soma.Sebenarnya dalam inskripsi itu tidak menyatakan nama sebenar puteri ini tetapi setepatnya menghuraikan sebagai 'anak perempuan kepada Soma' di mana Soma itu adalah seorang 'Raja Naga'. Bagaimana dengan dari sebelah Khmer?Mereka mempunyai legenda yang sama namun lebih kuat sebagai cerita rakyat yang popular di kalangan masyarakat mereka.Orang suci itu dikenali sebagai Preah Thaong dan Ye Ye sebagai Neang Neak dalam versi Khmer.Oleh kerana orang Khmer telah

mendominasi Kemboja pada hari ini dan berkuasa menuliskan sejarah mereka dengan lebih meluas maka para pengkaji moden lebih cenderung menyangka Funan adalah kerajaan orang Khmer.Tetapi hakikat sebenarnya bukan sahaja para pengkaji Khmer,malah cendekiawan Barat juga pada hari ini masih berdebat tentang siapakah orang Funan ini.Ini kerana kekurangan bukti dan prasasti menyebabkan identiti orang Funan ini masih samarsamar.Sebahagian cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall cenderung mendakwa orang Funan adalah dari keturunan Melayu sebagaimana orang Cham.Tetapi

ada juga pengkaji seperti Micheal Vickery yang mengatakan Funan adalah Khmer.

*Lihat kostum orang Mon ini yang bercampur-aduk dan perhatikan gadis sebelah kiri sekali memakai kain songket seperti lagak seorang srikandi Melayu.

Mari kita lihat siapakah yang lebih

mempunyai 'autoriti' dengan warisan Funan berdasarkan apa yang mereka ada tentang kisah Funan ini.Orang Khmer mempunyai cerita rakyat sahaja,namun orang Cham punya prasasti bertulis tentang legenda ini!Kini dikatakan dijumpai inskripsi Khmer yang mengandungi cerita orang suci dan puteri ini,namun isi inskripsi itu hanya menyambung motif yang ada dalam prasasti Cham;di mana di dalam inskripsi Khmer itu menyatakan bahawa bahawa pemerintah-pemerintah mereka adalah berasal dari Sri Kaundinya dan anak perempuan Soma.Mengapa inskripsi itu hanya menurut motif cerita dalam rekod

orang Cham?KERANA REKOD KHMER ITU BERUSIA ABAD KE 10 MASEHI MANAKALA REKOD CHAM SEAWAL ABAD KE 5 MASEHI.Terima kasih kepada orang Cham kerana bijak dan rajin menuliskan rekod-rekod.Sebab itu antara usaha untuk memadamkan sejarah sesuatu bangsa ialah RAMPAS,MUSNAHKAN ATAU SOROKKAN REKOD-REKOD INI!

*Kompleks My Son

di Vietnam

Nasib baik prasasti Cham dijumpai di Vietnam,jika pengkaji Khmer menjumpainya di Kemboja silap haribulan batu bersurat itu mungkin dipecahkan.Dan dengan ini mereka lebih selesa mendakwa Funan benar-benar orang Khmer. Legenda ini menjadi cerita rakyat (folklore) dalam masyarakat Khmer sementara oleh kerana orang Cham tidak bernegara pada hari ini apabila sebahagian mereka menjadi rakyat

Kemboja dan selebihnya menjadi rakyat Vietnam maka legenda ini semakin dilupakan.Sementara orang Khmer semakin bercerita ke sana sini tentang legenda cinta Kaundinya dan puteri Soma,orang Cham semakin tidak mengendahkan cerita PENTING ini.Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup kerana para pengkaji Vietnam telah menjumpai prasasti tentang Kaundinya dan Soma di My Son yang merupakan tapak purbakala orang Cham di Vietnam.Mengapa orang Cham punya cerita ini lebih awal dari versi orang Khmer?

INI KERANA KERAJAAN CHAMPA SEMPAT SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN. Kerajaan Champa ketika itu sangat maju,hasil hubungannya dengan Funan dan orang Champa lah yang mewarisi segala ilmu pengetahuan Funan.Lihat suasana peperangan di antara Cham dan Khmer yang diukir oleh pengukir Khmer sendiri di Bayon.

*Relief di Bayon menunjukkan askar Cham (memakai helmet dan membawa perisai) sedang bertempur dengan askar Khmer

Perhatikan kostum askar Cham berbanding askar Khmer.Askar Cham punya jaket perang dan helmet (topi besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer hanya memakai kain selempang yang

diikat-ikat ke tubuh mereka yang tidak berbaju dan seolah-olah memakai cawat sahaja.LIHAT,ORANG LUAR MENAFSIRKAN ORANG MELAYU AMAT MAJU DAN BERPELAJARAN namun hari ini ada orang Melayu memikirkan bangsanya dahulu adalah bangsa hutan dan gua.Mengapa orang luar menilai Melayu dalam sejarah mereka dengan begitu hebat dan maju?Dan mengapa orang Melayu Malaysia menilai bangsanya begitu rendah dan menyedihkan?Sehingga ada anak-anak Melayu yang terkekeh ketawa melihat gambaran Orang Melayu Patani yang memiliki pistol,meriam dan istinggar

oleh pembuat filem Thailand (rujuk filem Queen of Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran ini.Ini bukan diukir oleh orang Cham atau orang Kedah TAPI ORANG KHMER SENDIRI DI ZAMAN KERAJAAN ANGKOR ERA JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD KE 13 MASEHI!! Orang Cham ketika itu masih berbisa kerajaan mereka. Sebab itu mereka berjaya menakluk Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer lari membina Angkor Thom di tempat lain.Kenapa orang Cham ini beriya-riya hendak menakluk Angkor Wat?Sebab ia

ibukota Khmer?Kenapa Angkor Wat masih terpelihara sehingga ke hari ini?Mengapa kota-kota lain dimusnahkan oleh pihak yang menang berperang di mana-mana sahaja tetapi ANEHNYA ORANG CHAM INI MENINGGALKAN SAHAJA ANGKOR WAT DALAM KEADAAN ELOK SELEPAS MENAKLUKNYA? Kerana di Angkor Wat terdapat warisan Kemelayuan Funan atau RELIK yang diambil oleh orang Cham,sebagai mengingati saudara mereka yang hilang!Memusnahkan Angkor Wat bermakna SAMA SAHAJA DENGAN

MEMUSNAHKAN WARISAN FUNAN DAN RAHSIA KEMELAYUAN. Sekali lagi,terima kasih orang Cham...anda adalah contoh warisan Melayu yang bijak...kalaulah Dai-Viet tidak menjadi barbarian menjarah kerajaan anda,hari ini andalah model Kemelayuan yang agung.

*Pakaian orang Mon.Orang Mon mempunyai hubungan dengan orang Khmer berdasarkan kelompok bahasa mereka.Perhatikan bagaimana orang Tai yang datang kemudian mencedok budaya orang Mon dan Khmer serta satu lagi budaya,iaitu 'Srivichai' Funan kemudiannya ditakluk oleh Chenla,satu kerajaan di utara Kemboja

yang asalnya ialah negara naungan Funan.Penaklukan Chenla ini bukanlah serangan ketenteraan namun lebih cenderung kepada teknikal sosial dan politik,di mana raja Chenla telah berkahwin dengan puteri Funan dan sekaligus seluruh Funan di bawah pemerintahan Chenla.Ketika itu Funan sudah lemah kerana keruntuhan rangkaian perdagangan antara Empayar Rom,India dan China. Menariknya Chenla ini memang tidak dinafikan oleh para pengkaji ADALAH KERAJAAN ORANG KHMER.

Chenla memang tidak diragukan adalah warisan Khmer tetapi bukan Funan,kerana warisan Funan ini telah dikaji oleh ramai cendekiawan dan mereka menyimpulkan bahawa budaya Funan adalah 'campuran kombinasi gaya Dvaravati dan Malayu' di mana Dvaravati adalah kerajaan purba orang Mon dan Malayu adalah kerajaan purba orang Melayu Nusantara yang dikesan ciricirinya muncul di sekitar utara semenanjung dan Sumatera. Jadi jika orang Khmer mengatakan rajaraja mereka adalah warisan Funan;INI MUNGKIN BENAR.KERANA DARAH

CHENLA TELAH BERCAMPUR DENGAN DARAH FUNAN menghasilkan warisan pemerintahan rakyat Kemboja pada hari ini. Namun untuk mengatakan bahawa Funan sahaja adalah benar-benar dari orang Khmer,INI ADALAH FAKTA YANG SALAH.Funan adalah dari keturunan MALAYO-POLYNESIAN.Hanya orang Cham tahu cerita sebenar tentang saudara mereka ini.Mereka pernah berkerajaan bersama-sama dan ketika Funan menjadi empayar,Champa tetap selesa menduduki pantai-pantai Vietnam tanpa ditakluk oleh Funan.Legenda

Funan ada dalam manuskrip Cham dan diletakkan di tapak yang dipandang suci oleh orang Cham Kuno iaitu di My Son di Vietnam pada hari ini,di mana My Son adalah kompleks kuil,istana dan monumen suci orang Cham Kuno (sebelum kedatangan Islam).Bayangkan jika terdapat hikayat Melayu yang mengagungkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China dan karya itu setaraf dengan Hikayat Hang Tuah dan Sulatus Salatin?Bukankah ini sesuatu yang janggal?Jadi apa motif batu bersurat yang mencatatkan legenda Brahmin dan puteri Mayang Mengurai di tempat suci (sacred or holy place)

Champa?ADA RAHSIA DI SINI. Ketika Funan berkuasa,orang Khmer baru berhijrah ke Indochina dan menubuhkan kerajaan Chenla.Chenla adalah kerajaan pertama orang Khmer.Chenla adalah Khmer,Khmer adalah Chenla.Menariknya,para pengkaji bersepakat menyimpulkan bahawa kerajaan Chenla ini telah menyerap budaya dan kostum Funan ini ke dalam budaya orang Khmer.Jadi tidak hairanlah jika orang Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa Funan adalah dalam kelompok Khmer kerana jika dikatakan bahawa Funan itu adalah

sekelompok dengan Cham atau MalayoPolynesian atau ringkasnya warisan Kemelayuan,maka ini sudah tentu kurang selesa dan perlu dielakkan dalam penulisan sejarah orang Khmer.Sejarah Chenla menyerap seluruh peradaban Funan adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan.Namun bagaimana Chenla boleh dipastikan sungguhsungguh bercirikan Khmer manakala Funan sehingga ke hari ini masih diperdebatkan identitinya?Padahal Chenla pernah dinaungi oleh Funan?Tiadakah prasasti Chenla yang menyatakan Funan adalah benar-benar kerajaan orang Khmer,seperti

dirinya?Ya,memang tiada.TIADA PRASASTI CHENLA YANG BERKONGSI SUKA-DUKA FUNAN. YANG ADA ADALAH PRASASTI CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA FUNAN SEBAGAI SESUATU YANG AMAT DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT DIKENANG.

Orang Suci Dan Tempat Menyimpan Rahsia

Siapakah orang suci itu?Dalam teks tertua yang menceritakan legenda orang suci yang berkahwin dengan puteri tempatan ini,menyatakan nama orang suci ini adalah BRAHMA.Ini adalah nama dalam bahasa Sanskrit.Variasi nama ini menjadi 'Brahmin' iaitu telah diterjemahkan sebagai golongan pendeta Vedic.Brahma adalah tatabahasa Sanskrit yang diadaptasi dari struktur bahasa Aryan Purba.Kata 'Brahma' berasal dari kata 'ABRAHM' di mana dalam struktur Sanskrit huruf 'a' dihadapan telah dipindahkan ke hujung

perkataan.Jadi kata asalnya kemungkinan besar adalah 'Abrahama' namun loghat Sanskrit menyebutkan kata ini dengan menghilangkan 'a' dipangkal kata dan lama kelamaan meringkaskan kata 'Brahama' ini menjadi 'Brahma'. (Ingat,Sanskrit adalah sekelompok dalam kelompok bahasa Indo-European sekelas dengan bahasa Inggeris,jadi Abraham,Abrahama dan Brahma adalah struktur yang saling berkait.Ini berlainan dengan bahasa Semitik seperti Aramaik,Ibrani dan Arab,contohnya Arab menyebutnya sebagai

'Ibrahim',perhatikan sebutan pada pangkal kata 'i' berbeza dengan 'a' yang dilafazkan dalam bahasa Inggeris yang satu 'keturunan' dengan bahasa Aryan dan Sanskrit) Dan ini telah disahkan oleh pakar bahasa Sanskrit dan pandit-pandit Hindu. Anda nampak rahsia ini? Sampai di sini,jika kita telah ada 'visi' sebagai DARAH KEMELAYUAN,kita akan mengenal siapakah moyang kita ini,walaupun cuba menyorok dalam pelbagai legenda dan nama.Hanya

mereka yang punya 'darah naga' sahaja akan menyelinap intuisi yang menyentap. Hanya yang benar-benar mengalir 'darah naga' di dalam pembuluh darahnya sahaja akan dapat menghidu misteri susurgalurnya yang sebenar. Yang tidak mempunyainya walaupun mengaku bangsa Naga,bangsa Ular,bangsa Harimau,bangsa Singa mahupun bangsa Monyet dan Beruk...akan terkeliru dan menjadi pencacai kepada sejarah orang lain yang sama ada yang fantasi atau realiti.Tidak

sampai seminit seluruh nama bangsa dan jatidirinya menjadi sakibaki dan sisa kekotoran sejarah orang lain yang bukan pun dari rumpunnya. Namun orang Melayu dengan warisan KeMelayuannya yang agung tidak perlu mengaku sama sekali sama ada mereka dari bangsa haiwan-haiwan di atas.Mereka adalah dari bangsa Manusia yang punya jatidiri dan identiti sendiri.Bukan dari Xian,bukan dari Yunnan...bukan dan bukan.Berfikirlah 10 kali sebelum mengaku anda berasal dari Yunnan kerana sejarah anda tidaklah sefantasi itu jika anda benar-benar

berdarah Melayu.Tai,Viet,Burma dan Mon-Khmer telah dibuktikan secara linguistik dipengaruhi budaya dan gaya Sino-Tibetan seperti Kantonis dan Mandarin,TETAPI BUKAN BAHASA MELAYU YANG MISTERI INI.Sebab itu pakar bahasa mengelaskan bahasa Melayu menjadi satu kelas dunia yang tersendiri.Bahasa Melayu adalah salah satu kelas bahasa utama dunia iaitu istilah saintifiknya sebagai MALAYOPOLYNESIAN.Kini ia disebut sebagai Austronesian kerana pengkaji mendapati bahasa asli Taiwan iaitu dipanggil bahasa Formosan rupa-rupanya termasuk dalam laras bahasa Melayu!Adakah orang

Melayu Nusantara ini telah belayar hingga ke Taiwan?SUDAH PASTI YA!DAN BUKAN ITU SAHAJA MALAH MEREKA PERNAH SAMPAI KE JEPUN!! Satu puak Asli Jepun yang ditemui di sebuah kawasan tasik telah dikaji oleh para penyelidik Jepun dan Barat dan mereka mendapati terdapat beberapa perkataan mereka yang sama dengan bahasa Melayu seperti 'mata' dan 'batu'.Dan ingat sebelum migrasi bangsa Yamato (bangsa asas Nippon atau Jepun moden pada hari ini) ke pulau-pulau Jepun,para penyelidik sudah dapat 'menghidu' gaya budaya bangsa asal

kepulauan Jepun yang menyerupai kaum-kaum Malayo-Polynesian. Satu daripada puak asli Jepun yang dikenali ialah puak Ainu.Puak Ainu ini amat misteri kewujudannya.Sebelum ini ramai pengkaji menyangka mereka adalah dari keturunan Eropah,namun kajian genetik mendapati mereka mempunyai kaitan dengan puak-puak Eskimo dan Alaska.Dan jika mengkaji tentang orang Eskimo,hanya dua bangsa di dunia ini diketahui mempunyai 'penyakit' genetik LATAH,iaitu Melayu dan Eskimo!

Dari Afrika (Madagaskar) hingga ke Tanah Kanaan dan Babilon,ke India,Sri Lanka hingga ke Taiwan dan mencapai Jepun.Dari sini ke pulau-pulau Pasifik sejauh Hawaii dan mencapai pantai Amerika (?).Sebab itu anak kapal Magellan terpaksa 'memaksa' Hitam a.k.a Enrique menjadi kapten mereka supaya membawa mereka pulang ke Sepanyol.Jika Hitam tidak bersetuju,sudah pasti anak-anak kapal Sepanyol yang masih tersadai ini turut dibunuh oleh Humabon dan LapuLapu;puak-puak Malayo-Polynesian Filipina yang tengah mabuk darah ketika itu yang sebelum itu telah membunuh

Magellan.Hitam telah memandu kapalkapal Magellan pulang ke Eropah merentasi Lautan Pasifik dan Benua Amerika.Begitu indahnya masa silam orang Melayu.Begitu gigih mereka pada ketika itu.Jauh perjalanan luas pemandangan.Moyang kita rupanya minat mengembara dan belayar.Ombak laut dan lambaian pohon nyiur bagaikan kanvas bisu yang melukiskan pahit manis sejarah kehidupan mereka. 'Darah naga' hanyalah istilah raja-raja sahaja.Darah ULAR BESAR atau NAGA ini tercantum dalam peribahasa lama Melayu,"Tidakkan hilang bisa ular yang

menyusur akar". Orang yang benar-benar Melayu tidak akan hilang bisa Kemelayuannya walaupun merentasi waktu beribu tahun.Mereka tidak akan tiba-tiba berubah menjadi Siam,Cina atau kaum lain secara tiba-tiba,kecuali menjadi seperti 'Tipah Tertipu' yang diperdaya oleh orang lain yang ada agenda sendiri.Mereka yang tidak punya kesedaran identiti ini akan hilang bisa Melayunya bersalin kulit menjadi SiamIslam,Siam Perut Hijau,Cina Yunnan,Cina Xian atau apa sahaja termasuk menjadi 'Mat Salleh'.

Berbalik kepada kisah orang suci tadi,kita tahu sebahagian rahsia dia.Kita tahu kisah cintanya.Tidak perlu malu dan segan dengan anak cucu.Anak cucu akan korek rahsia moyang habis-habisan! Mari kita siasat.Dalam hikayat raja-raja Melayu dalam Sulatus Salatin,ada diceritakan tentang keturunan raja-raja Melayu yang berasal dari Sang Sapurba,satu watak agung dalam sejarah Melayu yang berasal dari kisah tiga orang putera luar yang bertemu dengan dua orang gadis petani iaitu Wan Empuk dan Wan Malini.Dua putera raja itu

akhirnya berkahwin dengan Wan Empuk dan Wan Malini manakala yang bongsu yang bernama Nila Utama yang bergelar Sang Sapurba (versi A.Samad Ahmad mengatakan Nila Pahlawan bergelar Sang Sapurba) berkahwin dengan Wan Sendari iaitu anak kepada Demang Lebar Daun,penguasa tempatan.Kita tinggalkan pihak di sebelah Demang Lebar Daun,Wan Empuk-Wan Malini dan Wan Sendari (perhatikan pangkal nama Wan ini telah digunakan di Sumatera,kaji kaitannya dengan keturunan Wan di Perak dan Kelantan hari ini).Ini adalah keturunan Nusantara asli.Yang ingin kita sentuh ialah 'raja-raja' luar itu.

Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini,mungkin kita akan amat-amat keliru dengan campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna Pendita,Nila Pahlawan dan Nila Utama itu.Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua: "Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri.Bahwa kami ini bangsa manusia;asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain,nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil,raja masyrik dan maghrib,dan pancar kami

daripada Raja Sulaiman alahissalam..." Jika kita selidiki,Zulkarnain adalah gelaran kepada kepada Raja Cyrus The Great dan ada yang merujuk kepada Alexander The Great.Dalam Sulatus Salatin diceritakan Raja Iskandar telah menakluk Raja Kinda Hindi.Dalam sejarah penaklukan Alexander The Great,kita tahu bahawa raja itu pernah menyerang utara India.Namun Cyrus The Great juga pernah menawan wilayah India seperti Gandhara (di Pakistan kini).Raja Nursyirwan Adil kemungkinan raja-raja Parsi.Salah seorang anak raja Suran dirajakan di Amdan Nagara dan ini

merupakan nama Melayu kepada Hamadan di Iran kini. Raja Suran adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.Raja Suran ini seringkali disamakan dengan Raja Chola yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.Raja Zulkarnain ini pula dikatakan berbangsa Rum dari negeri Makaduniah (Makaduniya adalah Macedon di Greek sekarang).Terdapat kepincangan maklumat dari segi kronologi sejarah dan genetik di sini.Dan ini membuka tembelang sebenar para penyelenggara teks-teks Sulalatus Salatin yang terdiri dari para orientalis

Inggeris. Jadi adakah Raja Chola ini berketurunan dari Alexander The Great?Ini adalah amat menghairankan dan setengah melucukan kerana kita tahu Raja Rajendra Chola adalah dari dinasti pemerintah selatan India.Chola adalah dari puak Dravidian.Pengaruh Hellenestik atau Seleucid dari Empayar Alexander ini tidak sampai sejauh selatan India.Pengaruhnya cuma negerinegeri utara India,Afghanistan dan Iran.Selepas itu ada pula nama Raja Sulaiman alahissalam.Ini sudah tentu Nabi Sulaiman a.s yang juga Raja Israel

Raya (961-922 Sebelum Masehi) yang mewarisi penyatuan Israel dan Judah oleh bapanya Daud a.s.Sulaiman a.s adalah anak kepada Daud a.s dan Bathsheba.Mereka adalah keturunan Bani Israel. Jadi bagaimana ini?Nampaknya Sang Sapurba ini punya darah campuran Hindi,Greek,Parsi dan Yahudi (bani Israel)!Benarkah begitu?Kita perlu meneliti semua petunjuk ini satu persatu.Jangan pula jadi sesetengah pihak yang mendakwa Zulkarnain itu berbangsa Siam dari Xian di China pula.Siam adalah etnik baru wujud

sebagaimana Tai ketika migrasi mereka ke Indochina.Terma 'Siam' ini dipopularkan oleh kerajaan Ayutthaya.Sebelum kewujudan Ayutthaya,tiada etnik Siam ini.Siam adalah Ayutthaya,Ayutthaya adalah Siam.Siam adalah istilah sosio-politik kepada Ayutthaya dan negeri-negeri naungannya.Siam juga lebih kepada nama dinasti Ayutthaya,sebab itu dinasti yang merampas Ayutthaya membuang nama Siam ini dan menggantikan kepada Thai sebagai contoh 'Thailand'.Jangan terperangkap dengan dalih bahawa sejarah kita kononnya khayalan dan terpaksa menerima sejarah orang lain

yang juga rupanya sengaja direka-reka malah bertahap superkhayalan.KITA KENA BERHENTI SEJENAK DAN KAJI DAHULU.FIKIR DAHULU.Jangan gelojoh terburu-buru menjadi pencacai sejarah orang lain. Sulalatus Salatin telah disunting oleh orientalis seperti Shallabear,Winsted,Dulaurier dan Maxwell.Tidak dinafikan mereka telah 'menambahbaik' kitab purba orang Melayu ini.Antara penambahbaikan mereka ialah kata 'Makaduniah'.Ini terjadi ketika proses suntingan, mereka menyangka Raja Zulkarnain yang

menyerang India itu mungkin Alexander The Great dari Macedon.Jadi dinyatakan Raja Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah.Walhal Cyrus The Great pernah menyerang sehingga ke Gandhara dan dari sini mereka menyebarkan budaya,bahasa dan tulisan Aryan seperti Brahmi dan kesusasteraan Sanskrit ke Benua India (Sulalatus Salatin menyebutnya sebagai Benua Keling).Ada istilah 'Rum' dalam kitab ini.Sebenarnya orang Melayu dahulukala menyebutkan sama ada budaya keParsian,Hellenistik (Greek) atau budaya Empayar Rom sebagai 'RUM' sahaja.Jadi kita boleh buang 'Greek' dari senarai keturunan

campuran Sang Sapurba.Tinggal Parsi,Hindi dan Yahudi.Parsi dan Hindi adalah petunjuk kepada budaya Vedic.Ingat,dalam ATBM II,kita telah belajar tentang kaitan nama Mala-Yu dengan budaya Avestan-Vedic.Suffix -Yu adalah tambahan bagi kesusasteraan Avestan-Assyria kepada cara berfikir atau jenis budaya.Bangsa Media (Ingat kisah Nabi Syuaib dan kaum Madyan?),salah satu bangsa asas bangsa Iran telah digelar sebagai 'Mada-Yu' dalam kesusasteraan Avestan-Assyria dari kata asal 'Mada'.Perkataan 'Mala' itu sendiri ada dalam kosakata bahasa Ibrani (Ancient Hebrew)!Dalam

Ibrani,'Mala' bermaksud 'memenuhi','menyelesaikan' atau 'mengabulkan'.Bukan itu sahaja,terdapat Mala lelaki (Male of Mala) dan Mala perempuan (female of Mala).Jantina perempuan bagi Mala dinamakan Malayah (Meleah) dalam Ibrani Kuno! Mari kita susun kembali semua 'puzzle' ini! Tiga bangsa campuran Sang Sapurba,yang datang ke Nusantara dan mengahwini Wan Sendari,anak Demang Lebar Daun.

1-Hindi 2-Parsi 3-Bani Israel

Hindi dan Parsi adalah katakunci kepada budaya Vedic di mana terdapat ajaran Veda dan Avesta.Bahasa Sanskrit (bahasa suci ajaran Veda) adalah saduran dari bahasa Avesta dan Agatha (ajaran Zoroester Aryan).Ajaran Veda ini mengandungi tinggalan agama Ibrahim (Ingat,agama berhala Hindu amat jauh dan berbeza dari makna-makna tersirat

dalam ajaran Veda yang suci dari tangantangan penyembah berhala).Brahma adalah Ibrahim dan Saras (juga digelar Saraswati di mana 'wati' adalah suffix) adalah Siti Sarah!Ini dijelaskan oleh sarjana Sanskrit iaitu Vidyarthy (seorang maulana muslim yang pakar dalam kitab Veda) dan beliau pernah berdebat dengan golongan elit Brahmin Hindu yang bergelar Pandit dari aliran Brahma Samaj tentang rahsia kitab-kitab Veda ini.Akhirnya para Pandit ini meminta maulana ini meneruskan penggalian rahsia Veda yang mereka sendiri tidak tahu selama ini!!

Jadi ini membawa kita kepada bayangbayang Ibrahim a.s! Jadi apa kaitan dengan Bani Israel? Nabi Ibrahim a.s digelar Bapa Kepada Segala Bangsa.Nabi Ibrahim menurunkan tiga bangsa;Bani Israel (The House of Israel),Bani Ismail (The House of Ishmael) dan bangsa misteri ini,Bani Jawi (The House of Jawi). Inilah pembayang kepada bangsa-bangsa dalam perlambangan Sang Sapurba! Dalam hikayat Melayu ini kita dapati

Sang Sapurba telah mengahwini puteri tempatan,Wan Sendari.Raja Suran pula mengahwini Dara Segangga,seorang kerabat diraja Gangga Negara (kerajaan ini dikesan terdapat di sekitar Dinding dan Beruas dan melangkaui pengaruhnya sejauh Bidor di Perak) dan Onang Kiu,seorang puteri kerajaan purba orang Mon (Gelanggi adalah nama Melayu bagi Klang Kio,sebuah kota orang Mon.Ada pendapat mengatakan ia terdapat di Johor.Namun ada bukti mengatakan ia terletak di Pahang).Tinggalan saki-baki orang Mon ini adalah puak-puak Orang Asli seperti Senoi dan Jahai.Ingat,ini bukan kerajaan

Siam Ayutthaya atau Tai Ramkhamhaeng.Ini adalah kerajaan purba orang Mon.Orang Mon dan Melayu hidup secara harmoni pada zaman purba,jauh sebelum kewujudan kaum Tai versi Ramkhamhaeng dan Siam versi Ayutthaya.Perhatikan kostum orang Mon yang mirip Melayu.Mereka ibarat 'Baba dan Nyonya' pada zaman purbakala.Mereka pandai menyerap budaya Malayo-Polynesian.

*Kanak-kanak Mon dengan pakaian tradisi mereka Terlanjur bercakap tentang puak-puak Orang Asli di Malaysia,kita kena faham terdapat dua kategori dalam masyarakat Orang Asli berdasarkan bahasa mereka.Pertamanya kategori Aborogine Malay,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan bahasa-bahasa Malayo-

Polynesian.Contohnya Jakun,Temuan,Orang Kanaq,Orang Kuala dan Seletar.Kedua,kategori Aslian,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan laras bahasa Mon-Khmer.Puak-puak Orang Asli dalam kelompok ini ialah seperti Temiar,Senoi,Jahai,Mah Meri,Semang dan Jahut.Jadi FIKIRKAN,BAGAIMANA BAHASA ORANG SENOI DAN TEMIAR INI MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN KELOMPOK BAHASA MON-KHMER?

Jawapannya,mereka pernah datang sejauh tanah semenanjung ini.Bukan sekadar di Indochina sahaja (kini majoriti orang Mon terdapat di Burma dan ada yang menetap di luar negara).Namun nasib baik orang Jakun dan Temuan berbahasa Malayo-Polynesian,nanti jika semua Orang Asli Malaysia berbahasa Mon-Khmer,sudah tentu para RasisKomunis-Chauvinis akan mengatakan

orang Melayu benar-benar pendatang dan merampas Malaysia dari tangan orang Mon.Jadi tugas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang amat penting ialah menjaga orang Jakun,Temuan,Seletar dan seumpamanya sebagai bukti terdapatnya aborigine Melayu yang punya hubungan linguistik dan budaya dengan Melayu-Melayu lain yang lebih terbuka sifatnya seperti Kedah,Johor,Jawa,Minang,Bugis dan sebagainya.Jadi mereka tidak boleh 'menghalau' orang Melayu begitu sahaja dan mendakwa bumiputra sebenar ialah Orang Asli.Orang Jakun ini nak campak mana?Sebab itu dakwaan mereka ini

bersifat rasis dan tidak berpelajaran. Orang Han dan Monggol boleh menghalau orang Tai dan Dai-Viet dari wilayah-wilayah mereka sehingga berebutkan tanah-tanah yang asalnya milik kaum-kaum MalayoPolynesian.Tetapi mereka tidak boleh menghalau orang Melayu begitu sahaja dari bumi tanah tumpah darah ini pada hari ini.Ideologi komunis mereka tidak boleh terpakai di sini.Jika golongan komunis ini masih berkokok,baik buang mereka semua ini ke Thailand dan merasa di'Thai'kan oleh Raja Thai yang memang menyimpan dendam dengan

orang Han yang menghalau kaum mereka dahulu dari wilayah Xian,tempat asal etnik Tai. Kini ada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai Siam Ayutthaya ingin pula menghalau orang Melayu ke daerah Xian dan Yunnan.Orang yang masih berdegil membanggakan keturunan dan menghina orang Melayu yang baik hati memberikan tempat tinggal kepada mereka ini patut dicampak ke halaman istana Raja Thai.Silap haribulan Raja Thai (yang tengah berusaha menjaga sejarah fantasi mereka dari terbongkar) ini akan mengarahkan agar mereka ini dipijak-

pijak oleh gajah diraja.Ketika ini barulah terkocoh-kocoh mahu bersyukur kepada Ilahi dan terbayangkan saudara-saudara Melayu mereka yang asyik mengalah dengan telatah mereka dan setia mendengar luahan hati mereka diburu Raja Thai pada waktu silam. Lihat rahsia ini. Sang Sapurba dan Raja Suran dikatakan datang dari luar dan ada kaitan dengan budaya Vedic.Kedua-dua mereka menjalinkan perkahwinan dengan puteri-puteri Nusantara.

Semak kembali kisah Kaundinya dan Soma! Kedua-duanya,orang Malayo-Polynesian dan Mon-Khmer punya legenda orang suci dari luar yang mengahwini puteri tempatan. Dan hikayat-hikayat Melayu menyebutkan kisah yang sama!Bentuk yang sama!'Pattern' yang sama! APA MAKSUD SEMUA INI?? Biar kami beritahu rahsia ini.Semua kaum-kaum terawal di Nusantara punya

legenda atau kisah rakyat tentang perkahwinan orang luar dan puteri tempatan,dan anehnya kesemua mereka punya plot cerita yang sama seterusnya;mengaku hasil dari perkahwinan ini melahirkan keturunan raja-raja mereka!!! Jadi apakah sebenarnya yang ingin diberitahu oleh legenda ini?? SEBENARNYA MEREKA SEDANG BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN IBRAHIM a.s DAN SITI KETURAH DALAM PELBAGAI VERSI CERITA RAKYAT!!

Jadi bukti seterusnya ada tersimpan di tangan Bani Israel,dirakam dan dikenang-kenang di dalam kitab-kitab purba mereka! "Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah."

(Genesis 25:1-4) "Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east" (Genesis 25:5-6)

Pembukaan Kepada Rahsia 'Darah

Naga'

Cerita tentang 'Darah Naga' memakan ruang yang besar jika dihuraikan satupersatu.Ini kerana ia berhubungkait dengan pelbagai mitos yang dikongsi oleh Tamadun China,Firaun Mesir dan Kabbalah Yahudi.Sebagaimana legenda

Ibrahim (Brahmin) dan Keturah (Puteri Mayang Mengurai/Puteri wangiwangian) yang dikongsi oleh budaya Mon-Khmer dan Cham,kisah 'Darah Naga' ini terdapat dalam kesusasteraan Mesir Purba,mitos masyarakat China dan kultus-kultus mistik Kabbalah! Dan rahsia 'Darah Naga' ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya.IA ADALAH RAHSIA DALAM RAHSIA. Shriners bertahap 33rd degree pun tidak mengetahui asal-usul 'Darah Naga' ini. Sebelum rahsia dibuka,kami ingin

beritahu buat kesekian kalinya,BAHAWA MELAYU ITU BUKAN YAHUDI ATAU DARI BANI ISRAEL.Tetapi jika ada golongan Bani Israel yang datang ke sini,mereka telah terserap menjadi Melayu sepertimana orang India (keturunan Pakistan,Benggali,Urdu,Hindi,Tamil dll) yang berkahwin dengan orang Melayu cenderung menjadi Melayu di Nusantara ini (menjadi satu lagi cabang Melayu iaitu golongan Mamak atau Mamu dan Mami).Melayu (Jawi) dan Yahudi (Israel) adalah dari berlainan keturunan tetapi ada hubungan jauh.Dan ada dua 'jenis Melayu'.Satu adalah Melayu hasil

perkahwinan Abrahama (Ibrahim a.s) dan Keturah (Orang Yahudi menggelarkan beliau sebagai Wangiwangian,Khmer menggelarnya sebagai puteri naga,tradisi Melayu Cham menggelarnya MAYANG MENGURAI),dan satu lagi adalah Melayu Kuno Nusantara,yang dahulunya bergelar 'Darah Naga'.Ia adalah dari keturunan sebelah ibu Melayu Moden,Siti Keturah (Melati/Damar Wangi/Ye Ye/Mayang Mengurai). Tradisi Yahudi Kuno menyebutnya sebagai Leviathan ( LVThN),Ular Besar yang berenang di Laut Merah (Giant

Serpent).Ia adalah raksasa laut atau digelar sebagai Draken.Kod Warna untuk menggambarkan legenda ini adalah hitam dan merah.Ini adalah warna di atas Aziluth dalam mistik Kabbalah Tree of Life "Pohon Kehidupan".Ia adalah Sacred of Binah.Bermula dari warisan The Giant Serpent ini muncullah pelbagai kepercayaan karut Kabbalah,sehingga sampai penyembahan kepada Pentagram dan Sabbatical Goat;Baphomet. Terdapat satu ritual yang dinamakan Rite of Vampire.Semuanya berkaitan Dragon Blood sebagai 'The Royal Blood of

Kings'.Namun tradisi Kabbalah Yahudi membuatkannya menjadi ramuan kepada mistik sesat yang menyeramkan. Menariknya Kabbalah Yahudi menggunakan mantera-mantera dalam bahasa Mesir Kuno untuk menjalankan ritual paling gelap dan terahsia mereka.Contohnya,mantera untuk membangkitkan 'MIND'S EYE' dalam tubuh menggunakan mantera:

"Ti Ah Maat!"

Mantera ini dizikirkan (chanting) sehingga kuasa itu bangkit menyelubungi diri.Ketika para rahib Kabbalah sedang bertafakur di hadapan berhala Ular Besar mereka,mari kita perhatikan rahsia dalam mantera ini. 'Ti Ah Maat' di mana 'Maat' bermaksud 'Mata' (ingat petunjuk dalam The Egyptian Book of The Dead).Mantera ini adalah untuk membangkitkan 'penglihatan minda'.Ini dinamakan nama sfera:Kether.Terdapat nama sfera lain yang aneh,iaitu Daath.Daath adalah bererti 'royal edict' iaitu 'gelar diraja' dalam bahasa Ibrani Kuno (ingat Darth

Vader?Setiap gelaran Darth dalam filem Starwars merujuk kepada gelaran elit golongan Darkside Force,Darth di dalam filem ini diambil dari kata Daath/Dath dalam bahasa Ibrani/Hebrew).Perhatikan persamaan kata 'Datu/Dato' dalam budaya Melayu dengan 'Daath (disebut 'Dat') dalam budaya Ibrani Kuno.Perhatikan kata 'Maat' (disebut 'Mat') dalam bahasa Mesir Purba dengan 'Mata' dalam bahasa Melayu.Dalam tatabahasa Ibrani huruf 'u' dihujung 'Datu' hilang dan mereka menyebutkan sebagai 'Dat' sahaja.Mesir Purba pula menghilangkan huruf 'a' dihujung kata 'Mata' dan

menjadi 'Maat' (sebutan 'Mat').Cuba anda sebut 'MatHeru' berulangkali.Rasakan persamaannya dengan kata 'Matahari' (Heru adalah nama asal dalam bahasa Mesir Purba manakala orang Barat menyebutnya sebagai Horus). Maat Heru=Mata Heru=Mata Horus=Mata Hari. Mengapa Kabbalah Yahudi menyebutkan mantera agama sihir mereka di dalam bahasa Mesir Purba??INI KERANA BAHASA MESIR PURBA ADALAH BAHASA SUCI AGAMA SIHIR KABBALAH!

Dan bahasa suci ini dipengaruhi 'BAHASA NENEK MOYANG DI THE LAND OF GODS,PUNT! Tanah Punt digelar sebagai 'Sun God Land'.Ini kerana kedudukannya yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun.Ini adalah ciri-ciri iklim Khatulistiwa!Dalam bahasa Mesir Purba

ia disebut sebagai 'Ta netjer'.Heru (tradisi Greek menyebutnya sebagai Horus) adalah seorang raja di 'Sun God Land' ini.Tradisi Mu (nama lama Nusantara mengikut mistik Barat) menghormati raja ini yang memerintah dengan saksama seperti cahaya mentari,memberikan cahaya kesejahteraan kepada rakyat.Dari sini muncul simbolisme 'Mata Heru' atau 'Matahari';kesan raja ini yang masih tertinggal ada bahasa Mu/Punt yang masih bertahan sehingga ke hari ini! (Ingat,kebiasaan kaum pagan menganggap raja-raja yang berkarisma

sebagai dewa/tuhan dan ini bertentangan dengan fikiran sihat yang dianjurkan oleh Islam) Punt pada mulanya dianggap terletak di Afrika tetapi penemuan bentuk badak sumbu di relief pada kuil di Luxor yang mempunyai hanya satu sumbu adalah menunjukkan ciri-ciri badak Asia,bukan badak Afrika!Ketika ekspedisi Hatshepsut pada kurun 15 Sebelum Masehi,dicatatkan pada relief pada tembok kuil bahawa Nehesi telah mengetuai ekspedisi ke Punt mewakili Ratu Hatshepsut.Ketika itu Punt diperintah oleh Raja Perehu (King

Parahu) dan Permaisuri Hati (Queen Ati).

Rahsia Gelaran Pharaoh (Firaun) dan Kunci Sulit Amun-Ra di Kamar Raja-Raja

Para penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran 'Pharaoh' digunakan.Perkataan 'Pharaoh' sebenarnya berasal dari sebutan Mesir Purba 'Prao' atau 'Prau'.Kemudian dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin menjadi 'Pharao'.Kemudian orang Inggeris menuliskannya sebagai 'Pharaoh' sehingga ke hari ini.Pada awalnya,maksud 'Prau' ini bukanlah menunjukkan gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja. SOALANNYA SEKARANG,APAKAH SEBENARNYA 'PRAU' INI??

Nanti dulu,kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai dalam budaya Mesir Purba. Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era Dinasti ke-18 (15501292 Sebelum Masehi) di mana disebutkan dengan kata-kata: "Prao,seluruh kehidupan,kekayaan dan hidup sihat!" Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era

Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah sebelum Amenhotep IV ini!Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan gelaran 'Prao' ini digunakan secara rasmi yang membawa maksud 'Tuanku'.

Dari sini kita dapat menghidu,dari mana orang Mesir ini mencedok kata 'Prao' ini. PEMBUKAAN RAHSIANYA IALAH,KATA 'PRAO' INI BERASAL DARI NAMA RAJA PUNT,RAJA PEREHU. Perahu,juga disebut sebagai 'prau' atau 'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat

adalah nama sejenis pengangkutan laut orang Melayu.Nama lain bagi perahu adalah sampan.Raja Punt bergelar Raja Perahu menunjukkan penguasaannya ke atas laut dan perdagangan maritim,profesion utama orang Melayu pada zaman purba.Ingat,bilakah ekspedisi Mesir Purba bertemu Raja 'Prao' ini di Punt? Iaitu KETIKA ERA RATU HATSHEPSUT!! Patutlah inskripsi terawal yang mencatatkan gelaran 'Pharaoh' ini hanya dikesan selepas era Hatshepsut.Sebab ketika era Hatshepsutlah Raja Kuno

Melayu 'King Parahu' memerintah seluruh Nusantara! Raja Prao dan Permaisuri Ati.Misteri yang tidak tertanggungkan.Sebab itu para Firaun menyebutkan tanah ini sebagai 'Tanah Nenek Moyang'. INILAH HUBUNGAN TERAHSIA RAJA PEREHU DENGAN PARA FIRAUN.Gelarannya dipakai oleh kerabat diraja Firaun.Tanyalah Tutankhamun dan Nefertiti,siapakah sebenarnya 'Prao' ini? Mari kita siasat lagi siapakah Raja Prao/Perehu ini.

Di dalam era Dinasti ke-12,perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam 'Kisah Pelaut Kapal Karam' yang terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba.Kisah ini menyebutkan: "...Seorang pelaut telah tiba di satu kawasan kepulauan di mana kapalnya telah karam.Dia cuba berenang untuk mendekati pantai.Sampai di pantai,pelaut itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau itu.Tiba-tiba seekor Ular Besar telah menghampirinya.Pelaut itu berasa amat takut.Alangkah terkejutnya pelaut itu apabila Ular Besar tadi

berkata-kata dengannya: Akulah Raja Punt. Aku memerintah pulau-pulau.Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini. Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu.Dia diberi makanan,minuman dan layanan mesra..." Cerita ini mengandungi separuh mitos,dan separuh kebenaran.Mungkin penulisnya mahu menggunakan teknik perlambangan kepada imej Raja Punt

itu.Kemungkinan raja itu memakai topi yang bermotifkan kepala ular atau kostum yang bercorakkan kulit ular.Namun kata Ular Besar (Giant Serpent) itu mengandungi rahsia terdalam orang Melayu.Dan rahsia ini tidak boleh dibuka sewenangwenangnya SECARA LANGSUNG di dalam blog percuma seperti ini.Ia adalah ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU. Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga' (The Dragon Court of Royal Bloodline).JIka anda masih setia dengan kami,kami akan cuba bukakan sedikit demi sedikit.Selagi potoh NAGA masih

tersimpan di dalam simpanan Kesultanan Perak,selagi itu rahsia ini masih ada.Di dalam hikayat Naga Kepala Tujuh,cerita rakyat negeri Perak,disebutkan mahkota anak raja yang dicuri oleh Naga ini dan ini kononnya menjadi sebab Sultan Perak hari ini tiada bermahkota.Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah,dan kaji mengapa setiap pertabalan Sultan Perak,mereka mesti membasahkan kaki di Beting Beras Basah ini. Jadi siapakah warisan Raja Naga ini?Ingat lagi Soma atau Puteri Mayang Mengurai yang jatuh cinta dengan

ORANG SUCI?Soma adalah keturunan Raja Naga dalam cerita rakyat Khmer.Dalam versi Khmer ini,Brahmin (Preah Thaong) telah sampai ke satu pulau dan menjumpai 'RUMAH PARA NAGA' seterusnya bertemu dengan Neang Neak (Ye Ye atau Mayang Mengurai),anak perempuan kepada Raja Naga (seolah-olah sama dengan kisah pelaut yang bertemu dengan Ular Besar dalam sastera Mesir Purba tadi).Mereka pun berkahwin atas restu Raja Naga,ayah kepada Neang Neak.Raja Naga itu kemudiannya menyedut air di sekitar pulau itu dan menamakan ia sebagai Kampuchea Thipdei atau Raja

Kemboja. Jika mengikutkan hikayat dari mulut orang Mon-Khmer ini,Raja Prao/Perehu itu kemungkinan besar dari keturunan raja Soma (Naga). Di dalam hikayat Pahang atau hikayat Tasik Chini,ada kisah dua ekor naga,SERI GUMUM DAN SERI KEMBOJA!Dan kononnya di dasar Tasik Chini terdapat puing-puing kota purba Khmer (tepatnya ialah kota orang Mon).Jika dikatakan kota Gelanggi itu di dasar tasik ini,IA MUNGKIN BENAR.

Dan tanyalah kepada Nehesi,wakil angkatan laut Hatshepsut,tentang potoh yang dipakai oleh Raja Prao itu.Jika potoh itu adalah POTOH NAGA sama seperti yang diwarisi oleh Kesultanan Perak,maka tidak hairanlah motif ular dipakai pada mahkota para Firaun.Renunglah topeng emas Tutankhamun yang penuh misteri itu.Perhatikan ukiran ULAR yang

melingkar atas mahkota.Jika gelaran Raja Punt diambil oleh para Firaun ini,maka tidak hairanlah kostum dan motif Raja Punt ini,pasti dicontohi oleh mereka.Sebab itu mereka menggelar Punt sebagai,THE LAND OF GODS...Tanah Para Dewa. Holy Land. Dan ini Tuan-tuan dan Puanpuan...adalah bukti bahawa rahsia kita masih tersimpan di merata dunia.Mencari jejak sejarah kita memerlukan kita belayar mengelilingi dunia;sepertimana moyang kita

dahulu.Sejarah kita direbutkan orang lain,terpecah-pecah,bercaing-caing diambil oleh pelbagai kaum.Kaum yang tidak punya sejarah,terpaksa mencedok sejarah kita dan mengaku ia warisan mereka.Sejarah,budaya dan warisan kita di Indochina dipecah-pecah,direbut dan dikoyak-koyakkan secebis demi secebis kemudian diambil cebis-cebis itu setiap kaum yang dahagakan warisan sejarah agung kita.Srivijaya itu adalah Melayu,Melayu itu adalah Srivijaya maka tanyalah para leluhur bangsa Thai siapakah dia Srivichai itu?Tanya pada nenek moyang Thai apakah dia dinasti Teratai Srivichai itu?Lambang Garuda itu

warisan siapa?Perhatikan siapa yang terlampau megah menggunakan lambang Garuda ini,yang kini dikongsi oleh Indonesia dan Thailand.Mengapa orang Khmer mengenal Srivijaya sebagai 'Malayu' sahaja?Kaji tarian Srivichai dan sejarahnya...wahai anak-anak Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum kamu semua menjadi pencacai sejarah orang lain.Sebelum kamu menjadi lembu dicucuk hidung kepada budaya Barat yang juga mencedok budaya Semitik.Sebelum kamu terpaksa menyapu lumpur kekotoran sejarah yang dipaksakan ke muka-muka kamu.

Dan ini Tuan-tuan dan Puanpuan...adalah seroja pelangi dan aurora lazuardi yang disapu oleh mendung pembohongan dan buta sejarah oleh kita sendiri.Sampai bila kita mahu merendah diri tak bertempat dan mengiyakan pembohongan orang lain terhadap permata dan emas sejarah agung kita.Cukup-cukuplah Inggeris menipu kita,mengapa kita sanggup menjilat pula pembohongan warisan kemelayuan oleh pihak-pihak yang juga berharap merampas warisan kita (rujuk Teori Memelayukan Siam oleh Siam Ayutthaya).Sudahlah Raja Thai berusaha mencipta pelbagai fantasi mahu

menThaikan semua warisan Melayu kita,inikan pula 'satu rumpun mereka' yang lain mahu menSiamkan sisa-sisa sejarah yang ditinggalkan pada kita.Mengapa mereka kurang selesa dengan nama 'Melayu'?Sebab mereka tahu,SEBENARNYA MEREKALAH PENCACAI SEJARAH DAN WARIsAN AGUNG KITA,jadi apa yang perlu dibuat ialah menukarkan semua sisa-sisa sejarah yang ada menjadi warisan Siam yang sebenarnya hanyalah dongeng di zaman moden.Tiada lagi warisan Melayu selepas itu...tiada lagi ayahanda Ibrahim dan bonda Mayang Mengurai.Yang ada selepas itu adalah Siam Ayutthaya

Traikolanat Watpapat Sikulipat Siapa Cepat Dia Dapat!Akhirnya yang kecewa adalah kita sendiri yang tergadai semua sejarah agung dan warisan zamanberzaman.Ingat!Tiada bukti pun orang Siam pernah membina kota purba di sini.Gelanggi bukan kota Siam Ayutthaya atau Thai.

Sungguh!Cubalah wahai pakar psikik dan channeling Malaysia 'tengok-tengok'kan

kota purba ini jika semua ahli sejarah dan pakar arkeologi Malaysia sudah mengalah sebelum berjuang...sesungguhnya kota ini adalah kota bersama orang Melayu Kuno dan orang Mon.Tanyalah orang Temiar dan Jahai,bagaimana mereka boleh sesat ke hutan-hutan Malaysia.Bahasa mereka adalah bahasa MON PURBA!!Wahai anak-anak Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum kamu termuntah berkahakkahak kerana mual dengan daki kekotoran sejarah fantasi orang lain.Orang Mon dan Melayu Gelanggi inilah Siam Asli yang sebenar...tiada orang Siam Anai-anai yang berbahasa

Siam Kedah atau Tai Ramkhamhaeng yang tertinggal di hutan-hutan Malaysia MENJADI ABORIGINE SEBAGAI BUKTI KEWUJUDAN MEREKA TERHADAP HAK KOTA GELANGGI YANG DIREBUT SETENGAH MATI OLEH TAI RAMKHAMHAENG ADULYADEH DAN SIAM AYUTTHAYA ANAIANAI.Tiada...memang tiada. YANG ADA ADALAH ABORIGINE MALAY SEPERTI JAKUN DAN TEMUAN SERTA ASLIAN MON PURBA SEPERTI MAH MERI DAN JAHUT.

Jika dikatakan istilah 'Siam' itu hak orang Mon,YA INI MUNGKIN BENAR kerana merekalah etnik selatan China yang terawal berhubung dengan kaum-kaum Malayo-Polynesian.Ketika Tai Ramkhamhaeng terpisat-pisat 'membina' kerajaan gerila di utara Indochina...orang Mon telah ada pagoda-pagoda emas dan negara-

negarakota mewah.Ketika Siam celup versi Ayutthaya baru membuka negeri di Sungai Chao Phraya,sejarah manis orang Mon ini telah menjadi muzium sejarah sebagaimana sejarah orang Melayu Funan dan Cham yang 'established' menjadi legenda yang dikenang-kenang oleh orang Khmer sama ada diukir di kuil-kuil atau istana mereka. Tuan-tuan dan Puan-puan! Sejarah itu amat penting jika tidak,mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian menulis,mengedit malah sanggup mencuri sejarah warisan orang

lain untuk membangkitkan estim diri (self-esteem)?Raja-raja mereka tidak sampai hati membiarkan anak cucu mereka berasa rendah diri di kemudian hari di hadapan bangsa-bangsa lain maka INILAH CARANYA UNTUK MEMBANGKITKAN 'PRIDE' DAN 'NATIONALISM' pada semangat anak bangsa mereka pada masa hadapan.Hasilnya orang luar pun menghormati mereka kerana punya warisan sejarah (padahal dicedok dari warisan kuno kita),dan ini membuatkan mereka lebih memiliki 'selfconfident'.Tetapi sesetengah anak Melayu lain cara berfikir mereka,mereka

menganggap semua ini sia-sia dan hanya menyuburkan rasa angkuh dan meninggi diri jadi cukuplah aku MENJADI PENCACAI KEPADA SEJARAH FANTASI YANG KHAS DICIPTAKAN UNTUK AKU SUPAYA AKU DAPAT MENJILAT AIR LUDAH DAN KAHAK PERASAAN RENDAH DIRI YANG TIADA BERTEMPAT,MENJADI PENGEMIS BUDAYA DAN WARISAN BANGSA LAIN.Jadi buta,pekak,tuli dan bisu.

Lihat dengan mata hati Tuan-tuan dan Puan-puan...!Betapa orang Khmer mengukirkan kostum orang Melayu yang memakai jaket dan helmet perang siap berperisai,betapa segaknya pahlawan Melayu Cham!Orang Khmer juga mengukir tentera-tentera Cham menaiki kapal-kapal perang dengan ukiran aneh di muncung kapal yang sama dengan ukiran di muncung perahu-perahu

Kelantan dan Terengganu....Mesir Purba mengukirkan Raja Perehu yang tegap dan kacak siap berkeris (malangnya mereka tidak mengukirkan gelang potoh dilengan Perehu padahal tulisan hiroglif menyatakan Nehesi melihat Raja Melayu Purba itu memakai gelang potoh)...rekod-rekod China Purba merakamkan kehebatan orang Melayu Nusantara yang digelar mereka sebagai Kunlun belayar dan mengembara,menguasai laut dan angin.Rishi-rishi Hindu mengarang syair memuji-muji Malayadvipa (Kepulauan Melayu) sebagai bumi emas yang menakjubkan dan tempat tinggal dewa-

dewi;sama seperti gelaran para Firaun terhadap Nusantara.Tetapi mengapa ada anak Melayu hari ini yang tergamak sanggup menelan air longkang dan najis sejarah ciptaan penjajah dan sisa-sisa warisan yang dicuri oleh pelbagai kaum mendatang termasuk Siam Ayutthaya yang berasal dari etnik Cina Xian di China.Siam Ayutthaya sememangnya dari Xian (ini diakui sendiri oleh salah seorang keturunan mereka,jadi salahkan dia...jangan salahkan Srikandi ek) dan Tai itu dari Shan dan Yunnan,TETAPI BUKAN ANAK CUCU MAYANG MENGURAI INI!Bukan...bukan...dan bukan...!

Sekejap mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam,sekejap mengaku Cina Xian,sekejap mengaku Cina dinasti Tang,sekejap bangsa Harimau,sekejap puak Naga...akhirnya mengaku Melayu keturunan Siam.Tanah Melayu pula sekejap dikatakan kepunyaan Maharaja Siam,sekejap kepunyaan Raja India Monggol,sekejap milik Ayutthaya...sekejap ini sekejap itu sekejap begini sekejap begitu seperti sesumpah...inilah contoh orang yang tidak punya sejarah cuba untuk merompak sejarah orang lain.Mengapa begitu payah menetapkan nama keturunan sendiri?Kenapa tersasul-sasul

dan merapu meraban sebegitu teruk?Tanah Melayu milik Monggol India?BUKAN...BUKAN...BUKAN...DAN BUKAN....!! Bagaimana kaum dan bangsa lain apabila ingin membicarakan WARISAN MELAYU DARI SEGI FAKTA SEJARAH,mereka mengukir dan melukiskannya dengan indah,agung dan mengasyikkan pada tembok-tembok kuil,istana serta manuskrip dan prasasti.Namun mengapa penjajah bila ingin membicarakan tentang Melayu yang dijajah dan dijarah hasil buminya MENULISKAN BAHAWA INI ADALAH BANGSA PEMALAS DAN

MUNDUR?Fikirkan perbezaan ini.Orang Tai,Mon,Dai-Viet dan Khmer berkali-kali meyakinkan kita bahawa kita punya peradaban agung dahulu tetapi mengapa kita amat percaya dengan mulut penjajah yang mengangkut 1001 prasasti dan manuskrip sejarah kita ke Eropah?Mereka rampas semua kecerdikan kita masa silam dan kata: "Ya...lihat,kamu tidak punya apaapa!Nothing!Dari dahulu kamu memang bodoh dan tidak punya apa-apa dan kini kamu mewarisi kebodohan itu!" Malangnya ada orang Melayu hari ini

teramat percaya kepada kata-kata ini dan berasa malu menjadi Melayu dan sanggup 'menukar' bangsa asal mereka kepada bangsa khayalan Siam Xian yang berasal dari etnik Cina yang lemah dan kalah berperang dengan dinasti-dinasti China yang lebih gagah,dihalau beramairamai ke Indochina dan Tanah Melayu,memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Melayu sehingga menjadi Melayu Siam pada hari ini.Bahasa Siam Kedah itu sendiri diakui oleh mereka sendiri punya persamaan dengan bahasa Hokkien!Hanya orang yang tidak berpuashati dengan sejarah kaumnya yang menyedihkan itu sanggup

mendakwa orang Melayu itu tidak punya apa-apa dan fantasi sahaja kerana perasaan dengki padahal sejarah kaum dia lah yang superkhayalan laksana Superheroes dari komik Marvel.Semua warisan Melayu yang ada seperti kitab (UUK sebagai contoh),artifak,candi,istana sehingga sejarah Kedah TUa yang gemilang itu didakwa mereka sebagai hak Siam Xian ini sehingga Cyrus The Great yang berketurunan Parsi Kuno itu dikatakan keturunan Siam Xian ini!Semua..semua dan semua...warisan Melayu diambil oleh pelbagai kaum yang mendatang...sehingga akhirnya tiada apa

yang tinggal,dan kita menumpang pada sejarah orang lain yang dahulunya milik kita.Pelikkan?Orang lain dijajah negara mereka sehingga terpaksa menumpang di tanah orang lain yang dahulunya milik dia,tetapi lain pula dengan kita.Kita terpaksa menumpang sejarah orang lain yang dahulunya milik kita. KITA HARI INI TERPERANGKAP DALAM SEJARAH MELAYU ERA PENJAJAHAN.Ini realitinya.Kita berfikir dengan pemikiran sejarah orang Melayu bermula dengan kejatuhan Melaka,era penjajahan sehingga merdeka.SEjarah orang Melayu pada hari ini di buku-buku teks sekolah

adalah SEJARAH ORANG MELAYU SEKECIL SEJARAH MALAYSIA YANG TERJAJAH PADAHAL SEJARAH MELAYU ITU SELUAS SEJARAH NUSANTARA YANG MEMBINA EMPAYAR PERDAGANGAN MARITIM TERAGUNG DUNIA! Inilah gunanya memisahkan Nusantara kepada beberapa negara.Orang Brunei memikirkan sejarah Melayu sekecil sejarah Brunei,orang Malaysia memikirkan sejarah Melayu sekecil sejarah Malaysia,rumpun Nusantara di Indonesia pula memikirkan perkara lain...tentang krisis identiti apakah benar

aku ini berbangsa Indonesia ciptaan Belanda,atau aku ini adalah rumpun Nusantara?Masing-masing pening memikirkan masalah ini sampai bergaduh dan mahu berperang;isu Tarian Pendet dan batik dan lagi...dan lagi...fikirkan sekiranya Nusantara ini disatukan seperti negara China.Orang Manchu,orang Han,Monggol,Hui,Zhuang (sekadar menyebut beberapa contoh) telah cair menjadi BANGSA CINA,dengan sejarah dan budaya yang diseragamkan.Tiada pula orang-orang di wilayah-wilayah berbeza bergaduh berebut tarian dan baju di China.Tetapi orang Indonesia yang dirasuk oleh hantu

Belanda berebutkan tarian dan baju batik dengan orang Malaysia yang sahsah sama bahasa dan budaya dengan mereka.Memang membingungkan! SEmentara orang Indonesia dan Malaysia bergaduh,Cina Singapura mencuri air dari Indonesia dan mencuri pasir di Malaysia buat menambak tanah sekangkang kera mereka yang dihadiahkan sendiri oleh orang Melayu juga!SEmentara orang Indonesia dan Malaysia bergaduh...keturunan Siam Xian yang telah menjadi Melayu cuba untuk mencuri sejarah dan identiti orang Melayu Nusantara dan cuba berusaha

menubuhkan identiti dan nasionalis sendiri sebagaimana orang Lao yang berjaya menubuhkan identiti sendiri dari sejarah Tai dan orang Tai yang berjaya menubuhkan identiti dan nasionalis sendiri hasil pinjaman dan cedokan dari budaya Khmer dan 'Srivichai'. Ini lebih membingungkan!

---------------------------------------

Jadi setelah lama kita mengembara,mari kita berhenti sejenak dan berfikir...siapakah diri aku sebenarnya sebagai Melayu di bumi Nusantara ini.Adakah rahsia yang lain? Mengapa nenek moyangku meninggalkan warisan mereka dan persoalan asal-usulku begitu kompleks dan merumitkan? Kita bagaikan berada di satu lorong yang gelap di mana hujungnya bercahaya.Kita ikut cahaya itu,kalau-kalau di sana ada ayahanda dan bonda kita menyambut tangan-tangan kita.

Dan kisah seterusnya ialah kisah sukaduka Nefi dan Lemani di Promised Land,dinasti raja-raja Darah Naga di Mu dan Lemuria,dinasti Teratai Melayu Srivijaya dalam kenangan sastera TaiKhmer kuno,bangsa misteri di The Land of The East,rahsia Illuminatus berkaitan pengetahuan tamadun yang tenggelam dan pembukaan TABUT RAHSIA BANI JAWI... Apa yang BERLAKU ketika ritual tersulit para Masons?Aha...anda kena tunggu lagi...!

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME III "THE RESURRECTION" ACCOMPLISHED.

~Srikandi Tuesday, April 12, 2011 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

Selamat datang ke Gua Rahsia!Cucu semua masih ingat pada Atuk ya?Rindu Atuk pada cucu-cucu semua.Sudah beberapa purnama kita tidak bersua.Cucu-cucu semua mari mendekat pada Atuk.Atuk mahu bercerita. Sebenarnya cu...orang Melayu telah ada sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah.Kerajaan ini

antara kuasa besar dunia ketika itu,malah kuasa dunia utama yang tidak terkalahkan.Sejak zamanberzaman,pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk mencari 'The King Solomon's Mines' yang sebenar.Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-peta kuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas',selain bumi di mana orang Melayu tinggal.Pulau Sumatera di mana etniketnik Melayu tinggal juga dijoloki sebagai 'Pulau Emas'.Dari mana Atuk tahu

bahawa bumi kita ini telah disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?Melalui kitab-kitab Hindu seperti Purana.Kitabkitab Sanskrit ini pula mengambil ceritacerita atau hikayatnya dari kitab-kitab lain yang lebih kuno,terutamanya dari kitab Avestan,iaitu dalam bahasa Parsi Kuno.Di dalam kitab Avestan ini pula tercatat kisah-kisah Raja Babilon dan peperangannya dengan jiran sekitar,antaranya Kerajaan Israel Utara,Kerajaan Samirah juga Judah.Selepas perpecahan Empayar Israel Raya,dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor Babilon,kisah 'syurga emas dari Timur'

meniti di bibir-bibir dayang-dayang di Etemenanki dan Gerbang Ishtar.Mereka memandang perhiasan Haikal yang bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini didapati oleh Bani Israel. Tahukah cucu-cucu semua,bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di Kepulauan Filipina dan sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kata Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan (Phoenicia)? Atuk akan ceritakan satu legenda seorang raja yang memerintah bumi

Malayu beribu-ribu tahun dahulu.Dan peradaban raja ini menjadi inspirasi kepada para pembina piramid di Mesir dan Amerika Tengah.Segala aura Ketuanan Melayu berasal dari raja misteri ini dan dia berkuasa mutlak ke atas tanahairnya.Raja ini amat gagah dan tidak berputus asa melawan segala musuh durjana. Sebelum itu,ada perkara yang Atuk terlupa nak tunjuk pada cucu.Tanpa benda ini Atuk tidak boleh bercerita.Ya,peti-peti kita.Lihat di sana satu peti besar yang bertulis perkataan 'Wangsa Malayu'.Di dalamnya ada

gulungan-gulungan watikah yang bertulis dinasti-dinasti Melayu Kuno seperti Dinasti Teratai,Dinasti Seroja,Dinasti Mala,Dinasti Raja Gunung hingga kepada Dinasti Sriwijaya.Sebelum 300 tahun SM kita tidak tahukah apakah dinasti-dinasti Melayu yang memerintah Nusantara ini.Sehinggalah catatancatatan pada tembok kuil di Mesir dan tulisan pada Makam Raja-raja mengesahkan nama satu dinasti purba dari 'Tanah Nenek Moyang'. Sila lihat satu peti kecil di dalamnya.Ya...ini dia...Matahari.

"THE CHRONICLES OF MATAHARI"

"Others say that he is Heru-ur (the Old Horus), who dwelleth in Sekhem; others say that he is Thoth; others say that he is Nefer-Tem; and others say that he is Sept who doth bring to nought the acts of the foes of Nebertcher"

(Papyrus of Nebseni,The Egyptian Book of The Dead)

Sejarah bangsa Melayu secara kontemporarinya hanya diketahui seawal Sriwijaya.Paling awal pun kerajaan Champa di Vietnam kini (sejak Funan masih menjadi perdebatan).Oleh kerana orang Champa dahulu bertempat di Vietnam yang kini menjadi sebahagian dari Indochina,maka anak-anak Melayu mungkin tidak menyedari terdapat suku Melayu yang membuka kerajaan yang memiliki peradaban maju di Vietnam.Suku Melayu Cham ini mempunyai bahasa yang secara linguistiknya cenderung kepada bahasabahasa Austronesia berbanding jiran-

jirannya seperti Mon-Khmer atau SinoTibetan.Orang Champa punya kaitan rapat dengan suku-suku Melayu yang lain.Sebab itu apabila raja-raja Champa memeluk Islam,anehnya,selepas itu rajaraja Melayu di Sumatera,Borneo dan Semenanjung mula mengikut jejak raja Champa,menunjukkan pertalian antara Champa dengan dunia Melayu bukan sekadar bahasa tetapi talian persaudaraan.Raja Khmer,Thai mahupun Burma tidak pula memeluk Islam,berbanding raja Patani atau kerajaan di dunia Melayu yang lain. Apabila seseorang mendapat hidayah

dan kebenaran,sudah tentu dia mahu mengkhabarkannya kepada saudarasaudaranya.Inilah yang berlaku kepada raja-raja Champa yang menghantar para mubaligh agama ke serata Nusantara untuk membantu menyebarkan Islam.Kadangkala kita keliru,dengan budaya Champa ini.Kadang-kadang apabila disebutkan peranan mubaligh Champa kebanyakan kita tersilap dengan mentafsirkannya kepada mubaligh dari Cina.Suku Melayu Champa memang rata-ratanya berkulit cerah dan memiliki mata sepet disebabkan kahwin campur dengan orang Cina,Mon atau Khmer.Kadang-kadang apabila terdapat

senibina Champa di dalam masjid-masjid lama,kita cenderung mengatakan ia adalah senibina masjid Cina.Sejarah Champa lebih dekat dengan negeri Kelantan.Dan pendakwah-pendakwah awal di Kelantan dulu banyak datang dari Champa.Perkataan Melayu purba juga kebanyakan punya persamaan dengan bahasa Champa.Salah satu perkataan yang terkenal adalah 'orang'.Pada satu prasasti abad ke-2 Masehi milik kerajaan Champa ditemui perkataan 'eurang' merujuk kepada manusia terukir dalam tulisan aksara.Di dalam lagenda Melayu Indochina,pada zaman dahulu terdapat satu kaum yang

asyik berperang dengan dinasti China di utara.Akhirnya kaum ini menang perang dan membuat sempadan negara untuk mengelakkan raja China mengganggu lagi tanah-tanah kaum ini.Kaum ini digelar Jawaka dan merupakan pewaris kepada satu tamadun purba yang hilang di Indochina.Kaum Jawaka ini muncul dalam teks-teks kuno Sri Lanka berbahasa Pali,catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi serta riwayat-riwayat dinasti China.Anehnya kaum Jawaka ini punya rujukan silang yang bertindan dengan nama 'Melayu' di mana raja Melayu bagi dinasti Seroja (Pathomwangsa) di Tambralingga juga

disebutkan di dalam riwayat berbahasa Pali sebagai 'raja Jawaka'.Dalam log-log istana Maharaja China juga menyebutkan nama 'Mo-lo-yu' atau 'Mali-yue' merujuk kapada Zabag,sebuah kerajaan maritim yang unggul di laut selatan.Zabag pula adalah istilah para pedagang Arab dan Parsi,berasal dari perkataan 'Jawak' iaitu Jawaka.

Lihat,mengkaji sejarah Melayu memerlukan kita meneropong dari banyak sumber.Jika tidak,kita akan gagal mencantum sebegitu banyak misteri yang tersembunyi dalam sejarah Kemelayuan.Kita tidak boleh menggali sumber-sumber dari dalam Malaysia atau Indonesia sahaja,tetapi mesti menerawang ke seluruh pelusuk dunia.Profesion purba bangsa Melayu sebagai pelaut,pengembara dan pedagang adalah MASALAH TERBESAR untuk kita menggapai sejauh mungkin tarikh-tarikh yang ada.Orang Melayu gemar membina negarakota-negarakota di merata tempat dan apabila kalah

berperang,mereka segera berpindah ke tempat lain.Segala peradaban dan kesenian tinggalan orang Melayu tadi menjadi milik orang lain.Sebab itu 'bekas-bekas' tangan bangsa Melayu berada di tempat lain.Contohnya di Kemboja.Para sejarahwan mereka mengakui bahawa dinasti-dinasti awal Kemboja adalah raja-raja Melayu,dan mengesahkan bahawa raja Khmer pertama ialah Jayavarman II yang menubuhkan Angkor,setelah bertahuntahun belajar sistem pentadbiran dari dinasti Melayu Sailendra di bawah naungan Emperium Sriwijaya.Sebelum penubuhan Angkor kerajaan orang

Khmer adalah Chenla dan ini adalah kerajaan di utara Kemboja.Chenla menjadi dominan setelah berhasil menakluk Funan melalui taktik perkahwinan kerabat diraja.Kemudian Chenla telah dikalahkan oleh Sriwijaya dalam peristiwa 'Kepala Maharaja Zabag' yang popular itu,terakam dalam catatan pengembara Arab,Mas'oudi dan riwayatriwayat Buddha di Kemboja.Chenla dikalahkan melalui serangan laut dengan beratus-ratus kapal perang dihantar oleh Maharaja Sriwijaya.Sebab itu sebagai taktik,Jayavarman II yang belajar dari kesilapan Chenla memindahkan ibukota kerajaan barunya jauh ke daratan,untuk

mengelakkan serangan dari laut. Orang Melayu khususnya di Malaysia sememangnya tidak biasa mendengar tentang Sriwijaya berbanding Melaka hanya kerana sejarah Kesultanan Melaka jelas dan masih baru berbanding usia lebih 1000 tahun Empayar Sriwijaya.Satu faktor yang pasti ialah pelabuhan Melaka amat terkenal di sebelah barat sehingga mendapat jolokan 'Venice Timur' kerana kekayaannya.Di era Kesultanan Melakalah orang Melayu mula belajar berdagang dengan bangsabangsa Eropah yang mula menemui jalan laut ke Timur.Kejatuhan Melaka juga

berpunca dari orang Eropah dan ini menguatkan lagi kewujudan Melaka melalui catatan-catatan orang Eropah.NAMUN BAGAIMANA CARANYA KITA TAHU TENTANG SRIWIJAYA? Dari pengembara Arab,Parsi,pedagang China dan India.Juga dari kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Khmer,Thai,Mon dan Burma. Inilah harapan untuk kita belajar bagaimana nenek moyang kita membina satu empayar maritim BUKAN SEMUTLAKNYA DI ATAS PENGUASAAN TENTERA tetapi berdiri di atas

HEGEMONI PERDAGANGAN DAN PRESTIJ. Sejak diketahui bahawa terdapat satu empayar kuno yang pernah menguasai Asia Tenggara,sejarah orang Melayu seakan-akan naik lagi setakuk berdasarkan kronologi masa.Dahulu orang Melayu memikirkan bahawa mereka lahir dari Kesultanan Melaka.Sebelum itu,entah...ada yang meracau-racau mengatakan berasal dari anak raja India atau berasal dari orang Cina berkahwin dengan India.Ada yang mengigau berasal dari Siam.Tetapi penemuan prasasti-prasasti berbahasa

Melayu kuno,terutamanya Prasasti Kedukan Bukit menyingkap satu RAHSIA YANG AMAT BESAR.Orang Melayu sudah ada sebelum Kesultanan Melaka!Benarlah penjajahan merupakan vakum yang telah mengkuarantinkan orang Melayu dari mencapai sejarah agung mereka di luar kepompong sejarah Melaka.

Sejak itu para pengkaji sejarah;kebanyakannya dari luar dan sejarahwan Indonesia mula mengkaji

tentang misteri empayar Sriwijaya.Semua 'puzzle' yang ditemui di Kemboja,Thailand,Indonesia,Malaysia dan Filipina akhirnya terjawab dengan kewujudan satu empayar 'thalassocracy' yang paling berpengaruh di seluruh Asia Tenggara.Kebingungan para pengkaji dan ahli arkeologi yang menemui prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat di samping gelaran-gelaran dinasti Melayu di Kemboja,Thailand dan seluruh Asia Tenggara serta para pembesar mereka di Filipina selesai dengan nama ini;Sriwijaya.Ketika para pengkaji luar sibuk meneliti empayar agung ini,para

sejarahwan Malaysia masih duduk di dalam kepompong sejarah Melakanya bermalas-malasan.Lepas itu mengeluarkan kenyataan pelik bahawa orang Melayu tidak mampu bina kapal besar,malahan sanggup berhabis beriburibu ringgit membina replika kapal Flor de La Mar yang menyerang Melaka!Ini satu kedunguan para sejarahwan Malaysia.Sebab itu ada menteri Malaysia yang mengeluarkan kenyataan tidak berpelajaran mengatakan bahawa orang Melaka berperang hanya menggunakan tombak dan keris sahaja.Orang Melaka memang kalah dengan kuasa Portugis tetapi bukan sebab berperang dengan

keris,tetapi dikhianati. Tahukah anda bahawa beratus-ratus kapal pedagang,kapal perang atau kapal pelaut Sriwijaya masih tersadai di dasar laut Selat Melaka,Laut Champa (Laut China Selatan) dan sekitar Borneo?Tetapi ini hanya heboh di Indonesia.Ketika orang Melayu Malaysia mengetuk-ngetuk kepala menangisi kebodohan sejarah bangsa yang kononnya tidak mampu membuat sebatang jarum,pakar-pakar perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana

teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya.Pakar arkeologi maritim,Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya,pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju,jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.

Dari mana kita tahu kewujudan Sriwijaya?Dari para pengkaji luar.Goerge Coedes dari L'cole franaise d'ExtrmeOrient,sebuah institusi kajian sosiobudaya Asia telah menemui rahsia satu empayar maritim yang hilang ketika menafsirkan catatan-catatan kuno China berkenaan 'Sanfotsi' dan prasastiprasasti berbahasa Melayu Kuno berkenaan 'Sriwijaya'.Tidak ada bukti bertulis tentang Sriwijaya seperti kitabkitab atau rekod dalam bahasa Melayu sebagaimana Kesultanan Melaka yang

dirakan kewujudannya dalam Sulalatus Salatin.Kita hanya mengharapkan rekodrekod dari dinasti-dinasti China serta bukti perdagangan seperti bangkai kapal atau artifak.Satu tindakan yang bijak oleh raja-raja dahulu ialah mereka senantiasa menghantar duta ke Negeri China untuk menjalin hubungan diplomatik. Jika yang demikian bagaimana sebelum era Sriwijaya?Adakah orang Melayu hanya wujud ketika bermulanya Sriwijaya? Tidak,kerana terdapat konsep 'city-

states' Melayu yang berselerak di seluruh Nusantara sebelum era Sriwijaya.Terdapat kerajaan yang bernama Melayu di Sumatera yang mengeksport emas,juga kerajaan yang bernama Melayu di Segenting Kra.Terdapat juga kerajaan purba di Pahang yang dicatat dalam rekod Maharaja China,juga tercatat nama 'Dungun' sebagai satu pelabuhan kuno dalam senarai pelabuhan pada satu rekod China Purba sekitar 1 Masehi! Kita tidak tahu bilakah sebenarnya Sriwijaya bermula kerana rekod dari ITsing itu adalah ketika Sriwijaya

mencapai tahap kemuncaknya.Apa maksud dari semua misteri ini? SEBENARNYA SEMAKIN DALAM KITA MENGKAJI SEJARAH MELAYU,SEMAKIN JAUH KITA MENGGAPAI MASA SILAM.Dan sejarah Melayu mampu ditelusuri sehingga ke zaman Mesir Purba!

Mengapa begitu?Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir telah menemui bahawa terdapat pengaruh Mesir Purba di dalam beberapa sisi budaya Melayu.Pertama sekali bahasa terutama bahasa Melayu Sumatera.Yang paling mengejutkannya ialah penemuan perkataan 'Maatheru' yang punya padanan ketara dengan perkataan 'Matahari'.'Heru' adalah 'godking' dalam tradisi Mesir Purba dan diterjemahkan kepada Horus dalam bahasa Greek.'Maat' bermaksud 'eye'

dalam bahasa Inggeris.Jones mendapati orang Mesir purba seolah-olah 'menyingkatkan' sebutan perkataan dalam bahasa Melayu.Contohnya 'baik' (good) menjadi 'bw/bai' dalam bahasa Mesir Purba.'Hawa' (hot breath) menjadi 'hh' (diterjemah dari hiroglief).'Agak' (approximately) menjadi 'aga'. Mata (eye) menjadi 'maat'! Bagaimana orang Melayu menggabungkan perkataan 'maat' dan 'heru' menjadi 'matahari' yang merujuk kepada 'sun'?SIAPAKAH KITA SEBENARNYA?

Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Melayu yang punya persamaan dengan bahasa Mesir Purba.Adakah pembina piramid adalah berasal dari suku Austronesia?Ini yang memeningkan para pengkaji American Research Center. Terdapat rahsia besar di sini.Beribu-ribu tahun dahulu,terdapat hubungan yang erat antara Mesir Purba dengan The Land of Gods.

Kod-kod Rahsia dari The Valley of Kings

Terdapat banyak rahsia sebenarnya yang tidak mampu difahami oleh Egyptologist dan pengkaji sejarah Mesir Purba.Ini kerana mereka tidak punya pengetahuan pada masa yang sama tentang orang Melayu dan etnik-etnik Austronesia.Di Lembah Raja-raja,iaitu kompleks makam para Firaun,terdapat ukiran kapal-kapal besar yang dibina untuk perjalanan jarak jauh.Para pengkaji 'Ekspedisi Punt' kerap

mengaitkan Punt terletak di Afrika,tepatnya di Somalia atau orang Phoenicia.Namun apa gunanya kapalkapal besar itu?Orang Mesir Purba diketahui bukanlah pembuat kapal yang mahir dan sering dikhabarkan bahawa kapal-kapal Mesir Purba tidak dapat bertahan lama di laut dan sering tenggelam (kebiasaannya mereka membinanya dari batang-batang jerami).Jika Punt di Somalia,bukankah lebih senang membuat ekpedisi dengan berjalan kaki sahaja daripada mengambil risiko berlayar di Laut Merah?Namun gambar-gambar kapal besar di Luxor itu menceritakan rahsia besar hubungan

keturunan raja-raja Mesir dengan apa yang dinamakan 'Tanah Nenek Moyang'. Sebelum kita membongkar lagi rahsia dari Lembah Raja-raja,mari kita belajar bagaimana kod-kod rahsia dari hikayathikayat Melayu dapat dipecahkan.Sulalatus Salatin adalah teks semi-sejarah yang banyak menyimpan rahsia bangsa Melayu.Kesimpulan yang jelas dari teks ini ialah betapa hubungan antarabangsa orang Melayu pada masa dahulu amat signifikan dan terampil.Raja-raja Melayu menjalinkan hubungan diplomatik,menghantar duta,mengadakan perkahwinan dengan

raja/puteri luar dan menerima kunjung hormat.Salah satunya Raja Suran.Raja Suran bukanlah orang Melayu tetapi satu raja purba yang keturunannya telah berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun,pemerintah Palembang.Siapakah Demang Lebar Daun?Baginda kemungkinan adalah pemerintah kerajaan Melayu yang kembali bebas atau pemerintah Dharmasraya setelah hegemoni Sriwijaya merosot.Raja Suran sering dikaitkan dengan Rajendra Chola I yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya.Dalam Sulalatus Salatin,Raja Suran adalah keturunan Raja Kinda Hindi yang telah dikalahkan oleh Iskandar

Zulkarnain.Rajendra Chola pula keturunan Tamil-Dravidia.Bila disebut 'Hindi' maka kita mestilah membayangkan kerajaan-kerajaan utara India seperti Maurya,Gupta atau Pala.Setidak-tidak pun Empayar Kushan atau Gandhara. Di dalam Purana dan Mahabharata,tercatat nama kaum-kaum utara yang dinamakan 'gerombolan barbarian' seperti Yavanas,Sakas,Pahlavas,Hunas dan Kambojas (terdapat banyak lagi seperti Parasikas,Kiratas) yang sering menyerang perbatasan utara

India.Yavana atau Yona sebenarnya sebutan lidah Sanskrit kepada Ionia,wilayah yang terletak di Anatolia sekarang,dahulunya di bawah pengaruh Hellenistik Greek.Lidah Arab menyebutnya sebagai Yunani,dan ini diikuti oleh lidah Melayu.Hunas adalah kaum Hun,salah satu kaum gasar berkuda seperti Scythia atau Sakas dalam sebutan Sanskrit.Pahlavas ditafsirkan sejarahwan kepada Pahlavi atau Parthia,satu kerajaan barat laut Iran.Dan akhirnya Kambojas iaitu kaum Kamboja dari kelompok Aryan yang berbahasa Avestan.

Semua kaum-kaum utara ini (sama ada dipengaruhi oleh Hellenistik mahupun Parsi) kemungkinan adalah bayangan kepada 'Iskandar Zulkarnain' yang mengalahkan 'Raja Kinda Hindi'.Kemudian Iskandar Zulkarnain telah mengahwini puteri Raja Kinda Hindi.Keturunannya inilah melahirkan Raja Suran dan dari keturunan Raja Suran ini ada yang berlayar ke Sumatera dan berkahwin dengan anak raja Melayu.

Salah satu negeri yang diserang Raja Suran ialah Gangga Negara yang dikatakan terletak di Perak.Tetapi dalam Inskripsi Tanjore tidak disebut Gangga Negara atau Gangganagar sekalipun.Kewujudan Gangga Negara hanya diketahui dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa sahaja dan tiada prasasti yang menyebut nama kerajaan ini.Kajian oleh Colonel James Low pada tahun 1849 pula hanya menjejak satu kerajaan purba lain iaitu Kerajaan Beruas.Kerajaan ini adalah lebih tua dari Kesultanan Melaka dan

mungkin sezaman dengan Langkasuka.Beliau hanya mengagak bahawa terdapat satu kerajaan yang lebih tua dari Kerajaan Beruas ini. Apakah maksud dari semua ini? SEBENARNYA KISAH RAJA YANG MENEUTRALKAN MONOPOLI EMPAYAR-EMPAYAR MARITIM MELAYU TELAH BERLAKU BERULANG KALI. Sebelum Rajendra Chola datang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya,cara yang sama juga telah digunakan oleh raja-raja

sebelumnya setiap kali empayar maritim Nusantara memonopoli cukai dan perdagangan di Selat Melaka. Cuba teka,mengapa Portugis menyerang Kesultanan Melaka,satu lagi empayar maritim Melayu selepas Sriwijaya?MONOPOLI PERDAGANGAN REMPAH. Raja Suran menyerang Tanah Melayu sehingga ke Temasek kemungkinan untuk memusnahkan monopoli satu empayar maritim sebelum Sriwijaya.Dalam Sulalatus Salatin,telah diceritakan Raja Suran

kononnya mahu menundukkan China kerana semua kerajaan tunduk kepadanya kecuali China.Dalam perjalanan dari Benua Keling,Raja Suran telah berperang dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sehingga sampai ke Temasek.Sampai ke Temasek,raja Suran telah bertanya kepada para pedagang China yang singgah di sana berapa lamakah perjalanan ke negeri China.Namun pedagang itu yang tahu Raja Suran mahu menyerang negerinya telah membuat helah supaya Raja Suran membayangkan letaknya negeri China itu terlampau jauh.Setelah itu

Raja Suran pun membuat satu peti kaca dan masuk ke dalamnya lalu ditenggelamkan ke dalam air.Selepas puas melihat dunia bawah air,diceritakan Raja Suran telah membuat satu batu peringatan yang menerangkan segala penaklukannya ke atas Tanah Melayu sehingga ke Temasek. Menariknya,Batu Bersurat Singapura yang dijumpai ketika Stamford Raffles 'membuka Singapura' menceritakan perkara yang sama seperti yang tertulis di dalam Sulalatus Salatin!Terdapat

kisah Raja Suran yang menakluk semenanjung hingga ke Temasek.Catatan pegawai Stamford Raffles juga menceritakan penemuan satu batu yang amat besar di muara sungai Singapura.Kedudukan batu itu amat aneh dan terdapat inskripsi yang sukar dibaca terukir pada batu.Mereka cuba menggunakan asid untuk menimbulkan tulisan tetapi masih sukar dibaca.Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu besar itu adalah batu yang pernah diangkat oleh Badang,satu watak legenda dalam Sulalatus Salatin.

Terdapat satu rahsia tentang kewujudan Sulalatus Salatin.Pada permulaan kata-kata yang menerangkan sebab Tun Seri Lanang menyusun kitab itu: "Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka berkata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka

itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya." Goa di sini bukanlah Goa di India,tetapi kerajaan Gowa di Sulawesi.Semasa kejatuhan Melaka,rakyat,tentera mahupun perompak telah melarikan banyak khazanah dari istana berupa kitabkitab atau hikayathikayat.Sebahagian khazanah itu telah dikumpulkan di Gowa,satu kerajaan yang punya hubungan erat dengan Kesultanan Melaka.Ketika Kerajaan Johor-Riau sudah stabil dan menguasai kembali perdagangan selat,di zaman Tun

Seri Lanang itulah,para pedagang Melayu telah berlayar ke Sulawesi dan singgah di pasarpasarnya.Salah satu jualan di sana ialah jualan kitab-kitab,manuskrip dan hikayat.Pedagang-pedagang Melayu telah membeli mana-mana kitab atau manuskrip yang sempat dan dari sinilah Orang Besar itu meminta Tun Seri Lanang menyusun kembali semua manuskrip itu menjadi Sulalatus Salatin yang kita tatap pada hari ini.Ini bermakna terdapat puluhan malah ratusan lagi hikayat-hikayat Melayu di Gowa itu.Dari sinilah kemungkinan besar para pengarang

La Galigo mendapat ilham mengarang hikayat panjang tersebut. Di antara manuskrip-manuskrip tersebut,terdapat sebuah manuskrip yang menceritakan seorang raja yang memerintah Nusantara lama sebelum lahirnya Raja Suran.Raja ini juga mempunyai empayar maritimnya sendiri,cara yang akan berulang-rulang kali muncul selepasnya.Namanya ialah Hari. Beribu-ribu tahun sebelum wujudnya Sriwijaya,Emperor Hari

telah berkuasa di The Land of Gods.Kuasa yang paling dicemburui oleh para musuhnya ialah: Perdagangan maritim.

------------------ X * X-------------------

Bibliografi:

-Sulalatus Salatin,A. Samad Ahmad -Journal of the Asiatic Society of Bengal Vol XVII,Part II-July to December -Specimen C,frame no.176 inscribed stone,Luxor. -Specimen G,frame no.67 west block (?),3rd tomb -Inscription found in Province Wallesley,Col.James Low. -Note on the Inscription from Singapore,Hons. Col. Butterworth,C.B,James Low. -In The History of Sumatra, William Marsden

-Phoenician Characters In Sumatra," Part 6, (1892-1895) -Edouard Naville, "The Naval Expedition to the Land of Punt," The Temple of Deir El Bahari, III (London: Egypt Exploration Fund, 1884) Plates LXXVIII-LXXXI -Margaret Bunson, The Encyclopedia of Ancient Egypt, (New York: Facts on File, 1991) -Munoz, Paul Michel, (2006), Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula, Editions Didier Millet. -Po Klaus Garai Inscription (BEFEO IX, Notes D'epigraphie: Nouvelles incriptions de Po Klaus Garai, Louis

Finot) -Chronicles of Chiang Mai -From the Red to the Med,Harry Bourne ---------------------------------------------

Next....

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV

"The Federation of Maritime Powers & Seaports"

-Siapakah Srivijaya? -Dari mana kita tahu tentang Srivijaya? -Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya -Siapakah Maharaja Zabag? -catatan Mas'udi -Siapakah Sribhoja? -Dari mana asal-usul Srivijaya? -Srivijaya sebagai sebuah empayar

-Penakluk Segala Pelabuhan -"Maharaja Seluruh Kepulauan" -The Guardian of Malacca Straits -Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan -Monopoli dan prestij Srivijaya -Siapakah orang Bugis,Bajau Laut,Orang Laut dan Sulu? -Profesion purba Bangsa Melayu -'The Eastern Norsemen and Phoenicia' -Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIV

Hujan rintik-rintik di luar.Suasana di Bangkok pagi itu sejuk sekali.Lelaki muda itu menyelak langsir,melihat dari luar bangunan National Library of

Thailand.Dia merenung titis-titis hujan terjun di jalanan yang becak.Memorinya ligat mengingat-ngigat kata-kata anak buahnya;seorang pelatih dalam bidang arkeologi yang berkerja di Sumatera. "Monsieur,dengarlah kata-kata saya ini...mereka telah menjumpai berpuluhpuluh prasasti menakjubkan terbenam di dalam lumpur.Saya telah membaca laporan dari ketua ekspedisi...dan apa yang saya beritahu dahulu..." "San fo qi?" "Saya telah beritahu tuan bukan?"

Lelaki muda itu kelihatan resah.Dia mundar mandir di dalam ruang pejabat,kemudian terus duduk di hadapan meja kerjanya sambil kedua-dua tangannya menggenggam ;sambil bermain dengan jari-jemarinya.Di atas mejanya terletak satu plat tembaga berkilat yang terukir namanya:Georges Coeds "Di Ligor,mereka telah menjumpai satu batu yang terukir tulisan-tulisan yang amat kuno.Orang aku telah meminta sami-sami Buddha menterjemahkan erti dalam batu bersurat itu,namun sami-sami itu semuanya tidak berguna!Aku terpaksa mengupah seorang pandit tua dari Ceylon

yang tahu bahasa Sanskrit dan Pali.Dia mengesan beberapa perkataan yang boleh dibaca,namun ada perkataan-perkataan yang tidak mampu diterjemahkan," Coedes teringatkan kata-kata sahabatnya di Paris,beberapa minggu selepas dirinya dilantik menjadi pengarah di National Library of Thailand. "Apa isinya?" "Nama seorang Maharaja..." Coedes menyelak helaian-helaian jurnal di atas meja.Dia terpandang satu perkataan di hujung perenggan:Lo-Yue

"Aku tidak setuju!Kamu lihat apa keadaan orang-orang di sini,mustahil mereka boleh membina sesuatu sehebat itu?" "Apa masalahnya?Mundur?Terjajah?" "Kamu tahu apa yang Raffles tulis?" Coedes mencebik bibir sambil tersenyum mengejek,"...dan kamu tidak tahu apa yang ditulis Raffles selepas dia menjumpai Borobudur..." Lelaki muda itu masih termenung mengingatkan dialog antara dirinya dan sahabat baiknya setahun yang lepas.San

fo qi,hatinya berbisik.Kepalanya ligat memikirkan misteri itu.Dia bangun lalu mengambil laporan-laporan tebal yang berisi koleksi rekod-rekod China Purba berkenaan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara.San fo qi dan Sribhoja adalah benda yang sama,detik hatinya. "Monsieur...ingatlah kata-kata saya ini,di sana...beribu-ribu tahun yang silam...terdapat satu empayar yang amat megah.Mereka menjalankan perdagangan maritim yang amat berjaya;dari Sumatera hingga ke Visaya.Dari Jawa hingga ke Kemboja.Mereka berdagang dengan dinasti-dinasti China,dagangan mereka sampai ke India dan tiba sejauh Empayar

Rom dan menembusi runtuhan Persepolis.Monsieur,rahsia yang paling tersembunyi adalah kemegahan yang tidak terbandingkan." Coedes tiba-tiba tersentak.Matanya melilau sambil tangan kanannya mencari-cari hadiah pemberian pelatih arkeologi itu kepadanya.Kemudian dia mengeluarkan perlahan-lahan,satu syiling purba yang diperbuat dari emas tulen.Kilauan aneh dari syiling emas itu begitu mempesona. Srivijaya,Coedes berbisik.

"...Monsieur,rahsia yang paling tersembunyi adalah kemegahan yang tidak terbandingkan..."

THE FEDERATION OF MARITIME POWERS & SEAPORTS

"Srivijaya is remembered today not for its temples or even its own literary records but in the literature of foreign countries, whose merchants enjoyed the facilities of the Malay seafarers "

( O. Wolters )

Tidak dinafikan,kewujudan sesuatu entiti itu adalah disebabkan kesan-kesan yang ditinggalkan.Peradaban Assyria jika dikaji dari segi kota-kota atau bangunanbangunan...memang hampir tiada dan hampir mustahil untuk dibuktikan kewujudannya.Ibukotanya,Nineveh kini sudah rata menjadi pasir.Namun adakah peradaban Assyria itu tidak wujud hanya disebabkan Nineveh sudah hilang dari muka bumi?

Peradaban Assyria wujud disebabkan beratus-ratus prasasti,manuskrip,catatan-catatan ahli sejarah,helaian-helaian kitab agama dan rekod-rekod kerajaan yang akhirnya membuktikan bahawa peradaban ini benar-benar wujud.Sebab itu,walaupun Nineveh hanya tinggal lagenda,keberadaannya mampu dibuktikan melalui sumber-sumber bertulis yang lain.Inilah yang terjadi kepada empayar maritim ini;Sriwijaya. Pada tahun 1918,selepas beberapa tahun meneliti,akhirnya George Coeds dari cole franaise d'Extrme-Orient

(Institut Kajian Timur Jauh Perancis) yang ketika itu berkedudukan sebagai pengarah telah mengemukakan satu nama yang kemudiannya membuka satu rahsia besar kepada sejarah Asia Tenggara.Beliau mendapati terdapat satu empayar maritim yang hilang di Asia Tenggara di mana bukti kewujudannya berada dalam pelbagai bentuk sumber;dari prasasti,rekod dari China,riwayat dari India dan Sri Lanka,serta catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi.Beliau mendapati nama 'Sanfotsi' yang tercatat di dalam rekodrekod kuno China adalah entiti yang sama dengan 'Sribhoja' yang terdapat

dalam teks-teks Arab dan India.Beliau juga merujuk entiti yang sama muncul dalam prasasti-prasasti yang ditemui di Sumatera,tertulis dalam bahasa Melayu Kuno.Teks-teks China juga kadangkala menyebutkannya sebagai 'Shilifoshih' sementara Sumatera muncul dalam manuskrip-manuskrip kuno dengan nama 'San Fo Qi' atau 'Sanfotsi'. Goerge Coedes telah menjumpai satu empayar maritim yang dahulunya amat berkuasa di Asia Tenggara! Penemuan Coedes ini telah mencantum beratus-ratus 'puzzle' yang lain;empayar

yang sama disebut dalam rekod-rekod China,prasasti di Nusantara dan India,juga catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi.Kesemua rekod-rekod luar negara ini pula bertepatan dengan prasasti-prasasti yang ditemui di seluruh Asia Tenggara.Antaranya Prasasti Ligor,Prasasti Chaiya,Laguna Copperplate,Prasasti Kedukan Bukit,Prasasti Telaga Batu,Prasasti Talang Tua,Prasasti Tanjore dan sebagainya.Kesemua rekod bertulis ini mengukuhkan kewujudan empayar maritim paling misteri dalam sejarah dunia.

Kewujudan Sriwijaya tidak diketahui dengan tepat bilakah ianya bermula.Catatan dari pengembara yang juga sami Buddha dari China,ITsing,adalah ketika Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya.Ketika itu,Sriwijaya menjadi pusat pengajian Buddha Mahayana terbesar di dunia sehinggakan para sami Buddha dari China wajib mempelajari bahasa Sanskrit di Sriwijaya sebelum melanjutkan pengajian ke India.Sriwijaya memerlukan beratus tahun untuk muncul sebagai empayar yang terkenal! Catatan dari K.A Nilakanta Sastri

menyatakan wujud rekod-rekod dari manuskrip-manuskrip purba India bahawa terdapat kewujudan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara sejauh 300 tahun Sebelum Masehi.Para sarjana Tamil lebih cenderung menyebutkan ini sebagai 'hubungan dagang dengan Sriwijaya'. Sriwijaya umumnya diketahui sejauh apa yang dicatat dalam Prasasti Kedukan Bukit.Menggunakan skrip Pallava,dalam bahasa Melayu Kuno: Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi

Shuklapaksa wulan Waishaka dapunta hiyang naik Disambau mangalap siddhayatra di Saptami Shuklapaksa Wulan Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan (Tamvar?) mamawa jang bala dua laksa dangan dua ratus tsyara disambau dangan jalan saribu Tlu ratus sapuloh dua banyaknya. Datang di Matajap (Mataya?) Sukhatshitta. Di pantshami shuklapaksa Wulan Laghu mudik datang marwuat manua Syriwijaya jayasiddhayatra subhiksa.

Maksud dalam bahasa Melayu Moden: Selamat dan Bahagia. Dalam Syaka 605 Sebelas hari Bulan Waisyaka. Baginda naik kapal Mencari untungnya pada tujuh hari Bulan Jyestha, Baginda berlepas dari Muara Tamvan membawa bala dua laksa dengan Dua ratus pawang di kapal dengan jalan seribu Tiga ratus sepuluh dua banyaknya. Datang di Matajap

Sukacita. Di lima hari Bulan Belayar mudik datang membuat benua Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur. Ketika ini,seorang maharaja Sriwijaya yang bernama Dapunta Hiyang Jayanasa telah berlayar ke Palembang pada tahun 682 Masehi untuk membina kota Sriwijaya dengan membawa tentera sebanyak 2000 orang,200 pawang dan 1312 tentera berjalan kaki.Dari sinilah pengkaji mengetahui nama empayar ini:Sriwijaya.Inilah prasasti yang tidak ternilai kepentingannya dalam membuktikan kewujudan empayar

maritim ini.

Siapakah Sriwijaya?

Satu perkara yang menarik tentang Sriwijaya,kewujudan direbut oleh pelbagai negara pada hari ini.Contohnya Thailand yang mendakwa Sriwijaya bermula di wilayah selatan Thai,tepatnya di Chaiya.Kemboja menampilkan namanama raja dinasti Sriwijaya yang memerintah Angkor dan Kamboja,juga penemuan Prasasti Ligor di perbatasan Kemboja menunjukkan asal-usul dinasti ini terutama Sailendra adalah dari Funan yang terletak di Kemboja.Sri Lanka menampilkan sejarah raja Vijaya yang kononnya bermigrasi ke Sumatera dan mewujudkan kerajaan Sriwijaya.India

menyatakan hipotesis tentang orang Malayalam yang berhijrah ke Sumatera.Juga tentang legenda Raja Vijaya.Malaysia dengan Kesultanan Melakanya yang dikatakan warisan mutlak Sriwijaya disamping teori Sriwijaya berasal dari wilayah Langkasuka.Dan akhirnya sudah pasti,Indonesia dengan Sriwijaya sebagai lambang kemegahan kebangsaannya. Terdapat juga suku kaum tertentu yang cuba menaikkan prestij kaumnya dengan mendakwa empayar ini milik mereka.Namun malangnya mereka tidak mampu menampilkan apa jua prasasti

atau bukti bertulis bahawa kaum mereka pernah memerintah Sriwijaya.Sriwijaya hanya mengeluarkan prasasti dalam bahasa Sanskrit atau Melayu Kuno atau campuran kedua-dua bahasa. Ini adalah bukti jelas kepada para sarjana seluruh dunia bersepakat bahawa Sriwijaya ADALAH EMPAYAR ORANG-ORANG MELAYU.Maharajamaharajanya menuliskan dengan megah kerajaan dan nama keluarga dinasti mereka dalam bahasa Melayu Kuno! Dari Sriwijaya inilah,kebudayaan Melayu tersebar ke seluruh pelusuk Asia

Tenggara.Bahasa Melayu menjadi lingua franca,bahasa perdagangan,bahasa pentadbiran dan bahasa persuratan.Taraf bahasa Melayu di Asia Tenggara adalah setaraf dengan bahasa Latin.Dahulu,raja-raja Eropah wajib mempelajari bahasa Latin untuk berhubung antara kerajaan-kerajaan di Eropah.Seorang kerabat diraja Perancis contonya,disamping berbahasa Perancis,dia juga wajib mempelajari bahasa Latin.Bagaimanakah bahasa Latin menjadi lingua franca? Melalui Empayar Rom.

Bagaimanakah bahasa Melayu menjadi lingua franca? Melalui Empayar Sriwijaya. Faktor bahasa ini adalah hujah terkuat untuk membuktikan bahawa Sriwijaya adalah milik mutlak bangsa Melayu.Sebagai contoh,sekiranya Sriwijaya adalah milik orang-orang Tausug,adalah tidak relevan maharajamaharaja Tausug menuliskan prasasti dalam bahasa Melayu Kuno.Sekiranya teori bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai bahasa perdagangan (ini teori yang selalu dicipta oleh fanati-fanatik

sukukaum tertentu yang buta sejarah),ini bermakna sebelum kemunculan maharaja-maharaja Tausug ini,ADA SEBUAH EMPAYAR YANG MENYEBABKAN BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA FRANCA.Bahasa menjadi lingua franca,adalah disebabkan hegemoni pemerintahan sesebuah kerajaan.Bahasa Inggeris menjadi dominan pada hari ini kerana British pernah menjadi empayar kolonial terbesar di dunia.Penguasaan British di Amerika menyebabkan bahasa Inggeris menjadi dominan di Amerika walaupun selain imigran British,terdapat juga imigran dari kalangan bangsa-bangsa

Eropah yang lain seperti imigran Itali,Jerman,Perancis,Sepanyol dan sebagainya.Bahasa Arab menjadi lingua franca di Timur Tengah kerana penguasaan wilayah oleh empayarempayar khalifah Islam pada masa dahulu.Bahasa Sepanyol menjadi dominan di Amerika Selatan kerana kesan penjajahan Sepanyol di sana.JADI KONSEP BAHASA MENJADI LINGUA FRANCA ADALAH DISEBABKAN OLEH HEGEMONI PEMERINTAHAN.

Perhatikan Prasasti Kota Kapur ini:

Siddha titam hamba nvari i avai kandra kayet ni paihumpaan namuha ulu lavan tandrun luah makamatai tandrun luah vinunu paihumpaan hakairum muah kayet ni humpa unai tunai. Umentern bhakti ni ulun haraki. unai tunai kita savanakta devata mahardika sannidhana. manraksa yan kadatuan rivijaya. kita tuvi tandrun luah vanakta devata mulana yan parsumpahan. paravis. kadadhi yan uran didalanna bhami paravis hanun. Samavuddhi lavan drohaka, manujari drohaka, niujari drohaka talu din drohaka. tida ya. Marppadah tida ya bhakti. tida yan tatvarjjawa diy aku. dngan diiyan

nigalarku sanyasa datua. dhava vuathana uran inan nivunuh ya sumpah nisuruh tapik ya mulan parvvanda datu riwijaya. Talu muah ya dnan gotrasantanana. tathapi savankna yan vuatna jahat. makalanit uran. makasuit. makagila. mantra gada visaprayoga. udu tuwa. tamval. Sarambat. kasihan. vacikarana.ityevamadi. janan muah ya sidha. pulan ka iya muah yan dosana vuatna jahat inan tathapi nivunuh yan sumpah talu muah ya mulam yam manuruh marjjahati. yan vatu nipratishta ini tuvi nivunuh ya sumpah talu, muah ya mulan. saranbhana uran drohaka tida

bhakti tatvarjjava diy aku, dhava vuatna niwunuh ya sumpah ini gran kadachi iya bhakti tatvjjava diy aku. dngan di yam nigalarku sanyasa dattua. anti muah kavuatana. dngan gotrasantanana. Samrddha svasthi niroga nirupadrava subhiksa muah vanuana paravis chakravarsatita 608 din pratipada uklapaksa vulan vaichaka. tatkalana Yan manman sumpah ini. nipahat di velana yan vala rivijaya kalivat manapik yan bhumi java tida bhakti ka rivijaya.

Terjemahan dalam bahasa Melayu Moden: Keberhasilan ! (disertai mantera persumpahan yang tidak difahami ertinya) Wahai sekalian dewata yang berkuasa,

yang sedang berkumpul dan melindungi Kadtuan rwijaya ini; kamu sekalian dewa-dewa yang mengawali permulaan segala sumpah ! Bilamana di pedalaman semua daerah yang berada di bawah Kadtuan ini akan ada orang yang memberontak yang bersekongkol dengan para pemberontak, yang berbicara dengan pemberontak, yang mendengarkan kata pemberontak; yang mengenal pemberontak, yang tidak berperilaku hormat, yang tidak takluk, yang tidak setia pada saya dan pada mereka yang oleh saya diangkat sebagai datu; biar orang-orang yang menjadi pelaku perbuatan-perbuatan tersebut

mati kena kutuk biar sebuah ekspedisi untuk melawannya seketika di bawah pimpinan datu atau beberapa datu rwijaya, dan biar mereka dihukum bersama marga dan keluarganya. Lagipula biar semua perbuatannya yang jahat; seperti mengganggu :ketenteraman jiwa orang, membuat orang sakit, membuat orang gila, menggunakan mantra, racun, memakai racun upas dan tuba, ganja, saramwat, pekasih, memaksakan kehendaknya pada orang lain dan sebagainya, semoga perbuatanperbuatan itu tidak berhasil dan menghantam mereka yang bersalah

melakukan perbuatan jahat itu; biar pula mereka mati kena kutuk. Tambahan pula biar mereka yang menghasut orang supaya merusak, yang merusak batu yang diletakkan di tempat ini, mati juga kena kutuk; dan dihukum langsung. Biar para pembunuh, pemberontak, mereka yang tak berbakti, yang tak setia pada saya, biar pelaku perbuatan tersebut mati kena kutuk. Akan tetapi jika orang takluk setia kepada saya dan kepada mereka yang oleh saya diangkat sebagai datu, maka moga-moga usaha mereka diberkahi, juga marga dan keluarganya dengan keberhasilan, kesentosaan, kesehatan, kebebasan dari bencana,

kelimpahan segalanya untuk semua negeri mereka ! Tahun aka 608, hari pertama paruh terang bulan Waisakha (28 Februari 686 Masehi), pada saat itulah kutukan ini diucapkan; pemahatannya berlangsung ketika bala tentara rwijaya baru berangkat untuk menyerang bhmi jwa yang tidak takluk kepada rwijaya. Kita akan berjumpa beberapa perkataan yang masih wujud dalam bahasa Melayu Moden seperti= 1.hamba

2.sumpah 3.kasihan 3.tunai 4.jahat 5.aku 6.uran (orang) 7.yan (yang) 8.ka (ke) Terdapat berpuluh-puluh lagi prasasti dalam Bahasa Melayu Kuno ditulis oleh Empayar Sriwijaya,untuk merekodkan watikah empayar ataupun pemberitahuan peristiwa.Dari prasasti ini jelaslah bahawa Empayar ini diperintah oleh raja-raja Melayu Kuno

dan ini bertepatan dengan bukti-bukti dari Indochina.Dari Inskripsi Po Klaus Garai: Dalam Saka 972,Pulyang Sri Devaraja mahsenapati, anak saudara perempuan Sri Paramesvaravarmadeva, datang untuk mengambil kota Pandranga untuk Sri Paramesvaravarmadeva. Ketika itu negeri Champa dalam pengaruh Sriwijaya dengan dibuktikan nama diraja 'Yang Pu Ku Vijaya Sri' ditemui dalam prasasti di Vietnam.Perhatikan perkataan 'mahsenapati' dan ini adalah gelaran

jawatan dalam sistem Kedatuan (Emperial) Sriwijaya. Prasasti Ligor pula yang ditemukan di selatan Thai menceritakan tentang Raja Sriwijaya dan pembangunan trisamayacaithya untuk menyembah dewa-dewa agama Buddha, serta menyebutkan seorang raja bernama Vishnu dengan gelar Sarwarimadawimathana atau pembunuh musuh-musuh yang sombong tiada bersisa. Begitu pula prasasti Nalanda yang dikeluarkan oleh Raja Dewa Paladewa. Isinya menyebutkan tentang pendirian bangunan biara di Nalanda

oleh Raja Balaputradewa, Raja Sriwijaya yang menganut agama Buddha. Wilayah kekuasaan Sriwijaya meliputi seluruh Sumatera,Jawa, Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ayutthaya di selatan Thai,menjangkau ke Kemboja sehingga ke Vietnam Tengah (Champa).Kemudian ke timur mencapai Borneo,Sulawesi dan Kepulauan Filipina.Dengan menguasai Selat Melaka, Selat Sunda,Laut Sulu dan Laut Jawa,Sriwijaya menjadi penguasa lautan Asia Tenggara paling digeruni dengan autoritinya mengutip cukai ke atas kapal dagang yang lalu di Asia

Tenggara.Prasasti Ligor mempunyai dua bahagian. Dalam prasasti Ligor (A): Pujian terhadap raja Sriwijaya yang di ibaratkan bagai Mnu yang memberi berkah bagi dunia menyerupai Indra dan semua raja tetangga taat kepadanya ditulis pula pendirian sebuah bangunan batu trisamayacahtya untuk padma, pani, sakyamuni, dan wajrpani. Prasasti Ligor (B):

"Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnya dan merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengan kekuatannya disebut (sebagai dewa) Wisnu, kedua mematahkan keangkuhan semua musuhnya (Sarwarimadawimthana). Ia adalah keturunan dari (keluarga Syailendra) yang tersohor disebut Srimaharaja. Membincangkan prasasti-prasasti Sriwijaya memerlukan ruang penulisan yang amat besar,mungkin beberapa buah tesis setebal ensiklopedia.Kewujudan prasasti-

prasasti berbahasa Melayu Kuno ini membuatkan Sriwijaya tidak syak lagi merupakan hak milik bangsa Melayu yang paling tidak diragukan dan membatalkan apa jua dakwaan tidak berpelajaran sukukaum-sukukaum tertentu yang gagal menampilkan apa jua prasasti dalam bahasa sukukaum mereka,bagi menuntut nama agung Sriwijaya.

Catatan-catatan Para Pengembara Arab dan Parsi

Para pengembara Arab dan Parsi adalah salah satu sumber terpenting disamping rekod dari China.Legenda para pengembara Arab dan Parsi ini muncul dalam kisah-kisah pelayaran Sinbad.Sriwijaya sebagai penguasa lautan Asia Tenggara,akan mudah

dikunjungi oleh para pedagang dan pengembara dari seluruh dunia,termasuk dari Arab dan Parsi.Orang Arab Kuno memanggil orang-orang Sriwijaya sebagai Zabaj,merupakan transliterasi bagi sebutan Jawak atau Javaka yang terakam dalam kitab-kitab Pali Kuno.

Dalam catatan pengembara Arab disebutkan tentang kerajaan Zabag: "Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan,yang berkuasa atas

kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya.Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah pengaruhnya.Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempahrempah dan aromatik,dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi" -Catatan pengembara Arab Al Ma'sudi pada 943 Masehi yang melawat Sriwijaya / Zabag / Sribuza.

Dalam catatan di atas,kita tahu bahawa Zabaj ini menguasai seluruh kepulauan dan mempunyai armada tentera yang ramai.Keluasan jajahannya sehinggakan kapal yang paling pantas pun tidak mampu menghabiskan pelayaran mengelilingi seluruh jajahan Zabaj dalam tempoh 2 tahun.Komoditi utama yang didagangkan oleh Zabaj ialah REMPAH RATUS dan WANG-WANGIAN.Rempah ratus amat diperlukan di dunia sebelah Barat kerana rempah boleh memanaskan badan dikala cuaca sejuk.Rempah sering dimasukkan ke dalam arak sebagai tonik.Wangi-wangian

ialah kemenyan,dan kemenyan memang disukai oleh orang Arab.Dua benda ini adalah komoditi paling mahal ketika itu sehinggakan ia memberi kekayaan yang tiada taranya berbanding kerajaankerajaan lain di dunia.Maharaja Sriwijaya menjadi terlampau kaya sehinggakan dalam catatan pengembara Parsi,setiap pagi,maharaja akan mencampakkan syiling emas ke dalam sebuah kolam sebagai ritual.Selepas kemangkatan maharaja itu,para kerabat diraja berebut-rebut mengaut kembali timbunan duit emas yang mendap di dasar kolam!

Pada abad ke-12 Arab Geografi El Idrisi menulis dalam Kitab Rujar tentang penduduk Zabaj yang melakukan perjalanan ke Sofala dan Zanj di pantai sub-Sahara Afrika: "Penduduk dari Zabaj pergi ke tanah Sofala dan mengeksport besi dari sana dan membekalkannya untuk seluruh wilayah India. Tidak ada besi setanding dengan mereka dalam kualiti dan ketajaman ...... Penduduk Zabaj selalu diperlukan di Zanj di kedua-dua kapal besar dan kecil dan memperdagangkan barang dagangan mereka sesama sendiri,kerana mereka memahami

bahasa masing-masing" Sememangnya telah diketahui umum bahawa salah satu pelabuhan kesayangan Sriwijaya,Kalah (Kedah) adalah pelabuhan antara terkaya yang mengeksport besi ke India.Menakjubkan,catatan pengembara Arab ini telah terbukti pada hari ini apabila penemuan tamadun Sungai Batu di Kedah telah menyaksikan tapak-tapak loji pembakaran besi dan ini bertepatan dengan catatan dari El Idrisi! Di Universiti Leiden terdapat satu kitab berbahasa Parsi ditulis pada abad ke-

16,`Ajib al-Makhlq,menceritakan maharaja Sriwijaya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu sambil dikelilingi oleh dayang-dayang yang cantik jelita.Terdapat berpuluh-puluh lagi kitab Parsi Kuno yang masih dikaji kemungkian besar menyimpan rahsia paling rumit tentang hubungan antarabangsa orang-orang Melayu Sriwijaya dengan empayar Parsi dan Rom.Sejarah orang Melayu terakam indah dalam catatan orang asing,ditulis megah bagaikan raja-raja kayangan dan kerajaan-kerajaan bunian.

bersambung....

Artikel terbaru Srikandi dalam RiwayatMelayu

_________________________________

_________________

Coming soon...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XV

The Federation of Maritime Powers & Seaports Chapter II

-Prasasti-prasasti Melayu Kuno -Kelas pemerintahan -Hegemoni perdagangan -Prestij Kebudayaan -Rahsia dari kitab Parsi Kuno

-Perenggan-perenggan penuh misteri dari riwayat Pali Kuno -Datu-datu Melayu di Filipina -Perayaan nenek moyang Melayu di Filipina -Laguna Copperplate -Pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya -Pembina kapal-kapal -Dari Ryukyu hingga ke Mediteranean -Rekod-rekod dari China -"Persekutuan Kuasa-kuasa Maritim" -Maharaja Pelabuhan -Prasasti Tanjore -Pertemuan dengan Umar Abdul Aziz

Tuesday, April 12, 2011 Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

Lokasi:Nakhon Si Thammarat,Thailand

Masa:10 a.m

Kajian sedang giat dijalankan terhadap kewujudan sebuah entiti politik yang digelar 'Sriwijaya' di bahagian selatan Thailand,di mana batu bersurat yang dikenali sebagai Prasasti Ligor dijumpai.Kedua-dua sisi prasasti ini mempunyai tulisan.Isi dari sisi pertama, yang dikenali sebagai Prasasti Viang Sa (Prasasti Ligor A),adalah tentang 'Lord King' Sriwijaya,yang dituliskan sebagai "hanya raja yang tertinggi dari semua raja bumi", telah mendirikan tiga

bangunan dari batu-bata yang indah (Trisamaya caitya);rumah Kajakara (Padmapi),dari pemusnah Mara (Buddha),dan Vajrin (Vajrapani).Di sisi lain, yang dikenali sebagai Prasasti Ligor B, terdapat maklumat tentang nama "Visnu" yng digelar "esavvrimadavimathana" (pembunuh musuh-musuh sombong tidak bersisa) dan juga seorang yang disebut sebagai Sri Maharaja.Sesuatu yang menarik perhatian ialah,gelaran "pembunuh musuh-musuh sombong tidak bersisa",mempunyai kaitan dengan gelaran "viravairimathana" (pembunuh musuh-musuh perwira) pada sebuah

prasasti yang ditemui di Nalanda,India.Prasasti tersebut mencatatkan perihal seorang raja dari 'bumijawa' dengan gelaran yang sama,berasal dari sebuah dinasti. Pengkaji kemudiannya mendapati dalam Prasasti Kelurak dan Prasasti Kalasan yang ditemui di Jawa,Indonesia,ditemui gelaran "vairivaravira-mardhana" (pembunuh musuh-musuh ternama).Kedua-dua prasasti ini menceritakan tentang dinasti pemerintah yang sama. Para sejarahwan dan sarjana akhirnya

telah menyimpulkan kewujudan satu dinasti purba yang amat berkuasa di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.Dinasti ini adalah arkitek yang terulung,pembina yang gigih dan penguasa yang bijak.

"The Sailendras"

There was a king of Yavabhumi (Java) who was the ornament of the ailendra dynasty, whose lotus-feet bloomed by the luster of the jewels in the row of trembling diadems, on the heads of all the princes, and who, as his name showed was the illustrious tormentor of the brave foes (Viravairimathana). His fame, incarnate, as it were, by setting its foot on the regions of (white) palaces, in

white water lilies, in lotus plants, conches, moon, jasmine and snow and being incessantly sung in all the quarters, pervaded the whole universe.

(Nalanda Inscription,India)

Antara sifat bangsa Melayu ialah mempertahankan sistem beraja.Raja

adalah tunggak kehidupan sosial pada masa lampau.Orang Melayu akan sedaya upaya mempertahankan rajanya,walaupun ada di antara raja-raja ini atau kaum kerabatnya tidak sedar diuntung,mengambil kesempatan atas sanjungan orang Melayu kepadanya.Namun sesetengahnya mempunyai peribadi yang mulia dan mengambil tanggungjawab mempertahankan agama,bukan mempertahankan perut sendiri. Sebab apa orang Melayu mempertahankan raja?Ini kerana pada masa silam,raja-raja Melayu inilah yang

menguasai daratan dan lautan Asia Tenggara,menjadi 'Maharaja seluruh kepulauan'.Mereka membina empayar,menyatukan seluruh pelabuhan dan menjalankan perdagangan maritim antara India dan China.Kesan nostalgia raja-raja Melayu pada masa silam bukan sahaja masih terasa di dalam hati dan sanubari orang Melayu,malah terakam kemas dan riwayat-riwayat Thai,Burma,Vietnam ,Laos dan Kemboja...di Indonesia selain Malaysia sendiri,rekod-rekod pengembara dan maharaja China,dijumpai pada batu bersurat di India dan sejauh kitab-kitab kuno di Iran dan peta-peta pengembara

Greek. Sebagaimana sistem monarki di seluruh dunia yang terdiri daripada dinastidinasti,begitu juga raja-raja Melayu.Salah satunya ialah dinasti Sailendra.

Sailendravamsa

Prasasti Nalanda

"Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnya dan merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengan kekuatannya disebut (sebagai dewa) Wisnu, kedua

mematahkan keangkuhan semua musuhnya (Sarwarimadawimthana). Ia adalah keturunan dari (keluarga Sailendra) yang tersohor disebut Srimaharaja. (Prasasti Ligor B,Chaiya,Thailand)

Sailendra ialah nama sebuah dinasti yang pernah menyebarkan pengaruhnya dari Indochina,semenanjung Malaysia,Sumatera,Jawa,Filipina hingga

sejauh India.Nama ailendravamsa dijumpai pertama kali di dalam Prasasti Kalasan dari tahun 778 Masehi (ailendragurubhis; ailendrawaoatilakasya; ailendrarajagurubhis). Kemudian nama itu ditemukan di dalam Prasasti Kelurak dari tahun 782 Masehi (ailendrawaoatilakena), dalam prasasti Abhayagiriwihara dari tahun 792 Masehi (dharmmatuogadewasyaailendra), prasasti Sojomerto dari tahun 725 Masehi (selendranamah) dan prasasti Kayumwuoan dari tahun 824 Masehi (ailendrawaoatilaka).Semua prasasti tersebut ditemukan di Indonesia.Nama

dinasti ini ditemukan juga dalam Prasasti Ligor di Thailand dari tahun 775 Masehi dan juga turut ditemui pada Prasasti Nalanda di India. Namun yang demikian,nama 'Sailendra' muncul untuk pertama kalinya dalam sebuah prasasti batu yang ditemuidi Sojomerto di daerah pesisir barat laut Jawa Tengah.Oleh kerana ia merupakan nama peribadi,andaian yang jelas adalah ia menunjukkan si pemunya nama ialah orang yang menurunkan keturunan dari keluarga 'Sailendra'. Prasasti Sojomerto tidak bertarikh, tetapi mengikut kajian,ia berasal dari pertengahan abad

ketujuh.Prasasti tertua berkenaan dinasti ini- tidak hanya dari Jawa Tengah, tetapi seluruh Indonesia - adalah dijumpai di batu piagam Canggal,yang dikeluarkan oleh raja Sanjaya pada tahun 732 Masehi.Ini memperingati asas tempat suci Siva lingga di Gunung Ukir bukit, sekitar 10 km hanya timur Candi Borobudur.Nama Sanjaya muncul sekali lagi dalam piagam Mantyasih dari 907 Masehi, ditemui sekitar 15 km sebelah utara Candi Borobudur. Telah diyakini bahawa pemerintah dari dinasti Sailendra inilah yang membina Borobudur,candi Buddha terbesar di

dunia.Ketika ini,empayar Sriwijaya telah dikuasai oleh dinasti ini,dimana sebelum itu empayar ini diperintah oleh raja-raja dari dinasti Sriwijayamala. Di dalam Prasasti Nalanda di India,terukir nama 'ailendrawaoatilaka' (permata dinasti Sailendra) dan Balaputradeva,raja Jawa.Penemuan nama dinasti ini sejauh India menyebabkan ramai sarjana tertarik untuk mengetahui siapakah dia dinasti ini sehinggakan mampu memahatkan prasasti sejauh India.

Misteri asal-usul dinasti Sailendra

Asal-usul keluarga Sailendra ini masih menjadi bahan perbincangan. Berbagai pendapat telah dikemukakan oleh sejarawan dan arkeologi dari berbagai negara. Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa keluarga ini berasal

dari India seperti Majumdar,Moens dan Nilakanta Sastri, yang lain mengatakan dari Funan (Coedes), sementara yang lain mengatakan bahawa mereka adalah asli dari Kepulauan Melayu (Poerbatjaraka).Kita akan menyiasat satu persatu misteri asal-usul dinasti ini. Majumdar mengandaikan bahawa keluarga Sailendra di Indonesia, baik di Sriwijaya (Sumatera) atau Medang (Jawa), berasal dari Kalinga (India Selatan). Nilakanta Sastri dan Moens mempunyai pendapat yang sama. Moens menganggap bahawa keluarga ini berasal dari India dan tinggal di

Palembang sebelum ketibaan Dapunta Hiyang.Pada tahun 682 Masihi, keluarga ini berangkat ke Jawa kerana tekanan Dapunta Hiyang dan tenteranya.Pada masa itu, pusat Sriwijaya berada di Semenanjung Tanah Melayu. Slametmuljana mempunyai idea yang sama berdasarkan gelaran 'Dapunta' yang ditemui dalam Prasasti Sojomerto.Gelaran ini juga ditemui pada Prasasti Kedukan Bukit (Dapunta Hiyang).Kedua-dua inskripsi ini ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno.Oleh kerana asal bahasa ini adalah dari Sumatera dan di sanalah wilayah berkembangnya

Kadtuan Sriwijaya sekitar 680 AD bolehlah diandaikan bahawa 'Dapunta Selendra' adalah salah satu pegawai Sumatera Selatan yang melarikan diri ke pantai utara Jawa di sekitar Pekalongan.Namun dalam teori Slametmuljana ini tidak jelas menyatakan adakah pegawai tersebut berasal dari India.Teori ini juga antara hujah sarjana lain yang mengatakan asalusul dinasti ini adalah dari Sumatera,sekaligus pandangan Slametmuljana ini terkelompok dalam Teori Nusantara. Coedes pula memiliki kecenderungan

untuk menganggap bahawa Sailendra di Nusantara berasal dari Funan (Kemboja).Jatuhnya Kerajaan Funan disebabkan oleh rusuhan telah mendorong keluarga ini ke Jawa,di mana mereka kemudiannya menjadi penguasa di Medang (Mataram) pada pertengahan abad ke-8 menggunakan 'Sailendra' sebagai nama keluarga. Pendapat bahawa keluarga Sailendra ini berasal dari Nusantara (Jawa) dikemukakan oleh Poerbatjaraka.Menurut beliau,Sanjaya dan keturunannya adalah raja dari keluarga Sailendra,asal-usul dari

Kepulauan Melayu dan beragama HinduSiva.Tapi kemudiannya Paamkaran (salah seorang kerabat Sailendra) menjadi pengikut Buddha Mahayana.Pendapat ini didasarkan pada Carita Parahyangan yang menyebutkan bahawa Rakai Sanjaya memerintahkan anaknya, Rakai Panaraban atau Rakai Tamperan untuk menukar agama kerana agama ini dihormati oleh semua orang. Pendapat Poerbatjaraka,adalah berdasarkan Carita-Parahyangan, kemudian disahkan oleh inskripsi yang ditemui di wilayah Kabupaten Batang.Dalam inskripsi ini, yang dikenali

sebagai Prasasti Sojomerto,nama Dapunta Selendra disebutkan,juga nama ayahnya,Santanu, dan ibunya bernama Sampla (da p nta selendra namah santan nma da bapa da bhadrawati nma aya da sampla nma da).Menurut Boechari, tokoh yang bernama Dapunta Selendra adalah moyang dan pengasas kepada semua raja-raja dari keturunan raja Sailendra di Medang.

Siapakah sebenarnya Sailendra?

Prasasti Sojomerto

Oleh kerana Prasasti Sojomerto ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno,nama 'Dapunta Selendra' adalah jelas ejaan Melayu dari kata Sanskrit 'Sailendra'.Jika keluarga Sailendra berasal dari India

Selatan,sudah tentu mereka akan menggunakan bahasa Tamil atau setidak-tidaknya bahasa Sanskrit pada prasasti mereka.Penemuan Prasasti Sojomerto menunjukkan asal usul keluarga Sailendra dengan Dapunta Selendra sebagai moyang dan pengasas dinasti telah berjaya dijumpai.Berdasarkan gaya paleografiknya,Prasasti Sojomerto ditulis pada pertengahan abad ke-7 Masihi. Prasasti Sojomerto telah membenamkan semua teori-teori karut dari Nilakanta Sastri,Moens dan lain-lain yang mengatakan dinasti ini berasal dari India

Selatan.Prasasti ini memang kuat diyakini menetapkan asal-usul dinasti ini kerana menerangkan siapakah Dapunta Sailendra dan ibu bapanya dalam bahasa Dapunta Sailendra sendiri,bahasa Melayu. Rahsianya terletak pada gelaran 'Dapunta'.Gelaran ini adalah gelaran khas raja-raja Melayu Kuno dari keturunan Sriwijayamala.Dalam Prasasti Kedukan Bukit,tercatat nama 'Dapunta Hiyang Jayanasa',seorang maharaja Sriwijaya yang menyerang Sumatera.Ketika itu,pusat empayar berada di semenanjung Tanah

Melayu.Dapunta ialah gelaran tertua bagi keturunan Sailendra kerana selepas itu gelaran bagi raja-raja dinasti ini ialah 'Rakai' iaitu gelaran bagi raja-raja Jawa.Rakai pada asalnya ialah penguasa tempatan Jawa di bawah hemegemoni Sriwijaya sebagaimana jawatan 'Datu'.'Dapunta' berasal dari 'Dapunta Hiyang' seperti mana perkataan 'Dapunta Hiyang Jayanasa' dalam Prasasti Kedukan Bukit. Kedua-dua prasasti ini;Kedukan Bukit dan Sojomerto ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Prasasti Sojomerto telah membenarkan sekaligus mengesahkan

dakwaan Poerbatjaraka.Sebab itu sejarah Melayu adalah sejarah yang tepat dan terpahat pada batu bersurat.Bukan dongengan atau cakapcakap mulut apatah lagi wasiat orang mati.

Universiti Nalanda.Di sinilah seorang raja Melayu menghadiahkan sebuah biara sebagai asrama para pelajar.

Nama 'Sailendra' menjadi terkenal kerana nama dinasti ini dijumpai terpahat pada prasasti tembaga di Nalanda,India.Di dalam prasti ini jelas merakamkan nama "ailendrawaoatilaka' (permata dinasti Sailendra).Prasasti ini bertarikh 860 Masehi dan ditulis dalam skrip Devanegari dan proto-Bengali, menyatakan bahawa seorang raja Suvarnadvipa (Sumatera) bernama Balaputradeva memberikan anugerah untuk Nalanda (Universiti Nalanda).Prasasti itu juga mencatatkan bahawa Balaputradeva adalah

sebahagian dari dinasti Sailendra di Javabhumi (Jawa,di sebelah timur).Anugerah itu berupa pembinaan biara untuk para pelajar tinggal.Prasasti tembaga itu mempunyai mohor berlambangkan dua ekor pelanduk,lambang Universiti Nalanda.

Penguasa dan pengasas dinasti-dinasti Jawa

Dinasti Sailendra adalah antara dinasti terawal yang menubuhkan Kerajaan

Medang di Jawa.Malah menurut Poerbatjaraka,dinasti ini adalah perintis kepada dinasti-dinasti lain dalam Kerajaan Medang.Mengapa pakar sastera Jawa ini mengatakan yang demikian? Terdapat tiga dinasti yang pernah berkuasa di Kerajaan Medang,iaitu dinasti Sanjaya,dinasti Sailendra serta dinasti Isyana.Sanjaya dan Sailendra berkuasa ketika kerajaan Medang berpusat di Jawa Tengah sementara Isyana ketika pusat kerajaannya berpindah ke Jawa Timur.Teori awal mengatakan bahawa dinasti Sanjaya dan

Sailendra sama-sama berkuasa di dalam kerajaan Medang.Ia dikemukan oleh Dr. Bosch.Beliau menyebutkan bahawa,di dalam Kerajaan Medang terdapat dua dinasti yang berkuasa,iaitu dinasti Sanjaya dan Sailendra.Istilah dinasti Sanjaya merujuk kepada nama pendiri Kerajaan Medang,iaitu Sanjaya yang memerintah sekitar tahun 732 Masehi. Dinasti ini menganut agama Hindu aliran Siva. Ibu dari Sanjaya adalah Sanaha,cucu Ratu Shima dari Kerajaan Kalingga di Jepara.Ayah dari Sanjaya adalah Sena/Sanna/Bratasenawa,raja Galuh

ketiga.Sena adalah putera Mandiminyak,raja Galuh kedua (702-709 Masehi).Dikemudian harinya,Sanjaya yang merupakan penerus Kerajaan Galuh yang sah,menyerang Galuh dengan bantuan Tarusbawa,raja Sunda.Penyerangan ini bertujuan untuk menyingkirkan Purbasora. Ketika Tarusbawa meninggal dunia pada tahun 723 Masehi,kekuasaan Sunda dan Galuh berada di tangan Sanjaya.Di tangannya,Sunda dan Galuh bersatu kembali.Tahun 732 Masehi,Sanjaya menyerahkan kekuasaan Sunda-Galuh kepada puteranya Rakai Panaraban

(Tamperan).Di Kalingga,Sanjaya memegang kekuasaan selama 22 tahun (732-754 Masehi),yang kemudian diganti oleh puteranya dari Dwi Sudiwara,iaitu Rakai Panangkaran.Rakai Panangkaran dikalahkan oleh dinasti dari Sumatera (?) yang bernama dinasti Sailendra. Pada tahun 778 Masehi raja Sailendra,yang beragama Buddha aliran Mahayana memerintahkan Rakai Panangkaran untuk mendirikan Candi Kalasan. Sejak itu Kerajaan Medang dikuasai oleh dinasti Sailendra.Sehinggalah akhirnya seorang puteri raja Sailendra yang bernama Pramodawardhani menikah

dengan Rakai Pikatan,seorang keturunan Sanjaya,pada tahun 840an.Rakai Pikatan kemudian mewarisi takhta mertuanya.Dengan demikian, Wangsa Sanjaya kembali berkuasa di Medang. Namun Poerbatjaraka menolak teori di atas.Bagi beliau dinasti Sanjaya tidak wujud.Menurutnya,Sanjaya tidak pernah ada,kerana Sanjaya sendiri adalah anggota keluarga Sailendra.Dinasti ini mula-mula beragama Hindu,kerana istilah Sailendra bermakna penguasa gunung iaitu sebutan untuk Siva. Selain itu,istilah 'Sanjayawamsa' tidak

pernah dijumpai dalam prasasti mana pun, sedangkan istilah 'Sailendrawamsa' ditemukan dalam beberapa prasasti, misalnya prasasti Ligor, prasasti Kalasan, dan prasasti Abhayagiriwihara.Jika dinasti Sanjaya amat berkuasa sehingga dikatakan membina candi Prambanan,sudah tentu mereka mampu memahat nama keluarga pada batu bersurat.Realitinya tidak ada nama keluarga Sanjaya terpahat pada batu bersurat.Ini bermakna keluarga Sanjaya masih bernaung di bawah nama keluarga Sailendra. Poerbatjaraka juga berpendapat

bahawa,Sanjaya telah memerintahkan agar puteranya,iaitu Rakai Panangkaran bertukar agama,dari Hindu menjadi Buddha.Teori ini berdasarkan atas kisah dalam Carita Parahyangan bahawa Rahyang Sanjaya menyuruh Rahyang Panaraban untuk bertukar agama.Dengan demikian, yang dimaksud dengan istilah raja Sailendra dalam prasasti Kalasan tidak lain adalah Rakai Panagkaran sendiri. Carita Parahyangan memang ditulis ratusan tahun sesudah kematian Sanjaya.Walaupun demikian,kisah di atas seolah terbukti dengan

ditemukannya sebuah prasasti yang mengisahkan tentang seorang pangeran bernama Sankhara yang bertukar agama kerana ayahnya meninggal dunia akibat menjalani ritual terlalu berat. Sayangnya,prasasti ini tidak jelas angka tahunnya,serta tidak menyebutkan nama ayah Sankhara tersebut. Jadi Poerbatjaraka menyebutkan bahawa hanya ada satu dinasti saja yang berkuasa di Kerajaan Medang,iaitu dinasti Sailendra yang beragama Hindu Siva.Sejak pemerintahan Rakai Panangkaran,dinasti Sailendra terpecah menjadi dua.Agama Buddha dijadikan

agama resmi negara,sedangkan cabang Sailendra lainnya ada yang tetap menganut agama Hindu,misalnya seseorang yang kelak menurunkan Rakai Pikatan.Rakai Pikatan inilah yang dijadikan hujah wujudnya dinasti Sanjaya. Satu lagi dinasti yang dikatakan memerintah Medang ialah Isyana.Istilah Isyana berasal dari nama Sri Isyana Wikramadharmottunggadewa,iaitu gelaran Mpu Sindok setelah menjadi raja Medang (929947 Masehi).Dinasti ini menganut agama Hindu aliran Siva.

Berdasarkan agama yang dianut,Mpu Sindok diyakini merupakan keturunan Sanjaya,pendiri Kerajaan Medang era Jawa Tengah.Salah satu pendapat menyebutkan bahawa Mpu Sindok adalah cucu Mpu Daksa yang memerintah sekitar tahun 910an. Mpu Daksa sendiri memperkenalkan pemakaian Sanjayawarsa (kalender Sanjaya) untuk menunjukkan bahawa dirinya adalah keturunan asli Sanjaya.Dengan demikian, Mpu Daksa dan Mpu Sindok dapat disebut sebagai anggota dinasti Sanjaya. Namun Poerbatjaraka, Pusponegoro,dan

Notosutanto menolak teori kewujudan dinasti bernama Isyana.Menurut mereka,dalam Kerajaan Medang hanya ada satu dinasti saja,iaitu dinasti Sailendra,yang asalnya beragama Hindu.Kemudian muncul dinasti Sailendra yang beragama Buddha apabila terpecah dengan munculnya anggota yang beragama Buddha. Dengan kata lain, versi ini berpendapat bahwa Mpu Sindok adalah anggota Wangsa Sailendra yang beragama Hindu Siva,dan yang memindahkan istana Kerajaan Medang ke Jawa Timur.KESIMPULANYA,HANYA DINASTI

SAILENDRA SAHAJA PEMERINTAH KERAJAAN MEDANG YANG SEBENAR. Teori Poerbatjaraka tepat setakat ini,kerana berdasarkan epik rakyat dan ditemui pula prasasti yang bersesuaian dengan epik tersebut.Ini bermakna sejak kita mengetahui bahawa Sailendra berasal dari dinasti Melayu,maka dinasti ini telah menurunkan beberapa keluarga pemerintah Jawa.Bagaimana?PERKAHWINAN CAMPUR.Kita tahu bahawa Majapahit yang muncul beratus tahun sesudah kerajaan Medang Kuno adalah beragama Hindu.Sebenarnya,yang menganut

agama Buddha pada masa lampau ialah bangsa Melayu.Dan ini identiti negarakota Melayu Segenting Kra.Orang Melayu suka bertukar agama,di mana dirasakan agama asal terlalu banyak menyeleweng.Buddha adalah agama yang dilihat cuba membetulkan agama Hindu.Apabila tiba Islam,orang Melayu bertukar agama lagi,kerana mereka mendapati agama ini adalah benar sebenar-benarnya;menyembah Tuhan Yang Esa,bukan patung-patung batu buatan tangan sendiri. Jadi jelas diyakini,keturunan Rakai Pikatan telah menjadi keturunan Jawa

apabila unsur Melayu telah mula hilang sedikit demi sedikit.Ini terjadi pada pemerintah Melayu yang berkahwin dengan orang Khmer dan Lao di Indochina.Biasanya anak raja rapat dengan ibu mereka,sementara ayahnya;si raja Melayu selalu keluar untuk berperang atau berdagang.Ini selalunya memakan masa berbulanbulan.Lama kelamaan,anak tersebut cenderung dengan bahasa atau budaya ibu mereka,tidak kira Jawa,Khmer atau Lao. Ini menunjukkan bahawa legenda Aji Saka itu adalah benar.Aji Saka ialah

tokoh legenda Jawa,orang luar yang membawa peradaban pada bangsa Jawa.Dinasti Sailendra adalah dinasti Melayu Segenting Kra pada asalnya,menurut sumber dari Kemboja yang mengatakan wujud raja Aji Saka di mana 'Saka' merujuk kepada kaum 'Saka',rumpun bangsa Kamboja.Apa rahsia semua ini?Pada masa dahulu,yang membawa ajaran Veda ke Nusantara ialah kelompok Kamboja ini.Kemungkinan mereka mula-mula membawa ajaran Veda yang suci;menyembah satu Tuhan bernama Brahma.Kemudian hari berganti hari,ajaran asal Veda telah rosak dan

menjadi agama Hindu yang menyembah beratus-ratus dewa.Apabila kelompok Kamboja yang mengajarkan agama Veda telah hilang meresap menjadi Melayu,tiada siapa yang membetulkan ajaran Veda,maka raja-raja Melayu mengikut sahaja kelompok Hindu yang baru.Ini ibarat apabila ulama-ulama kota Mekah semuanya menyeleweng,maka kemungkinan besar raja-raja Melayu juga cenderung untuk menyeleweng kerana kiblat agama Islam adalah di Tanah Arab.Begitu juga ajaran Veda berkiblatkan India.Perlu diingat,bangsa Kamboja bukanlah Dravidia seperti Tamil atau Telegu,mereka ialah puak-puak

Aryan yang berkulit cerah.Wajah mereka iras-iras antara keturunan Greek dan Parsi,berkulit kemerah-merahan.Mereka berbahasa Parsi Kuno seperti Avestan. Nama kerajaan Medang pula ada tercatat dalam Prasasti Laguna (Laguna Copperplate) bertarikh 822 Saka (900 Masehi) yang ditemui di Manila,Filipina.Penemuan prasasti yang ditulis dalam skrip Kawi dalam bahasa Melayu Kuno yang mempunyai perkataan pinjaman dari Sanskrit dan beberapa elemen kosa kata bukan dari bahasa Melayu iaitu dari bahasa Jawa Kuno dan Tagalog Kuno.Ini menunjukkan

bahawa orang-orang atau pegawai kerajaan Medang telah memulakan perdagangan antara pulau dan hubungan luar negeri di kawasankawasan sejauh Filipina,dan membuktikan hubungan antara kerajaan Melayu Kuno dan Filipina memang wujud.INI ADALAH BUKTI KUKUH HUBUNGAN ANTARA ORANG MELAYU DENGAN KEPULAUAN FILIPINA.Sebab itu orang yang menafikan pengaruh Melayu di Filipina adalah bagaikan katak di bawah tempurung.Ahli sejarah Filipina sendiri mengakui asal-usul bangsa mereka adalah orang Melayu.Laguna Copperplate adalah surat hutang.Ini

bermakna dalam urusan pentadbiran,bahasa Melayu adalah bahasa dominan.Kewujudan perkataan Jawa disebabkan oleh kerana dinasti Melayu Sailendra memerintah dari Jawa.Istilah Tagalog kerana untuk memudahkan orang tempatan yang biasa bertutur dalam bahasa daerah mereka.

Mengapa dinasti Sailendra menulis prasasti-prasasti dalam Bahasa Melayu?

Prasasti Gondosuli Adakah hanya Prasasti Sojomerto sahaja yang dipahat oleh dinasti terkemuka ini yang menggunakan bahasa Melayu Kuno?Setakat ini terdapat enam prasasti termasuk Prasasti Sojomerto yang dipahat oleh dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu Kuno di Indonesia tidak termasuk di Thailand dan India:

-Prasasti Sojomerto, Desa Sojomerto, Kecamatan Reban, Batang, Jawa Tengah. -Prasasti Gandasuli I, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa Tengah -Prasasti Gandasuli II, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa Tengah -Prasasti Bukateja, Bukateja, Purbalingga, Jawa Tengah. -Prasasti Dewa Drabya, Dieng, Jawa Tengah.

-Prasasti Majurighra, Candi Sewu, Prambanan, Klaten, Jawa Tengah

Berbanding hanya tiga prasasti dalam bahasa Sanskrit: -Prasasti Tukmas, Dakawu, Grabag, Magelang, Jawa Tengah. -Prasasti Canggal, Candi Gunung Wukir, Desa Kadiluwih, Salam, Magelang, Jawa Tengah -Prasasti Tri Tepusan, Kedu,

Temanggung, Jawa Tengah

Ini menunjukkan di Kerajaan Medang sendiri,raja-raja Sailendra cenderung menuliskan prasasti dalam Bahasa Melayu Kuno.Bayangkan,setelah Poerbatjaraka menafikan wujudnya dinasti Sanjaya,ini bermakna penguasa mutlak Kerajaan Medang adalah dinasti Sailendra yang menuliskan prasasti kemegahan dinasti mereka dalam bahasa Melayu Kuno. Prasasti yang paling penting kemungkinan setakat ini ialah Prasasti

Sojomerto yang memberitahu nama pengasas keluarga Sailendra iaitu Dapunta Sailendra.Dalam prasasti ini menyebutkan: 1. ... ryayon r sata ... 2. ... _ kot 3. ... namah vaya 4. bhatra parameva 5. ra sarvva daiva ku samvah hiya 6. mih inan is-nda dap 7. nta selendra namah santan 8. namnda bpanda bhadravati 9. namanda ayanda sampla 10. namanda vininda selendra namah 11. mamgappsar lempewngih

Terjemahan prasasti dalam Bahasa Melayu moden: Sembah kepada Siwa Bhatara Paramecwara dan semua dewa-dewa ... dari yang mulia Dapunta Selendra Santanu adalah nama bapanya, Bhadrawati adalah nama ibunya,Sampula adalah nama isterinya dari yang mulia Selendra.

Lihat perkataan-perkataan Melayu Kuno antaranya:

1-ku samvah hiya (ku sembah dia) 2-namanda (namanya) 3-bapanda (bapanya) 3-vininda (bininya)

Prasasti Bukiteja pula berisi sebaris ayat yang pendek,tetapi punya erti yang besar: "ini padehanda Hawang Payangnan"

Maksud:

"ini sisa tubuhnya Hawang Payangnan" Kemungkinan besar prasasti ini adalah batu nisan bagi orang yang bernama Hawang Payangnan.Batu bersurat ini mempunyai usia dan gaya tulisan yang sama digunakan oleh dinasti Sailendra.Perhatikan sebarisan ayat pendek ini menggunakan sepenuhnya tatabahasa Melayu seperti 'ini' dan 'nda' (-nya). Persoalannya,mengapakah dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu Kuno dalam mengungkapkan kemegahan dinasti mereka?Terdapat

dua kesimpulan: 1-Dinasti Sailendra ialah berketurunan Melayu 2-Dinasti Sailendra di bawah pengaruh kebudayaan dan bahasa Melayu Kesimpulan pertama memang tidak diragukan bahawa dinasti Sailendra adalah dinasti Melayu.Semua prasasti di bawah nama keluarga Sailendra jika tidak berbahasa Melayu Kuno,dipahat dalam bahasa Sanskrit.Tiada prasasti yang di dalamnya tertulis nama Sailendra dalam bahasa Jawa kecuali Prasasti Kayumwunan yang dwibahasa

(Sanskrit sepenuhnya kemudian disambung Jawa Kuno).Yang ada ialah prasasti yang berisi aktiviti raja-raja bawahan Sailendra atau dari keluarga Sailendra yang biasanya memakai gelaran 'Rakai'.Hanya bahasa Melayu Kuno dan Sanskrit digunakan untuk menuliskan prasasti yang membawa nama 'Sailendra'.Sepertimana dua prasasti yang dikaitkan dengan candi Sewu,Prasasti Manjusrigerha dan Prasasti Kelurak.Uniknya,Prasasti Manjusrigerha memakai tulisan Jawa Kuno dan berbahasa Melayu Kuno,sedangkan Prasasti Kelurak beraksara Prenagari dan berbahasa

Sanskrit. Kesimpulan yang kedua pula kemungkinan besar Dapunta Sailendra ialah pegawai atau gabenor Sriwijaya yang memerintah Jawa.Jika beliau orang Jawa,maka oleh kerana beliau termasuk pegawai Sriwijaya maka kehidupannya telah dipengaruhi cara hidup Melayu,termasuk bahasa. Jadi walau apa pun kesimpulannya,kita tahu bahawa pada abad ke-8 Masehi,bahasa Melayu Kuno telah pun menjadi bahasa standard raja-raja Austronesia.Malah menjadi lingua franca

empayar-empayar Asia Tenggara.

Siapakah Poerbatjaraka?

Ada sesetengah orang yang mempertikaikan prasasti-prasasti seperti Kedukan Bukit,Talang Tuwo,Sojomerto dan lain-lain yang dilabelkan sebagai 'Bahasa Melayu Kuno'.Ini kerana terdapat campuran istilah Sanskrit di dalam prasasti-prasasti tersebut.Sebenarnya dalam prasasti

Jawa Kuno juga bercampur perkataan Sanskrit.Jadi orang yang layak untuk membezakan yang mana bahasa Jawa Kuno,Melayu Kuno dan sepenuhnya Sanskrit ialah orang yang belajar ketigatiga bahasa itu. Siapakah Poerbatjaraka?Adakah beliau seorang Melayu?Tidak,beliau berketurunan Jawa dan pakar dalam kesusasteraan Jawa.Jadi mengapa beliau berhujah tidak wujud dinasti Jawa Sanjaya malah semua dinasti Medang berasal dari Sailendra?Sailendra pula dikatakan dinasti Melayu berdasarkan Prasasti Sojomerto dan lain-lain

prasasti?Bukankah lebih baik beliau berbohong sahaja mengatakan tulisan pada prasasti-prasasti tersebut berbahasa Jawa ataupun Sanskrit?Tiada siapa yang tahu.Mahaguru Sanskrit dari India pun tidak tahu.Ini kerana tulisan pada batu-batu bersurat ini punya variasi tulisan antaranya Kawi (tulisan ini tidak mampu dibaca oleh pakar dari India walaupun berasaskan skrip Brahmi),Pallava,Pranagari atau Jawa Kuno.Jika pakar Sanskrit dari India boleh membaca sekalipun,mereka tidak mampu membaca sebahagian perkataan,yang merupakan bukan bahasa Sanskrit tetapi dari Melayu

Kuno.Poerbatjaraka boleh membohongi semua orang,mengatakan semua prasasti Sailendra berbahasa Jawa Kuno.Tetapi realitinya beliau tidak berbuat demikian. Sebenarnya,beliau ADALAH SARJANA TULEN,BUKAN NASIONALIS JAWA.Beliau berpegang pada prinsip.

Nama penuhnya ialah Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi (Lesya) Poerbatjaraka (Purbacaraka).Lesya ialah nama timangannya sejak kecil.Ayahnya Raden Tumenggung Purbadipura adalah sastarawan istana kesayangan Susuhunan Pakubuwana X,raja Surakarta.Bagaikan kuah tumpah ke nasi,Poerbatjaraka secara automatiknya, juga mempunyai minat terhadap kesusasterawan Jawa dan bahasa Jawa.Anak kepada pekerja istana membuatkan beliau senang untuk akses kepada khazanah kesusasterawan Jawa.Beliau belajar bahasa Melayu dan

Belanda di sekolah Hollandsch-Indische School (bahasa Melayu sebenarnya telah lama diajar di sekolah-sekolah Belanda,sebagai bahasa standard).Kepandaian beliau dalam bahasa Belanda menyebabkan beliau sering dilihat berbual dengan tentera Belanda malah orang Belanda amat senang dengan beliau. Poerbatjaraka mula belajar Sanskrit selepas terlibat dengan bahan-bahan kesusasteraan Jawa Kuno yang memerlukan kepakaran dalam bahasa Sanskrit.Ini adalah ketika beliau bertugas di Muzium Gajah.

Oleh kerana kepakarannya dalam bahasa Jawa Kuno,Melayu Kuno dan Sanskrit serta mahir dalam beberapa tulisan seperti Kawi dan Jawa Kuno,maka beliau telah dihantar ke Belanda,untuk mengkaji 'khazanah' yang dirompak Belanda sebelum itu.Poerbatjaraka ditugaskan di Universiti Leiden di Belanda sebagai pembantu Prof. Dr. Hazeu, mahaguru kesusasteraan Jawa.Kemudian pada tahun 1926,walaupun tidak pernah menghadiri kuliah,Poerbatjaraka diperkenankan untuk mendapatkan gelaran doktor dengan tesisnya,Agastya in den Archipel.

Sekembalinya di Muzium Gajah pada tahun 1930-an,beliau telah diberi jawatan sebagai kurator manuskrip dan diberi tugas untuk mengkatalog semua manuskrip Jawa. Setelah kemerdekaan Indonesia,beliau dilantik sebagai profesor di Universiti Indonesia,Jakarta,Universiti Gajah Mada,Yogyakarta dan Universiti Udayana, Denpasar,Bali. Jadi Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi Poerbatjaraka adalah orang yang paling tepat untuk kita rujuk.Bukannya

sesetengah dari kita yang kononnya pakar bahasa tetapi rupa-rupanya hidung tak mancung pipi tersorongsorong.Pakar bahasa,sejarahwan dan linguistik sememangnya maklum akan gaya bahasa Melayu Kuno.Cuma sesetengah orang yang tidak berpuashati dengan betapa banyaknya prasasti dalam bahasa Melayu Kuno,bukan bahasa sukukaum mereka,akan cuba menegakkan benang yang basah.Tiada siapa yang mahu menuliskan kemegahan kerajaannya dalam bahasa kaum mereka bahkan raja-raja Nusantara tahu bahasa mana yang standard untuk dipakai sebagai menunjukkan prestij.Jadi

serahkan kepada yang pakar.

Borobudur,'Wonders' Melayu Sailendra

Apabila membicarakan tentang Sailendra,sudah tentu kita akan teringatkan 'masterpiece' mereka;Borobudur.Bukanlah untuk membincangkan topik agama di sini,tetapi tentang kejuruteraan senibina dan seni ketukangan Melayu purba yang tiada tolok bandingnya.

Borobudur adalah salah satu monumen Buddha terbesar di dunia,malah candi Buddha paling terbesar di dunia.Dibinakan oleh seorang raja dari dinasti Sailendra, ia dibina untuk menghormati kemuliaan Buddha dan pendiri candi tersebut,seorang raja.Nama Borobudur dipercayai berasal dari kata Sanskrit "vihara Buddha Uhr" , yang bererti biara Buddha di atas bukit. Candi Borobudur terletak di Muntilan,Magelang,dan berjarak sekitar 42 km dari kota Yogyakarta.

Borobudur adalah kombinasi harmoni stupa,kuil-gunung dan diagram ritual.Kompleks candi ini dibina pada beberapa tingkat di sekitar bukit yang membentuk pusat alam.Peringkat pertama di atas dasar terdiri daripada lima teras persegi,bersaiz tepat dan membentuk dasar piramid.Di atas peringkat ini adalah tiga platform lingkaran yang menonjolkan oleh stupa utama.

Tangga disediakan menuju ke stupa besar.Tapak dan koridor pejalan kaki melampirkan teres persegi dihiasi dengan 'relief' terpahat di batu.Mereka menggambarkan berbagai tahapan perkembangan jiwa menuju penebusan dan episod dari kehidupan Sang Buddha.Teras melingkar yang dihiasi dengan tidak kurang dari 72 kerawang stupa masing-masing mengandungi

patung Buddha.Dinding-dinding Borobudur terpahat oelh khazanah 'basrelief' yang memukau,hingga jumlah panjangnya kira-kira 6 kilometer! Ini telah dikatakan sebagai koleksi terbesar dan paling lengkap 'relief' Buddha di dunia,tak tertanding dalam apa jua karya seni individu walau di mana di dunia ini.Penceritaan 'relief' pada dinding utama dibaca dari kanan ke kiri,mereka pada koridor dari kiri ke kanan.Hal ini dilakukan untuk tujuan Pradaksina,satu ritual,yang membuatkan para pelawat akan bergerak mengikut arah jam.Borobudur mengandungi sekitar 2670 'bas-relief' individu (1460 naratif

dan 1212 panel dekoratif),yang meliputi bahagian depan bangunan dan koridor.Jumlah luas permukaan 'relief' ialah 2500 meter persegi (26,909.8 sq ft) dan ianya terdapat di tapak tersembunyi (Kamadhatu) dan lima platform persegi (Rupadhatu).Borobudur adalah galeri 'relief' paling menakjubkan di dunia.

Seperkara yang menarik,struktur Borobudur tidak memakai simen atau bahan perekat sama sekali,melainkan sistem tanggam

(interlock) iaitu seperti mencantum blokblok Lego.Teknik tanggam memang menjadi kepakaran orang Melayu.Anda boleh ke Muzium Negara untuk menyaksikan sebuah pintu istana dari Kerajaan Setul (Satun,di Thailand sekarang) yang tidak menggunakan sebarang paku.Begitu juga istana Sri Menanti.Senibina perahu dan kapal Melayu awal juga tidak menggunakan sebarang paku.

Borobudur bagaikan 'puzzle' yang dibina

dalam skala besar.Tidak ada candi atau kuil di mana-mana hatta di India sekalipun yang berkonsepkan seperti Borobudur. Borobudur dibina antara 750 dan 842 Masihi;300 tahun sebelum pembinaan Angkor Wat di Kemboja dan 400 tahun sebelum katheral-katheral besar mula tegak di Eropah.Sesungguhnya orangorang Melayu adalah pembina yang unggul pada zaman dahulu.Namun kita tahu,apabila kerajaan Melayu runtuh dan keturunan dirajanya lupus,segala kepandaian orang Melayu juga lupus.Melayu memerlukan kepimpinan

baru,bermula dan membina keagungan kembali.Jatuh...dan bangkit kembali.Namun harganya amat mahal perlu dibayar;jatidiri.Dalam keterlupaan orang Melayu akan keagungan silam mereka,hanya prasasti dan bahasa mereka yang menyelamatkan maruah dan kebanggaan mereka.Mujurlah rajaraja Melayu bijak merakamkan bahasa mereka dalam prasasti. Menariknya,Slametmuljana di dalam bukunya Asal Bangsa dan Bahasa Nusantara mengemukakan pandangan bahawa bahasa Melayu berasal dari bahasa yang ada di daerah sekitar

Indochina meliputi Champa, MonKhmer,Bahnar,Rade,Jarai,Sedang,Mergui ,Khaosan,Shan,dan sejenisnya.Jika mengikut pandangan beliau ini,maka sememangnya Sailendra adalah dinasti Melayu yang berasal dari semenanjung.Rahsia dinasti ini malah disimpan oleh satu lagi dinasti pemerintah Asia Tenggara yang amat kental kemelayuannya serta empayar maritim tertua di Asia Tenggara.Kita akan menggali apakah dinasti yang namanya masih terlekat dalam manteramantera Thai dan dipuja-puja.Dari sini mereka membina empayar,menguasai lautan dan memonopoli

pardagangan.Semua ini bermula dari nama sebuah keluarga diraja,Sriwijayamala.

-------------------------------------------

Next...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XX

"The Srivijayan"

-XXXXX XXXXXX

-XXXX XXXXXXXXXX -XXXXXXXXXXX -XXXX XXXX XXXXXXXXX -XXXXXXXXX -XXXXX -XXXXXXXX Kedukan Bukit XXXXX XXXXXXXX -XXXXXXXXX -XXXXXXXX -XXXXXX XXX XXXXXXXXXX -Mala XXXXXX XXXXX XXXX -XXXXX -XXXX XXXXXXXXXX -XXXXXXXXXXX -XXXX XXXX XXXXXXXXX -XXXXXXXXX

Petunjuk sudah hilang!Tiada lagi petipeti misteri.Gua Rahsia sudah tertutup! Apa yang akan berlaku seterusnya? Nantikan episod terakhir "The House of Bani Jawi" dalam keluaran akan datang! Semestinya di MistisFiles...

Tuesday, April 12, 2011 Alter Terahsia Bangsa Melayu XV

Seorang pemuda menunggang kuda dengan pantas menuju ke arah sebuah rumah sederhana besar.Dia memperlahankan kudanya dan menyapa sekumpulan lelaki yang duduk-duduk di tepi tembok.

"Tuan Wazir ada?" "Ya,dia ada di dalam,dia sedang berbualbual dengan para pedagang dari Antakiah," ujar seorang lelaki sambil mengusap-ngusap janggutnya. Pemuda itu terjun dari kudanya dan menuju ke arah sebuah balai.Sekumpulan lelaki sedang berbual-bual santai.Pemuda itu mengecam seorang lelaki yang agak berusia dan berwibawa dari kumpulan lelaki yang berpakaian pedagang kafilah. "Assalamualaikum tuan!Moga Allah merahmati anda!" laung pemuda itu.

Lelaki yang digelar Tuan Wazir itu menjawab salam pemuda itu dengan wajah ceria.Dia mempersilakan pemuda itu menyertai halaqah mereka."Apakah berita yang anda bawa?" Pemuda itu membetulkan jubah hitamnya seraya berkata,"Saya membawakan satu surat penting yang diperolehi dari pelabuhan Yaman.Ia ditulis oleh seorang raja besar dari dunia sebelah timur,Zabag yang menakjubkan..." Air muka Tuan Wazir kelihatan berubah."Maharaja Zabag.Raja yang memiliki emas dan wangi-wangian.Dia pernah menghantar surat kepada Amirul

Mukminin Umar Abdul Aziz.Apa katanya?" "Sang raja meminta kita menghantar lebih ramai orang untuk mengajarkannya tentang agama Islam dan undang-undang Islam.Selain itu,raja telah mengirim hadiah-hadiah ajaib dari dunia Timur sebagai tanda persahabatan," tutur pemuda itu bersungguh-sungguh. "Cepat,beritahu berita ini pada Amirul Mukminin!Arahkan semua pemberian Maharaja Zabag dihantar ke kediaman khalifah!" gesa Tuan Wazir kepada pemuda itu.

Seorang pemuda dari kelompok pedagang Antakiah memerhatikan semua yang berlaku dengan serius.Matanya kelihatan merenung tajam ketika pemuda berjubah hitam itu menuturkan katakatanya kepada Tuan Wazir.Ketika rombongan pedagang itu pulang ke Antakiah,pemuda itu segera mendapatkan seekor kuda dan bergegas pantas menuju ke Damsyik. Dia sampai ke sebuah biara usang.Dia pun memanggil-manggil nama seseorang.Namun kesunyian terus menggigit.Hari semakin senja.Pemuda itu merasa tidak sabar lalu menolak pintu reput dihadapannya."Kau ada bawa

sesuatu?" Pemuda Antakiah itu menoleh terkejut,"Pastor,saya ada bawa khabar penting untuk tuan." Dia itu pun menceritakan apa yang didengarnya dari pemuda berjubah hitam.Pastor tua mendengar dengan teliti.Kemudian dia membawakan satu lukisan kuno;seorang raja dikelilingi beberapa orang lelaki. "Itu adalah Prester John.Gelarannya Rex Regnum.Dia adalah maharaja bagi hujung dunia.Dia memiliki kekayaan emas yang banyak dan menguasai

lautan.Dia memiliki segala macam wangi-wangian dan rempah yang tidak ternilai harganya.Surat kepada orangorang Muslim itu adalah sekian banyak surat yang turut dihantarnya kepada Paus dan Maharaja Rom" "Prester John?" Pemuda itu berbisik dengan mata bersinar-sinar. "Dia pernah menghantar surat semacam itu kepada Manuel,Kaisar Baizantin dan Alexander,sang Paus," Pastor itu mendekati pemuda Antakiah lalu meletakkan tangan kanannya ke bahu pemuda itu.

"Ini adalah misi suci kamu.Beritahu kepada ketua Paderi Jerusalem,supaya mereka boleh menghantarkan berita ini kepada raja-raja Salib.Suruh mereka cepat-cepat membina kapal-kapal dan cari di manakah dia kerajaan Prester John!" Pemuda Antakiah merasa hairan."Mengapa kita mesti mencari Prester John?Mengapa dia begitu penting?" Pastor itu tersenyum,"Kamu tahu siapakah Prester John dan kerajaan Hujung Dunia?"

Pemuda Antakiah terdiam. Pastor itu menyambung,"Prester John telah menakluk semua kuasa-kuasa laut di sekelilingnya dan menghantar beriburibu kapal untuk memiliki berpuluhpuluh pelabuhan terbaik di seluruh Timur Jauh.Prester John memiliki kekayaan dan rempah yang teramat banyak.Jika kita dapat berhubung dengannya,kita akan mampu mengalahkan agama Muhammad dan menegakkan salib di atas Holy Spulcher! Pemuda Antakiah itu terketarketar,"Er..er...siapa...Prester John?"

"Rex Regnum seluruh lautan dan pelabuhan-pelabuhan!!"

THE FEDERATION OF MARITIME POWERS & SEAPORTS

Bahagian Kedua

"...his name is Jayaviravarman.He is an emerald from sky,ascending the throne of The Kings of Mala.His name full of prosperity,from the blessed bloodline of the emperor of the sea,the great court of Srivijaya..." (notes for Inscription of Prasat Trapan Run,Cambodia)

Sejarah Srivijaya merupakan sejarah

universal eksklusif Asia Tenggara.Semua sejarah klasik negara-negara Asia Tenggara pasti akan menyebutkan hubungan mereka dengan Srivijaya.Tanyalah petitih-petitih kuno Khmer dan Thai.Rujuk sejarah Indonesia.Semak sejarah Malaysia.Telusuri sejarah Champa dan Vietnam.Jelajah sejarah Brunei dan Filipina.Anda akan melihat jangkauan tangan sang maharaja Sriwijaya. Prasasti Kedukan Bukit yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Kuno bertarikh 683 Masehi mengungkapkan kejayaan Sriwijaya dalam salah satu

operasi ketenteraannya.Ramai orang terkeliru bahawa sekitar empayar ini bermula pada abad ke-7 Masehi (Prasasti Kedukan Bukit ditulis pada abad ke-5 Masehi).Sebenarnya abad ke-7 Masehi adalah masa-masa kegemilangan Sriwijaya.Malahan jika kita lihat catatan I-Tsing,seorang pengembara dan sami Buddha dari China: "...tiba dan menginap selama 6 bulan.Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini.Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

Ini adalah catatan I-Tsing bertarikh 671 Masehi.Ketika itu,Sriwijaya adalah pusat pengajian bahasa Sanskrit dan agama Buddha.Dan lihat tahun Prasasti Kedukan Bukit.Selepas 12 tahun dari tarikh I-Tsing melawat empayar Melayu itu,Sriwijaya melancarkan serangan ke Minanga untuk memperluaskan kuasanya! Sebagaimana yang diketahui umum,nama Sriwijaya telah tersebar ke pengetahuan dunia setelah penemuan oleh Goerge Coedes,pengarah Institut Kajian Timur Jauh Perancis,yang menyedari bahawa sebutan

Sanfotsi,satu kerajaan besar yang selalu berhubung dengan Imperial China adalah kerajaan yang sama dengan Sribhoja,nama yang dikenali oleh pedagang Arab dan India.Salah satu kerumitan untuk mengesan kerajaan ini adalah KEPELBAGAIAN namanya mengikut lidah catatan-catatan orang luar.Malah pedagang Arab juga memanggil Sriwijaya sebagai Zabag,dan Zabag adalah nama kuno bagi Sribhoja.Orang China memanggilnya sebagai Sanfotsi atau San Fo Qi. Gabried Ferrand mengatakan bahawa kerajaan Sriwijaya telah wujud sejak

tahun 392 Masehi.Pandangan tersebut berdasarkan sumber orang Cina yang mendakwa bahawa Negara She-Yeh (Cho-Ye) bererti Jaya atau Wijaya atau Sriwijaya.Kemudian, I-Tsing menyebutkan Sriwijaya sebagai Shih-LiFo-Shih.Dalam bahasa Arab, yang berbeza dengan sumber orang Cina,Sriwijaya disebut sebagai Syarbazah (satu lagi nama lain selain Zabag). Pada riwayat yang lain,orang China juga memanggilnya sebagai 'Kunlun' (The Great Kunlun).Dalam tradisi Khmer,kerajaan ini dikenali sebagai Malayu dan garis keturunan kerajaan ini

digelar 'Maulimalaraja' (The Kings of Mala).Dalam riwayat Pali (Pali adalah bahasa perantaraan agama Buddha;bahasa orang kebanyakan,berbanding Sanskrit,bahasa tinggi kaum Elit Hindu),terutama dalam sejarah Sri Lanka,orang Sinhala memanggil kerajaan ini sebagai Jawaka dan rajanya sebagai 'Raja Jawaka' (King of Javaka).Jawaka adalah nama kuno bagi Sriwijaya merupakan nama satu empayar purba orang-orang Melayu yang berpusat di Indochina,juga sebuah empayar maritim (predesessor of Sriwijaya) yang pernah berdagang dengan kerajaan-kerajaan kuno India

dan pengaruhnya pernah menjangkau seluruh Sri Lanka.Sebab itu dalam sesetengah riwayat Tamil dan Sri Lanka menyebutkan bahawa Srivijaya pernah memiliki Sri Lanka. Pecahan dari Empayar Jawaka ini adalah Langkasuka,Funan dan Champa,dan empayar ini juga pernah memegang Kepulauan Filipina dan Borneo.

Dalam teks La Galigo (manuskrip panjang Bugis),Sriwijaya dinyatakan sebagai Senriwijaya,dalam teks ini,kononnya Raja Syurga bermesyuarat dahulu dengan Senriwijaya untuk melantik raja Luwu yang pertama.Luwu adalah kerajaan Bugis yang pertama sekali.Ini menunjukkan bahawa kerajaan Luwu punya hubungan dengan Empayar

Sriwijaya dan dibawah pengaruh Melayu. Selain kepelbagaian nama,empayar ini juga digelar berdasarkan nama raja.Riwayat China yang menyebutkan nama 'Kunlun' (Kunlun adalah nama China bagi Empayar Jawaka) sebenarnya menyebutkan nama seorang Raja Melayu bernama 'Ku Long'.Ini dibuktikan dalam catatan Tong-tien: Tong-tien,sebuah teks yang ditulis pada akhir abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut,

"Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama keluarga 'Ku-Long'.Di sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang sama.Seorang tua,ketika disoalsiat,telah mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu) tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long' adalah kesilapan sebutan untuk K'uenluen (sebutan China Kuno untuk orang Melayu)" Terdapat satu rahsia di sini.Raja-raja Melayu dahulukala mempunyai dua nama rasmi.Satu nama yang diambil dari kata Sanskrit,dan satu nama timangan

tempatan (nama Melayu).Nama Sanskrit digunakan pada urusan rasmi dan dipahat pada prasasti.Nama Melayu digunakan dikalangan rakyat jelata.Nama raja-raja Melayu zaman Funan dicatatkan oleh pencatat China adakalanya adalah nama Melayu.Contohnya Fan Shi Man adalah 'corruption' bagi 'Panglima'.Fan Shih Man adalah seorang raja agung Funan.Ku Long,seorang raja Funan yang tercatat dalam teks Tong-tien adalah nama biasa bagi orang Melayu,pada hari ini masih ada di negeri Kelantan.Sebab itu untuk menjejak sejarah Melayu yang hilang di Indochina,kita mesti

menghayati sejarah Kelantan dan Kedah.Gelaran 'Ku' adalah satu gelaran yang amat purba,tercatat sebagai 'Yang Pu Ku Vijaya Sri' dalam sejarah Champa sekitar tahun 999 Masehi.Jika terdapat gelaran 'Ku' pada raja Funan dan Champa,ini membuktikan orang Melayu pada zaman purba adalah 'ruling class' di Indochina. Nama-nama pangkal seperti Ku,Nik,Wan,Tuan dan sebagainya mempunyai makna yang tersendiri dalam sejarah bangsa Melayu yang penuh misteri.Salah satu pangkal nama dalam budaya Melayu yang hilang ialah

'Pau'.Dalam Sulalatus Salatin ada dinyatakan gelaran diraja Champa yang memakai pangkal nama 'Pau'.Sebagaimana 'Ku','Pau' juga punya status tersendiri.Dalam Sulalatus Salatin: "Hatta berapa lamanya Pau Gama pun. matilah. Maka Raja Jakanaklah menggantikan ayahanda baginda; baginda beristerikan seorang puteri, Pau Ji Yan Bi namanya; beranak seorang lelaki, Pau Kubah namanya. Setelah Pau Kubah besar, maka Raja Jakanak pun matilah, maka Pau Kubahlah kerajaan menggantikan ayahanda baginda. Baginda

beristerikan anak raja Lakiu, Pau Cin namanya. Maka baginda beranak beberapa orang lelaki dan perempuan. Ada seorang anak baginda perempuan, terlalu baik parasnya; maka dipinang oleh raja Kuci, tiada diberi oleh Pau Kubah, lalu diserang oleh Pau Kuci. Maka berperanglah orang Kuci dengan orang Cempa, terlalu ramai; tiada beralahan." (A-207,A. Samad Ahmad)

Para sejarahwan Tamil yang mengesan hubungan dagang antara pedagang India dan satu empayar maritim sejauh 300 tahun sebelum Masehi telah tersilap menyangka bahawa empayar misteri yang berhubung dengan mereka adalah Sriwijaya.Sebenarnya ia adalah empayar Jawaka yang diperintah oleh dinasti Sailendra Kuno.Dinasti Sailendra mempunyai pengetahuan luas dalam teknologi saliran dan pertanian.Nama

'Jawaka' ini kadangkala disebut sebagai 'Savaka' mengikut sesetengah riwayat India-Sri Lanka.Dinasti ini adalah salah satu dinasti Melayu yang terkenal dalam sejarah Indochina.Kemudian,lama kelamaan satu dinasti baru muncul,menguasai Indochina dan mempengaruhi kerajaan-kerajaan Mon dan Chenla di sekelilingnya.Dinasti Melayu ini memiliki kemahiran maritim yang tinggi dan bijak menentukan tempat-tempat strategik untuk menubuhkan pelabuhan.Dinasti ini kemudiannya menguasai Langkasuka,sebuah empayar kecil di Segenting Kra yang terbentuk hasil

perpecahan Empayar Jawaka (bahagian utara dikuasai oleh Chenla dan negarakota-negarakota Mon). Dari sini dinasti ini menubuhkan pusat pemerintahan di Medang Ghana (terletak di Kelantan sekarang) dan bekas wilayah Empayar Jawaka di Jawakoti.Seorang maharaja dinasti ini,Dapunta Hiyang Jayanasa telah berjaya menakluk Sumatera dan bermulalah penguasaan dinasti paling berprestij ini;dinasti Sriwijaya.

Persekutuan Kuasa-kuasa Laut dan Pelabuhan Sebelum Dapunta Hiyang menakluk Minanga,sebagaimana yang terpahat pada Prasasti Kedukan Bukit,terdapat beberapa maharaja Sriwijaya yang memerintah pada era semenanjung.Seorang maharaja Sriwijaya yang bijak telah memikirkan untuk menakluk Sumatera dan semenanjung,bagi menguasai Selat Melaka.Kemudian,beliau merancang membina atau menakluk pelabuhanpelabuhan di sepanjang pesisir pantai Sumatera dan semenanjung.Pada masa

dahulu,perdagangan maritim di Asia Tenggara tertumpu di Laut Champa dan pesisir pantai Segenting Kra.Panduranga,salah satu pelabuhan paling penting sebelum era Sriwijaya dan juga pelabuhan Oc Eo,milik Funan yang menjalankan perdagangan sejauh empayar Rom.Dari tengah Indochina ke Segenting Kra,menganjur ke semenanjung,bertaburan negarakotanegarakota Melayu (Malay citystates).Langkasuka adalah kerajaan penting sebagai 'federation' baru mencantumkan semua negarakotanegarakota Melayu Segenting Kra setelah perpecahan Empayar

Jawaka,mendesak sebahagian keturunan dinasti Sailendra berpindah ke Jawa. "On the narrow isthmus to the southwest of Funan, Malay citystates controlled the portage routes that were traversed by traders and travelers journeying between India and Indochina. By the tenth century A.D. the strongest of them, Tambralinga (present-day Nakhon Si Thammarat), had gained control of all routes across the isthmus" (Area Handbook of the US Library of Congress)

Negarakota Melayu ini adalah misteri terbesar.Dalam riwayat Sukothai juga legenda raja-raja Lao,menyebutkan bahawa raja-raja Melayu ini memang telah wujud sejak zaman berzaman.Ketika migrasi etnik Lao dan Tai ke Indochina,mereka telah menemui negarakota-negarakota Melayu ini sedia ada,bersama-sama etnik-etnik lain seperti Mon dan Chenla (Khmer Kuno). Contohnya di negeri Perak kini terdapat tiga negarakota Melayu pada zaman purba;Gangga Negara,Beruas dan

Manjung.Gangga Negara diperintah oleh raja-raja Melayu-Kambuja dan garis keturunan mereka digelar,Sri Kambu,yang juga muncul dalam pelbagai prasasti dan riwayat kuno Khmer.Beruas dan Manjung,pula adalah diperintah oleh Melayu semenanjung dan terletak ke darat,berbanding Gangga Negara yang memiliki pelabuhan.Selepas kejatuhan Gangga Negara,Beruas dan Manjung bersaing sesama sendiri meluaskan penguasaan.Di sepanjang sungai Perak,terdapat terminal-terminal perdagangan dan pemunggahan barangan dari pelabuhan utama Gangga Negara di muara.Kekayaan dari

perdagangan laut menyebabkan raja Gangga Nagara mampu membuat istanakota yang dikelilingi parit dan raja Beruas mampu membina istana kulit kerang.

Di utaranya ialah peradaban Lembah Bujang dengan pelabuhan Kataha yang masyhur sejak era Jawaka/Zabag.Selepas

perpecahan empayar Jawaka,maharaja Sriwijaya sememangnya mengintai peluang untuk menakluk kota pelabuhan ini yang ketika itu sempat membebaskan diri dari Langkasuka.Juga pelabuhan Sungai Mas dan kerajaan Kedah Tua yang menjangkau Burma.Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja Melayu sebagai 'supreme ruling class' dan orang bawahannya yang bercampur antara suku-suku Melayu Segenting Kra dan orang Mon.Binaan di Sungai Batu bertarikh 110 Sebelum Masehi adalah binaan manusia paling tertua di Asia Tenggara,mengatasi apa jua peradaban terkenal di sini seperti Angkor,Dvaravati

malah Srivijaya sendiri.Ini adalah sisa tinggalan kerajaan Kedah Tua yang bernaung di bawah Empayar Jawaka atau Zabag dalam sebutan pedagang Arab.Ke utara lagi adalah pelabuhanpelabuhan kecil milik 'Malay city-states' yang telah wujud sejak berabad-abad lamanya di sepanjang Segenting Kra sehingga ke Dvaravati (Thailand tengah).Ketika era Langkasuka,empayar ini mempunyai pelabuhan Kataha,Patani dan Nagara Sri Dharmaraja,dan ketigatiga pelabuhan ini adalah pusat perdagangan maritim utama.Selepas dinasti Sriwijaya berpindah ke Palembang dari Kelantan (Chih-

Tu),maharaja Sriwijaya juga memantau perkembangan Langkasuka dan apabila empayar ini berpecah kepada Patani dan Sri Dharmaraja (Ligor) serta wilayahwilayah terpisah di Kelantan dan Perak sekarang,maharaja meluaskan pengaruhnya dengan menyerang Kataha dan merampasnya dari Kedah Tua.Kemudian menguasai Segenting Kra sehingga ke Chaiya.Maharaja Sriwijaya juga menempatkan kerabat keturunannya di dalam istana Sri Dharmaraja. Dari Medang Ghana (Kelantan),maharaja menyerang Jawa dan menundukkan

kerajaan-kerajaan kecil termasuk dinasti Melayu Sailendra yang berpindah dari Indochina sejak awal lagi.Maharaja tidak menghapuskan dinasti Sailendra,malah menjalinkan ikatan keluarga melalui perkahwinan diraja,tambahan lagi salah seorang maharaja Sriwijaya mempunyai darah dinasti Soma yang memerintah Funan suatu ketika dahulu (Dharmasetu berdarah dinasti Melayu Soma).Kemudian maharaja menguatkan cengkamannya di Sumatera serta menguatkan ibukotanya di Palembang.Namun satu lagi tujuannya belum tertunai iaitu bekas wilayah Jawaka paling makmur;Kerajaan Melayu

yang bertempat di Jambi yang juga adalah kerajaan kembar dengan kerajaan Melayu di Segenting Kra.Berasal dari dinasti Matahari (Suryawangsa),mereka adalah keturunan diraja Melayu antara yang tertua dan moyang mereka memiliki reputasi beribu-ribu tahun dalam menjalankan perdagangan emas dengan empayar Parsi,raja-raja Babilon dan Israel Raya (di bawah pemerintahan Sulaiman dan Daud a.s). Kerajaan ini menamakan pemerintahan mereka sebagai 'Malayu' bersempena raja-raja dinasti Mala yang punya prestij

di Indochina sehingga ke Temasek menjangkau Borni (Borneo) sehingga ke Kepulauan Visaya (Filipina) dan 'suffix' yu adalah pengiktirafan dari empayar Parsi berasal dari bahasa Assyria ketika orang-orang Mala purba menjalankan perdagangan dengan mereka melalui jaringan maritim Phoenicia. Maharaja menghantar beratus-ratus kapal dan beribu-ribu tentera berjalan kaki ke arah ibukota Melayu.Jika kerajaan Melayu di Segenting Kra mampu ditundukkan,sudah tentu saudara mereka di Sumatera juga boleh.Maharaja akan membuktikan

bahawa dinasti Sriwijaya adalah benarbenar pewaris kepada 'The Kings of Mala' (maulimalaraja) yang menjadi naungan kepada semua ras Melayu di dunia.Pewaris kepada Raja Perahu dan Permaisuri Hati.Pewaris kepada raja-raja Jawaka dan empayarnya.Mengatasi dinasti-dinasti Melayu yang lain seperti Mahawangsa,Pathomwangsa,Somawang sa dan Sailendra. Marjaya Sriwijaya! Marjaya Sriwijaya! Raja kerajaan Melayu melawan namun

ditenangkan oleh jeneral Sriwijaya.Mengingatkan bahawa dinasti Matahari dan dinasti Sriwijaya adalah saudara sebangsa,pertumpahan darah mampu dielakkan.Maharaja membaiki kembali tembok kota dan pelabuhan serta melantik semula raja Melayu sebagai pemerintah pelabuhan yang terletak di Sungai Batang Hari (Sungai ini mengambil nama sempena seorang raja purba yang memulakan dinasti Suryawangsa),taktik yang sama digunakan oleh maharaja ke atas pelabuhan Kataha. Penawanan kerajaan Melayu

mengukuhkan kegemilangan Srivijaya.Perdagangan emas dan kemenyan di dalam genggaman.Pulau Jawa dalam kawalan saudara mereka;dinasti Sailendra.Sriwijaya mengalih perhatian ke Borneo,satu lagi pusat kuasa bangsa Melayu yang terkuat,di bawah kekuasaan dinasti Parahu.Jika di Indochina,raja-raja Melayu mengawal puak-puak Pyu,Mon,Chenla dan Yue (etnik-etnik selatan China seperti Tai dan Hmong),di Sumatera dan Jawa dengan pelbagai etnik bukit termasuk Batak,di Borneo pula,raja Melayu memerintah puak-puak Dayak,Bugis,Bajau,Suluk (Tausug) dan

pelbagai lagi etnik-etnik Austronesia Borneo. Sriwijaya mahu menawan dinasti Parahu! Maharaja mahu menjadikan Sriwijaya sebagai penakluk segala dinasti Mala! Jika maharaja mampu menundukkan dinasti Parahu,maka seluruh Borneo dan Kepulauan Visaya adalah di bawah hegemoni dinasti Sriwijaya.Perdagangan rempah adalah di bawah telunjuk Sriwijaya.Sriwijaya menjadi 'ruling class' bagi seluruh dinasti-dinasti

Melayu.Ibukota kerajaan dinasti Parahu terletak di Puni (Brunei sekarang).Maharaja menghantar beratus-ratus kapal ke Puni untuk menundukkan raja dinasti Parahu,satu dinasti Melayu yang amat dihormati dan disegani oleh seluruh kaum-kaum Asia Tenggara termasuk para pedagang China. Seperti yang dijangka,Raja Puni menyerah kalah tanpa apa-apa perlawanan.Puni dijadikan pelabuhan naungan untuk mengawal perdagangan rempah dan hasilbumi Borneo dan Visaya (Filipina).Sebelum itu maharaja

mengarahkan raja Puni menundukkan lanun-lanun di Sulawesi dan Sulu yang mengganggu perdagangan penting Sriwijaya.Selepas menundukkan lanunlanun,maharaja tidak menghukum mereka secara drastik,tetapi menjadikan lanun-lanun itu supaya bekerja dengan orang-orang Melayu.Hasilnya,setiap jeneral-jeneral laut Sriwijaya (mendekati jawatan Laksamana ketika Kesultanan Melaka) memiliki tentera-tentera sendiri dari kalangan Orang Laut,Bajau,Bugis,Sulu dan puak-puak Visaya.

Maharaja menempatkan ramai Senapati dan Bupati Sriwijaya di setiap wilayah kuasa-kuasa laut dan ramai datu-datu untuk mengawal pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya.Maharaja pun membuka laluan perdagangan laut antara India dan China,dan bangsa Melayu sekali lagi

menjadi pengurus kepada jaringan perdagangan maritim antara yang tersibuk di dunia. Semua kuasa-kuasa laut dan pelabuhanpelabuhan entreport seluruh Nusantara tunduk kepada kekuasaan dinasti Sriwijaya;dinasti dari Bukit Si Guntang Mahameru.Senapati-senapati Chenla dan Mon tunduk kepada maharaja Melayu Sriwijaya.Bupati-bupati Jawa dan Sumatera tunduk kepada pemerintah Melayu Sriwijaya.Datu-datu Borneo dan Visaya tunduk kepada Emperor Sriwijaya.

Kemudian maharaja mengabadikan kejayaan ini ke dalam prasasti,dalam bahasa Melayu Kuno: "...Laghu mudik datang marwuat manua Shriwijaya jayasiddhayatra subhiksa..."

(Belayar mudik datang membuat benua Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur)

Betapa megahnya kata-kata ini,dituliskan dalam bahasa Melayu Kuno yang menjadi lingua franca Asia

Tenggara ketika itu.Sehinggakan samisami China terpaksa mempelajari bahasa Melayu sebelum belajar bahasa Sanskrit dari para pendeta-pendeta Melayu Sriwijaya.Catatan tentang I-Tsing,sami China yang belajar tatabahasa Melayu:

"...berlayar dengan menumpang perahu orang Parsi dari Guangzhou,Yi Jing (ITsing) tiba di Sriwijaya (Palembang,Sumatera) selepas 22 hari, di mana dia menghabiskan 6 bulan berikutnya belajar tatabahasa Sanskrit dan Malayu. Dia meneruskan untuk merakam lawatan ke negara-negara

Malayu dan Kiteh (Kedah), dan pada tahun 673 selepas sepuluh hari perjalanan tambahan mencapai 'kerajaan orang-orang yang telanjang' (selatan barat Shu). Yi Jing mencatat kesan tentang 'masyarakat Kunlun',iaitu kata Cina kuno bagi masyarakat Melayu."Orang Kunlun mempunyai rambut keriting, badan gelap,kaki tidak beralas dan memakai sarung." Bukti dari Yi Jing ini tidak menyebutkan nama bahasa lain sebagai contoh,'Tausug' atau 'Siam',tetapi 'Malayu',menunjukkan disamping Sanskrit sebagai bahasa agama,bahasa

Melayu adalah satu bahasa yang wajib dipelajari di seluruh emperium Sriwijaya.Maharaja menggunakan bahasa Melayu,bukan Tausug atau Siam (sebagai contoh) kerana beliau berbangsa Melayu!Jelaslah bahawa orang Melayu dan sejarahnya mampu dibuktikan secara konkrit bukan secara hikayat atau dongengan.Terima kasih kepada para pengembara China yang rajin mencatat sejarah Melayu pada zaman dahulu. Keterangan tentang rupa paras 'orang Kunlun' adalah merujuk kepada masyarakat Melayu di Indochina dan

Segenting Kra,di mana catatan yang sama juga diceritakan dari penulis berlainan.Dalam History of Sui Dinasty: "...the people of Linyi (Champa) possessed dark skin and curly hair, and that after first Sui Emperor Yangdi conquered Southern Chen Dynasty in AD 589, Linyi sent in tributes. Linyi stopped tributes till Sui armies, led by General Liu Fang, attacked them in AD 604. (Sui Emperor, in addition to attacking Linyi, had invaded Ryukyu.) According to "History of Sui Dynasty", further to the southwest of Linyi (Champa) would be a statelet called

Zhenla (Chang-la or Chenla), a vassal of Funan. Zhenla (Chang-la) male population were recorded to be small in size but dark in skin, but some females were said to have lighter skin. Chang-la people all had curly hair. To the west of Zhenla (Chang-la) would be a statelet called Zhu-jiang, and to the south Chequ. Numerous statelets existed further, with rulers carrying Indian names. It is no strange to see this phenomenon when we examined the history of southeast Asia as a whole to find that Indian influence had spread across the whole area much before the Chinese poked their nose in the same area,.."

Champa adalah salah sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai Vietnam,termasuk dalam naungan Sriwijaya dengan salah seorang rajanya memakai gelaran dari kerabat Sriwijaya iaitu 'Yang Pu Ku Vijaya Sri'.

Maharaja Sriwijaya tidak menetapkan satu-satu kota pelabuhan sebagai pusat

pemerintahan mutlak.Keburukannya ialah,jika ibukota diserang,segala harta benda dan kekuatan Sriwijaya akan musnah.Jadi maharaja bebas memerintah dari semua kota pelabuhan,namun sebagai memudahkan pentadbiran,Palembang dijadikan rujukan pentadbiran Sriwijaya.Adakalanya maharaja menggunakan Kataha sebagai pusat pemerintahan.Adakalanya maharaja menggunakan Puni (Brunei) untuk mengawal jajahan Sriwijaya.Ini adalah strategi bijak,tidak seperti bangsa Assyria yang terus musnah setelah Nineveh hancur,atau seperti Ectabana

yang dikalahkan dan setelah itu bangsa Medes pun seakan hilang dari sejarah. Kemakmuran Sriwijaya menjadikannya legenda di kalangan kawan dan lawan.Contohnya terpahat di satu kuil purba di Tanjore,India: "....tumpukan harta yang banyak, Vidyadhara-torana membuka gerbang kota pedalaman yang luas yang dilengkapi perlengkapan perang, berhiaskan permata dengan kemuliaan besar, gerbang kemakmuran Sri Vijaya; Pannai dengan kolam air, Malaiyur dengan benteng terletak di atas bukit;

Mayirudingam dikelilingi oleh parit; Ilangasogam yang tak gentar dalam pertempuran sengit...; Mappappalam dengan air sebagai pertahanan; Mevilimbangam, dengan dinding tipis sebagai pertahanan; Valaippanduru, memiliki lahan budidaya dan hutan; Takkolam yang memiliki ilmuwan; pulau Madamalingam berbenteng kuat; Ilamuri-Desam, yang dilengkapi dengan teknologi hebat; Nakkavaram yang memiliki kebun madu berlimpah; dan Kadaram berkekuatan seimbang, dengan tentara memakai kalal.." Dengan menguasai jaringan

perdagangan sama seperti apa yang dilakukan oleh Empayar Zabag (Jawaka),Sriwijaya adalah dinasti Melayu paling berpengaruh dan disegani di seluruh Asia Tenggara.

Sriwijaya Dalam Kenangan

Empayar Srivijaya menguasai Selat Melaka (Melaka), yang hampir penting untuk perdagangan antara China dan India. Ini menekan aktiviti lanun di sepanjang perdagangan Selat Melaka,

memudahkan, tetapi tidak menghancurkan pesaing bukan Srivijaya melainkan menggunakan mereka sebagai sumber kedua bagi perdagangan. Sriwijaya berpengaruh luas di kawasan-kawasan yang menggunakan campuran diplomasi dan penaklukan, dan akhirnya dikendalikan dengan gaya pentadbiran 'persekutuan kota-kota pelabuhan'. Sriwijaya menguasai bahagian Sumatera, Jawa Barat, Sri Lanka, Kalimantan Barat, Sulawesi, Maluku, Filipina, dan Pulau Sulu serta Visayas dan utara semenanjung Melayu (Segenting Kra);ia berdagang dengan orang Arab,Empayar

Pala di Bengal, bahagian lain India, ke Madagascar dan di sepanjang pantai timur Afrika, di antara Pulau Rempah dan pelabuhan dari China selatan, terutamanya Canton (Guangshou / Kuangchou) dan pelabuhan lain dari Guangdong / daerah Kwantung wilayah (Macau). Antara pusat komersil yang penting untuk peniaga Srivijaya juga ialah Kerajaan Fujian (Min), dengan Fukien ("Pendirian Yang Gembira") Negeri (Min Sheng), ditambah dengan pelabuhan Amoy (Hsia-men/Xiamen) dan Fu-chou (Fuzhou / Foochow "Kota Selamat').

Pelabuhan ini menjadi penting di bawah Dinasti Sung (mulai sekitar tahun 960, tetapi di selatan hanya selepas tahun 1127), tetapi perdagangan dengan Sriwijaya berlangsung selama beratusratus tahun sebelum itu (dicatatkan 300 tahun Sebelum Masehi).Sebuah kuasa laut dengan tempoh sehingga abad ke13, Sriwijaya memiliki ratusan kapal dan puluhan ribu tentera, tapi tidak selamanya bertahan sehingga ke hari ini. Sriwijaya mungkin mempunyai ibu kota, di Palembang (di Sumatera), tetapi kawasan ini adalah jaluran panjang payapaya yang sukar untuk menggali mungkin gambaran lebih jelas akan

muncul kemudian,mungkin sekiranya terdapat peruntukan dan usaha yang keras untuk menggali.Kita tahu bahawa Sriwijaya adalah salah satu kerajaan terkaya pada masanya, mungkin berkembang sejak 500 Masehi, tapi jelas mendominasi pantai Selat Melaka selama sekurang-kurangnya 640 tahun!

Khom terawal (Angkor) adalah kemungkinan peradaban anak sungai, dan sebuah stupa dibina di Chaiya, Suratthani (selatan Thailand) adalah

warisan Srivijaya. Pada awal abad ke-11, melalui 20 tahun serangan oleh raja Chola dari Coromandel India, Sriwijaya kehilangan kawalan ke atas perdagangan China-India dan merosot,berakhir sekitar 1400, ketika Ayutthaya menjadi semakin penting.Islam telah datang ke Sumatera, putera terakhir Srivijaya menubuhkan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402, dan memeluk Islam pada tahun 1414. Walaupun secara umumnya sebelum penemuan Sriwijaya secara akademik oleh Coedes,nama Sriwijaya hampir tidak diketahui oleh masyarakat moden

hatta penduduk Asia Tenggara malahan orang Melayu sendiri,legenda Sriwijaya sebenarnya masih tersimpan kemas dalam ingatan kerabat diraja dan bangsawan di Indonesia dan Malaysia.Dalam pada itu,masih ada banyak kebingungan, kerana dengan merujuk kepada Sriwijaya sebagai sebuah kerajaan, ketika "kuasa politik" atau "persekutuan" sebenarnya lebih tepat. Ini mungkin tidak mempunyai raja yang berkuasa, hanya pangeran dan kasta penguasa. Melibatkan perkilangan, pusat-pusat keagamaan, komersil dan politik, sekurang-kurangnya beberapa abad, yang terdapat dalam rekod Arab

dan Cina.Orang Khmer menyebutnya Melayu,yang lain punya nama lain - yang membantu menambah kebingungan dan ketidakjelasan ... tetapi sifat yang berbeza dari negara itu kemungkinan bahaya yang paling parah ke memori itu,menyebabkan Sriwijaya seakan 'hilang' dari lipatan sejarah Asia Tenggara.Di kawasan-kawasan pedalaman tetap berada di bawah pemimpin tempatan (Datu-datu), seringkali disusun dalam rangkaian kesetiaan melalui pernikahan, namun dipacu oleh hubungan perdagangan primer, dan dasar kerjasama dalam persekutuan maritim. Kepelbagaian

budaya dalam bidang perdagangan dan pengaruh Srivajaya yang kondusif (selesa) untuk perdagangan,dan dalam banyak hal memperkuatkan jaringan hegemoni empayar ini. Raja-raja Melayu dinasti Sriwijaya berkasta Kesatria,merupakan pengiktirafan dari puak-puak Kamboja yang membawa budaya Avestan;Kamboja adalah puak Aryan yang sekian lama menjalankan perdagangan dengan dinasti-dinasti Melayu.Karavan perdagangan antara India dan Mon Dvaravati terjadi di masa awal Buddha. Kemudian perdagangan

laut, dengan menggunakan kapal besar, mulai, meliputi sebahagian besar pantai selatan Asia barat China, dengan perdagangan yang signifikan menggunakan kuda selama seribu tahun yang lalu.Rekod Parsi menyebutkan duta-duta yang dihantar dari Sri Lanka untuk Maharaja Anusharwan (memerintah 531-578 M,pemerintah Parsi dinasti Sasanid,kemungkinan inilah Nursyirwan Adil dalam hikayat Melayu), membawa sepuluh ekor gajah, 200,000 keping dari kayu jati dan tujuh penyelam mutiara. Logam mulia dan batu, rempahrempah, (terutama cengkih, pala dan kapulaga), gaharu, cendana, kapur

barus, makanan, jute, lilin, timah dan logam lain, ternakan dan bahagianbahagian haiwan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada taring, tanduk) , tekstil dan barang ubat yang tersenarai (antara lain, kemungkinan besar termasuk jimat, candu, sirih, pisau dan cermin, walaupun rekod penghantaran tidak tersedia). Dari Sri Lanka mereka berdagang dengan Ligor, Lavo dan Lopburi dalam apa yang digelarkan sebagai Siam, dan mendirikan bandar pedalaman dari Kambojagama, tenggara Mon Haripunjaya (kemungkinan besar pada laluan karavan tua).

Akhirnya,komuniti perdagangan Sriwijaya menghasilkan pemimpinpemimpin hebat yang menukar penyelesaian komersil menjadi negara politik yang terancang dan berkembang menjadi satu lagi kerajaan yang agung,kerajaan Angkor.Suffix -Varman untuk penguasa di Angkor adalah sebuah nama Ksatria, menghubungkan mereka dengan Arya Kambujas. Hal ini menunjukkan bahawa sifat raja-raja dan kepercayaan sihir yang digunakan untuk menyokong kerajaan adalah berasal dari tradisi yang kuno, mungkin dari Mesopotamia,tetapi ini memerlukan analisis yang lebih berkesan.

Ketika kegemilangan empayar ini,sang maharaja ada mengirimkan surat-surat kepada kekhalifahan Islam. S.Q Fatimi telah menerbitkan catatan tentang dua surat dari Mihraj Zabag (empayar Zabag) kepada Khalifah Muawiyah (661M680M) dan Khalifah Umar Abdul Aziz (717M-720M).[rujuk:"Two letters from Maharaja to the Khalifa", Islamic Studies (Karachi), 1963].Isi surat itu sama,memohon dihantar pendakwah Islam untuk mengajarkan agama Islam kepada maharaja. Apa yang paling penting di sini adalah

kemahiran Sriwijaya yang memulakan konsep perdagangan untuk terlibat dalam pembukaan dan penempatan, yang merupakan konsep yang agak unik dan jarang diketahui pada empayarempayar lain.Sesuatu empayar biasanya terbentuk melalui ketenteraan dan penguasaan wilayah secara paksaan,tetapi itu bukanlah Sriwijaya yang istimewa ini.Diplomasi bangsa Melayu amat aneh dan misteri.Walaupun sekian banyak perdagangan maritim dari pelbagai kaum dan bangsa telah terjadi sebelum era Sriwijaya,namun ia tidak terlalu difokuskan dengan minat yang

mendalam,sebagaimana empayar Melayu ini,di mana konsep koloniasasi oleh penjajah Eropah untuk membina empayar perdagangan bukanlah konsep yang 'ajaib' dan penguasaan perdagangan oleh China yang lebih kepada konsep penghijrahan beramairamai,namun Sriwijaya membina hegemoni perdagangan dengan kuasa 'magis' dari sikap diplomasi yang bijak dari orang-orang Melayu. Ketika Burma,Khmer dan Siam berkongsi banyak persamaan,penduduk di negaranegara itu dikuasai oleh kumpulankumpulan etnik tertentu,orang-orang di

kepulauan, orang-orang Vietnam,Bangladesh,China dan Korea pula sangat berbeza.Orang-orang Mongol mampu memaksakan kuasa atas kawasan yang amat luas dan memiliki kepelbagaian etnik yang kompleks-dari suku-suku Monggol dan China hingga ke bangsa Parsi,Eropah dan Arab,tetapi hanya untuk sekitar 150 tahun.Empayar British juga luas,di mana empayar ini dijoloki sebagai the sun never set',juga bertahan tidak begitu lama. Tetapi Sriwijaya berakhir sekurangkurangnya 640 tahun,selama lebih enam abad,dan memerintah ke atas pelbagai

suku Austronesia,Mon-Khmer,Tai-Kadai dan para pedagang asing....mungkin disebabkan mereka menemui nilai dalam kepelbagaian,dan cuba untuk tidak memaksakan penguasaan mahupun budaya mereka ke atas wilayah jajahan.

-------------------------------------------

Next...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XVI

Petunjuk Tersembunyi Dalam Chiang Mai Chronicles

-Siapakah Suryavarman? -Petunjuk tersembunyi di dalam Preah Hear -Siapakah Malayu dalam riwayat Khmer? -Kod-kod yang tidak boleh dibaca -Rahsia di dalam batu-batu -Tempat yang tidak boleh dilihat -'raja-raja Mala' -Sri Kambu dan Kedah Tua -Dinasti Mahawangsa

-Siapakah Merong? -Rahsia batu berlubang tengah -Puteri Khmer yang diculik -Raja Lao yang memakai gelaran diraja Malayu -Kerajaan Lanxang dan dinasti Malayu -Perahu siput Nang Kemuning -Hubungan raja-raja Melayu dan Kambuja-Khmer -Misteri Sri Dharmaraja

Menjejaki misteri Melayu semakin mendebarkan!Nantikan pengembaraan seterusnya....

Hanya di MistisFiles!

Tuesday, April 12, 2011 Alter Terahsia Bangsa Melayu XVI

Sebelum orang-orang Thai muncul sebagai kekuatan yang dominan pada abad ke-13,Thailand didominasi oleh orang-orang Mon dan Khmer.Mon adalah satu kaum dan tamadun yang berpusat di tepi barat dataran tengah.Mereka mendirikan kerajaan Dvaravati yang misteri. Dari sejumlah kecil koleksi inskripsi dan patung-patung yang diketahui para sarjana,bagaimanapun,mengetahui bahawa kerajaan itu melangkau ke timur menuju Kemboja,ke utara menuju ke

Chiang Mai dan ke barat menghampiri Burma.Di Kemboja,adalah orang-orang Khmer,dengan menumpu di negara Kemboja pada hari ini dengan ibukota mereka di Angkor,"The City of Angels".Mereka mengawal sebahagian besar Thailand,terutamanya timur laut Thailand dan selatan Laos,selain Kemboja sendiri. Di selatan Dvaravati...adalah bayangbayang Srivijaya,sebuah empayar maritim yang amat berkuasa di Asia Tenggara.Melayu,adalah dalang di sebalik nama Srivijaya,adalah orangorang yang punya sejarah misteri di

Indochina,suka membina negarakotanegarakota di merata tempat.Mereka juga menyebar di seluruh Thailand dan budaya mereka dikongsi oleh misterinya Dvaravati.Srivijaya,walaupun kita memiliki sedikit maklumat tentangnya,tidak dapat diragukan adalah salah satu yang paling terkuat-jika tidak pun,adalah merupakan empayar maritim yang benar-benar berkuasa. Salah satu negarakota mirip Dvaravati adalah Chih-Tu (Tanah Merah),yang terletak di Kelantan pada hari ini.Mengikut rekod Dinasti Sui (581618),kerajaan ini merupakan satu

kerajaan yang berperadaban tinggi.Di dalam 'Meridionaux',Matounlin telah menyebut dalam tahun 638 Masehi,Seng-Kao (Chiang Mai) telah menghantar duta pertamanya ke kerajaan China.

Di dalam rekod Dinasti Sui,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu: "Nama keluarga raja Chih-tu adalah Tan Chu (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera

ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..." Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-

shi" atau "Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana Sriwijaya dari kerabat Sri Dharmaraja. Chiang Mai bermaksud 'kota para sami' dan terjemahan dari istilah bahasa Pali untuk makna yang sama:Lawasangharatha. Legenda China mengatakan seorang raja telah meninggalkan takhtanya untuk

mengabdikan diri sebagai sami.Dan kerajaannya diserahkan kepada anaknya yang bernama,Srivijaya...

PETUNJUK TERSEMBUNYI DI DALAM CHIANG MAI CHRONICLES

Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka {...mewarisi gelaran 'Kamvan' dan berasal dari darah keturunan Dinasti Matahari...dia...(Suryavarman I) memerintah seluruh negeri Dharmaraja

pada tahun Saka 924...}

(Inscription of Phimanakas,Cambodia)

Untuk melihat kebudayaan Melayu purba sebelum cahaya hidayat Islam tiba di Nusantara,kita boleh melihat 'bayangbayang' nya di Indochina.Segenting Kra hingga ke tengah Thailand dan menuju

ke Kemboja mewarisi kebudayaan Melayu Kuno zaman Buddha (abaikan dahulu Sumatera).Ke barat terletak satu lagi kerajaan purba suku Melayu yang amat popular dalam riwayat Indochina,Champa.Tetapi ini kerajaan Hindu.Segenting Kra,tidak dinafikan adalah tempat lahirnya beberapa dinasti diraja Melayu yang mencapai tahap legenda dan kultus dalam hikayathikayat Indochina.Di dalam artikel ringkas ini,kita akan membincangkan sejauh mana bayang-bayang 'ruling class' raja-raja Melayu di seluruh Indochina pada masa silam.

Petunjuk Pertama:Sulalatus Salatin

Di dalam Sulalatus Salatin terdapat beberapa bahagian yang menceritakan tentang benua Siam.Apa yang menarik,gelaran 'Cau' dalam Sulalatus Salatin: "Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka baginda sendiri hendak berangkat menyerang Melaka. Maka ada seorang anak Bubunnya lelaki, bernama Cau Panden; maka ia bercakap ke bawah

duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka. Sembahnya: "Duli Pra Cau, lengkapi patik; patiklah mengalahkan Melaka itu". Maka Paduka Bubunnya pun terlalu sukacita mendengar sembah anaknya, Cau Panden itu.." Juga disebutkan dalam perenggan yang lain tentang raja Patani,Cau Seri Bangsa (Sriwangsa) yang memeluk agama Islam lalu memohon nobat dari Kesultanan Melaka.Dalam Sulalatus Salatin,kesimpulan umum yang boleh dibuat ialah,gelaran 'Cau' ini ialah gelaran untuk kerabat raja Siam.Untuk

mengetahui kerajaan apakah yang sezaman dengan Kesultanan Melaka,umumnya merujuk kepada Kerajaan Ayutthaya (1351-1767).Namun jika diteliti,gelaran 'Cau' (Chao) tidak popular digunakan oleh raja-raja Ayutthaya. Satu lagi misteri ialah raja Patani juga disebut dengan gelaran Cau ini.Ini bermakna,Ayutthaya bukanlah saingan Melaka ketika itu.Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan bukti terbaru bahawa Empayar Melaka bermula pada abad ke-11 bukan abad ke-13!Semua ini memimpin kepada

misteri siapakah kerajaan Benua Siam ketika peristiwa dalam Sulalatus Salatin dan siapakah Paduka Bubunnya sebagai pemerintah Siam dan asal-usul gelaran Cau yang dikongsi oleh Patani dan Siam.Umum mengetahui bahawa Patani adalah kerajaan Melayu bukan Thai.Di sini,kita mestilah membezakan makna 'Siam' dan 'Thai'.Siam bukan Thai,namun Thai kemungkinan terserap ke dalam Siam.Siam adalah gelaran purba dari bahasa Mon-Khmer:Syam,merujuk kepada satu kelompok kaum di Indochina pada masa silam. Sebenarnya kerajaan di Benua Siam

yang disebutkan dalam Sulalatus Salatin itu ialah Nagara Sri Dharmaraja (Tambralingga). Satu lagi 'puzzle' ialah,mengapa raja Patani memohon nobat dari Melaka?Patani adalah satu kerajaan legenda,berasal dari empayar Segenting Kra yang terkenal,Langkasuka.Jawapan kepada semua misteri ini adalah:KETURUNAN RAJA-RAJA SRIWIJAYA.

"Srivijayan Bloodline"

Pertama sekali perlulah difahami rahsia ini:bahawa dinasti Sriwijaya bermula di semenanjung,TEPATNYA DI SEGENTING KRA.Dinasti Melayu kuno ini dipercayai berasal dari Istana Sri Dharmaraja (Sri Dharmaraja Court),iaitu Nakhorn Si Thammarat di Thailand pada hari ini.Dari sini,beberapa dinasti muncul,salah satunya ialah Pathomwangsa (bermaksud:bunga seroja) di mana Chandrabanu Sri Dharmaraja,raja Melayu yang menyerang Sri Lanka pada

abad ke-11,berasal dari garis keturunan ini.Satu lagi ialah Sriwijayawangsa,yang pada era awalnya banyak mempengaruhi sejarah Kemboja dan Dvaravati hingga ke Chiang Mai.Bagaimana sampai ke Chiang Mai? Catatan era Dinasti Sui mengatakan bahawa Seng-Kao (sebutan Cina untuk Chiang Mai) mempunyai ibukotanya bernama Chih-Tu.Menariknya.Chih-tu juga disebut dalam catatan pada era yang sama merujuk kepada satu kerajaan yang hilang di sekitar Kelantan sekarang.Chih-tu bermaksud 'Red Earth' dan di Kelantan ada tempat bernama

'Tanah Merah'. Di dalam rekod Dinasti Sui lagi,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu: "Nama keluarga raja Chih-tu adalah Tan Chu (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai

tiga isteri, yang semuanya puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..." Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-foshi" atau "Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana Sri wijaya dari kerabat Sri

Dharmaraja.Ini kerana dalam tradisi sejarah Sriwijaya di Indochina,pakar sejarah Thailand dan Kemboja mengenalnya melalui kerajaan Nagara Sri Dharmaraja,di mana ditemui banyak persamaannya budaya dan gelaran rajaraja Sri Dharmaraja sesuai dengan sejarah Sriwijaya. Jika kita cantumkan dengan bukti dari Sulalatus Salatin,misteri ini semakin rumit.'Chao' adalah gelaran khas untuk raja-raja Chiang Mai.Namun dalam sejarah Melayu,'Cau' digunakan untuk gelaran di Benua Siam dan raja Patani.Dimanakah letaknya Chiang

Mai?Chiang Mai terletak nun di utara Thailand.

Mengapa Raja Patani meminta nobat dari Melaka?Jika berpandukan kepada bukti-bukti dari Chiang Mai dan Sri Dharmaraja,kita boleh menyimpulkan bahawa raja Patani adalah dari GARIS KETURUNAN YANG SAMA DENGAN

SULTAN MELAKA.Ini juga menunjukkan bahawa nobat,sebagai lambang kebesaran kerajaan Melayu,pada masa itu diwarisi oleh Melaka dan autoritinya dipegang oleh Melaka.Mengapa raja Patani tidak mencipta nobat sendiri,dan terpaksa memohon nobat dari Melaka?Semua ini akan membawa kita kepada garis keturunan Sriwijaya. Dari sini,jika raja Patani bukan dari garis keturunan Sriwijaya (Kesultanan Melaka adalah warisan Sriwijaya yang tidak boleh disangkal lagi),PRESTIJ YANG ADA PADA NAMA SRIWIJAYA,memungkinkan raja Patani memerlukan

PENGIKTIRAFAN.Sebagaimana Raja Lumu (berasal dari Sulawesi) yang memohon perlantikannya sebagai Sultan Selangor melalui perkenan Sultan Perak (dari garis keturunan Sriwijaya;dari cabang Kesultanan Melaka),begitu jugalah yang dilakukan oleh raja Patani.Ini menunjukkan bahawa seluruh Dunia Melayu dan suku-suku Austronesia meyakini,DARAH KETURUNAN SRIWIJAYA MEMPUNYAI DAULAT SEBAGAI 'RULING CLASS' YANG SEBENAR. Lama sebelum kedatangan Raja Mengrai dari selatan China,kawasan sekitar utara

Thailand di Chiang Mai termasuk dalam kerajaan Haripunjaya.Ini adalah kerajaan orang Mon.Namun raja-raja Chiang Mai sebelum era Lanna Thai memiliki darah Sriwijaya.Dipercayai bahawa suku kaum yang tinggal di sini pada zaman purba adalah kaum Lawa. Dalam Chamadevivamsa,yang ditulis pada permulaan abad ke 15 dan di dalam Jinakalamali,yang siap ditulis pada tahun 1516,mengandungi bukti berikut: "Seorang raja Haripunjaya bernama Atrasataka pergi untuk menyerang Lavo dimana Ucchittachakravatti sedang

memerintah.Pada saat ketika dua penguasa itu disiapkan untuk berperang, seorang raja Sri-dhammanagara bernama Sujita tiba di Lavo dengan tentera yang cukup besar dan armada kapal perang. Dihadapkan oleh serangan mendadak, dua raja yang berperang ini (raja Haripunjaya dan Lavo) melarikan diri ke arah Haripunjaya.Ucchita tiba lebih dulu, berkahwin dengan ratu dan menyatakan dirinya sebagai raja.Kemudian Sujita, raja Ligor, membuktikan dirinya sebagai pemilik Lavo. Pada tiga tahun terakhir,penggantinya,atau mungkin anaknya,Kambojaraja,pergi untuk

menyerang Ucchita lagi di Haripunjaya,namun dikalahkan." Konflik antara Lavo dan Haripunjaya mencerminkan permusuhan antara dua dinasti terulung Melayu sebagai 'rulingclass' Indochina,Sailendra dan Sriwijaya yang tumbuh dalam skala yang lebih besar untuk menjadi krisis.Sarjana menyimpulkan serangan ini sebagai penaklukan empayar Kemboja ke atas negara-negara jiran yang lebih lemah,Lavo dan Haripunjaya.Namun pada masa yang sama,Kerajaan Kemboja juga diserang kerana riwayat ini menceritakan dengan jelas,menunjukkan

bahawa penakluk itu dari Sri Dhammmaraja atau Ligor. Penguasa Lavo,Ucchittachakravatti disebut sebagai 'Chakravati',merujuk kepada pengaruh Angkor.Dia samaada Jayavarman IV atau penggantinya.Sebagaimana Lavo bertindak sebagai pos kawalan tentera Empayar Kemboja,kawalan ke atas Lavo mengakibatkan penaklukan takhta Angkor (oleh raja Melayu Sujita).Di sisi lain, kita akan melihat bahawa penguasa Angkor berikutnya,berasal dari keluarga Sri Dhammaraja atau Kerajaan Ligor.Dalam serangan oleh dinasti Sailendra yang kini berpusat di Jawa,Sriwijaya sedang mencari jalan

keluar,dan istana Kemboja menjadi sasaran mereka.

Dinasti Viravamsa

Setelah pemerintahan Jayavarman V,telah muncul satu inskripsi yang menunjukkan tiga raja, Udayadityavarman, Jayaviravarman dan Suryavarman yang berkuasa secara bersamaan di lokasi kerajaan Angkor.Sarjana membuat spekulasi bahawa mereka bersaing di atas takhta Angkor sementara pada hakikatnya,ketiga-tiganya berdarah Melayu Sri Dharmaraja dan bergabung dalam perjuangan mereka untuk mengambil kawalan dari arah darat (kerabat Sriwijaya umumnya lebih sukakan perdagangan maritim).Sebuah

petikan dari riwayat Khmer,Botomvaravamsa,menjelaskan titik misteri ini: "Di sana ada anak saudara Maharaja yang diaturkan oleh Dhammavidhi Prah Rsiphatta,untuk menikahi ratu pada waktu itu dan naik takhta dengan nama Botomvaravamsa.Dia ditugaskan Virauraja sebagai Obyauraja dan Udayaraja sebagai Obraja-nya.Setelah kematian Botomvaravamsa,Prah Virauraja yang menjadi Obyauraja,naik takhta.Setelah pemerintahan Virauraja,Prah Udayaraja yang ditugaskan sebagai Mahaobjraja,naik takhta."

Menurut petikan ini,satu tatacara telah dilaksanakan oleh pendeta Angkor bagi mewujudkan kepimpinan baru.Suryavarman (Preah Botomvaravamsa) merupakan anak saudara dari Raja Angkor pada waktu itu dan ditetapkan untuk naik takhta Angkor sementara Jayaviravarman (raja Virauraja) menjadi Obyauraja (raja kedua) dan Udayadityavarman (Udayaraja) menjadi Obraja (jeneral tentera).Kita akan melihat bahawa Jayaviravarman dan Udayadityavarman adalah saudara dan berkaitan dengan kerajaan Chrestapura (Lavo) dan

mensamarkan asal sebenar mereka dari Ligor dan mereka seolah-olah tidak asing dengan kerajaan Angkor. Mereka adalah penyumbang kepada Suryavarman I yang lebih muda yang kemudiannya akan menjadi penguasa utama dari takhta Angkor. Semua ini menunjukkan bahawa terdapat satu era di istana Angkor dimana kerabat diraja Melayu Sri Dharmaraja menjadi 'ruling-class' bagi seluruh empayar Khmer.Seorang raja Melayu bernama Sujita juga telah menakluk Lavo (Lawapuri/Lavapuri/Lopburi) yang

merupakan warisan kerajaan legenda Mon,Dvaravati.Kerajaan Dvaravati adalah benar-benar kerajaan SIAM ASLI kerana populasinya bercampur dengan budaya Melayu Segenting Kra dan Mon.Istilah 'Melayu Segenting Kra' adalah panduan,di mana budaya mereka zaman Buddha dahulu diwarisi oleh Kemboja dan Thailand,termasuk senibina dan kostum,setelah mereka beramai-ramai memeluk Islam dan memasuki era budaya baru.Senibina dan budaya Melayu Segenting Kra akhirnya telah dimajukan oleh orang Thai dan Khmer sehingga apa yang kita lihat pada hari ini.

Salah satu binaan Melayu Segenting Kra ketika kerabat Sri Dharmaraja atau Grahi membayangi istana Angkor,ialah Preah Vihear. Ia dibina oleh Suryavarman I,setelah raja ini menewaskan saudarasaudaranya,menaiki takhta Angkor dan menerajui Empayar Khmer.

Siapakah Suryavarman I?

Beliau berdarah Melayu Sri Dharmaraja dari sebelah bapa.Bapanya,raja Nagara Sri Dharmaraja (Ligor) telah mengahwini seorang gadis Khmer.Bukti-bukti dari beberapa riwayat cenderung menunjukkan bahawa bapanya itulah Sujita,yang menyerang Lavo.Banyak inskripsi membuktikan pemerintahan

Suryavarman berlaku pada seawal 1002 Masehi (924 Saka).Jika tarikh ini adalah tepat,Suryavarman dinobatkan pada masa yang sama sebagai raja Jayaviravarman mengarah ke spekulasi bahawa mereka bersaing takhta Angkor.Pandangan yang lain adalah bahawa Suryavarman I dan Jayaviravarman adalah dua gelaran yang berbeza yang diberikan kepada raja yang sama.Kita akan melihat bahawa tiada satu pun dari dua spekulasi ini adalah benar.Untuk memulakan,inskripsi Phimanakas membuatkan ia jelas bahawa bagi kenaikannya pada 1002 Masehi (Caka 924),Suryavarman I

sebenarnya menaiki takhta Sri Dharmaraja. "Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka" Bahagian pertama dari petikan itu menyebutkan bahawa beliau berasal dari garis dinasti Suryavamsa (dinasti Matahari) dan mewarisi gelaran "Kamtvan", penghormatan untuk seorang raja Kemboja.Bahagian terakhir,"dharmarajya nu svey vrah 924 Caka" harus diertikan bahawa "ia (Suryavarman I) memerintah atas Prah

Dharmaraja pada 924 Caka". Keduaduanya menunjukkan Suryavamsa punya hubungan yang kuat dengan kerajaan Kemboja dari Tambralinga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja).Beberapa sumber menyebutkan bahawa ia sebenarnya putera raja Sochita (Sujita) atau Jayaviravarman sendiri.Sementara ayat seterusnya memberitahu beliau telah naik takhta Angkor pada 1002 Masehi, Suryavarman I dilantik pada masa yang sama,untuk memerintah Sri Dharmamaraja,hanya selepas Jayaviravarman berakhir (turun takhta) pemerintahannya pada tahun 1006 Masehi yang mana Suryavarman I

seharusnya naik takhta Angkor.Beliau adalah jelas adalah Kambojaraja yang tertulis dalam riwayat Chamadevivamsa dan Jinakalamali,yang keluar untuk menyerang kerajaan Lavo dan memaksa mereka untuk menetap di Haripunjaya. Prasasti yang tertulis namanya lebih banyak terdapat bahagian barat laut negara itu,menunjukkan keterlibatannya dalam pembukaan dan pembentukan kembali Lavo. Terdapat bukti lain yang menceritakan asal-usul Suryavarman I ini. Prasasti yang terletak di tiang sebelah

barat Prah Vihear mempunyai bahagian yang berkaitan dengan asal-usul Suryavarman I,bahkan,walaupun tidak secara jelas,Suryavarman I adalah dari garis keturunan raja Kemboja pertama, Sri Kambu. "Ada sebuah keluarga yang membuat tulisan-tulisan tentang keluarga Kambu dan pelbagai jabatan perkhidmatan kerajaan,penulisan tentang perbuatan mulia yang berdaulat dari S.M Crutavarman kepada Yang Mulia Cri Suryavarman,keluarga dari S.M Indravarman yang pergi ke Isvaraloka dan ratu KA Cri Viralaksmi dari Vrah

Srok, kerabat wanita dari Cri Icanavarmadeva yang pergi ke Rudraloka, dan SM Cri Isanavarmadeva yang pergi ke Paramarudra." Hunbungan ini menjelaskan mengapa Suryavarman I disebut sebagai Kambojaraja dalam tradisi Mon.Ini juga menjelaskan tentang asal usul raja Ketomala (satu keturunan raja-raja Melayu dinasti Ketomala),raja Angkor yang terdahulu mulai dari raja Indravarman I menjadi punya garis keturunan yang juga dari Sri Kambu. Melanjutkan warisan ini,Suryavarman dan keturunannya yang dikenali sebagai

pembina besar batu candi yang merangkumi kemudiannya,kuil terkenal Angkor Wat. Keluarga yang disebutkan dalam petikan di atas di mana bertindak menyimpan semua catatan sejarah tentang keturunan Sri Kambu adalah keluarga Sri Sukarman (ini mempunyai nama yang punya kaitan dengan dinasti Sailendra di Jawa) dan prasasti ini juga memberitahu lokasi semua tulisan ini ditanam. Koleksi tulisan-tulisan suci dirakam pada dedaun (diyakini pada daun lontar,'kertas' orang-orang Melayu pada zaman silam) dan disimpan di K.J Cri

Cikharicvara di K.J. Cri Vrdhesvara mahupun di Kamlon,iaitu candi-candi purba di Kemboja.Apabila semua catatan dijumpai,kita akan tahu lebih banyak tentang masa lalu raja-raja Melayu yang memerintah Kemboja.Namun,seperti disebutkan dalam prasasti,mereka tertulis pada daun-daun,yang sudah pasti tidak mampu bertahan lama.

Siapa pula Sri Kambu?

Sri Kambu adalah dipercayai raja pertama Kemboja,lebih merupakan legenda dari mulut ke mulut dalam tradisi Khmer.Namun terdapat beberapa prasasti membayangi nama legenda ini. Di dalam prasasti Khmer,ditemui di lokasi Ayutthaya. "Dalam dunia (Naga) bhuja, raja pertama Guchanagapura ialah Sri bhuja Bhagadatta" Ini dikenalpasti bahawa penguasa

Guchanagapura sebagai raja Bhagadatta Naga,dan melalui dia,warisan 'Naga' ditanamkan di Lembah Menam.Penting untuk dicatat bahawa Bhagadatta itu bukan nama tapi gelaran Raja ParamaKamboja. Tradisi Syam (Siam) bagaimanapun merujukkan gelaran itu dengan Dinasti Ming, bersama keduadua garis keturunan Mon dan kerajaan Khmer purba.Identiti Ming yang sama dijumpai kemudian menjadi simbol dari kepimpinan awal suku Mongolia itu.Dalam teks China dirakam selama kerajaan Tang dari China, Paramesvara juga ditemukan dalam hubungan dekat dengan Bhagadatta,atas nama Kola.

"Kolo juga disebut Kolo-fu-sha-lo.Nama raja adalah Shih-li-po-lo,nama peribadinya Mi-Shih-po-lo.Dinding kota yang dibina dari batu dan rumah-rumah ditutupi dengan daun kelapa. Ada 24 chou." Kata "Kolo-fu-sha-lo" adalah transkripsi kata Sanskrit 'Kolagujala',yang bererti bangsa Gajah.Teks ini menyebutkan bahawa nama raja adalah "Shih-li-po-lo" dan nama peribadinya adalah "Mi-Shihpo-lo".Sarjana bersepakat bahawa dua nama ini harus digabungkan menjadi "Shih-li-po-lo-Mi-Shih-po-lo" yang

merupakan transkripsi China "Sri Paramesvara".Tradisi Siam dari Khun Borom bersama-sama dengan kerajaannya menyebarkan tamadun diantara mangsa banjir (Great Flood,merupakan legenda Khmer dan Thai yang merujuk satu Banjir Besar pada masa silam,menyerupai kisah Nabi Nuh), menunjukkan lebih lanjut bahawa warisan Khun Borom atau Paramesvara kembali lebih awal selepas banjir besar.Jika dakwaan itu benar,pendirian negara ParamaKamboja oleh Naga Raja Bhagadatta, haruslah dapat mendahului dasar Kerajaan Kambuja Barat,Daya Desa atau Parthia (bangsa Kambuja berasal

dari Asia Tengah,tiba di Nusantara dan bercampur dengan suku-suku Asia Tenggara).Bahkan,penemuan terbaru para sarjana Khmer menunjukkan bahawa watak mistik Sri Kambu yang menghasilkan bangsa Kemboja (Khmer), adalah seorang tokoh misteri dari keturunan Malayo-Polinesian (Melayu).Para sarjana Khmer menyatakan hubungan Sri Kambu dengan Mesir Purba (Ingat Raja Parahu?) mungkin merupakan pemangkin kepada Empayar Kambuja Barat.Selama munculnya kerajaan Simha dari Seth,bukti menunjukkan bahawa warisan Simha tersebar ke kebudayaan

Kemboja.Selalu dibandingkan dengan singa,Raja Simha ini yang terkenal kekuatan fizikal mereka dan sering digambarkan sebagai gergasi,suatu sifat khas kasta Ksatria Kambojan barat. Di sini dipercayai dengan kuat,bahawa Sri Kambu berasal pula dari garis keturunan raja-raja Gangga Negara yang berpusat di Perak pada hari ini. Dalam prasasti di atas juga ditemui perkataan 'Sri Bhuja'.Ini adalah kenyataan paling jelas yang merungkaikan dari mana pedagang Hindu dan Arab kadangkala memanggil

Sriwijaya sebagai Sribhoja. Dari semua keterangan di atas,tidak hairanlah mengapa di dalam The Chiang Mai Chronicles,mendakwa bahawa Suryavarman I,seorang emperor Khmer yang agung berasal dari Malayu.Suryavarman I adalah seorang arkitek dan pembina yang agung,membina banyak candi dan yang paling terkenal ialah Preah Vihear,yang menjadi pertikaian antara Thailand dan Kemboja suatu ketika dahulu. Sebagai pengetahuan,Chiang Mai kini terbahagi kepada 4 bahagian: Nakhon

Ping, Srivijaya, Mengrai,dan Kawila.Mengrai adalah nama raja Lannathai yang menakluk Chiang Mai dari kuasa Mon Haripunjaya.Kawila adalah salah seorang raja Chiang Mai,Chao Kavila.Nakhon Ping bermaksud Negara Ping.Dan Srivijaya...adalah misteri yang hampir mustahil untuk terjawabkan. Semua misteri ini,jika mampu difahami,akan memimpin anda kepada rahsia tersembunyi yang lebih rumit lagi.Anda akan memahami apakah Dinasti Ketolamala dan nama sakti ini...Maulimalaraja,yang dipakai oleh

kerajaan Melayu Sri Dharmaraja seterusnya membuka rahsia mengapa beribu-ribu tahun dahulu,raja-raja Lao (berkaitan dengan negara Laos kini) memakai gelaran 'Maulimalaraja' yang bermaksud, "Raja-raja dari keturunan Mala"

-----------------------***********--------------------------

Coming soon...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XVII

Maulimalaraja dan Sri Dharmaraja

-Kisah Istana Sri Dharmaraja -Cinta gadis Khmer -Misteri Grahi -Bayangan dinasti Matahari -Serangan ke atas Lavopuri

-Puteri Khmer di atas perahu siput -Budaya Melayu Segenting Kra -Raja orang Kensiu dan Kintaq -Siapakah pemilik asal Ayutthaya? -Sriwijaya dan Sri Dharmaraja -Pembukaan kepada misteri dinasti Ketomala -Rahsia dari bangsa Bunga-bungaan -Siapa raja-raja Mala?

Mengembara ke kerajaan kayangan di Indochina.Menyelesaikan kod-kod rahsia

dari pelbagai prasasti dan riwayat purba.Menyelusuri legenda gelap rajaraja Melayu purba di tanah Kemboja.Epik pengembaraan paling mendebarkan!! Hanya di MistisFiles!! Alter Terahsia Bangsa Melayu XVII

Di kawasan runtuhan kota purba di Wat Hua Wiang di Chaiya,daerah Suratthani di Thailand,telah ditemui batu bersurat di pintu kota purba berketinggian 1.30 meter,dan ini tidak termasuk bahagian yang masih tertanam di dalam tanah,dengan lebar batu ini mencapai 45 cm dan berketebalan 13 cm. Di dalam batu bersurat ini tercatat nama seorang raja purba dan dinasti yang diwakilinya,Padmawangsa (dinasti Teratai).Dipahat dalam bahasa Sanskrit dan bertulisan Kawi Kuno,disebutkan di dalamnya bahawa raja itu mempunyai hubungan dengan dua lagi dinasti

purba,Sailendra dan Sriwijaya. Berdasarkan ini,seorang pengkaji sejarah Thailand,Chand Chirayu Rajani berusaha untuk meyakinkan peminat-peminat sejarah Sriwijaya,sebuah empayar legenda thalassocracy di Asia Tenggara juga menarik perhatian pakar-pakar sejarah dunia bahawa ibukota empayar terkenal itu sebenarnya berada di selatan Thailand. Sebenarnya,terdapat beratus-ratus malah beribu-ribu manuskrip dan batu bersurat yang ditemui di seluruh Thailand malah Indochina,mengungkapkan sejarah paling gelap raja-raja Melayu serta 'city-states' mereka yang hilang sejak berabad-abad lamanya.Sebahagian besar rahsia ini telah disenyapkan oleh para sejarahwan

Thailand,namun 'malangnya' didedahkan pula oleh sejarahwan Kemboja yang juga turut menemui kesan-kesan garis keturunan Sriwijaya dan Sailendra,yang tercatat dalam petitih-petitih kuno Khmer sebagai "Malayu". Generasi baru yang mengkaji sejarah Thailand semakin ghairah mahu mengetahui siapakah 'Sriwijaya' dan siapakah 'Malayu'...rahsianya cuba ditutup rapat oleh istana Chakri,namun batu-batu bersurat itu seakan-akan mahu 'bersuara'...rahsia yang lama terpendam,semakin lama semakin menggamit seribu satu persoalan. Riwayat-riwayat Thai Kuno mengatakan terdapat seorang raja yang amat alim dalam perihal ajaran Buddha,dan dari

raja ini...orang-orang Thai purba mempelajari agama Buddha...

Svasti, Raja pelindung bandar Tambralingga yang mendukung Phraparitti Prahyokshan yang melindungi ajaran Buddha.Bagindalah yang keturunannya datang dari wangsa suci, Padmawangsa.Rupa parasnya bagus bagaikan hari Rabu tahun Reka (Ayam), wajahnya umpama bulan purnama memerintah sambil memegang sastera juga memayungi dharma serta menanggung bebanan menjadi kepala kepada kerabat diraja.Bagindalah yang memegang gelaran Sri Dharmaraja...

MAULIMALARAJA & SRI DHARMARAJA

"Those who,after the reign of Uroja, occupied the throne of Champapura,where Sri Bhadrasvara is the essence of the kingdom and the

perpetuity universally known,from the descendant of Paramesvara,was the king Uroja; after him was Cri Man Chrimatiman Dharmmaraja"

(Inscription of Dong-doung,Vietnam)

Sri Dharmaraja adalah nama sebuah kerajaan kuno yang membayangi sejarah Thailand dan Kemboja.Selalu muncul dalam hikayat-hikayat Melayu sebagai 'Ligor',kini ia terletak di Nakhon Si Thammarath,sebuah daerah di Thailand.Perkataan 'Nakhon Si Thammarat' itu sendiri adalah sebutan lidah orang Thai kepada 'Nagara Sri Dharmaraja'.Riwayat-riwayat Sinhala dan Pali menggelarkannya Tambralingga,merupakan nama kota dalam Nagara Sri Dharmaraja.Rekod China menyebutkan ia sebagai Holing,Tanmaling,Tan-ma-liu dan Poling.Catatan Tamil menyebutnya sebagai Madamalinggam.Asalnya,ia adalah berkonsepkan 'Malay city-states' namun selepas bebas dari pengaruh Sriwijaya (sekitar abad ke-11

Masehi),Tambralingga mula meluaskan kekuasaannya ke seluruh Segenting Kra hingga mencapai Temasek (Singapura),di mana raja Tambralingga telah melantik Temagi sebagai wakil pemerintah.Selepas itu,empayarnya digelar 'Nagara Sri Dharmaraja' dengan istilah 'nagara' yang bermaksud wilayah kekuasaan yang besar dan bukan lagi sekadar sebuah negarakota. 'Sri Dharmaraja' diambil dari gelaran yang dipakai oleh keturunan pemerintah kerajaan ini.Gelaran ini dikesan dipakai oleh salah seorang rajanya yang paling terkenal,Chandrabanu.Beliau telah memakai gelaran ini menjadi Chandrabanu Sri Dharmaraja. Dalam inskripsi di Chaiya,tercatat nama

raja ini: Penahi Chandrabhaanumtanah Sri Dharmaraja sayah Dharmsoksmaanni Dikalangan para pedagang asing,kerajaan ini lebih dikenali sebagai 'Ligor',berasal dari apa yang mereka dengar dari orangorang Melayu (Legur) yang juga berdagang di sekitar Segenting Kra.Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja Melayu Segenting Kra dimana garis keturunan mereka mempunyai kaitan dengan dinasti Sriwijayamala dan Kedah Tua.Rakyatnya berbilang kaum,dengan kaum Melayu sebagai aristokrat dan golongan pedagang,Mon,Khmer dan etnik Tai yang baru tiba dari utara. Kerajaan Melayu Purba ini dikesan

pernah sezaman dengan Funan dan Champa,malah pernah berada di bawah Funan.Ini dikuatkan dengan perlantikan salah seorang jeneral perang tempatan,Sri Man yang bergelar 'Sri Mate Sri Man Dharmaraja' sebagai Emperor Funan.'Sri Man Dharmaraja' menurut pakar sejarah Indochina merujuk kepada kerabat istana purba Sri Dharmaraja. Pada peringkat pertengahan kerajaan Angkor,kerabat dari istana Sri Dharmaraja telah memainkan peranan dalam pemerintahan Empayar Khmer,sehinggakan siapa yang menduduki takhta Sri Dharmaraja,maka dia juga akan memerintah Angkor.Seperti yang diketahui umum,kerajaan Angkor ditubuhkan oleh Jayavarman II,yang mempunyai

hubungan dengan keluarga dinasti Sailendra yang berkuasa di Jawa.Sailendra ialah dinasti Melayu Purba yang membayangi Funan.Namun selepas Funan direbut oleh orang Khmer melalui Chenla (bukan dengan peperangan,tetapi melalui perkahwinan),kebanyakan kerabat diraja Sailendra berpindah ke semenanjung sebelum ke Jawa,dan menubuhkan dinasti Sailendra di Jawa.Legenda Jawa menyebutkan seorang yang bernama Aji Saka yang mula-mula menjadi raja di Jawa dan membawa tamadun kepada penduduk Jawa.Dalam riwayat Khmer,raja Sailendra itu adalah Ajiraja,yang mempunyai darah keturunan Saka,salah satu rumpun Kamboja yang mengahwini kerabat raja Melayu Kuno Indochina pada masa silam.

Apabila Sri Dharmaraja di bawah pengaruh Sriwijaya,maka secara tidak langsung,istana Angkor juga di bawah kawalan Sriwijaya.Seperti biasa,Sriwijaya tidak menjajah Angkor secara langsung,tetapi acapkali mendesak Angkor memenuhi bekalan pertanian untuk keperluan rangkaian perdagangan maritim Sriwijaya. Untuk mengetahui rahsia kerajaan Ayutthaya dan Angkor,Sri Dharmaraja adalah kunci yang hilang kepada semua teka-teki.

Dharmasokaraja

Sebelum Sriwijaya menjadi pusat pengajian agama Buddha antarabangsa (sami-sami dari China,India dan sejauh Tibet datang belajar di sini),Sri Dharmaraja adalah pusat pengembangan agama Buddha pada masa silam.Ketika itu agama orang Tai kebanyakannya percaya kepada 'nat' dan tahyul.Sri Dharmaraja telah membuat hubungan dengan Sri Lanka dalam hal-hal keagamaan Buddha.Ini berbeza dengan satu lagi saudara serumpun mereka di timur laut,Champa yang menganut fahaman Hindu sejak zaman-berzaman. Mengapa menjadi pusat pengajian agama Buddha?Ini kerana pada masa yang sama,Sri Dharmaraja adalah pusat perdagangan yang penting,warisan dari

Empayar Jawaka yang berpecah sebelum itu.Ini tercatat dalam catatan Chao JuKua, "Negeri ini,terletak di laut dan mengendalikan selat melalui lalu lintas darat dan laut,mengawal laluan dari semua arah ... Jika kapal-kapal dagang lewat tanpa masuk ke dalam kawalan negeri ini,perahu-perahu mereka akan bersedia keluar untuk melakukan serangan gabungan,dan semua bersedia untuk mati. Ini adalah alasan mengapa negeri ini merupakan pusat pelayaran yang besar...." Ini menunjukkan ketika itu,Sri Dharmaraja adalah penguasa Selat Melaka dan semenanjung.Ini kerana siapa yang menguasai Selat Melaka dan

semenanjung,maka dia akan menguasai perdagangan antara negeri-negeri barat termasuk India,dengan China.Jika pada hari ini,Singapura kaya-raya hasil pelabuhannya yang mengawal di ekor Selat Melaka,bayangkan,Sri Dharmaraja yang mengawal Selat Melaka dari arah kepala selat pada masa silam. Warisan agama Buddha yang diambil oleh raja Sri Dharmaraja adalah sejauh era Asoka (304232 Sebelum Masehi) dan ini mengesahkan pandangan sejarahwan India seperti Nikalanta Sastri tentang hubungan India dan negerinegeri Melayu sejauh 300 tahun sebelum Masehi.Sarjana Khmer mendakwa terdapat pengaruh dinasti Maurya di dalam bayang-bayang Sriwijaya dan Sri Dharmaraja.Sebab itu,rajanya juga

menggelar kerajaannya sebagai Dharmasoka dan rajanya sebagai Dharmasokaraja. Ada pendapat yang mengatakan Dharmasokaraja adalah satu kerajaan lain.Dicatatkan dalam legenda Thai 'Mukh Batoh',bahawa dinasti Sailendra telah menubuhkan kerajaan kecil di sekitar Segenting Kra (sebelum berpindah ke Jawa) di bawah perlindungan raja penjaga kepada dinasti Sriwijayamala.'Raja penjaga' itu diyakini kuat sebagai raja Nagara Sri Dharmaraja. Tidak banyak diketahui tentang raja-raja Sri Dharmaraja.Kemungkinan hanya keturunan mereka sahaja yang tahu salasilah kerabat raja Sri Dharmaraja.Namun dalam sejarah

Indochina,terdapat dua orang raja dari istana Sri Dharmaraja (di luar bayangbayang Angkor) yang terkenal.Salah satunya ialah Sujita,yang disebut-sebut dalam riwayat-riwayat orang Mon (Mon Chronicle) seperti Chamadevivamsa dan Jinakalamali,yang telah menyerang Lavo,sebuah kerajaan terkenal orang Mon di tengah Thailand.Seorang lagi ialah raja Melayu Sri Dharmaraja yang dikenali di kebanyakannya dalam riwayat-riwayat Thai kuno,iaitu Chandrabhanu Sri Dharmaraja.

Chandrabhanu,'Javakan King' yang Menyerang Sri Lanka

Chandrabhanu Sri Dharmaraja,adalah seorang raja yang memerintah Tambralingga,sebuah negarakota Melayu (Malay city-states) di utara semenanjung Tanah Melayu,tepatnya di kawasan yang dikenali sebagai Segenting Kra,satu jalur daratan yang menghubung semenanjung Malaysia dengan Indochina. Beliau memerintah pada tahun 1230 hingga 1270 Masehi. Nama raja ini terkenal di kalangan sejarahwan Thai disebabkan penemuan inskripsi di Wat Hua Wiang di Chaiya.Di dalam batu bersurat no.2,dimuatkan pujipujian bagi Phra Adhiraja Phra Ong,iaitu gelaran putera mahkota Sriwijaya di mana ia disebutkan sebagai:

"baginda maharaja mempunyai kesegakan lagi menawan.Bangsawan seperti sinar mentari dan bulan laksananya" Anehnya gelaran ini untuk putera mahkota,di mana gelaran untuk 'maharaja' adalah Phra Chao Khrung Srivijaya,atau setidak-tidaknya dipahat nama Phra Chao Chandrabhanu Dharmaraja.Ini menunjukkan,pengaruh raja yang lebih tinggi dari Chandrabhanu,dalam kes ini,seorang raja besar dari keturunan yang sama,sudah pasti raja-raja dinasti Sriwijayamala.Pada batu bersurat ke-23 pula,ada dinyatakan bahawa pengganti maharaja itu datang dari raja keturunan 'Sailendra'.Pada batu bersurat ke-24 pula dinyatakan

Chandrabhanu adalah dari dinasti Padmavamsa atau Pathamawong (dinasti Teratai). Dalam batu bersurat itu seterusnya menceritakan kekuasaan Sriwijaya (Sriweechai) yang mengandungi 15 wilayah jajahan dengan beratus-ratus pos kawalan dan ketua-ketua pemerintah tempatan yang membuat hubungan dengan Sriwijaya dan berkerjasama antara satu sama lain.Sriwijaya juga mempunyai jaringan perdagangan yang luas.Apa yang menariknya,di dalam riwayat Sri Dharmaraja ini ada menyebutkan sistem pemerintahan Sriwijaya yang berkonsepkan 'maharaja pelindung' dan jawatan maharaja ini diperintah bersama merangkumi hal-hal politik dan pengurusan jaringan

perdagangan maritim.15 kota-kota yang terdiri dari kuasa-kuasa laut dan pelabuhan-pelabuhan utama dalam kesatuan Empayar Sriwijaya mempunyai peluang untuk menggantikan kuasa kerajaan pusat dan menguasai empayar (ini adalah sama dengan konsep 'Yang Dipertuan Agong' yang diamalkan Malaysia pada hari ini). Namun setelah beberapa lama,Tambralingga mula membebaskan diri dari Sriwijaya.Raja-rajanya mula membina kubu-kubu dari batu-bata untuk menahan serangan laut Sriwijaya.Setelah aman sedikit dari gangguan Sriwijaya,raja Tambralingga pun meluaskan penguasaan wilayahnya sendiri dan menamakan kerajaannya sebagai 'Sri Dharmaraja'.Raja Sri

Dharmaraja mula melebarkan pengaruhnya hingga keseluruhan Tanah Melayu sampai ke Temasek (Singapura).Di sini,raja melantik seorang wakil pemerintah bernama Temagi,untuk mentadbir Temasek.Ketika ini Sriwijaya sudah berpecah,namun kerajaan pusatnya masih berkuasa di Sumatera,khususnya sekitar Palembang dan Jambi. Nagara Sri Dharmaraja menjadi dominan dan makmur,dan ketika inilah raja membina monumen yang terkenal iaitu Phra Borom Dhatu dan Wat Mahathat yang mengandungi stupa besar gunanya untuk menyimpan 'gigi Buddha',yang kononnya berada di Sri Lanka. Keinginan raja Chandrabhanu untuk memiliki 'gigi Buddha' itu membuatkan

beliau menghantar tentera lautnya menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi. Riwayat-riwayat Pali menceritakan ketika Kerajaan Jaffna memerintah,seorang raja 'Javaka' telah melakukan serangan ke atas Sri Lanka.Di dalam Mahavamsa,iaitu Riwayat Sri Lanka ada menyebutkan: "Kemudian menjelangnya tahun ke11,setelah penobatan Raja Parakramabahu...(pada tahun 1247 Masehi) sesuatu yang tidak terduga terjadi.Seorang raja Javaka menyerang Sri Lanka.Dia adalah penjajah pertama yang datang dari negara belah tenggara.Dia datang dari bahagian utara (semenanjung Tanah Melayu)"

"Pada masa itu,daerah ini dikenali sebagai 'Tambralinggadesa' dan ia dikenali sebagai sebuah negeri beragama Buddha.Raja penjajah ini juga merupakan penganut Buddha,bernama Chandrabhanu.Ia mendarat di pantai selatan Sri Lanka.Ada lagi rujukan untuk pendaratan,yang mengatakan ia mendarat di pantai utara-barat. Namun,ia dan orang-orangnya bukanlah selepas Magha" "Mereka juga mulai menjarah milik orang tidak berdosa.Tapi raja Javaka ini cuba untuk memenangi hati para Buddha,entah bagaimana" "Jadi dia tidak pernah menghancurkan tempat-tempat ibadah

Buddha.Sebaliknya,ia diperbaiki mereka dan membayar penghormatan juga" Ada teori lain tentang asal-usul raja Javaka,Chandrabhanu ini.Mengikut Mahavamsa,tempat kelahirannya adalah 'Vathuwaviyan' di Semenanjung Tanah Melayu.Teori ini muncul melalui inskripsi yang ditemui di sana.Sarjana selatan Thai berpendapat bahawa nama ini berasal dari kata Melayu,'Batu Wangian' dimana tempat suci para kerabat Padmawangsa (kerabat bunga Teratai) dilahirkan.

Kata 'Javaka' berasal dari nama empayar purba Melayu,'Jawaka' yang dikenali sebagai 'Savak' dalam loghat Pali dan 'Zabak/Zabag' oleh para pedagang Arab.

Sampai disini,sudah ada bukti untuk menunjukkan bahawa beliau berasal dari generasi Raja SriVijaya.Namun,dari zaman kuno,Sri Lanka telah pun memelihara hubungan agama dengan negeri-negeri Melayu sekian lama sejak zaman Gupta dan Asoka. Di masa lalu,sami-sami Buddha Sri Lanka telah melakukan perjalanan ke Siam,Kemboja dan Burma.Ada bukti sejarah untuk menunjukkan bahawa mereka pergi ke pulau Jawa dan Sumatera serta Semenanjung Tanah Melayu. Armada laut Chandrabhanu telah melancarkan serangan ke bahagian selatan pulau Sri Lanka,tetapi dikalahkan

oleh raja Sri Lanka.Namun Chandrabhanu mampu mendirikan kerajaan bebas di bahagian utara pulau itu,sehingga namanya termasuk dalam daftar raja-raja Kerajaan Jaffna yang memerintah Sri Lanka.Tetapi pada tahun 1258 ia diserang dan ditundukkan oleh Pandya.Pada 1262 Chandrabhanu melancarkan serangan di selatan pulau itu,pasukannya kali ini diperkuatkan dengan penambahan pasukan Tamil dan Sinhala,namun sekali lagi dikalahkan kerajaan Pandya (kerajaan ini juga yang menewaskan kerajaan Chola) ketika Pandya bergabung dengan tentera Sri Lanka dan Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam pertempuran itu.Walau bagaimanapun,anak Chandrabhanu masih mampu mempertahankan kawalan ke atas kerajaan utara,walaupun tunduk

kepada Pandya dan memerintah sehingga akhir abad ke-14. Serangan Chandrabhanu ke atas Sri Lanka itu membuktikan terdapatnya kekuatan dari Asia Tenggara yang mampu menghantar serangan malah membina kerajaan di luar kawasan Asia Tenggara.Namun penguasaan dinastidinasti Melayu di Sri Lanka sebenarnya berlangsung lebih lama,tepatnya ketika era keemasan Sriwijaya.Penemuan candi purba di Kantarodai menyaksikan senibina menyerupai elemen-elemen Borobudur.Anehnya,pakar arkeologi Sri Lanka mendakwa pengaruh ini adalah datang dari luar ke Sri Lanka.Ini kerana gaya senibina candi Kantarodai tidak dijumpai di mana-mana di Sri Lanka malah di tanah besar India.Usia tapak

arkeologi si Kantarodai adalah seawal abad ke-2 Sebelum Masehi!Pakar-pakar sejarah Sri Lanka agak bingung memikirkan dari mana senibina stupa bulat ini tiba,akhirnya mereka berpagang kepada Teori Borobudur setakat ini bagi memecahkan kebuntuan.Senibina Borobudur benar-benar senibina unik dinasti Melayu Sailendra.Rahsia dan asal-usul dinasti misteri ini akan dijelaskan terperinci di dalam artikel 'The Sailendras' yang akan menyusul nanti.Semuanya akan dijelaskan tentang hubungan Sri Dharmaraja dengan Sailendra dan Sriwijayamala.

Penubuhan Ayutthaya dan

Pembukaan Sebuah Rahsia

Ayodhya adalah salah satu wilayah Sri Dharmaraja.Kehadiran U-Thong,seorang raja peranakan Cina-Tai telah merebut wilayah ini dari Sri Dharmaraja.Lama kelamaan kuasa dinasti raja ini semakin kuat dan akhirnya berhasil menyerap Sri Dharmaraja ke dalam Ayutthaya (Ayodhya Baru).Pada masa yang sama,kerabat Sri Dharmaraja memasuki

istana Ayutthaya melalui hubungan persaudaraan apabila raja-raja Ayutthaya mengambil kerabat diraja Sri Dharmaraja sebagai anak-anak angkat.Sebab itu dalam sejarah Ayutthaya,dinasti Ayutthaya yang bercampur darah dengan kerabat Sri Dharmaraja tidak menyenangi dinasti Sukhotai.Sukhotai pernah menyerang Sri Dharmaraja sebelum itu.Dengan penubuhan Ayutthaya,Sri Dharmaraja telah berhasil menundukkan Sukhotai menjadi negeri bawahan Ayutthaya.Namun begitu Sukhotai tetap memainkan peranan dalam sejarah Ayutthaya,sehinggakan bangsawan mereka ada yang menjadi raja Ayutthaya.Ketika itu terdapat 4 kerabat atau kelompok di Ayutthaya yang punya pengaruh besar dalam politik Ayutthaya:

1.Supannabhum (kemungkinan orang Mon) 2.Uthong, (peranakan Cina-Thai) 3.Sukhothai, (Thai) 4.Sri Thammarat (Melayu) Pada era Ayutthayalah,budaya Melayu Segenting Kra dan kerabat Kemboja ('Khmer' menurut sarjana/nasionalis Khmer) telah mempengaruhi segala aspek kehidupan orang Tai dengan lebih menyeluruh sehinggakan mereka juga digelar sebagai 'Siam'.Asimilasi Tai yang dahulunya memegang identiti kaumkaum Monggol Selatan ketika era Dinasti Yuan berubah dengan drastiknya menjadi kaum yang berbudayakan Khmer dan Melayu Segenting Kra namun berbahasa Kradai.Tai-Siam ini berlainan dengan Tai Utara yang disebut Lanna dan

kebudayaan Lanna.Juga keseniannya berlainan dengan Tai Yuan iaitu Sukhotai (Tai Yuan,dengan 'Yuan' adalah nama dinasti Monggol yang memerintah China,nenek moyang orang Tai berasal dari pergunungan Altai,dari salah satu suku Monggolia),Tai Ayutthaya ini telah berjaya mendapatkan identiti mereka sendiri hasil cedukan yang teruk dari bangsa Melayu Segenting Kra dan Khmer.Ketika inilah,kaum wanita Tai,mula memakai kain sarong,atau sampot dan para wanita bangsawan pula memakai kain sarong dengan gaya berkemban,pakaian wanita Sriwichai (Sriwijaya) pada masa silam.Hiasan kepala pula (headgear) diubahsuai dari mahkota-mahkota raja-raja Kemboja (Khmer).Senibina dicedok 100% dari Kemboja dan Segenting Kra,terutama

ketika raja Ayutthaya menawan Angkor,beribu-ribu artisan,penari dan tukang-tukang Kemboja dibawa ke kota Ayutthaya untuk membangunkan tamadun Siam.Tarian pula banyak meniru tarian Mon dan Melayu.Ukiran meniru ukiran kuil-kuil Angkor namun senibina Ayutthaya menggunakan bata (bricks) manakala kuil-kuil Angkor dibina dengan cara memotong batu-batu gunung (stone).Cara ini mewarisi kejuruteraan Sailendra dan Sriwijaya.Contohnya Borobudur dan candi-candi di Jawa yang menggunakan batu (stone) bukannya (bricks).Teknologi bata (bricks) biasa digunakan oleh kerajaan Kedah Tua.Di Lembah Bujang,dijumpai rumah-rumah membakar bata-bata merah.

Raja-raja Sri Dharmaraja sejak dari era Raja U-Thong,menghadapi kuasa baru Ayutthaya yang terbina dari bekas wilayahnya sendiri.Sri Dharmaraja masih di bawah bayangan Ayutthaya.Apabila raja Patani,juga masih saudara dengan kerabat Sri Dharmaraja memeluk Islam,raja Sri Dharmaraja mula memusuhi Raja Patani dan sebaliknya semakin rapat dengan Ayutthaya yang seagama (Buddha).Namun begitu,Ayutthaya masih menyimpan hasrat untuk memiliki Sri Dharmaraja yang mempunyai rangkaian perdagangan maritim dan pengaruhnya yang besar ke atas negeri-negeri Melayu.Suatu ketika,raja Sri Dharmaraja yang terakhir bernama Sri Raja berjaya ditangkap oleh Chakrapat,raja Ayutthaya.Semasa di dalam tahanan Ayutthaya,Sri Raja

merasa hidupnya tidak terlalu lama lalu menyampaikan pesanan penting kepada Raja Ayutthaya,Chakrapat: "Bana Sri Dharmasokaraja memohon untuk mempersembahkan 3 laki-laki, 3 perempuan, dan 100 laki-laki dalam rombongan daripada tiga lelaki dan tiga wanita. Dia meminta bahawa raja menerima anak-anak dan cucu iaitu sebanyak 3 laki-laki dan 3 perempuan sebagai wakil untuk mengutip cukai, dan dia berjanji bahawa tiga lelaki dan tiga wanita itu akan berkhidmat untuknya selepas peninggalannya" (Riwayat Sri Dharmaraja) Siapakah yang diminta oleh Sri Raja untuk dijamin dalam penjagaan

Chakrapat,raja Ayutthaya?Petikan seterusnya dari riwayat itu menyebutkan: "Nay U adalah adik dari Bana Sri Dharmasokaraja; isterinya Nan Keo. Nay Ku dan Nay U adalah anak saudara dan cucu dari Sri Bana Dharmasokaraja.Isteri Nay Ku bernama Nan Cam, dan bahkan isteri U bernama Nan Gambejra." Jelas di sini,anak cucu Sri Raja mempunyai pangkal nama Nay.Isteriisteri mereka berpangkal nama Nan (Nang).Inilah asal-usul keturunan 'Nai' iaitu kerabat Sri Dharmaraja,Melayu Segenting Kra.Adakah raja Ayutthaya mahu menerima tawaran (wasiat sebenarnya) oleh Sri Raja?Sudah tentu ya,kerana dengannya,dia mampu

memiliki warisan perdagangan maritim dan ufti dari negeri-negeri Melayu. "Ketika Bana Sri Dharmasokaraja meninggal dunia, raja (Chakrapat,raja Ayutthaya) telah memiliki Nay U, Nay Ku, dan bahkan Yu datang untuk memberikan penghormatan kepadanya, dan meminta daripada mereka perak dan emas untuk disimpan ke simpanan kerajaan" (Riwayat Negeri-negeri era Pertengahan) Ketiga-tiganya (Nay U,Nay Ku dan Nay Yu) adalah anak cucu raja Sri Raja,iaitu raja Sri Dharmaraja terakhir sebelum negerinya diserap ke dalam Ayutthaya.Raja Sri Raja telah berwasiat kepada Raja Chakrapat,supaya

mengambil anak dan cucunya sebagai anak angkat setelah sepeninggalannya.Raja Ayutthaya itu mendengar dengan penuh teliti dan berjanji.Selepas pemergian Sri Raja,Raja Chakrapat menunaikan janjinya lalu mengambil ketiga-tiga Nay itu sebagai anak angkat raja Ayutthaya dan menaikkan Prah Sodhanaraja,anak kepada Sri Raja sebagai anaknya sendiri.Anak cucu raja Sri Dharmaraja itu kemudiannya telah dilantik semula sebagai penguasa di Ligor,iaitu Sri Dharmaraja yang baru.Keturunan mereka itulah yang digelar sebagai 'Nai' sehingga kini.Gelaran Nay/Nai ini juga mempengaruhi sistem penggelaran bangsawan Thailand pada hari ini.Begitu juga gelaran 'Nang' (rekod Khmer menyebutkan 'Nan') iaitu gelaran bagi

wanita seperti nama 'Nang Che Yam' adalah berasal dari kerabat diraja Ligor/Sri Dharmaraja.Sebenarnya 'Nai' ini cuma gelaran keturunan sebagaimana Tengku,Wan atau Nik. Apabila menjadi penguasa Ligor,keturunan Nay ini dibenarkan mengutip cukai ke atas 12 negeri di bawah Sri Dharmaraja lama.Ini yang dimaksudkan dengan "meminta daripada mereka perak dan emas untuk disimpan ke simpanan kerajaan".Apakah 12 negeri di bawah Sri Dharmaraja lama?

Petunjuk di Chaiya

Ini adalah stupa yang dimaksudkan,dibina oleh Chandrabhanu Sri Dharmaraja,senibinanya adalah asli Melayu Segenting Kra.Stupa inilah yang diletakkan dalam 'seal' Nakhon Si Thammarat.

Riwayat Nagara Sri Dharmaraja dan Riwayat Phra Dhatu Nakorn telah menunjukkan 12 wilayah Sri Dharmaraja lama,di mana ini dijumpai pada sebuah kuil Buddha purba di Chaiya dalam wilayah Suratthani sekarang.Digelar

sebagai 'kota Naksat' dalam bahasa Thai merujuk kepada simbol-simbol dalam Naksat Pi,kalendar purba yang digunakan oleh orang Kedah Tua/Langkasuka pada masa silam untuk meramal musim penanaman padi.

. . . . .

. . . .

()

. () . .

Maksudnya:

1. Negeri Saiburi (Narathiwat) membawa lambang Chut (Tikus) 2. Negeri Patani membawa lambang Chelu (Lembu) 3. Negeri Kelantan membawa lambang Khan (Harimau) 4. Negeri Pahang membawa lambang Thauh (Arnab) 5. Negeri Sraiburi (Kedah) membawa lambang Merong (Ular Besar/Naga) 6. Negeri Phattalung (Bedelong) membawa lambang Mahleng (Ular Kecil) 7. Negeri Trang membawa lambang Mahmia (Kuda) 8. Negeri Chumpon membawa lambang Mameh (Kambing) 9. Negeri Jaya (Krabi) membawa lambang Wouk (Beruk) 10.Negeri Thaa Thong (Kanchanadit)

membawa lambang tahun Raka (Ayam) 11.Negeri Takuapa-Thalang (Phuket) membawa lambang Cho (Anjing) 12.Negeri Kraburi membawa lambang Kun (Kura-kura)

Ini bermakna pada masa silam wilayah Sri Dharmaraja adalah sejauh Ayutthaya hingga ke Pahang.Sebab itu di dalam Sulalatus Salatin,tersebut kisah raja Pahang Purba bernama Maharaja Dewasura yang ditawan oleh Seri Bija Diraja,ketika Melaka menyerang Pahang.Maharaja Dewa Sura ini adalah berketurunan Siam Asli dan konotasi 'Siam Asli' ini adalah merujuk kepada Melayu Segenting Kra atau Mon dimana tradisi Khmer menyebutnya sebagai 'Syam Kut'.Penulis (Srikandi) akan

menerangkan apakah itu 'Syam Kut' pada topik berikutnya. Ketika itu,Melaka yang semakin meluaskan empayarnya merampas Pahang daripada Sri Dharmaraja yang selepas itu menjadi naungan Ayutthaya.Ini menyebabkan Ayutthaya semakin 'panas' dengan tindak-tanduk Melaka yang semakin berani.Mengapa Ayutthaya tercabar?Ini kerana Sri Dharmaraja adalah negeri 'anak angkat' kesayangannya.Telah diterangkan sebelum ini tentang Nay U,Nay Ku dan Nay Yu,anak cucu Sri Raja (raja Sri Dharmaraja lama terakhir),yang diambil sebagai anak angkat oleh Chakrapat (1509-1568).Dalam filem Sri Suriyothai,raja inilah yang membunuh Sri Sudachan dan Worawongsathirat dari

dinasti U-Thong,dengan pertolongan dari kerabat Sukhotai dan Sri Thammarat (orang-orang Melayu Ligor).

Siapakah Syam Kut?

Apakah dia Syam Kut?Ditemui terpahat pada dinding Angkor Wat,segerombolan tentera Khmer sedang berarak untuk pergi berperang.Anehnya,ada sekelompok tentera yang berpakaian agak berbeza dari tentera-tentera Angkor yang lain.Mereka memakai kain sarung dan di kepala mereka terdapat lilitan kain.Orang-orang Khmer purba memanggil unit tentera ini sebagai 'Syam' (seperti unit-unit tentera dalam

kerajaan Athens seperti Arcadia dan Sparta juga seperti unit Myrmidons yang diketuai oleh Achilles dalam Perang Trojan).Sejarahwan Khmer merujuk ukiran tentera aneh ini sebagai "salah satu unit tentera upahan dari Sriwijaya".Kelompok Syam inilah asalusul terbitnya nama 'Siam' dan kemudiannya dipakai oleh orang-orang Thai ketika penubuhan Ayutthaya. Semua ini akan membawa kita kepada satu nama, "Maulimalaraja" Dimana gelaran ini adalah 'title' diraja yang paling dihormati,digunakan oleh raja-raja Laos purba di Lanxang (Lancang),raja-raja Funan dan Kemboja

serta raja-raja Dharmasraya di Sumatera. Kita kembali ke masa belakang,kira-kira 1700 tahun yang silam,ketika seorang raja Melayu purba sedang enak-enak berehat di istananya,sambil ditemani oleh gundiknya,dari orang Kensiu yang ditemuinya di bukit ketika berburu.Wajah gadis bukit itu agak menarik hatinya,dan raja Melayu itu meminta izin dari ibu-bapanya untuk menjadikannya gundik diraja. Kita akan belajar rahsia hubungan rajaraja Melayu dengan etnik-etnik bukit berbahasa Mon-Khmer ini...siapa Nang Kemuning,raja Kayangan yang menculik puteri Khmer,perahu siput dan rahsia Maulimalaraja dalam episod seterusnya,"Mahidhara Court &

Ketomala Dynasty"...

Celoteh terbaru Srikandi di halamansrikandi ----------------------------------

Next...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XVIII

"Mahidhara Court & Ketomala Dynasty"

-Preah Ketomala -Preah,Prah,Praoh dan Raja Perahu -Siapa Ketura dan Ketula? -XXXXXXXX -XXXXXXXX XXXXXX XXX XXXXX -Istana di Gunung Jerai -Naga yang membaham pulau -Cinta gadis bukit -"XXXXXXXX" -Kisah raja beristeri dua -Darah Malayu dalam Puteri Mera -XXXXXXX XXXXXX XXXXX -Surat dari Lanxang -Gelaran raja-raja Mala -Kisah dua beradik Samala dan Vimala -Dari Ketomala ke Sriwijayamala

-XXXXXXXXX XXXX XXXXXXX

Rahsia makin sukar untuk dibaca!Siapakah Malayu?Siapakah Sriwijayamala?Sungguh!Epik Kemelayuan itu amat mengasyikkan! Nyalakan jamung...kita baca bersamasama ayat-ayat pada batu bersurat... Setia bersama MistisFiles,menjejak rahsia nenek moyang... Jangan ke mana-mana!!

Tuesday, April 12, 2011 Alter Terahsia Bangsa Melayu XVIII

Kira-kira 20 kilometer dari Kompong Cham,di Kemboja telah ditemui sebuah candi purba abad ke-7 Masehi.Perjalanan ke sini dari Kompong Cham akan merentasi rumah-rumah

desa dengan diapit Sungai Mekong.Prasat Han Chey,itulah namanya yang diberi penduduk tempatan menyimpan sejarah yang amat penting buat orang Khmer,kerana di sana ditemui prasasti bertulisan Khmer,yang merupakan transkrip tulisan Khmer paling tua pernah diketahui.Prasasti ini mengandungi pujipujian kepada Raja Bhavavarman II,anaknya juga beberapa orang terkenal,yang dipahat pada 35 baris ayat dalam bahasa Sanskrit.Bhavavarman II adalah seorang raja ketika era Chenla.Anehnya,prasasti itu berumur lebih tua,iaitu kira-kira abad ke-6

Masehi,berbeza dari usia bangunan di mana ia ditempatkan. Terdapat satu baris ayat yang penuh misteri di antara deretan puji-pujian untuk sang raja. Legenda Tai dan Lao menceritakan tentang Khun Borom dan Khun Lao,iaitu kononnya adalah asal-usul raja-raja mereka.Penelitian selanjutnya oleh sejarahwan Khmer dan Tai sendiri berkenaan mitos raja ini menunjukkan kemungkinan besar Khun Borom adalah bayangan kepada satu dinasti purba raja-raja yang pernah memerintah

seluruh Indochina sehingga selatan China.Sesuatu yang menggamit misteri,apabila ulasan sarjana kuat mengatakan bahawa Khun Borom ini sama ada raja-raja Srivijaya ataupun wujud sezaman dengan raja-raja Srivijaya. Sebab itu,di dalam surat seorang raja Lao kepada pemerintah Khmer sekitar abad ke-16 dari kerajaan Lanxang menggelarkan dirinya 'Maulimalaraja' atau 'Raja orang-orang Mala' (The King of Mala People),gelaran yang biasa digunakan oleh raja-raja Melayu dari istana Sri Dharmaraja (semenanjung

Tanah Melayu) dan Dharmasraya (Sumatera).Orang Lao mendakwa Fa Ngum yang membuka Lanxang adalah keturunan Khun Lao (atau Khun Lo),watak legenda orang Lao.Malah istilah 'Sisattanakanahok' yang merujuk kepada Lanxang yang digunakan oleh pemerintah Lao adalah berasal dari sebutan Sanskrit untuk 'Sri Santan Naga Nahud'...iaitu gelaran khas raja-raja Melayu Indochina,terutamanya raja Champa,Simha Jayavarman yang berasal dari istana Sri Dharmaraja. Semua misteri ini tercantum dalam pujipujian kepada raja Chenla,Bhavavarman

II yang turut menggunakan 'title' raja Melayu purba,dalam prasasti yang dipercayai paling tertua menggunakan skrip Khmer. Misteri dalam inskripsi Han Chey ini sememangnya memeningkan para sarjana sejarah Indochina,mengapa rajaraja Lao,Chenla dan Champa berkongsi gelaran 'Raja dari orang-orang Melayu'. Puji-pujian kepada Bhavavarman II,raja Chenla ini tertulis, "...mala malayu iva malayam raja"

yang bermaksud:'Mala Kings of Malayu' (Raja-raja Mala dari Malayu)...

Mahidhara Court & Ketomala Dynasty

"The message of the Prah Chao Sisattanakanahok, the "Mauli of the Mala people" of the Lanxang country, in correlation to Prah Boromindaraja

Ramadhipti of the Kamboja Kingdom"

(Message from a Lao King to Borommaracha IV,King of Lovek)

Sejarah raja-raja Melayu adalah sungguh mengasyikkan.Mereka bina kerajaan dan negarakota di merata-rata tempat,bina kapal-kapal dan berlayar menduduki pesisir-pesisir pantai Asia Tenggara,berperang untuk meluaskan

kuasa atau mempertahankan diri serta berkahwin dengan puteri-puteri kerajaan lain.Untuk memahami rahsia Melayu,kita mesti memahami 'pantanglarang'nya.Apakah pantang larang dalam memahami rahsia Melayu? Pertama sekali ialah jangan sesekali melihat sejarah Melayu sesempit dari Perlis hingga Sabah.Keduanya jangan memulakan sejarah Melayu hanya seawal dari Kesultanan Melaka.Ini kerana dahulu raja-raja Melayu bina negarakota di merata-rata tempat di Asia Tenggara sejak beribu-ribu tahun dahulu,seawal era Mesir Purba.Sarjana

barat seperti Charles Jones mendapati nama 'Perahu' dan 'Hati' yang terukir dalam tulisan hiroglif Mesir di Luxor tidak punya kaitan yang meyakinkan pada bahasa-bahasa Afrika dan India,namun mempunyai hubungan istimewa dengan bahasa Melayu.Dari lokasi seutara Laos dan Chiang Mai sehingga ke Singapura,dari Sumatera hingga ke Borneo...adalah 'realm' pengaruh pemerintahan raja-raja Melayu.Sebahagian pembesar-pembesar Melayu menuju ke Kepulauan Filipina dan menubuhkan pemerintahan di sana dan di sinilah muncul sistem Kedatuan Filipina.Suryavarman I,raja Angkor

adalah raja Kemboja berdarah Melayu sebelah bapa dan Khmer sebelah ibu.Nasionalis Khmer seringkali menafikan dan cuba menyembunyikan raja-raja Melayu yang memerintah Kemboja,tetapi ahli sejarah mereka tidak mampu lagi menutup bukan bangkai gajah,tetapi sebuah taman harumharuman yang mekar di Indochina.Menyelusuri sejarah sebelum penubuhan Angkor adalah amat mengujakan,seringkali terjumpa bayangan raja-raja Melayu dan gelarangelaran yang digunakan mereka dalam inskripsi dan riwayat-riwayat Khmer.Walaupun raja-raja Melayu ini

bersembunyi di dalam gelaran Sanskrit dan Khmer mereka,namun ahli sejarah Kemboja dapat membezakan mana satu gelaran-gelaran Sanskrit yang menjadi identiti raja Melayu dahulukala.Contohnya suffix -mala yang dipakai dihujung nama seperti Ketomala,Vimala dan Sriwijayamala adalah khas digunakan oleh keturunan yang disebut oleh sejarahwan Khmer sebagai 'Ma-la-yu'.Begitu juga gelaran 'Sri Siantan Naga' atau 'Sri Santan' adalah 'title' khas raja Melayu,yang dipakai oleh raja Champa dan Lao.Gelaran-gelaran ini terukir pada pelbagai prasasti yang ditemui di

Indochina. Nama 'Malayu' itu sendiri dipahat oleh tukang-tukang Khmer di batu-batu bersurat mereka seawal abad ke-6 Masehi dalam skrip Khmer purba,begitu juga prasasti tembaga di Sumatera yang terukir JELAS perkataan 'bangsa Malayu' dalam skrip Rencong.Ini menunjukkan bahawa pendapat yang mengatakan nama 'Melayu' itu berasal dari perkataan Jawa atau ciptaan British adalah pandangan dungu dan tidak berpelajaran.Tiada siapa yang tergerak hatinya untuk memahatkan perkataan 'British' atau 'Jawa' dalam prasasti-

prasasti seawal abad ke-6 Masehi,apatah lagi 'Tausug' atau 'Negrito' sebagai contoh,namun nama "Malayu' itu sendiri adalah nama yang penuh rahsia dan keajaiban.Sudah selayaknya nama 'Malayu' itu punya prestij yang tinggi,dan orang-orang Melayu punya bukti yang teramat konkrit dan mustahil untuk diganggu-gugat lagi bahawa nama bangsa mereka telah terpahat pada prasasti. Sejarahwan Khmer melambangkan satu pengaruh kerajaan yang besar (The Great Kingdom) yang disebut sebagai 'Mahidhara' yang seringkali dirujuk

kepada Sriwijaya atau Sri Dharmaraja (sebagai negarakota yang memiliki aura Malayu sebagaimana Sriwijaya).Seorang raja legenda mereka yang disebut sebagai Prah Ketomala yang memiliki kisah separuh mitos adalah salah seorang yang punya hubungan dengan kerajaan 'Mahidhara' itu.Sebelum kita pergi lebih jauh,dengan persoalan lebih rumit dan kompleks,mari kita memahami dahulu gelaran paling misteri di Indochina sejak berabad-abad lamanya iaitu,Maulimalaraja.

Maulimalaraja

"...mala malayu iva malayam raja" (sebaris ayat yang terpahat pada Prasasti Han Chey di Kemboja,abad ke-6 Masehi)

Ini adalah gelaran misteri yang dipakai oleh Simha Jayavarman,raja Champa dan Jayaviravarman,raja Angkor.Ia juga dikesan dipakai oleh Setthathirath,raja Lao dari kerajaan Lanxang (Lancang) ketika mengutus utusan kepada raja Kemboja era kerajaan Lovek,Boromindaraja (Borommaracha IV) serta terpahat seawal kurun ke-6 Masehi dalam prasasti Han Chey berisi puji-pujian untuk Bhavavarman II,raja Chenla. Gelaran 'Mauli' yang juga muncul sepertimana gelaran yang dipakai oleh dinasti Mauli (yang memerintah

Dharmasraya) di Sumatera paling menarik dikesan dalam riwayat raja Boromindaraja,raja Kemboja kerajaan Lovek (selepas Angkor ditakluk oleh Ayutthaya).Raja Boromindaraja telah menaiki takhta pada tahun 1555 pada umur 44 tahun.Menyedari bahawa barisan hadapan sebelah timur kerajaannya telah terabai sedemikian lama ketika peperangan dengan Ayutthaya,Boromindaraja telah berusaha untuk menguatkan pertahanan.Dia menghantar pasukan dan pegawai untuk membina sebuah bandar di pantai timur.Pada sempadan Champa,dia membina benteng-benteng

untuk mencegah gangguan baik dari Cham atau Dai Viet yang pada ketika itu masih berjuang untuk kawalan ke atas Champapura (wilayah Vietnam hari ini).Setelah mengamankan sebelah timur negara itu,raja Boromindaraja menyiapkan pasukan kecil untuk menghadapi serangan dari Ayutthaya,yang ketika itu di bawah pemerintahan seorang raja baru Dharmaraja (nota:catatan Khmer menyatakan raja Ayutthaya baru ini bergelar Dharmaraja,kemungkinan punya hubungan dengan Melayu Ligor).Sesampainya di Ayutthaya, ia menghantar utusan untuk membawa

permintaan kepada Raja Siam yang baru itu. "Kerajaan Kemboja tidak pernah melakukan kesalahan apapun terhadap Ayutthaya dari negara Siam.Sebaliknya,Ayutthaya telah menghantar pasukan untuk menyerang Kerajaan Khmer beberapa kali.Sekarang kita,sebagai saudara anda lebih muda,membawa tentera untuk melawan anda.Jika kekanda (iaitu raja Siam) bersetuju untuk menyerahkan wilayah Nokorraja-sima di sebelah barat dari Bachin hingga laut yang merupakan sebahagian dari wilayah Khmer yang

dirampas oleh Siam di masa lalu,'adik' anda yang lebih muda ini (Boromindaraja) akan menarik pasukannya kembali serta-merta" Setelah berunding,raja Dharmaraja,Raja Ayutthaya menjawab kembali. "Atas permintaan adik tentang wilayah barat itu,ia tidak dapat diberikan kerana kekuasaan ke atasnya telah ditetapkan oleh raja Hamsavati" Sangat menarik untuk dicatat bahawa di dalam komunikasi mereka,para penguasa dari kedua-dua kerajaan

menyebutkan diri mereka sebagai saudara.Tidak jelas bahawa itu hanya kebiasaan umum sebagai tanda hormat atau kedua-duanya memiliki hubungan kekeluargaan.Catatan sejarahwan Khmer menyatakan bahawa datuk dari raja Boromindaraja adalah putera dari seorang puteri Siam,Si Sagnam dan naik takhta Khmer di bawah gelaran Dharmaraja juga.Setelah pertarungan yang berakhir dengan kekalahan tentera Khmer dan memukul mundur barisan yang tersisa kembali ke Kemboja,dua kerajaan itu berdamai di antara satu sama lain semula kerana ketika itu raja Khmer tersebut terpaksa berhadapan

dengan satu lagi ancaman baru,iaitu keghairahan Raja Lao.Setelah berunding,raja Lao Lanxang membuat keputusan sendiri untuk menakluk Kemboja sebagai negeri bawahannya.Dia mengutus utusannya bersama-sama dengan 1000 tentera,gajah-gajah perang dan mesej kepada kerajaan Kemboja.Mesej raja Lao yang mendorong kerajaan Khmer ke dalam pertarungan gajah perang (budaya popular di Indochina pada masa dahulu termasuk raja-raja Melayu dahulukala),bermula dengan pendahuluan:

"Mesej daripada Prah Chao Sisattanakanahok, "Mauli dari orangorang Mala" dari negara Lanxang,dalam kaitannya dengan Prah Boromindaraja Ramadhipti dari Kerajaan Kemboja" Sangat menarik untuk dicatat bahawa raja Laos telah memperkenalkan dirinya sebagai "Mauli dari orang-orang Mala" yang merupakan tradisi dari kerajaan 'Mala dari Malayu' (nota:ini diambil dari istilah sejarahwan Khmer,secara tradisinya bangsa Khmer mencatat 'Mala' dan 'Malayu' sebagai entiti yang sama).Sepertimana sarjana Khmer telah melihat bahawa Lanxang sendiri selalu

dikenali oleh Lao barat sebagai Muang Chawa (Ini berasal dari nama Jawaka,empayar Melayu purba sebelum kebangkitan Sriwijamala),penemuan ini menyokong teori masa lalu berkenaan hubungan di antara Lanxang dan Champapura.Pada bahagian berikutnya dari mesejnya,Raja Laos menyampaikan syor untuk menyatukan kedua-dua negara.

Siapakah Kekanda Raja Siam dan apa kaitan dengan Syam Kut?

Nama Siam berasal dari Syam,iaitu sebutan orang Mon-Khmer kepada suku Melayu yang membina kota di selatan Lembah Menam.Suku Melayu ini punya hubungan dengan Cham,satu lagi suku Melayu yang menduduki sebahagian Vietnam pada hari ini pada masa dahulu.Perhatikan kaitan antara 'Cham'

dengan 'Syam'.Asal-usul perkataan 'Syam' ini adalah 'Cham' kerana lidah Sanskrit yang pekat kadangkala menjadikan bunyi 's' sebagai 'c' atau sebaliknya (vice versa).Contohnya dalam inskripsi,nama Srivijaya ditulis pada awalnya sebagai 'cri vijaya'.Kemungkinan besar,orang Khmer dahulu memanggil 'Champa' sebagai 'Syampa'.Selepas kejatuhan Sri Dharmaraja kepada Ayutthaya,konotasi Siam/Syam ini diambilalih oleh suku-suku Tai yang berkahwin campur antara orang Mon,Khmer dan Melayu Segenting Kra. Syam Kut bermaksud Kota Siam,adalah

nama sebuah negarakota Melayu yang kemudiannya dinaungi oleh Sri Dharmaraja(Ligor).Rakyatnya dipanggil 'Siam' oleh orang Mon-Khmer. Bukti paling jelas tentang nama 'Syam' ini ialah pada penggambaran dari Angkor,dimana apa yang menjadi misteri adalah bahagian di bawah label "Syam Kut", jelas menggambarkan kumpulankumpulan bukan Khmer di bawah komander mereka sendiri.Hal ini menunjukkan perbezaan antara kumpulan-kumpulan itu dengan tentera Khmer dari kerajaan Angkor (tentera Angkor bukanlah semuanya berbangsa

Khmer).Inskripsi kecil yang lain mengenalpasti komander mereka sebagai "Anak rajyakaryya bhaga paman jen jhala ta nam Syam Kuk",seorang perwira kerajaan dari Paman bhaga "jhala Jen" yang bernama "Siam Kuk" (ayat dalam inskripsi itu jika kita lihat memiliki kata-kata dalam bahasa Melayu dan jika diterjemah lebih kurang seperti ini:'Anak raja 'karya' paman 'jen jhala ta' yang bernama Siam Kuk).Petunjuk ini menggambarkan para askar di Syam Kuk terdiri dari pasukan yang tidak mempunyai formasi dan kelihatan tidak teratur serta lebih primitif daripada unitunit tentera dari kumpulan-kumpulan

ketenteraan Angkor.Melihat dengan teliti tentera Siam Kut lebih sesuai dengan ciri-ciri para askar Guchanaga (berkaitan dengan tentera Paramakamboja dalam hikayat Mahabbharata).Bulu Merak yang menghiasi aksesori mereka itu nampaknya digunakan untuk dekorasi pada kedua-dua tombak mereka dan hiasan kepala.Mereka juga memakai pakaian yang menutup di bahagian bawah yang nampaknya sama dengan pakaian tradisional Mon atau sarung Melayu yang disebut "longyi". Sumber Kemboja telah mengenalpasti

bahawa Siam Kut/Kuk adalah rujukan Khmer kepada sebuah bandar di selatan Lembah Menam.Terletak sekitar Ayutthaya,Siam Kut adalah sebahagian dari Sri Dhammaraja (dari sini muncul nama 'Siam').Para askar Siam yang tidak diragukan lagi adalah askar Sriwijaya yang bergabung dengan pasukan Lavo (ingat:raja Melayu bernama Sujita yang menakluk Lavo) yang berperang bagi pihak tentera Angkor. Walaupun berselindung di sebalik penampilan primitif mereka,mereka sering disebutkan dalam teks-teks purba China sebagai 'askar yang memiliki keberanian tak tertandingi'.Di sisi lain,bukti

menunjukkan bahawa bangsa Tai atau Laos dari negara-negara utara sudah mengadaptasi budaya Khmer.Melalui kerajaan Lavo,Xiangmai (Chiangmai) menerima budaya Khmer jauh sebelum kewujudan Haripangjaya (Hariphunjaya).Pakaian tradisional mereka terdiri dari sepotong kain yang lebih besar,memakai dengan hujung depan lewat di antara kaki dan ketat ke belakang,persis sama seperti cara askar Khmer dan Lavo mengenakan pakaian.Mungkin benar mereka telah direkrut ke dalam unit tentera Angkor dimana mereka diletakkan di bawah batalion tentera Lavo.Dari sini kita dapat

mengetahui,terdapat unit khas tentera Melayu dalam ketenteraan Angkor.Mereka memakai pakaian tradisional sendiri berbeza dengan pakaian seragam tentera Angkor.Ini samalah seperti tentera Tartar dalam pasukan Turki Uthmaniyyah atau tentera Cossack dalam pasukan Poland,Ukraine dan Russia. Dengan rahsia yang didapati dari inskripsi dan tradisi Kemboja,kita tahu bahawa nama 'Siam' itu adalah nama sebuah negarakota berkonsepkan 'Malay city-states'.Ia bukan identiti orang Tai pada asalnya.Rakyat negarakota ini

digelar 'Siam' walaupun berbangsa Melayu atau Mon.Kemudian ia ditakluk oleh Sri Dharmaraja,sekaligus di bawah pengaruh 'Mahidhara' iaitu naungan sebuah 'federation' atau negara besar,tidak lain tidak bukan ialah Emperium Sriwijaya.

"Mauli"

Nama ini muncul dalam surat yang diutuskan oleh utusan perang raja Lao

kepada raja Lovek,Kemboja. Nama 'Mauli' ditemui pula pada Prasasti Grahi tahun 1183 di selatan Thailand.Prasasti itu berisi perintah Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa kepada bupati Grahi yang bernama Mahasenapati Galanai supaya membuat arca Buddha seberat 1 bhara 2 tula dengan nilai emas 10 tamlin. Yang mengerjakan tugas membuat arca tersebut bernama Mraten Sri Nano. Dinasti Mauli menggantikan dinasti Sailendra dalam memegang kekuasaan

ke atas wilayah-wilayah Sriwijaya selepas perpecahan empayar maritim itu.Dalam manuskrip berjudul Chu-fan-chi karya Chau Ju-kua tahun 1225 disebutkan bahawa negeri San-fo-tsi memiliki 15 daerah bawahan, yaitu Che-lan (Kemboja), Kia-lo-hi (Grahi, Ch'ai-ya atau Chaiya selatan Thailand sekarang), Tanma-ling (Tambralingga, selatan Thailand), Ling-ya-si-kia (Langkasuka, selatan Thailand), Ki-lan-tan (Kelantan), Ji-lo-t'ing (Cherating, pantai timur semenanjung Malaysia), Tong-ya-nong (Terengganu), Fo-lo-an (muara sungai Dungun, daerah Terengganu sekarang), Tsien-mai (Semawe, pantai timur

semenanjung Malaysia), Pa-t'a (Sungai Paka, pantai timur semenanjung Malaysia), Pong-fong (Pahang), Lan-mu-li (Lamuri, daerah Aceh sekarang), Kien-pi (Jambi), Pa-lin-fong (Palembang), Sin-to (Sunda), dan dengan demikian, wilayah kekuasaan San-fo-tsi membentang dari Kamboja, Semenanjung Malaysia, Sumatera sampai Sunda. Selain itu,satu lagi fakta yang jarang diketahui dan cuba disorokkan oleh sejarahwan Tamil ialah catatan ahli geografi Cina,Ma-lin Tuan (sekitar 1200) menyatakan bahawa Chou-lien telah menjadi negeri bawahan dari Sanfotsi

(sebutan China untuk Sriwijaya),juga mengesahkan dakwaan yang sama pada manuskrip Sung-shih (960-1279).Choulien adalah nama China untuk kerajaan Chola di India.Ini bertepatan dengan catatan sejarahwan Khmer bahawa,Sriwijaya dengan bantuan beberapa negeri bawahannya telah berjaya menyerang balas serangan Chola dan menghalau mereka balik ke India.Sememangnya ahli sejarah tahu bahawa prasasti Tanjore yang dipahat atas perintah raja Rajendra Chola itu hanyalah sebagai 'dakwaan berlebihlebihan' sebagai cara untuk menakutnakutkan saingannya seperti kerajaan

Hoysala dan Pandya di India.Ini tepat dengan catatan dari Thailand yang menyebutkan bahawa ketika raja Melayu bernama Chandrabanu dari negeri Sri Dharmaraja menyerang Sri Lanka pada abad ke-13,yang menghadapi beliau bukanlah kerajaan Chola,tetapi kerajaan Pandya.Penyelewengan sejarah CholaSriwijaya ini amat memalukan malah ada di antara penulis-penulis kita sendiri yang mengagung-agungkan serangan 'pengecut' Rajendra Chola itu malah ada yang mendakwa Raja Suran adalah raja Chola tersebut.Kemungkinan besar,hanya pelabuhan Kedah sahaja

yang berjaya diserang oleh tentera Chola,kemudian menurut riwayat Kemboja,saki-baki tentera Chola itu ada yang lari ke Indochina dan mempengaruhi istana Kemboja.Kemudian tidak berapa lama selepas itu,kerabat dinasti Sriwijaya merampas kembali kedudukan mereka dalam istana Kemboja dan menghapuskan pengaruh Chola di Nusantara.Sebab itu TIADA DALAM CATATAN luar sama ada dari China atau Arab yang mengatakan Sriwijaya menjadi negeri bawahan Chola.Serangan Chola itu sebenarnya hanya berpaksikan prasasti Tanjore tersebut,tidak lebih dari

itu.Malah dalam prasasti Tamil yang ditemui di sana,ada yang mendakwa raja mereka telah menakluk China!Dakwaan menakluk China itu sebenarnya hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan musuh mereka,memandangkan negeri China adalah besar dan mustahil kerajaan Tamil mampu menakluk seluruh China.Dari sini kita tahu bahawa Rajendra Chola tidak pernah menakluk Sriwijaya,dan dakwaan raja Chola yang dipahat pada prasasti dengan bangga itu sebenarnya hanya menunjukkan bahawa keagungan empayar Sriwijaya,setaraf dengan Emperium China.Pada masa itu di selatan India,sesiapa yang mampu

mengatakan bahawa dia mampu mengalahkan China atau Sriwijaya,maka dia adalah raja yang amat hebat. Gelaran Maulimalaraja juga dipakai oleh Jayaviravarman,raja Kemboja ((10021006).Dia adalah abang kepada Udayadityavarman dan telah disebutkan dalam inskripsi Prasat Khna sebagai Sri Narapativiravarman.Prasasti dari Prasat Trapan Run memperkenalkan Jayaviravarman Sebagai Raja Mala (Maulimalaraja), menyambung salasilah dirinya kepada kerabat Sriwijaya, raja Sujita di dalam riwayat Mon.Sriwijaya,sebagaimana menurut

catatan-catatan Khmer,merupakan 'negara penaung' kepada Empayar Angkor,malah bersama-sama mencorakkan politik Kemboja.Begitu indah peranan raja-raja Melayu pada masa dahulu di Indochina.Nama 'Raja Mala' terpahat dalam pelbagai batu bersurat di Indochina,menunjukkan sejarah bangsa Melayu adalah sejarah bertulis,bukan dongengan,cakap-cakap orang tua mahupun wasiat-wasiat orang mati yang sudah tentu ditokok-tambah sesedap rasa dari mulut ke mulut. Tidak layak nama 'Malayu' itu sekadar cakap-cakap mulut.Nama 'Malayu'

dipahat pada prasasti-prasasti dan diletakkan di dalam tempat-tempat suci,sama ada ketika era Hindu-Buddha hinggalah pada zaman Islam.Anda boleh membaca buku '7 wali Melayu' oleh Abdul Ghani Said,yang menerangkan dengan jelas peranan wali Melayu kepada dunia Islam.Diceritakan Syeikh Haji Said Al-Linggi telah menghadiri mesyuarat para wali dimana Syeikh Habib Nuh,wali Melayu dari Singapura juga menghadirinya.Syeikh Haji Said selepas keluar dari bilik suluknya (bilik untuk berzikir atau menyendiri) memberitahu bahawa umat sebelah Timur diwakili oleh dirinya dan Habib

Nuh.Sungguh mulia peranan wali-wali Melayu untuk kebaikan umat Nusantara.Ketika era penyebaran Islam,bahasa Melayu adalah bahasa agama Islam di Nusantara,dan tulisan Jawi juga dicipta berasaskan bahasa Melayu.Sehinggakan untuk mempelajari Islam di Asia Tenggara pada masa dahulu,mesti tahu bahasa Melayu dan Arab.Orang Melayu dan bahasanya menjadi asbab hidayat kaum-kaum Nusantara termasuk orang Siam dan Tausug.Orang Siam diIslamkan oleh pendakwah-pendakwah Champa,Patani dan semenanjung manakala orang Tausug misalnya diIslamkan oleh

pendakwah Melayu Johor keturunan Arab.Untuk ikram (muliakan,melayan) kaum-kaum ini,orang Melayu berlembut hati malah berkongsi kekayaan buminya kepada kaum-kaum yang dahulunya menjadi lanun atau orang gasar.Orang Melayu dan sifat tolak ansurnya yang tinggi mentamadunkan mereka sehingga sama-sama menghirup nikmat iman dan Islam.Ketika era Buddha,orang Melayu melahirkan bikkhu,sami dan pendeta bertaraf antarabangsa sehingga menguasai 'Yoga Tantra'.Yoga Tantra inilah yang dicari oleh Atisa,seorang pendeta dari Tibet.Beliau sanggup berlayar dari Tibet ke Sumatera semata-

mata mahu mendalami hakikat pertapaan Yoga Tantra ciptaan Melayu Sriwijaya.Sehingga apabila beliau pulang ke Tibet,beliau telah mengasaskan aliran Buddha yang baru iaitu yang kini dianut oleh sami-sami di Istana Potala,hasil pembelajarannya dari pendeta-pendeta Melayu.Ketika era Islam,orang Melayu tetap ke hadapan melahirkan ramai ustaz,ulama dan mufti dan ini diakui oleh ulama Mesir bahawa 'jika mahu belajar agama Islam dengan sempurna,disyorkan belajar pada ulamaulama Arab,namun jika mahu lebih mendalami agama Islam,disyorkan belajar pada ulama-ulama

Melayu'.Ketika bangsa Melayu beramairamai meninggalkan agama menyembah patung tak bernyawa,orang Tai,Khmer,Burma dan sebagainya masih mengamalkan agama nenek moyang di mana agama mereka itu sendiri diajarkan oleh orang Melayu beribu tahun dahulu.Ironinya,Orang Melayu kini sudah sinonim dengan Islam,sehingga wujud,dogma yang menyebutkan bahawa jika masuk Islam,maka masuk Melayu. Berbalik kepada gelaran Maulimalaraja,sebenarnya gelaran ini bertitik tolak dari raja-raja Melayu purba

yang memerintah pelbagai negarakota pada masa silam.Raja-raja Melayu ini mencapai prestij yang tinggi.Mereka amat bijak dalam perdagangan maritim.Jika anda mengatakan bahawa orang Bugis dan Sulu adalah penguasa lautan,orang Melayu adalah PENGURUS kepada penguasa lautan.Raja-raja Melayu membuka laluan perdagangan laut dan mengurusnya,kemudian orang Laut,Bugis dan Sulu berkhidmat kepada raja-raja Melayu. Legenda Khmer menyebutkan seorang raja yang berasal dari Kedah,disebut Prah Ketomala.

Misteri Prah Ketomala Menurut tradisi Khmer,kelahiran Prah Ketomala adalah dihubungkan dengan Indra (nama seorang dewa).Ketika dikandung,kononnya si ibu melihat dalam mimpi bahawa Indra telah menjelma ke dalam kehamilannya. "Ibu Ketomala sedang hamil dan satu malam dalam mimpinya dia melihat Dewa Indra menyentuh perutnya dan memberikan sebentuk kristal dengan 5

warna-warna cerah. Dia mengatakan kepada suaminya untuk bertanya kepada peramal raja.Peramal telah meramalkan bahawa dia akan dikurniakan seorang putera dengan kemuliaan atas musuh-musuhnya ke segala arah.Kemudian dia berjaya melahirkan seorang bayi.Bayi itu diberi nama Prah Ketomala" Menurut tradisi Khmer lagi,kononnya dewa Indra telah membinakan sebuah candi untuk Prah Ketomala sebagai cucunya dengan menghantar seorang arkitek bernama Visnukarman.Tradisi Khmer ini menunjukkan raja-raja Melayu

suka membanggakan diri dengan cara mengaitkan diri mereka dengan dewa;bukti mengamalkan konsep 'dewaraja'. Sejarahwan Khmer mengatakan kewujudan raja legenda Ketomala tidak dapat dibuktikan melalui inskripsi konkrit Angkor.Namanya iaitu "Ketomala" menunjukkan bahawa dia adalah seorang Raja Mala dari Kedah yang menghubungkan dia kepada Raja Sailendra empayar Sriwijaya.Pada masa dahulu 'Kedah' dikenali sebagai 'Keta' atau 'Ketaha'.Nama 'Keto-mala' bukanlah berasal dari bahasa Sanskrit

atau Khmer malah tiada maksud perkataan itu dalam bahasa Sanskrit.Ia juga dipercayai bahawa nama Ketomala bukanlah satu orang,tetapi adalah garis raja-raja yang menerima perlindungan khusus dari kerajaan Indra.Dari senarai penguasa Khmer,pada anak didik pertama Dewa Indra jelas Indravarman II yang mewarisi gelaran dari ayahnya Prithivindravarman. Sejarahwan Khmer melihat bahawa Prithivindravarman datang dari Malayu untuk menguasai Champapura dan mencipta sebuah garis keturunan baru dari raja-raja Ketomala dari Kemboja.Mungkin untuk tujuan pengiktirafan,yang demikian itu adalah

adat untuk raja yang mula menelusuri garis keturunan nenek moyangnya dan Indravarman berbuat seperti itu.Prasasti Dong-doung menjejak garis keturunan Indravarman kembali ke raja Rudravarman.Jelas bahawa dia adalah Rudravarman,raja Chenla yang digulingkan dari takhta Kemboja dan pergi untuk berlindung di Yunnan.Tai dan tradisi Lao mengingati dia sebagai Khun Borom dan bahawa keturunannya,Khun Inh kembali untuk membina Ayutthaya dan bandar-bandar lain di Indochina.Dalam hubungan dengan tradisi Siam utara,inskripsi yang sama memperingati Indravarman raja

pertama yang boleh dikenalpasti sebagai Indravarman I,pengasas Indrapura di Dong-doung (ingat Prasasti Dong-duong yang mengaitkan Champa dengan Sri Dharmaraja) dan Prithivindravarman adalah keturunan langsung darinya.Prasasti Sanskrit dari Prasat Cha Chuk merakamkan salah satu purohita (pegawai) bernama Visnubhatta yang juga berkhidmat berturut-turut di bawah raja Yasovarman dan Harsavarman. Sejarahwan Kemboja menyifatkan bahawa legenda orang Tai tentang Khun Borom telah disalah anggap sebagai perkaitan dengan penghijrahan bangsa

Tai dari Yunnan. Mereka berpendapat bahawa legenda Khun Borom adalah keturunan Raja Rudravarman yang mana dirinya bukanlah penduduk asli Yunnan tetapi seorang pelarian dari kerajaan Khmer dari Kemboja.Dikejar oleh puak Chenla,dia menetap dan mengasaskan fahaman Buddha aliran Mahayana di Yunnan yang akan kemudiannya,mendakwa dirinya sebagai dewaraja Paramesvara,nenek moyang Empayar Angkor.Menurut legenda yang sama,salah seorang putera bernama Khun Inh mendirikan kerajaan di Ayutthaya. Ini bertepatan dengan

munculnya dinasti Sailendra dari Empayar Sri Vijaya yang kemudiannya menjadi dinasti Ketomala di Angkor.Sebaliknya,beberapa generasi pertama dari raja-raja Ayutthaya baru tidak dilapisi dari dua dinasti Angkor.Seperti yang akan kita lihat nanti,hubungan mereka dengan Khun Borom adalah melalui Raja Mengrai dari Lannathai.Mereka adalah sebahagian daripada kerajaan Kaeo yang melarikan diri dari Yunnan,digulingkan oleh Mongol dan menetap di Xiangrai melalui penginapan Raja Mengrai.

Suryavarman II,mempunyai pertalian dengan kerabat Sriwijayamala menerusi Jayaviravarman VII.

Kesimpulan yang dapat dilihat dari sini ialah,raja-raja Melayu Indochina mempunyai pelbagai hubungan dengan kaum-kaum lain,seperti Khmer dan Tai.Dua dinasti utama ini,Sailendra dan Sriwijaya menghasilkan dinasti-dinasti

kecil Melayu-Khmer seperti Devavamsa dan Ketomala.Mereka menaiki takhta Angkor dan memerintah seluruh Kemboja.Raja-raja Melayu di Indochina biasanya berasal dari istana Sri Dharmaraja,Gangga Nagara atau keturunan Kedah Tua.Hubungan rajaraja Melayu dan orang Melayu sendiri di Indochina amat kompleks dan memerlukan kajian lanjut.Walaupun nasionalis Khmer cuba untuk 'mengkhmer-kan' raja-raja Melayu ini,namun batu-batu bersurat yang menuliskan salasilah raja-raja Melayu membuktikan misteri yang seterusnya.Misalnya Prasasti Say-Fong (Laos)

memperkenalkan Jayavarman VII (seorang raja Angkor) sebagai anak kepada Dharanindravarman II dan seorang puteri dari Jayadityapura.Melalui ayahnya,dia adalah sepupu kedua Suryavarman II,dan melalui ibunya Chudamani yang juga puteri Harshavarman III,dia adalah cicit Suryavarman I dari dinasti Sriwijaya (Suryavarman I berbapakan Melayu,beribukan Khmer). Sebab itu pembina Angkor Wat,Survarman II,punya hubungan keluarga dengan Melayu Sriwijaya.

Siapakah 'Malayu' dalam Inskripsi Han Chey?

Barisan transkripsi yang mengandungi puji-pujian kepada Bhavavarman II yang bergelar 'Raja Mala dari Negeri Melayu'.

Malayu adalah nama satu kaum yang menjadi 'ruling-class' tertua dalam sejarah Indochina.Di sana terdapat juga nama 'Malayang' dimana bermaksud,'negeri Melayu' dalam bahasa Khmer.'Mala' adalah nama tertua bangsa ini,dimana ketika kaum Asia Tengah tiba di Asia Tenggara seperti Kamboja dan Saka beribu-ribu tahun dahulu,mereka memanggil bangsa ini sebagai 'Mala-yu',dimana -yu adalah suffix dalam bahasa Avestan mewakili bangsa,budaya atau cara pemikiran.Tradisi Khmer menyebutkan

nama raja-raja Melayu sebagai 'Raja Mala'.Sebagaimana di Sumatera,terdapat satu kerajaan kuno bernama 'Malayu' (Malayang dalam bahasa Khmer),kerajaan yang punya nama yang sama juga terletak di utara Segenting Kra.Anehnya,selepas Funan ditakluk Chenla,raja-rajanya memakai gelaran 'raja orang Mala' Warisan ini membuktikan bahawa Malayu,yang juga sebahagian dari Sri Dhammaraja,adalah sebenarnya Funan yang menjadi sebahagian daripada Empayar Chenla selepas pembukaan Bhavavarman (cucu kepada raja

Funan,berkahwin dengan gadis Khmer dan memberontak kepada datuknya).Prasasti Han Chey, pada baris pertama,memperkenalkan Bhavavarman sebagai "mala malayu iva malayam raja",iaitu bermaksud:Raja Mala dari Malayu.Ini adalah tulisan pertama setakat ini yang berkaitan dengan seorang raja Chenla sebagai penguasa Funan (Malayu).Sarjana Khmer cuba menakrifkan siapa itu Malayu menurut tradisi dan legenda mereka.Mereka mengatakan bangsa Malayu mungkin berasal dari raja laut Naga Mohodara,di mana bangsa ini mempunyai kebiasaan khusus memperkenalkan diri mereka

dengan bunga (Mala) terutama teratai (Botum atau Padma).Ini adalah identiti khas bangsa Malayu yang berselindung di sebalik bunga-bungaan dan wangiwangian.Bukti dari tradisi bangsa Khmer ini dan pandangan mereka terhadap orang Melayu membuktikan pandangan Bani Israel terhadap Keturah,iaitu dalam bahasa Ibrani Kuno bermaksud 'wangiwangian'.Setakat ini,inilah batu bersurat yang paling tertua mencatatkan nama bangsa Melayu,yang mana ketika ini bangsa Inggeris belum wujud lagi,apatah lagi Siam mahupun Tausug sekadar menamakan beberapa contoh.

Tradisi Khmer sendiri menyatakan kegemaran bangsa ini terhadap bungabungaan,sehinggakan nama dinasti atau kerajaannya dinamakan sempena nama bunga-bunga.Apabila menyambut tetamu,pada masa dahulu,mereka sering meletakkan bunga atau jambangan bunga di rumah untuk menyerikan suasana.Para gadis mereka sering menyelitkan bunga-bunga di telinga.Identiti ini,menurut tradisi Khmer tidak diragukan lagi adalah berasal dari 'Malayang' atau dalam bahasa Khmernya bermaksud negeri Melayu.Lem Chock Moth,sejarahwan Kemboja menyatakan Malayang ini adalah identiti negara

Malaysia pada hari ini,sebagai negara bagi orang-orang Melayu.Anehnya,beliau menyatakan bahawa bangsa ini punya sejarah silam dengan bangsa-bangsa besar di Mediteranean terutama bangsa Greek (mungkin Troy) yang disebut olehnya sebagai sebahagian dari satu kelompok keturunan Mohodhara (sejak peperangan Trojan,Babilon dan Parsi merupakan inspirasi kepada Ramayana dan Mahabbharata serta disebut dalam kitab-kitab Vedic).Legenda Kemboja mengatakan bahawa kalungan bunga digunakan sebagai sebahagian dari hiasan kepala mereka.Perkataan

'Malayang' (Mala-yang) bermaksud kerajaan/negeri bangsa Mala,telah banyak kali muncul dalam prasastiprasasti Khmer sebagai salah satu negeri dalam Funan dan seterusnya Empayar Angkor.Sejarah Dinasti Tang menyatakan bahawa terdapat delegasi duta dari 'Molo-yu' pada tahun 644 hingga 645 Masehi,sebaik sahaja kedatangan duta dari 'Ho-ling' yang menghantar dutanya pada tahun 640 Masehi.Nama ini merujuk pada negara Malayu terletak di pantai timur Sumatera dan berpusat di wilayah 'Jumbi' (sebutan Khmer).Hal ini juga menarik untuk dicatat bahawa Jumbi,kata dalam bahasa Khmer untuk

sebuah pohon bunga yang dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai Kemboja.Prasasti Han-Chey memperingati kemenangan Bhavavarman atas 'Raja Gunung' (Funan) yang berada di Mahidhara dimana legenda Khmer mengenalpastinya sebagai raja 'Kamboja Crivijaya' (sebenarnya yang tepat ialah raja dinasti Sailendra).Semua ini mengingatkan kita pada masa dahulu,raja-raja Melayu mempunyai hubungan rapat dengan kaum-kaum bukit Mon-Khmer (hilltribes) dan menjadikan sebagai tentera atau berkhidmat dalam istana.Gadisgadis mereka yang memiliki wajah

rupawan dijadikan gundik-gundik,dayang atau isteri raja-raja Melayu.Terdapat dalam legenda Khmer tentang seorang raja Malayang yang memikat gadis Khmer dan raja-raja Melayu dahulukala mempunyai pengikut di antara orang Kensiu dan Kintaq (pribumi yang menduduki pedalaman Tanah Besar Asia Tenggara,sebahagian mereka terdapat di Malaysia dan dikategori sebagai Orang Asli bersama-sama Melayu Proto seperti Jakun) yang kemudiannya menjadi bangsa Khmer.

Persoalan 'darah naga' pada bangsa

Melayu adalah cerita yang lain.Orang Khmer memang tepat memperincikan setiap sisi bangsa misteri ini.

Identiti Funan dalam Inskripsi Han Chey

Inilah Prasasti Han Chey yang

mencatatkan nama bangsa 'Melayu' malah nama kunonya sekali iaitu 'Mala',seawal abad ke-6 Masehi,ketika di Kepulauan British,belum wujud lagi 'Englishmen' (suku-suku Celtic,Viking dan Jerman yang bersemendaan sesama sendiri mewujudkan bangsa Inggeris pada hari ini).Nama 'China' pun belum wujud apatah lagi 'Siam' mahupun 'Tausug' sekadar contoh.

Umum mengetahui,nasionalis Kemboja bermati-matian menuntut kerajaan Funan adalah kerajaan orang Khmer.Namun sampai hari ini,tidak ada

bukti konkrit mengatakan Funan benarbenar kerajaan Khmer.Nama Funan itu sendiri didapati dari rekod China,Funan.Anehnya,kerajaan Chenla yang pernah menjadi negeri bawahan (vassal) kepada Funan,dipastikan kerajaan orang Khmer berdasarkan inskripsi dan tradisi Khmer sendiri.Namun bukti bertulis dari Khmer tidak pula menyatakan dengan terus terang bahawa Funan adalah kerajaan orang Khmer. Dengan pengakuan Bhavavarman II ini di dalam Prasasti Han Chey,yang mengiktiraf dirinya sebagai 'Malayu iva Malayam raja' (raja negeri Melayu),maka

sahlah bahawa nama Funan (Fu-nan adalah sebutan dari rekod China,bukan nama sebenar atau panggilan oleh penduduk Funan) yang sebenar ialah Malayang/Malayam,iaitu bermaksud 'negeri Malayu'.Selepas menakluk sepenuhnya wilayah-wilayah Funan,raja Chenla itu memahatkan kejayaannya dalam prasasti tersebut dan mengiktiraf dirinya sebagai 'Raja Mala dari Negeri Malayu'.Ini adalah petunjuk paling terahsia tentang nama asal Indochina.Ini menunjukkan pada zaman purba,sempadan negeri-negeri Malayu adalah dari Yunnan bersempadan dengan wilayah China hingga ke Temasik

iaitu Singapura sekarang ini.Ini adalah negeri-negeri Melayu di Tanah Besar Asia,belum termasuk di bahagian kepulauan,terutama di Sumatera dan Borneo.

Rahsia tersembunyi dari Fa Ngum

Fa Ngum adalah seorang raja yang dikatakan pengasas kepada kerajaan Lao Lanxang (Lancang).Raja ini dikesan menggunakan 'title' diraja yang biasa digunakan oleh raja-raja Melayu Indochina seperti raja Champa dan Sri Dharmaraja.

Selama mengeksploitasi kedudukan Fa Ngum,Kerajaan Xiangtong (panggilan orang Tai kepada Muang Sua,kini termasuk dalam Luang Phrabang) menyedari bahawa mereka telah sampai kepada tujuan terakhir yang berkaitan dengan negara asal mereka.Kerajaan Xiengtong adalah kerajaan awal orang Lao yang serumpun dengan bangsa Tai,sebelum menubuhkan kerajaan Lanxang.Pada saat itu, takhta Xiangtong diduduki oleh bapa saudara Fa Ngum,Fah-Kham-Hiao.Setelah FahKham-Hiao meninggal dunia,kerajaan Xiangtong menjemput Fa Ngum kembali untuk menaiki takhta yang seharusnya

menjadi miliknya sesuai dengan haknya sebagai waris yang layak. Oleh yang demikian,selepas kematian Raja Chao Fah-Kham-Hiao,menteri dan pegawai yang sebelumnya ditinggalkan Putera Fa Ngum tidak membuang masa menjemput putera Lao itu menaiki takhta kerajaan Xiangtong.Putera Fa Ngum telah naik takhta pada tahun 1353.Ketika dia mencapai usia 37 ia diberi nama "Phragna Fah-La-Thorani Sisatanakanahud".

Kerajaan Lao Lanxang

Sangat menarik untuk dicatat bahawa gelaran "Phragna Fah-La-Thorani Sisatanakanahud" adalah transkripsi Lao dari judul bahasa Sanskrit "Pongna Prah Dharnindra Sri Santan Naga Nahud" yang menghubungkan dia ke legenda Khun Lo atau Dharnindravarman dari inskripsi Khmer.Sarjana Khmer melihat bahawa

kedua-dua warisan dari kerajaan Melayu "Sri Santan Naga" dan "Mauli kepada orang Mala" juga hadir dalam riwayat lain raja Lao Lanxang,sebagai pewaris keturunan Fa Ngum.Hal ini kemungkinan terlalu awal untuk mengesahkan yang demikian,namun,untuk mengaitkan kesimpulan tentang hubungan Fa Ngum dengan raja Champa ketika itu,Simha Jayavarman,mereka kemungkinan adalah berasal dari Sri Dharmaraja (dengan maksud lain,Fa Ngum sebenarnya keturunan Melayu dari istana Sri Dharmaraja).Mungkin salasilahnya sama seperti Suryavarman I,dalam kes ini,bapa Fa Ngum

kemungkinan Melayu yang berkahwin dengan wanita Lao.Sementara Simha Jayavarman menubuhkan kembali negara Champa dengan memusnahkan kawalan Dai-Viet terhadap kawasan tersebut (Laos kini),Fa Ngum pula tibatiba menubuhkan kawasan yang dibuka oleh raja Champa itu sebagai ibukota negeri baru (Lanxang).Ini menunjukkan terdapat hubungan antara raja Champa dengan Fa Ngum,setidak-tidaknya kalau bukan pertalian keluarga.Kehadirannya membawa kembali budaya Melayu Indochina dan Khmer ke wilayah utara Mekong buat pertama kali setelah kerajaan Xiengtong memutuskan

hubungan dengan empayar Khmer.Perlu dicatatkan di sini,bahawa orang Lao adalah rumpun Tai yang paling awal berhijrah ke Indochina sebelum perpindahan beramai-ramai orang Thai. Terdapat banyak petunjuk di Kemboja dan Laos tentang aktiviti raja-raja Melayu pada masa purba.Rahsia Melayu terpecah-pecah disimpan di dalam riwayat-riwayat Mon,Lao dan Khmer.Negeri-negeri Melayu di Indochina yang disebut dalam batu bersurat Khmer sebagai 'Malayang' seakan-akan menjadi kerajaan kayangan dalam hikayat-hikayat Melayu.Padahal

jelas,ditulis pada batu bersurat nama 'Malayang' dan 'Mala raja' itu.Kemungkinan di sanalah Puteri Kaca Bertuang atau Raja Antah Berantah (sekadar contoh sahaja) bermain-main di taman bunga-bungaan hikayat-hikayat Melayu. Untuk meneruskan pencarian kepada petunjuk-petunjuk seterusnya,kita akan menyelusuri Sungai Mekong dan menggali batu-batu bersurat di Pulau Jawa untuk menjejak nama satu lagi dinasti Melayu purba yang amat berpengaruh,Sailendra.

----------------------------------------------------------

Coming soon...

Alter Terahsia Bangsa Melayu XIX

"The Sailendras"

-Apa itu dinasti Sailendra? -Dari mana asal-usul Keluarga Diraja Sailendra? -Mengapa dinasti Sailendra menuliskan prasasti dalam Bahasa Melayu? -Borobudur dan kejuruteraan senibina Melayu Sailendra

-Sailendra dan Srivijaya -Sailendra dan Indochina -Sailendra dan Melayu

Penantian selama beribu-ribu tahun.Rahsia dari dalam tabut yang menyebarkan wangi-wangian Melati dan Mala.Mari menyelusuri rahsia 2000 tahun antara dinasti paling berkuasa di Asia Tenggara!

Hanya di MistisFiles!!

Tuesday, April 12, 2011 Alter Terahsia Bangsa Melayu XX

Lokasi:Topkapi Palace Museum,Turki Masa:9.30 PM

Di dalam sebuah kitab usang di dalam arkib Istana Topkapi,terdapat halamanhalaman yang menceritakan sebuah kerajaan besar di Timur.Kitab itu

bertajuk Aj'ib al-makhlqt wa ghar'ib al-mawjdt karangan Abu Yahya Zakariya' ibn Muhammad al-Qazwini.Di dalam satu halaman tertulis nama Zabag,sebuah kerajaan yang menakjubkan di dunia Timur.Kerajaan ini mempunyai kekayaan emas yang banyak dan menguasai perdagangan rempahratus.Rajanya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu serta memakai mahkota yang juga diperbuat dari emas. Di dalam sebuah arkib rahsia di The Vatican Library,terdapat sebuah surat yang ditulis oleh seorang raja besar dari

Timur;yang digelar oleh raja-raja Eropah sebagai Prester John.Raja ini mendakwa telah memiliki 'tiga tanah India'.Tiga tanah India itu ialah dari Malabar ke Asia Tenggara,dari Malabar ke Sind dan pantai timur Afrika (termasuk Madagaskar). Di sana ada satu bangsa yang terlupakan sejarah silam mereka yang penuh gilanggemilang.Masyarakat Austronesia mengenang kegemilangan ini dengan menjadikan bahasa bangsa itu sebagai lingua-franca;bahasa pemersatuan,sebagaimana raja-raja mereka menyatukan kesemua

pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara pada masa lalu.Walaupun bukti bertulis dan kukuh berselerak di seluruh dunia;batu bersurat,manuskrip dan rekod dari luar cuba menyakinkan anakanak bangsa itu pada hari ini,namun disebabkan beberapa individu yang korup seperti pemimpin politik dan ahli sejarah yang pemalas...rahsia penting dari khazanah sejarah mereka semakin lama semakin hilang.

******** *********

XXX

Di runtuhan sebuah kuil purba Khmer di satu lokasi di Thailand,kelihatan seorang sami sedang bertafakur di dalam satu ruangan.Mulutnya terkumat-kamit mengalunkan doa: "Om Sriwichay..."

"Om Sriwichay....."

Beribu-ribu tahun dahulu terdapat seorang raja besar yang harum namanya dari Chiang Mai hingga ke Chaiya.Raja ini telah meninggalkan takhtanya dan menjadi seorang petapa;mencari erti hidup dan jalan mencapai kebebasan nafsu.Raja ini telah meninggalkan kerajaannya kepada anaknya,yang nantinya akan menjadi seorang pengasas kepada sebuah empayar maritim yang

amat berkuasa di seluruh daratan dan air.Dari keturunannya inilah munculnya raja-raja di Bukit Seguntang dan sultansultan Melaka. Persoalannya,siapakah sebenarnya 'Sriwichay'?

"The Srivijayan"

"...Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita

yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya."

(Sulalatus Salatin,Malaysia)

Ketika raja-raja Viking,AngloSaxon,Normans dan lain-lainnya berperang sesama sendiri di Eropah selepas kemerosotan Empayar Rom,orang-orang Melayu telah berada di puncak;berjaya membina rangkaian perdagangan maritim antara China dan India.Tidak dinafikan bahawa kekuatan sebenar raja-raja Melayu ialah kebolehan semulajadi mereka dalam menjalankan perdagangan maritim;inilah kuasa sebenar yang ada pada mereka,bukan sepenuhnya kuasa

tentera...mereka telah merintis ke arah kemajuan perdagangan di Asia Tenggara,menjadi emperium yang disegani lawan dan kawan. Sehingga ke hari ini,kuasa 'perdagangan maritim' mereka itu masih berdaulat sehingga menimbulkan trauma kepada bekas perdana menteri Singapura yang bimbang gabungan Malaysia-Indonesia akan membina pelabuhan-pelabuhan yang akan meranapkan Singapura selama-lamanya.Kes Pelabuhan Tanjung Pelepas benar-benar mengajar nya betapa bangsa misteri ini belum mengeluarkan 'alter terahsia' mereka

yang sebenar.Bagaimana dengan usia setahun jagung pelabuhan ini,tiba-tiba berjaya memindahkan operasi dua syarikat gergasi perkapalan dunia,Maersk dan Evegreen dari Pelabuhan Singapura ke sini?Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sememangnya dikurniakan Tuhan kepada mereka.Atas sebab inilah,selama beribu-ribu tahun,raja-raja Melayu telah menyimpan rahsia ini;bahawa jika mereka berjaya menguasai selat,mereka akan kaya-raya sebagaimana raja-raja di China dan India tanpa perlu bersusahpayah.Mengapa?Kerana selat itulah

satu-satunya jalan laut terpantas yang menghubungkan kedua-dua benua kecil itu! Maka raja-raja Melayu mengambil peranan sebagai orang tengah;menjaga tol rangkaian perdagangan antara Timur dan Barat.Ini benar-benar menjadi,dan mereka menjadi kaya-raya dengan sekelip mata! Ini adalah kisah bagaimana seorang anak raja menggunakan rahsia ini;yang juga digunakan oleh Raja Matahari dan Raja Perahu dalam menguasai seluruh kepulauan Asia Tenggara pada masa

silam.Ini adalah kisah satu dinasti diraja yang amat berpengaruh di semenanjung kemudian namanya harum di seluruh dunia.Keluarga diraja inilah yang menubuhkan sebuah empayar maritim yang amat terkenal di seluruh dunia.Di dalam petitih-petitih rakyat Kelantan dan utara semenanjung menyebutkan nama keluarga diraja ini sebagai,Sriwijayamala.

Sriwijayamala

Sriwijayamala adalah nama sebuah dinasti Melayu yang pernah memerintah sebahagian Indochina dan utara

semenanjung Malaysia sehingga menubuhkan sebuah empayar maritim yang dikenali sebagai 'Srivijaya' yang kemudiannya berpusat di Sumatera.Keluarga Sriwijayamala yang asalnya bertempat di daerah Kelantan,Narathiwat sehingga ke Songkhla pada hari ini.Jembal,Legeh dan Reman (semua nama ini pernah menjadi negeri-negeri Melayu) juga adalah wilayah kaum kerabat Sriwijayamala.Jembal menjadi sebahagian wilayah Kelantan pada hari ini,Raman pernah di bawah pemerintahan raja Ligor kemudian terserap ke dalam wilayah Perak (Hulu

Perak) dan Legeh kini menjadi sebahagian wilayah selatan Thailand (Rangae). Sejarah keluarga ini amat misteri.Amat kabur adakah dinasti ini bermula sezaman dengan Sailendra,sebuah lagi dinasti purba Melayu yang membina kerajaan Medang di Jawa,atau lebih dahulu darinya.Namun kita tahu hubungan antara keluarga Sriwijayamala dan Sailendra kerana penggunaan kata 'Medang'.Menurut petitih dan riwayat rakyat Kelantan,negeri Kelantan dahulunya dikenali sebagai Medang Kamulan dan Medang Ghana.Medang

Kamulan sememangnya nama satu kerajaan mitos di Indonesia.Dan kita tahu bahawa kerajaan Medang (Mataram Kuno) di Jawa diasaskan oleh dinasti Sailendra.Namun persoalannya,dari mana ahli sejarah tahu bahawa riwayat kuno rakyat Kelantan ini benar dan dapat dibuktikan? Dari rekod Dinasti Sui berusia abad ke-7 Masehi,menurut catatan pengembara yang pernah melawat satu kerajaan yang bernama Chih-Tu: "... Chi Tu adalah bangsa turunan dari Funan, yang terletak di dalam laut

selatan, belayar seratus hari untuk mencapainya,tanah di sini berwarna merah, sehingga bernama 'Kerajaan Tanah Merah (Chi bererti merah, Tu bererti bumi).Timur bersempadan Po Lo-La, Barat bersempadan dengan PoLo-So,Selatan bersempadan Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya.Raja mempunyai tiga isteri dan kerajaan memeluk agama Buddha ...." Rekod Dinasti Sui (581-618) ini menggambarkan sebuah kerajaan yang maju disebut Chi-Tu. Lokasi Chi-Tu diduga berada di sekitar Kelantan atau

negara Pahang di Semenanjung Tanah Melayu, atau di Songkhla dan Pattani Wilayah Thailand selatan namun ditentang oleh beberapa pengkaji.Namun bukti terbaik untuk menyokong teori Kelantan adalah ketika para utusan meninggalkan ChiTu,mereka belayar dengan mengambil 10 hari untuk mencapai Champa,ini menunjukkan kerajaan itu terletak di kawasan 'tanah merah' di suatu tempat di sekitar sungai utama dari Kelantan.Prasasti Buddhagupta yang ditemui di Kedah menyebutkan Raktamrttika, ertinya adalah tanah berwarna merah.Menariknya,memang

ada tempat bernama Tanah Merah di Kelantan. Apa kaitan Chih-Tu dengan Sriwijayamala? Menariknya lagi,Chih-Tu ini mempunyai kaitan dengan sejarah Chiang Mai,yang terletak jauh ke utara wilayah Thailand sekarang. Dalam "Meridionaux", Matounlin mengatakan bahawa Seng-kao atau Seng-chi adalah ibukota Chih-tu dan di 638, telah menghantar ufti bersamasama dengan tiga negara lain ke China.

Kata China "Seng-kao" atau "Seng-chi" adalah kesilapan sebutan dari kata "Seng tche" yang bererti bandar para biarawan yang merupakan terjemahan yang tepat dari kata Pali "Lawasangharatha" dan kemudian sebutan Tai "Chiang Chi Mai ".Pribumi asal Seng-Kao adalah suku Lawa yang membentuk majoriti penduduk Lembah Menam.Menurut tradisi Siam,Chiang Mai menerima nama pada saat Buddha Gautama dan muridmurid datang ke Suvannphumi untuk misi agama.Setelah pesta yang diadakan oleh suku-suku Lawa untuk menyambut Buddha Gautama, empat lelaki suku

Lawa telah ditahbiskan menjadi sami.Tempat itu kemudian disebut Chiang Chi Mai,yang bermaksud 'kota para biarawan baru' dalam bahasa Tai yang kemudiannya sebutannya dipendekkan menjadi Chiang Mai pada hari ini.Disebabkan kekayaan sejarahnya,Chiang Mai masih mempertahankan tradisi yang dikongsi di antara negara-negara Indochina hari ini.Satu perkara yang menarik,sejarahwan Thailand berpendapat suku Lawa ini berasal dari selatan Thailand atau dari Kemboja dan nenek moyang mereka termasuk dalam kelompok Austronesia.Setelah

menerima asimilasi dan tekanan dari pengaruh Mon-Khmer di sekeliling mereka,secara beransur-ansur bahasa mereka menjadi sebahagian dari keluarga Austro-asiatic.Proses ini mengambil masa beratus-ratus tahun.

Inilah jawapan kepada misteri raja Sriwijaya yang bernama Lawasangharatha yang menubuhkan Chiang Mai Lama.Sebab itu suku Lawa ini (kini termasuk dalam kelompok 'hill tribe' dalam Thailand) mendakwa asalusul mereka ialah dari Chiang Mai.

Dalam ATBM XVI yang lalu juga,kita telah belajar tentang sejarah Chiang Mai sebelum kedatangan Raja Mengrai,pengasas kerajaan Lanna.Chiang Mai diduduki suku Lawa yang kemudiannya diserap kedalam pengaruh Haripunjaya,sebuah kerajaan Mon di utara Dvaravati.Analisis terhadap riwayat-riwayat kuno di Chiang Mai

menunjukkan nama "Lawasangharatha" itu kemungkinan besar nama seorang raja,dalam kes ini raja Sriwijaya.Ini dibuktikan dalam dua rekod dari China.Di dalam rekod Dinasti Sui lagi,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu: "Nama keluarga raja Chih-tu adalah Chu Tam (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya

kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..." Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-foshi" atau "Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus

membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana Sri wijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.Ini kerana dalam tradisi sejarah Sriwijaya di Indochina,pakar sejarah Thailand dan Kemboja mengenalnya melalui kerajaan Nagara Sri Dharmaraja,di mana ditemui banyak persamaannya budaya dan gelaran rajaraja Sri Dharmaraja sesuai dengan sejarah Sriwijaya. Dengan kata lain,dalam tradisi kaumkaum Indochina,Sri Dharmaraja itu adalah Sriwijaya,dan begitu juga sebaliknya.Ini terjadi kerana persamaan

bahasa dan budaya mereka;budaya bangsa Melayu. Jadi dalam rekod oleh dua pengembara China ini,kita mendapati dua perkara menarik: 1-Nama "Li-fo-shi" adalah khas kepada 'Srivijaya'.'Li-fo-shi' atau nama sebenarnya 'Shih-li-fo-shih' adalah sebutan China kepada 'Sri-wi-chay' mengikut sebutan suku-suku selatan China seperti Shan,Hmong,Lao dan Tai.Ini bermakna pengaruh raja-raja Melayu telah sampai ke selatan China.

2-Nama keluarga raja tersebut,Chudam yang menunjukkan nama keluarga berketurunan Melayu.Namanya keluarga Chudam (Chu Tam dalam teks China) adalah konsisten dengan warisan Chudammani,yang merupakan salah satu nama keluarga Sriwijaya dalam rekod Khmer (Kemboja). Perhatikan,dalam dua rekod di atas,kedua-duanya menyebutkan raja Chih-Tu mempunyai tiga orang isteri. Semua ini mempunyai persamaan dalam satu lagi rekod dari China.Tongtien,sebuah teks yang ditulis pada akhir

abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut, "Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama keluarga 'Ku-Long'.Di sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang sama.Seorang tua,ketika disoalsiat,telah mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu) tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long' adalah kesilapan sebutan untuk K'uen-luen (sebutan China Kuno untuk orang Melayu)" (Sir William Meyer memberikan

perkataan 'Malays' untuk 'K'uen-luen' dalam teks China ini) Pada masa silam,orang-orang China mengenal Melayu sebagai 'K'uen-luen' atau 'Kunlun'.Ini sebenarnya berasal dari nama seorang raja Funan yang bernama Ku Long.Sebutan 'Ku' dan 'Long' sememangnya pangkal nama orang Melayu yang masih diamalkan di Kelantan. Daripada semua bukti dan rekod-rekod China ini,para sarjana Kemboja menyimpulkan bahawa asal-usul kebanyakan raja-raja awal Funan dan

utara Indochina (Chiang Mai sebagai contoh) ialah dari kawasan yang kini di dalam negeri Kelantan yang menjadi sebahagian Malaysia pada hari ini.

'Mala'

Dalam Prasasti Hanchey berusia abad ke 6 Masehi di Kemboja,ada menyebutkan tentang Bhavavarman,raja Chenla yang berjaya menakluk wilayah Funan dan atas kejayaan ini beliau telah memahatkan namanya sebagai 'Raja orang-orang Malayu'.Bhavavarman dalam prasasti ini ialah Bhavavarman

II,di mana sebelum itu ada seorang keturunan diraja Funan yang bernama Bhavavarman (Bhavavarman I) telah lari ke Chenla,yang merupakan negeri orang Khmer dan mengahwini Kambujatajalakshmi,seorang gadis Khmer (gadis bukit). Beliau adalah cucu kepada Rudravarman,emperor Funan.Bhavavarman I telah bertindak lari ke Chenla kerana tidak berpuashati dengan datuknya dan mahu memberontak.Bhavavarman kemudian merampas takhta Chenla dan menyusun angkatan tentera menyerang kerajaan

datuknya.Akhirnya Funan jatuh ke tangan Chenla.Di sini kita boleh lihat kedua-dua negeri ini,Chenla dan Funan dibawah kekuasaan raja-raja Melayu pada suatu ketika.Kemudian Chenla yang dahulunya negeri bawahan Funan menjadi berkuasa dan menjadikan Funan negeri pengufti kepada Chenla.Selepas kematian Bhavavarman,Chenla diperintah oleh saudara Bhavavarman yang juga mengahwini gadis Khmer.Kemudian takhta Chenla diwarisi oleh anak cucu mereka yang 'diKhmer'kan oleh ibu mereka yang berasal dari Khmer Chenla.Jadilah kerajaan Chenla kembali menjadi

kerajaan orang Khmer sehinggalah berpecah kepada Chenla Laut dan Chenla Darat,kemudiannya ditakluki oleh Sriwijaya.Funan telah berpecah dan tenggelam selepas itu selepas ramai kerabat diraja mereka berpindah ke negeri-negeri Melayu di selatan yang bertaburan di bawah Persekutuan Langkasuka.Kemudian,ada di antara mereka berlayar ke Jawa dan menubuhkan dinasti Sailendra di sana,menyertai sebahagian kerabat mereka yang telah bertapak di Jawa sejak sekian lama.Raja-raja Funan adalah dari garis dinasti Sailendra.

Bhavavarman II menggelarkan dirinya 'raja orang Melayu' menerusi ayat "...mala malayu iva malayam raja" yang terpahat dalam skrip Khmer antara yang terawal pernah ditemui.Terjemahan penuh bagi ayat ini ialah 'raja Mala dari Malayu'.Apa yang ingin kita fokuskan di sini ialah perkataan 'Mala' ini.Dan mengapa perkataan ini digandingkan dengan perkataan 'Malayu' dalam ayat

itu. Cuba semak kembali catatan pengembara dalam rekod Dinasti Sui tentang kedudukan Chih-Tu. "...Timur bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So,Selatan bersempadan Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya..." Katakuncinya ialah 'Ho-Lo-Tan'.Apakah Ho-Lo-tan? Dalam abad ke 5 masihi, sejarahwan China,Shenyao (414-512) dalam Sung

Shunya sudah mencatatkan nama Ho-lotan atau Kuo-lo-tan sebagai sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu.Sesetengah sejarahwan percaya bahawa kerajaan Srivijaya Pertama (Sri Vijaya Mala) telah wujud di Kelantan dan berkembang ke Malayu, Sumatera kirakira pada akhir abad ke tujuh.Dapunta Hiyang Jayanasa telah membangunkan sebuah ibu kota di Palembang (Sri Vijaya II).Kelantan diserahkan kepada puteranya,Dapunta Hiyang DiRaja.Kemudian kedua-dua kerajaan ini disatukan oleh Sanjaya (Jaya Shinha) cucu Jayanasa dalam satu empayar yang disebut oleh orang Cina,San-Fo-Tse

(Tanah Serendah Sekebun Bunga dalam kenangan riwayat Kelantan). Jadi Chih-Tu adalah negeri di utara Kelantan atau Ho-Lo-Tan.Kelantan pula dijoloki dengan nama 'Tanah Serendah Sekebun Bunga' ketika era pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang nama Sanskritnya ialah Durga Wijayamala (ingat,raja-raja Melayu punya dua nama;nama Sanskrit dan nama Melayu pada zaman silam).

Perhatikan nama 'Durga Wijayamala',yang mengandungi -suffix 'Mala'.Penggunaan -suffix 'Mala' pada hujung nama Sanskrit adalah khas kepada raja-raja Melayu pada masa silam sebagaimana -suffix 'varman' pada raja Kemboja dan Champa atau 'gupta' pada raja-raja dinasti Gupta di India.Dalam legenda Khmer ada

menyebutkan nama seorang raja bernama Ketomala (Keto berasal dari 'Keta' iaitu negeri Kedah).Semua ini membawa kita menelusuri jauh ke zaman silam,ketika dua orang adik beradik dari negeri Reman datang menubuhkan kerajaan di kalangan orang Mon.

Samala dan Vimala:Rahsia Hamsavati

Penaklukan Chenla ke atas negeri-negeri sekitarnya telah membawa pengaruh Khmer ke Dvaravati dan Irravati Bassein.Ketika ini orang Dvaravati adalah dari keturunan Mon-Khmer dan bertutur menggunakan bahasa Mon,bahasa dominan bahagian barat Empayar Angkor dan mereka tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan seluruh rakyat Khmer.Selama krisis di dalam dinasti

pemerintahan,para pemuka agama mengambil kesempatan mencipta peralihan politik dalam lapisan kepimpinan Empayar Angkor.Walaupun terdapat banyak gangguan,saksi menunjukkan agama Buddha selalu merupakan pilihan Khmer dan Mon dan ini selalu menjadi punca mereka diredakan dari konflik serta menjalinkan hubungan lebih rapat.Dalam pada itu,sebuah riwayat kuno telah merakamkan tentang penubuhan Hamsavati (Pegu) kira-kira 825 Masehi oleh dua adik-beradik,Samala dan Vimala.

Bandar ini bernama Hamsavati sempena seekor burung suci hamsa (angsa) secara tiba-tiba muncul ketika dua bersaudara itu mencari tempat untuk membina penempatan.Riwayat tersebut menyatakan bahawa dua bersaudara itu dari Takkaxila dan membawa diri mereka keluar ke arah barat untuk menubuhkan kerajaan mereka sendiri. Sangat menarik untuk dicatat bahawa nama mereka berakhir dengan "Mala", merupakan petunjuk bahawa mereka berasal dari raja-raja Mala dari Malayu ("mala malayu iva malayam raja").Asalusul orang Mon Hamsavati dari Malayu

menunjukkan bahawa Sudhammavati atau Sri Dharmaraja yang menurut tradisi Mon adalah asal-usul bangsa mereka sama dengan Dvaravati dari Lembah Menam.Sementara Samala naik takhta, adiknya Vimala dihantar ke Taxila (Takkaxila) untuk menyelesaikan pembelajarannya.Ketika dia kembali ke rumah,dia mendapati bahawa ia tidak disambut semula sebagai janji oleh saudaranya. Dalam keadaan yang marah,dia membunuh saudaranya Samala dan memerintahkan orang untuk membunuh anak saudaranya (anak Samala) juga,tapi

sang ibu berjaya menyembunyikan anaknya di luar kota.Setelah waktu berlalu,orang asing beragama Hindu yang diusir dari kota datang kembali untuk menyerang Hamsavati.Anak Samala yang kini sudah dewasa kembali dari persembunyian dan menyelamatkan Hamsavadi dari orang-orang Hindu. Vimala,mengakui bahawa itu adalah anak saudaranya,mengakui dosanya dan akhirnya menyerahkan takhta kepadanya.Cerita ini juga menyebut bahawa raja muda Ata-Kumma telah membina Kyaikatha (pagoda Ata) di wilayah Tathon.Sangat menarik untuk dicatat bahawa identiti Mon muncul

pertama sebagai orang-orang di Hamsavati dan kesimpulan yang dapat dibuat dari riwayat kuno ini dari asalusul Mon di Sudhammavati harus berada di kawasan yang disebut sebagai Malaysia pada hari ini. Dari riwayat Hamsavati (Hamsavadee) ini kita memahami bahawa orang Mon menganggap mereka berasal dari Sri Dharmaraja sebagaimana orang-orang Mon Dvaravati di tengah Thailand.Dan menurut legenda Mon lagi bahawa bangsa mereka berasal dari sebuah tempat yang bernama 'Ramanadesa'.Telahan sarjana Kemboja

tentang asal-usul Mon dari 'satu wilayah yang kini berada di Malaysia' semacam mahu menyebutkan tentang negeri Reman yang kini menjadi sebahagian daerah Hulu Perak di negeri Perak,Malaysia.Negeri Reman pernah berada di bawah raja Ligor dan sememangnya sebelum itu negeri Reman adalah termasuk dalam wilayah 12 negeri-negeri Nagara Sri Dharmaraja yang disimbolkan dengan karakter haiwan dalam kalendar Naksat Pi. Dapat juga disimpulkan bahawa dua adik beradik itu berasal dari kerajaan Reman yang bersusurgalur dari keturunan

Sriwijayamala,merantau ke utara untuk cuba menubuhkan kerajaan sendiri.Di tengah-tengah orang Mon,mereka belajar menyesuaikan diri dan mula membina kerajaan.Kebanggaan orang Mon terhadap raja-raja Mala mereka mengakibatkan mereka mendakwa bangsa mereka berasal dari Ramanadesa (negeri Reman).Kita sudah maklum akan kepentingan nama 'Mala' kepada orang Mon dan Khmer dalam menaikkan prestij mereka.Inilah sebabnya mengapa Bhavavarman II,raja Chenla mendakwa dirinya 'Raja Mala dari Malayu'.

Setakat ini kita telah dapat mengumpulkan 4 tokoh yang berasal dari dinasti Sriwijayamala:Ketomala,Samala,Vimala dan Durga Wijayamala.Dan seorang lagi bernama Sri Mala,permaisuri raja Singgora (Songkhla) yang terkenal dalam sejarah asal-usul Menora.Menarik bukan?Semua mereka ini memakai

gelaran 'Mala' dan orang-orang di Kemboja pada masa silam mengenal keturunan yang memakai gelaran Mala dihujung namanya sebagai 'Malayu'. Dari sini kita boleh menghidu aktiviti raja-raja Melayu dari Pegu hingga ke Chiang Mai;dari Kemboja dan Champa hingga ke Ligor.Kesukaran raja-raja Melayu ini untuk bersatu menyebabkan mereka sesuka hati membuka banyak kerajaan yang dikenali sebagai negerinegeri Melayu (Malay states).Mengesan riwayat-riwayat semua negeri-negeri ini hampir mencapai tahap mustahil kerana ada di antara mereka memerintah negeri

yang majoritinya orang Mon,Khmer atau Tai. Namun seorang keturunan mereka telah berlayar ke Sumatera dan menubuhkan kerajaan di sana.Kemudian bermulalah zaman keemasan dinasti ini.Nama lelaki yang gagah berani itu ialah Jayanasa.

'Srivijaya Empire'

Sukacita. Pada lima hari Bulan Belayar mudik datang membuat benua Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.

(Kedukan Bukit

Inscription,Sumatera,Indonesia)

Dahulu orang-orang di Indochina hanya mengenal satu bangsa sahaja apabila berurusan dengan suku-suku Austronesia;mereka memanggilnya Chawa.Nama 'Chawa' ini mewakili keturunan Melayu-Indonesia pada hari ini.Nama Chawa ini sebenarnya berasal dari tanah besar Asia,bukan dari Pulau Jawa. Dari Kelantan kebudayaan 'Chawa' ini merebak ke seluruh kepulauan.Pada mulanya,dinasti Sailendra lah yang

bertanggungjawab membawa kebudayaan Chawa ke Pulau Jawa.Sebab itu terdapat tempat bernama 'Titik Jawa' di Kelantan.Chawa sebenarnya bukan nama khas untuk satu-satu kaum,ia lebih kepada satu ciri kebudayaan. Seorang raja dari dinasti Sriwijayamala menjejak langkah Sailendra.Beliau dengan kekuatan dua puluh ribu bala tentera berserta dua ratus pawang dan tentera berjalan kaki sebanyak seribu tiga ratus dua belas,raja Sriwijaya ini mula menyerang Sumatera.Kita tahu namanya kerana tercatat di dalam Prasasti Talang Tua:

Svasti cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra sana tatkalana parlak Criksetra ini niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini...

Maksudnya dalam Bahasa Melayu Moden: Selamat dan bahagia! Pada tanggal 23 Mac 684 Masehi, pada

saat itulah taman ini yang dinamakan rksetra dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda r Jayana. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini...

(Talang Tua Inscription,Indonesia)

Prasasti ini jelas memberikan nama raja itu selepas gelaran 'Dapunta Hiyang'.Prasasti Kedukan Bukit hanya menyebutkan 'Dapunta Hiyang' tanpa

menyebutkan siapakah nama raja tersebut.Namun para sarjana bersepakat bahawa Dapunta Hiyang Jayanasa jugalah yang disebut dalam Prasasti Kedukan Bukit. Dalam satu versi dari Pantai Timur ada menceritakan tentang Jayanasa ini.Dapunta Hyang Sri Jayanasa dikatakan telah menubuhkan kerajaan di Kelantan yang sebelumnya dikenali dengan Medang Ghana.Pusat pemerintahan kepada kuasa besar Yawadwipa ini terletak kira-kira 4.8 kilometer ke barat Bukit Panau, di Jajahan Tanah Merah,Kelantan sekarang.

Menariknya Dapunta Hyang Sri Jayanasa juga dikenali dengan Prabhasadharma,Raja Merong Mahawangsa,Maharaja Gegar Alam dan Maharaja Segenta Alam dalam hikayathikayat Melayu. Setelah Yawadwipa (ini nama kuno yang digunakan juga oleh dinasti Sailendra) diperluaskan,nama kerajaannya juga ditukar kepada Sriwijaya Mala. Raja besar ini kononnya gugur di Teluk Madura dalam misi penaklukannya ke atas Kalinga atau Jawa Tengah selepas

berjaya menawan Palembang (Prasasti Kedukan Bukit).Pusat pemerintahannya juga dipindahkan dari Sri Wijaya Mala ke Palembang manakala nama Sri Wijaya Mala pula diubah kepada Medang Bhumi. Semasa hayatnya,pemerintahan Medang Bhumi diserahkan kepada cucunya bernama Sanjaya setelah dia sendiri memindahkan pusat pemerintahannya ke Palembang. Sanjaya mewarisi kegemaran datuknya,suka meluaskan tanah jajahan dan hasilnya Terengganu,Pahang,Kedah,Segenting Kra,Kemboja,Burma dan Vietnam berada

di bawah taklukannya.Dari nama Sanjaya inilah munculnya nama 'San-fo-tse' oleh para pengembara China pada masa silam. Kaitan antara orang Kelantan dan Jawa masih dapat dilihat dari budaya mereka seperti: 1-Kain batik 2-Wayang Kulit

Jika kita melihat senibina awal Asia Tenggara,mereka membina candi menggunakan batu gunung yang

dipotong (batu hitam).Candi-candi di Jawa dan Kemboja menggunakan batubatu gunung ini.Teknologi bata (brick) pula dipelopori oleh Kedah Tua (penemuan dandang membakar batubata di Lembah Bujang) dan juga digunakan oleh Kerajaan Pagan di Burma dan Ayutthia.Hanya candi-candi Khmer dan di Pulau Jawa sahaja ketara menggunakan batu-batu gunung yang dipotong.Dari sini kita dapat melihat persamaan antara senibina di Jawa dan Kemboja. Kita maklum bahawa Chenla pernah ditakluk oleh Sailendra yang ketika itu

rajanya memegang gelaran 'Maharaja Zabag' oleh pedagang Arab.Kemudian ramai kerabat dirajanya dibawa ke Jawa.Salah satunya ialah Jayavarman II yang masih kecil,yang kemudiannya menubuhkan empayar Angkor. Kini terdapat dua dinasti Melayu yang amat berkuasa di Asia Tenggara;Sriwijayamala dan Sailendra.Sailendra menguasai Jawa sementara Sriwijaya menguasai semenanjung dan Sumatera.Sriwijaya juga menguasai istana Angkor melalui Sri Dharmaraja.Semua ini berlaku sebelum kuasa Thai dan Annam (Dai-Viet)

menjadi dominan di Indochina.Riwayatriwayat Kemboja ada menyentuh tentang pergeseran antara dua dinasti terulung ini.Beberapa serangan dari Jawa ada dilaporkan dalam riwayat Champa dan Kemboja untuk mengurangkan hegemoni Sriwijaya yang semakin mendominasi perdagangan laut. Namun pada suatu hari yang bertuah itu,dua dinasti teragung ini menjalinkan tali persaudaraan.Kenangan silam sukaduka di Segenting Kra mengimbau kembali.Melalui perkahwinan diraja,dua dinasti pemerintah Asia Tenggara ini

bergabung untuk menguasai khazanah perdagangan maritim antara India dan China;antara Timur dan Barat.

"lamun batinah Putari Kambang Murna namanya, lamun lanangn Matari Singa Jaya Himat namanya.Lama lama baranak lanang; Matari Singa Jaya Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu..."

(Matari Singa Jaya Himat

Copperplate,Palembang,Indonesia)

************ *************

XXX

Deru angin dari pantai menghilangkan debar di dada.Nun jauh di lautan sana,terdapat rahsia yang diidamidamkan kawan dan lawan. Tabut rahsia telah ghaib dari pandangan.Kisah seorang tua dengan cucunya,gadis aneh yang menjaga peti-

peti misteri di dalam gua lenyap dalam kabus pagi. Semua ini ibarat 'puzzles' yang bila anda mampu mencantumkannya dengan sempurna,anda akan melihat 'sesuatu' di sana. Semua rahsia jika anda sanggup menjejaknya lebih jauh ke masa silam,anda akan bertemu dengan mitos puak-puak Lemuria.Beribu-ribu tahun dahulu,sebelum pembinaan piramid di Mesir Purba,suku-suku Lemur mula bertebaran ke timur dan barat dari Lautan Pasifik selepas kenaikan aras laut

menenggelamkan peradaban mereka.Di antara suku Lemur tersebut,terdapat satu puak yang menduduki kelas pemerintahan Lemuria.Puak-puak ini menghasilkan garis keturunan aristokrat yang memerintah Lemuria berabad lamanya. Di dalam plat emas yang bertulisan Ibrani Kuno yang kemudiannya dijadikan objek ritual oleh kelompok Church of Mormon,tertulis nama puak pemerintah itu...

"Ma-la"

Alter Terahsia Bangsa Melayu Version 3.5 "The House of Bani Jawi"

COMPLETED.

********************************* **

Next...

Temubual Bersama Srikandi

Temubual Bersama Srikandi

Temubual Bersama Srikandi

Lokasi:Universiti Islam Antarabangsa Masa:10.43 a.m

Kelas pemerintahan,hegemoni perdagangan dan prestij kebudayaan adalah tiga faktor penguasaan bangsa Melayu kepada budaya elit Austronesia.Berasal dari satu peradaban yang tenggelam di Lautan Pasifik,kebudayaan dari peradaban ini

menyebar ke Tanah Besar China,ke benua Amerika dan sudah pasti ke Asia Tenggara. Sempena berakhirnya siri Alter Terahsia Bangsa Melayu v3.5 "The House of Bani Jawi",pihak MistisFiles telah mengambil inisiatif untuk menemubual moderator siri ini,Srikandi yang merupakan pelajar dan juga pensyarah sambilan di sebuah universiti tempatan.Masih muda dan memiliki stamina yang luarbiasa dalam mempertahankan sejarah Melayu,beliau banyak menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan mini milik keluarganya jika tidak ke kuliah.Di dalam perpustakaan mini inilah beliau banyak menemui kenyataan yang mengejutkan tentang dinasti-dinasti purba Melayu pada masa silam.

Temubual ini banyak berkisar tentang persoalan ATBM v3.5 semenjak dilancarkan Disember tahun lalu di MistisFiles.Kami juga menimbulkan beberapa soalan provokasi tentang pemikiran dan fikrah Srikandi dalam bidang sejarah.Menariknya,dalam temubual kali ini,Srikandi mengambil kesempatan memohon maaf.Untuk apa?Ini dan banyak lagi di dalam temubual antara paling kontroversi di MistisFiles. Berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa yang mengasyikkan,kami bawakan khas kepada anda Temubual Bersama Srikandi.Hayatilah sejarah anda sebelum anda disejarahkan.

-M.O

S:MistisFiles

J:Srikandi

S:Boleh kita mulakan? J:Dengan penuh rasa besar hati... S:Ramai yang tidak berpuas hati

mengapa Cik Seri tidak banyak mengupas tentang Raja Matahari.Saudari ada menyentuh tentangnya dalam "The Chronicles of Matahari" namun persoalan tentangnya terhenti begitu saja.Boleh beri ulasan? J:Belum sampai masanya.Persoalan The King of Matahari adalah amat kompleks dan kita hanya tahu mengenainya berdasarkan cerita yang dipahat dalam tulisan hiroglif Mesir Purba tembok dan dinding makam.Di dalam A Phoenician Alphabet On Sumatra,Schroeder telah menemui kaitan skrip-skrip di Sumatera seperti Batak dan Rejang yang mempunyai kaitan dengan skrip Phoenicia.Pada tahun 1961,Universiti Kebangsaan Australia telah menghantar seorang ahli antropologi ke

Sumatera.Pakar antropologi itu,M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa tahun di antara masyarakat Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan mengumpulkan cerita rakyat dan kosakata bahasa Melayu Rejang.Pada ketika itu (1961) masih ada penduduk di sana yang menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini,masih ada orang menggunakan skrip Jawi) terutamanya orang tua-tua dan pedalaman.Beliau telah menterjemahkan skrip ini dari tulisantulisan pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam buku yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Australia.Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter Rencong yang ada persamaan dengan huruf Phoenicia.

Charles Jones telah menggabungkan kerja-kerja M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve mengenai cerita rakyat Melayu di Sumatera dan skrip mereka dan mendapati bukan sahaja Phoenicia malah satu tamadun lain yang juga muncul dalam budaya mereka.Ini adalah Mesir Purba yang juga memiliki beberapa persamaan dalam perkataan Bahasa Melayu.Salah satu perkara yang memeningkan beliau ialah perkataan 'Matahari' adalah sepadan dengan transliterasi perkataan 'Maatheru'.Sejak Heru (Horus) adalah salah satu dewa utama Mesir Purba,maka sudah tepat mengapa Punt digelar 'Tanah Para Dewa'.Heru adalah 'Sun-God' dan ini punya kaitan yang teramat rapat dengan 'Matahari'.

Kajian telah dijalankan di Luxor dan di sana mereka menemui koleksi tulisan tentang Horus,sebelum dia menjadi raja dan mendapat kuasa sebagai dewa.Legenda itu menyebutkan tentang sebuah kepulauan yang berada 'di bawah bayangan matahari' sepanjang masa. S:Ini sesuatu yang menarik.Siapakah Horus sebelum berkuasa menjadi raja? J:Itulah yang saya beritahu ada tentangnya.Kita sebenarnya mempunyai hubungan dengan Mesir Purba pada masa silam.Siapakah Horus?Namanya dalam bahasa Mesir Purba ialah Heru (Horus ialah sebutan Greek) dan dalam legenda raja ini,dia telah berjaya mengalahkan musuh-musuhnya dalam satu

peperangan,kemudian dia mendapat kuasa penyembuhan dari kesakitan yang dialaminya. S: ...dan kepulauan yang berada 'di bawah bayangan matahari' sepanjang masa? J:Saya tinggalkan jawapannya kepada anda. S:Apakah kaitan Raja Matahari dan Raja Perahu?Yang mana muncul dahulu? J:Raja Matahari wujud beratus-ratus tahun sebelum kemunculan Raja Perahu.Raja Perahu menerima delegasi dari Hatshepsut kira-kira 2000 tahun Sebelum Masehi yang silam,dan kunjungan Hatshepsut itu dilihat

bagaikan 'pay homage' kepada tanah nenek moyang.Ini berpunca dari raja-raja terawal dinasti Mesir Purba yang kemudiannya menjadi legenda dan disembah sebagai dewa. S:Raja-raja Mesir Purba berasal dari kelompok Austronesia? J:Ada rahsia tertentu di sana yang mengungkapkan cara hidup pemerintah yang berlainan dari rakyat biasa.Juga bahasa dan kepercayaan.Saya tidak boleh menghuraikan lebih lanjut di sini. S:Boleh terangkan sedikit tentang bahasa? J:Kajian Charles Jones mendapati persamaan yang amat ketara dalam

bahasa Mesir Purba dengan bahasa Melayu.Perkataan 'mata' (eye) menjadi 'maat' begitu juga 'hawa' (breath) menjadi 'haw'.Perkataan-perkataan ini adalah asli bahasa Melayu dan bukan cedukan dari Sanskrit.Charles Jones telah menyenaraikan lebih 50 perkataan bahasa Melayu yang punya kaitan dengan bahasa Mesir Purba.Apa yang boleh saya simpulkan di sini kemungkinan besar apa yang terjadi di Mesir Purba pada masa dahulu sama seperti yang berlaku di Madagaskar di mana golongan pemerintahnya iaitu dari bangsa Merina adalah berlainan bahasa dan cara hidup berbanding suku-suku Afrika yang lain.Kita tahu bahawa Merina berasal dari MalayuPolinesia.Rumah tradisional mereka menyerupai rumah orang Melayu

terutama salah satu makam diraja Merina yang menyerupai rumah orang Minang di Padang. S:Saya masih tidak puas hati dengan perkataan 'Matahari'.Cuba jelaskan lagi rahsia di sebaliknya.Apakah kaitan dengan Horus atau Heru? J:Matahari bermaksud 'sun' dalam Bahasa Inggeris.Menariknya perkataan ini mempunyai sub-perkataan iaitu 'mata' yang mempunyai erti 'eye'.'Hari' pula bermaksud 'day'.Jadi jika kita ambil pendekatan ini,ia bermaksud 'mata kepada hari'. Menariknya di dalam koleksi hiroglif yang dijumpai di makam-makam firaun dan kemudiannya dikumpulkan menjadi

naskah The Egyptian Book of Dead,ditemui konsep 'maatheru'.'Maatheru' bermaksud 'Eye of Horus'.Sejak diketahui Horus adalah 'Sun-God' maka kita mempunyai persoalan yang misteri tentang 'matahari'.Adakah 'hari' benar-benar bermaksud 'day' atau ada maksud lain?Namun saya telah dapat akses kepada beberapa spesimen terbaru dan tidak diterbitkan kepada umum tentang kehidupan Horus sebelum menjadi raja.Dr. Zahi Awass adalah antara mereka yang terawal akses kepada spesimen ini dan di sana terdapat perdebatan hangat tentang asal-usul Horus. S:Beritahu sedikit tentang kehidupan Horus sebelum menjadi raja.

J:Saya hanya boleh beritahu sedikit daripadanya... S:Mengapa?Beritahu kesemuanya.Sudah tentu peminat-peminat anda dan pembaca setia MistisFiles di luar sana ingin tahu. J:No,this is top secret.I was instructed not to talk too much about this topic. S:Who instructed you? J:A guy from Kementerian.Shortly after I arrived in Malaysia for my studies at Phnom Penh,this guy...

(Perbualan seterusnya dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu)

J: ....relate to what I got from United Nation's Theosophy.They have been write about the master race and their civilization.Saya telah beritahu anda tentang ini lama dahulu.Kini kajian antropologi dan arkeologi telah menumpu di Asia Tenggara,dan penemuan demi penemuan yang menghairankan tentang peradaban di sini yang lebih tua dari yang didapati di Mesopotamia.Ban Chiang di Thailand contohnya adalah antara bukti yang ditemui.Pada masa yang sama,penemuan demi penemuan dijangka akan di dapati dari tapak arkeologi Sungai Batu dan di Lembah Bujang keseluruhannya.Ini baru usaha 'pemalas' yang hanya bertumpu di Lembah Bujang yang sebelumnya

diusahakan oleh orang lain.Jika semua usaha 'pemalas' ini meneroka hutan rimba di Pahang dan pedalaman Perak sebagai contoh,saya pasti mereka akan berjumpa dengan pelbagai peradaban silam yang menakjubkan. S:(Penyoal mula memprovokasi) Apa yang ada di sini,selain batu-batu retak dan runtuhan candi yang tidak menarik?Malaysia penuh dengan hutan rimba,pacat dan lintah-lintah. J:Anda salah. (Srikandi merenung dengan pandangan yang penuh misteri) Sebenarnya pakar sejarah dan arkeologi lebih terkesan dengan tapak-tapak

arkeologi yang mampu mengungkapkan tamadun pra-sejarah.Monumenmonumen batu yang megah dan kotakota purba hanya untuk industri pelancongan dan menarik minat orang ramai sahaja.Tetapi lebih menakjubkan jika kita dapat menjumpai tamadun nenek moyang orang yang membina monumen-monumen megah tadi.Ya,saya setuju jika tamadun pra-sejarah itu masih mampu mengekalkan sebahagian monumennya itu sudah tentu ia seribu lebih baik dari Angkor Wat atau Piramid Giza.Tetapi kita semua maklum peredaran masa yang begitu panjang menghauskan monumen-monumen mereka. Puing-puing pra-sejarah sebenarnya lebih berharga dari Colosseum atau Tembok

Besar China.Itu dari segi pemahaman ahli arkeologi.Sebab dari sini kita tahu pergerakan awal manusia dan membantu menerangkan asal-usul manusia.Anda tahu,di Jepun masih diperdebatkan asalusul bangsa Jepun,adakah dari rumpun Austronesia atau SinoTibetan.Kiyomizu-dera atau Himeji Castle tidak mampu menjawab persoalan ini walaupun dibina begitu megah.Tetapi di sana ada kelompok sarjana yang berpagang bahawa asal-usul pribumi Jepun adalah suku-suku Austronesia. Signifikannya ialah,cuba kita bayangkan,walaupun Malaysia tidak memiliki binaan-binaan atau monumen megah yang besar dan kukuh,tanahair kita ini penuh dengan tapak-tapak arkeologi pra-sejarah yang

mengagumkan,tersembunyi dan terahsia dari masyarakat dunia.Tanahair kita ini adalah transit pergerakan manusia sejak zaman-berzaman.Malaysia kaya dengan semua ini namun apa yang menyedihkan,tenaga manusia dalam bidang berkaitan amat sedikit.Yang ada pun bermalas-malasan makan gaji buta sahaja.Saya tidak kata semua,tetapi kita boleh agak dari hasilnya yang kita dapati pada hari ini. S:Saya masih tidak nampak kepentingannya.Ramai orang masih bermegah-megah dengan Tembok Besar China dan Piramid Giza. J:(Sambil tersenyum hambar) Dari mana mereka mendakwa bahawa terdapat tamadun tertua Mesopotamia di lembah

antara Furat dan Tigris?Adakah anda nampak piramid besar atau ziggurat di sana?Atau anda nampak Tembok Besar di sana?Tetapi kita tahu bahawa Sumeria cukup popular sebagai rujukan kepada tamadun tertua manusia.Sarjana tidak merujuk kepada Tamadun China atau Mesir Purba.BERCAKAP TENTANG SEJARAH,KITA BERSAING DARI SEGI USIA.Bukan bangunan-bangunan batu.Kita tidak menemui kota purba yang penuh dengan bangunan-bangunan berukiran di Sungai Batu,tetapi sebuah pisau pemotong yang dijumpai di sana cukup untuk membuktikan bahawa tamadun di sana adalah yang tertua di Asia Tenggara.Penemuan loji-loji yang menunjukkan industri pemprosesan besi telah ada di Lembah Bujang seawal kurun pertama Masehi adalah sesuatu

yang 'rare' dalam koleksi penemuan tamadun dunia.Jangan terkejut,kini para sejarahwan telah beralih ke Asia Tenggara sebagai salah satu pusat permulaan tamadun manusia.Dahulu khalayak akademik sudah menjumpai beberapa bukti bahawa kesan-kesan tamadun di Asia Tenggara adalah lebih tua usianya dari Tamadun Yantze-Kiang di China.Kemudian kita menemui kesimpulan bahawa tamadun di China mengadaptasi teknologi dari Asia Tenggara. Cuba bayangkan,apabila bercakap tentang asal-usul tamadun manusia,semua jari akan menuding ke Malaysia.Ketika ini Piramid Giza,Tembok Besar China apatah lagi Menara Eiffel bagaikan habuk-habuk di

kaki lima. S:Mengagumkan!Baru saya sedar kepentingannya.Sejarah amat penting untuk meningkatkan prestij sesuatu bangsa atau negara.Tidak hairanlah negara-negara luar sanggup menghabiskan berjuta dolar untuk mengkaji dan menggali kembali sejarah negara mereka. J:Bukan sahaja berjuta dolar untuk menggali sejarah malah BERJUTA DOLAR UNTUK MENCIPTA SEJARAH. S:Bagaimana itu? J:Sejarah yang direka-reka.Contoh yang terbaik ialah apa yang diusahakan oleh

Thailand.Kita tahu bahawa sejarah bangsa Thai di Asia Tenggara hanya bermula pada abad ke-11 Masehi.Kemudian mereka mendapat identiti melalui cedukan dari Khmer dan Melayu Segenting Kra.Jika anda mahu melihat kebudayaan asal Thai anda boleh melihat suku Shan,Hmong atau Zhuang di China.Mereka adalah suku Tai yang tidak berhijrah ke Indochina semasa peperangan atau tekanan dari emperium China dan Monggol.Kini Thailand mencipta pelbagai medium sejarah yang direka-reka dari membina sendiri Batu Bersurat Ramakhamheang sehinggalah menerbitkan filem-filem propaganda sejarah.Replika Angkor Wat diletakkan di kawasan Grand Place di Bangkok dan jangan terkejut jika mereka mendakwa Angkor Wat sebenarnya dibina oleh

orang Thai dengan orang Khmer dijadikan hamba abdi mengangkut batubatu gunung.Sudah tentu orang Khmer teramat marah apabila mendengar tentang ini.Dan yang kita tidak sedari selama ini ialah China.Saya sudah beritahu anda sebelum ini,bahawa tamadun pra-sejarah kini adalah teramat penting lebih penting dari Tembok Besar China,maka kerajaan Komunis China berusaha mengupah pelbagai pakar seni dan sejarah untuk mencipta kesan-kesan tamadun terawal manusia di China.Kita sudah maklum tentang percubaan Filipina untuk mencipta kaum Tasaday yang dikatakan masih mengamalkan hidup primitif tanpa sebarang pengaruh moden sejak beribu-ribu tahun.Akhirnya percubaan Filipina itu gagal apabila salah seorang penyelidik terserempak dengan

salah seorang lelaki dari kaum Tasaday tadi di tengah bandar dengan memakai tshirt! Semua ini untuk mendapatkan pengiktirafan dunia bahawa merekalah kaum terawal bertamadun di dunia.Sebab itu kini mereka ingin merampas Malaysia dari tangan orang-orang Melayu;selain dari kedudukannya yang strategik di laluan perdagangan antarabangsa dan hasil bumi yang melimpah ruah,adalah kekayaan bukti-bukti pra-sejarahnya yang masih belum digali.Namun kita tahu bahawa beberapa sarjana mengingatkan dunia tentang rahsia kita yang belum disingkap.Antaranya ialah Oppeinhemer dan Aryso Santos.Itu yang mendapat hebahan media.Saya telah membaca berpuluh-puluh artikel tentang

kaitan Austronesia dengan petunjukpetunjuk mengenai Atlantis dan Lemuria.Apatah lagi yang ditulis oleh kelompok-kelompok New Age Religion yang menuding jari ke arah kawasan Malaysia-Indonesia sebagai asal-usul 'master race' dari 'Mu' yang dikatakan benua tempat tinggal 'gods'. S:Sangat mengujakan!Saya perasan semacam ada perkaitan dengan Punt sebagai 'The Land of Gods',bukankah begitu Cik Seri? J:Semua ini adalah sebahagian dari epik yang ditemui di satu lokasi di Luxor dan Lembah Raja-raja.Dan kita tahu bahawa agama Kabbalah berasal dari mistik agama misteri Mesir Purba.'Maatheru' adalah sembahan kaum Kabbalis dan

kultus-kultus gelap Yahudi.Secara tidak langsung,mereka menyembah 'Matahari',nama seorang raja dari 'kepulauan di bawah bayang mentari'.'Maat' adalah salah satu 'chant' atau seruan suci dalam satu ritual Kabbalah. S:Di sini saya semakin keliru dengan apa yang Cik Seri cuba sampaikan.Apakah motif anda berkata demikian? J:Saya terpaksa mempelajari sebahagian ritual Kabbalah,Mormon dan kultus sihir Merovingian untuk menggali dari mana asal-usul kepercayaan tentang 'Eye of Horus' ini.Ya,sudah pasti dari Mesir Purba namun saya cuba mengkaji kemungkinan dari sumber lain.Oklah,apa yang sebenarnya saya cuba maksudkan

bahawa,tradisi kepercayaan sesuatu kelompok biasanya didasarkan kepada satu warisan turun-temurun yang cukup lama.Ini lebih berharga dari sekadar epik atau kesusasteraan,kerana tradisi turuntemurun ini berubah menjadi satu kepercayaan agama.Seperti yang kita tahu,Horus adalah salah satu dewa yang tertua dalam kepercayaan Mesir Purba. Katakuncinya ialah tradisi turuntemurun.Siapakah Matahari? S:Ya,siapakah Matahari?? J:Perhatikan bagaimana kaum-kaum Austronesia menggunakan panduan bintang-bintang di langit semasa pelayaran di waktu malam.Bangsa Melayu sebenarnya adalah pakar dalam

astronomi pada masa silam.Bangsa yang pakar dalam astronomi adalah mereka yang terlibat dalam pelayaran.Siapakah yang membina Stonehenge?Suku Celtic atau Druid kata 'pop culture' namun saya setuju dengan pendapat tentang bangsa Norsemen.Sejak pakar menemui bahawa Stonehenge dibina berdasarkan perubahan musim dan pergerakan jasad di langit,maka kita sudah mampu mencantumkan sedikit misteri di sini.Anda tentu sudah tahu tentang bangsa Viking yang menjadi asas bangsa-bangsa Eropah.Kaji sejarah Eropah dan anda akan jumpa betapa Norsemen dan Viking selalu menyerang suku Celtic dan Germanic di pesisir pantai Eropah.Mereka membawa pengetahuan astronomi mereka dan seni pembuatan kapal kepada suku darat

Eropah. Beginilah bangsa Melayu menyebarkan gagasan Austronesianya kepada rantau Asia-Pasifik. Satu lagi fakta menarik,Angkor Wat yang dibina oleh Suryavarman II yang merupakan saudara mara kerabat Sriwijaya di Kemboja adalah dibina berdasarkan kedudukan bintangbintang,sama seperti Piramid Mesir. S:Saya semakin kurang jelas terhadap sejarah bangsa Melayu.Sampai di sini saya merasakan seolah-olah apa yang saya pelajari di sekolah dahulu hanya 1 peratus dari semua bahan-bahan yang ditampilkan oleh Cik Seri?

J:(Srikandi tersenyum) Sebabnya sejarah bangsa Melayu kebanyakannya ditulis oleh raja dan kerabat diraja.Apabila berlaku peperangan,sebahagian besar khazanah ini musnah atau hilang.Rakyat marhaen biasanya tidak menyimpan bahan-bahan kesusasteraan ini.Mereka sebagai contoh,para petani hanya menumpukan soal kehidupan mereka sahaja.Golongan terpelajar biasanya bekerja di istana dan kadangkala menjadi kerabat diraja.Pemuda yang pandai bersajak atau pujangga akan cepat-cepat dilamar oleh raja untuk menjadi penghibur atau pengarang.Gadis jelita yang pandai menari biasanya cepat-cepat dilamar raja untuk dijadikan dayang atau penari istana.Jadi kesenian dan kesusasteraan hanya berlegar-legar di istana.Apabila berlaku peperangan,maka

hanya sebahagian hasil kesusasteraan ini sahaja yang mampu diselamatkan.Contohnya Hikayat Merong Mahawangsa dari tentera-tentera Thai dan bahan-bahan sastera sejarah yang kemudiannya dijilidkan menjadi Sulalatus Salatin dari pencerobohan Portugis. S:Jika begitu bagaimana saudari tahu sisi gelap yang tidak mampu diketahui sejarah Melayu kontemporari kini yang mengagung-agungkan sejarah Melaka sahaja?Bagaimana saudari tahu dinasti raja-raja Melayu yang langsung tidak pernah saya dan ayah saya apatah lagi anak mahupun cucu saya dengar sepanjang hidup kami? (Srikandi menghela nafas panjang sambil

melemparkan pandangannya ke arah puncak gunung)

J:Dari mana?Dari khazanah raja-raja Melayu yang disimpan oleh pelbagai bangsa seluruh dunia.Sebagai contoh,salasilah 'Maulimalaraja' disimpan oleh arkib Kemboja.Saya juga menyimpan salasilah dinasti Sriwijayamala sebelum Dapunta Hiyang Jayanasa.Anda tahu dari mana saya mendapatinya? S:Dari mana? J:Seorang sami tua di sebuah wat Buddha di Ranong,Thailand.Salasilah itu ditulis dalam bentuk puisi dalam skrip Khmer Kuno dan dibaca sebagai satu

mantera.Sami itu menyimpannya sejak turun-temurun dari warisan keturunannya.Sebab itu saya katakan,menjejak sejarah Melayu amat sukar dan mencabar.Saya bagaikan Lara Croft dalam permainan Tomb Raider apabila ke Indochina tahun lepas menjejak dinasti-dinasti purba Melayu (Srikandi ketawa sehingga menampakkan barisan putih giginya) S:Saya faham sekarang bahawa raja-raja Melayu adalah kunci kepada semua tekateki bangsa Melayu.Merekalah yang menyimpan rahsia bangsa Melayu.Bolehkan Cik Seri berikan ulasan lanjut tentang gelaran Maulimalaraja?Di dalam artikel 'Mahidhara Court & Ketomala Dynasty' ada menyebutkan pelbagai raja Indochina

termasuk raja Champamemakai gelaran ini,apa rahsianya? J:Maulimalaraja adalah gelaran yang bermaksud 'mahkota raja-raja Mala'.Ia dipakai seawal empayar Jawaka lagi (empayar sebelum Srivijaya-editor) dan menjadi 'cult' dalam tradisi kerajaankerajaan di Indochina yang pernah berada di bawah pemerintahan Funan,Chenla ataupun Angkor.Namun ada sedikit perbezaan sebenarnya dalam gelaran yang dipakai oleh raja Lao.Beliau memakai gelaran 'mahkota orang-orang Mala'.Dalam istilah hari ini,'mahkota raja-raja Melayu' dan 'mahkota orang-orang Melayu'.Entiti 'Mala' dan 'Malayu' adalah berkait rapat dalam tradisi Khmer.Ini menunjukkan beribu-ribu tahun dahulu,raja-raja

Melayu begitu popular di Indochina.Gelaran-gelaran mereka menjadi begitu prestij sehinggakan raja Lao membubuhkan gelaran ini untuk mengukuhkan kiriman mesej beliau kepada raja Kemboja.Raja Lao sedar bahawa orang Mala adalah kaum tertua di Indochina dan mempunyai prestij sebagai 'ruling-class' yang terunggul.Beliau juga sedar hubungan Malayu dengan kerabat diraja Khmer.Jadi untuk membuatkan raja Kemboja terkesan dengan mesej darinya,amat perlu membubuhkan nama 'mahkota orang-orang Malayu' itu. S:Mengapa terjadi begitu sekali?Maksud saya dari mana raja Lao belajar tentang gelaran diraja ini?

J:Orang Lao adalah etnik Tai yang pertama sekali sampai ke lembah Mekong,jauh sebelum ketibaan orang Thai.Ketika mereka sampai ke Indochina,mereka bertemu dengan kerajaan-kerajaan Melayu purba yang disebut sebagai 'Malayang' dalam teksteks kuno Khmer juga terpahat pada batu bersurat mereka.Saya berpandangan bahawa orang Lao ketika itu tahu untuk 'pay respect' kepada kedaulatan raja-raja Melayu,sebagai pemilik asal Indochina. S:Sungguh misteri sejarah kerajaan Melayu di Indochina pada masa dahulu,bagaimana dengan persoalan Sri Dharmaraja?Dalam artikel 'Maulimalaraja & Sri Dharmaraja' ada disebutkan 12 wilayah 'Naksat Pi'.Dari mana datangnya simbol-simbol haiwan

ini? J:Pada masa silam,rakyat Kedah Tua menggunakan satu takwim untuk meramalkan ketibaan musim menuai padi.Mereka menggunakan simbolsimbol haiwan untuk menamakan bulanbulan,tidak ubah seperti tradisi orang Cina.Takwim ini amat popular sehingga kepada suku-suku Mon dan Tai yang datang kemudian.Kemudian orang Mon menamakan bulan-bulan ini dalam takwim itu mengikut bahasa mereka.Kita dapat mengesannya kerana wujud perkataan 'Merong' itu.'Merong' bermaksud naga.Pernah dengar Hikayat Merong Mahawangsa?Apabila kerajaan Kedah Tua runtuh,dan orang Melayu mengalami peralihan ke zaman klasik dan beramai-ramai memeluk

Islam,pengarang mereka ketika itu mengumpulkan kembali kesusasteraan purba mereka.Yang masih menyimpannya ialah orang-orang Mon atau orang Melayu yang masih berketurunan Mon yang mengingati cerita tersebut.Maka terbitlah Hikayat Merong Mahawangsa dalam tulisan Jawi dan berbahasa Melayu Klasik,namun mengekalkan nama 'Merong' yang bermaksud naga dalam bahasa Mon.Orang Thai tidak menyebut naga sebagai 'merong',mereka menyebutnya 'mangkorn/mang-gon'. S:Siapakah sebenarnya di sebalik Sri Dharmaraja?Adakah orang-orang Mon? J:Sudah tentu salah.Raja-raja Sri Dharmaraja berketurunan Melayu dan

mereka ada hubungan dengan kerabat diraja Angkor.Kerajaan orang Mon ialah Dvaravati,Haripunjaya,Lavo dan Thaton sekadar menyebutkan beberapa nama.Sri Dharmaraja ialah nama baru kepada Tambralingga,sebuah kerajaan city-states Melayu purba yang sezaman dengan Gangga Negara,Kedah Tua dan Langkasuka.Ketika raja Chandrabhanu menyerang Sri Lanka,riwayat Sri Lanka,Mahavamsa mengenalnya sebagai 'The king of Jawaka from Tambralingga'.Jawaka merujuk kepada orang-orang berketurunan Austronesia di kawasan Malaysia-Indonesia kini,bukan Mon.Dan kita tahu bahawa orang Mon bukan 'seafarers nation'.Mereka adalah kaum agraria.Mereka tidak akan mampu menghantar armada ke tengah-tengah lautan ganas.

S:Bagaimana dengan dakwaan Blogsejarahnagarakedah tentang Merong dan kerajaan Siam Islam?Ada ulasan? J:Saya sudah bosan dengan mereka sebenarnya kini.Kelompok manusia yang tiada identiti dan tercari-cari identiti.Sungguh menyedihkan,bahawa mengingatkan orang Thai telah berjaya mengukuhkan identiti mereka dengan merompak identiti Melayu Ligor dan Khmer pada masa silam,tiba-tiba mereka ini pula yang sebahagiannya berketurunan Sultan Ligor tercari-tercari identiti mereka kembali dengan mengemis sejarah orang Mon,Thai dan semestinya Melayu.Tambah menyedihkan,ada bahagian-bahagian dari dakwaan mereka itu yang mengaku

berasal dari Cina. Ada sebahagian dari mereka sememangnya berketurunan Sultan Ligor.Ada sebahagian dari mereka adalah berketurunan orang Mon dan Thai yang menjadi hamba pengikut Sultan Ligor tadi.Yang berlebih-lebihan sekarang,memakihamun dan mereka-reka cerita karut adalah yang berketurunan orang Mon atau Thai yang menjadi hamba sahaya Sultan Ligor Syariff Abu Bakar Syah,yang mengikut keluarga Sultan yang lari dari penguasaan dinasti baru Chakri selepas runtuhnya Ayutthaya. Saya ingin berpesan kepada mereka yang berdarah raja tulen dari raja Melayu Sri Dharmaraja (Ligor),jangan terperangkap

dengan permainan mereka yang bukan berdarah raja.Mereka mahu gunakan nama Sultan Ligor sebagai cara untuk merompak sejarah Melayu dan kalau boleh memerintah Malaysia menggunakan nama Sultan Ligor.Sungguh aneh sikap tamak dan materialistik mereka. S:Saya mendapati Sri Dharmaraja ini adalah 'key' kepada banyak kejadian di Indochina,contohnya serangan seorang raja bernama Sujita ke atas kerajaan orang Mon di Lavo merupakan raja Melayu dari Sri Dharmaraja. J:Ya,saya telah menerangkannya di dalam 'Petunjuk Tersembunyi Di dalam Chiang Mai Chronicles' bahawa ada tertulis dalam Jinakalamali,teks

berbahasa Pali yang mengandungi riwayat orang Mon,mengenai dua orang raja,Atrasataka dari Haripunjaya dan Ucchittachakravatti dari Lavo.Keduaduanya raja Mon.Apabila mereka siap sedia untuk berperang,tiba-tiba datang berita bahawa satu angkatan tentera yang besar tiba dari selatan,tepatnya dari Sri Dharmaraja.Itu adalah Sujita,yang dikenal oleh orang Mon sebagai 'Malaraja'.Kedua raja Mon itu melarikan diri ke utara.Lavopuri kemudiannya menjadi milik Sujita.Lavopuri adalah nama lama bagi Lopburi;melalui lidah orang Thai,kini terletak di Thailand.Perhatikan pada peta Thailand,Lopburi jauh terletak di tengah Thailand.Sebab itu saya tidak hairan dengan kerajaan Melayu Champa yang berkedudukan di pantai timur

Indochina,sebab pada masa silam,raja Melayu dari Segenting Kra boleh menyerang kerajaan Mon di tengah Thailand sesuka hati. S:Bagaimana dengan dua dinasti ini,Sriwijayamala dan Sailendra?Benarkah keluarga Sailendra yang menubuhkan kerajaan Medang atau Mataram Kuno di Jawa?Jika Sailendra menubuhkan kerajaan di Jawa dan dikatakan membawa kebudayaan Melayu ke pulau itu,bagaimana dengan Sriwijayamala?Dapunta Hiyang Jayanasa datang dari Sriwijayamala,bukankah begitu? J:Tiada bantahan tentang kerajaan Medang.Semuanya telah disahkan kerana kewujudan prasasti-prasasti di

Indonesia.Mujur keluarga Sailendra menuliskan prasasti dalam bahasa mereka,Melayu Kuno,kerana nama dinasti mereka begitu besar sehingga membayangi Funan dan sejauh India.Jika tidak sudah tentu pelbagai bangsa yang tidak ada kena mengena dengan keluarga pemerintah Asia Tenggara ini akan menuntut nama keluarga ini berasal dari bangsa mereka.Balaputradewa,seorang raja Sailendra mengarahkan para pekerja di Universiti Nalanda mengukirkan namanya dan nama dinastinya pada plat tembaga dengan mohor khas Universiti Nalanda,kemudian dipamerkan di universiti purba itu sebagai memorial.Sudah tentu ini menimbulkan sensasi kerana tiada seorang raja India pun yang mampu memahatkan prasasti di Asia Tenggara,kecuali para pedagang

sebagaimana Prasasti Buddhagupta,itupun kerana pemahatnya bersyukur kerana selamat dalam perjalanannya.Sriwijayamala adalah dinasti purba yang berasal dari pantai timur Malaysia.Di sini kita lihat hubungan Patani dengan Kelantan.Di sebelah pantai barat Malaysia pula ialah dinasti Mahawangsa dari Kedah Tua dan Langkasuka.Kedua-duanya memiliki sejarah raja-raja yang panjang dan tua.Yup,Jayanasa ialah Melayu Semenanjung. S:Saya sudah nampak kepentingan semua prasasti-prasasti itu.Ia adalah bukti konkrit kewujudan dinasti-dinasti Melayu ini sebagai 'ruling class' Asia Tenggara.Apakah lagi signifikannya semua prasasti atau batu bersurat ini

dalam membuktikan sejarah Melayu? J:Prasasti-prasasti ini menunjukkan tamadun dan prestij.Nama-nama dinasti pemerintah Asia Tenggara memahatkan prasasti dalam bahasa Melayu Kuno menunjukkan ketamadunan Melayu itu sendiri berada pada tahap yang disegani.Sailendra dan Srivijaya adalah dua nama yang harum ke seluruh dunia,dihormati oleh kawan dan lawan.Jika raja Srivijaya itu orang Bugis contohnya,sudah tentu beliau akan memahatkan batu bersurat dalam bahasanya atau separuh Sanskrit,separuh Bugis.Tetapi tiada prasasti Srivijaya setakat ini dalam bahasa Bugis atau Bugis campur-campur Sanskrit.Apatah lagi dalam bahasa lain seperti Siam Kedah mahupun Tausug,sekadar

menyebutkan contoh.Emperor-emperor maritim Srivijaya memahatkan bahasa Melayu pada prasasti!Ini sudah cukup membuktikan siapa sebenarnya Srivijaya dan carilah mana-mana ensiklopedia seluruh dunia,semuanya setuju bahawa empayar ini dikuasakan oleh orang Melayu.Sebab itu sekarang masih muncul kesultanan Melayu yang kuat dan berdaulat seperti Brunei dan gabungan negeri-negeri Melayu menjadi satu negara berdaulat bernama Malaysia.Sebab aura 'ruling class' Melayu itu masih kuat.Mereka adalah bangsa yang pernah menjadi 'ruling class' Asia Tenggara dan memang layak mereka bertahan atas nama satu negara dan masih mempunyai kerajaan pada hari ini.

S:Nampaknya ada orang tertentu yang masih tidak berpuas hati,mempersoalkan prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno ini.Apa pendapat Cik Seri? J:(Srikandi ketawa kecil) Sudah tentulah orang itu tidak berpuas hati kerana realiti pahit yang terpaksa diterimanya.Para sarjana lingustik dan bahasa semuanya sepakat tentang bentuk bahasa Melayu Kuno,mengapa 'budak-budak hingusan' seperti dia boleh mempersoalkannya?Ini tidak relevan dan kita boleh abaikan dia.Contohnya dalam kes penguasaan atau 'realm' empayar Melayu ke atas Kepulauan Filipina,ada yang membantah.Bila saya ajukan bukti konkrit kepadanya,bukan bukti cakapcakap mulut atau cerita-ceriti penglipurlara,wah...bukan main marah

dia dengan realiti pahit yang sukar untuk diterima. S:Apa bukti konkrit itu? J:Laguna Copperplate Inscription.Ini adalah satu-satunya inskripsi tertua di Kepulauan Filipina sehingga ke Laut Sulu.Apa bahasa yang dipakai?Tausug,Bugis?Sudah tentu tidak.Bahasa dalam prasasti tembaga ini ditulis dalam bahasa Melayu Kuno sebagai bahasa utama atau teras,bercampur dengan istilah Jawa Kuno dan istilah-istilah lain yang dikenal sebagai Tagalog Kuno serta perkataan Sanskrit.Ahli linguistik tahu ia bahasa Melayu Kuno kerana menggunakan susunan tatabahasa Melayu.Nah!Inilah bukti konkrit 'realm' kerajaan Melayu

setepatnya Kerajaan Medang yang dikuasai dinasti Melayu Sailendra di bawah 'maritime federation' yang diperintah oleh keluarga Sriwijaya. Apabila saya ajukan bukti ini,orang yang marah tadi mempersoalkan bahasa Melayu Kuno yang tidak pernah didengarnya.Bukan sahaja dia,saya pun tidak menggunakan bentuk bahasa ini dalam kehidupan seharian saya tetapi saya dan para sarjana linguistik tahu ia ADALAH BAHASA MELAYU KUNO bukannya bahasa Jerman sebagai contoh.Saya pernah membaca jurnal seorang pegawai British di Seberang Perai yang terjumpa satu batu bertulisan seperti skrip Brahmi di sebuah sungai.Kemudian beliau mengupah beberapa orang sami dari Sri Lanka dan

India untuk membaca tulisan itu.Malangnya tiada seorang dari mereka yang mampu membacanya walaupun pakar dalam bahasa Sanskrit,Pali dan Tamil.Mengapa? SEBAB BATU BERSURAT ITU DITULIS DALAM TULISAN KAWI DAN DALAM BAHASA MELAYU KUNO! Perhatikan kata-katanya: "...our Brahman and Buddhist priests here are so stupid that I have not been able to derive any assistance from them,and although I can trace some of the letters,I think,to inscription published in the Journal of Asiatic Society of Bengal,I have not ventured to attempt the

decyphering of them..." (Srikandi membacakan satu catatan jurnal Asiatic Society of Bengal,isu Julai-Disember 1848) Jika pegawai British itu mengatakan 'so stupid' kepada pakar-pakar Sanskrit bertaraf Brahmin yang gagal mendekodkan tulisan itu,maka saya juga mengatakan 'so dumb and stupid jerk' kepada 'budak hingusan' yang mempersoalkan bahasa Melayu Kuno tersebut.Jika pegawai British itu mengimport Poerbatjaraka atau Slametmuljana untuk mendekodkan tulisan itu sudah tentu kemarahannya hilang kepada para Brahmin dan sami Buddha tersebut.

S:Saya dapati adakalanya saudari agak angkuh dan mengeluarkan kata-kata kasar ketika menjawab komen atau menulis artikel,terutama dalam laman Srikandi Berceloteh... J:(Srikandi tersenyum) Saya hanya angkuh pada orang yang angkuh.Pada pembaca yang lain,saya layan dengan baik.Kita mesti tegas pada mereka yang cuba bersikap bodoh sombong dengan kenyataan sejarah Melayu.Kekurangan ilmu mereka bukan tiket untuk mereka berdegil dalam memijak-mijak realiti sejarah bangsa Melayu.Anda boleh semak bagaimana saya berdebat dengan 'nyamuk-nyamuk' ini.Mereka berdebat dengan bermodalkan kebodohan dan emosi,tetapi saya berdebat dengan hujah dan fakta-fakta.Akhirnya...seperti

biasa,saya dimakihamun dan dikutuk dengan pelbagai gelaran yang jelek kerana berjaya mematahkan hujah mereka.Saya tidak marah malah saya semakin kuat dan bangga apabila membuktikan betapa mereka belum matang dan bersikap kebudak-budakan. (Srikandi mencebikkan bibirnya) S:Apakah isinya Laguna Copperplate itu? J:Tentang pembebasan hutang emas ke atas seseorang bernama Namwaran.Berdasarkan ini kita tahu bahawa bahasa Melayu adalah antara bahasa elit Austronesia dan menjadi lingua franca pentadbiran dan perdagangan sejak awal kurun Masehi

lagi. S:Saya ingin menyentuh tentang penterjemah dari India yang diupah oleh pegawai British di Seberang Perai untuk menterjemahkan tulisan pada batu bersurat.Mengapa mereka gagal dan apa yang terjadi selanjutnya? J:Sudah tentulah gagal,sayang...(Srikandi merenung sinis) sebab bahasanya tidak pernah diketahui oleh Brahmin dan sami Buddha itu walaupun tulisannya memakai tulisan Brahmi seperti Pallava.Sebab itu gagal,gagal dan gagal.ITULAH PERBEZAAN ANTARA BAHASA SANSKRIT DENGAN BAHASA MELAYU.Jemputlah sami besar Sanskrit sedunia sekalipun,dia akan terpinga-pinga membaca tulisan yang

berbahasa Melayu Kuno.Ini samalah seperti saya paksa Orlando Bloom membaca akhbar Utusan.Saya akan persoalkan mengapa dia tidak boleh baca padahal tulisan akhbar itu pakai tulisan Roman sama dalam Bahasa Inggeris.Dia mungkin akan cuba menyebut namun sebutannya pelik dan dia sendiri tidak memahaminya.Itulah yang terjadi kepada para Brahmin itu.Itu pakar Sanskrit bertaraf Brahmin tau...bukan budakbudak sekolah yang perasan bagus. Selanjutnya dalam jurnal itu...saya ringkaskan...pegawai British itu akhirnya berjaya mengetahui isi kandungan batu itu dan ternyata ia menggunakan huruf Kawi yang biasa digunakan dalam sastera Jawa Kuno dan untuk menulis prasasti-prasasti Melayu Kuno.

S:Saya ingin bertanya tentang... J:Maafkan saya,masa tidak mengizinkan saya untuk terus ditemubual,harap boleh disingkatkan...(Srikandi memotong) S:Oh ya,saya sebenarnya ingin bertanya lebih lagi namun masa tidak mengizinkan...sebelum saya lupa,saudari sebenarnya belum menjawab soalan saya tentang kehidupan Horus sebelum menjadi raja. J:Ya kah?(Srikandi ketawa mengekek) Melayu kan mudah lupa.... Tetapi saya janji hanya beritahu sedikitkan?Ok...ia berkaitan dengan Ra...satu lagi Sun-God.Ra inilah mula-

mula digelar 'The Eye of day'.Ra ini adalah 'the Creator God' dan tahapnya sama seperti Zeus dalam mitologi Greek dan Brahman dalam agama Hindu.'Heru' sebenarnya berasal dari perkataan 'Hari' dan dari perkataan 'Matahari' dalam bahasa Melayu,Ra mendapat gelarannya. S:Sekejap!Saya tidak faham.Bukankah saudari menjelaskan tadi bahawa kajian masih tidak pasti adakah'hari' benarbenar bermaksud 'day' atau ada maksud lain?Namun dari kenyataan baru ini saudari pasti bahawa 'Hari' bermaksud 'day' bukan satu nama? J:Sebenarnya,saya sudah mencapai satu tahap kefahaman yang luas tentang siapakah Horus dan anda akan dapat rahsianya jika mengetahui gelaran yang

dipakai oleh Ra.Ini samalah jika anda tahu asal-usul raja-raja Mesir selepas Hatshepsut,mula memakai gelaran 'Prao' (Firaun).Saya hanya beritahu anda dan yang di luar sana tidak sampai 10% dari apa yang diceritakan di dalam The Black Book of Scarab.Matahari....adalah satu gelaran sebenarnya.Ia memberikan prestij kepada raja-raja Mesir dan digunakan ke atas dewa-dewa.Seperti juga 'Perahu' yang disebut 'Prao' dalam hiroglif Mesir Purba. Begitu juga dengan Maulimalaraja,yang dipakai oleh Bhavavarman I raja Chenla,Simha Jayavarman raja Champa,raja-raja Kemboja dan raja Lao.Anda nampak rahsia ini? (Srikandi merenung aneh)

S:Gelaran...semuanya berbalik kepada gelaran... J:Baca kembali ketika Horus mahu berperang dengan Set,apakah yang dilakukannya?Sebab itu saya katakan bahawa dinasti pemerintah awal Mesir Purba bukan pribumi asal Mesir.Mereka dari tempat lain. S:Dari sini? (Srikandi hanya tersenyum) J:Siapakah yang memberikan gelaran 'Matahari' atau 'Maatheru' kepada Ra? S:Ya,harap Cik Seri boleh beritahu,peminat di luar sana pasti

tertunggu-tunggu jawapan ini. (Srikandi hanya mendiamkan diri,sambil tersenyum dan membelek-belek jurnaljurnal dihadapannya;hanya membiarkan penemuramah ternanti-nanti) S:Baiklah jika saudari tidak mahu beritahu tidak mengapa.Ok,soalan terakhir.Selepas berakhirnya ATBM version 3.5,apakah rancangan saudari selepas ini? J:Saya ingin berehat sebentar.Maksud saya untuk menulis bagi MistisFiles.Tambahan pula saya mahu sambung belajar. S:Berapa lama berehat dari menulis untuk MistisFiles?

J:Mungkin 6 bulan atau setahun. S:Di mana sambung belajar?Dalam bidang yang sama? J:Tidak.Saya mahu mendalami bidang agama di utara tanah air.Saya merasakan akhir dari pencarian bangsa misteri ialah terletak kepada keistimewaan dalam agama Islam.Saya tertanyatanya,mengapa Emperor Srivijaya mengutus surat kepada Muawiyah dan Umar Abdul Aziz semata-mata mahu mempelajari agama Islam.Rahsia bangsa Melayu disimpan oleh raja-rajanya.Saya mahu tahu,apakah isi 'tabut' yang disimpan oleh mereka sejak zamanberzaman.

S:Tabut?Tabut apa? (penyoal mula memancing) J:"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east" (Srikandi membacakan petikan dari Genesis) Juga saya tinggalkan apa yang didengar oleh Daniel Kaplan,ilmuwan dari Universiti Skovde: "Some even say that Abraham had other children who went east and became the Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism"

S:Apa maksud semua ini sebenarnya? J:Saya ingin tahu apakah 'gifts' itu.Dan apa yang difikirkan oleh raja-raja Melayu Nusantara apabila terdengar kelahiran seorang nabi terakhir di Tanah Arab.Saya mahu tahu apakah isi tabut rahsia yang diwarisi raja-raja Melayu zamanberzaman,sehinggakan mereka menantinantikan nabi terakhir ini,dan mengajak bangsa Melayu memeluk Islam beramairamai secara drastik. S:Ini sesuatu yang menarik?Boleh jelaskan lebih lanjut tentang tabut itu? J:Saya kira anda sudah banyak kali bertanya selepas menyatakan "Ok,soalan terakhir"...(Srikandi tersenyum)

S:Baiklah...maafkan saya.Kata-kata terakhir,mungkin? J:Di kesempatan ini saya ingin meminta maaf pada abang Anai-anai kerana ada di antara artikel saya agak provokatif.Saya positif kepada keturunan Nai selepas menemui sejarah raja-raja Ligor dari arkib Kemboja.Saya fikir,masalah sekarang adalah sedikit kekeliruan tentang apa yang berlaku kira-kira 200 tahun dahulu di Sri Dharmaraja.Tapi saya minta jangan celarukan sejarah bangsa Melayu dengan mengatakan Melayu adalah ciptaan British,sebab saya tahu anda masih berada dalam kekeliruan.Jika anda bukan berdarah kerabat raja Ligor dan dari keturunan Mon atau Thai yang menjadi rakyat

Ligor,saya minta hentikan segala kecelaruan ini.Sejak raja-raja Ligor dirakamkan pada riwayat Khmer sebagai 'Malayu',saya tahu duduk letak perkara sebenarnya.Mungkin yang Melayunya sahaja ialah Sultan Syariff Syah dan kaum kerabatnya,manakala keturunan Siam Kedah kini hanya campuran keturunan Mon dan Thai. Kepada anak-anak Melayu,berjuang seperti saya.Jangan takut.Kita mesti kuat.Sejarah anda telah siap dipahat oleh nenek moyang pada batu-batu bersurat dan prasasti-prasasti.Jangan rasa rendah diri.Bersemangatlah!Apa yang diketahui oleh saya sukar untuk digambarkan tentang masa lalu bangsa Melayu.Cuma saya ingin berpesan gigitlah agama Islam ini dengan gigi-gigi geraham anda

sekuat-kuatnya,jangan terlepas.Kita berada di destinasi terakhir pencarian spiritual.

You might also like