You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU, JOHOR

BIJIRIN

RAHAYU BINTI OMAR SITI NUR ADNARINA BINTI MOHD THAZALI (DPLI-RBT AMBILAN DEC 2011)

Apa itu bijirin?


Perkataan bijirin dalam bahasa Inggeris; cereal berasal dari dewi bijirin Roman,Ceres.
Bijirin merupakan tanaman yang kebanyakannya merupakan jenis rumput yang ditanam untuk biji benihnya yang boleh dimakan. Bijirin ditanam dalam jumlah yang banyak diseluruh dunia melebihi dari semua jenis tanaman lain dan menghasilkan lebih banyak kalori kepada manusia.

Bijirin dalam piramid makanan

BERAS
Hasil bijian daripada tumbuhan Oryza sativa iaitu padi.

Makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk Asia, Amerika Latin dan Caribbean.
Hasil daripada 2 jenis padi: - padi sawah/ padi bendang - padi huma/ padi bukit Dimasak menjadi nasi, bubur dsb.

GANDUM
Pokok Gandum (bahasa Inggeris: wheat) tergolong dalam famili rumput merupakan tanaman bijian yang kedua terbesar selepasjagung; ketiganya adalah padi. Nama botaninya Triticum spp. Bijiran gandum merupakan makanan ruji yang digunakan bagi menghasilkan tepung.

JAGUNG

Jagung (bahasa Inggeris: maize) merupakan merupakan tumbuhan asal di sungai Balsas Lembah di Mexico selatan. Sebagai sumber karbohidrat utama di Amerika Tengah dan Selatan. Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori. Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York, USA, jagung yang dimasak sama ada dikukus, direbus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

BARLI
Barli (Hordeum vulgare) tergolong dalam keluarga rumput Poaceae. Barli merupakan tanaman bijirin yang kelima terbesar ditanam di dunia. Penghasilan barli malt merupakan kandungan utama penghasilan bir dan wiski.

Di Malaysia, bijirin yang dikenali umum sebagai "barli" sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil "air mata Nabi Ayub" dalam bahasa Inggeris (Job's Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama "barli" atau "barli mutiara Cina".
Air "barli" ini enak diminum panas atau sejuk. Ia dianggap dapat menyejukkan badan dalam kepercayaan orang Cina.

RAI
Rai (Secale cereale) merupakan sejenis tumbuhan bijirin yang ditanam sebagai bijirin dan makanan ternak.
Rai merupakan ahli dalam puak gandum (Triticeae) dan bersaudara rapat dengan barli dan gandum. Bijian rai dapat dijadikan roti rai, bir rai, sebahagian wiski, sebahagian vodka, dan makanan ternakan.

PULUT
Pulut menyerupai beras tetapi warnanya tidak berkilat Mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak, menjadikannya melekit apabila dimasak. Berbeza daripada jenis-jenis beras yang lain; mengandungi amat sedikit atau langsung tidak mengandungi sebarang amilose; mengandungi banyak amilopektin. Amilopektin menyebabkan bijirin ini bersifat lekit. Pulut boleh dimakan, baik dalam bentuk dikilang mahupun tidak, iaitu dengan brannya diasingkan atau tidak. Pulut yang dikilang berwarna putih, manakala pulut yang tidak dikilang berwarna ungu atau hitam. Pulut boleh dibuat tapai pulut, pulut kuning, pulut lepa, pulut manis.

Apakah khasiat bijirin?


Menurut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat; kanak-kanak yang memakan bijirin memiliki badan yang sihat dan normal berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil bijirin. Bijirin juga kaya dengan serat terutamnya bijirin gandum penuh. menurunkan berat badan mengawal paras kolesterol mengelak diabetes Contoh: bijirin penuh gandum ialah oat dan barli. bijirin yang telah diproses pula ialah roti, mi dan mihun. Banyak zat yang terkandung di dalamnya. Antaranya ialah vitamin, mineral, karbohidrat, lemak dan minyak serta protein. membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalankan aktiviti sepanjang hari.

Makan untuk hidup, atau hidup untuk makan?

~ Terima Kasih ~

11

You might also like