You are on page 1of 1

Yang Berusaha En Ling Kee Eng, Pengetua SMKBB, En Chang Ted Ching, PK Petang, En Jan Tusau, Pen.

PK Petang, rakan-rakan guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Pada 31 Mac 2012 yang lalu, bertempat di SK Kidurong II , telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kem. Pelajaran Malaysia peringkat bahagian Bintulu 2012. Seramai 14 orang pelajar telah mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid, tilawah Al-quran, hafazan Al-quran serta pertandingan seni khat. Sukacita dimaklumkan bahawa 2 orang pelajar kita telah berjaya mencapai kejayaan yang amat membanggakan pihak sekolah di mana mereka telah berjaya merangkul tempat kedua dan ketigadalam pertandingan seni khat lelaki dan perempuan. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar tersebut, saya dengan segala hormatnya menjemput Tuan Pengetua SMKBB En Ling Kee Eng dengan diiringi oleh ________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dijemput: BIL 1 2 NAMA Muhammad Ameer Haziq Nurain Binti Mohamad Isa TING PERTANDINGAN/PENCAPAIAN Seni Khat (Lelaki)/ Tempat ke-2 Seni Khat (Perempuan)/ Tempat ke-3

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua di atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Semoga pencapaian mereka yang cemerlang itu akan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang dan menjadi contoh yang membina kepada semua pelajar SMKBB. Yang kurang berjaya, usah menjerut rasa, cuba lagi di lain masa. Akhirkata: Hidup ini pengalaman, Pengalaman itu pengetahuan, Pengetahuan itu ilmu, Ilmu itu kehidupan, Kehidupan itu amalan, Amalan itu ibadah, Ibadah itu ketakwaan. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum wr. wb.

You might also like