You are on page 1of 6

PKU 3016 Tutorial M13 Strategi Pengajaran Bottom-Up & Top-Down

Nama Ahli Kumpulan : Anisah Binti Mokhtar Siti Noor Farhanis Binti Idris Nor Hasnaziah Binti Mohd Zaini Wan Nor Farhana Binti Megat Haron Pensyarah : Puan Khadijah Binti Amat @Kamaruddin

Strategi Pengajaran Bottom-Up


Gough (1972, 1985) -tokoh utama teori

Menyatakan individu memulakan proses membaca

apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibaca melalui suatu siri perlakuan yang berurutan. Pemprosesan bergerak secara linear, iaitu dimulai de ngan mengecam huruf,mengekodkan pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan semantik.

Strategi Pengajaran Bottom-Up


Bagi menginterpretasikan dan memahami ayat,

pembaca perlu memproses huruf, perkataan, frasa, klausa dan ayat secara berturutan bagi mendapatkan makna teks. Sangat berguna dalam usaha menghuraikan tabiat membaca bagi kebanyakan pembaca bahasa pertama dan kedua yang lemah. Lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global.

Strategi Pengajaran Top-Down


Model ini merujuk kepada pandangan oleh

Goodman (1967) yang menyatakan pembaca membawa bersama mereka pengetahuan, jangkaan, andaian dan soalan pada teks dan memberikan pemahaman yang asas berhubung dengan perbendaharaan kata. Model ini mencadangkan pemprosesan teks bermula dalam minda pembaca. pemahaman adalah asas bagi kemahiran mengekodk angrafikyang terdapat dalam teks.

Strategi Pengajaran Top-Down


Makna dibawa ke dalam teks dan bukannya berpunca

daripada cetakan teks itu. Model ini menghuraikan beberapa perkara penting sebagi panduan. Antaranya ialah : a)Model ini menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa pada teksyang dibaca. b)Menyatakan pembaca membaca teks dengan dipandu oleh makna. c)Timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagianbahagian yang akhirnya mewujudkan makna. d)Dikenali juga sebagai model Dalam ke Luar , Berpandukan Konsepatau Keseluruhan ke Bahagian

Strategi Pengajaran Top-Down


Frank Smith merumuskan terdapat beberapa ciri

yang berkaitan dengan model membaca ini iaitu a)Membaca bukan hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan b)Membaca tidak melibatkan memproses setiap huruf dan setiap kata. c)Membaca adalah proses membawa makna dalam teks dan bukannyamengeluarkan makna daripada teks bacaan

You might also like