You are on page 1of 3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

perubatan

PERUBATAN
Statistik tahun 1995 menunjukkan terdapat 4277 doktor berkhidmat di sektor awam sementara 5227 doktor berkhidmat di sektor swasta. Matlamat kerajaan pada tahun 2000, nisbah antara doktor dan penduduk ialah 1:1500, sedangkan ketika ini nisbahnya ialah 4.5:10000. Nisbah di atas jelas menunjukkan negara masih kekurangan tenaga profesional ini. Hasrat kerajaan untuk memberikan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat negara ini. Menyedari hakikat ini, kerajaan sentiasa menggalakkan para pelajar yang cemerlang melanjutkan pengajian di bidang perubatan sama ada di dalam atau di luar negara. Dalam masa yang sama, universiti-universiti tempatan sudah mengorak langkah mewujudkan kursus perubatan sama ada di peringkat ijazah pertama mahupun peringkat kepakaran. Memandangkan negara masih kekurangan doktor-doktor, terutama di kawasan luar bandar, maka siswazah perubatan tidak menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan. Dengan kata lain, bidang profesional ini merupakan bidang yang paling tinggi permintaannya, memandangkan doktor merupakan kerjaya yang paling utama dan penting di perkhidmatan kesihatan. Selain daripada berkhidmat sebagai seorang doktor pakar perubatan, peluang-peluang pekerjaan juga terdapat dalam bidang-bidang seperti penyelidikan perubatan, industri kesihatan, pentadbiran perubatan dan pensyarah universiti. Lulusan perubatan juga boleh membuka klinik persendirian atau sebagai perunding perubatan yang pasti memberi pulangan yang cukup lumayan. Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat di mana terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanya mereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempat di universiti-universiti tempatan. CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Berminat dengan profesion ini Sentiasa membantu pesakit Menguasai bidang sains dan matematik Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris Tidak takut dengan darah Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan pembedahan Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripada universiti yang di iktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 1/3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

perubatan

1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional Registration dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan di hospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon Full Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service). TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN Beberapa universiti tempatan ada menawarkan kursus perubatan di peringkat ijazah pertama. Universiti-universiti itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Terdapat beberapa kolej dan universiti swasta termasuk Universiti Perubatan Antarabangsa yang menawarkan kursus ini. Kursus ini juga boleh diikuti di universiti-universiti luar negara seperti di United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Indonesia. SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN Terdapat dua cara untuk melanjutkan pengajian ke program perubatan di universitiuniversiti tempatan awam dan swasta: Cara pertama: Pelajar perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dengan kepujian dalam bahasa Melayu dan mata pelajaran sains lain. Mereka akan ditawarkan ke program matrikulasi atau asasi sains selama satu hingga dua tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan dipilih mengikuti program perubatan berdasarkan pencapaian mereka di peringkat matrikulasi/asasi sains. Mulai sesi pengajian 2000/2001 semua program matrikulasi/asasi sains akan diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Cara kedua: Pelajar akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama. Pelajar perlu lulus SPM (aliran sains) dengart kepujian dalam bahasa Melayu serta lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lulus mata pelajaran biologi dan kimia dan matematik. Mereka yang memiliki Diploma Sains daripada IPT tempatan yang diiktiraf juga boleh memohon. Kursus perubatan yang dilaksanakan di universit-iuniversiti tempatan selama 5 tahun. Sepanjang tempoh itu, para pelajar akan diajar dengan kursus-kursus perubatan yang meliputi peringkat praklinikal dan klinikal. Para pelajar akan didedahkan dengan pengajian yang meliputi bidang anatomi, patologi kimia, fisiologi, mikrobiologi, histologi dan farmakologi. Ini diikuti dengan program kajian komuniti dan kes keluarga dengan menekankan kepada perubatan masyarakat. Pelajar juga diajar tentang ilmu perubatan, pembedahan, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik telinga, hidung dan tekak. Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menghantar pelajar ke luar negara seperti di United Kingdom. Syaratnya ialah calon perlu lulus SPM pangkat satu dengan mendapat kepujian bahasa Inggeris. Calon juga perlu lulus tidak melebihi enam agregat dalam gabungan mata pelajaran fizik, matematik tambahan, kimia dan biologi.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 2/3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

perubatan

LATIHAN KEPAKARAN DI BIDANG PERUBATAN Negara masih kekurangan pakar-pakar perubatan surgeri dalam berbagai-bagai pengkhususan di negara ini. Latihan kepakarari boleh diikuti di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan seperti UKM, UM dan USM serta institusi luar negara. Universiti tempatan mengadakan beberapa kursus peringkat sarjana bagi pegawaipegawai perubatan untuk memperoleh taraf kepakaran. Di antara kursus-kursus yang ditawarkan ialah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi; Patologi Perubatan; Anestesiologi; Radiologi; Psikiatri; Pediatrik; Penyakit Dalaman; Surgeri Am; Surgeri Ortopedik; Surgeri Oftalmologi dan Kesihatan Masyarakat. Jangka masa kursus-kursus tersebut adalah selama tiga hingga empat tahun. Pemegang Ijazah tersebut layak didaftar dan diwartakan sebagai pakar.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 3/3

You might also like