You are on page 1of 5

1. Hadir Graduan perlu menjelaskan bayaran Yuran Konvokesyen sejumlah RM 300.00 sebelum 3 Jun 2011.

1. Bayaran boleh dibuat terus ke akaun OUM menerusi mana-mana cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BHD (no akaun 14041-01-0053385) atau BANK SIMPANAN NASIONAL GIRO (no akaun 1410029000224952) Bayaran boleh juga dibuat menerusi:o o Wang Tunai atau Kad Kredit (Visa atau Mastercard) di Pejabat Bendahari, Kampus Induk OUM, Kuala Lumpur atau di Pusat Pembelajaran masing-masing. Kiriman Wang Pos atau cek atas nama UNITEM

Slip pembayaran menerusi Bank atau Resit Pembayaran hendaklah dicatatkan "Bayaran Yuran Konvokesyen Ke 10 ". PENTING : Slip atau Resit Pembayaran hendaklah dibawa bersama sebagai bukti pembayaran semasa Pengambilan Pakaian Akademik.

2. Tidak Hadir
Graduan perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM70.00 untuk pengambilan sijil dan transkrip akademik rasmi. Dalam keadaan tertentu, caj tambahan iaitu meliputi kos penghantaran akan dikenakan.

Sijil Ijazah/Diploma Dan Transkrip Akademik Rasmi 1. Cetakan nama di dokumen Graduan adalah berdasarkan kepada rekod sedia ada. Sebarang pembetulan hendaklah dimaklumkan kepada pihak Unit Rekod dan Operasi (no tel: 0327732430 (Pn. Nor Aziah) / 2428 (En. Mohd Aznul) / 2429 (En. Muhamad Omar) atau melalui faks ke talian 03-2697 8795) sebelum 2 Mei 2011. 2. Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip akan diedarkan kepada Graduan semasa sesi pemulangan pakaian akademik iaitu setelah Graduan menjelaskan semua bayaran tertunggak dan memulangkan pakaian akademik. Graduan tajaan KPM dikehendaki menyerahkan dokumen Perjanjian Pinjaman Pelajaran KPM sebelum skrol sijil dan transkrip dapat diserahkan. 3. Pengambilan Melalui Wakil :

Permohonan rasmi boleh dibuat dengan menulis kepada Timbalan Pengurus Besar (Penilaian dan Peperiksaan), Unit Penilaian dan Peperiksaan, Registri, Open Universiti Malaysia, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Surat tersebut hendaklah ditandatangani oleh oleh seorang saksi, terdiri daripada pegawai sektor awam berjawatan kumpulan A atau Pesuruhjaya Sumpah. Sila lampirkan salinan dokumen pengenalan diri bersama dengan surat tersebut dan diserahkan kepada Petugas OUM. Pihak OUM berhak untuk menolak permohonan tersebut jika didapati ianya tidak lengkap.

4. Penghantaran Melalui Pos

Penghantaran melalui pos akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM 10.00 (Semenanjung) dan RM 15.00 (Sabah & Sarawak) Atas sebab-sebab keselamatan, skrol dan transkrip akan diposkan ke Pusat Pembelajaran graduan yang terdekat

5. Pengambilan oleh wakil dan penghantaran melalui pos amat tidak digalakkan atas dasar keselamatan dan kerahsiaan. Selain daripada itu, tiada jaminan yang dokumen ini akan sampai ke tangan graduan. Justeru OUM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan dokumen berkenaan. 6. Graduan dinasihatkan supaya menyimpan sijil ijazah/diploma dengan selamat kerana sijil gantian tidak akan dikeluarkan.

Kad Jemputan Tetamu Graduan 1. Setiap Graduan dibenarkan membawa masuk 2 orang tetamu ke dalam dewan. Kad Jemputan (2 keping) akan diedarkan kepada Graduan semasa sesi Pengambilan Pakaian Akademik.

2. Tetamu Graduan yang lain boleh menyaksikan upacara Majlis Konvokesyen melalui CCTV yang akan disediakan oleh pihak OUM di luar Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

3. Sila pastikan tetamu membawa Kad Jemputan masing-masing semasa menghadiri majlis.

4. Tetamu hendaklah berpakaian kemas dan sopan.

5. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan.

6. Sepanjang majlis berlangsung, tetamu hanya boleh mengambil gambar/rakaman video daripada tempat duduk masing-masing sahaja.

7. Telefon bimbit mesti dimatikan semasa berada dalam Dewan.

8. Para tetamu tidak dibenarkan keluar Dewan ketika majlis berlangsung.

Tempat Letak Kereta 1. Tempat meletak kereta di PWTC dan kawasan berhampiran adalah terhad. Oleh itu para graduan dinasihatkan datang awal dengan berkongsi kereta dan meletakkan kenderaan di kawasan pakir OUM. 2. Pihak OUM akan mengadakan pengangkutan shuttle iaitu seperti berikut:TEMPOH SHUTTLE MASA 11.00 pagi - 3.00 petang TEMPAT MENUNGGU Tatasusila Majlis 1. Majlis Konvokesyen merupakan majlis rasmi dan semua yang terlibat hendaklah menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan agar majlis dapat dilangsungkan dengan sempurna. 2. Masa/Tempat Graduan Berkumpul

18 HINGGA 20 JUN 2011 DARI OUM KL KE PWTC 6.30 pagi - 8.30 pagi DARI PWTC KE OUM KL 11.00 pagi - 3.00 petang 4.00 petang - 7.00 petang PWTC - Aras 4 - Ruang menunggu kenderaan

OUM - Dataran OUM (berhadapan Perpustakaan Digital OUM)

Berkumpul di Anjung Merdeka (sebelah Dewan Merdeka), Aras 4, PWTC sebelum 7.30 Pagi (Sidang Pagi) atau sebelum 1.30 petang (Sidang Petang)

Mengikuti arahan Petugas dalam proses penyusunan Graduan dan berbaris semasa memasuki Dewan Merdeka.

3. Pakaian Akademik :

Semua Graduan dikehendaki memakai pakaian akademik yang terdiri dari:o Jubah o Selendang** o Topi** ** Kecuali Diploma

Pakaian akademik hendaklah dalam keadaan kemas dan bergosok. Sila rujuk video Pemakaian Pakaian Akademik Universiti sebagai panduan.

4. Pakaian Graduan - Lelaki :


Pakaian kebangsaan (bersampin) Lounge suite Kemeja lengan panjang dan bertali leher Seluar panjang (gelap) Kasut kulit dan berwarna gelap

5. Pakaian Graduan - Perempuan :


Baju Kebangsaan Baju berlengan panjang dan skirt melebihi paras lutut. Kasut tertutup (court shoes ) Graduan yang bertudung hendaklah memakai tudung dengan kemas. Rambut yang panjang hendaklah diikat/disanggul dengan kemas

6. Pakaian dilarang

Jeans Sandal/kasut sukan Baju Lengan Pendek. Pakaian kurang sopan dan menjolok mata Skirt pendek atas paras lutut/berbelah terlalu tinggi.

7. Peraturan Dalam Dewan


Duduk di tempat yang disediakan Tidak dibenarkan keluar dewan sehingga majlis tamat Tidak dibenarkan membawa kamera. Telefon bimbit hendaklah dalam keadaan "silent mode" Tidak dibenarkan masuk ke dewan sekiranya tidak mematuhi peraturan berpakaian

Pertanyaan 1. Pergerakan Graduan, Pengambilan Sijil dan Transkrip Akademik Rasmi

Unit Penilaian dan Peperiksaan di talian 03-27732626, 2757 dan 2764

2. Pengambilan/Pemulangan Pakaian Akademik


Pn. Khairani Ab. Razak 03-27732788 Pn Wan Baiheyah Wan Ismail 03-27732125 Pn Norshima Arzizan Abdul Hamid 03-27732034 En Juhairi Md Shahidan 0355110701 En. Mohd Nasir Selamat 03-27732322

3. Pembayaran Yuran Konvokesyen dan Yuran Tertunggak

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Encik Syahrul Effendi Bin Sulaiman 03-27732036 Cik Norafizah Binti Omar 03-27732282 Open Market o Puan Ahazawiyah Binti Bahrom 03-27732032 o Puan Parameswary A/p Raja Manikam 03-27732472 Sarjana o Puan Muzliati Binti Ahmad Murad 03-27732343 o Puan Haslinda Binti Haron 03-27732422

o o

4. Sekretariat Konvokesyen

Puan Siti Yusna Mohd Yunos 03-27732708 Norlin Mohd Nordin 03-27732249 Suhaimi Jamaluddin 03-27732752 Mohamad Sulaiman 03-2773 2528

You might also like