You are on page 1of 3

Laman Sosial Jerat Murtad Definisi murtad: Orang yang keluar daripada agama Islam sama ada melalui

perbuatan, perkataan atau niat (Dewan Bahawa dan Pustaka, 1994, 910). Melalui laporan yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro, 8 Januari 2012, isu murtad kini bukan hanya berlaku melalui interaksi antara individu dengan individu yang lain secara langsung tetapi turut dikesan berlaku melalui laman sosial. Kes murtad ini berlaku melalui hubungan cinta yang diwujudkan antara dua jantina yang berbeza dan dianggap sebagai trend terbaru menjerat umat Islam, terutama wanita muda. Situasi ini melibatkan golongan wanita yang berusia lingkungan 20-an, di mana mereka ini mudah terpengaruh dan menjadi fitrah dalam usia tersebut untuk mempunyai naluri bercinta. Isu murtad ini bermula dengan sesi perkenalan di laman sosial seperti Facebook sebelum ada antara mereka jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk murtad dengan memeluk agama lain seperti Kristian. Walaupun hubungan ini mampu mewujudkan hubungan sosial antara pelbagai kaum, tetapi ianya bertentangan dengan akidah umat Islam dan seterusnya akan menjejaskan Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan agama Islam sebagai agama persekutuan. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan iktikad dan kepercayaan majoriti penduduk (orang Melayu) di Malaysia. Jika diperhatikan dalam perlembagaan Malaysia, tidak ada undang-undang khusus yang menyentuh secara terperinci mengenai hal ehwal murtad dalam kalangan orang Islam khususnya kaum Melayu. Hal ini mungkin terlepas pandang oleh para pemimpin terdahulu memandangkan mereka mempunyai tugas berat iaitu menggubal undang-undang dan perlembagaan yang bermula daripada kertas kosong kepada perkara-perkara yang rumit dan kompleks dalam perlembagaan negara. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan [Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan]

Ini tidak bermakna agama lain tidak boleh diamalkan, penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka selagi tidak menggugat dan meracuni akidah umat Islam di negara ini. Prinsip kebebasan agama amat dititikberatkan Rasullulah S.A.W. hingga baginda secara jelas menegah sebarang usaha merobohkan gereja dan tempat peribadatan agama lain bagi digantikan dengan pembinaan masjid. Paderi-paderi dan ketua-ketua agama lain yang tinggal di Bukit Sinai umpamanya turut diberikan perlindungan khusus oleh Rasullulah daripada sebarang ancaman musuh.

GERAKAN, PKR Bantah Cadangan tak bayar cukai, tak boleh undi. Keratan akhbar Berita Harian, 2 Februari 2012 melaporkan bahawa Parti GERAKAN membantah cadangan SPR yang menghalang rakyat Malaysia yang mempunyai hak mengundi yang tinggal di luar negara dan tidak membayar cukai daripada mengundi pada pilihanraya umum. Telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kelayakan sebagai pengundi dan tidak pula dinyatakan dari aspek pembayaran cukai. Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika:
a) pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau

sedang menjalani hukuman pemenjaraan; atau


b) sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam

mana-mana bahagian Komanwel dan dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu. [Perkara 119(3) Perlembagaan Persekutuan] Cadangan itu akan menyekat demokrasi dan tidak menggalakkan warga Malaysia di luar negara daripada menyertai proses pilihan raya (Datuk Chang Ko Youn, 2012). Hak mengundi termasuk dalam hak kewarganegaraan dan Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan setiap rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun layak menjadi pengundi. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: Tiap-tiap warganegara yang telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan, bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan, berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya [Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan] Jika warganegara Malaysia yang menetap di luar negara tidak diberi peluang untuk mengundi, ini akan menjadikan semangat kenegaraan akan runtuh dan seterusnya menjejaskan perpaduan rakyat Malaysia. Golongan yang tersisih itu akan melupakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk memilih pemimpin dan mengakibatkan proses demokratik terjejas.

You might also like