You are on page 1of 6

Aktiviti 8.2 Terdapat kumpulan-kumpulan yang berinteraksi antara satu sama lain.

Setiap kumpulan mempunyai cirriciri yang mempunyai perbezaan dengan kumpulan lain. Perbezaan dan persamaan antara kumpulan membolehkan interaksi social berlaku dengan dinamik. Huraikan ciri-ciri perbezaan antara kumpulankumpulan sosial berikut: a. Kumpulan etnik b. Kumpulan gender c. Kumpulan budaya d. Kumpulan kelas sosial Aktiviti 8.3 Refleksi: Ingat tingkah laku devian yang pernah anda lakukan. Mengapa anda melakukannya? Apakah akibat tingkah laku devian anda itu? Pada fikiran anda, apakah pandangan orang lain terhadap anda?

Aktiviti 8.5 Berikan contoh-contoh devian yang berpunca daripada Anomie, Asosiasi dan Label. Aktiviti 8.8 Johnson dan Morrow (1981) membahagikan amalan disiplin bilik darjah kepada jenis-jenis berikut: a. Disiplin arahan guru b. Disiplin arahan kerja c. Disiplin arahan kumpulan d. Disiplin arahan diri Beri penjelasan mengenai jenis-jenis disiplin di atas. Jawapan a) Disiplin arahan guru Disiplin arahan guru merujuk kepada cara dan tugas guru menentukan arahan dan peraturan, mengawal dan memastikan setiap pelajar mematuhinya dan mengambil tindakan apabila berlaku pelanggaran disiplin. Peranan dan tanggungjawab guru adalah fokus utama di sini. Guru sebagai pengurus bilik darjah bertanggungjawab dalam merancang, mengelola, mengarah dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Guru mungkin bersikap autokratik dan mengambil langkah untuk menghukum pelajar yang melanggar peraturan namun perlulah menggunakan pertimbangan yang wajar supaya ia tidak menghalang hubungan yang baik di antara guru dan pelajar serta menyebabkan pelajar merasa takut dan kurang yakin untuk mencuba sesuatu yang baru. b) Disiplin arahan kerja Disiplin arahan kerja merujuk kepada disiplin yang diwujudkan berdasarkan tugasan yang diberikan oleh guru dan pelajar perlu menyelesaikannya dalam tempoh yang tertentu. Dalam hal ini, pelajar akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja yang lain. Misalnya, pelajar tidak akan melayari internet selagi tidak

menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Namun, ini semua bergantung kepada tahap kematangan pelajar dan jenis tugasan yang diberikan. Tugasan yang menarik dengan tempoh yang sesuai dan sesuai pula dengan taraf kematangan dan umur pelajar menjadikan disiplin arahan kerja berjaya dilaksanakan. c) Disiplin arahan kumpulan Disiplin ini merujuk kepada disiplin yang dihasilkan daripada kawalan kawan-kawan dalam kumpulan yang sedia ada, atau kumpulan-kumpulan yang dibentuk bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran. Pembentukan kumpulan biasanya berlaku berasaskan kepada nilai, kepercayaan dan norma yang sama antara ahli kumpulan. Mana-mana ahli yang tidak mematuhi norma atau nilai kumpulan akan disingkirkan. Kumpulan-kumpulan begini boleh digunakan oleh guru bagi membantu mengawal disiplin bilik darjah. Bagi aktiviti pembelajaran berkumpulan, ketua kumpulan berperananmengawal disiplin kerja ahli kumpulan masing-masing. d) Disiplin arahan diri Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah secara sukarela. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peratuan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar itu sendiri. Ia wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional. Selain itu, nilai disiplin jenis ini juga dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,saling hormat-menghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti samada aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti kokurikulum. Disiplin arahan diri ini adalah yang paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah. Masalah disiplin di sekolah dapat diturunkan ke paras minimum apabila mereka sedar kepentingan mematuhi disiplin.

Aktiviti 8.10 a. Terdapat pelbagai surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan masalah disiplin pelajar. Senaraikan surat-surat pekeliling berkenaan. b. Semak surat-surat pekeliling ikhtisas berikut. Nyatakan tajuk setiap surat, kandungannya dan nyatakan nama Ketua Pengarah Pelajaran yang menandatanganinya i. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/1995 ii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 4/1997 iii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 16/1998 iv. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/2000 v. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 8/2001 Jawapan a) Terdapat pelbagai surat perkeliling dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan masalah displin pelajar. Senaraikan surat-surat pekeliling berkenaan. Antaranya ialah: 1. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 6/1968 Pembuangan Murid-Murid Daripada Sekolah Kerana Kelakuan Curang. 2. Surat Pekeliling Iktisas Bil.8/1968

Tatatertib Di Sekolah-Sekolah 3. Surat Pekeliling Iktisas Bil.1/1972 Peraturan peraturan Tatatertib Sekolah (Pelajaran 1959) 4. Surat Pekeliling Iktisas Bil.6A/1975 Disiplin Murid-murid Menghisap Rokok 5. Surat Pekeliling Iktisas Bil 7/1975 Salah Laku Dadah-Ganas Panduan Untuk Guru Dan Guru Besar 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975 Disiplin di Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah Untuk Murid-murid 7. Surat Pekeliling Iktisas Bil.1/1976 Pameran/ Ceramah Pencegahan, Penyalahgunaan Dadah Di Sekolah-sekolah. 8. Surat Pekeliling Iktisas Bil.2/1979 Laporan Murid-murid Kalam keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan. 9. Surat Pekeliling Iktisas Bil.1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok Sekolah-sekolah 10. Surat Pekeliling Iktisas Bil.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Di Nyatakan Dalam Peraturan Pelajaran 11. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 7/1986, Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah 12. Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/ 1986 Penyalahgunaan Inhalan 13. Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/1991 Pelapor Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah 14. Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/1993 Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah 15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 : Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah 16. Surat Pekeliling Iktisas Bil 7/ 1995 Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar Sekolah 17. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 : Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah 18. Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/ 1997 Hukuman Ke atas Murid Menghisap Rokok 19. Surat Pekeliling Iktisas bil 5/ 1997 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok 20. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998: Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah 21. Surat Pekeliling Iktisas Bil 18/ 1998 Penggunaan Budi Bicara Ketika Ambil Tindakan 22. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000: Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster 23. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000: Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah 24. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah

25. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 : Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif 26. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Disiplin 27. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 : Kuasa Guru Merotan Murid b) Semak surat perkeliling iktisas berikut. Nyatakan tajuk setiap surat, kandungannya dan nyatakan nama ketua pengarah pelajaran yang menandatanagani. i. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.6/1995

Surat pekeliling ini bertajuk Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah ditandatangani oleh Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin. Kandungan surat pekeliling ini ialah bertujuan mengingatkan semua pegawai pendidikan bahagian/daerah, pengetua, guru besar dan guru-guru mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti: i. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah hendaklah mengesan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas setiap bulan dan memastikan sekolah melakukan usaha mengatasi masalah tersebut. ii. Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah ponteng dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala panduan yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng dilaksanakan sepenuhnya iii. Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, Pelajar-pelajar berhak disayangi, dikasihi, dikasihani dan dibimbing. Dengan ini pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. iv. Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya sama ada di peringkat Negeri, Bahagian/Daerah dan sekolah. v. Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti yang berupaya mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal lagi terutamanya sebelum sesi persekolahan bermula. ii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.4/ 1997

Surat pekeliling ini bertajuk Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokokditandatangani oleh Datuk Matnor Daim. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan untuk mengambil tindakan ke atas murid yang didapati bersalah menghisap rokok dengan mengenakan hukuman seperti berikut, seperti kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali, Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali, Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali, Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) dan Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah. Kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini perlu dimaklumkan kepada semua sekolah di negeri.

iii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.16/1998 Surat pekeliling ini bertajuk Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah ditandatangani oleh Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah. Surat pekeliling ini berkaitan dengan masalah gengster di sekolah ini menjadi lebih serius, tindakan pemulihan dan pencegahan perlu dilakukan keatas pelajar yang telah disahkan terlibat supaya masalah kegiatan gengster di sekolah dapat dibanteras. Antara langkah pemulihan yang dilakukan ialah profil pelajar yang terlibat hendaklah dikumpul. Manakala bagi pelajar yang terlibat, hendaklah diketahui sejauh mana penglibatannya. Ibu bapa atau penjaga pelajar yang terlibat hendaklah dimaklumkan untuk mendapat kerjasama dalarn menangani masalah ini. Selain itu, pelajar yang terlibat hendaklah dirujuk kepada kaunselor sepenuh masa untuk proses kaunseling. Jika diketahui bahawa keterlibatan pelajar adalah disebabkan oleh masalah keretakan rumah tangga kedua ibu bapanya maka perlu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program-program khas seperti ceramah, pameran, kursus motivasi dan kepimpinan diadakan dan semasa ke semasa, khususnya untuk pelajar yang terlibat. Seterusnya langkah pencegahan yang perlu dilakukan ialah Mengingatkan pelajar dalam perhimpunan sekolah mengenai keburukan kegiatan gengster dan kesan melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Menegaskan kepentingan dan keperluan menjalani cara hidup yang positif melalui pengajaran mata pelajaran moral dan agama.Menerapkan nilai-nilai murni semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Mengadakan ceramah-ceramah khas mengenai keburukan kegiatan gengster dengan melibatkan pihak Polis dan Penjara.Menganjurkan kempen "Basmi Kegiatan Gengster" di sekolah. iv. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/2000 Surat pekeliling ini bertajuk Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster ditandatangani oleh Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah. Surat Pekeliling Ikhtisas ini memperingatkan semula kepada semua pengetua dan guru besar supaya mengambil langkahlangkah yang proaktif dalam usaha memastikan sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini, seperti murid diugut, diculik, diperkosa, atau penglibatan dengan dadah, serta perlakuan ala-gengster dan menceburkan diri dalarn kegiatan gengster atau "triad society". Panduan bagi mengatasi masalah tersebut telah dinyatakan dalam surat-surat pekeliling yang telah diedarkan ke sekolah. Sebagai rujukan pengetua dan guru besar, bersamasama pekeliling ini dilampirkan senarai bilangan serta tajuk Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkenaan. v. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2001 Surat pekeliling ikhtisas ini bertajuk Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah ditandatangani oleh Datuk Abdul Rafie Bin Mahat. Surat Pekeliling Ikhtisas bertujuan untuk memperingatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah (PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Antaranya ialah Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah. Sistem rekod murid yang sedia (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Seterusnya Pemantapan Pengurusan Disiplin. Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan

masalah disiplin di kalangan murid. Dalam masa yang sama, semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Pemantapan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah. Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. Surat pekeliling ini juga menyatakan konsep Sekolah Penyayang yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan diantara guru dengan murid, murid dengan murid serta warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. Surat pekeliling ini juga menitikberatkan Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri, melalui aktiviti kelab penyebaran maklumat yang berkaitan kemalangan/jenayah disampaikan dan dibincangkan. Guru boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Bahaya penggunaan alatan elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan. Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat juga ditekankan dalam kandungan surat pekeliling ini. Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Seterusnya ialah Sekolah Selamat (Safe School) dimana aspek keselamatan dalam sistem persekolahan diberi keutamaan, pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa juga sistem yang boleh mengundang bahaya di sekolah. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, Polis Diraja Malaysia. Konsep Sekolah Selamat hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri, rakan sebaya serta orang lain.

You might also like