You are on page 1of 11

Pertandingan Bola Tampar Terbuka UiTM Melaka 2011 Tarikh Hari Lokasi : 12 - 13 Mac 2011 : Sabtu & Ahad

: Kompleks Sukan UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah.

PERATURAN AM
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan terbaru Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut : Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan oleh pihak penganjur Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Tampar Terbuka UiTM Melaka adalah muktamad.

PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan kelab-kelab dan pasukan persendirian di seluruh Malaysia. Hanya terbuka pada 24 pasukan yang pertama mendaftar sahaja. Setiap pasukan dikendaki mendaftarkan : Pengurus dan Jurulatih Pemain Jumlah 2 12 14 orang

PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN


Hanya warga negara Malaysia saja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan seorang sahaja pemain kebangsaan yang pernah mewakili Malaysia pada tahun 2006 sehingga tarikh kejohanan berlangsung (Libero dikecualikan). Pemain yang mewakili negara dalam kejohanan Sukan Universiti Asean, Sea Junior dan Asean School dikira sebagai pemain kebangsaan. Pemain yang pernah mewakili negara dalam acara bola tampar pantai tigak dikira sebagai sebagai pemain kebangsaan. Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu salinan Kad Pengenalan bagi setiap pemain. Pemain-pemain gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran dikehendaki juga mengemukakan satu salinan Kad Pengenalan. Pertukaran pemain hanya dibenarkan selewat-lewatnya semasa majlis undian.

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN & UNDIAN


Taklimat Pengurus Pasukan & Undian akan diadakan seminggu sebelum pertandingan. Tarikh undian akan dimaklumkan kemudian. Dan akan diadakan di Bilik Mesyuarat Unit Sukan UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah jam 2.30 petang pada 7 MAC 2011. Pengurus-Pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama pemain berserta dengan salinan kad pengenalan untuk disahkan . Senarai pemain yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

SISTEM PERTANDINGAN
Penyertaan hanya dibuka untuk 24 pasukan sahaja. Pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga berkumpulan. Akan terdapat 8 kumpulan iaitu kumpulan A,B,C,D,E,F,G dan H. Setiap kumpulan akan terdapat 3 pasukan bertanding yang akan ditentukan pada hari pengundian. Hanya Johan dan Naib Johan kumpulan sahaja akan ke peringkat seterusnya yang akan dijalankan dalam sistem kalah mati pada pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan Peringkat akhir. . Perlawanan pusingan awal akan dijalankan secara best of 3 set Bagi peringkat separuh akhir akan dijalankan secara best of 3 set Tempat ke 3 & 4 akan dijalankan secara best of 3 set Perlawanan akhir, best of 3 set Best of 3, pada set ke 3 akan tamat pada 15 mata, tiada dius.

SISTEM PENGIRAAN MATA / CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN


Berikut adalah sistem pemberian mata : Menang 3 mata Kalah 0 mata Lucut Teknikal 0 mata

Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama cara menentukan kedudukan akan dibuat mengikut sistem kiraan berpandu kepada Peraturan Pertandingan Persatuan Bola Tampar Malaysia.

PAKAIAN SERAGAM
Semua pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu jersi. Jersi hendaklah bernombor yang berukuran sekurang-kurangnya 15 sm tinggi di hadapan pada paras dada dan 20 sm di belakang. Nombor jersi hendaklah dari nombor 1 hingga 18. Pasukan yang tidak memakai jersi seragam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

PEMBATALAN (WALK OVER)


Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30 minit) sebelum perlawanan dimulakan. Pasukan yang lewat sepuluh (10) minit masa yang telah dijadualkan itu tanpa memberi alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya itu.

PENGADIL-PENGADIL
Pihak penganjur akan menyediakan pengadil yang bertauliah iaitu para Pengadil daripada Lembaga Pengadil Persatuan Bola Tampar Melaka.

MENARIK DIRI
Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya. Wang penyertaan akan luput

BANTAHAN / TATATERTIB
Semua bantahan mesti dibuat oleh Pengurus / Jurulatih pasukan sahaja. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 tunai. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada penganjur dalam masa tiga puluh (30 ) minit selepas perlawanan itu tamat.

JAWATANKUASA BANTAHAN / TATATERTIB


Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib terdiri daripada : Pengerusi Penganjur Pengadil Pengurus Pasukan Terlibat Setiausaha Penganjur Jawatankuasa Bantahan / tatatertib akan bersidang setelah menerima laporan dari Pengadil atau Pegawai Pertandingan dan membuat sesuatu keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil.

Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapat sebarang maklumat daripada manamana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat sesuatu keputusan. Keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad.

HADIAH-HADIAH
Hadiah-hadiah akan diberikan kepada : Kedudukan Johan Naib Johan Tempat Ke 3 Tempat Ke 4 Hadiah (RM) 2,000.00 1,000.00 500.00 500.00 Pingat 13 13 13 13 Piala 1

Setiap pasukan yang bertanding akan menerima cenderahati dari pihak UiTM.

HAK JAWATANKUASA PENGANJUR


Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda / menambah peraturan-peraturan yang diiktiraf perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.

PENDAFTARAN
Tidak lewat Dari 3 MAC 2011. Setiap pasukan mesti menghantar borang penyertaan bersama wang penyertaan mengiktu kadar yuran yang telah ditetapkan. Yuran Penyertaan Setiap Pasukan RM 300.00

PENANGGUHAN PERLAWANAN

Pihak penganjur akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

PERKARA AM
Jawatankuasa penganjur tidak bertanggungjawab tentang keselamatan dan kehilangan barang sepanjang kejohanan ini. Sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah menghubungi : Penganjur Pertandingan Bola Tampar Terbuka UiTM Melaka 2011

Muhd Amirul Husny B. Hasan No Tel : 06-5582039 No Fax : 06-5582307 No H/P : 019-7267729 e-mail : amirul_2611@melaka.uitm.edu.my

Yazid B. Hussin No Tel : 06-5582048 No H/P : 019-019656376

Borang BT01/Open

BORANG PENYERTAAN PASUKAN


Penganjur Pertandingan Bola Tampar Terbuka UiTM Melaka 2011

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERBUKA UiTM MELAKA 2011


Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada jemputan tuan bagi menyertai Kejohanan tersebut yang akan diadakan di Gelanggang Bola Tampar Unit Sukan UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah pada 12 - 13 Mac 2011. Dengan ini kami mengesahkan penyertaan seperti berikut : Nama Pasukan : Alamat : (nama pasukan)

No Tel No Fax

(P) No H/P

( R)

Bersama-sama ini disertakan Yuran Penyertaan dalam bentuk Tunai bernilai RM 3000.00 bagi yuran penyertaan tersebut.

( Pengurus Pasukan

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada penganjur sebelum 3 Mac 2011 bersama wang penyertaan

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN


Nama Pasukan :

Pengurus Pasukan : Jurulatih Kapten Libero Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Disahkan oleh : Nama Penuh : : : No K/P No Jersi

Diterima oleh penganjur pada :

Kumpulan

Kump. A A1 A2 A3 B1 B2 B3

Kump. B

Kump. C C1 C2 C3 D1 D2 D3

Kump. D

Kump. E E1 E2 E3 F1 F2 F3

Kump. F

Kump. G G1 G2 G3 H1 H2 H3

Kump. H

Jadual Perlawanan
Bil Tarikh Hari Masa Gel Pasukan Lwn Pasukan Keputusan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Sat

08.00 08.00 09.00 09.00 10.00 10.00 11.00 11.00 12.00 12.00 13.00 13.00 14.00 14.00 15.00 15.00 16.00 16.00 17.00 17.00 18.00 18.00 20.00 20.00 21.00 21.00

A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B

A1 E1 B1 F1 C1 G1 D1 H1 A1 E1 B1 F1 C1 G1 D1 H1 A2 E2 B2 F2 C2 G2 D2 H2 Johan A Johan B

A2 E2 B2 F2 C2 G2 D2 H2 A3 E3 B3 F3 C3 G3 D3 H3 A3 E3 B3 F3 C3 G3 D3 H3 Naib Johan C Naib Johan D

Pusingan 2

27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39

Sun

08.00 08.00 09.00 09.00 10.00 10.00 11.00 11.00 12.00 12.00 13.00 13.00 14.00

A B A B A B A B A B A B

Johan C Johan D Johan E Johan F Johan G Johan H Pemenang 25 Pemenang 27 Pemenang 29 Pemenang 31 Pemenang 33 Pemenang 35 Pemenang 37

Naib Johan A Naib Johan B Naib Johan G Naib Johan H Naib Johan E Naib Johan F Pemenang 26 Pemenang 28 Pemenang 30 Pemenang 32 Pemenang 34 Pemenang 36 Pemenang 38

You might also like