You are on page 1of 3

KEJAYAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

Menjelang abad ke-16, Bahasa Melayu (BM) sememangnya telah mencapai kejayaan dan juga diiktiraf sebagai Lingua Franca di mana berperanan sebagai Bahasa Ilmu, Bahasa Agama, Bahasa Perdagangan dan sebagainya. Pada ketika itu, BM telah mencapai taraf yang tinggi dimana setaraf dengan Bahasa Latin di Eropah. Para pedagang yang datang ke Tanah Melayu menggunakan BM sebagai Bahasa Pengantar di mana mereka bertukar ilmu serta pendapat di samping berdagang kepada penduduk tempatan. Selepas mencapai kemerdekaan, Negara kita menekankan penggunaan BM dalam sistem pendidikan negara. Menurut Dr. Awang Sariyan (2005), kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar dan Bahasa Ilmu telah diwartakan di dalam Laporan Razak dan juga Akta Pendidikan 1961 dan kemudiannya di dalam Akta Pendidikan 1996. Kerajaan telah memartabatkan BM dan penggunaannya tidak terhad kepada komunikasi sahaja. Persoalanya sejauh manakah kejayaan BM sebagai Bahasa Ilmu? Kejayaan terbukti pada akhir tahun 1980 an, di mana dasar sistem pendidikan negara berada di tahap yang mantap. Kemantapan ini telah melahirkan generasi yang berbilang kaum di mana mahir dalam semua bidang melalui Bahasa Melayu. Ribuan pelajar yang terdiri dari semua kaum mampu mencapai peringkat tinggi dalam pendidikan, bukan sahaja di peringkat Ijazah sahaja, malah di peringkat Ijazah Sarjana, dan juga Doktor Falsafah. Selain itu, masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum semakin mahir bertutur dalam Bahasa Melayu. Akhir sekali, banyak bahan-bahan rujukan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, begitu juga rujukan-rujukan yang didapati di jalur lebar dan internet.

PENUTUP
Secara rumusnya, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat unik kerana ia mempunyai ciri-ciri yang tatabahasa yang lengkap, kesantunan dan sebagainya. Selain itu, Bahasa Melayu juga pernah diiktiraf sebagai Lingua Franca pada abad ke16, di mana Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pertuturan antara pedagangpedagang dengan penduduk tempatan. Pada masa kini pula, menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta. Ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah berkembang hampir ke seluruh dunia. Pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memartabatkan Bahasa Melayu. Antaranya menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sepertimana telah termaktub dalam Perkara 152 perlembagaan Persekutuan. Secara tidak langsung, kerajaan juga telah mengiktirafkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi merealisasikan Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Ilmu. Antaranya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dimana berperanan sebagai medium pengantaraan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, kesusasteraan, keagamaan dan sebagainya. Disitu, kita dapat lihat kejayaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Kesimpulannya, kita dapat lihat kerajaan sangat menekankan kepentingan dan penggunaan Bahasa Melayu dan ini juga merupakan langkah bagi mengelakkan Bahasa Melayu pupus ditelan arus kemodenan.

Refleksi
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kami telah berjaya menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu Komunikasi dalam tempoh yang diberikan. Banyak ilmu pengetahuan yang kami perolehi sepanjang kami menyiapkan tugas ini. Antaranya, kami mendapat tahu tentang sejarah Bahasa Melayu dimana Bahasa Melayu menjadi bahasa petuturan dengan pedagang-pedagang asing pada zaman kegemilangan dimana setaraf dengan Bahasa Latin di benua Eropah pada ketika itu. Kami juga mempelajari tentang ciri-ciri Bahasa Melayu Tinggi yang mana sangat berbeza dengan bahasa yang kami gunakan dalam pertuturan harian. Selain itu, kami juga mempelajari tentang peranan-peranan Bahasa Melayu; antaranya, berperanan sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Ilmu dan sebagainya. Dari situ, kami dapat mengetahui sejauh manakah kejayaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan kepentingan Bahasa Melayu. Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Encik Rosli bin Razak kerana banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang membantu kami secara tidak langsung.

You might also like