You are on page 1of 1

Kes Jenayah Pelajar Sekolah Membimbangkan

April 18, 2011 PUTRAJAYA Sebanyak 1.43 peratus kes disiplin direkodkan di sekolah-sekolah di negara ini pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, sebanyak 0.32 peratus kes terbabit merupakan jenayah seperti pergaduhan dan kes-kes kecurian. Justeru, katanya, pihaknya melihat bilangan kes jenayah melibatkan pelajar di negara ini kian membimbangkan dan perlu ditangani segera. Hal ini jika tidak ditangani akan menambahkan beban kepada usaha kita menangani masalah sosial termasuk penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, buli dan pil khayal, katanya. Beliau berkata demikian pada Perasmian Uniform Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Peringkat kebangsaan Tahun 2011 di sini hari ini. Kelab itu sudah pun ditubuhkan di 5,587 sekolah di seluruh negara melibatkan penyertaan pelajar seramai 611,450 orang. Mengulas lanjut, Abdul Ghafar berkata, statistik kes disiplin itu diperoleh berdasarkan laporan Cawangan Dasar/Pencegahan Jenayah, Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman. Menurutnya, statistik yang sama turut menyebut pesalah juvana juga kini cenderung untuk melibatkan diri mereka dalam pelbagai salah laku sosial dan jenayah berat. Justeru, katanya, pihaknya mensasarkan untuk menubuhkan kelab KPJ disemua sekolah sebagai salah satu usaha menangani perkara tersebut. Setiap sekolah disasar menubuhkan KPJ bagi mencapai sasaran sifar peratus kadar perlakuan jenayah di sekolah, jelasnya. mynewshub.my

You might also like