You are on page 1of 2

NOR AMALINA BT MUHAMMAD SABRI 163746 1ST YEAR BSKPP

SOALAN 1 Bezakan tanggungjawab diantara Jabatan Kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan Pejabat Kesihatan Daerah.

Tanggungjawab Jabatan Kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

1.

Kawalan Kebersihan dan Kualiti Makanan

a) Kawalan Kualiti Makanan Meneliti laporan bulanan yang melibatkan sample ramuan makanan yang telah dihadapankan oleh PBT untuk memastikan bahawa semua ramuan makanan yang telah dijual dalam kawasan PBT selamat untuk dimakan oleh konsumer. Untuk memastikan bahawa tindakan diambil jika sample yang diambil dicemarkan. b) Kebersihan Makanan Untuk memastikan bahawa semua PBT menguatkuasakan peraturan-peraturan yang ada dalamStandard Food Premises Grading System yang dilancarkan di Miri pada Februari, 2006. Untuk memastikan bahawa setiap PBT menyerahkan laporan mengenai system pengredan kepada KASKA sekali setiap 3 bulan.

2. Kawalan Vektor dan Kawalan Penyakit Berjangkit Memerhati untuk memastikan bahawa semua PBT menyerahkan laporan bulanan mengenai semua aktiviti anti denggi yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan dan menghantar satu salinan kepada KASKA. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti pengawalan dan penghapusan bersama dengan Jabatan Kesihatan semasa peletusan denggi berlaku.

Menghebah/menyalurkan dasar dan arahan daripada Jabatan Kesihatan berhubung dengan tindakan-tindakan semasa berlaku wabak denggi kepada semua PBT. Untuk menyelaras semua aktiviti yang perlu dilakukan oleh PBT bersama dengan Jabatan Kesihatan dan agensi-agensi lain jika penyakit seperti Bird Flu(Avian Influenza), SARS, HFM, dan lain-lain berlaku.

3. Pasar dan Penjaja Untuk meneliti tahap penyelenggaraan, kebersihan dan aktiviti-aktiviti dilaksanakan di pasar. Untuk memastikan bahawa semua aktiviti yang dilarang tidak diadakan di pasar. Untuk memastikan bahawa semua aktiviti menjaja dalam kawasan PBT sentiasa diawasi dan dikawal oleh PBT sendiri.

4. Pengurusan Sisa-sisa Pepejal Untuk meneliti dan memastikan bahawa sistem pengurusan dan pelupusan sisa-sisa pepejal dalam keadaan yang sempurna di bawah semua PBT. Untuk membanti PBT mendapat tanah baru untuk tujuan pelupusan sampah dan pada masa yang sama memelihara tanah pelupusan yang lama.

5. Pengurusan Sisa-sisa Cecair Untuk memastikan bahawa aktiviti-aktiviti pengurusan sisa-sisa cecair di semua PBT di bawah KASKA dilaksanakan dalam keadaan yang sempurna.

6. Tandas Awam Memerhati dan memastikan bahawa semua tandas awam di kawasan PBT diuruskan dengan baik dan semua tandas bersih dan mesra pengguna

Tanggungjawab Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) 1) melakukan kerja-kerja semburan kabus bagi membunuh nyamuk dewasa 2) melakukan tugas tugas berkaitan pencegahan pembiakan jentik-jentik. 3) menjalankan semburan kabus dari kenderaan ULV. 4) mengesan jentik-jentik nyamuk Aedes 5) mengesan jentik-jentik nyamuk Aedes 6) Fogging bagi membanteras wabak denggi yang berleluasa 7) melihat sistem penyaluran air di pedalaman menggunakan sistem over head tank. 8) Program pemeriksaan kesihatan penduduk kampung oleh Jabatan Kesihatan. 9) Menjalankan kempen-kempen kebersihan. 10) Program pemantauan kawasan sungai. 11) Program kebersihan dan pemantauan kawasan tanaman pertanian,reban dan ladang-ternakan.

You might also like