You are on page 1of 21

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kami kehadrat ilahi kerana dengan izin dan inayah-Nya, Proposal Final Year Project ini akhirnya dapat disiapkan dengan sempurna seperti mana yang dikehendaki. Kami juga bersyukur kerana dapat menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan.

Di kesempatan ini juga, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyelia projek kami iaitu Puan Waheeda Zuliana Binti Mustapha yang telah banyak membantu kami dalam menyempurnakan proposal projek ini. Selain itu, beliau turut memberikan pendapat serta bimbingan ketika kami memerlukannya. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua tenaga pengajar sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung memberikan nasihat dan tunjuk ajar semasa kami bertungkus lumus menyiapkan proposal ini.

Projek Akhir Tahun kami bertajuk UTP CABLE TESTER WITH CABLE DIAGRAM DISPLAY . Bagi memudahkan sebutan, kami mengubah nama projek kepada UTP CABLE TESTER WITH LCD DISPLAY iaitu dimana gabungan perisian dan perkakasan. Walaupun tajuk projek yang diberi agak sukar dilakukan, Insya-Allah kami akan cuba lakukan sedaya upaya untuk menjayakan projek ini.

KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT BAB1 GAMBARAN PROJEK

1.1 1.2

RINGKASAN PROJEK PENGENALAN PROJEK 1.2.1 1.2.2 1.2.3 OBJEKTIF MATLAMAT PROJEK SKOP KAJIAN

3 3 4 4 4

1.3

SPESIFIKASI PROJEK

1.3.1 1.3.2 1.3.2.1 1.3.2.2 1.3.3

LITERASI METODOLOGI PERISIAN DAN PERKAKASAN CARTA ALIR LAKARAN STRUKTUR PROJEK

5 8 9 10 11

BAB2

GAMBARAJAH LITAR PROJEK

2.1

LITAR PROJEK

15

BAB3 GANTT 3.1 3.2 BAB4

JADUAL PERJALANAN PROJEK /CARTA

GAMBARAN PERJALANAN PROJEK JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS KESIMPULAN

16 17 18

RUJUKAN

19

BAB 1 GAMBARAN PROJEK 1.1. RINGKASAN PROJEK

Projek ini dikenali sebagai UTP Cable Tester With LCD Display. UTP Cable Tester ini adalah penyelesaian yang sempurna untuk menguji kabel yang dipasang. UTP Cable Tester ini boleh digunakan untuk mengesan kesinabungan dan kekutuban kabel rangkaian. Keputusan masalah kabel seperti Pass dan Short akan dipaparkan pada skrin LCD. Ciri-ciri UTP Cable Tester ini adalah beroperasi dengan mudah.

1.2. PENGENALAN PROJEK Projek ini merupakan satu projek merekabentuk sebuah penguji kabel rangkaian dengan paparan LCD (Liquid Crystal Display). Penguji kabel ini berfungsi dalam mengesan kesinambungan dan sebarang masalah pada kabel yang diuji. Status dan masalah pada kabel UTP yang diuji akan dipaparkan pada skrin LCD. Status dan masalah yang dipaparkan akan membantu pengguna dalam menganalisa kabel yang telah diuji. Output yang dipaparkan pada skrin LCD adalah seperti 'good ', 'fail' dan 'short' dan lain-lain. Ciri - ciri utama penguji kabel ini adalah seperti senang untuk digunakan (hand-held operation). Penguji kabel rangkaian ini membolehkan pengguna untuk menguji kabel jenis Wayar Pasangan Berpintal Tanpa Penebat (Unshielded Twisted Pair (UTP)). Projek ini melibatkan dua bahagian utama seperti proses merekabentuk litar asas elektronik iaitu litar penguji kabel dan juga litar LCD. Selain itu, projek ini juga memerlukan

pengetahuan dan teknik mengenai proses rangkaian dalam mengenalpasti status dan masalah pada kabel RJ45.

1.2.1 OBJEKTIF

i.

Menghasilkan satu penguji kabel dengan paparan keputusan pada LCD.

ii. iii.

Memudahkan sistem pembelajaran dan pekerjaan. Memaparkan keputusan pengujian kabel secara terperinci pada paparan LCD.

1.2.2

MATLAMAT PROJEK

Matlamat projek rekaan kami ini adalah untuk memudahkan sistem pembelajaran dan pekerjaan. Ini kerana projek yang dibina memaparkan keputusan pada LCD. Keputusan yang dipaparkan adalah lebih terperinci dan mudah untuk dilihat berbanding dengan penguji kabel yang sedia ada sebelum ini kerana ia menggunakan sistem running light.

Seterusnya ia memudahkan pengguna mengenal pasti kerosakkan atau kesalahan memasang kabel kerana ia memaparkan kesalahan tersebut dengan lebih terperinci pada paparan LCD. Oleh itu,rekaan kami ini dapat membantu pengguna menjimatkan kos dan masa dalam melakukan pekerjaan mereka.

1.2.3

SKOP KAJIAN

SKOP PENGGUNA i. ii. Pelajar Pekerja

SKOP SISTEM i. ii. iii. Projek ini dibina untuk tujuan pengujian kabel UTP. Sistem tertumpu pada bahagian rangkaian sahaja. Sistem ini mampu menguji kabel yang rosak atau membuat pemasangan yang salah.

1.3

SPESIFIKASI PROJEK

1.3.1

KAJIAN LITERATUR

Contoh litar

Schematic litar

Komponen yang digunakan Menggunakan ATmega 128. Dua LED Dua RJ-45 connector 128 x 96 pixel graphic display. Dua suis(button).

1.3.2

METODOLOGI

i.

Fasa perancangan a. Mengenalpasti masalah, menyenaraikan

masalah dan cara untuk menyelesaiaknnya. b. Mencari litar yang menggunakan konsep yang sama dan membuat penambahan sekiranya perlu. c. Menyenaraikan digunakan. d. Mempelajari cara untuk membina litar penguji. ii. Fasa analisis a. Menganalisis punca masalah dan input serta output yang bakal dimasukkan didalam projek. b. Menyenaraikan aplikasi sebuah komponen c. Menyenaraikan komponen dan fungsinya d. Menghuraikan proses yang berlaku untuk mengeluarkan output. iii. Fasa perlaksanaan a. Membuat litar yang telah dikenalpasti. b. Menggabungkan kesemua litar agar menjadi sebuah projek c. Membuat troubleshooting sekiranya komponen yang ingin

terdapat masalah. d. Menghuraikan output yang telah

dikeluarkan sebagai keputusan terakhir.

1.3.2.1

PERISIAN DAN PERKAKASAN

PERISIAN YANG DIGUNAKAN iii. iv. v. vi. MPLab IDE v8.70 PIC Flash Ulti Board 2001 Multisim 2001

PERKAKASAN YANG DIGUNAKAN vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. RJ45 PCB Socket PIC 16F877A Transistor Perintang Relay 9volt Papan litar Penyambung bateri

1.3.2.2

CARTA ALIR

1.3.3

LAKARAN STRUKTUR PROJEK

Halaman Utama

Straight Cable

Crossover

Lakaran proses

BAB 2 GAMBARAJAH LITAR PROJEK 2.1 LITAR PROJEK

BAB 3 JADUAL PERJALANAN PROJEK/ CARTA GANTT 3.1 GAMBARAN PERJALANAN PROJEK

Pembinaan proposal

Pembinaan projek

3.2

JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS

BAB 4 KESIMPULAN

Dengan penghasilan projek ini, keputusan status kabel akan lebih mudah dikenalpasti dan pengguna juga dapat membuat kerja dengan mudah dan cepat. Hal ini demikian kerana,penciptaan alat untuk menguji kabel akan memudahkan lagi pengguna untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Sekiranya ia tidak dilaksanakan ia akan melambatkan proses untuk mengajar,mempelajari dan membuat kerja dengan mudah dan cepat. Penghasilan projek akhir tahun ini adalah subjek wajib bagi setiap pelatih bagi melayakkan diri menerima diploma yang bertauliah oleh JMTI. Projek ini telah membuktikan kemampuan kami dalam mencipta sesuatu produk baru. Kami juga dapat memperkembangkan idea-idea yang tercetus di minda selain mengaplikasikan segala pengetahuan kami sepanjang berada di JMTI.

RUJUKAN 1. Penyelia ( PUAN WAHEEDA ZULIANA BINTI MUSTAPHA) 2. Pelajar TKE Semester 4 3. http://wikipedia.com 4. http://3lectronickit.com 5. http://www.google.com.my 6. http://www.circuit-projects.com 7. Nota-nota sepanjang pengajian yang dapat diaplikasikan di dalam projek ini.

You might also like