Professional Documents
Culture Documents
KK - BMK
KK - BMK
2.2.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal (i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. (ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. (iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja. BIL 1 2 SUKU KATA PRAAKHIR a e(pepet) SUKU KATA AKHIR TERTUTUP a a CONTOH PENGGUNAAN dalam jelas
b) Penggolongan kata
Golongan Kata Nama Kata nama merupakan kata yang menjadi inti dalam ayat. Digunakan untuk merujuk orang, benda, dan tempat yang bersifat konkrit dan abstrak. Misalnya, guru, kasut, kedai, mimpi, dan sebagainya. Berasaskan makna kata-kata berkenaan, kata nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: A. Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata yang khusus menamakan sesuatu dan dalam tulisan pangkal kata nama berkenaan ditulis dengan huruf besar baik di permulaan ayat mahupun di tengah ayat. Kata nama khas boleh menamakan benda yang hidup sama ada manusia atau bukan manusia dan benda yang tidak hidup. Kata Nama Khas Banggunan Jenis Tak hidup Contoh Universiti Marmara Ayat Contoh Di Universiti Marmara, beliau aktif dalam Kesatuan Pelajar Kebangsaan Turki yang anti-komunis.
B. Kata Adjektif Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Contoh : Namun keputusan pilihan raya itu merupakan paling cemerlang bagi mana-mana parti politik dalam sejarah Turki.
c) Pembentukan ayat
1) akronim - Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contoh : Milli Selamat Partisi (MSP) 2) Peminjaman kata- pembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dan ia berlaku dalam sesuatu bahasa kerana bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contoh : liberalis(Latin) liberal
d) Frasa
Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar ataupun sederetan perkataan. Frasa Nama Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada: a) Inti + Penerang i. Inti + Penerang Nama Contoh: AKP meraih 49.9% undi yang merupakan prestasi terbaiknya dan menjadikannya satu-satunya parti Turki yang memenangi 3 kali pilihan raya berturutturut disamping memperbaiki kedudukannya sejak ia berkuasa pada tahun 2002
Frasa Kerja Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan tak transitif (tanpa objek). a) Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang pertama). Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek yang kedua). FK Tanpa Objek i. FK tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan) Contoh: Bagaimanapun beliau hanya boleh menjadi perdana menteri (setahun kemudian)
e) Ayat
Ayat ialah perkataan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna yang lengkap. Ayat yang lengkap mempunyai subjek dan predikat. 1) Jenis ayat Ayat Tanya Ayat Tanya Dengan Kata Tanya Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk membuat satu pernyataan. Contoh : Erdogan menyertai parti Refah dan memenangi kerusi di parlimen pada tahun 1991 tetapi dihalang oleh pihak tentera. Contoh : Adakah cara Turki ini lebih berjaya berbanding Iran?
2) Bentuk ayat
Bentuk ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua seperti berikut;
1. Ayat tunggal; ayat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Ratusan kilometer paip baru dipasang. Subjek = Ratusan kilometer paip Predikat = baru dipasang
a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan. Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, dan malahan. Contoh : Erdogan pula dipenjarakan atas dakwaan membaca Puisi Islamis dan diharamkan aktif sehingga tahun 1999. 3) Ragam ayat Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang mengandungi objek. Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif
a. Ayat aktif Contoh : Erbakan berjaya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1997 melalui Parti Refah. b. Ayat pasif Contoh : Tetapi beliau dipaksa melepaskan jawatan setahun kemudian.
h) Penanda wacana
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Perbandingan/ Perbezaan Contoh ayat: Walaupun Erdogen serta banyak pemimpin dan pendokongnya memulakan penglibatan mereka dalam parti politik sebagai aktivis Islam tetapi beliau mengisytiharkan bahawa AKP tidak berteraskan pada agama. Kata penghubung EU menolak Turki bukan kerana negara itu tidak demokratik seperti yang sering dijadikan alasan, tetapi negara itu disifatkan sebagai sebahagian daripada dunia Islam yang tidak menepati dengan jati diri Eropah.
Rujukan
1) Siti Hajar Abdul Aziz (2009) Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn.Bhd. 2) Kamus Pelajar Edisi Kedua 3) Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood (2002) Tatabahasa Dewan. Aspirasi Teras Sdn.Bhd. 4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Frasa 5) http://www.slideshare.net/Wiyah/ayat-3188789 6) http://www.tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=116 1&Itemid=494 7) http://ms.wikipedia.org/wiki/Penanda_wacana 8) http://www.tutor.com.my/stpm/ragam_ayat/ragam_ayat.htm