You are on page 1of 12

Nama: Tarikh lahir: Umur: Jantina: Adik-beradik: Nama bapa; Pekerjaan bapa: Nama ibu: Pekerjaan ibu: Hobi:

Sikap:

Muhammad Zaim Arif B.Zamri 14 Mei 2009 2 tahun 10 bulan Lelaki 3 orang Zamri b.Yacob Pebantu Perubatan Noor Suhaili bt. Sapiei Guru Bermain basikal Peramah

Pengenalan

Bahasa merupakan satu bidang yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan

orang lain secara berkesan. Penguasaan bahasa bermula dengan memahami percakapan yang didengari dan diikuti oleh kebolehan bertutur. Bayi membentuk konsep tentang objek dalam pesekitarannya sebelum tanda pertama bahasa muncul. Kanak-kanak yang berumur 2 tahun sudah dapat memahami maksud sesuatu perkataan (Dolanghan, 1985). Semasa membesar, kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan membandingkan perkataan yang sudah diketahui oleh mereka (Bloom, 1998; Menyuk, Liebergott & Schultz, 1995). Pada peringkat bayi lagi mereka telah mengagak maksud sesuatu perkataan dengan memerhatikan konteks dan cara perkataan tersebut digunakan. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah membolehkan kanak-kanak dengan orang lain, malah membolehkan kanak-kanak membina konsep tentang alam dan manusian dikelilingnya (Rice & Woodsmall, 1998). Menurut Piaglet, apabila kanak dapat berfikir dan bekomunikasi dangan mengunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di sekeliling mereka, fleksibiliti mentel untuk berfikir dan membayangkan sesuatu, mengatasi batasan masa dan ruang. Dengan perkembangan ini , mereka mula mampu untuk mengendalikan dunia secara simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lambing, objek dan perkataan. Kebanyakan pakar perkembangan kanak-kanak bersetuju dengan Piaglet iaitu, bahasa membantu kanak-kanak membentuk idea (Bruner, 1983; Ricco, 1989). Pertuturan persendirian (private speech), iaitu dialog dalaman yang bermaksud seseorang itu bercakap dengan dirinya sendiri, merupakan satu sratigi dalam peniruan dan penguasaan bahasa pada peringkat kanakkanak (Vygotsky, 1978; 1986; 1987). Pada peringkat orang dewasa, pertuturan persendirian masih berlaku secara bisikan atau dalaman untuk membantu mereka dalam proses berfikir. Pada usia 2 hingga 3 tahun, mereka akan mengurangakan penggunaan perkataan yang kurang difahami. Ayat yang ringkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada

masa inilah mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibubapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik. Pada peringkat 2 tahun keatas, perkembangan bahsa kanak-kanak akan memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi social setiap kanak-kanak. Kelakuan dan emosinya amat nyata. Susun bahasa masih belum sempurna. Muhammad Zaim Arif dilahirkan pada jam 11.05 pagi hari khamis, bertarikh 14 Mei 2009. Lebih mesra dengan panggilan Muhammad. Dilahirkan di Hospital Taiping, Perak. Merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. Mempunyai seorang kakak yang berumur 14 tahun dan seorang abang yang berumur 10 tahun. Ayahnya ialah Zamri bin Yacob merupakan seorang pebantu perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Bagan Serai manakala ibunya seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Matang Gerdu Bagan Serai. Muhammad Zaim Arif membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Sejak kecil beliau bertubuh sihat dan aktif. Beliau sudah boleh berjalan ketika berumur 10 bulan. Sejak kecil beliau seorang kanak-kanak yang bijak dan cepat belajar sesuatu benda yang dilihat dan didengarnya. Ketika berumur 1 tahun Muhammad sudah boleh menyebut perkataan mudah seperti ma ma dan ba ba sejak itu banyak perkataan dan ayat yang dipekenalkan kepada Muhammad. Walaupun baru berumur 2 tahun lebih banyak perkataan dan ayat dapat disebut oleh Muhammad dengan jelas. Ini kemungkinan disababkan keluarga banyak menggunakan bahasa baku ketika bercakap dengan Muhammad walaupun dia masih kecil. Saya berpendapat seorang kanak-kanak perlu dilatih dengan perkataan yang betul walaupun kanak-kanak itu tidak dapat menyebut dengan jelas. Muhammad mudah untuk di temubual ketika kajian kes dijalankan kepadanya. Mungkin disebabkan saya bukan orang asing baginya ini lebih memudahkan pekerjaan kaji selidik dijalankan. Kepetahannya bercakap dan keaktifannya memudahkan kajian ini berjalan dengan lancar. Kanak-kanak perlu dilatih oleh ibubapa untuk berkomunikasi dengan betul dan perlu didedahkan dengan sesuatu yang baru. Supaya mereka tidak kekok untuk melakukan perkara yang belum dicuba Bagi Muhammad kajian ini berjalan dengan lancar dan setiap pendedahan dan perkara yang didedahkan kepadanya terdapat peningkatan. Dia mampu menyebut >1000 patah perkataan dan mampu membina ayat berbanding dengan umurnya. Dia mampu mencipta cerita berdasarkan kejadian yang dilihat dan didengarinya, tetapi sedikit terbatas contoh jika bercerita lori yang kemalangan. Dia akan mengulangi ayat yang sama . Muhammad sering menggunakan

perkataan dan ayat yang sama, bermaksud perbendaharaannya kurang berkembang. Walaupun apanya keluar dari mulutnya jelas iaitu tidak pelat tetapi banyak mengulangi ayat yang sama. Apa yang saya lihat di sini walaupun beliau mampu menyebut > 1000 perkataan tetapi dia kurang mengaitkannya menjadi ayat yang bermakna. Sebelum ini saya mengangap Muhammad seorang petah tetapi bila membuat kajian ini saya mendapati bahasanya terbatas iaitu sering malakukan pengulangan bila bercakap. Dia seorang yang mudah untuk diberi tunjuk ajar tetapi mungkin disebabkan kesibukan dan kekangan masa bersamanya dan adik beradiknya mempunyai jarak umur yang jauh darinya menyebabkan kurang komunikasi antara Muhammad dan orang disekelilingnya dan ini menyebabkan perbendeharaan katanya juga terbatas. Muhammad juga kadang-kadang suka menunjukan sikap panas barannya apabila kemahuannya tidak dituruti. Dan apabila saya membuat kajian sememangnya pada usia ini anak-anak mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Apa yang dapat saya lakukan mengikut kehendaknya selagi ia wajar diikuti. Saya nyatakan kepadanya andai tidak dapat mengikut kehendaknya supaya ia sedar bukan semua yang ia mahu ia dapat. Lama-kelamaan barulah Muhammad sedar apa yang kita jelaskan. Sepanjang kajian kes ini dijalankan apa yang dapat saya lihat Muhammad suka bertanya tetapi kerana kesibukan masa saya sering tidak menjawab pertanyaannya. Tetapi apabila saya mula melayan pertanyaannya perkembangan bahasa dari segi pertuturannya turut meningkat. Jika saya banyak meransang Muhammad dari dulu mungkin sekarang dia lebih baik dari segi pertuturannya dan perkembangan bahasanya. Walaupun beliau tergolong dalam kanak-kanak yang lincah dan suka berbicara tetapi apabila orang sekeliling mengajukan soalan dia tidak spontan menjawab tetapi mengambil masa untuk membalasnya. Muhammad juga sering bertutur menggunakan bahasa yang sering didengar sahaja iaitu melalui pengasuhnya. Sejak kajian kes ini dijalankan saya lebih banyak meluangkan masa dengan menjalankan aktiviti bersama seperti menyanyikan lagu dan bermain dengannya. Apa yang pasti

Muhammad mempunyai keinginan yang tinggi untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti dan perbualan dan ini merupakan satu cara terbaik untuk menggalakan perkembangan pertuturannya. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasanya dapat dilihat dari segi keadaan keluarga Muhammad tergolong dari keluarga yang sederhana dan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata lebih cepat dan tinggi. Selain itu Muhammad lebih cepat

bercakap dan lebih banyak berinteraksi memandangkan kakak dan abangnya mempunyai jarak umur yang jauh darinya dan mereka lebih berinteraksi denganya dan mendapat layanan yang cukup daripada kedua ibubapanya tetapi disebabkan masa yang diperuntukan kepadanya kurang komunikasinya juga terbatas dan kurang rangsangan. Menurut teori pembelajaran intraksionalis kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguastik. Teori ini berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berintraksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat. Apa yang saya lihat pada umur ini Muhammad mula mengambil bahagian dalam perbualan dan mudah menyesuaikan diri dalam perbualan iaitu dengan mula berinteraksi dengan rakan sebaya dan dapat menggunakan speech register byebye, terima kasih dan assalamualaikum. Apa yang harus saya lakukan Cuma perbanyakan rangsangan. Perkara yang paling menarik ketika kajian kes ini dijalankan Muhammad mampu untuk menyanyikan lagu dari nyanyian Maher Zain yang bertajuk Open Your Eye. Bagi seorang kanak-kanak yang berumur 2 tahun lebih ini pasti amat membanggakan ibubapa apabila kanak-kanak terkecil telah berkatakata tanpa segan silu dan bagi saya ini juga merupakan pendedahan bagi seorang kanakkanak untuk bertutur dan berkata-kata. Sesuatu yang menarik perhatian saya ketika kajian ini dilakukan ketika memerhati Muhammad dapat bermain mainannya dengan imaginasi yang tinggi seperti ketika memegang kenderaan mainan, dia menggunakan imaginasi dan suaranya dengan menggerakan kenderaan sambil suaranya berbunyi mengaum. Perkembangan Muhammad selalu menonton cerita Thomas And Friend. Aksi menghidupkan enjin, berlanggar dan memandu laju dipenuhi dengan aksi dan bunyi yang menarik dan menyaksikan bagi sesiapa yan melihatnya seperti berbunyi bomm ketika kereta berlanggar. Muhamad juga menunjukan kematangan dalam menggunakan bahasa dan dia juga berusaha untuk mengatasi masalah sebutan contohnya ketika menyebut mama nak atan acik jika saya memperbetulkan apa yang disebut Muhammad terus menyebutnya dengan betul. Contoh acik menjadi nasi. Sebutanya juga bertambah baik dan dapat dikawal. Muhammad juga dapat mengulangi seni kata walaupun dengan caranya sendiri tetapi sebutannya dapat didengar dengan baik. Mengikut Nelson (1973), pekembangan semantik kanak-kanak pada 2 tahun pertama tertumpu kepada perkara objek dan tindakan. Begitu juga dengan Muhammad beliau lebih banyak menggunakan kata nama berbentuk objek seperti epal, bola, mama, abah kata

perbuatan seperti pandang / tengok, bye-bye / jalan. Dia juga banyak menggunakan kata sifat objek dan rujukan tempoh atau masa yang mengatakan keadaan seperti habis, kotor dan cantik. Perkataan yang menunjukan kepada emosi seperti sakit, tak nak atau terima kasih dan juga perkataan yang semata-mata berfungsi sebagai kata bahasa seperti mana atau apa. Menurut Bloom (1998) apabila berumur 2 tahun kanak-kanak sudah dapat menggunakan sekurang-kurangnya kombinasi 2 patah perkataan dan dapat mengaplikasikan peraturan tatabahasa dalam penggunaan ayat-ayat telegrafik daripada kombinasi dua patah perkataan ini. Semasa kajian ini dijalankan apa yang dapat dilihat Muahmmad dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan moral atau sifat nama seperti comel atau cantik. Muhammad sering memujinahli keluarganya atau orang terdekat dengannya dengan mengatakan cantiknya sebaliknya jika sesuatu barang itu tidak diminati atau tidak memenuhi citarasanya ia akan mengucapkan sebaliknya. Contoh Muhammad tak nak beg tu tak cantik. Brown (1980) dalam Principles Of Languange Learning and Teaching menyatakan bahawa kanak-kanak lahir kedunia ini ibarat sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitaran yang akan membentuknya secara perlahan-lahan bagi membuat pengubahan terhadap tingakah lakunya. Apa yang dapat saya kaitkan dengan teori ini Muhammad lebih cenderung untuk menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraannya mungkin disebabkan kurang pendedahan Bahasa Inggeris. Memandang beliau lebih banyak masa bersama pengasuhnya iaitu dari pagi hingga malam. Walaubagaimanapun saya tidak ketinggalan untuk mengajarnya Bahasa Inggeris dan ternyata beliau mudah untuk mempelajarinya. Contohnya semasa kajian ini dilakukan saya cuba memperkenalkan objek-objek disekeliling contoh bola-ball, kipas-fan dan ayat-ayat mudah seperti thank you, good night dan im sorry. Menurut model behavioris pembelajaran bahasa merupakan proses yang menjurus kepada model rangsangan gerak balas. Mengikut Pianget, pada usia dua tahun

pada peringkat ini mereka mempelajari konsep konkrit kepada konsep abstrak dan seterusnya dapat menyusun makna perkataan mengikut tatabahasa secara umumnya Muhammad banyak melakukan kesilapan dalam berbahasa. Saya sebagai orang dewasa banyak memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasanya. Mengikuti Piaget perkembangan intelek iaitu sensori motor praojurasi dan operasi konkrit. Pada masa ini Muhammad mula memahami ada perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna tetapi dalam peringkat konkrit dan tidak memahami perkataan abstrak.

Contohnya dia sudah dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan suka dan sedih. Suka apabila mendapat sesuatu yang dihajati dan sedih apabila dimarahi. Muhammad dapat menamakan objek atau kejadian dan menguatkan teorinya. Kaedah penyataan data yang digunakan dalam kajian ini dengan

memerhatikan perbualan antara Muhammad dan bapanya. Manakala situasi kedua Muhammad dan sepupunya yang berusia 2 tahun 9 bulan. Kaedah pengukuran yang diguna adalah berdasarkan mengenal gambar mengikut Bryen dan Gallagher (1991) strategi ini digunakan dengan meluas sebagai ujian yang standard untuk menguji kepahaman kanak-kanak kecil. Seterusnya kaedah temubual, ujian bahasa dan senarai semak. Daripada kaedah pemerhatian saya dapat membuat kajian secara berkala dan lebih tepat. Muhammad mula menonjol diri mengunakan semua benda disekitarnya dengan melukis, menconteng, dah menulis. Tetapi apa yang dilukis dan ditulis biasanya dalam bentuk menconteng sahaja. Muhammad dapat memotong kertas selepas diberi sedikit latihan begitu juga dia dapat menulis dengan pensil dan melukis apa yang dia faham. Biasanya ketika bercakap Muhammad selalu menggunakan perkataan ataupun ayat pendek. Tetapi dia sekarang sudah dapat menyebut perkataan yang agak jelas Cuma kadang-kadang ayatnya kurang jelas oleh itu saya cuba memahami apa yang diperkatakan dan cuba memperbaiki ayatnya secara tidak langsung. Contohnya nak air juk saya hanya sebutkan semula adik hendak minum air sejuk ya. Saya cuba bercakap dengan perkataan yang je las dan betul. Hasilnya lama-kelamaan Muhammad meniru cara saya bercakap dan menyusun ayat. Selain itu saya menjalankan kaedah temubual bersama pengasuhnya, pemerhatian seharian iaitu dari segi pergaulan dengan keluarganya dan kawannya. Melalui kaedah temubual saya mendapat banyak maklum balas aktiviti sehariannya. Muhammad sering mengajak pengasuhnya bermain dengannya seperti bermain bola. Dia sering juga berbual dengan jiran-jiran di sekelilinya. Muhammad boleh memberitahu nama ibu dan bapanya, perkerjaan ibu dan tidak dapat menyatakan perkerjaan bapanya. Tapi Muhammad sering menyatakan abah gi klinik tengok orang sakit / cucuk orang sakit. Muhammad juga sering melakonkan watak bapanya yang hendak pergi kerja dan memesan kepada pengasuhnya supaya duduk baik-baik nanti Muhammad balik belikan coklat iaitu apa yang sering diucapkan oleh bapanya. Kaedah ujian bahasa, saya membuat aktiviti bagi meransang perbualan. Contohnya saya meletakan objek yang berbunyi seperti jam, kunci dan loceng kedalam kotak.

Saya menyuruh Muhammad memusingkan badan kebelakang ataupun menutup mata dan saya goncangkan kota supaya berbunyi dan menyuruhnya meneka apa yang ada di dalam kotak itu. Dan saya Tanya apa kegunaan objek. Pada permulaannya Muhammad tidak dapat meneka tetapi apabila sudah biasa dia dapat meransang perbualannya. Saya banyak bercakap dengannya berkaitan beberapa perkara berkaitan dipersekitaran. Contohnya mengenai nenek, kucing peliharaannya, kakak, kawan-kawan ataupun apa sahaja yang mereka dapat fahami dan apa yang mereka suka. Ujian ini dapat menilai dan secara tidak langsung dapat menambahkan perkataan selain memberi keyakinan kepadanya supaya bercakap. Saya sering bercakap dengannya hendak makan tanpa menumpahkan nasi ke lantai, apa yang ada di dalam rumah berkenaan dengan haiwa peliharaan dan banyak lagi. Saya bercakap dengan bahasa yang mudah dan senang difahami olehnya. Untuk senarai semak saya membuat satu borang kajian kes yang berlansung secara tiga minggu. Bil 1 Perkara Memahami perkataan 2 Menyebut perkara 1 2 3 Minggu 1 maksud 2 Minggu 2 3 Minggu 3 3

berdasarkan gambar 3 4 5 6 Mengajar percakapan Menyebut ayat mudah Mengunakan ayat tanya Perkembangan menyanyi dan mengikut lagu dan muzik yang didemgar 7 Memahami arahan yang 2 diberi 8 Melaksanakan yang diberi arahan 2 3 4 3 4 2 1 2 2 3 2 3 3 4 3 4 4

Markah penilaian 1- Kurang baik 2- Sederhana 3- Baik 4- Amat baik

Pada minggu pertama Muhammad kurang memahami maksud perkataan contohnya petik , Muhammad tetapi setelah diulang beberapa kali Muhammad sudah memahaminya. Muhammad dapat menyebut perkara berdasarkan gambar setelah beberapa kali ujian dijalan terutama gambar yang tiddak ada dipersekitaran atau kurang didedahkan kepadanya. Muhammad juga dapat menyebut perkara berdasarkan gambar pada minggu ketiga tetapi masih perlukan masa dan peneguhan. Bila diajar bercakap Muhammad mudah untuk mengikutinya, begitu juga degan menyebut ayat mudahdan menggunakan ayat Tanya. Muhammad juga mudah menghafal lirik walaupun kadang-kadang ada bahasa yang tidak tepat tetapi melalui nyanyian ia mudah menghafalnya. Muhammad juga mudah memahami arahan yang diberi dan melaksanakan arahan yang diberi, contohnya Muhammad tolong tutup pintu Muhammad dengan segera menjalankan arahan yang diberi.

Refleksi Jutaan ucapan penghargaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada pensyarah penasihat, Puan Low Siew Wah atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan oleh beliau sebelum dan semasa tugasan ini dilaksanakan. Saya menyedari bahawa tanpa tunjuk ajar dan bimbingan puan, sudah pasti saya tidak mampu untuk melaksanakan kerja khusus ini. Ribuan ucapan terima kasih juga ingin diucapkan kepada para sahabat seperjuangan yang sama-sama melaksanakan tugasan ini. Bantuan dan bimbingan kalian tidak akan saya lupakan. Tanggapan pertama saya apabila mendapat tugasan ini ialah tugasan ini

sangat sukar. Setelah saya meneliti dan menyelidik soalan tugasan yang diberikan, barulah saya faham segala kemahuan tugasan ini dan ianya tidaklah sesukar yang saya sangkakan tetapi ianya agak mencabar. Tugasan ini telah banyak memberikan pengalaman yang bermakna kepada saya., banyak perkara baru yang dapat dipelajari bermula dari penghasilan serta refleksi keseluruhan. Melalui tugasan ini, kerjasama antara antara rakan-rakan dapat diterapkan serta mengeratkan tali silatulrahim yang telah lama terjalin . Semoga pengalaman yang diperolehi dapat saya manfaatkan untuk anak-anak didik saya serta keluarga. Semasa mendapat tugasan untuk PRA 3104 saya amat teruja dan berbagai perasaan yang menerjah ke kotak fikiran ini. Adakah saya dapat melakukan kerana saya berasa ia begitu mencabar. Saya mengambil keputusan untuk membuat kajian keatas anak sendiri kerana ia memudahkan tugasan saya dan secara tidak langsung saya dapat mengkaji perkembangan bahasanya. Sebelum membuat kajian, saya terlebih dahulu membuat teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa yang berkaitan denganperkembangan bahasa kanakkanak. Dan saya mencari punca mengapa anak saya petah bercakap tetapi banyak mengulangi ayat yang sama. Saya rasa bersyukur setelah membuat kajian barulah saya dapat mengenalpasti perkembangan bahasa kanak-kanak. Setelah menjalani kajian ini saya berpendapat bahawa kanak-kanak haruslah dibenarkan bercakap. Saya percaya ibubapa harus lebihmenguasai bagaimana cara terbaik membantu anak dan hanya melalui memerhati, mengawasi, dan memahami anak berulah saya boleh menilai kemampuannya dan membantu mencapainya. Subjek kajian pendek telah saya jalankan kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 10 bulan iaitu Muhammad Zaim Arif. Muhammad merupakan anak saya sendiri.

Secara tidak langsung kajian ini memberi peluang kepada saya untuk mengikuti perkembangan pertuturan anak saya secara lebih terperinci. Setelah selesai menjalankan kajian tentang pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak, saya menemui beberapa kekuatan bagi kajian ini. Pada pendapat saya kekuatan kajian ini adalah saya dapat mendengar dengan lebih terperinci setiap sebutan yang diujarkan oleh anak saya.Jika Sebelum ini saya mungkin tidak ambil kisah dengan sebutan atau perbualannya tidak betul yang disebut oleh anak saya tetapi setelah kajian ini dijalankan dapat memberi kesedaran kepada saya bahawa saya perlu member ransangan supaya permerolehan bahasanya lebih baik dan bertambah. Melalui kajian yang dijalankan juga, secara tidak langsung dapat mengasah kemahiran saya dalam bidang perkembangan bahasa kanak-kanak. Selama ini kemahiran ini diabaikan kerana menganggap kurang penting. Setiap kekuatan pasti ada kelemahannya. Begitulah juga dengan kajian yang telah dijalankan.Kelemahan yang pertama saya rasai adalah berkaitan dengan kekangan masa. Untuk mendengar setiap perbualan memerlukan masa yang agak panjang dan mestilah masa yang sesuai.Kanak-kanak pula menunjukkan emosi yang kurang baik apabila mengetahui ianya diperhatikan. Oleh yang demikian pelbagai cara perlu dilakukan untuk memastikan anak mahu bercakap. Kanak-kanak seusia Muhammad juga bijak memanipulasi keadaan. Dia tahu jika dia diperhatikan dia akan diam atau cakap secara berbisik. Maka proses akan terganggu. Perkara yang menyeronokkan ketika menjalankan kajian ialah dapat melihat dan mendengar semula celoteh kanak-kanakterutama anak sendiri. Banyak perkataan yang mampu diucapkan oleh Muhammad dan kadangkala ada perkataan-perkataan baru diperolehi. Ketika ini, kesabaran diperlukan bagi memastikan anak terus berceloteh. Saya juga dapat membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak yang berusia 1 hingga 4 tahun memang mudah terpengaruh dengan sesuatu perkataan yang didengarinya walaupun tidak tahu apakah maksudnya.Patutlah ada segelintir kanak-kanak yang bercakap perkara yang kurang baik kerana mendengarnya daripada orang lain.

You might also like