You are on page 1of 2

Nama pengirim : ABDUL SAMAD BIN ABDUL HAKIM

Alamat Rumah : No.154,Taman Melor,06700 Pendang,Kedah.


Alamat Pejabat : SMK Ayer Puteh Dalam,06700 Pendang,Kedah.
No.KP : 650404-02-5461
No.Tel : 04 7593261 / 019 4770621
Jawatan : Guru Penolong Kanan Kokurikulum
_________________________________________________________________

KOKURIKULUM AKTIVITI WAJIB DI SEKOLAH

Bidang pendidikan dikaitkan dengan istilah kurikulum dan kokurikulum.Dua


bidang itu telah meletakkan sistem pendidikan menjadi elemen penting ke arah
melahirkan generasi terbaik negara.Pendidikan tidak boleh bergerak di landasan
tepat jika salah satu bidang keciciran.
Akta Pendidikan 1996 mendefinisikan kokurikulum sebagai :

“apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan


pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dipelajari di bilik darjah.”

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dengan jelas memperakui bahawa
kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib dilaksanakan.Kegagalan atau
keengganan melaksanakan aktiviti ini di sekolah adalah satu kesalahan dan telah
diperuntukan sejumlah denda berbentuk wang atau penjara.
Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998, Jilid 42.No 11 Tambahan
No.41 Perundangan P.U (A) 196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan
sekolah daripada kategori yang berikut:
a.Mata pelajaran yang diajar di sekolah;
b.Hobi dan rekreasi;
c.Sukan dan permainan;
d.Badan beruniform; atau
e.Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
Setiap pelajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah diwajibkan untuk
menyertai tiga gerak kerja yang terdiri daripada unit beruniform,kelab dan
persatuan dan kelab sukan permainan.Setiap pembahagian gerak kerja itu pelajar
dikehendaki memilih satu unit sahaja yang telah diluluskan oleh Kementerian
Pelajaran.
Ringkasnya,seorang pelajar perlu menganggotai satu unit beruniform,satu kelab
atau persatuan dan satu kelab sukan yang diwujudkan di sekolah.
Contohnya,pelajar A boleh memilih unit beruniform Kadet Remaja Sekolah
(KRS),Persatuan Bahasa Inggeris dan Kelab Bola Sepak.Pelajar diberi kebebasan
untuk memilih gerak kerja kokurikulum mengikut minat atau berdasarkan hobi.
Semua gerak kerja kokurikulum yang hendak diwujudkan di sekolah perlu
mendapat kelulusan dari Menteri Pelajaran yang disalurkan melalui Jabatan
Pelajaran Negeri.Ini bermakna pihak sekolah tidak boleh menubuhkan kelab
persatuan,unit beruniform dan kelab sukan secara bebas.Pihak kementerian telah
menyediakan garis panduan yang lengkap tentang tatacara perlaksanaan aktiviti
kokurikulum di sekolah.
Semua aktiviti perlu dilakukan secara terancang dan menepati sukatan yang
ditetapkan.Sebagai aktiviti yang mempunyai kesinambungan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah maka kokurikulum dilihat sebagai
aktiviti pengukuhan kepada kemahiran yang telah diterima pelajar.
Apa yang terlihat dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah sekarang
ialah kesilapan tafsiran dan menjadikan kekangan tugas sebagai alasan ke arah
usaha memperkasakan bidang ini.
Namun begitu,kesilapan sedemikian telah diberi jawapannya dengan komitmen
Kementerian Pelajaran untuk melihat gerak kerja kokurikulum dimartabatkan
selaras dengan tafsiran Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Penulis akan cuba menghuraikan dengan lebih lanjut tentang konsep dan tata cara
perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah dalam tulisan selanjutnya.

_____________________________tamat_________________________________

You might also like