You are on page 1of 3

Graf garisan

Berdasarkan graf garisan di atas , pada tahun 2002 sehingga tahun 2004, jumlah kemalangan yang melibatkan semua pecahan kenderaan menurun, dengan graf OPS SIKAP ke 7 mencatat bilangan terendah jumlah kemalangan kembali meningkat dengan ketara di mana tahun 2007 mencatatkan bilangan tertinggi kemalangan hampir 16 000 jumlah kemalangan. Keadaan ini sangat membimbangkan kita terutama menjelang cuti perayaan di mana warga kota yang akan pulang ke kampong halaman. Selain faktor pertambahan bilangan kenderaan yang serentak di jalan raya dan sikap pemandu yang suka memandu laju dan tidak mematuhi peraturan di jalan raya.Terdapat pemandu atau penunggang kenderaan yang gagal mematuhi arahan lampu isyarat yang menyebabkan kemalangan. Begitu juga ketika hendak memotong kenderaan di hadapan. Kadangkala terdapat pemandu atau penunggang kenderaan yang

begitu berani memotong di sebelah kiri dan ketika berada di garisan kembar di jalan raya ini sangat merbahayakan pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Selain itu, faktor seperti keadaan fizikal sesuatu kenderaan itu sendiri. Terdapat pemandu yang menyangkakan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, maka tidak mendapatkan perkhidmatan servis kenderaan. Akibatnya berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku akibat dari kegagalan system brek untuk berfungsi, isyarat signal yang tidak berfungsi, enjin cepat panas, dan sebagainya. Kemalangaan mungkin akan dapat dikurangkan sekiranya mereka mengambil berat tentang fizikal dan spesifikasi kenderaan mereka.

Carta Palang

Berdasarkan carta palang di atas, ia menunjukkan bilangan pelajar dalam tiga kelab. Tiga kelaab itu ialah Kelab Catur, Kelab Koir dan Kelab Tenis. Seramai 180 orang termasuk lelaki dan perempuan telah menganggotai Kelab Catur, 20 orang perempuan dan 30 orang lelaki. Manakala bagi Kumpulan Koir, 40 orang pelajar perempuan dan seramai 30 orang pelajar lelaki. Keseluruhan ahli bagi Kelab Koir adalah seramai 70 orang. Bagi Kelab Tenis, pelajar lelaki telah mendominasi bilangan ahli kelab iaitu seramai 50 orang dan pelajar perempuan sebanyak 10 orang sahaja. Jumlah bagi ahli Kelab Tenis ialah 60 orang.

You might also like