You are on page 1of 7

Kemahiran menulis Takrif menulis Asas menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa (jauharah dan saliha,

1994), manakala menurut kamarudin (1988), tulisan pula adalah bahasa yang tertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. Oleh itu, kemahiran asas dalam penulisan berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap. Di samping itu, menulis juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu pengalaman. Kebolehan seseorang memilih dan menyusun pengalaman yang berguna untuk dikomunikasikan secara bertulis amatlah penting. Pengalaman yang dimaksudkan ialah segala hasil pemikiran, fakta, pandangan, dan pendapat sama ada diperoleh melalui pengalaman sendiri, bacaan atau pendengaran. Hal ini termasuklah segala jenis penulisan seperti penulisan kreatif, surat, catatan, ucapan dan lain-lain lagi. Kemahiran dalam penulisan Menurut jauharah dan saliha (1994), menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca. Malahan saling berhubungan antara satu sama lain.terdapat enam peringkat dalam kemahiran menulis iaitu kemahiran mekanis, kemahiran mengeja, kemahiran memilih perkataan dan kemahiran tatabahasa, kemahiran memgumpul, memilih dan menyusun isi, kemahiran menggunakan gaya bahasa dan akhir sekali kemahiran membuat pertimbangan. Kemahiran mekanis Pada peringkat ini, murid-murid dilatih menguasai kemahiran membentuk huruf bagi menulis tangan dalam sistem tulisan bahasa Melayu. Selain itu, murid dilatih menggunakan tandabaca di tempat-tempat yang betul. Kemahiran ini penting kerana tanapa penggunaan tanda baca yang betul, hasil penulisan akan menjadi sukar dibaca dan kemungkinan membawa keapada kesalahan maksud. Setelah murid menguasai kaedah menulis tulisan cap (huruf cerai), latihan selanjutnya ialah mengasah kemahiran tulisan sambung. Kemahiran mengeja Belajar mengeja adalah satu proses pembinaan konsep. Oleh itu, pelajaran mengeja perlu disepadukan dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada pada murid. Belajar mengeja juga adalah satu proses perkembangan: murid akan melakukan kesalahan dan belajar daripada kesalahan itu. Kemahiran memilih perkataan dan kemahiran tatabhasa Bagi memperolh kemahiran ini, murid sekolah rendah diajar secara tidak formal tetapi terancang te ntang unanag-undanag bahasa yang merangkumi aspek morfologi dan sintaksis supaya murid boleh: i. ii. iii. Menggunakannya dengan tepat dan berkesan dalam menulis. Menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam pelbagai konteks. Membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam pelbagai konteks penulisan.

Kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seseorang itu memilih dan menyusun pengalaman yang berguna. Pada keseluruhannya semua jenis penulisan terdiri daripada fakta, pandangan dan pendapat yang dipilh dan disusun dengan baik bagi tujuan penulisan yang khusus. Kejelasan tujuan, ketepatan fakta dan kekemasan susunan menentukan keberkesanan hasil penulisan. Kemahiran menggunakan gaya bahasa Gaya bahasa sesuatu penulisan dilihat dari aspek pemilihana perkataan, kesesuaian dan kegunaan bhan yang ditulis. Melalui bimbingan guru dan latihan yang dilakukan, murid seharusnya sapat membina pemikirn yang tajam tentang kesesuaian bahasa dan bentuk penulisan yang mereka gunakan. Semasa murid berbincang dengan guru atau rakan sekelas tentang sesuatu penulisan yang mereka hasilkan, mereka akan dapat melihat betapa pentingnya gaya persembahan dalam menentukan keberkesanan penulisan mereka. Kemahiran membuat pertimbangan Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan murid menentukan penggunaan laras bahasa dan gaya bahasa yang sesuai untuk menulis jenis-jenis penulisan yang berlaianan seperti menulis surat, laporan, pesanan, mini mesyuarat atau menulis cerita. Perinkat-peringkat pengajaran menulis Jenis-jenis kemahiran tulisan Menurut kamarudin (1988) dan abu bakar, abdullah dan omar hisham (2006), telah menyatakan bahawa terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. Pertama kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ilah kemahiran untuk pelahiran (mental). Kemahiran menulis secara mekanis Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan, supaya berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis. Misalnya, menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah: i. ii. iii. iv. Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk atau membuat garisan-garisan, bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya. Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya. Bermain dengan benda-benada seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.

v. vi. vii.

Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak, kekemasan, kebersihan dan lain-lain. Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca. Melatih menulis cantik.

Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental) Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ialah: i. ii. iii. iv. Latihan pernyataan fikiran atau pendapat. Latihan pernyataan perasaan. Latihan pernyataan kehendak. Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.

Strategi megajar kemahiran menulis Sukatan pelajjaran Bahasa Melayu menyatakan bahawa objektif program pengajaran kemahiran menulis ialah untuk membolehkan murid dapat menulis karangan dan surat kiriman yang menepati maksud dan tajuknya. Muird juga seharusnya boleh faham dan mampu mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan harian. Oleh itu, untuk mencapai tujuan ini, strategi pengajaran yang berasaskan kepada pemeringkatan disarankan dan pemeringkatan ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat: i. ii. iii. Peringkat pra menulis (persediaan) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis) Peringkat untuk pelahiran

Peringkat menulis Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan denagn aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otototot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lamabnag yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas. latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut: i. ii. iii. iv. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.

Peringkat mendirikan asas (peringkat tulisan mekanis)

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensil serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lamabang tulisan. Pada peringakat awal, dicadangakan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan baharulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Latihan ini harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Kemahiran menulis mekanis boleh dijalankan dengan berfokus kepada empat aktiviti penting: i. ii. iii. iv. Kemahiran tulisan tangan iaitu kebolehan murid membentuk huruf, mengetahui konsep jarak perantaraan huruf dalam perkataan dan jarak perantaraan perkataan dalam ayat. Kemahiran huruf besar. Kemahiran tanda baca. Kemahiran mengeja.

Peringkat menulis untuk penglahiran Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambargambar dan perkataan, mengisi temapat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga muridmurid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti-aktiviti menulis yang boleh dijalankan ialah aktiviti menulis serta aktiviti menulis dan mengarang. Menurut jauharah dan saliha (1994), kemahiran menulis dan mengarangboleh dikategorikan kepada enam bahagian, iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. Kemahiran menulis berkait dengan perbendaharaan kata dan ejaan. Kemahiran menulis berkait dengan kefahaman. Kemahiran menulis berkait dengan tanda baca. Kemahiran menulis berkait dengan kemahiran belajar. Kemahiran menulis berkait dengan tatabahasa. Kemahiran menulis berkait dengan karangan.

Penulisan mempunyai bentuk dan format seperti prosa dan puisi. Setiap bentuk penulisan mempunyai format dan gaya persembahan yang tertentu dan gaya persembahan yang khusus bagi menulis surat kiriman, cerita, laporan dan minit mesyuarat. Penilaian kemahiran menulis. Pada hakikatnya kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang lebih kompleks daripada kemahirankemahiran yang lain. Kemahiran ini bukan sahaja memerlukam kemahiran mengenal pasti perbezaan dan mengingati bentuk, nama dan bunyi-bunyi huruf tetapi juga memerlukan kesediaan otot jari-jemari tangan yang membolehkan seorang kanak-kanak ini membentuk pengamatan mata dan tangannya sewaktu menulis serta boleh menggerakkan dan tangannya untuk mengikuti gerak penulisan dari kiri ke

kanan bagi tulisan Rumi dan kanak ke kiri bagi tulisan Jawi. Selain itu, murid-murid perlu menguasai kemahiran bertutur dan membaca untuk membolehkannya membaca dan meneliti semula sesuatu yang telah ditulisnya. Pada peringkat sekolah rendah, penilaian dan pengujian bagi kemahiran ini haruslah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pratulisan, tulisan mekanis serta tulisan dan karangan (Dalam Raminah, 1991). Menilai kemahiran pratulisan Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu di negara ini, pada umumnya, penilaian kemahiran pratulisan tidak begitu perlu dijalankan oleh guru keranas pada kebiasaannya seseorang murid itu telah melalui pendidikan prasekolah di taman-taman pendidikan awal kanak-kanak sebelum mereka dihantar oleh ibu bapa mereka ke sekolah-sekolah rendah. Di taman asuhan kanak-kanak, mereka telah didedahkan kepada berbagai-bagai aktiviti prabacaan dan pratulisan.pada kebiasaannya, apabila kanak-kanak ini memasuki tahun 1, mereka telah pun menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Oleh yang demikian, guru-guru tidak perlu lagi mengadakan aktiviti-aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya guru mendapati bahawa masih ada murid yang tidak menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut, maka penilaian secara tidak formal iaitu melalui pemerhatian gerak balas murid kepada aktiviti-aktiviti pratulisan yang dijalankan di bilik darjah perlulah dibuat. Di antara aktiviti pratulisan yang bloleh dijalankan ialah menyuruh murid melakukan gerak-gerak tangan, mata dan koordinasi tangan dan mata sama ada di atas kertas, di udara ataupun di atas pasir. Gerak-gerak tangan yang dilakukan itu haruslah dapat melatih murid-murid membuat bentuk-bentuk tertentu seperti bulatan, garisan, empat segi, tiga segi. Awan larat, huruf-huruf dan yang seumpamanya. Sewaktu murid memberi gerak balas terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu, guru mestilah memerhatikannya untuk memastikan sama ada murid sudah mempunyai kesediaan untuk belajar menulis atau sebaliknya. Sebagai langkah yang selanjutnya, aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid membuat lakar atau menuliskan bentuk-bentuk tersebut di atas kertas bolehlah dijalankan. Sepanjang waktu murid menjalani kegiatan itu, guru mestilah memerhatikan dengan teliti untuk mengesan masalah-masalah fizikal yang mereka hadapi. Misalnya masalah kesukaran memegang pensil, menekan dan menggerakkan pensil di atas kertas, masalah menulis di dalam ruang atau garis yang disediakan dan masalah ketidaktepatan melukis bentuk-bentuk yang ditentukan. Menilai kemahiran mekanis Penilaian kemahiran menulis mekanis bertujuan untuk mengukur kebolehan dan kecekapan murid dalam mengenal huruf-huruf dan menggabungkannya menjadi perkataan dengan tulisan yang jelas dan tepat. Di samping itu juga, menilai kemahiran menggunakan sistem ejaan denagn betul dan kemahiran mengenal

pasti dan membezakan di anatara suku kata dengan perkataan. Di anatara teknik-teknik penilaian yang boleh dilakukan ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. Menekan atau menyambung garis-garis. Memadakan. Menyalin semula. Mengisi ruang atau petak kosong. Menamakan gambar. Membentuk perkataan daripada suku kata.

Menilai kemahiran mengarang Penulisan karangan meliputi bidang yang amat luas. Hal ini demikian penulisan meliputi pelbagai bentuk dan jenis, bukan sahaja karangan berbentuk prosa tetapi juga puisi. Bentuk prosa itu sendiri terbahagi kepada beberapa jenis seperti penulisan berbentuk hujahan, huaraian, kritikan, kreatif, surat kiriman, laporan, minit, catatan dan sebagainya. Begutu juga bentuk puisi terbahagi kepada beberapa bentuk seperti pantun, syair dan sajak. Oleh itu, aspek yang boleh dinilai untuk kemahiran ini juga luas. Walau bagaimanapun, untuk tujuan menilai kemahiran ini dalam kalangan murid sekolah rendah, kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek teknikal dalam penulisan dan aspek kandunagn dalam penulisan itu sendiri. Menilai aspek teknikal dalam karangan Aspek teknikal dalam karangan ialah aspek-aspek yang berkaitan dengan ketepatan ejaan, kejelasan dan ketepatan penulisan huruf, penggunaan tanda-tanda bacaan, penggunaan huruf kecil dan huruf besar dan kekemasan tulisan secara keseluruhan. Kesemua aspek ini perlu dinilai dan diberi penekanan sejak dari peringkat sekolah rendah lagi supaya kemahiran menulis denagn ciri-ciri yang sedemikian dapat dijadikan amalan oleh murid-murid dan secara langsung dapat meningkatkan kemahiran menulis dan mengarang secara sistematik. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan untuk tujuan ini ialah: i. ii. iii. Menyalin. Ujian imlak. Menulis semula petikan.

Menilai kemahiran mengarang Berbeza dengan penilaian menulis teknik, penilaian terhadap kemahiran mengarang ini lebih menitikberatkan aspek kebolehan murid membina ayat-ayat yang gramatis, menggunakan perbendaharaan kata dalam konteks ayat dan menyampaikan buah fikiran dalam bentuk wacana yang utuh, jelas dan mudah difahami. Di antara aspoek-aspek yang perlu diberi perhatian ialah kesesuaian dan ketepatan tatabahasa, keluasan dan ketepatan penggunaan perkataan, kelancaran dan kejelasan

penyampaian dan juga aspek-aspek teknikal karangan itu. Pada peringkat sekolah rendah, penilain terhadap kemahiran mengarang haruslah dijalankan pada dua peringakat. Pertama, sebelum murid-murid boleh mengarang secara bebas, penilaian terhadap kemahiran murid dalam aspek ini boleh dibuat berdasarkan karangan berpandu. Di anatara teknik-teknik yang boleh dijalankan untuk tujuan ini ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. Menyambungkan beberapa ayat untuk membentuk satu ayat yang lebih kompleks. Meluaskan ayat dengan menambahkan keterangan kepada komponen-komponennya. Melengkapkan ayat. Membuat ayat daripada perkataan-perkataan yang baru dipelajari. Menyusun semula perkataan untuk membentuk ayat gramatis. Menulis cerita berdasarkan gamabar, sama ada gambar bersiri atau gambar tunggal Menyusun semula ayat-ayat yang tela diubah-ubahkan kedudukannya untuk membentuk sebuah cerita yang betul urutan logiknya. Menulis karangan pendek berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan berkaitan dengan sesuatu tajuk. Mengisi borang. Menulis surat kiriman Menjawab soalan secara bertulis. Membina soalan daripad petikan. Meringkaskan karangan. Mengubah bahagian-bahagian tertentu dalam karangan yang diberikan. Alih bahasa. Menulis karangan.

Setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis dengan baik dan sudah memperlihatkan kebolehan menulis karangan secara berpandu, penilaian boleh diteruskan kepada peringkat yang selanjutnya iaitu menulis karangan bebas. Kemahiran terhadap penulisan beberapa jenis karangan boleh dinilai pada peringkat ini. Di anataranya ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Menulis karangan secara bebas berdasarkan tajuk yang diberi. Menulis laporan. Beberapa kegiatan dan peristiwa boleh dijadikan fokus laporan. Mencipta kad-kad ucapan. Menyediakan teks ucapan atau syarahan. Menulis cerita. Mencipta puisi.

Kelebihan alat yang digunakan.

You might also like