You are on page 1of 10

GURU DAN CABARAN MASA KINI Pendahuluan

Kini isu-isu yang berkaitan dengan masalah dan cabaran dalam pendidikan banyak dipaparkan di media eletronik dan media massa. Isu seperti keruntuhan akhlak remaja masa kini dan cabaran di era globalisasi menyebabkan guru terpaksa berjuang untuk menggalas amanah yang telah di berikan. Cabaran menjadi guru masa dahulu mungkin berbeza dengan cabaran menjadi guru masa sekarang. Jika dahulu guru merotan murid yang melakukan kesalahan akan dihargai oleh ibu bapa. Tetapi sekarang jika guru merotan walau untuk mendidik, pastiguru itu dimaki hamun dan mungkin didakwa oleh ibu bapa tersebut. Jika dahulu, cabaran guru-guru ketika itu ialah terpaksa mengajar di bawah pondok-pondok yang daif, tanpa kemudaahan insratruktur yang sempurna, tanpa kemudahan teknologi yang terkini seperti computer dan makmal sains, namun murid-muridnya tetap tekun untuk hadir ke sekolah. Berbeza dengan masa kini, walau disediakan dengan pelbagai kemudahan, bangunan-bangunan sekolah yang cantik beserta kemudahan yang terkini, tetapi murid-muridnya tidak pula berminat untuk hadir ke sekolah

CABARAN SEORANG GURU

Budaya dan bahasa masyarakat setempat Moral pelajar

kemahiran

Beban tugas

pengetahuan

Mengajar bukan opsyens

Pengetahuan bahasa lain Cabaran seorang guru

Bertugas di pedalaman Karenah pentadbiran Kemajuan teknologi infomasi dan komunikasi

System dokumentasi

Rakan setugas Ibu bapa Kekurangan kemudahan mengajar

Pengaruh media

1. KEMAHIRAN

Isu kemahiran sering menjadi masalah utama sebagai seorang guru. Hakikat yang perlu diakui ialah pengetahuan dan kemahiran yang kita peroleh semasa di institute perguruan itu adalah kemahiran yang asas. Kerana apabila kita berada dalam lapangan pendidikan itu sendiri, kita akan berasakan bahawa kita masih mempunyai kekurangan dalam beberapa kemahiran.

Sebagai contoh, semasa di institut kita tidak diajarkan bagaimana untuk menjalankan kerja sebagai kerani. Tetapi apabila kita menjadi guru pada masa kini, guru perlu melakukan beberapa kerja yang sebelum ini dilakukan oleh kerani seperti kerja menaip surat, mengisi data murid, melakukan kerja yang berkaitan data fail dan dokumentasi. Jika dahulu, guru hanya bertugas sebagai pengajar, kini tidak lagi. Guru perlu menjadi kerani, penasihat dekorasi, penceramah, pelakon, jurukamera, tukang kebun dan sebagainya. Hal ini menuntut guru perlu menyediakan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan

2. BEBAN TUGAS

Mungkin sebelum ini anda beranggapan bahawa guru mempunyai waktu bertugas yang cukup singkat iaitu dari jam tujuh pagi hingga dua petang. Sila ubah persepsi anda tersebut ! Rata-rata guru menjalankan tugas mereka lebih daripada itu. Tempoh jam tujuh hingga dua petang adalah tempoh pendidikan formal. Tetapi tugas guru tidak terhad pada masa tersebut. Petangnya guru perlu menghadirkan diri bagi mengadakan kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum. Pada malam hari guru perlu menyediakan rancangan pengajaran bagi pengajaran esoknya. Guru juga perlu menghadiri kursus, taklimat atau mesyuarat yang diadakan pada cuti sekolah.

Selain itu, guru turut di bebani dengan jawatan di sekolah seperti Guru Disiplin, Guru Bidang, Guru Panitia dan sebagainya

3. MENGAJAR BUKAN OPSYEN

Harus diingatkan bahawa anda tidak semestinya akan mengajar mata pelajaran seperti opsyen anda semasa di institut. Anda mungkin akan dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek selain daripada opsyen anda di sekolah tersebut. Hal ini merupakan cabaran yang akan anda tempuhi, akibat masalah kekurangan opsyen tersebut atau lambakan guru daripada opsyen yang sama dalam sebuah sekolah.

4. BERTUGAS DI PEDALAMAN

Antara cabaran yang sering digeruni oleh bakal-bakal guru ialah terpaksa mengajar dikawasan pedalaman seperti di Gua Musang Kelantan, Belaga, Niah, Kapit di Sarawak dan tempat-tempat lain. Inilah dugaan yang terbesar kerana terpaksa mengajar di kawasan yang asing dari kampung halaman. Terpaksa meninggalkan suami, isteri dan anak-anak. Kawasankawasan pedalaman ini ada diantaranya jarang dapat berhubungan dengan dunia luar disebabkan oleh faktor perhubungan, komunikasi dan sebagainya yang menyukarkan guru untuk berhubungan dengan dunia luar untuk tempoh masa yang panjang.

5. KARENAH PENTADBIRAN

Semasa menjawat jawatan sebagai kakitangan awam, semestinya kita akan berurusan yang bersangkut paut dengan karenah pentadbiran dan birokrasi. Sebagai contoh, isuisu berkaitan dengan permohonan perpindahan, pelaporan dan dokumentasi, tuntutan bayaran dan apa sahaja yang berkaitan dengan pentadbiran. Hal ini sedikit sebanyak akan memberikan cabaran kepada guru. Guru perlu menunjukkan sikap yang professional dalam menghadapi permasalahan seperti ini. Gunakan kewarasan dan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah tersebut.

6. KEMAJUAN TEKNOLOGI INFOMASI DAN KOMUNIKASI

Di era dunia tanpa sempadan dan zaman langit terbuka terdapat pelbagai kemajuan dari sudut teknologi dan komunikasi. Jika dahulu kita melihat orang yang bercakap sendirian akan dianggap gila, namun kini sekiranya situasi itu berlaku orang tersebut mungkin menggunakan teknologi terkini iaitu telefon untuk menghubungi seseorang. Jika dahulu manusia beranggapan bahawa peristiwa yang berlaku beribu-ribu batu lambat untuk diketahui orang, kini hanya beberapa saat ia pasti tersebar seluruh dunia. Inilah realiti yang berlaku kini guru harus menyiapkan diri dan bergerak seiring kemajuan teknologi dan komunikasi supaya kita tidak ketinggalan dan dikatakan buta teknologi.

7. IBU BAPA

Cabaran yang tidak kurang hebatnya kepada tugas guru ialah berhadapan dengan ibu bapa atau penjaga murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai .ada ibu bapa yang begitu memnjakan anak mereka, ditatang bagai minyak yang penuh sehinggakan guru tidak boleh meninggikan suara kepada anaknya, sekiranya berlaku pasti guru tersebut akan disoal atau lebih teruk disaman. Ada pula ibu bapa yang langsung tidak mengendahkan langsung anak-anak mereka. Pencapaian dalam akhlak, ujian dan sikap mereka langsung tidak diambil peduli. Bahkan ada juga ibu bapa yang terlalu berpendidikan tinggi hingga sering membicara soal akta dan tindakan mahkamah kepada guru.

8. PENGARUH MEDIA

Banyak kajian membuktikan bahawa media massa banyak mempengaruhi generasi sekarang. Setiap apa yang dipaparkan di media khususnya media elektronik, murid cenderung untuk mengikutnya. Sekiranya apa yang diikuti itu perkara yang bersifat positif, maka tidak menjadi masalah, tetapi sekiranya apa yang diikutinya adalah perkara negatif ini akan menjadi masalah kepada guru di dalam mendidik mereka dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian. Begitu juga dengan pengaruh media cetak seperti komik, dan majalah yang menghidangkan cerita-cerita yang berbaur lucah dan khurafat. Sekiranya tidak dibendung. maka sukarlah bagi guru untuk membentuk satu generasi yang berakhlak dan berbudi pekerti.

9. KEKURANGAN KEMUDAHAN MENGAJAR

Walaupun sistem pendidikan di Malaysia semakin maju, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga beberapa sekolah yang memiliki kemudahan mengajar yang sangat kurang. Guru harus bersedia untuk menghadapi situasi begini sekiranya anda ditempatkan dikawasan seperti ini. Antara kekurangan kemudahan tersebut seperti ketiadaan bekalan elektrik dan air, tiada liputan komunikasi, kemudahan komputer, kemudahan mendapatkan alat bantu mengajar dan sebagainya. Ada juga antara sekolah-sekolah khususnya kawasan pedalaman yang memiliki bangunan sekolah yang uzur dan daif untuk diduduki. Oleh yang demikian guru harus sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi seperti itu bagi mengelakkan tekanan kerana ianya akan menjejaskan prestasi sebagai pendidik bangsa.

10. BUDAYA DAN BAHASA MASYARAKAT SETEMPAT

Sebelum berkhidmat di tempat yang telah ditetapkan sebaiknya dilakukan sedikit kajian berkaitan budaya dan bahasa masyarakat setempat supaya tidak berlaku perselisihan pendapat dan sebagainya di kemudian hari, ini perlu kerana setiap daerah mempunyai adat budaya tersendiri yang berbeza antara kawasan terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak Berkaitan dengan bahasa, setiap tempat mempunyai dialek yang berbeza oleh itu, sebagai guru perlulah berhati-hati dalam setiap pertuturan supaya tidak berlaku perselisihan berkaitan maksud perkataan yang dituturkan.

11. MORAL REMAJA

Perkara yang sering memberi cabaran kepada guru ialah masalah sosial remaja masa kini yang cukup membimbangkan. Sering kali di paparkan di setiap dada akhbar berkaitan isu-isu keruntuhan moral pelajar seperti merokok, dadah, seks bebas, buang bayi dan sebagainya. Sekiranya guru mmenegur perbuatan mereka, guru akan dijadikan musuh mereka. Perkara ini mungkin tidak berlaku pada masa dahulu di mana murid-muridnya akur dan menghormati para guru mereka. Ia turut disokong oleh ibu bapa untuk memberikan ruang kepada guru dalam membentuk akhlak anak mereka berbanding pada masa kini.

12. PENGETAHUAN

Seiring perkembangan zaman, maka pengetahuan guru perlu ditambah bagi memastikan guru tidak ketinggalan oleh arus kemajuan. Contohnya sukatan pelajaran kini sudah berbeza sama sekali dengan sukatan pelajaran yang dipelajari oleh kita dahulu. Perubahan ini berkait rapat dengan perubahan zaman, dimana setiap sukatan adalah mengikut keperluan zaman tersebut. Oleh itu guru tidak seharusnya berasa cukup dengan pengetahuan sedia ada. Guru sebagai pengajar perlu sentiasa mengambil peluang untuk menimba ilmu.

13. PENGUASAAN BAHASA LAIN

Keadaan masa kini mendesak agar guru menguasai lebih dari satu bahasa. Isu ini turut di tekankan oleh Kementerian hingga murid kini turut diajar dengan bahasa selain Bahasa Melayu seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Guru yang mengajar subjek sains dan matematik juga perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik seiring dengan arahan Kementerian bagi mengajar subjek tersebut dalam Bahasa Inggeris.

14. SISTEM DOKUMENTASI

Pada masa kini, setiap apa yang kita rancangkan, lakukan dan penambahbaikan perlu di rekodkan dalam bentuk tulisan. Ia memberi cabaran kepada guru kerana perlu melakukan itu secara sistematik. Ditambah pula dengan pelbagai bebanan tugas dan tanggungjawab mendidik murid dan pada masa yang sama perlu menumpukan perhatian kepada perkara ini. Hal ini menyebabkan guru terpaksa menyambung tugasa mereka di rumah untuk di selesaikan. Sepwerti yang telah di nyatakan sebelumya tugas guru bukan sekadar sebagai pengajar tetapi ditambah dengan pelbagai tugas lain.

15. RAKAN SETUGAS

Rakan setugas juga merupakan satu cabaran kepada guru. Rambut sama hitam hati lain-lain, peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan kenyataan ini. Sebagai manusia yang memiliki pelbagai kekurangan dan kelemahan, manusia sering sahaja melakukan perkara yang ditegah oleh agama, perbuatan seperti kritikan dengan tujuan untuk mengaibkan, umpatan dan fitnah merupakan rencah kehidupan yang terpaksa dilalui oleh kita. Begitu juga di tempat kerja, akan berlaku perkara-perkara sedemikain dan akan ada rasa tidak puas hati antara rakan setugas terhadap setiap apa yang kita lakukan,bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak, oleh yang demikain selagi kita dapat bertolak ansur dan berkompromi terhadap sesuatu perkara maka teruskanlah dan elakkan sebarang masalah yang boleh menjejaskan reputasi kita sebagai pendidik yang menjadi perhatian setiap lapisan masyarakat.

You might also like