You are on page 1of 13

MENULIS

Menulis terbahagi kepada tiga iaitu: 1. pratulisan, 2. peringkat mekanis dan 3. peringkat untuk pelahiran. peringkat

PRATULISAN

KONSEP
Pratulisan adalah tempoh masa muridmurid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi.

AKTIVITI PERGERAKAN JARI, TANGAN & MATA Latihan mengerak-gerakkan jari. Latihan membentuk bulatan kecil dan bulatan besar di udara Latihan membuat gerakan jari di dalam air. Latihan membuat gerakan jari di atas pasir. Latihan menggolekkan bola di atas dulang berpasir/lakaran objek.

AKTIVITI MEMBUAT CORAK,MENYAMBUNG TITIK,MEMADANKAN BENTUK DLL Membuat garisan dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri. Latihan membuat garisan lurus dan bulatan. Latihan mewarna gambar. Latihan menyambung titik. Latihan membuat pelbagai jenis garisan dan bentuk. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan dengan bebas.

AKTIVITI PRATULISAN Melaksanakan aktiviti menulis dari kiri ke kanan Melaksanakan aktiviti menyambung titik dan membuat corak. Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk. Melukis gambar (membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus)

Melaksanakan aktiviti menulis dari kiri ke kanan


_ _ _ _ _ _ _ _

_ _

Melukis gambar (membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus)

Latihan membentuk garis lurus

Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir tanpa menggunakan alat tulis.

Gambar di atas boleh digunakan bagi melaksanakan aktiviti pratulisan. Manakah contoh yang paling sesuai bagi pelaksanaan aktiviti pratulisan? (A) Latihan pergerakan jari mengikut bentuk rumah (B) Aktiviti mengecam huruf-huruf bagi perkatan rumah. (C) Latihan menunjukkan bahagian-bahagian rumah dengan jari. (D) Latihan menyambung titik bagi membentuk rumah dengan pensel.

Pilih susunan yang paling sesuai untuk melaksanakan aktiviti menyambungkan titik-titik bagi membentuk gambar kereta di atas. I Pelajar diberikan kertas yang mengandungi titik-titik. II Pelajar diminta mendengar penerangan guru. III Guru menunjukkan contoh aktiviti menyambungkan titik-titik. IV Pelajar menyambungkan titik-titik hingga selesai. V Pelajar meniru aktiviti menyambungkan titik-titik.
(A) (B) (C) (D) I, II, III, IV dan V sahaja. II, III, I, V dan IV sahaja. III, II, V, I dan IV sahaja. I, II, III, V dan IV sahaja.

You might also like