You are on page 1of 2

SK (LKTP) TENGGAROH 4 MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM KALI PERTAMA 2012 Tarikh: 18.01.2012 (Rabu) Masa: 1.

20 petang Kehadiran: 18/19 orang Tidak Hadir: Pn Farah bt Hasaban

1. Ucapan Tuan Guru Besar Dimulakan dengan kalimah Bismillah, beliau berbesar hati dengan komitmen penuh yang ditonjolkan oleh semua guru SKT4 ke mesyuarat kali pertama ini. Tuan Guru Besar memperkenalkan En Abd Ghani bin Yahya yang baru sahaja melaporkan diri sebagai GPK koko SKT4. 2. Ucapan GPK Koko 2.1 Beliau mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada pentadbiran sekolah dan juga semua guru kerana penangguhan mesyuarat kali pertama ke tarikh 18.01.2012. 2.2 Penetapan masa hari ko-kurikulum mingguan SKT4 bagi sesi 2012 ialah pada setiap hari rabu. 2.3 Perjumpaan permata bagi aktivi ko-kurikulum sekolah ialah pada 1 febuari 2012. Beliau mengagihkan Buku Pengurusan Ko-kurikulum kepada semua guru yang terlibat dengan unit masing-masing. 2.4 Beliau mencadangkan agar senarai nama pelajar mengikut unit koko ditampal di susur gajah. 2.5 Peringatan bagi semua guru yang terlibat untuk membuat persiapan awal bagi acara tahunan MSSD: 2.5.1 Pertandingan Merentas Desa Peringkat MSSD Mersing 2012 2.5.2 Pertandingan Sepak Takraw MSSD 2012 2.5.3 Pertandingan Bola Sepak MSSD 2012 2.5.4 Pertandingan Catur MSSD 2012 2.5.5 Pertandingan Ping Pong MSSD 2012 2.5.6 Acara Balapan & Padang MSSD 2012 2.6 Penetapan piawai claim bagi setiap penghataran atlet ke peringkat MSSD & MSSJ 2.6.1 Makan pagi = RM 2.00/kepala 2.6.2 Makan Tengah hari = RM 4.00/kepala 2.6.3 Makan Petang = RM 1.50/kepala 2.6.4 Minyak Petrol = RM 20

2.7 Edaran surat kebenaran kepada ibubapa dan Guru Besar Sekolah Agama bagi setiap penglibatan murid. Setiap pengurus hendaklah menyediakan laporan bagi setiap kejohanan yang disertai. 2.8 Acara Tahunan SKT4 2.8.1 Sukan Tahunan dilaksanakan pada bulan Jun 2012 2.8.2 Program Tilawah 2012 2.8.3 Ujian SEGAK 2012. Dikendalikan oleh semua guru PJK dan patuhi surat pekeliling. 3. Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang ke suatu masa yang akan diumumkan kelak.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(En Amir Alifullah b Ibrahim) S/U Sukan SK Tenggaroh 4

(En Abd Ghani b Yahya) GPK Koko SK Tenggaroh 4

You might also like