You are on page 1of 40

Rumah

ABOUT ME

Blog Survey!! Sila komen E-DEKORASI

FORUM PERTANIAN KELAPA DARA

KOLEKSI KAIN BAJU ANGGUN

PANDUAN UNTUK SEARCH ARTIKEL PERKHIDMATAN MENGECAT RUMAH

PERKHIDMATAN PINDAH & PASANG ASTRO PERKHIDMATAN WIRING RUANGAN IKLAN

SENARAI HUBUNGAN USAHAWAN, PENIAGA & PEMBEKAL PERTANIAN SKY FRUIT

SUDUT AGAMA

Teratak Maya Tempatku Lepak


2008
Arkib Tahunan

Gerbang Informasi Agriculture & Aquaculture Anda

Baulu Salwa pelbagai perisa


Posted by harizamrry under Agro - biz Leave a Comment
ALOR STAR 16 Nov. Sebut sahaja kuih baulu, pasti terbayang keenakan kuih tradisonal itu yang begitu popular terutama pada hari raya dan hari-hari keramaian. Bagaimanapun, ramai tidak tahu kuih yang diperbuat daripada adunan telur, tepung gandum, gula pasir dan minyak masak atau minyak sapi itu kini mudah didapati sepanjang masa.
Noor Zuhhada Abdul Rahman bersama suami, Ismail Zakaria menyusun bahulu pelbagai perisa di Segar Mart, Alor Star, baru-baru ini. - Gambar ISMAIL KAMADIN

November 17, 2008

Jika dahulu kuih berkenaan sukar didapati kerana ia perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional, namun setelah dikomersialkan, ia boleh dibeli di mana-mana termasuk di pasar raya. Di negeri ini, jenama Bahulu Salwa yang diusahakan oleh Ismazuha Enterprise bukan satu nama asing kepada penggemar kuih tradisional tersebut. Menurut Ketua Pengarah Ismazuha Enterprise, Noor Zuhhada A. Rahman, 28, sejarah pengeluaran kuih Bahulu Salwa bermula kira-kira 15 tahun lalu apabila ibunya, Hasnah Salleh, 60, berusaha menghasilkan kuih berkenaan secara kecil-kecilan di rumahnya di Kampung Batu 19, Kubur Panjang, Pedang. Ketika itu, katanya, Hasnah mengusahakan kuih tradisional tersebut bagi menambah pendapatan keluarga mereka dengan menjualnya kepada jiran-jiran sekampung. Usaha Hasnah itu tidak sia-sia apabila Jabatan Pertanian Kedah pada 1994 telah memberikan bantuan berupa peralatan seperti pembinaan bengkel, ketuhar dan mesin pengadun tepung bagi mengembangkan perusahaan ibunya itu. Sejak itu, Noor Zuhhada memberitahu, keluarganya tidak menoleh ke belakang lagi dengan memberi sepenuh perhatian kepada perusahaan pengeluaran baulu secara komersial menerusi bimbingan Jabatan Pertanian Kedah. Sehingga kini, menurutnya, perusahaan Bahulu Salwa melibatkan tiga cawangan iaitu di tempat asal di Batu 19 Kubur Panjang, Pendang; di Jalan Datuk Kumbar dan di ruang legar Segar Mart Jabatan Pertanian Kedah, Jalan Kuala Kedah di sini. Jelasnya, cawangan di ruang legar Segar Mart dijadikan sebagai lokasi utama pengurusan dan pemasaran selain turut beroperasi untuk menghasilkan produk keluaran mereka. Syarikat kami mempunyai 13 pekerja di tiga cawangan berkenaan dengan mengeluarkan kira-kira 1,200 peket atau 12,000 kuih baulu sehari. Malah semasa musim perayaan dan keramaian, permintaan turut bertambah sehingga pekerja sambilan turut diambil, manakala tempoh pengeluaran dilanjutkan, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini. Menurut Noor Zuhhada, Bahulu Salwa bukan sahaja digemari kerana keenakan rasanya, namun ia juga boleh diperoleh dalam pelbagai perisa iaitu asli, oren, pandan, cip coklat dan strawberi. Katanya, Ismazuha Enterprise mempelbagaikan perisa baulu keluarannya bagi mencari kelainan di samping mengelakkan persaingan di pasaran.

Menurutnya, baulu perisa oren mula diperkenalkan syarikatnya kira-kira enam tahun lalu sebelum disusuli dengan perisa pandan, cip coklat dan strawberi. Golongan kanak-kanak menggemari kuih baulu perisa strawberi manakala dewasa pula perisa oren keluaran syarikat kami, ujarnya. Pelanggan yang ingin membuat tempahan Bahulu Salwa boleh mengunjungi syarikat Ismazuha Enterprise di ruang legar Segar Mart Jabatan Pertanian Kedah, Jalan Kuala Kedah dari pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Mereka juga boleh menghubungi Isma di talian 019-5464886 atau Zuha di 019- 4934192 .

Herba realisasi impian miliki tubuh sihat


Posted by harizamrry under Agro - biz 1 Comment

November 13, 2008

Raja Kenyang, Ratu Collagen penyelesaian kepada masalah obesiti, lewatkan proses penuaan PRODUK makanan dan minuman kesihatan berasaskan herba kini semakin mendapat tempat di hati penduduk negara ini, terutama mereka yang mengutamakan kesihatan berikutan gaya hidup kini yang sentiasa sibuk. Justeru, industri herba mempunyai potensi cukup besar untuk diceburi khususnya dalam pengeluaran dan pengedaran produk penjagaan kesihatan serta kecantikan. Malah, kelebihan negara kita yang memiliki kepelbagaian bio turut merangsang matlamat menjadikan negara ini pusat perdagangan herba Asia Pasifik. Di Selangor, usaha itu disandarkan kepada syarikat milik kerajaan negeri, Polens (M) Sdn Bhd (Polens) berbekalkan pelbagai tanaman herba yang hidup subur di sebuah ladang seluas 40 hektar di Rawang, dinamakan Herbatorium. Pengurusnya, Azman Jamaludin, berkata dua produk terbaru berasaskan herba keluaran Polens iaitu Raja Kenyang dan Ratu Collagen kini disandarkan harapan bagi merealisasikan impian penduduk untuk memiliki tubuh badan yang sihat, sambil membantu mereka berjimat.

Katanya, Raja Kenyang adalah minuman kesihatan yang berfungsi untuk mengurangkan rasa lapar dan pada masa sama membekalkan nutrien secukupnya yang diperlukan oleh badan. Minuman ini sesuai digunakan sebagai diet utama bagi menggantikan makanan ruji dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos sara hidup masa kini. Raja Kenyang mengandungi serat oat yang berfungsi untuk memberi kekenyangan, menyerap toksin dalam usus dan melawaskan pembuangan air besar, selain mengurangkan paras kolesterol darah dan meningkatkan stamina, katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam, baru-baru ini. Berdasarkan kajian Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Polens, unsur Psyllium Husk yang ada dalam minuman Raja Kenyang pula dapat membantu merawat masalah usus dan sistem pencernaan seperti kolitis, disenteri, masalah pundi kencing, penyakit sendi, ulser dan jangkitan sistem pembuangan air kecil. Ia terbukti berkesan membantu proses mengawal berat badan dan merawat berat badan dengan memberi rasa kenyang yang lebih lama. Kajian juga menunjukkan psilium dapat membantu merendahkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi, seterusnya mencegah penyakit jantung.

PEGAWAI Pemasaran, Norlaily Ezaty Mohd Ridzwan, menunjukkan produk keluaran syarikat Polens.
Azman berkata, spirulina yang ada dalam minuman itu mengandungi Beta Carotene yang tinggi untuk detoksifikasi usus serta vitamin B12 bagi membekalkan tenaga, tumbesaran tubuh dan memperbaiki fungsi saraf, selain mengandungi GLA (gamma linoleic acid) untuk memperbaiki paras kolesterol darah, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menggalakkan fungsi sendi tulang.

Katanya, serbuk kacang soya yang menjadi antara bahan utama Raja Kenyang adalah sumber zat besi, zink, kalium, fosforus, kalsium dan mangan yang baik. Selain kaya dengan serat dan vitamin C, ia juga mengandungi isoflavan yang menjadi sebatian fenolik penting. Serat gandum kaya dengan vitamin A, B, C, E dan K serta zat galian kalsium, ferum, magnesium, pottassium, fosforus, natrium, kobalt dan zink yang diperlukan tubuh. Ia juga mengandungi paras klorofil tinggi untuk mempercepatkan proses penyembuhan tisu yang cedera dan luka serta membersihkan keracunan toksin dalam perut dan usus, selain membekalkan oksigen yang banyak untuk kesihatan tisu, katanya. Ratu Collagen pula adalah satu formulasi bagi rawatan kulit, bertindak melalui empat peringkat iaitu menghentikan pembentukan kedut pada wajah, mengekalkan kelembapan kulit, melindungi kulit daripada kelembapan dan bertindak sebagai antioksida yang kuat. Azman berkata, pendedahan kepada tekanan, cahaya matahari, pencemaran dan radikal bebas adalah antara punca kepada pembentukan kedutan tetapi kandungan kolagen membuatkan kulit menjadi gebu dan mengekalkannya. Katanya, ia juga menguatkan salur darah dan memainkan peranan penting dalam proses pembinaan tisu. Kombinasi formula Ratu Collagen juga berfungsi merangsang penghasilan asid hialuronik, dihasilkan daripada sel kulit secara semula jadi sebagai mekanisme untuk mengekalkan kelembapan, berfungsi sebagai span dengan menyerap kelembapan dan menyegarkan kulit. Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari akan mengaktifkan melanocytes dan menghasilkan melamin yang menyebabkan kulit menjadi gelap tetapi genistein daripada soya akan menghalang penghasilan melanin dan bertindak sebagai pelindung, katanya. Dalam industri makanan, delima dikategorikan sebagai buah-buahan eksotik tetapi kandungan antioksida di dalamnya bertindak meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menghalang kulit menjadi rosak. Katanya, Ratu Collagen kaya dengan vitamin C yang diperlukan tubuh badan kerana ia berfungsi menghalang penyakit berkaitan masalah gusi dan gigi, selain bertindak sebagai antioksida. Azman berkata, kedua-dua produk itu dirancang dipasarkan ke Singapura dan Brunei, awal tahun depan selepas menerima sambutan amat menggalakkan sebaik berada di pasaran tempatan awal September lalu. Katanya, pengeluaran pertama sebanyak 5,000 kotak yang diedarkan ke farmasi, toko jamu dan pemborong hampir kehabisan dalam tempoh tidak sampai sebulan dan kini dalam proses mengeluarkan 15,000 kotak lagi bagi memenuhi permintaan.

Sebagai pengeluar produk berunsur kesihatan di kilang bertaraf bertaraf Amalan Pengilangan Terbaik (GMP), Polens dapat mengeluarkan produk bermutu tinggi dan dijamin halal dengan kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pelajar hasil serbuk budu


Posted by harizamrry under Agro - Info Buletin 1 Comment
KOTA BHARU 12 Nov. Budu yang secara tradisionalnya dihasilkan dalam bentuk sos dan dibotolkan untuk pasaran, tetapi kemungkinan besar tidak lama lagi turut didapati dalam bentuk serbuk. Sekumpulan lima pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) mencipta produk perencah makanan itu dalam bentuk baru dengan beberapa perasa tambahan hasil kajian mereka selama tiga bulan. Mereka berusaha memodenkan penghasilan budu dan meluaskan permintaan setelah menyedari produk itu yang masih dianggap sebagai industri kecil, menjadi bahan keperluan bagi setiap rumah terutama di Pantai Timur. Ketua kumpulan pelajar itu, Suzielawanie Ibrahim memberitahu, mereka mengambil kursus diploma pemasaran di bawah Jabatan Perdagangan dan projek berkenaan merupakan projek semester akhir. Kami memikirkan bagaimanapun untuk memudahkan bahan itu dibawa ke mana-mana, disesuaikan dengan keperluan setiap pengguna, tanpa bimbang botolnya pecah dan menerbitkan bau yang mungkin tidak menyenangkan, ujarnya. Turut serta dalam kumpulan itu ialah Nur Darina Mat Dani, Siti Madihah Mohamad, Che Khaziah Che Omar, Nur Amalia Zakaria dan Gaythri Kupusamy. Mereka mengetengahkan buat pertama kali produk yang dihasilkan itu dalam majlis perasmian PKB Fest 08, di Kok Lanas di sini semalam. Menurut Suzieawanie, budu dalam bentuk serbuk itu hanya perlu dicampur sedikit air semasa ingin dimakan dan ia tidak mengubah rasa asalnya. Mereka menamakan produk itu sebagai Budu Bilis Warisan dan merupakan produk 100 peratus halal dan dibungkus dengan tiga perasa iaitu perasa asli, perasa limau serta lada dan perasa tempoyak.
Para pelajar Politeknik Kota Bharu menunjukkan serbuk budu hasil ciptaan mereka sempena PKB Fest 08 di Kota Bharu, semalam.

November 13, 2008

Dengan bimbingan pensyarah, kami memulakan kajian selama kira-kira tiga bulan termasuk meneliti pelbagai jenis budu di pasaran dan menentukan yang paling enak atau paling digemari. Bagi memudahkan usaha, mereka mendapatkan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) menggunakan mesin untuk mengeringkan sos atau cecair budu sebelum mengadunkan dengan bahan-bahan perisa seperti lada, limau dan tempoyak. Sekali lagi proses pengeringan dijalankan sebelum serbuk budu berperisa dibungkus untuk dipasarkan, katanya. Menurutnya, mereka hanya mengambil masa seminggu untuk mengering dan membungkus serbuk budu bagi projek percubaan itu bermodalkan RM300. Serbuk budu itu berpotensi untuk pasaran dalam dan luar negara serta mampu mencapai sehingga 25 peratus keuntungan dan rundingan awal dengan beberapa pihak telah diadakan supaya projek berkenaan dapat diperkembangkan selepas mereka menamatkan

pengajian hujung tahun nanti.

Berhenti kerja, usahakan cendawan tiram kelabu


Posted by harizamrry under Agro - biz 1 Comment
BOTA 7 Nov. Menyedari bidang pertanian

November 10, 2008

mendatangkan pulangan yang lumayan, seorang pemuda, Nor Ariff Mat Nasid, 28, nekad berhenti Nor Ariff Mat Nasid menunjukkan benih cendawan tiram kelabu di Tunas kerja di sebuah kilang kereta kerana mahu menceburi - Gambar HANAFI KHAMIS tanaman cendawan tiram kelabu di Parit 11, Titi Gantung, dekat sini. Beliau yang menceburi perusahaan itu bersama-sama dengan abangnya, Nor Azman telah memajukan perusahaan tersebut sejak dua tahun lalu. Saya sanggup berhenti kerja di kilang membuat kereta di Rawang kerana mendapati tanaman cendawan yang diusahakan di rumah mempunyai potensi di pasaran. Saya dan abang memajukan tanaman cendawan ini kerana tidak ada pengusaha lain yang memajukan perusahaan ini di sini secara besar-besaran, katanya ketika ditemui pada pameran sempena Hari Ladang anjuran Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah di Titi Gantung dekat sini hari ini. Beliau yang mendapat bimbingan daripada usahawan yang berjaya mengenai tanaman cendawan ini mengusahakan tanaman itu walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan moden dan canggih.
Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak, semalam.

Saya dan abang melaburkan modal permulaan sebanyak RM10,000 untuk membina sebuah rumah bagi menempatkan tanaman yang semakin digemari ramai itu. Tanaman ini menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh seperti kulit gandum, dedak padi, kapur dan habuk kayu untuk dijadikan tempat pembiakan cendawan ini, katanya. Hasilnya, kata Nor Ariff, perusahaannya kini mempunyai 40,000 beg cendawan yang sedia untuk dituai pada bila-bila masa. Walaupun perusahaan ini dibuat di kawasan rumah tetapi saya berpuas hati kerana kualiti cendawan yang dihasilkan setanding dengan cendawan yang diusahakan oleh pengusaha lain, katanya. Nor Ariff berkata, cendawan tiram kelabu ini mempunyai rasa yang enak apabila di makan kerana penanamannya tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Menurut beliau, penanaman cendawan ini mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh dua bulan. Katanya, hasil cendawan ini boleh dituai dalam tempoh di antara tujuh hingga sembilan bulan bagi setiap beg plastik yang diusahakan itu. Setiap cendawan yang dikutip itu dipasarkan di sekitar Titi Gantung dan Seri Iskandar dengan harga di antara RM8 hingga RM10 bagi setiap sekilogram, katanya. Nor Ariff bercadang untuk membesarkan perusahaannya pada masa depan dengan harapan tanaman ini boleh dipasarkan di beberapa kawasan lain kerana permintaan yang meningkat dari semasa ke semasa. Katanya, sesiapa yang berminat mengikuti kursus mengenai penanaman cendawan boleh menghubungi beliau di Lot 262, Parit 11, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.

Kulit kambing Jamnapari jadi tarikan baru


Posted by harizamrry under Agro - biz Leave a Comment
SHAH ALAM 9 Nov. Kalau anda berasa sudah bosan dengan kusyen kenderaan yang diperbuat daripada kulit lembu dan inginkan kelainan, kenapa CANTIK Kamaruddin Rahmat menunjukkan kusyen kereta diperbuat daripada kulit kambing Jamnapari di Shah Alam, baru-baru ini. tidak mencuba kulit kambing jenis Jamnapari pula.

November 10, 2008

Permintaan kusyen kenderaan diperbuat daripada kulit kambing itu kini didakwa semakin mendapat sambutan. Kamaruddin Rahmat Motor Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera yang bergiat dalam industri pemotoran sejak 13 tahun lalu, bercadang untuk memperkenalkannya secara agresif pada tahun depan. Pengarah Urusannya, Kamaruddin Rahmat berkata, langkah itu diambil selepas sambutan yang amat menggalakkan diterima ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 baru-baru ini. Kata beliau, pada pameran berkenaan, syarikatnya menerima kira-kira 400 tempahan daripada orang ramai yang mahu menggantikan kusyen kerusi kenderaan masing-masing dengan kulit haiwan itu. MAHA 2008 merupakan platform kepada kami untuk menguji pasaran dan mengumpul maklum balas daripada orang ramai. Melihat kepada permintaan cukup tinggi, kami mengambil keputusan untuk menceburi perniagaan ini bermula awal tahun 2009, ujar beliau kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Menurut beliau, keistimewaan kulit kambing berbanding haiwan lain seperti lembu adalah ia lebih lembut dan berkualiti. Jelasnya, kusyen itu juga memberi lebih keselesaan dan suasana nyaman kepada pemandu serta penumpang kerana ia menyerap udara sejuk yang dikeluarkan melalui penghawa dingin kenderaan. Ia juga senang dijaga kerana mudah dicuci jika terdapat kekotoran seperti air atau makanan tertumpah, kata beliau yang menyasarkan 1,000 tempahan untuk tahun depan. Kamaruddin berkata, pihaknya akan melantik wakil pemasaran bagi membolehkan perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada orang ramai di seluruh negara. Sesiapa saja yang berminat boleh menjadi ejen asalkan mereka mempunyai bengkel atau premis yang sesuai. Jelasnya, kos untuk pemasangan kusyen kerusi kulit adalah dari serendah RM3,000, mengikut jenis kenderaan dan memakan masa sehari. Beliau menambah, pelanggan juga mempunyai pelbagai pilihan warna seperti hitam, coklat, kelabu dan hijau. Mereka yang berminat untuk membuat tempahan atau menjadi wakil pemasaran boleh menghubungi beliau di talian 03-55427373 atau 019-3977188 .

FAMA galak petani tingkat pengeluaran pisang


Posted by harizamrry under Agro - Info Buletin Leave a Comment

November 10, 2008

LANGKAWI 9 Nov. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), menggalakkan petani seluruh negara meningkatkan pengeluaran pisang berikutan permintaannya yang semakin meningkat. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Nordin Ahmat berkata, pengeluaran pisang perlu berterusan dan stabil bagi memastikan bekalannya sentiasa mencukupi. Projek tanaman pisang secara ladang kontrak amat digalakkan bagi menjamin bekalan sentiasa berterusan dari petani, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis menandatangani perjanjian ladang kontrak pisang berangan antara FAMA dengan peserta koperasi peneroka rancangan Felcra Langkawi Berhad, di pusat pengumpulan hasil Teluk Yu di sini hari ini. Katanya, ladang kontrak merupakan program yang diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana serta meningkatkan pendapatan golongan sasar kepada RM2,000 sebulan menjelang tahun 2010. Permintaan pisang agak tinggi untuk pasaran tempatan seperti di Pulau Pinang, Perak, Kelantan serta Lembah Klang dan ada juga permintaan daripada Singapura dan Hong Kong. Di Kedah, kita ada 1,777 hektar ladang kontrak membabitkan 1,277 peserta, katanya. Nordin berkata, setakat ini pelaksanaan program itu melibatkan peningkatan keluasan kawasan ladang kontrak daripada 1,963 hektar kepada hampir 36,000 hektar membabitkan lebih 22,000 peserta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. - Bernama

Penangan lintah Asmadi

November 7, 2008

Posted by harizamrry under Agro - Usahawan Contoh [4] Comments


USIANYA genap 28 tahun 14 Mei lalu, namun pemilik nama Asmadi Awang ini memiliki segala-galanya keluarga bahagia dengan isteri dan seorang anak perempuan comel, rumah teres dua tingkat, kereta mewah Volvo jenis S60 bernilai hampir RM200,000 serta syarikat sendiri. Dalam usia semuda itu, anak kelahiran Manir, Terengganu ini yang kini berjawatan Pengarah Eksekutif Art Soulist Agrotech Sdn Bhd, memiliki 70 kakitangan untuk menguruskan syarikat miliknya. Kejayaan yang boleh disifatkan berlaku sekelip mata itu semuanya hasil `penangan lintah, cacing dan belut. Daripada satu syarikat induk, Art Soulist Holdings Sdn Bhd yang ditubuhkan 1999, ia kini beranak kepada lima anak syarikat.

Antaranya, Art Soulist Commercial Sdn Bhd; Art Soulist Marketing Sdn Bhd; Art Soulist Plantation Sdn Bhd dan Art Soulist Factory Sdn Bhd. Melalui syarikat berkenaan, tiga haiwan itu bukan saja diternak, tetapi turut diproses sehingga menjadi bahan separuh siap dan siap, antaranya Minyak Lintah Tapa Plus, Absolut, DD Slim, Tapa Cafe, Tapa Pam Vacum dan Tapa Teruna Jus. Produk dihasilkan itu merangkumi kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Pengedarannya tidak terhad di negara ini, malah sampai ke Dubai, Korea Selatan, China, Vietnam, Thailand, Singapura dan bakal ke Eropah. Art Agrotech Sdn Bhd turut mempunyai ribuan vendor atau usahawan dengan bilangan menternak lintah seramai 1,000 vendor; cacing (500) dan belut (300) di seluruh negara. Saya terkejut dan tak percaya dengan apa yang diperoleh. Semua ini rezeki kurniaan Allah SWT. Begitupun, sebelum sampai ke tahap ini, pelbagai cabaran dan dugaan dilalui, malah ada yang kata saya gila buat kerja ini (ternak lintah), katanya. Usia muda terbukti bukan halangan untuk Asmadi berjaya kerana baginya jika ada kemahuan, di situ ada laluan untuk melakar kejayaan. Sebenarnya, Asmadi tiada latar-belakang berniaga, jauh sekali dilahirkan dalam keluarga perniagaan, tetapi semuanya kerana minat, kesungguhan dan keyakinan. Ayah mahu saya jadi ustaz, sebab itu saya dimasukkan ke sekolah menengah agama, namun selepas saya diterima ke UPM dalam bidang perikanan, dia beri sokongan, katanya. Ketika kecil, anak keempat daripada sembilan beradik itu didedah kepada dunia perniagaan apabila menjual nasi lemak ibunya, Kelethum Abdul Rahman di sekolah. Adik-beradik saya ramai dan kami hidup susah sehingga pernah berkongsi makanan. Justeru, saya tak malu jual nasi lemak di sekolah bermula dari darjah tiga hingga enam kerana mahu bantu emak, katanya. Selepas berjaya menggenggam Diploma Perikanan daripada UPM, Asmadi mengikuti pengajian di Kustem (Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia) dalam bidang agro teknologi. Ketika rakan lain sibuk mengulang kaji pelajaran, Asmadi sibuk menguruskan kolam ikan peliharaannya seluas 0.16 hektar di Padang Midin, Kuala Terengganu pada 2000. Kolam itu bisnes pertama saya dan ia wujud hasil cabaran pensyarah yang mahu saya praktikkan ilmu dipelajari. Sebelumnya, kolam itu diternak udang dan kami mengumpul modal hampir RM30,000 untuk mengambil alih dan mengusahakannya dengan ternakan ikan talapia, keli, baung dan patin.

Pada masa itu keyakinan saya hanya 50 peratus kerana tidak pernah terbabit dalam apa-apa perniagaan dan hanya berdasarkan ilmu dipelajari, katanya yang menubuhkan syarikat Nabil Aqua Gold ketika itu. Begitupun, katanya, perniagaan itu hanya bertahan tiga tahun apabila satu pagi ketika dia bersemangat untuk mengutip hasil ternakan, semua ikan mati, dipercayai terkena racun. Asmadi menanggung kerugian hampir setengah juta ringgit, termasuk menggaji tiga kakitangan selain menerima deposit daripada pemborong. Selepas kejadian itu Asmadi menyembunyikan diri akibat kekecewaan dengan bekerja kilang. Mungkin tertulis rezekinya pada lintah, pada 2005, dia bertemu rakan sekampung yang ketika itu mengusahakan produk lintah dengan jenama Minyak Lintah Tapa sejak 1990-an. Hasil pertemuan itu, rakannya memerlukan lintah dalam kuantiti banyak dan mereka turut berbincang mempelbagaikan produk lintah. Yang menjadi masalah, kata Asmadi, lintah sukar dicari kerana tiada sesiapa mengusahakannya secara komersial. Berikutan itu, dia menjelajah ke seluruh negara untuk mencari lintah, termasuk meminta bantuan daripada Orang Asli dengan bayaran RM30 sekilogram. Apabila masuk ke kampung dan memberitahu saya nak beli lintah, ada yang terkejut dan kata saya gila. Ada juga berkata kenapa cari lintah, sedangkan banyak benda lain boleh dibuat. Setiap hari saya cari di merata tempat dan dalam sebulan saya hanya dapat 100 kilogram. Disebabkan tiada orang ternak lintah, saya bersama rakan melakukannya dengan permulaan 10 kolam di Kuala Berang, katanya. Lebih mengharukan, kata Asmadi, pihak yang dulunya memperlekeh bidang berkenaan kini antara usahawan lintah berjaya. Sejak menternak lintah, dia bersama dua sahabat yang juga rakan kongsi, iaitu Zamri Ibrahim (Pengarah Urusan Art Soulist) dan Syed Osman Ismail (Pengerusi Art Soulist) berusaha gigih mempelbagaikan produk dan kajian. Mereka berdua juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya mengenai dunia perniagaan. Tanpa mereka, saya tidak akan ada di tahap ini, katanya. Asmadi yang ada ilmu agro teknologi mempraktikkannya melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D); mewujudkan teknologi sendiri dan menghasilkan produk hasil gabungan pengalaman dan idea bersama rakan kongsi. Kini, dengan kilang sendiri di Ajil, Terengganu, mereka mengeluarkan 35 produk, selain mempunyai seorang wakil di setiap negeri yang mengumpul bahan dari seluruh negara.

Selepas lintah, belut dan cacing, Asmadi merancang menternak lipas yang diakui golongan berusia berkhasiat untuk rawatan resdung dan muka. Idea untuk menternak ini timbul secara tidak sengaja selain melihat keadaan sekeliling, misalnya, ketika melawat seorang rakan, ada seorang warga emas menggunakan lipas yang ditumbuk dan diletakkan di muka, dakwanya untuk rawat resdung, katanya. PROFIL NAMA: Asmadi Awang USIA: 28 tahun LAHIR: 14 Mei 1980 di Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Terengganu JAWATAN: Pengarah Eksekutif Art Soulist Agrotech Sdn Bhd ISTERI: Asmah Junoh ANAK: Asnida Nabila (4) PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Tengah, Terengganu; Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Terengganu; Diploma Perikanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Terengganu; Ijazah Sarjana Muda Agro Teknologi Kustem (Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia) kini UMT (Universiti Malaysia Terengganu)

Petani warisan datuk

November 7, 2008

Posted by harizamrry under Agro - Usahawan Contoh 1 Comment


JABATAN Pertanian? Jenama beras? Patani di Siam (Thailand) ke? Itu antara tanggapan pelanggan ketika saya mula-mula memperkenalkan jenama Petani secara komersial pada 1995, kata Ketua Pegawai Eksekutif Zulkifli Bamadhaj (M) Sdn Bhd, Zulkifli Khalid. Katanya, ketika itu, beliau baru berjinak-jinak mengembangkan semula perniagaan yang diusahakan ayah, Khalid Ahmad, 74, dan ibunya, Mahani Abdullah, 71, menyebabkan dia hampir bosan dan berputus asa apabila kerap diajukan soalan sama ketika mempromosikan produk keluaran syarikat keluarganya. Menurut Zulkifli, keluarganya tidak memberinya banyak pilihan apabila menyuruhnya mewarisi perniagaan keluarga yang diusahakan sejak 1965 itu. Keluarga hanya beri dua pilihan sama ada jadi petani di kebun kelapa sawit atau usahakan perniagaan berasaskan herba dan tradisional jenama Petani.

Pada mulanya saya ikut ayah masuk ke kebun, selepas mencuba beberapa hari saya tidak sanggup kerana kerja sebagai petani terlalu berat dan buat keputusan untuk majukan jenama Petani walaupun ketika itu perniagaan dalam keadaan sakit, katanya. Mengimbas sejarah, Zulkifli berkata Jenama Petani pada mulanya dihasilkan datuknya pada 1965 ketika bekerja sebagai pemutar filem di sebuah panggung wayang di Muar. Bagi mencukupkan perbelanjaan keluarga, Ahmad membuat perniagaan sambilan menghasilkan minyak urut yang diberi jenama Petani dan dijual di depan panggung wayang setiap hari. Jenama Petani dicipta sendiri datuk saya dengan menggambarkan dirinya yang pernah menjadi petani di sebuah perkampungan kecil, sebelum berhijrah ke bandar Muar, kata Zulkifli. Menurutnya, pada ketika itu datuknya menghasilkan sendiri minyak urut dan majun. Setiap hari beberapa orang kampung akan datang ke rumahnya membawa raga dan mengambil barangan untuk dijaja dengan berjalan kaki, dan setiap penjaja akan diberi komisen daripada hasil jualan. Perniagaan Ahmad itu kemudiannya diwarisi anaknya, Khalid sebelum tiba pula giliran Zulkifli selaku cucu Ahmad dan satu-satunya anak lelaki Khalid. Zulkifli berkata, pada awal pembabitan dalam perniagaan keluarga, dia hanya diberi sebuah van yang dimuatkan dengan produk yang dikeluarkan syarikat milik bapanya, tanpa wang sesen pun untuk memulakan perniagaan. Berbekalkan van yang separuh penuh dengan muatan berisi majun dan minyak urut itu, Zulkifli membuat perjalanan hampir setiap hari dan tunai yang diraih, digunakan sebagai modal pusingan untuk menambah barangan yang kehabisan stok, sebelum meneruskan perjalanan untuk hari-hari seterusnya. Ayah hanya menasihatkan di mana ada jalan, di mana ada lorong, di mana ada kedai, pergi masuk dan jual barang yang dibawa dan formula yang diturunkan itu diguna pakai sehingga kini malah dimantapkan dengan pelan pemasaran terbaru. Walaupun perit ketika itu ditambah dengan jenama Petani yang masih belum dikenali saya teruskan usaha kerana tidak mempunyai pilihan kerana saya sedar ia sebenarnya lebih baik berbanding ketika saya bekerja makan gaji di Kuala Lumpur, katanya. Menurutnya, baru merangkak naik dalam perniagaan, sekali lagi beliau dikejutkan dengan arahan kerajaan setiap produk herba dan tradisional wajib mendapat kelulusan Lesen Amalan Pengilangan Baik (GMP) daripada Kementerian Kesihatan pada 1998. Namun arahan itu tidak mematahkan semangatnya, malah disahutnya dengan positif dan kini semua produk jenama Petani turut mempunyai kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Biro Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia, Kementerian Kesihatan.

Katanya, walaupun ketika itu fikiran kusut memikirkan mencari dana bernilai RM60,000 bagi memperolehi lesen namun beliau berikhtiar kerana sedar syarat yang ditetapkan akan membawa perubahan yang lebih baik terhadap produk keluaran syarikatnya. Ketika itu memang tidak ada duit sebanyak itu. Saya cuba pinjam dengan insitusi kewangan tetapi tidak dilayan berikutan rekod kurang baik malah seorang pegawai Mara ketika memberi jawapan sinis industri herba tidak ada dalam senarai untuk pinjaman. Tergugat sedikit semangat ketika itu tetapi alhamdulillah berkat duit yang dipinjam daripada keluarga, saya berjaya mengatasi cabaran itu. Saya juga buat perjanjian dengan kontraktor untuk membuat bayaran secara ansuran bagi membina kilang dan mengekalkan hubungan baik dengan semua pembekal. Akhirnya perusahaan keluarga yang sekian dijalankan di rumah berpindah ke kilang baru di Kawasan Perindustrian Bukit Bakri. Sejak itu, bermula sejarah perniagaan saya dijalankan secara lebih komersial, katanya. Zulkifli berkata, perniagaannya bertambah baik apabila masyarakat negara ini mula berubah dan menerima produk berasas herba serta alam semula jadi pada 2002. Katanya, pemerhatiannya mendapati pada 199 kebanyakan pengguna produk herba dan tradisional berusia 45 tahun ke atas tetapi trend mulai berubah sejak 2002 apabila pengguna berusia lewat 20-an mula berminat menggunakan produk itu. Penerimaan baik masyarakat pengguna termasuk golongan muda terhadap produk Petani, membolehkan operasi syarikat pantas berkembang daripada cuma lapan pekerja kepada 70 orang pada hari ini. Jika ketika awal perniagaan diasaskan pada 1965 jenama Petani hanya tertera pada dua produk, kini syarikat itu menghasilkan lebih 40 jenis produk yang diedarkan di lebih 2,000 kedai dan cawangan niaga di seluruh negara. Jenama Petani boleh diperoleh di Farmasi Pusrawi, sebuah kaunter pameran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang dan beberapa pasar raya terkemuka di seluruh negara. Antara produk berjenama Petani ialah majun, kapsul kacip fatimah manjakani plus untuk wanita dan kapsul ubijaga tongkat ali plus untuk lelaki. >Profil Nama: Zulkifli Khalid Usia: 36 tahun Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Zulkifli Bamadhaj (M) Sdn Bhd, Zulkifli Bamadhaj Beveragers Industries, Sumandale Health & Beauty Industries

Tempat lahir: Muar, Johor Pendidikan: Diploma Pemasaran Adik-beradik: Anak kedua daripada dua beradik.

Safinah ratu teh herba

November 7, 2008

Posted by harizamrry under Agro - Usahawan Contoh Leave a Comment


PRINSIP yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek menjadi iltizam yang menguatkan keinginan Safinah Yaakob meneruskan impian untuk berjaya dalam perniagaan, sekalipun pernah kerugian RM1 juta ketika menjalankan perniagaan pengiklanan selama 11 tahun sejak 1991 hingga 2002. Malah, ketika jatuh teruk dalam menjalankan perniagaan pengiklanan melalui Sofina PR and Advertising Agency, yang dijalankannya, Safinah terpaksa turun naik mahkamah selama dua tahun dari 2002 hingga 2004 akibat perbalahan dengan pelanggan. Beliau bukan saja kehilangan modal pusingan perniagaan, bahkan terpaksa menanggung kos guaman dan pembiayaan mahkamah yang membebankan, sehingga hidup Safinah dan keluarga ketika itu sesak dan hanya bergantung pada pendapatan suami, Dr Muhammad Hakim Abdullah, untuk menyara hidup keluarga. Kerana itu Syafinah terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan dan perniagaan untuk membantu suami menyara hidup dan empat cahaya matanya. Bagi wanita berasal dari Tanjung Malim, Perak ini, kegagalan dalam perniagaan adalah pengajaran dan ilmu yang sangat berguna sebelum beroleh kejayaan walaupun pengalaman itu sangat menyeksakan, apatah lagi mengharungi dunia perniagaan yang penuh dengan onak dan cabaran. Sebagai permulaan untuk kembali bernafas dalam perniagaan, Safinah menjalankan perniagaan menjual tudung, termasuk pakaian tradisional seperti baju kurung. Dalam masa sama, sekitar 2002, beliau turut mengendalikan taman asuhan kanak-kanak (Taska) miliknya di Jalan Ulu Klang, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Safinah menyedari perniagaan itu sukar dikembangkan memandangkan tidak berpengalaman luas dan persaingan dalam perniagaan berkenaan, tambah pula Taska dikendalikannya kurang mendapat sambutan berikutan lokasi kurang sesuai. Lantaran itu, Safinah memilih jalan alternatif untuk mencari perniagaan lebih kukuh untuk dimajukan, dan ketika itu beliau hanya memikir untuk menjalankan perusahaan berasaskan herba kerana ia ada pasaran dan potensi besar.

Selain itu, dengan minat mendalam dalam bidang pengiklanan dan pengurusan pameran serta pertunjukan, beliau menubuhkan Gitex (M) Sdn Bhd (Gitex) pada 2002, yang membawa erti Global International Trade Exhibition bertujuan membawa dunia kepada perniagaan, daripada pengusaha kecil kepada antarabangsa. Dalam masa sama, melihat pelbagai perniagaan yang tumbuh bagai cendawan, terutama perniagaan kopitiam dan aneka produk berasaskan kopi, beliau mula terfikir untuk memajukan produk berasaskan teh herba. Beliau juga berazam menjayakan sebuah restoran kafe minuman teh dan dalam masa sama ingin menghasilkan produk sendiri berasaskan teh herba. Bagi memenuhi impiannya, beliau menubuhkan syarikat, Warisan Asal Sdn Bhd. Menurut Safinah, idea itu timbul ketika mengikuti rombongan bersama suami melawat perkampungan Orang Asli di Selangor. Beliau dapati, kebanyakan mereka masih bergantung hidup dengan pelbagai jenis herba untuk keperluan harian, termasuk perubatan. Katanya, beliau dan suami ketika itu memikirkan herba Melayu sangat berpotensi dimajukan, malah secara tradisi ia juga digunakan sejak turun temurun, cuma kurang dikomersialkan ketika itu. Lagi pula, bahan mentah iaitu herba yang diperlukan mudah didapati. Malah, ia boleh ditanam sendiri tanpa memerlukan bahan yang diimport, katanya. Bagaimanapun, kata Safinah, usaha yang ingin dilaksanakannya bukan mudah kerana ia memerlukan pengetahuan dan penyelidikan untuk mengenal pasti herba yang sesuai dijadikan ramuan teh berkhasiat. Dengan bantuan suami dan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Safinah menjalankan penyelidikan terhadap herba yang berpotensi dijadikan minuman, selain mengenal pasti khasiat dalam herba berkenaan. Saya tangguhkan dulu niat membuka restoran kerana ingin menumpukan perhatian dalam penyelidikan herba yang sesuai dijadikan teh. Saya benar-benar bermula dari bawah memandangkan saya tiada asas mengenainya, katanya. Hampir dua tahun menggerakkan penyelidikan, beliau menghasilkan tiga jenis teh herba iaitu berasaskan limau purut, serai dan misai kucing. Dalam pada itu, beliau terlebih dulu mengetengahkan produk kesihatan iaitu Neem Capsule, iaitu produk berasakan kelapa muda dara. Kini, syarikat miliknya menghasilkan 22 jenis teh herba, daripada ulam raja, asam gelugor, daun limau purut, daun pegaga, daun kesum, emas cotek, hempedu bumi, daun selom, daun asam paya dan misai kucing.

Katanya, teh herba ini ini berfungsi menjaga kesihatan dan setiap teh herba yang dihasilkan masing-masing ada kelebihan sendiri. Saya hasilkan juga pelbagai produk berasaskan kelapa ketika itu, namun fokus tetap pada penghasilan produk teh herba. Ia lambat dipasarkan kerana saya mementingkan penjenamaan dan aspek pembungkusan yang sesuai kerana mahu produk ini kekal lama di pasaran, katanya. Bagi menguatkan promosi produk, beliau menjalin kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan dalam masa sama memperkenalkan produk itu melalui restoran Malay Tea House yang beliau buka awal tahun ini. Pada masa sama satu lagi syarikatnya, Gitex menganjurkan program mengenai pasaran herba, antaranya Herbal Asia 2004 dan berlanjutan hingga Herbal Asia ke Lima pada Mei lalu. Selain itu, melalui kerjasama melalui Fama dan Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), produk keluaran syarikat milik Safinah mula menjangkau pasaran antarabangsa iaitu ke China dan Afrika Selatan. PROFIL NAMA: Safinah Yaakob USIA: 37 tahun LAHIR: Tanjung Malim, Perak JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif, Herba Asia dan Pengurus Besar Warisan Asal Sdn Bhd SYARIKAT: Warisan Asal Sdn Bhd dan Gitex Sdn Bhd SUAMI: Dr Muhammad Hakim Abdullah ANAK: Muhammad Hadi Daniel (14), Syahirah (13), Muhammad Hail Harris (11) dan Muhammad Hazim Shaqir (4) PENDIDIKAN: Diploma Lukisan dan Grafik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ANUGERAH: Anugerah Khas Generasi Peneroka Felda Cemerlang kategori Tokoh Usahawan (2005)

Ketepi keropok untuk herba

November 7, 2008

Posted by harizamrry under Agro - Usahawan Contoh Leave a Comment

BELIAU menempatkan diri dalam dunia perniagaan berbekalkan tekad menjadi usahawan berjaya, namun cabaran dan saingan sengit yang perlu dilaluinya tidak seperti disangka. Penat lelah Prof Dr Ahmmad Sabri Zonkaply, 44, selama 10 tahun lebur begitu saja apabila perniagaan sebagai pembekal pelbagai jenis keropok ikan dan pasar tani yang diusahakannya selama dua tahun sekitar 2005 hingga 2007 mengalami kerugian mencecah RM300,000. Bukan saja terpaksa menanggung kerugian, malah Prof Dr Ahmmad kehilangan sebahagian harta benda miliknya seperti kereta mewah dan hak perkongsian sebuah kilang yang beroperasi sebagai stor bekalan dan mengilang keropok di Klang, Selangor. Lebih mengecewakan, beliau terpaksa menanggung beban pinjaman bank sebanyak RM80,000 sejak menjalankan perniagaan milik keluarga itu bermula 1997. Kegagalan itu mengundang rasa kesal yang mendalam kerana sebelum itu beliau mengabaikan klinik rawatan alternatif, terapi holistik, yang diusahakannya sejak 1994 kerana terlalu menumpukan perhatian kepada perniagaan. Namun, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini memiliki semangat kental dan tidak mengenal erti kalah. Kegagalan kali pertama dalam perniagaan tidak melemahkan semangat beliau untuk bangkit semula. Satu pengajaran yang beliau pelajari daripada kegagalan itu ialah, menempuhi dunia perniagaan bukan hanya perlu bijak dalam pengurusan, malah pengalaman serta pengetahuan menjadi aset berguna yang menentukan kejayaan. Sukar membayangkan, ketika menjalankan perniagaan itu, beliau pernah meraih pendapatan RM60,000 sebulan. Malah, beliau pernah menerima anugerah Usahawan Berjaya daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) kerana pencapaiannya ketika itu. Dalam sekelip mata segala-galanya berubah. Saya menanggung kerugian hampir RM150,000 setahun. Atas sebab itu saya mula berfikir apa kelemahan dan punca yang menyebabkan saya jatuh begitu teruk, katanya. Prof Dr Ahmmad sedar, kepakaran yang dimilikinya bukan dalam perniagaan berkenaan. Ini kerana, beliau menceburinya tanpa mengetahui selok-belok urusan perniagaan membabitkan pembekalan makanan. Beliau juga gagal menyaingi pesaing daripada kalangan pembekal keropok yang tumbuh bagai cendawan ketika itu sehingga menyebabkan beliau kehilangan ramai pelanggan tetap. Prof Dr Ahmmad juga tidak dapat menangani persaingan harga dengan pembekal lain yang menawarkan harga jauh lebih murah, selain dibebani peningkatan kos bahan mentah dan masalah pekerja.

Saya mempunyai latar belakang dan kemahiran dalam bidang lain, iaitu rawatan terapi holistik atau kaedah rawatan kesihatan dan pemakanan. Saya terfikir semula, jika ingin kembali menerjah dunia perniagaan, saya perlu bermula dengan minat dan kepakaran yang ada pada saya, katanya. Lantaran itu, Prof Dr Ahmmad terus melupakan perniagaan sebagai pembekal keropok ikan dan pasar tani, sebaliknya kembali membuka klinik rawatan alternatif pada Ogos lalu, selain turut membuka syarikat Sabjack Resources Sdn Bhd yang memainkan fungsi menghasilkan produk kesihatan berasaskan herba berjenama SabJack. Memandangkan bidang itu ada potensi besar untuk dimajukan sebagai perniagaan, beliau mengorak langkah awal melakukan kajian untuk menghasilkan pengeluaran produk seperti pil, minuman dan pelbagai ubatan kesihatan. Saya percaya bidang holistik, terutama pengambilan pemakanan berasaskan herba untuk kesihatan, ada potensi untuk dikembangkan. Bukan semua orang memilih rawatan moden dalam soal pemakanan dan kesihatan seperti pengambilan vitamin serta ubat-ubatan, ada yang memilih sebaliknya iaitu rawatan alternatif berasaskan herba yang juga gabungan antara perubatan moden dan tradisional, katanya. Selain menguruskan klinik yang mulanya beroperasi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, beliau menghasilkan produk pertama, CBS (Cell Booster Spray) iaitu sejenis cecair daripada pelbagai herba dan garam kristal untuk rawatan tirod, lebihan asid dalam badan dan masalah penghadaman. Produk berkenaan hanya dijual kepada pesakit dan jualan melalui Internet serta laman web, www.sabjack.com. Ia terjual 4,000 botol ketika itu. Dalam masa sama, beliau menghasilkan produk herba dan kesihatan lain seperti DTox, ERaq, OVari dan Helin yang ada pelbagai khasiat untuk mengatasi masalah kesihatan membabitkan lelaki, perempuan mahupun untuk kegunaan keluarga. Jualan produk ini mulanya hanya tersebar di kalangan pesakit yang saya rawat serta kenalan mereka. Namun tanpa saya duga, ia banyak membantu mempromosi produk berkenaan, katanya. Bagi mengembangkan operasi syarikat, beliau membuka klinik baru di Taman Putra, Ampang, Selangor dan mempelbagaikan produk kesihatan rawatan terapi holistik. Dalam tempoh enam bulan, beliau menghasilkan 13 jenis produk kesihatan, sama ada berbentuk pil, cecair, minuman dan krim. Antara produk yang mendapat sambutan ialah Sabjack Gamat Mas, kopi pracampuran Perkasa dan Air Sinar.

Prof Dr Ahmmad berkata, produk Sabjak Gamat Mas, iaitu ubat jenis cecair bagi rawatan kulit, penghadaman, sistem peranakan, masalah keletihan, penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung antara produk paling laris. Sejak dipasarkan, kira-kira RM300,000 diperoleh. Malah, ramai pembeli kata produk berkenaan memberi kesan menakjubkan. Ini kerana kesan penggunaan gamat dan campuran herba yang baik untuk kesihatan, katanya. Prof Dr Ahmmad berkata, sokongan keluarga dan rakan terdekat dalam memajukan perniagaan turut memainkan fungsi untuk beliau menjadi lebih yakin dan sedia berdepan turun naik dunia perniagaan. Pernah saya kekurangan modal, tetapi keluarga dan rakan segera memberi bantuan. Dari situ saya melihat perniagaan sebenarnya tidak boleh bergantung pada diri sendiri saja, tetapi membabitkan semua orang di sekeliling kita. Syukur isteri, Lily Md Saleh, banyak memberi dorongan. Begitu juga rakan yang menjadi tulang belakang saya dalam perniagaan ini, iaitu Jasmin Mohd Zain dan Rusli Leman, katanya. Mengenai pengalaman selama terbabit dalam rawatan alternatif, beliau berkata, ia bermula kerana minat yang terpendam sejak kecil. Ia bermula apabila beliau mengalami masalah kesihatan pada zaman remaja. Beliau menghadapi masalah penghadaman dan sukar mengunyah makanan sehingga hancur. Saya hanya boleh makan sayuran. Bukan itu saja, saya terpaksa makan perlahan-lahan dan mengunyah makanan berhati-hati. Selain itu, ketika berusia 11 tahun, saya tidak boleh memakai pakaian berwarna terlalu terang dan melihat sertamerta warna gelap atau terang. Saya juga tidak boleh marah atau terlalu banyak berfikir kerana ia mengganggu sistem badan saya, katanya. Hikmah daripada penderitaan itu menyebabkan beliau mencari kaedah rawatan, terutama berkaitan pemakanan dan kesihatan. Dari situ, minat melanjutkan pelajaran dan menimba ilmu mengenainya mulai timbul. Beliau melanjutkan pengajian di International University Complimentary, Calcutta, India, bermula daripada peringkat diploma pada 1994 seterusnya menerima sarjana pada 2002 dan doktor falsafah (Phd) pada 2004. Saya tidak akan pandang ke belakang lagi, saya percaya bidang ini jalan sebenar untuk saya meneroka dunia perniagaan. Saya bersyukur, kegagalan dan pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk tabah dan lebih bersedia dalam dunia yang penuh cabaran ini, katanya.

>Profil NAMA: Prof Dr Ahmmad Sabri Zonkaply UMUR: 44 tahun JAWATAN: Pengasas Sabjack Resources Sdn Bhd ASAL: Kuala Kangsar, Perak PENDIDIKAN: Diploma, Sarjana dan Doktor Falsafah Sains Perubatan Alternatif, International University For Complimentary, Calcutta, India ISTERI: Lily Md Saleh ANAK: Atiqah (17), Aqilah (15), Athirah (8) dan Alesya (6) ANUGERAH: Usahawan Berjaya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama)

Laman Sebelumnya Laman Berikutnya


o o o o o o o o o o o o o o My Pages

ABOUT ME Blog Survey!! Sila komen E-DEKORASI FORUM PERTANIAN KELAPA DARA KOLEKSI KAIN BAJU ANGGUN PANDUAN UNTUK SEARCH ARTIKEL PERKHIDMATAN MENGECAT RUMAH PERKHIDMATAN PINDAH & PASANG ASTRO PERKHIDMATAN WIRING RUANGAN IKLAN SENARAI HUBUNGAN USAHAWAN, PENIAGA & PEMBEKAL PERTANIAN SKY FRUIT SUDUT AGAMA Koleksi Fabrik Anggun

Iklan Banner

More Photos
o Join Me in Twitter first time tweet...ada sapa2 nak sampuk ker?11 months ago Koleksi Gambar Cat Rumah

o o o o o o o o o o o o o Espek Felcra Felcra Agro GM Peladang Lazuli Sdn Bhd Livestock Info MyLadang NAFAS Pembekal Lembu Perfect Farm Sdn Bhd SABAK AGRO Seven -Seven Sdn Bhd TaniNet

Agensi Pertanian Swasta

o o o o o o o o o o o o o o

Badan2 Kerajaan

Agri Pahang Agri-Food E-Goverment Halal JAKIM IkaN Online INFO TERNAK Jabatan Perikanan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak Jabatan Pertanian Kementerian Pembanguanan Usahawan & Koperasi KETENGAH Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

o o o o o o o o o o o

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Lembaga Pertubuhan Peladang Mardi MPOB ( Malaysia Palm Oil Board) PENGURUSAN TERNAKAN UDANG GALAH Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak Portal Komuniti KTAK Projek Limau Madu RISALAH PENTERNAKAN RISDA Suruhanjaya Syarikat Malaysia Berita Online

o o o o o o o o o o

Berita Harian Bernama Bukit Besi Online Harakah Daily Harian Metro Malay-China Online MStar The Star TranungKite Utusan Malaysia Blog Puisi Indah

o o

Sajak Cinta Anna Abadi (Innalillah RIP -26 Dis 2006) Teratakian Blog Usahawan Akuakultur

o o o o o o o o o o o

agrifarmresources ANNUR AQUACULTURE Aquabase artsoulistagrotech IkAN kELI ikan siakap jaguhhatchery Kursus Ikan Ketutu & Benih Keli Pekanaquaculture Pergauhatchery Warisan Agro Blog Usahawan Arnab

o o

Badruzamani East Asia Rabbit Corporation Blog Usahawan Cendawan

o o o o o

Bakri Agro Blog Projek Cendawan Tiram CC Farms Cendawan Puchong Cendawan Tiram di Gerbang Agrotek

o o o o o o o o o o o o

Cendawan22 cendawanglobal cendawanmelaka Chini Agro e-cendawan Gano farm Kulat Enterprise MushRoom Blogdrive nostra mushroom Rantau Agrotech shine-agriculture siswazah-tani Blog Usahawan Internet

o o o o o

Duit4Duit Irfan khairi Jutawan Senyap2 Krul Onlinebisnes Marketiva Saifulsham Entrepreneurship Blog Usahawan Tani & Fertigasi

o o o o o o o o o o o o o o

Abi Agro anr-usahatani Cabai Cacing Tanah Hidup Seorang Petani http://kazzponik.com/ marzuqfarming MyCrops Resources Naga Madu Precision Farming syagrogreen Synergy Farm tanahkita Vanilla Biomatrix Blog Usahawan Ternakan Pedaging

o o o o o o o o o o o o o o

A & D AGRO TRADING AgroGemilang Ent. AgroNet Network Aminagrotech Anz Blog Diari Usahawan Tani epawah FanAgri Farm Blog Fullblood Boer Blog Jutawantani Malaysia Jutawanternak kambingku kaprimaprime.com kelian-farm

o o o o

LADANG FIDLOT LEMBU OLAK LEMPIT Ladang Lembu Ulu Yam PB Ramunia Goat Farm Siswazah Penternak Ruminan Blog Usahawan Unggas

o o o o o

Agro Mesra & Nature Agro Trd. dprestigefarm Kitabwaima Puyuh Puyuh Emas Blogroll

o o o o o o o o o

Dodon FamaLink Iguarantee IPTEK kebunwarisan Tips for Blogger Tips Penternakan Unggas indonesia Wordpress Bahasa Melayu Words Forex Platform

o o o o o

Forex FXCM Fxstreet Marketiva Oanda Forum

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

Bicara Jutawan Bincang.Net Brunei Forum Carigold Forum E-Bazaar2u Forum CARI Forum Jom Berniaga Forum Kesihatan Forum Wang Cyber Forum-Cari IT Forum Kelab Akuakultur LELONG Malaysia Veterinary Forum Malaysian Adsense Community Melayu MESRA Nogold PUTERA

o o o o o o Hartanah Hartanah2U iproperty Property-Hartanah Real estate Online TheStar I-property o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o Surah A Anbiyaa Surah Abasa Surah Ad Dukhaan Surah Adh Dhuhaa Surah Adz Dzaariyaat Surah Al Aadiyaat Surah Al Alaq Surah Al Ankabuut Surah Al Ashr Surah Al Alaa Surah Al Araaf Surah Al Ahqaaf Surah Al Ahzab Surah Al Anaam Surah Al Anfaal Surah Al Balad Surah Al Baqarah Surah Al Bayyinah Surah Al Buruuj Surah Al Faatihah Surah Al Fajr Surah Al Falaq Surah Al Fat-h Surah Al Fiil Surah Al Furqaan Surah Al Ghaasyiyah Surah Al Haaqqah Surah Al Hadiid Surah Al Hajj Surah Al Hasyr Surah Al Hijr Surah Al Hujuraat Surah Al Humazah Surah Al Ikhlash Surah Al Infithaar Surah Al Insaan Surah Al Insyiqaaq Surah Al Israa Surah Al Jaatsiyah Surah Al Jin Surah Al Jumuah Surah Al Kaafiruun

Hartanah

MARI BACA QURAN

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

Surah Al Kahfi Surah Al Kautsar Surah Al Lahab Surah Al Lail Surah Al Maaarij Surah Al Maauun Surah Al Maa-idah Surah Al Mumin Surah Al Muminuun Surah Al Muddatstir Surah Al Mujaadilah Surah Al Mulk Surah Al Mumtahanah Surah Al Munaafiquun Surah Al Mursalaat Surah Al Muthaffifiin Surah Al Muzzammil Surah Al Qaariah Surah Al Qadr Surah Al Qalam Surah Al Qamar Surah Al Qashash Surah Al Qiyaamah Surah Al Waaqiah Surah Al Zalzalah Surah Alam Nasyrah Surah Ali Imran Surah An Naas Surah An Naaziaat Surah An Naba Surah An Nahl Surah An Najm Surah An Naml Surah An Nashr Surah An Nisaa Surah An Nuur Surah Ar Rad Surah Ar Rahmaan Surah Ar Ruum Surah As Sajdah Surah Ash Shaaffaat Surah Ash Shaff Surah Asy Syams Surah Asy Syuaraa Surah Asy Syuura Surah At Taghaabun Surah At Tahriim Surah At Takaatsur Surah At Takwiir Surah At Taubah Surah At Tiin

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

Surah Ath Thaalaq Surah Ath Thaariq Surah Ath Thuur Surah Az Zukhruff Surah Az Zumar Surah Faathir Surah Fushshilat Surah Hud Surah Ibrahim Surah Luqman Surah Maryam Surah Muhammad Surah Nuh Surah Qaaf Surah Quraisy Surah Saba Surah Shaad Surah Thaahaa Surah Yaasiin Surah Yunus Surah Yusuf Marketing

o o o

Agribazaar Direktri Usahawan Malaysia FAMA Politician Blog

o o

Dato Seri Anwar Ibrahim Tun Dr. mahathir Mohamad Radio Malaysia

o o o o o o

Fly FM HITZ FM Hot FM KL FM Radio Era Sinar FM Senarai Bank

o o o o o o o o o o o

Ambank Bank Islam Bank Muamalat Bank Persatuan Bank Pertanian Bank Rakyat CIMB Bank Hong Leong Bank Hong Leong Bank HSBC Bank Maybank

o o o

Public Bank RHB Bank SME Bank Perkhidmatan wiring untuk rumah kediaman

I provide freelance additional wiring service in... sulit african grey affitto cagliari

o 1,572,618 pelawat

BLOG STATS

Kalendar

April 2012 I S R K J S A Ogo 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Gugusan Kategori

Agro - biz Agro - Info Buletin Agro - Journal PertanianAgro - Minda Usahawan Agro Usahawan Contoh Alam Flora Argo - Latihan/KursusBerfikir Sesaat Isu SemasaKesihatan Kongsi
Pengetahuan Sudut Relax Otak Tentang Lelaki & Wanita

Cari:

Short cut ke Kategori

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o Ogos 2010 (14) Julai 2010 (11) Jun 2010 (19) Mei 2010 (5) April 2010 (9) Mac 2010 (27) Februari 2010 (16) Januari 2010 (13) Disember 2009 (26) November 2009 (16) Oktober 2009 (19) September 2009 (26) Ogos 2009 (35) Julai 2009 (26) Jun 2009 (41) Mei 2009 (41) April 2009 (40) Mac 2009 (30) Februari 2009 (50) Januari 2009 (52) Disember 2008 (28) November 2008 (55) Oktober 2008 (85) September 2008 (54) Ogos 2008 (105) Julai 2008 (93) Jun 2008 (80) Mei 2008 (100) April 2008 (91)

Arkib

o o o o o o o o o o o o

Mac 2008 (107) Februari 2008 (59) Januari 2008 (32) Disember 2007 (21) November 2007 (57) Oktober 2007 (58) September 2007 (4) Ogos 2007 (5) Julai 2007 (9) Jun 2007 (66) Mei 2007 (35) 0 (1) 10 Post Yang Pelawat Suka Baca

o o o o o o o o o o

SENARAI HUBUNGAN USAHAWAN, PENIAGA & PEMBEKAL PERTANIAN 1001 Rahsia Mimpi PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN PANDUAN TERNAKAN ITIK Panduan Ternakan Puyuh Senarai Pembekal & Pengilang Makanan Ternakan Ikan pelaga makin diminati Teknikal Penternakan Ikan Tilapia Doktor perubatan ternak ayam kampung PERKHIDMATAN WIRING Maklum-balas Pengunjung

zulkarnain onPENANAMAN KOPI LIBERICA BARU( zulkarnain onSENARAI HUBUNGAN USAHAWAN, PEN iezam on Panduan Ternakan Puyuh Milenium Travel-Pula on 1001 Rahsia Mimpi nonisyahaya onSaudagar benih siakap Muhd.Amirul Addeen on Rock melon harum sukri on PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPON rosli on SENARAI HUBUNGAN USAHAWAN, PEN Md.Amirul Khair b. H on Penduduk luar bandar disaran c

rosman onPenternakan Puyuh Pedagin syah on Saudagar benih siakap ROMIE on Projek kultur rumpai laut sweet on SENARAI HUBUNGAN USAHAWAN, PEN sweet on SENARAI HUBUNGAN USAHAWAN, PEN Azizee on PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPON

Recent Readers

View Entire CommunityProvided by MyBlogLog

Layan Jiwang

Peterpan -All About Us (Semua Tentang Kita)- English Sub 143 views

06 Oct 09

Eric Clapton - Wonderful Tonight (hartwall areena) 324 views 21 Aug 08

XPDC - Menentang Arus 609 views 15 Apr 08

Jamal Abdillah - Aku (Azura 2003) 375 views 15 Apr 08

follow me on vodpod

Spam Blocked

10,128spam comments


Powered byIP2Location.com

Blogs

View blog authority

o o o o o Daftar Log masuk RSS Entri RSS bagi komen-komen WordPress.com

Meta

Terms of Designer

Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa/sesudah melawat laman ini. Juga tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan hartabenda pelawat sekiranya pelawat mencuba tutorial atau apa apa sahaja yang dipersembahkan dalam blog ini. Segala tulisan dan pandangan dalam blog ini adalah telus. Penulis terlebih dahulu memohon ampun dan maaf sekiranya ada antara artikel atau tulisan yang menyentuh/menganggu emosi para pelawat.Penulis juga memohon maaf sekiranya terdapat artikelartikel yang dipaparkan tidak mendapat kebenaran dari pemilik asalnya.Segala tuntutan akan dipatuhi.

Copyright 2007 http://harizamrry.wordpress.com Corp. All rights reserved Get Started On Wordpress.!, Join for free and get much more.

This layout was made by Harizamrry unless stated otherwise. All Rights Reserved. Best viewed with IE @ 1024x768 resolution. Maximize your screen by hitting F11 if you are lower than the recommended visuals. Other browser may alter look.

Penilaian Blog

Bagaimana pandangan anda berkenaan blog ini?


Amat menarik Bagus Memuaskan Perlu pembaikan Kurang menarik view results

Blog di WordPress.com. Theme: Connections by www.vanillamist.com. Fonts on this blog.

Follow

Follow Teratak Maya Tempatku Lepak


Get every new post delivered to your Inbox.
Join 139 other followers

Powered by WordPress.com

You might also like