You are on page 1of 23

ORGANISASI KOKURIKULUM

DEFINISI ORGANISASI

Satu kumpulan individu yang telah setuju bekerjasama

untuk satu-satu tujuan yang tertentu. Jentera yang menggembleng kerja dan tenaga manusia untuk mencapai sesuatu matlamat. Mempunyai 5 unsur seperti : 1. dasar yang tegas 2. tujuan yang jelas 3. adanya kepimpinan wakilan 4. anggota yang konkrit 5. usaha yang positif dan kreatif

DEFINISI KOKURIKULUM
apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. ( Rujukan : Kurikulum Kebangsaan 1997) kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkandalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursuspendidikan murid di sekolah (misalnya kegiatan dalam persatuanpersatuan,kegiatan sukan, dan lain-lain)
(Rujukan : Kamus Dewan Edisi Ketiga)

wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani

denganmenawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan,berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu danmenyeluruh.
(Rujukan : Dewan Masyarakat,Januari 2002)

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM KPM

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM JABATAN

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH

SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum sekolah. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja kokurikulum. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalananaktiviti kokurikulum. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaanaktiviti

kokurikulum. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutipdaripada pelajar. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatankokurikulum. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahundaripada setiausaha kokurikulum, penolong setiausahakokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yangmencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM


Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru

guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktivitipersatuan/kelab/pasukan badan beruniform dansukan/permainan. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktivitikokurikulum dipatuhi. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakandikemaskinikan dan mencukupi. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktivitikokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.

SENARAI TUGAS PENYELARAS BADAN BERUNIFORM, KELAB/PERSATUAN, SUKAN /PERMAIAN

Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat unit gerak kerja

kokurikulum masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal. Menyelaras pembahagian pelajar dalam unit masing-masing. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan. Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada setiausaha jawatankuasa kokurikulum untuk penyelarasan. Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap unit di laksanakan dengan sempurna. Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum untuk rekod sekolah.

Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit dan jika perlu

mengubahsuaikan program yang telah diatur. Merekod penglibatan dan pencapaian pelajar dalam kegiatan yang disertai. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

KOMPONEN KOKURIKULUM
Badan Beruniform Sukan dan Permainan

KOMPONEN KOKURIKULUM

Kelab dan Persatuan

Badan Beruniform
Sesebuah

sekolah rendah dan menengah boleh menubuhkan unit beruniform / pakaian seragam mengikut keperluan setempat, kemudahan peralatan, jurulatih dan kemudahan sedia ada di sesebuah sekolah bagi menegendalikan dan melaksanankan aktiviti setiap unit beruniform.

Kelab dan Persatuan


Kelab dan persatuan yang ditubuhkan disekolah boleh dikategorikan kepada dua iaitu :

Kelab dan persatuan yang berasaskan mata pelajaran (akademik ) II. Kelab dan persatuan yang bersasakan minat , perkhidmatan , kecenderungan dan hobi.
I.

Kelab dan persatuan yang berasaskan mata pelajaran (akademik )


Penubuhan persatuan berasaskan akademik

atau mata pelajaran bertujuan untuk menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sekolah boleh menubuhkan kelab dan persatuan ini berdasarkan keperluan sekolah dan kemudahan yang diperoleh.

Kelab dan persatuan yang berasaskan minat , perkhidmatan , kecenderungan dan hobi
Persatuan berasaskan minat , perkhidmatan ,

kecenderungan dan hobi ditubuhkan di sekolah bertujuan untuk menarik minat dan memberi ilmu pengetahuan.

Sukan dan Permainan


Aktiviti sukan dan permainan boleh dibahagikan kepada

dua iaitu:

Berasaskan sukan dan permainan antarabangsa Contohnya : bola sepak, olahraga Berasaskan permainan tradisional Contohnya : wau , gasing dan sebagainya

CONTOH SENARAI AKTIVITI KOKURIKULUM

KESIMPULAN
Sesebuah

organisasi memerlukan pekerja yang menyatupadukan usaha merekas upaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekiranya tidak ada perpaduan dikalangan pekerja, sudah tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya denganberkesan dan sempurna. Kegiatan kokurikulum di sekolah seperti unit beruniform, sukan dan olahraga, permainan serta kelab dan persatuan mampu memperkembangkan potensi seseorang murid. Pengalaman yang didedahkan dalam kegiatan kokurikulum murid akan diberi ilmu, kemahiran, bimbingan serta latihan yang merupakan satu nilai tambah untuk mencapai kecemerlangan diri.

You might also like