You are on page 1of 8

KATA ALU-ALUAN GURU PENASIHAT

Salam sejahtera. Bersyukur kita kerana segala aktiviti yang dirancang pada awal tahun ini telah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Tertinggi dan semua ahli Persatuan F1/Reka Cipta kerana memberi komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti persatuan.

Diharapkan pada tahun hadapan, Persatuan F1/Reka Cipta akan lebih giat dan bergerak aktif .

Sekian, terima kasih.

Yang Benar, .. (Pn Rahaiza bt. Muhammad) Guru Penasihat Persatuan F1/Reka Cipta

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana 80% aktiviti yang dirancangkan Persatuan F1/Reka Cipta telah dijalankan sepanjang tahun 2008. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat persatuan ini yang telah banyak memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada semua ahli persatuan ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli persatuan terutama sekali ahli-ahli yang menyumbangkan tenaga dalam menjayakan aktiviti jualan sempena minggu akademik serta memberi komitmen dan kerjasama yang baik dalam menjayakan segala aktiviti yang telah dijalankan. Saya berharap agar persatuan ini lebih giat aktif dan terus berjaya serta mengharumkan nama persatuan dan sekolah. Saya juga berharap agar persatuan ini dapat menarik minat dan ramai pelajar untuk menyertai persatuan ini. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan segala aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan ini.

Sekian, terima kasih

Yang Benar, .. (Farah Nabilah Bt Salim) LATAR BELAKANG PERSATUAN REKA CIPTA

Persatuan F1/Reka Cipta SMKWM2 ditubuhkan pada tahun 2007 sejajar dengan program F1 in school. Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar terutama pelajar Reka Cipta Tingkatan 4 dan 5. Penubuhan Persatuan F1/Reka Cipta adalah untuk memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti reka cipta dan inovasi yang boleh menjurus minat ahli-ahli terhadap bidang keusahawanan dan mempertingkatkan gaya hidup yang lebih baik dan efisyen sejajar dengan perkembangan teknologi. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat membina sahsiah dan jati diri pelajar untuk menjadi insan berdisiplin yang berguna kepada bangsa, masyarakat, agama dan negara.

Objektif penubuhan Persatuan F1/Reka Cipta SMK Wangsa Maju Seksyen 2 ialah: 1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah diri yang baik 2. Membentuk jati diri pelajar supaya kuat dan tabahmenghadapi cabaran global 3. Memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin serta mengasah minat ahli ke arah menjadi usahawan pada masa depan mereka .

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2008

1.

MESYUARAT AGUNG

Diadakan pada 15hb. Januari 2008 (Selasa) Jam 7.30-8.50 pagi Bertempat di Bilik Masakan 2 Jumlah kehadiran adalah 69 orang pelajar Aktiviti : - Ucapan daripada guru penasihat - Pelantikan AJK Tertinggi - Ucapan daripada AJK Tertinggi - Membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada tahun ini - Menulis nama dan mengambil kedatangan pelajar

2.

AKTIVITI 2 Tarikh: Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti : 30hb. Januari 2008 (Rabu) 2.20 3.30 petang Bilik Reka Cipta 20 orang pelajar Menceriakan Bilik Reka Cipta

3.

AKTIVITI 3 Tarikh: Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti : 20hb. Februari 2008 (Rabu) 2.30-3.30 petang Bilik Reka Cipta 5 orang pelajar Menceriakan Papan Kenyataan

4.

AKTIVITI 4 Tarikh: 26hb. Mac 2008 (Rabu) 4

Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti : 5. AKTIVITI 5 Tarikh: Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti : 6. AKTIVITI 6 Tarikh: Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti : 7. AKTIVITI 7 Tarikh: Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti :

2.30-3.30 petang Bilik Reka Cipta 19 orang pelajar Taklimat F1

9hb. April 2008 (Rabu) 2.30-3.30 petang Bengkel KH 18 orang pelajar Design F1 Car dari bahan lembut dan senang dibentuk

23hb. April 2008 (Rabu) 2.30-3.30 petang Bilik Rekacipta 22 orang pelajar Demonstrasi perisian Solid Edge

11hb. Jun 2008 (Rabu) 2.30 3.30 petang Bengkel KH 21 orang pelajar Pertandingan mencipta model F1

8.

AKTIVITI 8

Tarikh: Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti : 9. AKTIVITI 9 Tarikh: Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti : 10. AKTIVITI 10 Tarikh: Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti : 11.

25hb. Jun 2008 (Rabu) 2.30-3.30 petang Bilik F1 17 orang pelajar Menceriakan bilik F1

9hb. Julai 2008 (Rabu) 2.30-3.30 petang Bilik Reka Cipta 18 orang pelajar Tayangan Video

23hb. Julai 2008 (Rabu) 2.30-3.30 petang Bengkel KH 20 orang pelajar Menceriakan bengkel Kemahiran Hidup

AKTIVITI 11 Tarikh: Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti : 6hb. Ogos 2008 (Rabu) 2.30-3.30 petang Bengkel 18 orang pelajar Gotong Royong Perdana

12.

AKTIVITI 12 Tarikh: 27hb. Ogos 2008 (Rabu)

Masa: Tempat: Kehadiran Aktiviti :

2.30-3.30 petang Kelas 5N 19 orang pelajar Jamuan untuk semua ahli persatuan

PENCAPAIAN / KEJAYAAN SEPANJANG TAHUN 2008 Selain daripada aktiviti yang dirancang, terdapat juga aktiviti yang dilakukan sempena dengan minggu akademik yang mana beberapa aktiviti yang telah dianjurkan ialah pertandingan reka cipta dari bahan terbuang dan program kitar semula. Aktiviti ini terbuka kepada semua pelajar selain dari ahli persatuan. Kejayaan yang diperolehi ialah kita dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam mencipta dan penggunaan bahan.

PENILAIAN DAN PENUTUP Nama Persatuan Jumlah Aktiviti Peratus Kehadiran Penilaian : : : : Persatuan F1/Reka Cipta 12 kali 50%

1. Kejayaan : 8/10 aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan.

2. Kegagalan / Kelemahan Kurang penyertaan ahli persatuan.

3. Cadangan Tahun Depan Semua pelajar RC tingkatan 4 dan 5 diwajibkan menyertai Persatuan ini Aktiviti yang akan dijalankan adalah berdasarkan projek SPM tingkatan 5 4. Sasaran Pencapaian Tahun Depan Kehadiran ahli 100% Semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan lebih baik lagi Buku laporan terbaik Papan kenyataan 5 terbaik

Penutup Berdasarkan kepada kehadiran ahli-ahli dan penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang di jalankan pada tahun ini adalah kurang baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Diharap semua ahli-ahli meningkatkan prestasi yang baik dan memberi komitmen yang tinggi kepada Persatuan. Persatuan F1/Reka Cipta merupakan sebuah persatuan yang mampu melahirkan seorang usahawan yang kreatif dan inovatif sekiranya guru pemimpin dan ahli bekerjasama dalam mencapai matlamat penubuhannya.

You might also like