You are on page 1of 4

Kecek

Maksud Rangkap 1: Seorang yang berpangkat sebagai pengarah membuka semasa di sebuah bank terkemuka. Namun pada masa yang sama dia menyeleweng dengan melakukan pecah amanah terhadap hak milik orang lain yang diamanahkan kepadanya. Rangkap 2: Seorang petani di kampong hidup dalam keadaan miskin dan daif. Dia membesarkan 12 orang anaknya dalam keadaan serba kekurangan. Dia tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain kerana dia sudah terlalu biasa dengan kesusahan. Rangkap 3: Seorang nelayan yang tinggal di tepi laut turut hidup sukar akibat keadaan laut yang berbahaya. Dia menyara anak-anaknya dengan berserah kapada nasib. Dia tidak pernah meminta bantuan orang lain untuk mengatasi kesusahannya. Hal ini demikian kerana dia sudah lali dengan kesusahan hidup. Rangkap 4: Tuhan sentiasa tegas dalam menentukan untung nasib seseorang. Setiap kebaikan dan keburukan yang dilakukan oleh umat-Nya pasti akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Tema dan Persoalan Tema sajak ialah sikap manusia yang berbeza berdasarkan jenis pekerjaan, contohnya seorang petani tetap mengamalkan sikap jujur dan seorang nelayan berserah kepada ketentuan Tuhan. Persoalan daripada sajak ialah sikap tamak apabila duit sudah di depan mata, contohnya seorang akaun bank yang diberikan kepercayaan sering menyeleweng akibat perasaan tamak yang terbatas. Seterusnya kesusahan hidup dihadapi dengan tabah, contohnya seorang petani melalui kegetiran hidup namun tidak menggunakan hak orang lain. Selanjutnya hidup nelayan yang sengsara, contohnya kepayahan hidup kaum nelayan yang tidak pernah mendapat pembelaan. Gaya Bahasa Antara contoh gaya bahasa ialah metafora, contohnya pagar sengsara dalam baris di dalam pagar sengsara dan papan hidup dalam baris di papan hidupnya. Seterusnya personifikasi, contohnya laut ternganga dalam baris di rahang laut ternganga. Akhir sekali sinkope, contohnya penggunaan kependekan kata tapi dalam baris tapi dia tidak pernah mengumpul. Nilai Murni Amanah : Penyair menggambarkan sikap tidak amanah dalam kalangan pegawai-pegawai besar yang melakukan pecah amanah demi kepentingan diri.

Kesyukuran: Golongan petani dan nelayan digambarkan sebagai golongan daif tetapi tidak pernah meminta bantuan orang lain, sebaliknya tetap berusaha untuk meneruskan kehidupan. Keyakinan: Penyair barasa yakin bahawa Tuhan tetap mengambil kira segala kebaikan hamba-Nya walaupun kecil sifatnya. Pengajaran Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan hati yang jujur penyair mengingatkan kekayaan yang dimiliki secara tidak jujur akan tetap mendapat implikasi yang buruk. Kita perlulah sentiasa bersyukur dengan apa-apa yang dimiliki penyair menjelaskan kesusahan dan penderitaan tidak menghalang manusia daripada terus berusaha. Kita wajib menyedari akan balasan Tuhan penyair mahu kita sedar bahawa balasan Tuhan penyair mahu kita sedar bahawa balasan Tuhan akan menanti sekiranya kita mengamalkan perbuatan buruk dalam hidup.

Bangkitlah
Maksud Rangkap 1: Anak-anak muda masa kini mesti segera bangun bertindak dan tidak wajar membuang masa begitu sahaja. Rangkap 2: Alam menyediakan pelbagai peluang dan kebahagiaan yang patut direbut tetapi anak-anak generasi masa kini yang masih malas untuk bertindak. Rangkap 3: Generasi muda harus segera sedar dan bertindak agar mereka tidak menyesal pada hari kemudian setelah sumber diterokai dan segala peluang direbut oleh orang lain. Rangkap 4: Jika generasi muda masih leka dengan kemalasan, mereka akan menghadapi masalah. Mereka akan kehilangan rezeki dan menyesal sepanjang hayat. Rangkap 5: jadi, untuk mengelakkan penyesalan, generasi muda perlu insaf dan memulakan langkah sebelum semuanya terlewat. Tema dan Persoalan Tema Seruan kepada generasi muda supaya rajin mengambil peluang yang tersedia Penyair menyeru kepada generasi muda agar bangkit berusaha untuk memajukan diri demi kelangsungan hidup masa hadapan. Persoalan Usaha meneroka kekayaan tanah air perlu ditegaskan kepada generasi muda Penyair menegaskan Negara ini kaya dengan pelbagai sumber dan anak muda perlu merebut peluang yang ada. Keperluan menggandakan usaha dan membuang sikap alpa dan malas _ penyair mahu anak muda agar bangun segera dengan menepikan sikap alpa dan malas. Penyesalan yang bakal terjadi penyair mengingatkan anak muda akan menyesal sekiranya tidak mengambil peluang daripada kekayaan Negara. Gaya Bahasa Sinkope kependekan kata kata dalam baris esok apa yang kaumakan? Personifikasi menjamah awan dalam baris dan burung-burung belum bagi menjamah awan. Nilai Murni Kerajinan Penyair menggesa generasi muda untuk mengamalkan sikap rajin berusaha demi masa depan

Kesyukuran Penyair mahu generasi muda Negara ini digesa untuk bersyukur kerana hidup dalam sebuah Negara yang kaya dengan sumber. Kewaspadaan- penyair mengingatkan generasi muda agar berwaspada kerana sikap ambil mudah akan mengakibatkan penyesalan pada hari kemudian. Pengajaran Kita hendaklah rajin merebut peluang yang tersedia penyair menyeru kepada generasi muda agar bangkit berusaha untuk memajukan diri demi kelangsungan hidup masa hadapan. Kita perlula meneroka kekayaan tanah air penyair menegaskan Negara ini kaya dengan pelbagai sumber, lalu anak muda perlu meneroka peluang ada Kita sewajarnya menggandakan usaha dan membuang sikap alpa dan malas _ penyair mahu anak muda agar bangun segera dengan menepikan sikap alpa dan malas.

You might also like