You are on page 1of 28

MASALAH PENGLIHATAN PENDIDIKAN KHAS

OLEH: MUHAMMAD NAZREEN BIN CHE MOHD ASHARI MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMAD NOOR

DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN


Dari segi pendidikan = sekumpulan kanakkanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut: 1. Tidak dapat melihat langsung. 2. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen. 3. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:
Masalah penglihatan

sederhana

teruk

Sangat teruk

SEDERHANA
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanakkanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta.

TERUK
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas.

SANGAT TERUK
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanakkanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deriaderia lain

CIRI-CIRI MASALAH PENGLIHATAN

RUPA

TINGKAH LAKU

ADUAN

RUPA
Bebola mata selalu berputar-putar Tidak bertindak balas dengan cahaya Mata yang selalu bergerak-gerak

ADUAN
Selalu mengadu sakit kepala Penglihatan yang kabur Nampak 2 imej pada sesuatu objek

TINGKAH LAKU
Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan tulis ataupun objek. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata. Kerap bercakap. Kerap menggosok mata. Selalu menutup sebelah mata. Selalu terlanggar objek. Keliru dengan huruf.

Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat. Memegang kepala dengan cara luar biasa. Kerap menangis Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa sudut berlainan.

Sering mencari-cari ayat yang dibaca. Meniru kerja kawan. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi.

1. baka dan keturunan 2. komplikasi semasa hamil dan semasa lahir 3. Rubella -Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan. 4. sifilis 5. kecederaan 6. penyakit

CIRI-CIRI DAN CABARAN YANG DIHADAPI DARI ASPEK ADAPTASI KHAS MURID MASALAH PENGLIHATAN, MURID-MURID RABUN, PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH, PERKEMBANGAN BAHASA, KEUPAYAAN INTELEK, ORIENTASI DAN MOBILITI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku Manual On The Management of Children With Visual Impairement yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:

Sentuh Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanakkanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.

Pendengaran Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan. Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya , Adakah anak anda mahu aiskrim?, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak.

Bau Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.

Rasa Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya.

Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.

Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alatalat untuk kanak-kanak kategori ini.

Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas menyekat perkembangan murid itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Memang diakui ramai murid low vision yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas alasan tersendiri. Namun dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang faedah yang diperoleh, sudah pasti mereka bersedia melangkah ke

You might also like