You are on page 1of 6

Pengurusan bilik darjah

Konsep pengurusan bilik darjah


Sebagai peraturan dan prosedur yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat mengawal disiplin serta mengembangkan rasa hormat murid-murid terhadap guru. Ia dapat memotivasikan murid-murid untuk memajukan diri dalam bidang akademik

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah


1. Susun atur persekitaran fizikal bilik darjah
Pelan dan susunan perabot di dalam bilik darjah dapat membantu dalam proses pembelajaran murid-murid. Suasana bilik darjah yang peramah dan mesra mewujudkan satu persekitaran yang kondusif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Faktor-faktor yang perlu diambil kira ialah; Keadaan fizikal dan saiz bilik darjah Bilik darjah yang dapat menampung murid-murid harus selesa serta dilengkapi dengan peredaran udara yang baik dan pancaran cahaya yang mencukupi. (sarat dengan murid mengantuk dan murid kurang beri tumpuan) Kedudukan murid-murid i. Menentukan interaksi di antaran seorang murid dengan rakan-rakan sebaya dan guru. ii. Penyusunan meja dan kerusi dalam bilik darjah dapat membantu mempengaruhi tingkah laku murid-murid. iii. Kedudukan murid-murid yang ditetapkan oleh guru dapat menghalang masalah disiplin. iv. Memastikan kawasan kerja mencukupi bagi murid-murid mengadakan aktiviti pembacaan, penggunaan komputer atau penggunaan alat-alat pengajaran. v. Sistem giliran harus diamalkan supaya murid-murid yang duduk belakang berpeluang duduk di hadapan kelas. Peralatan bilik darjah i. Peralatan bilik darjah termasuk, carta, peta dan gambar rajah, perkakasan matematik alat-alat mengira, buku-buku pembacaan dan kapur + krayon dll/ ii. Peralatan harus diedarkan kepada murid-murid dan disimpan selepas digunakan. iii. Stok alat-alat atau perkakas bilik darjah mesti dipantau oleh guru dan ditambah jika berlaku kekurangan. Perhiasan bilik darjah i. Perhiasan bilik darjah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan mesra. ii. Dalam bilik darjah perlu dilengkapi sekurang-kurangnya kipas dan tingkap untuk wujudkan persekitaran kondusif dan selesa. iii. Guru perlu merancang perhiasan bilik darjah pada setiap awal sesi persekolahan supaya perhiasan lama dapat dihias semula. iv. Galakkan murid mengambil bahagian dalam perhiasan bilik darjah. v. Pengendalian papan notis dalam bilik darjah yang baik dapat mempamerkan hasil buatan kerja serata menambahkan imej kendiri.

i.

Pelan susun atur Corak-corak susun atur dalam bilik darjah adalah seperti berikut: a. Susun atur tradisional murid-murid duduk secara individu atau berpasangan di hadapan guru. b. Bentuk kumpulan murid duduk mengeliling satu meja. c. Teater atau bentuk V semua murid menghadap guru. Strategi dan jenis aktiviti pengajaran menentukan corak dan pelan susun atur yang dipilih sebagai contoh, aktiviti bilik darjah melibatkan ramai murid, maka susunan atur secara berkumpulan amat sesuai dilaksanakan. Fungsi dan pelan susun atur pelbagai Strategi pengajaran berbeza memerlukan pelan susun atur yang berlainan, contohnya corak pelan susun atur tradisional lebih diamalkan bagi berpusatkan guru. Jadi penyampaian arahan guru secara kuliah amat sesuai dijalankan dalam bilik darjah melebihi 50 orang. Di sekolah rendah, pelan susun atur berkumpulan amat sesuai digunakan kerana bilangan murid kuang daripada 40 orang murid. Jika bilangan murid lebih kecil, pelan susun atur U lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Guru-guru dapat mengawal dan menghalang sebarang gangguan dan tingkah laku bermasalah. Terdapat kebaikan dan keburukan pelan susun atur dalam bilik darjah.

ii.

2. Faktor sosial
Guru perlu menggalakkan perkembangan sosial murid-murid dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan semua peraturan dalam kelas. Guru harus mengajar murid-murid saling tolong-menolong di antara satu sama lain dalam mengekalkan peraturan-peraturan dalam kelas. i. Sosiometri (m/s 155) Teknik-teknik sosiometri yang berkesan dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik murid-murid di dalam bilik darjah (Schmuck & Schmuck, 1996). Digunakan untuk mengukur tahap perhubungan dan kaitan interaksi di antara murid-murid di dalam bilik darjah dan ia dapat diukur oleh guru-guru secara kuantitatif. Teknik-teknik sosiometri : Teknik jenis positif, Teknik jenis negatif, Teknik bukan lisan, Skala pengiktirafan, penentuan status sosial dan skim penilikan.

3. Faktor emosi
Guru mesti memastikan dan mengawal emosi murid-murid di dalam bilik darjah supaya dapat meningkatkan minat murid-murid untuk belajar dan keselesaan bilik darjah yang selesa. Kepimpinan guru i. Kepimpinan guru yang baik merangkumi tiga aspek iaitu sikap mesra, adil, pendorong, lucu dan menarik. ii. Terdapat tiga jenis yang kepimpinan guru autokratik, demokratik dan laissez faire. Komunikasi guru Cara guru berkomunikasi di dalam bilik darjah memberi kesan terhadap status emosi murid-murid. Guru juga memajukan personaliti murid-murid secara positif dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kualiti komunikasi guru: a. Pendengar dan penyampai aktif Memberi masa yang cukup untuk murid membuat respon, memberi masa unutk mendengar pandangan murid-murid, elakkan menggamalkan sikap berat sebelah, tidak memikirkan hal lain semasa murid sedang bercakap. b. Memberi arahan lisan secara jelas Memberi arahan langkah demi langkah sebelum memulakan aktiviti pembelajaran supaya murid-murid tidak keliru untuk memulakan tugas mereka. Menggunakan bahasa yang mudah yang senang difahami oleh murid-murid. c. Menggunakan komunikasi bukan lisan secara positif Bercakap dengan nada yang tegas dan laras suara berbentuk mesra dan tidak menakutkan. Menunjukkan air muka yang terkawal semasa bercakap dan mendengar. d. Membuat keputusan dalam bilik darjah Menggunakan langkah-langkah berikut dalam membuat keputusan; Penilaian membuat anggapan tentang faedah atau kesesuaian kenyataan daripada murid-murid. Intepretasi tidak mengubah kenyataan orang lain. Penyokongan berusaha menolong murid setiap masa. e. Peka terhadap orientasi fizikal Guru mesti memastikan tidak terdapat halangan fizikal yang menghalang komunikasi di antara guru dengan murid-murid di dalam bilik darjah seperti berikut; Halangan seperti meja, almari semasa berkomunikasi dengan muridmurid. Mesti berhadapan dengan murid-murid semasa bercakap.

Orientasi tugas i. Guru perlu peka dengan tugas-tugas diberikan kepada murid-murid supaya dapat mencapai tahap akademik yang baik. ii. Guru mesti melayani murid-murid secara adil semasa melaksanakan tugas contohnya, murid-murid berasal daripada keluarga kurang berada akan menjadi sasaran murid-murid lain untuk mengenepikan mereka guru perlu wajar memuluhkan suasana seperti ini. iii. Mesti sensitif semasa mengagihkan tugas dan tidak bersikap berat sebelah kerana orientasi setiap tugasan diberikan dapat meningkatkan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid. iv. Peka terhadap keperluan murid. Guru mesti mengorientasikan pelbagai aktiviti pengayaan supaya dapat merangsangkan murid-murid yang lebih pandai. v. Guru mesti bijak menguruskan bilik darjah dengan baik. Murid-murid dapat merangsang deria murid-murid. Mereka perlu menetapkan satu rutin pembelajaran dan pentadbiran yang sistematik supaya pengajaran berjalan lancar.

Rutin bilik darjah


Perlu diurus dengan baik agar memastikan bilik darjah dikendalikan dengan baik. Dapat mengelakkan sebarang gangguan dalam bilik darjah. Rutin ialah peraturan-peraturan yang disediakan untuk murid bagi tujuan melicinkan semua kerja yang terlibat dalam bilik darjah Jenis-jenis rutin: Rutin akademik Rutin pergerakan murid-murid Cara murid memasuki bilik darjah. Cara murid keluar bilik darjah. Cara murid bergerak untuk mengasah pensel atau untuk mendapatkan bahanbahan pembelajaran Rutin pengurusan tugas Perancangan penilaian berbeza bagi murid-murid Penyerahan dan penerimaan buku latihan Pengedaran bahan-bahan pembelajaran dan cara-cara mengumpul dan menyimpan bahan-bahan. Rutin bukan akademik Cara murid menyimpan buku, kasut dll Mengasah pensel Keluar dalam kelas untuk menggunakan tandas Menyimpan rekod pelajaran Membuat pengumuman tertentu Mengalih murid ke kelas lain, ke padang atau rumah Mengutip yuran bagi sesi baru persekolahan Membantu murid yang sakit. Rutin pentadbiran Menulis surat kepada ibu bapa Menyediakan laporan penilaian Merancang takwim sekolah Merancang aktiviti kokurikulum Merancang aktiviti di luar sekolah Menyediakan laporan kehadiran dan penggajian murid-murid.

Rutin pembelajaran Memastikan arahan dapat diterima dengan jelas oleh murid-murid. Menentukan garis panduan untuk tingkah laku dan interaksi muridmurid sesuai dalam pelaksanaan setiap kali pembelajaran Menguji ejaan dan matematik di papan hitam Membuat demonstrasi bagaimana suatu prosedur dijalankan.

Rutin interaksi Cara-cara murid bertanya soalan Cara murid melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah Cara murid memberi perhatian kepada guru di dalam bilik darjah

Cara murid mendengar arahan guru.

You might also like