You are on page 1of 2

MENARIK DI IRBID!

SATAY IRBID

Dikenali sebagai OMAHBUJANG, kumpulan ini sungguh terkenal dengan jualan satay di mantiqah Irbid. Sering mendapat tempahan dari mahasiswa di Irbid, kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli yang semuanya terdiri daripada ahli BKASJ sendiri. Mereka telah memulakan jualan satay ini bermula dari Mei 2010 yang lalu sehingga sekarang. Ini kerana harga yang dikenakan untuk secucuk satay itu hanya 20qursh dan amat berbaloi dengan keenakan rasa satay buatan mereka. Untuk tempahan, anda boleh menghubungi : Mohammad Radhi bin Mohammad Noh - 0779187306 Muhammad Fadlan a.k.a wak lan- 0779187454
AKADEMI SYARIAH MMY (A.S.M)

Merupakan satu fatwa yang merungkai persoalan-persoalan yang diterima bagi satu masalah yang dihadapi oleh mahasiswa di Jordan ini. Objektif penubuhan akademi ini adalah untuk
menjana ketokohan ilmuan islam dalam kalangan ahli, menjadikan ASM intitusi rujukan masyarakat mengenai persoalan agama serta sebaagi Indikator perencana kepada halatuju MMY. Dinaungi

oleh Majlis Mahasiswa Yarmouk, akademi ini mempunyai satu matalamat yang jelas iaitu mewujudkan institusi ilmuan Islam yang berwibawa bagi masyarakat semasa.
PINTAR PERMAI

PERMAI Intellectual Circle (PINTAR) ini adalah salah satu aktiviti yang dijalankan di bawah Persatuan Mahasiswa Irbid Malaysia(PERMAI) sebagai medium tarbiyah utama dalam membina kesedaran dan kefahaman Islam di kalangan ahli PERMAI. Entiti ini mesasarkan kesemua ahli PERMAI untuk terlibat dan mereka dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai seorang Naqib/Naqibah yang dilantik mengikut kriteria bagi menggerakkan visi dan misi PINTAR.

AKADEMI AL-FATEH

Akademi Al-Fateh ini merupakan salah satu aktiviti dibawah Pintar Permai yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Islam yang hebat seperti Muhammad Al-Fateh suatu hari nanti. Membuka keahlian kepada mahasiswa dan mahasiswi Tahun1, akademi ini telah merancang pelbagai aktiviti seperti Qiamullail, Daurah, Diskusi dan Rehlah untuk melaksanankan objektif dan matlamat program ini ditubuhkan.

ABU MALIK STUDIO

Abu Malik Studio terdiri daripada lima orang pelajar JUST tahun akhir iaitu Ashraf,Halfi, Syed Ahmad Izzat, Hazim dan Nazirul.Abu Malik Studio ini sering menyajikan filem-filem pendek yang menarik dalam program-program yang dijalankan oleh PERMAI.

You might also like