You are on page 1of 14

PENDAHULUAN Sebagai negara yang berdaulat, malaysia sudah tentu ada beberapa identiti atau citarasanya sendiri.

Antara ciri yang menjadi lambang negara, bahasa merupakan satu unsur yang tidak boleh diabaikan. Bahasa melayu merupakan bahasa yang menjadi lambang kedaulatan malaysia mengikut fasal 152 perlembagaan persekutuan. Bahasa Melayu sudah jelas termaktub sebagai bahasa rasmi malaysia. Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam membentuk bangsa malaysia. Selaras dengan slogan bahasa jiwa bangsa usaha dalam memartabatkan kedudukan bahasa melayu amat bersesuaian di malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan setiap kaum mempunyai bahasa ibundanya sendiri. Daripada semua bahasa yang ada , bahasa melayu nampaknya lebih kerap digunakan dalam masyarakat malaysia. Bahasa melayu sering digunakan dalam komunikasi sama ada situasi formal atau tidak formal, ketika bersembang dalam kedai kopi, pengajaran di bilik darjah, hujah perbahasan di parlimen, dalam perjumpaan rakyat atau upacara rasmi, penghakiman kes-kes di mahkamah dam sebagainya. Bahasa melayu mengikat rakyat lalu menjamin persahabatan dan muhibah yang erat antara penduduk negara ini dengan tanpa mengira kaum, keturunan, agama, dan bahasa ibunda masing- masing. Antara kepentingan bahasa melayu selain bahasa perpaduan ialah sebagai asas pembinaan negara dan kebudayanan masyarakat. Perkara-perkara 152 yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan menyatakan bahasa melayu merupakan bahasa rasmi malaysia. Fasal 152 ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa termasuk yang di-pertua agong dan perdana menteri. Selain sebagai asas negara,bahasa melayu juga melambangkan jati diri bagi warganegara malaysia. Setiap negara yang wujud pasti ada bahasanya yang boleh melambangkan sesebuah negara seperti negara china yang menggunakan bahasa cina dan negara barat yang menggunakan bahasa inggeris. Bahasa melayu juga berfungsi sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Berpandukan usaha tengku abdul razak yang mengemukakan penyata razak pada tahun 1956, majlis perundangan negara telah ditubuhkan dan akhirnya wujud asas ordinan pelajaran 1957,begitu juga dengan laporan rahman talib 1960 yang telah mewujudkan akta pelajaran 1961 yang mencadangkan pengajaran bahasa inggeris bertukar kepada pengajaran bahasa melayu. Kesemua usaha ini telah menunjukkan niat tokoh-tokoh menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Natijahnya, bahasa melayu merupakan bahasa yang menjadi lambang kepada malaysia. Satu bahasa ,satu bangsa, satu musa merupakan slogan yang memartabatkan kedudukan bahasa melayu di malaysia dan bakal masyhur di seluruh dunia di samping menyahut seruan 1 malaysia yang diwar-warkan oleh perdana menteri kita , Dato Sri Mohd. Najib bin Haji Abdul Razak.

1.2 Aspek aspek kesilapan tatabahasa yang kerap dilakukan Kata nama Kata nama dapat dibahagikan kepada dua ,kata nama am dan kata nama khas. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya. Kata nama am dapat dibahagikan pula kepada dua konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak ialah nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut sesuatu benda sama ada yang bernyawa atau benda tidak bernyawa. Benda benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat ,judul buku, nama bangunan dan sebagainya. Perkataan kata nama khas digunakan untuk menyebut sesuatu yang tertentu , khusus atau khas. Biasanya huruf pertama pada perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. Hal ini disokong oleh sulaiman masri dan khair mohd nor melalui buku tatabahasa melayu mesra pengguna (2000). Mereka mengatakan bahawa kata nama ialah perkataan yang menyatakan nama bagi sesuatu seperti orang, benda, binatang, tempat, konsep dan sebagainya. Penanda bagi kata nama dapat didahului oleh kata bilangan dan kata penentu ini atau itu. Perkara ini juga terdapat dalam buku teks STPM Ace Ahead.terbitan Oxford Fajar. Menurut buku tersebut, Kata Nama didefinisikan sebagai sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama. Lazimnya kata nama menamakan tempat, benda atau konsep. KATA GANTI NAMA Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti Kata nama am dan kata nama khas. Kata ganti diri dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kata ganti diri pertama, kata ganti diri kedua, dan kata ganti diri ketiga. Kata ganti diri digunakan untuk menggantikan nam orang yang digunakan khas untuk orang. Perkara ini juga terdapat dalam laman Wikipedia bahasa melayu. Menurut laman ini, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti tak tentu, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti Tanya. Hal ini turut disokong oleh sulaiman masri dan ahmad khair mohd nor melalui buku tatabahasa melayu mesra pengguna,(2000). Menurut buku tersebut kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan untuk manggantikan kata ganti nama ganti dan am dalam ayat.

KATA KERJA Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja sama ada yang berlaku atau dilakukan. Perkara ini dinyatakan dalam laman web slideshare. Net bahawa Kata Kerja merupakan kata yang menyatakan makna perbuatan dan perlakuan tentang sesuatu atau terhadap sesuatu. Hal ini turut disokong oleh Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor melalui buku Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna (2000). Menurut mereka,Kata Kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuata. Buku teks STPM ace ahead terbitan Oxford Fajar kerja. Lazimnya Kata Kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

KATA TANYA Kata Tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu.kata Tanya hadir di dalam predikat sesuatu ayat. Jika predikat didepankan,maka kata Tanya hendaklanh disertai pratikelkan.perkara ini turut dinyatakan dalam laman web slideshare.net,bahawa Kata Tanyamerupakan perkataan yang digunakan untuk menanyakan atau menyoal sesuatu. Hal ini disokong oleh Nik Safiah Karim,Farid M.onn,Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood melalui bukau Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009). KataTanya ialah perkataan yang digunakan untuk sesuatu, contohnya mengapa berapa, bila dan bagaimana. Kata Tanya hadir dalam ayat sedagai sedahagian daripada predikat.sekiranya Kata Tanya dikedepankan maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel kan.

KATA HUBUNG Kata Hubung bertugas untuk menghubungkan klausa,ayat, frasa, atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk. Dalam bahasa melayu, terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk keterangan. Perkara ini turut dinyatakan dalam laman web slideshare.net. Menurut laman ini, Kata Hubung ialah kata yang bertugas untuk menghubungkan dua baris ayat atau lebih hingga membentuk ayat berlapis atau ayat majmuk.

KATA MAJMUK Rumus penting dalam kata majmuk ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan antara perkataan tersebut dan mampu membawa makna tertentu. Jika Kata Majmuk boleh menerima perkataan lain antara dua perkataan lain tersebut,maka itu bukan Kata Majmuk tetapi tergolong dalam frasa. Perkara ini dinyatakan dalam buku tatabahasa dewan edisi ketiga (2009). Menurut buku tersebut, Kata Majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau rangkaian menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses pembentukan Kata Majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Buku teks STPM Ace Ahead, terbitan Oxford Fajar juga menyatakan perkara yang sama iaitu kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dam lazimnya dieja terpisah. Kata Majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. KATA SENDI NAMA Kata Sendi Nama ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa melayu. Kata tugas digunakan sebelum kata nama. Kata Sendi Nama pula mempunyai pelbagai tugas. Hal ini turut dinyatakan dalam laman web slideshare.net bahawa Kata Sendi Nama ialah kata yanag digunakan di hadapan frasa nama dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan khhusus. Kata Sendi Nama ini juga disebutkan sebagai kata depan kerana kedudukannya sentiasa di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Menurut buku tatabahasa dewan edisi ketiga (2009), Kata Sendi Nama ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa nama. Perkara ini turut dinyatakan dalam buku teks STPM Ace Ahead. Menurut buku tersebut Kata Sendi Nama ialah perkataan yang terletaknya di hadapan frasa nama. Dalam bahasa melayu, jumlah Kata Sendi Nama agak besar KATA ADJEKTIF Menurut pemahaman kami, Kata Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. Kata Adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului dengan kata penguat. Perkara ini turut dinyatakan dalam web slideshare.net yang menyatakan keadaan atau sifat sesuatu kata nama. Kata ini juga dikenali sebagai kata sifat. Kata Adjektif juga menjadikan inti bagi binaan frasa adjektif yang boleh disertai dengan unsur keterangan, kata bantu dan kata penguat. Menurut buku teks STPM Ace Ahead, Kata Adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu Kata Adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi Kata Adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu dan kata penguat.

KATA PEMERI Kata Pemeri bertugas sebagai frasa utama dalam predikat dengan subjek. Dalam bahasa melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. Kata Pemeri ialah digunakan sebelum predikat untuk menandakan persamaan antara frasa subjek dan frasa utama dalam predikat. Kata Pemeri adalah digunakan sebelum predikat sebagai huraian bagi frasa subjek. Frasa prediket biasanya menjawab soalan apakah. Perkara ini turut dinyatakan dalam buku teks STPM Ace Ahead. Menurut buku tersebut,Kata Pemeri ialah unsuur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.Terdapat dua Kata Pemeri iaitu ialahyang hadir dihadapanpredikat frasa nama danadalah yang hadir di hadapan predikat frasa dan frasa sendi nama.Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketika(2009) mengatakan Kata Pemeri ialah unsur yang menjadi pemari hal atauperangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. KATA TERBITAN Kata Terbitan terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalai proses pengimbuhan,sama ada awalan,akhiran, sisipan atau apitan. Perkara ini turut dijelaskan dalam buku teks STPM Ace Ahead. Menurut buku tersebut Kata Terbitan ialah bentuk yang dihasilkan melaluiproses pengimbuhaniaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbulan. Dalam Bahasa Melayusejumlah besar perkataan wujud dalam bentuk kta Terbitan dan jumbah imbuhan yang membentuk Kata Terbitan ini juga banyak. KATA ARAH Kata Arah ialah perkataan yang hadir sebelum Frasa Nama dan selepas Kata Sendi Nama.Kata Arah digunakan untuk menunjuk arah.perkara inidinyatakan dalam buku teks STPM Ace Ahead.Kata Arah merupakan sejumlah perkataan yang hadir sebelum Frasa Nama dan lazimnya sesudah Kata Sendi Nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.menurut buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga(2009),Kata Arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah Kata Sendi Nama yang menunjukkan hala atau jurusan. KATA PENEGAS Kata Penegas menekankan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat fungsinya sebagai penegas. Kata tugas ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu,kata penegas frasa predikat sahaja atau bahagian-bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa subjek atau predikat.

KATA PENGUAT Menurut pemahaman kami, Kata Penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif. Kata Penguat bolah hadir sebelum atau selepas Kata Adjektif. Berdasarkan pada kedudukan ini,Kata Penguat terbahagi kepada tiga jenis iaitu kata penguat hadapan, kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.Menurut buku teks STPM Ace Ahead pula Kata Penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikut Kata Adjektif dan berfungsi menguaatkan maksud yang terkandung dalam Kata Adjektif.Terdapat tiga jenis Kata Penguat Hadapan,Kata Penguat Belakang dan Kata Penguat Bebas

KATA PENGUAT HADAPAN paling terlalu agar BELAKANG sekali benar nian BEBAS amat sungguh sangat

PENJODOH BILANGAN Laman web Wikipedia Bahasa Melayu mengatakan Penjodoh Bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu Kata Nama bolah disertakan Penjodoh Bilangan yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan sesuatu Kata Nama dan sering digunakan dalam pembilangan. SesuatU bahasa bolah memiliki beratusratus penjodoh bilangan.

PERNYATAAN MASALAH Kajian ini dijalankan setelah mendapati beberapa masalah berkaitan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Antaranya ialah: 1.Didapati pelajar masih lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu -Rata-rata pelajar peralihan smk Dato Hamzah masih lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. Mereka tidak dapat mangarang dengan menggunakan yang gramatis disebabkan masalah ini. Oleh itu didapati, penguasaan aspek tatabahasa yang lemah menjadi punca.

2. Peratusan kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu yang berada pada peringkat rendah -Setiap kali keputusan peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM diumumkan,didapati peratus kelulusan pelajar dalam mata pelajaran tersebut belum mencapai 90 % dan ke atas. Jadi apabila penyelidikan dilakukan, didapati pelajar masih memerlukan bimbingan dan latihan kemahiran dalam bahasa melayu. 3. Pelajar tidak menguasai aspek tatabahasa - bahasa melayu mempunyai aspek-aspek tatabahasa yang mantap. Seorang yang menguasai aspek tatabahasa dengan baik membuktikan bahawa individu itu telah menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Kekeliruan aspek berbahasa yang kerap pelajar lakukan seperti Kata Nama, Kata Kerja , Kata Adjektif dan sebagainya.

OBJEKTIF KAJIAN

i. ii. iii. iv. v. vi.

Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk membuat perbandingan dari aspek kesilapan tatabahasa yang paling kerap dilakukan oleh sampel yang dipilih. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengesan aspek kesilapan dalam tatabahasa yang paling kurang dilakukan oleh sampel yang dipilih. Selain itu, penyelidikan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar. Guru dapat mempelbagaikan aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran aspek tatabahasa. Memupuk semangat cinta akan bahasa Melayu dalam diri pelajar- pelajar sekolah. Memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

SOALAN KAJIAN Tajuk : Pemahaman Bahasa Melayu Dari Segi Tatabahasa Dalam Kalangan Pelajar Peralihan SMK Dato Hamzah Soalan : Kategori empat abjad Dadu Baju Buku Mata Kota

Kategori lima abjad Merah Basuh Pelan Kotak Kasut

Kategori enam abjad Petang Barang Berani Selasa Kelabu

Kategori tujuh abjad Majalah Laporan Pameran Lawatan Jawapan

Kategori lapan abjad Berhenti

Maklumat Kerajaan Jejantas Kejayaan

1.6. KEPENTINGAN KAJIAN Analisa kesilapan tatabahasa bahasa melayu dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar sekolah menengah kebangsaan dato hamzah. Oleh itu, dengan adanya laporan analisa kesilapan tatabahasa bahasa melayu ini, maka akan wujud kepentingan tertentu terhadap pihak tertentu khasnya guru dan pelajar. Antara kepentingan kajian ini ialah meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun,mengenal pasti aspek tatabahasa yang memerlukan latihan pukal dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan dato hamzah. 1.Meningkatkan Pretasi Pencapaian Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Tidak dapat disangkal lagi bahasa melayu merupakan subjek penting dan wajib lulus dalam setiap peperiksaan umum kerajaan seperti ujian penilaian sekolah rendah(UPSR),peperiksaan menengah rendah(PMR),dan sijil peperiksaan Malaysia(SPM). Sekiranya seseorang pelajar gagal dalam subjek bahasa melayu dalam peperiksaan spm,maka pelajar tersebut dikira gagal semua subjek. Oleh itu, dengan adanya analisa kesilapan bahasa melayu,pelajar-pelajar smk dato hamzah akan dapat meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan dan keputusan bahasa melayu pelajar tersebut lebih terjamin. 2. Mengenal Pasti Aspek Tatabahasa Yang Memerlukan Latihan Pukal Laporan analisis kesilapan tatabahasa bahasa melayu juga akan dapat membantu pelajarpelajar smk dato hamzah mengenal pasti aspek tatabahasa yang memerlukam latihan pukal. Laporan analisa kesilapan tatabahasa ini juga akan memudahkan para pelajar memahami aspek kesilapan tatabahasa dengan lebih teliti dan seterusnya membetulkan kesilapan tersebut. Dengan itu, analisa kesilapan tatabahasa juga akan memudahkan proses guru semasa menyemak hasil kerja pelajar khasnya dalam karangan. 3.Meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar. Dengan adanya laporan pemyelidikan analisa kesilapan tatabahasa, kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar akan dapat ditingkatkan. Kemahiran berbahasa bukan sahaja terhad dalam bahagian pengarangan malahan juga berkaitan dengan pengucapan. Contohnya, seseorang pelajar boleh berkomunikasi dengan pelajar lain dengan menggunakan bahasa yang

lebih formal dan sopan-santun. Hal ini akan membantu pelajar menggunakan tatabahasa dengan lebih mahir dan cekap lagi.

1.7 BATASAN KAJIAN 1.7.1 PERSAMPELAN Sampel yang dipilih dalam kajian ini terdiri daripada pelajar peralihan , yang belajar di sekolah menengah kebangsaan dato hamzah, pelabuhan klang. 1.7.2 LATAR BELAKANG SAMPEL Sampel yang dijadikan kajian merupakan pelajar-pelajar yang menuntut dalam kelas peralihan. Pelajar-pelajar ini ialah pelajar lelaki. Kebanyakan sampel tinggal berhampiran dengan sekolah iaitu sekitar kawasan pelabuhan klang. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada kaum melayu iaitu sekitar kawasan pelabuhan klang. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada kaum india seramai..orang dan kaum cina . Orang. Pelajar-pelajar ini menduduki kelas peralihan.

1.7.3 BILANGAN SAMPEL Seramai 20 pelajar yang telah dijadikan sampel dalam kajian ini.

1.8 DEFINISI OPERASIONAL Mengikut kamis dewan cetakan kedua yang disusun oleh Dr Teuku Iskandar dengan bantuan pegawai dan pembantu penyelidikan bahagian perkamusan Dewan Bahasa dan Pustaka dan disokong oleh Kamus Melayu Global,perkataan analisa bermaksud penghuraian sesuatu masalah untuk mengetahui selok beloknya manakala, perkataan kesalahan pula bermaksud sesuatu yang silap atau kekeliruan. Perkataan tatabahasa pula bermaksud pengetahuan atau pelajaran mengenai pembentukan kata-kata dan penyusunan kata dalam ayat. Secara keseluruhannya, analisa kesalahan tatabahasa bermaksud huraian tentang sesuatu kesalahan dalam sesuatu susunan ayat yang boleh mengakibatkan kesalahan struktur ayat. Kesalahan dalam aspek tatabahasa menunjukkan tahap penguasaan yang lemah oleh seseorang individu.

Perlu ditegaskan keindahan sesuatu bahasa amat bergantung kepada bentuk penyusunannya. Susunan yang betul, mampu menyampaikan sesuatu maksud dan secara tidak langsung berlakulah komunikasi.

Bab 4

PENGENALAN Dapatan kajian ialah hasil yang diperolehi selepas sesuatu kajian dijalankan. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menganalisa hasil kajian. Bagi kajian ini , kami melakukan kajian berdasarkan satu set soalan yang diberikan kepada sampel. LATAR BELAKANG SAMPEL Seramai 20 orang pelajar telah dipilih menjadi sampel. Sampel terdiri daripada pelajar peralihan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hamzah. SKOR PENCAPAIAN Kategori 4 abjad Dalam kategori ini, daripada 20 orang sampel sebanyak 16 orang dapat membaca dengan tepat. Keadaan ini menunjukkan 80 % pelajar peralihan boleh menguasai kategori ini dari segi pembacaan tetapi 60 % iaitu 12 orang pelajar sahaja dapat memahami perkataan-perkataan tersebut. Kategori 5 abjad Dalam kategori ini, daripada 20 orang sampel sebanyak 12 orang dapat membaca dengan tepat. Keadaan ini menunjukkan 60 % pelajar peralihan boleh menguasai kategori ini dari segi pembacaan dan juga dari segi pemahaman perkataan-perkataan tersebut.

Kategori 6 abjad Dalam kategori ini, daripada 20 orang sampel sebanyak 11 orang dapat membaca dengan tepat. Keadaan ini menunjukkan 55 % pelajar peralihan boleh menguasai kategori ini dari segi pembacaan tetapi 30 % iaitu 6 orang pelajar sahaja dapat memahami perkataan-perkataan tersebut.

Kategori 7 abjad Dalam kategori ini, daripada 20 orang sampel sebanyak 8 orang dapat membaca dengan tepat. Keadaan ini menunjukkan 40 % pelajar peralihan boleh menguasai kategori ini dari segi pembacaan tetapi 30 % iaitu 6 orang pelajar sahaja dapat memahami perkataan-perkataan tersebut.

Kategori 8 abjad Dalam kategori ini, daripada 20 orang sampel sebanyak 4 orang dapat membaca dengan tepat. Keadaan ini menunjukkan 20 % pelajar peralihan boleh menguasai kategori ini dari segi pembacaan dan juga dari segi pemahaman perkataan-perkataan tersebut.

Kategori

Jumlah sampel

Jumlah sampel dapat membaca dengan tepat

Peratus sampel dapat membaca dengan tepat (%)

Jumlah sampel yang dapat memahami perkataan

Peratus sampel yang dapat memahami perkataan (%)

4 Abjad 5 Abjad 6 Abjad 7 Abjad 8 Abjad

20 20 20 20 20

16 12 11 8 4

80 60 55 40 20

12 12 6 6 4

60 60 30 30 20

You might also like