You are on page 1of 14

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 34

UNIT PELAJARAN 4
KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN, KOMUNIKASI DAN TINGKAHLAKU HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menyatakan definisi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran, Komunikasi dan Tingkahlaku. 2. Mengenalpasti jenis kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran, Komunikasi dan Tingkahlaku. 3. Menjelaskan strategi pengendalian kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran, Komunikasi dan Tingkahlaku.

PENGENALAN
Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu berkeperluan khas yang berada dalam program pendidikan khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia yang digolongkan sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran, komunikasi dan tingkahlaku merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme dan Hiperaktif.

DEFINISI KANAK DIFFICULTIES)

BERMASALAH

PEMBELAJARAN

(LEARNING

Apabila orang melihat kesukaran dalam pembelajaran adalah disebabkan keupayaan fizikal yang terhad atau kurang upaya seperti impairment dalam pendengaran, penglihatan, tahap kefungsian intelektual yang rendah dan ko-ordinasi motor yang tidak sesuai, ketidakupayaan fizikal ini akan menjadi halangan dalam proses pembelajaran. Penglibatan secara individual kanak-kanak ini akan terhad dalam proses pembelajaran. Terdapat kategori kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam membaca, menulis, mengeja, mengira dan aspek berorganisasi. Menurut Smith (1996) kanak-kanak yang specific difficulties adalah mereka yang tidak mempunyai kecacatan pencaindera dan kerosakan organik yang nyata, mempunyai masalah kesukaran dalam pembelajaran satu atau lebih seperti membaca, menulis, mengeja dan matematik serta kanak-kanak ini tidak memberi tindak balas terhadap pengajaran yang normal.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 35

JENIS-JENIS BERMASALAH PEMBELAJARAN


Learning Difficulties dalam kalangan kanak-kanak boleh diklasifikasikan dalam pelbagai jenis kategori bergantung kepada masalah major yang dialaminya. Jenis-jenis learning difficulties adalah berbeza-beza iaitu : i) Oral language difficulties Terdapat dua jenis di dalam Oral Language Difficulties iaitu Dysphasia dan Aphasia. Dysphasia adalah merujuk kepada sebahagian ketidakupayaan untuk memahami percakapan dan kesukaran untuk bercakap. Manakala Aphasia pula ialah kanak-kanak yang kehilangan keupayaan untuk memahami, memanipulasi atau mengekspresi perkataan dalam percakapan dan gaya penulisan. ii) Reading difficulties Reading Difficulties pula merupakan tambahan yang terbahagi kepada disleksia dan alexia. Sebahagian ketidakbolehan untuk membaca atau memahami apa yang dibaca adalah dikenali sebagai Disleksia. Manakala Alexia pula ialah kanak-kanak yang kehilangan keupayaa untuk membaca, menulis ataupun menterjemahkan bahasa. iii) Writing difficulties Writting Difficulties pula terbahagi kepada Dysgraphia dan Agraphia. Disgraphia merupakan sebahagian ketidakbolehan untuk menulis. Agraphia pula merujuk kepada ketidakbolehan untuk menulis secara keseluruhan. Masalah penggambaran semula merujuk kepada ketidakbolehan untuk membayangkan semua imej huruf atau perkataan. Formulation dan Syntax Disorder adalah ketidakupayan untuk menyusun idea dengan jelas dan meringkaskan corak perkataan. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mengeja pula, mereka ini akan menghadapi masalah dalam membaca atau menulis. iv) Arithmetic difficulties Kanak-kanak yang mengalami Arithmetic difficulties pula ialah mereka bermasalah dalam mengasingkan angka atau siri angka. Di dalam Arithmetic difficulties terdapat dua kategori iaitu Dyscalculia dan Acalculia. Dyscalculia merupakan sebahagian ketidakbolehan dalam menyelesaikan pengiraan. Manakala Acalculia pula ketidakbolehan secara keseluruhan untuk menyelesaikan masalah pengiraan.

a.Bincangkan masalah membaca yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia b. Apakah simptom-simptom kanak-kanak yang menghadapi masalah diskelsia b. Terangkan kesukaran dalam bahasa kanak-kanak yang mengalami aphasia.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 36

PUNCA-PUNCA BERLAKU BERMASALAH PEMBELAJARAN


Mercer (1997) punca tentang berlakunya learning difficulties secara perubatannya dan berkaitan dengan etiologies. Terdapat empat punca berlakukan learning difficulties iaitu :

a) Acquired Trauma Kecederaan yang berlaku di tengah sistem nervous yang berpunca daripada individu itu sendiri dan keputusan dalam learning disorder dikenal sebagai Acquired Trauma di dalam istilah perubatan. Kerosakan Aquired Central Nervous berlaku semasa dalam kandungan (Prenatal), semasa kelahiran (Perinatal) dan selepas kelahiran (Postnatal). i) Prenatal Causes

Berlaku komplikasi semasa mengandung dan secara empirikalnya boleh menyebabkan berlakunya pelbagai jenis masalah pembelajaran. Bagi ibu mengandung yang mengambil dadah akan menyebabkan berlakukan komplikasi semasa mengandung dan berikutnya akan menyebabkan learning difficulties. Gold dan Sherry (1984) dalam kajiannya menjelaskan bahawa terdapat hubungan korelasi di antara ibu yang mengambil alkohol semasa mengandung dan akan menyebabkan berlakunya learning difficulties kepada anak yang dilahirkan. Sebagai contoh, Shaywitz, et. Al. (1980) telah membuat penilaian terhadap lima belas orang kanak-kanak yang mempunyai tahap IQ yang normal dengan Fetal Alcohol Syndrome dan mendapati bahawa semua merujuk kepada program pendidikan khas tahap ketiga. Berdasarkan ciri-ciri yang diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak tersebut didapati bahawa mereka mempunyai masalah academic difficulties, hiperaktif dan masalah tumpuan (attention problem). Shaywitz et. Al. (1980) juga berpendapat bahawa pendedahan kepada cocaine akan menyebabkan kepada perkembangan neuro receptors dan transmitters serta menyebabkan ketidakfungsian terhadap central nervous system. Ibu mengandung yang menggunakan tobacco juga akan terdedah kepada pelbagai aspek learning disabilities, terutamanya dalam masalah pembelajaran dan hiperaktif (Lovitt, 1989 ) ii) Perinatal Causes

Colletti (1979) dlm Sujathamalini (2007) pula menjelaskan bahawa kanak-kanak masalah pembelajaran mempunyai banyak masalah seperti prolonged lobour, kelahiran yang dirangsang (induce birth) dan kelahiran secara forceps. Shell et. al (1985) pula mendapati 32 daripada 74 kanak-kanak yang menerima neonatal intensive care memerlukan kepada program pendidikan khas dalam tahap yang asas. iii) Posnatal Causes

Kemalangan dan jangkitan penyakit selepas kelahiran akan menyebabkan kepada kerosakan otak dan akan menyumbang kepada masalah pembelajaran termasuk stroke, high fever, encephalitis, meningtis dan head trauma.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 37 b) Faktor Keturunan (Genetic/Hereditary Influence) Para penyelidik telah melakukan penyelidikan tentang perhubungan di antara genetik dan bermasalah pembelajaran. Menurut Hallgren (1950) dalam Sujathamalini (2007) mengkaji tentang 276 kanak-kanak Disleksia dengan keluarganya dan didapati kelazimannya permasalahan yang dihadapi dari segi membaca dan bahasa adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran yang diwarisi daripada keluarga kanak-kanak tersebut. Manakala Decker dan Defries (1980, 1981) telah membandingkan keluarga daripada 125 kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan 125 kanak-kanak tanpa bermasalah pembelajaran mendapati bahawa kadar yang baik tentang masalah membaca adalah terdiri daripada kumpulan keluarga yang tidak mempunyai bermasalah pembelajaran. Kedua-dua kajian ini menunjukkan bahawa faktor genetik mempunyai pengaruh berlakunya bermasalah pembelajaran. c) Faktor persekitaran Proses pembelajaran terganggu disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran. Reaksi yang allergic terhadap sesetengah makanan dan ketagihan makanan juga boleh menyebabkan berlakunya bermasalah pembelajaran. Natural ataupun Synthetic adalah campuran yang dikenal sebagai Salicylate merupakan bahan kimia yang terdapat dalam pewarna dan perisa tiruan di dalam sesetengah makanan. Sebagai contohnya ialah epal, tomato dan beri. Buah-buahan ini juga boleh menyebabkan hiperaktiviti dan bermasalah pembelajaran bagi sesetengah kanak-kanak (Feingold, 1976 dlm. Sujathamalini, 2007). Allergic terhadap makanan yang tidak mengandungi Salicylate seperti susu, gandum, gula dan coklat juga boleh menyebabkan bermasalah pembelajaran. Persekitaran pembelajaran juga boleh menyumbangkan kepada kesukaran belajar kepada kanak-kanak. Persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh mempertingkatkan proses pembelajaran. Sebagai fasilitator, guru haruslah meningkatkan persekitaran pengajaran yang sesuai di dalam bilik darjah. Ini merupakan tugasan penting yang harus dipikul oleh guru. Sekiranya persekitaran tidak kondusif akan mewujudkan suatu kesukaran dalam pembelajaran (Sujathamalini, 2007). Borphy dan Good (1986) turut menegaskan bahawa persekitaran pembelajaran yang positif akan meningkatkan pembelajaran murid-murid apabila guru percaya yang semua muridmurid boleh belajar dan guru boleh melakukan perbezaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. d) Biochemical Abnormalities Sesetengah murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran tidak boleh didiagnoskan dengan jelas mempunyai kerosakan neurologikal atau sejarah keluarga yang mempunyai masalah pembelajaran. Terdapat andaian bahawa Biochemical Abnormalities adalah disebabkan oleh sel-sel. Kekurangan dalam pengeluaran neurotransmitters seperti serotin, dopamine, neropinephrine, acetlycholine dan bahanbahan kimia yang lain adalah diandaikan sebagai penyebab kepada kesukaran di dalam neural impulse transmission dan kesan kepada pembelajaran serta masalah tingkah laku.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 38 CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Menurut Clements (1966) terdapat sepuluh ciri-ciri kanak-kanak yang telah dikenalpasti iaitu : bermasalah pembelajaran

i) Hiperaktif ii) Perceptual impairment iii) Emosi yang tidak stabil iv) Disorder of attention v) Impulsivity vi) Disorder of memory and thinking vii) Masalah pembelajaran yang spesifik dalam membaca, menulis, mengeja dan mengira. viii) Disorder of speech and language ix) Equivocal neurological signs and electro encephalograhic irregulation Kajian yang telah dilakukan oleh Bryant dan Pflaum (1978) dan Sujathamalini (2007) mendedahkan tentang bermasalah pembelajaran gagal untuk membaca isyarat sosial dan boleh salah anggap terhadap reaksi orang lain. Manakala Seidenberg (1997) telah menyenaraikan sembilan ciri-ciri kanak-kanak learning difficulty. Mereka adalah terdiri daripada: i) Hiperaktif Kanak-kanak hiperaktif adalah aktitiviti motor mereka tidak sesuai dan melampau seperti mengetuk jari atau kaki, melompat di atas kerusi ataupun meloncat-loncat dari satu tempat ke satu tepat. ii) Attention dificit ...Distracted by irrelevant stimuli or preservation or attention becomes fixed upon a single task or behaviour that is repeated over and over.... (Sujathamalini 2007: 9) iii) Motor deficits Kanak-kanak yang mengalami motor deficits adalah kerana masalah ko-ordinasi secara umum akan menyebabkan pergerakan yang kaku dan Clumsy. iv) Perceptual-motor deficit Kanak-kanak ini mengalami kesukaran dalam mencantumkan rangsangan penglihatan atau pendengaran dengan tindak balas motor. v) Language deficits Kanak-kanak yang lambat dalam pertuturan dan sukar untuk memahami serta sukar untuk merumuskan bahasa percakapan. vi) Impulsivity Adalah kekurangan dalam tingkah laku yang reflaktif (reflaktive).

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 39 vii) Cognitif deficits Kanak-kanak yang lemah dalam memori dan konsep formation.

viii) Orientation deficits Perkembangan spatial yang lemah atau konsepTemporal. ix) Specific learning difficulties Menghadapi masalah dalam membaca, menulis dan mengira.

a.Bincangkan punca berlakunya masalah tingkahlaku b. Terangkan tanda-tanda symptom awal kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku.

BERMASALAH PEMBELAJARAN DAN MASALAH PENDENGARAN (LEARNING DIFFICULTIES AND HEARING IMPAIRED)
Sebenarnya terdapat banyak golongan yang menghadapi masalah pendengaran yang turut menghadapi kesukaran dalam pembelajaran dan mereka ini tidak mendapat hak kesamarataan dan pembelaan. Golongan ini tidak mendapat kemudahan dalam pendidikan berbanding dengan golongan normal. Keadaan ini menyebabkan golongan ini sering ketinggalan dalam pelajaran (Sherwood et.al, 2005). Menurut Watson (1999) dan Harry (2006), menjelaskan masalah kesukaran pembelajaran inidividu yang bermasalah pendengaran ialah: Hearing impairment can have a significant hearing and learning. In addition, many pupils can experience temporary hearing loss throught infected tonsils and wax in the ears. This condition can interfere with language development and with auditory perception and can also cause learning difficulties. Pupils with impaired learning often have difficulties with grammar, syntax, vocabulary, comprehention and communication. Their acquisition of reading, spelling and writing skill is often delayed. Their lack of metacognitive knowledge also affects the development of self-regulation and problem-solving skills (Harry Ayers 2006: 24-93). Kecacatan di bahagian telinga ini terjadi akibat daripada kerosakan pada telinga yang mengurangkan intensiti bunyi yang sampai ke telinga dalam. Bunyi-bunyi yang masuk melalui salur auditori ke gegendang telinga yang kemudianya menyebabkan tiga tulang kecil dalam telinga bergetar dan menghantar bunyi ke telinga dalam mungkin terganggu akibat wax (tahi telinga) atau sebarang kecacatan. Gegendang telinga yang pecah, luka ataupun berlubang juga menyebabkan berlakunya pekak. Pekak jenis ini baisanya dapat di bantu dengan alat bantu pendengaran (Jamila Mohamed, 2006).

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 40 Manakala menurut Chua (1992) dan Jamila Mohamed (2006), masalah pembelajaran kanak-kanak bermasalah pendengaran bergantung kepada cara mereka mendapat kecacatan dan juga juga kepada faktor umur dan tahap kehilangan masalah pendengaran mereka alami, hal ini yang menentukan perkembangan pertuturan dan bahasanya terganggu ataupun lambat. Kelambatan ini mempengaruhi perkembangan mentalnya. Oleh itu kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai masalah kecacatan iaitu disebabkan tidak dapat mendengar, mereka tidak dapat bertutur dan tidak dapat pula berfikir seperti kanak-kanak normal. Selain itu juga, menurut Barbara (2001) mendapati sebanyak 70 peratus kes kepekakan kongenital yang dikaitkan dengan faktor genetik diklasifikasikan sebagai tidak bersindromik, sementara dalam 30 peratus lagi dikelaskan sebagai kepekakan bersindromik yang boleh didiagnosa secara klinikal dalam satu atau lebih 400 bentuk sindrom berkaitan patologi sistem auditori sangat berbeza dalam kalangan individu yang mengalami masalah pendengaran dan ini termasuklah jenis sensori neural, konduktif atau kedua-duanya, samada unilateral atau bilateral, simetri atau tidak bersimetri dan progresif atau stabil. Kanak-kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua kumpulan iaitu kanak-kanak cacat pendengaran pratutur (Prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual). Kanak-kanak cacat pendengaran pratutur adalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir, manakala kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya, yang biasanya berlaku selepas mempunyai pengalaman bercakap. Kanak-kanak cacat pendengaran dalam peringkat pratutur menghadapi masalah pembelajaran dan komunikasi lebih teruk daripada kanak-kanak cacat pendengaran dalam peringkat postutur (Jamila Mohamed, 2006). Kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran biasanya mengalami masalah dalam pembelajaran di sekolah. Terdapat banyak kesan keadaan telinga tengah terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan, kemahiran mendengar, tingkah laku, kebolehan membaca dan pencapaian amnya di sekolah. Kecacatan pendengaran disebabkan oleh kerosakan kekal pada sistem sensori-neural biasanya memberi kesan yang lebih serius terhadap kanak-kanak dan penjagaannya (Gargiulo, 2006). Murid yang menghadapi masalah pendengaran ini tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian dalam pembelajaran. Hal ini menyebabkan, golongan masalah pendengaran sering memperolehi keputusan akademik yang rendah serta mengalami masalah dalam pembelajaran. Selain itu, golongan ini juga mengalami kesulitan dalam pelajaran kerana tidak semua sekolah dikhaskan untuk golongan individu bermasalah pendengaran dan kesukaran dalam pembelajaran ini.

BERMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGLIHATAN (LEARNING DIFFICULTIES AND BLIND)


Individu yang bermasalah penglihatan kadangkala bukan sahaja mempunyai satu kecacatan, malah mempunyai kecacatan yang lain disampingnya. Keadaan ini dikenali sebagai pelbagai kecacatan. Sebagai contoh masalah penglihatan boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan kadangkala masalah ini didapati melalui keturunan dan kadangkala boleh diperolehi melalui jangkitan dan persekitaran (Richard, 2003). Menurut Mason (1997) dan Harry (2006), menjelaskan pembelajaran inidividu yang bermasalah penglihatan ialah: masalah kesukaran

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 41 Vision impairment can be associated with learning difficulties. A child having difficulty with visual and spatial processing is likely to experience problem with learning. Visual impairment is a term that refers to any eye condition that is not improved by spectacles. Children with impaired vision (blindness) are unable to learn through imitation and observation and even partially sighted children have to make disproportionate effort and allow more time to process information through the use of various aids (Harry 2006: 24-93). Selain itu juga menurut Julia Jantan et.al, (2009), masalah penglihatan ini terdiri daripada dua keadaan iaitu melibatkan masalah penglihatan dan masalah fizikal dan masalah penglihatan dan kecelaruan tingkah laku.

a. Masalah Penglihatan Dan Masalah Fizikal Juvenile Rheumatoid Arthritis


Antara penyakit lain yang turut dikaitkan dengan masalah penglihatan dan masalah fizikal ialah seperti juvenile rheumatoid arthritis, sickle-cell anaemia dan cytomegalovirus. Juvenile Rheumatoid Arthritis (JRA) adalah sejenis penyakit arthritis yang menyebabkan radang dan kekejangan pada sendi. Penyakit ini selalu berlaku kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. JRA adalah keadaan di mana berlaku kecelaruan autoimunisasi. Autoimunisasi adalah apabila badan seseorang mengeluarkan antibodi yang tidak serasi dengan tisu badannya. Tindak balas autoimunisasi boleh menyerang sendi, mata, hati, jantung dan organ badan. Penyakit ini memberi kesan kepada mata dan masalah mata boleh timbul akibat daripada keradangan dan juga kesan daripada ubat-ubatan yang diambil untuk mengubati JRA. JRA selalunya berlaku kepada kanak-kanak dan ia menyerang empat sendi atau kurang. Penyakit ini boleh melarat sehingga dewasa dan kebanyakan mereka yang menghidap penyakit ini akan mempunyai penyakit mata. Penyakit ini dikenali sebagai iritis, di mana radang berlaku kepada bahagian mata yang berwarna. Sesetengah pula mempunyai penyakit uveitis yang menyerang bahagian dalam mata. Sehingga kini tiada cara yang spesifik untuk menghalang JRA. Hanya ubat ubatan diberi untuk mengurangkan JRA. Kesan jangka panjang daripada penyakit ini adalah kesakitan yang teruk pada sendi. Apabila ini berlaku, kanak-kanak tidak berupaya untuk melakukan aktiviti harian. Tumbesaran kanak-kanak akan menjadi perlahan, dan panjang anggota badan seperti tangan menjadi tidak sekata. Kerosakan mata yang teruk akan menyebabkan buta dan lain-lain masalah penglihatan.

Sickle-cell Anaemia
Sickle-cell anaemia atau anemia sel sabit adalah anemia darah kronik yang mengakibatkan kekurangan bekalan darah kepada organ-organ penting dan kekurangan bekalan oksigen kepada sel darah. Anemia ini tidak berjangkit tetapi ia adalah penyakit yang diturunkan oleh generasi ke generasi seterusnya. Anemia sel sabit adalah keadaan di mana sel darah merah berbentuk seperti sabit dan sel darah merah yang normal adalah berbentuk seperti cakera padat. Sickle-cell pula adalah sel darah merah yang berbentuk seperti sabit dan sel ini mempunyai hemoglobin yang tidak normal dan menyebabkannya berbentuk seperti sabit pekat dan melekit menyebabkan mudah bergumpal dan tersangkut pada salur darah. Gumpalan darah merah ini akan menyebabkan aliran dalam darah terganggu. Salur darah yang tersumbat ini akan mengakibatkan sakit, jangkitan virus dan kerosakan organ. Anemia sel sabit ini boleh menyebabkan kebanyakan organ penting mengalami kerosakan. Dan kebanyakan individu yang menghidap anemia ini akan mengalami penyakit mata, masalah

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 42 jantung, masalah paru-paru, dan sakit yang kuat pada bahagian abdominal. Individu yang mengalami anemia sel sabit selalunya menghidap jaundis (demam kuning). Jaundis berlaku apabila berlaku kerosakan pada sel darah merah pada kadar yang tinggi. Jaundis menyebabkan bahagian pada putih mata berwarna kuning. Selain itu tanda-tanda lain adalah individu akan mengalami rasa sakit pada dada, perut, lengan, kaki atau bahagian lain badan. Kesakitan ini berlaku kerana aliran darah tersekat akibat gumpalan sickle-cell pada saluran darah. Individu juga mudah merasa penat dan bermasalah melawan jangkitan penyakit, tumbesaran yang perlahan dan mengalami akil baligh yang lambat berbanding rakan-rakan seusia.

Cytomegalovirus
Cytomegalovirus merupakan satu penyakit yang berkait rapat dengan AIDS iaitu sejenis penyakit di mana sistem imunisasi sudah menjadi lemah. Individu yang mengalami AIDS atau HIV positif mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Apabila pertahanan imunisasi lemah, terdapat satu jangkitan yang mudah dijangkiti atau cytomegalovirus (CMV). CMV boleh menyerang beberapa bahagian badan kesan daripada imunisasi yang lemah dan 5 peratus daripada individu yang positif HIV dijangkiti CMV. Penyakit yang timbul akibat daripada CMV adalah retinitis yang bermaksud sel pada retina iaitu di bahagian belakang mata mati. Keadaan ini boleh menyebabkan buta kecuali diberi rawatan segera oleh kerana itu ia perlu dirawat dengan agresif pada peringkat awal pengesanannya. Selalunya bagi rentitis CMV, suntikan terus ke dalam mata adalah sangat berkesan.

Masalah Penglihatan Dan Kecelaruan Tingkah Laku


Menurut Julia Jantan et.al (2009), kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku dan mengalami masalah penglihatan adalah memerlukan perhatian yang lebih. Guru-guru juga perlu memahami keadaan situasi mereka. Antara ciri-ciri yang boleh diperhatikan pada kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku dan masalah penglihatan ialah seperti tingkah laku yang ganas, sikap terlalu bergantung kepada orang lain, suka menentang dan tidak mahu menurut kata, sikap mengelak dari melakukan sesuatu kerja dan dan tingkah laku pasif. Selain itu punca berlakunya kecelaruan tingkah laku kepada mereka yang mengalami masalah penglihatan ini ialah kerana ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak dan juga kekurangan fungsi kawalan otak. Antara sebab lain ialah berkaitan dengan kecacatan kerana dengan adanya kecacatan, maka mereka ini sukar dan menghadapi masalah menyesuaikan diri dalam berkomunikasi, kemahiran mengurus kehidupan dan kemahiran mengawal emosi dan sosial. Tanda dan gejala bagi kanak-kanak yang bermasalah penglihatan dan kecelaruan tingkah laku menurut Julia Jantan et.al (2009) :

Interaksi sosial

a) b) c) d) e) f)

Berminat kepada perkara atau permainan tertentu sahaja. Suka bersendirian. Sukar bergaul dengan orang lain Gagal berhubung dengan orang lain dengan cara yang sesuai. Terlebih sensitif atau tidak sensitif langsung kepada kesakitan Tidak merasa takut terhadap sesuatu suasana bahaya

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 43 Komunikasi (lisan dan bukan lisan) Minat dan aktiviti a) Sukar melakukan keinginan sendiri b) Menggunakan banyak bahasa badan daripada perkataan lisan a) Membuat pergerakan berulang-ulang yang aneh b) Ketawa, menangis atau rasa tertekan tanpa sebab dan suka mengamuk c) Tiada tindakbalas memberangsangkan kepada kaedah pengajaran normal.

1. Senaraikan 5 kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran a. b. c. d. e. __________________________________ __________________________________ __________________________________ __________________________________ __________________________________

2. Nyatakan 5 Punca berlakunya bermasalah pembelajaran a. b. c. d. e. __________________________________________ __________________________________________ __________________________________________ __________________________________________ __________________________________________

KOMBINASI MASALAH DALAM KETIDAKMAMPUAN DENGAN MASALAH-MASALAH LAIN

BELAJAR

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk seseorang individu mempelajari sesuatu, ia perlu mencapai beberapa kemahiran yang sangat kompleks. Dalam proses pembelajaran, input-input maklumat contohnya dari deria-deria penglihatan, pendengaran, emosi, sentuhan, keseimbangan serta pergerakan tubuh fizikal akan dikumpulkan dan diproses. Memproses maklumat pula memerlukan seseorang individu mempunyai keupayaan daya tumpuan, iaitu mengingat, menganalisa, dan mengaplikasi iaitu daya kognitif dan pemikiran yang baik. Sebarang masalah berkaitan dengan mendapatkan input-input maklumat akan menyebabkan masalah dalam proses pembelajaran. Masalah pembelajaran adalah apabila seseorang mengalami masalah atau kesukaran untuk mempelajari sesuatu dan ia seringkali berlaku akibat kekurangan keupayaan kognitif atau intelek pada diri seseorang individu itu. Ia juga boleh berlaku hasil daripada kekurangan upaya, contohnya masalah kurang penglihatan, kurang pendengaran atau masalah fizikal. Namun, dalam kes-kes sebegini, sekiranya kekurangan upaya ini dapat di atasi dengan penggunaan

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 44 cermin mata contohnya, atau diberikan alat pendengaran seawal mungkin, serta diberikan rangsangan dan stimulasi awal, masalah pembelajaran dalam kalangan individu ini dapat dikurangkan.

STRATEGI MENINGKATKAN KEFUNGSIAN BERMASALAH PEMBELAJARAN a. Strategi Pengajaran

KANAK-KANAK

Menurut Yasmin Moslem (1999) dalam kajiannya yang bertajuk The difficulties deaf and hardof-hearing children (d\hh) menyatakan bahawa bahawa kanak-kanak ini memerlukan test-taking strategies yang baik perlu digunakan bagi meningkatkan kefungsian mereka seperti visual matching berkaitan dengan perkataan dalam sesebuah karangan ataupun di dalam soalan. Strategi yang spesifik digunakan adalah berbeza ke atas kanak-kanak dan faktor ciri-ciri kanakkanak perlu dikaji terutamanya dalam pemahaman bacaan.Hasil keputusan Melalui ujian pemahaman ini adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membangunkan dan melaksanakan test-taking strategies kepada murid-murid yang bermasalah pendengaran. Yasmin Moslem (1999) telah menyarankan untuk membangunkan kebolehan mereka melalui : i) Memperkenalkan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kepada prosedur spectrum ujian yang berbeza secara keseluruhan yang mana guru yang berbeza dapat menentukan pembelajaran berdasarkan pembelajaran berasaskan teks.

ii) Meningkatkan latihan yang meluas dalam menentukan perbezaan jenis ujian yang dibuat. iii) Membina kurikulum kepada murid-murid masalah pendengaran dengan menggunaan strategi specific test-taking untuk meningkatkan keupayaan mereka.

b. Pengesanan Awal
Pengesanan awal yang sebaiknya adalah semasa di peringkat kanak-kanak lagi dan seringkali masalah ini dikesan oleh ibu bapa atau penjaga. Beberapa masalah perkembangan yang berkemungkinan boleh dikaitkan dengan masalah pembelajaran kelak juga dilakukan semasa pemeriksaan berkala kanak-kanak di klinik kesihatan. Selain itu, guru sedar pencapaian di sekolah tidak sama seperti kanak-kanak lain contohnya, kanak-kanak mempunyai masalah membaca pada tahun satu tetapi kanak-kanak ini pandai bercakap, bercerita dan sebagainya. Saringan penglihatan juga perlu dilakukan terhadap semua kanak-kanak dalam tahun satu dan ujian ini perlu dilakukan setiap tahun kerana bebola mata kanak-kanak masih membesar dan boleh mengakibatkan masalah refraktif iaitu masalah kurang penglihatan yang boleh dibetulkan. Di samping itu, saringan pendengaran juga perlu dilakukan bagi mereka yang berisiko contohnya kanak-kanak yang disyaki tidak atau kurang dengar atau mereka yang sering mendengar muzik kuat. Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran atau penglihatan yang mempunyai masalah pembelajaran perlu disahkan oleh doktor supaya mereka dapat diberikan intervensi awal yang sesuai.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 45

c. Intervensi Awal
Intervensi awal perlu dimulakan seawal usia kanak-kanak lagi dan intervensi yang efektif bergantung kepada ketepatan mengenal pasti masalah yang dihadapi dan perancangan Individual Care Plan atau Rancangan Pembelajaran Individu yang teliti. Oleh kerana perancangan ini adalah bersifat individu, serta tatacara intervensi bagi setiap kanak-kanak dan remaja adalah berlainan, mereka perlu menjalani penilaian perkembangan untuk mengenalpasti penyebab kelewatan serta kekuatan dan kekurangan keupayaan mereka. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan refraktif contohnya, penglihatan perlu dibetulkan dengan memakai cermin mata yang sesuai. Bagi mereka yang buta, kaedah pembelajaran adalah menggunakan Braille, manakala bagi mereka dengan penglihatan terhad, alat bantu membaca seperti kanta pembesar perlu digunakan. Masalah kurang pendengaran juga menyebabkan masalah pembelajaran kerana setiap apa yang diperkatakan akan di dengar lain oleh pelajar tersebut. Masalah kurang pendengaran boleh dibantu dengan alat bantu dengar (hearing aid). Bagi mereka yang boleh mendengar dengan alat bantu dengar, pendidikan adalah dalam aliran perdana. Bagi mereka yang tidak dapat mendengar walaupun dengan alat bantu pendengaran, pembelajaran adalah melalui pendidikan khas menggunakan bahasa isyarat. Bagi mereka yang mengalami masalah fizikal sahaja, pembelajaran boleh dilakukan dalam aliran perdana. Bagi mereka yang didapati mengalami masalah pembelajaran akibat kurang stimulasi, sering kali dikatakan sebagai kanak-kanak lembap pembelajaran (slow learner), kanak-kanak ini memerlukan pendidikan di kelas pemulihan di mana latihan tubi, serta kemahiran tatacara memproses maklumat diberikan, bagi meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta daya fikir mereka. Kanak-kanak dengan masalah pembelajaran yang disebabkan oleh kekurangan intelek atau masalah tingkah laku, masalah ini mungkin dapat dikurangkan dengan intervensi awal dan sebagainya dapat menuntut dalam aliran perdana sama seperti kanak-kanak lain (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008).

RUMUSAN

1. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah dalam bahasa,tingkahlaku dan deria. 2. Jenis masalah pembelajaran bahasa dan komunikasi meliputi masalah percakapan seperti aphasia,dysphasia,disleksia dan agraphia. 3. Jenis masalah pembelajaran berkaitan dengan deria merujuk kepada masalah pendengaran dan penglihatan. 4. Kategori hiperaktif merujuk kepada masalah yang berkaitan dengan tingkahlaku. 5. Strategi pengajaran,intervensi awal dan pengesanan merupakan kaedah meningkatkan keupayaan dan kebolehan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 46

RUJUKAN
Byers, R. and Rose, R. (2nd ed). 2004. Planning The Curiculum for Pupils With Special Education Needs. London: David Fulton Publisher. Diane P. B., Deborah D. S. & Brian R. B. 2008. Teaching Students with Special Needs in Inclusive Classrooms. Boston: Pearson. Edward L. Meyen & Yvonne N. Bui. 2007. (eds). Exceptional Children in Todays Schools: What Teachers Need to Know. USA: Love Publishing Company. Hallahan, D. & Kauffman. 2003. Exceptional children: Introduction to special education. Boston: Ally and Bacon. Heller K. W., Alberto P. A., Forney P. E. & Schwartzman. 1996. Understanding Physical, Sensory, and Health Impairments. Pacific Grove, CA: Brooks/Cole. Heward, W. L. 2006. (ed). Exeptional Children An Introduction To Special Education. Boston: Prentice Hall. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.gov.my/jpkhas/. (akses : 20 Dec 2009. 11.50 am). 2009.

Jamila K. A. Mohamed. 2006. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Siri Pendidikan Khas. Shah Alam: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ms. 84 Julia Jantan, Hamidah Sulaiman, Imamshah Natharasah, Siti Suhaila Samian, Zinaida Ariffin. 2009. Pengenalan Kepada Masalah Penglihatan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Ms. 131-137. Kirk, S. A., Gallagher, J. J. & Anastasiow, N. J. 2003. (eds). Educating Exeptional Children. Boston: Prentice Hall. Mohd Sharani Ahmad. (2009). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur: PTS Publication. Portal Myhealth, Kementerian Kesihatan Malaysia. 2008. http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja. (akses : 18 Jan 2010. 11.50 am)

Rebecca, D. K., Daniel, H., & James, K. 2001. Special education for today. New Jersey: Prentice Hall. Richard, M. G. 2003. Special Education: In Contemporary An Introduction To Exceptionality. United States: Thomson Wadsworth. 538-556. Kindshealth. 2009. Juvenile Rheumatoid Arthritiss. http://kidshealth.org/parent/medical /arthristis (akses : 09 Januari 2010. 11.15 pm)

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 47 Nibedita Dash. 2003. Integrated Education for Children with Special Needs. New Delhi: Dominant Publishers and Distributors. Ryndak, D. L. and Sandra, A. 1996. Curiculum Content for Students With Moderate and Severe Disabilities In Inclusive Settings. Boston: Allyn & Bacon. Safani Bari, Manisah Mohd Ali, Norani Mohd Salleh dan Aliza Alias (2009). Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran Di Kalangan Murid-Murid Bermasalah Pendengaran. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dipetik daripada http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/SafaniUKMkk.pdf. (akses : 2 januari 2010 : 09.45pm) Sherwood, J. B., Heller, K. W., June, L. B. 2005. Teaching Individuals WithPhysical or Multiple Disabilities. United States: Pearson Merrill Prentice Hall. 386-387. Sparkle. 2009. Deafblindness. http://www.sparkle.usu.edu/Topics/deafblindness. (akses : 2 Jan 2010. 9.30am) T. Santhanam, B. Prasad Babu, S. Sugandhi, Digumarti Bhaskara Rao. 2007. Children With Learning Disabilities. New Delhi: Sonali Publications. Ms. 6-7.

You might also like