You are on page 1of 7

JBC 7010 SJK (C) LI CHI KAMPUNG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR.

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2009

TAJUK MURID AUTISMA: MENANGANI MASALAH TUMPUAN PERHATIAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA CINA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENYEKATAN MOBILITI

OLEH: CIK TAY PEI LING (PENDIDIKAN KHAS)

1.

Tajuk Murid Autisma: Menangani Masalah Tumpuan Perhatian dalam Pembelajaran Bahasa Cina dengan Menggunakan Kaedah Penyekatan Mobiliti.

2.

Nama Penyelidik Cik Tay Pei Ling

3.

Nama & Alamat Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li Chi Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor. Kod Sekolah: JBC 7010

4.

Latar Belakang Kajian Sewaktu saya menjalani P&P Bahasa Cina di kelas Pendidikan Khas Dua (PK2), saya menghadapi masalah tumpuan pengajaran walaupun kelas saya hanya mempunyai 7 orang. Daripada 7 orang murid saya ini, terdapat 4 orang murid autisma dan 3 orang murid Sindrom Down. Mereka masingmasing mempunyai masalah bahasa, komunikasi dan sosial pada tahap berbeza. Setelah saya meneliti corak tingkahlaku dan personaliti anak-anak murid saya, saya mendapati 2 orang murid autisma yang bertingkah laku hiperaktif tidak boleh menumpu perhatian sewaktu pembelajaran. Keadaan ini sedikit sebanyak telah mengganggu proses P&P dalam kelas. Secara umumnya, autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Kanak-kanak autisma mempamerkan kesemua atau sebahagian ciri daripada yang berikut: suka bersendirian, sukar bergaul langsung dengan individu lain, menunjuk tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa (Hamid Arshat, 2009). Maka, kegagalan menumpu perhatian dan memahami arahan guru oleh 2 orang murid autisma ini juga mengganggu proses pembelajaran mereka.

5.

Masalah / Fokus Kajian Masalah utama yang sering murid hadapi ialah masalah tumpuan perhatian pada guru. Mereka suka bersendirian dan seoleh-oleh hidup dalam dunia sendiri. Dalam dunia sendiri mereka, mereka suka berlari ke sana sini, menyanyi, menconteng buku, memutar-mutar pensil dan menepuk-nepuk tangan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan masalah murid dalam tumpuan pembelajaran dengan penyekatan mobiliti mereka (immobilization).

6.

Rasional Kajian Kajian ini dijalankan kerana 2 orang murid autisma dari kelas PK2 ini sering gagal mengikuti kelas. Tingkahlaku mereka juga telah mengganggu pembelajaran rakan kelas lain.

7.

Objektif Kajian Objektif Umum: Untuk memastikan semua murid kelas PK2 boleh mendapat ilmu sewaktu proses pengajaran & pembelajaran Bahasa Cina dengan tumpuan perhatian yang setinggi mungkin.2 orang murid autisma bertingkahlaku hiperaktif itu dapat dikawal dan menumpu perhatian dalam kelas. Objektif Khusus: 1. Mengawal tingkahlaku 2 orang murid autisma yang bermobiliti tinggi. 2. Membina amalan rutin 2 orang murid autisma untuk mendengar arahan guru semasa proses P&P: membaca dan menulis. 3. Menanam rasa minat belajar murid kelas PK2.

8.

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran adalah seramai 2 orang murid autisma bertingkahlaku hiperaktif dalam kelas Pendidikan Khas 2: Woon Zi Jie & Pang Kim Seong.

9.

Strategi Tindakan Aktiviti 1: Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification

therapy),

terapi

pemakanan,

dan

ubat-ubatan

untuk

mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan (Hamid Arshat, 2009). Dalam kajian ini, saya akan menggunakan kaedah pengubahsuaian tingkah laku untuk mengurangkan mobiliti Zi Jie dan Kim Seong. Strategi ini melibatkan susunan meja dan kerusi kelas yang ditunjuk seperti di bawah: Rajah 1: Pelan Kelas semasa P&P

Aktiviti 2: Pemerhatian: Woon Zi Jie amat suka menyanyi. Selain itu, dia suka menconteng dan membaca buku yang bergambar dan berwarna-warni. Oleh itu, mobiliti Zi Jie mungkin boleh dikurangkan dengan susunan meja sebegitu dan pembacaan buku kesukaan dia. Aktiviti 3: Pemerhatian: Bagi Pang Kim Seong pula, dia amat suka membaca kad gantung binatang dan buku Sains. Oleh itu, mobiliti Kim Seong boleh dikurangkan dengan susunan meja sebegitu dengan kawalan pembantu pengurusan murid kelas (PPM) serta diberikan kad binatang dan buku Sains. Aktiviti 4: Teknik pengajaran berpusatkan murid dengan pendekatan secara individu. Bagi setiap waktu kembar Bahasa Cina (60 minit), setiap murid akan belajar bersama saya selama 7 hingga 10 minit mengikut keadaan. Jika waktu Bahasa Cina hanya sewaktu sahaja (30 minit), masa untuk setiap murid adalah 3 hingga 5 minit mengikut keadaan. Bagi Woon Zi Jie dan Pang Kim Seong, mereka akan belajar pada giliran terakhir semasa rakan kelas lain sedang membuat lembaran kerja. 10. Jadual Pelaksanaan Kajian Aktiviti Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku aktiviti murid. Guru membuka buku bacaan perkataan murid. Guru memegang tangan murid, menunjuk jari murid pada teks dan membaca teks buku. Guru memegang tangan murid untuk membimbing murid menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti. Murid mungkin tidak memberi respon atau cuba melepaskan tangan guru. Jika murid bertindak ganas, guru akan memegang tangan murid dengan lebih kuat lagi atau memberhentikan tindakan mengikut keadaan

Masa/ Tempoh Minggu Pertama (1 minggu)

murid. Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku aktiviti murid. Guru membuka buku bacaan perkataan murid. Guru memegang tangan murid, menunjuk jari murid pada teks dan membaca teks buku. Guru memegang tangan murid untuk membimbing murid menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti.

Minggu ke 2 dan minggu ke 3 (2 minggu)

Murid mungkin tidak memberi respon atau memberi respon pada kandungan pengajaran tertentu sahaja: contoh: nyanyian

Murid mungkin mulai menerima cara pembelajaran ini dan tidak bertindak ganas lagi.

Minggu ke 4 dan minggu ke 5 (2 minggu)

Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku aktiviti murid. Guru membuka buku bacaan perkataan murid. Guru tidak perlu memegang tangan murid. Guru dan murid menunjuk jari pada teks bersamasama. Guru membaca teks buku dan murid mengikut. Guru masih memegang tangan murid untuk

membimbing murid menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti. Guru mengarah murid untuk mengeluarkan buku teks atau buku bacaan. Minggu ke 6 (1 minggu) Guru dan murid menunjuk jari pada teks bersamasama. Guru membaca teks buku dan murid mengikut. Guru tidak perlu memegang tangan murid untuk bimbingan lembaran kerja.

11.

Anggaran Kos Kajian Kos seunit RM 10.00 x 1 unit Jumlah Kos RM 10.00 Jumlah RM 10.00

Item Kertas A4

12.

Rujukan

Hamid Arshat. Kanak-kanak yang Hiperaktif. 2009: http://www.hamidarshat.com/ index.php?option=com_content&task=view&id=184&Itemid=166 Hamid Arshat. Kanak-kanak Autistik. 2009: http://www.hamidarshat.com/index2. php?option=com_content&do_pdf=1&id=199

You might also like