You are on page 1of 8

Pengenalan

Edward De Bono merupakan seorang tokoh ahli fikir yang sangat terkenal di dunia. Beliaumemperkenalkan beberapa jenis pemikiran dan menjadi bahan rujukan utama ahli fikir masa kini. Beliau merupakan ahli fikir terkemuka yang telah menghasilkan puluhan buah buku yang telah diterjemahkan ke dalam 37 bahasa . Beliau juga telah dijemput untuk menyampaikan syarahan di 54 buah negara. Beliau adalah pengasas pemikiran lateral yangmenganggap kreativiti sebagai tingkah laku yang menghasilkan maklumat dalam sistemotak dan diterjemahkan melalui pergerakan dan tingkahlaku seseorang

individumenggunakan rangkaian neural dalam otak. Daripada pertimbangan sedemikian wujudlah pemikiran lateral, pemikiran selari dan sebagainya.Edward De Bono ( 1993 ) telah menggunakan pendekatan CORT THINKINGPROGRAM dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Teoriini bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut peringkat umur dan kebolehan diri kanak-kanak. Menurut Edward De Bono, kreativiti seseorang individuwujud di dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu manusia itu sendiri.

2PEMERINGKATAN PEMIKIRAN EDWARD DE BONOBagaimana Kita Boleh Berfikir ?Semasa berfikir, otak bertindak dengan usaha untuk memahami ransangan luar yangditerima oleh deria. Selepas itu,otak menukar ransangan ke dalam bentuk konsep, membuattafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.Wujudnya Pemikiran.... Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktivitimental murid-murid, merupakan satu aktiviti mental dalam proses penyelesaian masalah.yang mana merupakan keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir.Proses PemikiranBerlaku satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan bahagian kiri berfikir secara kritis. Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar.Edward de Bono (1995) menyatakan, terdapat 5 premis yang menyebabkan kreativitisebagai kebolehan yang perlu dimiliki oleh individu, organisasi dan masyarakat.Antaranya ialah: Untuk perubahan dan pembaikan.

Untuk menyelesaikan masalah. Untuk memberi nilai dan peluang baharu. Untuk masa depan. Untuk motivasi.Bagi peringkat kanak-kanak,Edward De Bono telah mencipta cara untuk mengesankebolehan kanak-kanak melalui beberapa teori tertentu.

Edward De Bono telah mempopularkan teori beliau berasaskan kepada dua asas pemikiranutama iaitu Lateral Thinking PO - The Provocative Operation Six Thinking Hats Water Logic (and flowscapes) CoRT thinking for teaching thinking in schools2.1. PEMIKIRAN MENDATAR Pemikiran mendatar juga dikenali sebagai " Lateral Thinking" yang diperkenalkan oleh Dr Edward De Bono. Menurut Dr Edward De Bono , Pemikiran Lateral Pemikiran Laterial ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atautradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan iadigunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan

sudah biasa diamalkan. Padamasa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsilapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah

denganmenggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiranyang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa(kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah denganmenggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiranyang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa(kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak berfikir jenisini setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Ia bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ia merupakan satucorak pemikiran yang cuba mencari jalan terpantas dan sememangnya ia berjaya menyelesaikan masalah bukan sahaja menepati kriteria yang dikehendaki tetapi ia amat berkesan. Pemikirannya dapat dirumuskan dalam kata-kata di bawah: Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi (Ainon Mohd & Abdullah Hassan,1996).Terdapat beberapa banyak kepentingan pemikiran lateral antaranya ialah: 1. Pembinaan Idea Baru. 2. Pembaharuan Dalam Perkembangan Produksi Dan Sistem Pemasaran. 3. Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan. 4. Pengkajian Data Daripada Pelbagai Sudut Untuk Mendapatkan Maklumat Berguna. 5. Pencarian Jalan bagi Menyempitkan Perbezaan Pendapat di kalangan manusia.

Dr Edward de Bono telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan pemikiran lateral.Beliau juga menyarankan banyak alat berfikir untuk mengatasi sesuatu permasalahandengan lebih cekap dan efisien lagi. Dalam CoRT Cognitive Research Trust iaitu salah satuteknik alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Dr Edward de Bono. Beliau telahmemperkenalkan beberapa alat berfikir. Antaranya ialah:

1.PMI ( Plus , Minus , Interesting )PMI ialah perkara-perkara yang baik , buruk dan menarik.PMI adalah bertujuan untuk meluaskan persepsi.PMI memaksa seseorang berhenti dan berfikir sejenak sebelum cepat-cepat membuatkeputusan . 2. AGO ( Aims , Goals , Objectives )AGO adalah matlamat , tujuan dan objektif .AGO dapat meluaskan sudut pandangan .AGO dapat membantu dalam mengingatkan tujuan asal.AGO juga dapat membantu seseorang berfikir secara terfokus. 3. APC ( Alternatives , Possibilities , Choice )APC merupakan alternatif , kemungknan dan pilihan .APC membolehkan seseorang melihat perkara yang sama dari pelbagai sudut pandangan.APC membuatkan seseorang memikirkan beberapa tindakan yang patut dibuat .APC membolehkan seseorang mencari cara lain bagi menyelesaikan masalah yangsama, 4. CAF ( Consider All Factors )CAF adalah mengambil kira semua faktor.CAF digunakan oleh seseorang untuk meluaskan sudut pandangan .CAF dapat membantu seseorang mengarahkan minda ke semua arah yang penting. 5. OPV ( Other Peoples Views )OPV adalah pandangan orang lain .OPV dapat membantu seseorang untuk memahami sudut pandangan orang lain.OPV juga dapat membantu seseorang dalam meluaskan lagi pandangannya. 6. C&S ( Consequence and Sequel )C&S ialah kesan dan akibatnya .C&S dapat membantu seseorang melihat jauh ke hadapan .C&S digunakan untuk sseorang membuat penilaian . 7. FIP ( First Important Periorities )FIP adalah keutamaan-keutamaan yang perlu diutamakan atau didahulukan .FIP juga mengingatkan seseorang mengambil kira perkara-perkara yang penting.FIP dapat membantu seseorang untuk berfikir secara terfokus.Formula di atas dapat dijelaskan seperti gambar rajah di bawah:

Dr Edward de Bono telah memberikan sumbangan dalam corak pemikiran lateral iaitudengan memberikan dan memperkenalkan. Untuk menjadi panduan kepada orang ramaidalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah:

1. Sentiasa bersikap positif dan konstruktif. 2. Fikir perlahan-lahan dan secara mudah; jangan memudahkan sesuatu perkara. 3. Lupakan ego; jangan biarkannya masuk campur bila berfikir. 4. Tentukan tujuan berfikir. 5. Tukar gear otak; tentukan bila untuk pemikiran logik dan bila untuk pemikiran kreatif. 6. Tentukan hasil yang hendak dicapai. 7. Sentiasa fikirkan alternatif yang lain. 8. Beri tempat kepada perasaan. 9. Tukar ganti pemikiran secara luas dan secara terperinci. 10. Bezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkin. 11. Ambil kira semua pendapat. 12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai. Dalam pemikiran lateral termasuk juga pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan satu bentuk penyelesaian masalah yang potensi penyelesaian amat berkesan untuk melakukan penyelesaian masalah.Kini dalam apa jua persidangan, forum dan bengkel pemikiran kreatif amat ditekankanseumpama ia amat penting dalam kehidupan dan sememangnya menerusi kajian ia amat penting dalam kehidupan. Ini kerana penyelesaian masalah secara kreatif akan meninggalkan impak yang cukup berkesan dan membanggakan. Salah satu teknik berfikir secara kreatif yang diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka Barat Cort Thinking, Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihatsesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik.

Cort Thinking 1.Topi Putih Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitandengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberisebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat.Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumatyang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangandengan pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusanterlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk menyokong keputusan berkenaan. Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada maklumat yang telah dikumpulkan. 2.Topi kuning Topi kuning digunakan untuk mencari nilai-nilai positif. Ia juga digunakan untuk berfikir secara logikal daripada perspektif yang positif dan konstruktif. Gaya

pemikiranmenggunakan topi kuning amat penting kerana ia dapat menggalakkan kita untuk mencarinilai-nilai positif sesuatu idea termasuk idea yang pada mulanya kelihatan tidak begitumenarik. 3.Topi hitam Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secaralogikal dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhatihatisebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihatsesuatu keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati ataumelindungi kepentingan sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan

kelemahansesuatu keputusan yang akan diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir,mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuhdan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.

4.Topi merah Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakanemosi atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnyadan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba untuk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi. 5.Topi hijau Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihatsesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam kaedah penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak ke hadapandengan menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia jugadigunakan untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.6.Topi biruTopi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasayang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain.Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan. Ia bolehdigunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan

dibincangkan,menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akandigunakan dalam perbincangan tersebut. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuarasemasa perbincangan sedang berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelamkabut dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturanBerfikir Secara ParalelBerfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan sistematik. Contohnyaenam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidak dinilaikan, dibandingbezakan, dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah,sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya. Bagaimana enam topi berfungsi Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran

dianologikankepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijaudan biru.Topi putih Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara objektif semata-mata.Topi merah Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi.Topi hitam Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahandan kecacatan.Topi kuning

Melambangkan

pemikiran

positif

yang

menggunakan

kebaikan,keistimewaan

dan

manfaat.Topi hijau Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana ideaidea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logik atausebaliknya.Topi biru Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanansesuatu perkara termasuk topi-topi lain. Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk : 1.Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yanglebih berstruktur dan sistematik. 2. Berfikir dengan lebih kritikal.3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa. 4.Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pastikelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru. 5. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan. 6. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.

You might also like