You are on page 1of 3

Bab 5 - Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Rombongan Merdeka 1956. *Mesyuarat rasmi telah diadakan dgn kerajaan British.Rombongan Merdeka telah dibentuk.Rombongan ini terdiri daripada empat orang wakil raja raja melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan.. *TAR selaku Ketua Menteri,mengetuai Rombongan Merdeka ke London utk merundingkan kemerdekaan(Membebaskan diri atau negara drpd penjajahan asing) Persekutuan Tanah Melayu dgn pihak British. Perjanjian London 1956. *Telah dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British.Berlangsung selama 3 minggu iaitu dari 18 Jan 8 Feb 1956. *Dalam rundingan tersebut,beberapa perkara penting telah dipersetujui: - Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957. - Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk mengubal Perlembagaan Merdeka. - Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan barat di Persekutuan Tanah Melayu. - Satu perjanjian pertahanan dgnbrtish akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan kepentinagn ekonomi British di Persekutuan Tanah Melayu. - Konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan. - Pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri diteruskan. *Rombongan Merdeka telah kembali ke tanah air pd 21 Feb 1956 di Padang Kemerdekaan,Bandar Hilir,Melaka. Peranan Suruhanjaya Reid dalam menyediakan Perlembagaan Merdeka. *Telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi menyusun Perlembagaan PTM. Dipengerusikan oleh Lord William Reid. Tugas Suruhanjaya Reid ialah: Merangka sebuah perlembagaan bagi PTM yg akan Merdeka. Membentuk dan menentujan kuasa kerajaan pusat dan negeri. Menjamin kedudukan khas raja raja melayu. Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu.

*Suruhanjaya ini telah menerima sebanyak 131 memorandum(Dokumen yg mengandungi cadangan tentang sesuatu perkara), dan pd bulan Feb 1957,Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan draf perlembagaan utk dibahaskan oleh penduduk dan parti politik tempatan. Antara perkara yg dipersetujui ialah: Sebuah Negara persekutuan dibentuk dgn pembahagian kuasa pusat dan negeri. Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yg lahir di tanah melayu. Kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain. Institusi raja raja melayu dan konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan. Bahasa melayu dijadikan sebagai bhs kebangsaan.Walau bagaimanapun bahasa cina dan tamil boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masing2. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan. Walau Bagaimanapun,agama lain boleh terus diamalkan.

Pustaka Ilmu Ahli Suruhanjaya Reid yg lain -Sir Ivor Jennings(Eng),Sir William Mckell(bekas gabenor jeneral Aus.),Tuan B.Malik(Hakim mahkamah tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid(Pakistan). Ciri Perlembagaan Merdeka 1957 *Fasal(Bahagian drpd bab atau seksyen tertentu dalam dokumen undang undang) penting. Antaranya ialah: Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dgn nama Pesekutuan Tanah Melayu. Yang di Pertuan Agong sebagai ketua Negara. Pembentukan sebuah Parlimen yg mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran Negara dengan dibantu oleh sebuah kabinet. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yg lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan. Kedudukan istimewa orang melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak kewarganegaaran yang lain.

*Tun Abdul Razak,Timbalan Perdana Menteri yg pertama, Tun V.T Sambanthan,Presiden MIC bersama sama TAR menuntut kemerdekaan negara dan Tun H.S.Lee,Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Peristiwa Pengisytiharaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu *Pemasyuran(Suatu perisytiharaan atau pengumuman penting) kemerdekaan 31 Ogos 1957 merupakan detik yg amat penting kpd kita. *Sebelum pemasyuran kemerdekaan, pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957,di hadapan Padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur,Bendera Union Jack diturunkan sebagai tanda tamatnya penjajahan British. *Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dgn megah sebagai lambing kebebasan Negara drpd cengkaman pihak British. *Wakil Ratu Elizabeth,Duke of Wellington,bersedia dgn dokumen penyerahan kuasa.Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu(1957-1960). *Tunku Abdul Rahman,Ketua kerajaan Parti Perikatan bakal Perdana Menteri pertama Negara, telah membaca pengistiharaan kemerdekaan itu dgn lantang sebanyak tujuh kali,kemudian disambut dgn laungan MERDEKA!!!. *Antara kandungan Pemasyuran Kemerdekaan ialah: Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebagai sebuah Negara yg merdeka dan berdaulat setaraf dgn Negara2 lain di dunia. Raja raja melayu dgn Ratu England menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Semua penguasaan Baginda Ratu England dan Parlimen British ke atas Negeri negeri selat terbatal. Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 hari bulan Ogos 1957. Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka mengandungi negeri Johor,Pahang,Negeri Sembilan,Selangor,Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu,Perak, Melaka dan Pulau Pinang.

You might also like