You are on page 1of 1

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Oleh: Samsudin bin Suhaili Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

Rumusan Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakan. Pendidikan pelbagai budaya juga bertepatan dengan sukatan mata pelajaran bahasa Melayu yang berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Selain itu, pengajaran bahasa Melayu juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat. Kartun mentafsirkan sebagai sejenis lukisan yang mengisahkan hal sehari-hari secara berjenaka. Penggunaaan kartun sebagai BBM, dapat menghiburkan pelajar dan menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan. Daripada komik Mat Som ini, komponenkomponen budaya, iaitu pakaian, pekerjaan, aktiviti harian, aktiviti keagamaan dan makanan akan diteliti. Ini bertujuan untuk mendapatkan kekerapan komponen budaya bagi setiap kaum.

You might also like