You are on page 1of 5

Zarah, molekul dan ion menghasilkan pepejal dalam bentuk tersusun dan berulang dan boleh juga dalam

bentuk tidak regular.Pepejal ini tidak mengalir seperti cecair yang memenuhi ruang sesuatu bekas, dan tidak mengembang untuk memenuhi isipadu yang ada seperti gas. Pepejal ini disusun dengan rapat anatara satu sama lain samada dalam bentuk geometri regular seperti pepejal kristal, termasuklah logam dan ais ataupun geometri tidak regular seperi pepejal amorfus. Terdapat banyak contoh- contoh pepejal seperti logam, mineral, seramik, seramik kaca, pepejal organik dan sebagainya. Berdasarkan kepada tajuk sebatian kimia keadaan pepejal, saya ingin mengemukakan satu contoh tajuk ini iaitu garam natrium klorida, NaCl.Setelah melayari beberapa laman web, saya ingin mengemukakan isu tentang garam di negara Amerika Syarikat.American Heart Association telah menyokong Minggu Kesedaran Dunia Garam.Hal ini kerana anggaran 1 per 3 rakyat Amerika telah menghidap tekanan darah tinggi dan pengambilan garam natrium yang berlebihan telah menjadi isu utama di sini.Minggu Kesedaran Dunia Garam dilancarkan baru- baru ini bertujuan untuk mengurangkan pengambilan garam natrium di kalangan populasi seluruh dunia. Oleh sebab itu, minggu kesedaran ini merupakan satu peluang kepada pengamal garam natrium untuk memulakan diet mereka dengan kadar garam yang rendah. Lebih kurang 90% rakyat Amerika mengambil garam natrium yang berlebihan dan tidak mengikut kadar yang disarankan untuk diet yang sihat. Namun begitu, mengapakah terlalu banyak garam natrium dalam makanan?Perisa tambahan yang paling banyak di sini ialah garam natrium. Terdapat pelbagai rupa bentuk natrium, termasuklah natrium klorida,NaCl yang digunakan sebagai pengawet untuk menyekat tumbesaran patogen pembawa makanan. Natrium juga digunakan untuk menggabungkan bahan bahan , menaikan warna dan digunakan untuk memadatkan tekstur makanan.

Garam natrium ini sebenarnya merupakan nutrisi yang diperlukan oleh manusia.Ia juga membantu mengekalkan isipadu darah dan untuk dihantar ke tisutisu badan. Namun begitu, terdapat cabaran ataupun kesan yang negatif apabila individu mengambil garam secara berlebihan. Masalah pengekalan air dalam badan , tekanan darah tinggi dan juga penyakit kardiovaskular merupakan akibatnya. Sebagai contoh, ketika bangaun pagi, individu itu akan mendapati mukanya kelihatan seperti bengkak dan juga jari-jari kerana menyimpan air. MayoClinic.com menjelaskan bahawa garam natrium ini adalah humectant iaitu seperti elektrolit yang menyerang air. Apabila kandungan garam dalam badan melebihi daripada kadar yang diperlukan, lebihan air biasanya akan dikumuhkan ketika membuang air kecil. Edema iaitu bengkak berlaku apabila lebihan air masih didalam badan dan buah pinggang tidak boleh menapis dengan baik. Selain itu, lebihan garam dalam badan juga menyebabkan masalah jantung.Natrium yang tinggi mungkin merosakkan lagi arteri. Arteri yang sempit dan lemah akan menyebabkan pengumpulan lemak dan berterusan menjadi sempit, sekligus membawa kepada pendarahan. Oleh itu, sebelum mengambil makanan, pastkan individu membaca label fakta nutrisi.Berapa banyakkah kandungan sebenar natrium dalam garam? sudu teh sudu teh sudu teh 1 sudu teh 1 sudu baking soda 600 mg natrium 1200 mg natrium 1800 mg natrium 2300 mg natrium 1000 mg natrium

Dianggarkan jika rakyat Amerika menjaga purata garam kurang daripada separuh, kira- kira 26% tekana darah tinggi akan turun. Oleh itu, individu perlu mengurangkan kadar garam sebanyak 1500mg sehari. Terdapat banyak tip- tip untuk mengurangkan natrium dalam diet seharian. Salah satu

daripadanya ialah dengan memilih buah-buahan yang segar dan juga banyakan sayuran. Terhadkan juga kadar makanan secara berlebihan dan elakkan menambah garam denagn banyak dalam masakan. Tambahkan juga jus limau segarmenggantikan ikan dan sayur. Pilhlah juga makanan yang mengandungi potassium kerana ia sangat membantu mengurangkan tekanan darah.

Berbalik

kepada

potensi

natrium

klorida,sebenarnya garam ini berpotensi dalam penentuan langsung kristal dalam pengukuran analisis. Pengukuran daripada sample getaran kapasitor, variasi dengan suhu ke atas permukaan yang baru melekang telah menghasilkan ciri- ciri utama yang dapat dikesan daripada teori titik kecelaan. Antaranya seperti potensi positif pada suhu yang tinggi dan perataraan suhu isoelektrik di mana potensi permukaan adalah sifar Ciri- ciri tambahan tidak dapat diramalkan daripada teori adalah disebabkan permukaan voltan yang banyak bergabung dengan permukaan yang tidak regular sebenarnya dapat dikurangkan tetapi bukan utuk disingkirkn dengan haba dan penyejukan secara perlahan. Hasil eksperimen daripada kuantitatif analisis menunjukkan bahawa pengukuran potensi permukaan adalah mampu untuk menghasilkan nilai yang boleh digunakan untuk memisahkan kekosongan pembentukan parameter anion dan kation.

Dari segi masa depan pula, terdapat 3 jenis teknologi yang berbeza digunakan untuk

menghasilkan garam ini tetapi kebanyakannya di Amerika Utara datang dari lombong garam batu. Lautan telah melitupi bumi ini dan ia sentiasa wujud.Garam di lautan inilahyang kita gunakan untuk kegunaan seharian daripada lautan dan tasik air masin.Contoh seprti di Laut Mati, mereka mengakstrakgaram suria yang biasanya dipanggil garam air laut.Teknologi yang kedua pula ialahdaripada bawah tanah,yang dipenuhi dengan dasar

lautan yang sangat lama dan sekarang ini dilitupi dengan kedalaman tanah yang berubah- rubah.mereka mendapatkan garam ini melalui 2 cara. Cara yang pertama , garam batu ( secara geologinya dipanggil halite) yang dihasilkandaripada galian lubang dengan membenarkan pelombong untuk mendapatkan garam yang termendap kepada serpihan ataupun letupan sehingga menjadi serpihan serpihan yang sangat kecil untuk diangkut ke permukaan. Cara yang kedua pula ialah dengan penyejatan garam (garam tapis) yang dihasilkan daripada larutan lombong yang termendap di bawah tanah dan dengan membuang air yang mengandungi garam air masin yang telah dipam ke permukaan.

REFERENCES

What are Chemical Compounds? Retrieved from http://www.wisegeek.com/what-arechemical-compounds.htm Salt & Institute: Production and Industry. Retrieved from http://www.saltinstitute.org/Production-industry American Heart Association: Sodium (Salt or Sodium Chloride). Retrieved from http://www.heart.org/HEARTORG/GettingHealthy/NutritionCenter/HealthyDietGoals/S odium-Salt-or-Sodium-Chloride_UCM_303290_Article.jsp#.T3WLSIGXv2Q Drugs Information Online: Sodium Chlorides Side Effects. Retrieved from http://www.drugs.com/sfx/sodium-chloride-side-effects.html http://www.ehow.com/about_5166896_adverse-effects-high-sodium-intake.html

You might also like