You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA FIZIK KALI PERTAMA 2012 SMK DATO BENDAHARA CM YUSUF, TANJUNG TUALANG, PERAK Tarikh

: 12 Januari 2012 (Khamis) Masa : 2.00 petang Tempat: Bilik Gerakan Kehadiran : 1. En. Ahmad Faizal bin Muhamad Zabari (Pengerusi ) 2. Pn. Haffizah Wati bt Salleh (GK Sains & Matematik) Agenda 1 : Ucapan Pengerusi Majlis 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir pada Mesyuarat Panitia kali Pertama bagi sesi 2012. 1.2 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat diadakan untuk merancang aktivitiaktiviti panitia yang akan dilaksanakan tahun ini. Disamping aktiviti peningkatan supaya prestasi mata pelajaran fizik dapat dipertingkatkan. Tindakan : Semua guru fizik Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Minit Mesyuarat Panitia Fizik kali ke-4 tahun 2011 dibentangkan untuk disahkan. Cadangan disahkan - Pn. Haffizah Wati bt Salleh Sokongan - En. Ahmad Faizal bin Muhamad Zabari Tindakan : Pencatat Agenda 3 : Perkara berbangkit Tiada

Agenda 4 : Tugas-tugas Guru 4.1 Buku Rekod Mengajar Guru 4.1.1 Buku Rekod Mengajar Guru perlu di hantar ke pejabat untuk semakan mulai 15 Januari 2012. 4.1.2 Format penulisan Buku Rekod Mengajar Guru mestilah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999. Antara perkara-perkara yang perlu ada dalam Buku Rekod Mengajar Guru adalah: 4.1.2.1 Rancangan Pelajaran Tahunan - berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan 4.1.2.2 Rancangan Pelajaran Harian - Tarikh - Subjek - Kelas - Masa - Tajuk - Hasil Pembelajaran - Aktiviti-aktiviti Pembelajaran - Refleksi pencapaian objektif 4.1.3 Refleksi yang ditulis oleh guru hendaklah mengandungi bilangan pelajar yang mencapai hasil pelajaran dari jumlah murid kelas guru mengajar. Tindakan : Guru fizik 4.2 Bilangan Latihan Minimum Bilangan latihan minimum untuk subjek fizik dalam tempoh sebulan adalah seperti berikut. 4.2.1 Tingkatan 4 Soalan Objektif : 20 soalan Soalan Struktur : 20 soalam Soalan Esei : 2 soalan 4.2.2 Tingkatan 5 Soalan objektif : 25 soalan Soalan Struktur: 25 soalan Soalan Esei : 3 Soalan

Tindakan : Guru fizik

Agenda 5 : Proses Pembelajaran dan Pengajaran 5.1 Pada permulaan dasar pengajaran Sains dan Matematik akan ditukar sepenuhnya ke dalam Bahasa Melayu menjelang 2013. Arahan terkini Bahasa Melayu akan di gunakan sepenuhnya dalam Sains dan Matematik pada tahun 2020. 5.2 Proses P&P di dalam kelas menggunakan dwibahasa sehingga menjelang 2020. 5.3 Buku teks fizik tingkatan 4 dibekalkan dengan 2 bahasa. Buku teks Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 5.4 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan Fizik hendaklah di tulis dalam Bahasa Inggeris. 5.5 Rancangan Pelajaran Harian untuk subjek fizik tingkatan 4 boleh ditulis di dalam Bahasa Melayu. Manakala Rancangan Pelajaran Harian untuk tingkatan 5 di dalam Bahasa Inggeris. Agenda 6 : TOV dan Headcount 6.1 TOV matapelajaran fizik untuk murid tingkatan 4 Sains dibuat berdasarkan Ujian Selaras 1 Tahun 2012. 6.2 Bagi tingkatan 5 Sains, TOV matapelajaran berdasarkan markah fizik Peperiksaan Akhir Tahun 2011. 6.3 Segala maklumat headcount murid boleh di isi pada ruang headcount dalam buku latihan. 6.4 Begitu juga maklumat headcount murid hendaklah dilengkapkan di dalam buku rekod mengajar guru. 6.5 TOV dan ETR hendaklah dikemaskini di dalam online sekadar segera sebelum tarikh tamat. Jika guru gagal berbuat demikian pihak kementerian akan berhubung terus dengan guru berkenaan masalah kelewatan mengemaskini TOV dan ETR. Tindakan : Semua guru fizik

Agenda 7 : Pencerapan dan Pemantauan 7.1 Pencerapan dan pemantauan tahun ini akan dilaksanakan terhadap empat item iaitu: 7.1.1 Buku Rekod Mengajar Guru i. Buku rekod mengajar guru mula dicerap pada tarikh 6 Januari 2012. Pencerapan pertama kali buku rekod tahun ini akan dilakukan oleh pengetua. ii. Buku rekod akan dicerap setiap minggu oleh pihak pentadbiran berdasarkan jadual tugas masing-masing. iii. Jika guru tidak menghantar buku rekod tiga kali berturut-turut, amaran pertama akan di beri. Jika melakukan kesalahan seterusnya surat amaran kedua dan tunjuk sebab diberikan kepada guru. 7.1.2 Pengajaran dan Pembelajaran guru dalam kelas (P&P) i. P&P guru akan dipantau sekurang-kurangnya dua kali setahun. ii. Guru dicerap berdasarkan jadual pencerapan yang terkandung dalam Buku Takwim 2012. 7.1.3 Buku latihan murid i. Buku latihan murid dicerap berperingkat mengikut tingkatan masingmasing. ii. Pencerapan buku latihan murid untuk mata pelajaran fizik boleh di rujuk dalam Buku Takwim 2012. 7.1.4 Sukatan Pelajaran i. Pemantauan sukatan pelajaran akan diadakan pada pertengahan tahun untuk menilai sejauh mana sukatan pelajaran yang telah diajar. 7.1.5 Buku Kerja i. Guru-guru hendaklah menyenaraikan semua buku kerja dan buku rujukan serta bahan-bahan lain yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan : Guru fizik

Agenda 8 : Program Peningkatan Panitia Fizik Perancangan strategik hendaklah selari dengan perancangan sekolah. 8.2.1 Program Utama i. Latihan Dalam Perkhidmatan ii. Pencerapan P&P iii. Pencerapan buku latihan iv. Headcount v. Post-Mortem vi. Cuti-cuti Kerja vii. Modul Kelas Ganti 8.2.2 Program Sokongan i. ii. iii. iv. 8.2.3 Klinik kritikal Program Pecut Minggu Akademik Minggu gerak gempur JPN

Program Sampingan i. Program Ko-Akademik Sains dan Matematik

Tindakan : Ketua Panitia Fizik Agenda 9 : Prosedur Pembelian dan Kewangan 9.1 Untuk pembelian barangan dan peralatan, hanya tandatangan daripada Guru Kanan masing-masing sahaja dibenarkan. 9.2 Untuk kegunaan fotostat bahan untuk kegunaan P&P, ujian dan peperiksaan, prosedur yang digunakan adalah seperti tahun lalu iaitu 2011. Semua bahan hendaklah dihantar kepada guru kanan untuk diperbanyakkan. Tindakan : Makluman

Agenda 10 : Hal-hal Lain 10.1 Hari bertemu waris akan diadakan pada hari khamis (12.1.2012) mulai jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. 10.2 Guru-guru boleh menggunakan program WAJA sebagai bahan sampingn dalam proses P&P. Tindakan : Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, . (AHMAD FAIZAL MUHAMAD ZABARI) KETUA PANITIA FIZIK

Disemak oleh, . CIK HJH SURIA BINTI SHARIFF PENOLONG KANAN KURIKULUM

Disemak semula oleh, PN HJH BAINAH BINTI AB. DOLAH PENGETUA

You might also like