You are on page 1of 6

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR PERANCANGAN PEMBANGUNAN PERMAINAN KRIKET 2003 2008

1. Nama Program Rancangan Pembangunan Permainan Kriket MSSJ 2003 2008 2. Matlamat 2.1 Menjelang tahun 2005, permainan kriket akan menjadi salah satu permainan utama seperti permainan bola sepak di kalangan para pelajar di dalam negeri Johor. 2.2 Menjadi sebuah pasukan yang cemerlang dan disegani di kalangan negeri-negeri yang menyertai pertandingan di peringkat MSSM. 2.3 Melahirkan pemain-pemain yang berkualiti, berdisiplin, bertanggungjawab dan bersemangat juang yang tinggi ke arah mencapai wawasan MSSJ dengan motto SUKAN UNTUK MENANG. 2.4 Melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan kriket untuk diketengahkan ke peringkat tertinggi. 2.5 Menjadi sebuah pasukan yang mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan sistematik dari segi kejurulatihan dan kepegawaian. 2.6 Mencapai kecemerlangan yang unggul bukan sahaja dari segi permainan malah dari segi pencapaian akademik. 2.7 Mengekalkan kegemilangan sukan kriket di masa ke semasa. 3. Aktiviti/ Program 3.1 Mencungkil bakat pemain-pemain muda bermula dari peringkat umur 10 hingga 18 tahun melalui pertandingan-pertandingan di peringkat Zon dan MSSD. 3.2 Menganjurkan Kem Bakat dan latihan pusat mengikut fasa-fasa tertentu bagi pemainpemain yang sudah dikenalpasti berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. 3.3 Bekerjasama dengan Majlis Kriket Johor (JCC) untuk menganjurkan program-program pengesanan bakat. 4. Objektif

4.1

Mempopularkan permainan kriket di sekolah-sekolah rendah dan menengah untuk dijadikan satu landasan untuk sesebuah sekolah itu melangkah dengan lebih jauh lagi dalam permainan ini. Justeru itu, permainan kriket elit (B12) diperkenalkan pada tahun 1998.
Mencungkil bakat dan menggilap bakat-bakat baru yang akan bertindak sebagai pasukan pelapis bagi pasukan yang sedia ada. Memberi pendedahan yang secukupnya kepada pemain-pemain dengan menyertai seberapa banyak pertandingan di peringkat tertinggi. Memberi latihan yang intensif dan sistematik berhubung strategi permainan. Memberi perangsang dan motivasi kendiri kepada pemain-pemain yang baru mula mencipta nama dan juga mereka yang telah mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan. Menyediakan jurulatih, pengadil dan pencatat markah di kalangan guru-guru dan bekas pelajar (pemain) secukupnya supaya kelancaran sesuatu kejohanan itu tidak terganggu disebabkan masalah ketiadaan pegawai yang bertugas

4.2 4.3 4.4 4.5 4.6

5. Jangka masa Program ini dirancang untuk jangkamasa 5 tahun (2003 2008).

6. Sasaran Semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Johor (Bergantung kepada ketetapan yang disasarkan oleh pihak MSSD setiap daerah tersebut). 7. Kos Bil Perkara 1 Kursus Kejurulatihan Asas Kriket (Sekolah Rendah) 3 hari 2 Kursus Kejurulatihan Asas Kriket (Sekolah Menengah) 3 hari 3 Kursus Kepengadilan dan Pencatat Markah (Sekolah Rendah) 3 hari 4 Kursus Kepengadilan dan Pencatat Markah (Sekolah Menengah) 3 hari Rancangan 5 tahun 5 zon x 5 daerah x 4 peserta x RM 10 x 5 tahun 30 sek x 1 peserta x RM10 x 5 tahun 5 zon x 5 daerah x 4 peserta x RM 10 x 5 tahun 30 sek x 1 peserta x RM10 x 5 tahun Jumlah RM5000.00 RM1500.00 RM5000.00 RM1500.00

Jumlah

RM13000.00

8. Sumber kewangan 8.1 Kursus Kejurulatihan/ Kepengadilan dan Pencatat Markah dibiayai secara kerjasama oleh pihak sekolah/ zon dan MSSD berkenaan. 8.2 Pembelian alatan dibiayai oleh pihak sekolah-sekolah yang akan menubuhkan pasukan kriket setelah guru-guru di sekolah tersebut mengikuti kursus yang dianjurkan. 8.3 Sekolah-sekolah yang akan menubuhkan pasukan kriket boleh meminta sumbangan berbentuk alatan daripada Majlis Kriket Johor atau Persatuan Kriket Melayu Malaysia melalui permohonan rasmi. 9. Tenaga kerja 9.1 Pihak Pengerusi Teknik Kriket MSSJ akan menubuhkan panel fasilitator/ penceramah untuk kursus-kursus yang bakal dianjurkan. 9.2 Kerjasama dengan pihak Majlis Kriket Johor dan Persatuan Kriket Melayu Malaysia. 10. Strategi perlaksanaan 10.1 Setiap daerah digalakkan mengadakan program pembangunan kriket MSSD bagi peringkat umur 12 hingga 18 tahun. Pertandingan di peringkat MSSD perlu dirancang dan diadakan. Setiap daerah perlu mempunyai satu program jangka pendek (periodisasi) dan jangka panjang masing-masing. 10.2 Sekurang-kurangnya 10 buah sekolah rendah di setiap daerah akan menyertai program/ pertandingan kriket elit di peringkat MSSD masing-masing. 10.3 Sekurang-kurangnya 10 buah sekolah menengah di setiap daerah menyertai program/ pertandingan kriket di peringkat MSSD masing-masing. 10.4 Setiap daerah diwajibkan mengambil bahagian dalam pertandingan kriket elit dan kriket B15/ B18 di peringkat MSSJ. 10.5 Setiap MSSD mestilah mempunyai satu Jawatankuasa Panel Pemilihan untuk memilih dan membentuk pasukan kriket yang akan mewakili daerah masing-masing ke pertandingan kriket peringkat MSSJ. 11. Latihan 11.1 Latihan di peringkat sekolah perlu dijalankan sepanjang tahun. Sementara itu, latihan bagi pasukan MSSD dijalankan secara berpusat yang mana ketetapannya akan dibuat oleh

11.2 11.3

11.4 11.5 11.6

Jawatankuasa Panel Pemilihan yang telah dilantik oleh pihak MSSD masing-masing. Setiap sekolah atau daerah mestilah mempunyai satu inisiatif untuk menguruskan sesi latihan pasukan masing-masing tanpa menimbulkan banyak masalah. Sikap tunggu dan lihat serta sering bertangguh perlulah dihindari demi kemajuan sukan ini pada masa depan. Satu Pusat Latihan Kecemerlangan (Tunas Cemerlang) perlu ditubuhkan di setiap daerah. Pihak MSSD boleh memilih satu atau dua buah sekolah di daerah masing-masing yang mempunyai kemudahan-kemudahan asas untuk dijadikan pusat kecemerlangan tersebut. Pusat-pusat kecemerlangan ini mestilah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan/ peralatan-peralatan yang mencukupi. Untuk mendapatkan bantuan dari segi alatan dan kejurulatihan, pusat-pusat ini bolehlah berhubung terus dengan Majlis Kriket Johor atau Persatuan Kriket Melayu Malaysia. Satu panel kejurulatihan dan kepengadilan perlu diwujudkan di setiap daerah. Kem Bakat akan dianjurkan oleh pihak Majlis Kriket Johor. Jadual/ program latihan untuk semua pusat latihan dan Kem Bakat akan diselaraskan oleh Panel Kejurulatihan di peringkat MSSJ.

12. Pertandingan dan pendedahan 12.1 Lebih banyak pertandingan akan diadakan di peringkat daerah bagi semua peringkat umur. 12.2 Antara aktiviti-aktiviti yang disyorkan adalah seperti berikut:12.2.1 Peringkat sekolah - Pertandingan antara rumah sukan/ kelab. 12.2.2 Peringkat zon - Pertandingan antara sekolah di dalam zon berkenaan. 12.2.3 Peringkat daerah - Pertandingan antara sekolah-sekolah. 12.2.4 Peringkat negeri - Pertandingan Juara Sekolah antara daerah. 13. Perkembangan pegawai 13.1 Kursus Kejurulatihan Asas Kriket akan diadakan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah. 13.2 Kursus Kepengadilan dan Pencatat Markah juga akan diadakan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah. 13.3 Jurulatih, pengadil dan pegawai teknik yang sedia ada akan dinaiktarafkan dari masa ke semasa dengan dihantar berkursus yang akan dianjurkan oleh pihak MSSJ atau Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kriket Malaysia atau Persatuan Kriket Melayu Malaysia. 14. Kemudahan dan peralatan 14.1 Semua pusat kecemerlangan akan dibekalkan dengan alatan dan kemudahan asas yang mencukupi oleh pihak MSSD masing-masing dengan bantuan pihak MSSJ dan Majlis Kriket Johor. 14.2 Bagi sekolah-sekolah yang berkemampuan bolehlah membeli sendiri menggunakan peruntukan sekolah. 15. Pemantauan dan penyeliaan 15.1 Pengerusi Teknik Kriket daerah mesti sentiasa memastikan setiap program yang dirancang dilaksanakan sebaik mungkin. 15.2 Pengerusi Teknik Kriket daerah juga dikehendaki menyelaras dan mengesan keberkesanan program latihan yang dijalankan. 15.3 Perhubungan antara peringkat MSSJ dan persatuan perlu diselaraskan supaya setiap program yang dilaksanakan lebih sistematik dan terancang.

16. Penilaian 16.1 Pencapaian pemain MSSD di peringkat MSSJ boleh dijadikan sebagai kayu pengukur keberkesanan program ini. 16.2 Satu salinan laporan kejohanan atau program yang dirancang di peringkat daerah mestilah

diserahkan kepada pihak MSSJ dan Pengerusi Teknik Kriket MSSJ. 17. Penutup Kejayaan program ini akan bergantung kepada kerjasama yang jitu antara MSSD, MSSJ dan persatuan kriket negeri. Selain daripada itu, komitmen pegawai-pegawai teknikal serta ketua-ketua jabatan yang sentiasa memberi kerjasama dan pengiktirafan kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung merupakan salah satu tunjang kejayaan program ini. Dengan usaha yang gigih dan komited guru-guru yang bertungkus-lumus pastinya dapat merealisasikan usaha yang murni ini demi kemajuan sukan di negeri Johor amnya dan negara Malaysia khasnya. Dengan motto MSSJ yang baru iaitu SUKAN UNTUK MENANG diharap menjadi pembakar semangat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk memartabatkan sukan kriket ini di persada dunia.

Jadual 1
Bilangan pasukan kriket yang sedia ada dalam MSSJ mengikut daerah Daerah Johor Bahru Kulai Kluang Segamat Muar Batu Pahat Pontian Kota Tinggi Mersing Penggerang Tangkak Jumlah Jadual 2 Perancangan Penubuhan Pasukan Kriket Dalam MSSJ (Anggaran) Tahun/ Perkara Kursus Kejurulatihan Asas Kriket (Sekolah Rendah) 3 hari Kursus Kepengadilan dan Pencatat Markah (Sekolah Rendah) 3 hari Kursus Kejurulatihan Asas Kriket (Sekolah Menengah) 3 hari Kursus Kepengadilan dan Pencatat Markah (Sekolah Menengah) 3 hari Jumlah Jadual 3 Attachment Pegawai Tahun/ Perkara 2004 2005 2006 2007 2008 Jumlah Sekolah 2004 20 2005 25 2006 30 2007 35 2008 40 Jumlah Sekolah 150 Sekolah Menengah 9 2 3 2 1 17 buah Sekolah Rendah (Elit) 6 2 1 2 1 12 buah

5 25

5 30

5 35

5 40

5 45

25 175

Peringkat Kebangsaan Peringkat Negeri Peringkat Daerah a. Sekolah rendah (4 orang x 11 daerah) b. Sekolah menengah (4 orang x 11 daerah) Jumlah Jadual 4 Pertandingan Tahun/ Perkara MSSD MSSJ Perlawanan Persahabatan Jumlah

2 3 44 44 93

2 3 44 44 93

2 3 44 44 93

2 3 44 44 93

2 3 44 44 93

10 15 220 220 465

2004 1 1 2 4 Rajah 1

2005 1 1 2 4

2006 1 1 2 4

2007 1 1 2 4

2008 1 1 2 4

Jumlah Sekolah 5 5 10 20

Perlaksanaan Program Pembangunan 5 Tahun

1.

PERANAN PERSATUAN 1.1 Membantu dalam perlaksanaan kursus dan kejurulatihan. 1.2 Membantu dalam latihan pusat.

1.3 Menjemput pegawai/ guru MSSD dan MSSJ menyertai bengkel, kursus dan seminar yang dikelolakan oleh pihak Persatuan Kriket Malaysia 2. PERANAN MSSD 2.1 Melaksanakan sasaran 20 sekolah dalam setiap daerah mewujudkan pasukan kriket elit dan remaja. 2.2 Menganjurkan kursus-kursus yang telah dirancangkan. PERANAN MSSJ 3.1 Mewujudkan Panel Kejurulatihan dan Kepengadilan Kriket MSSJ. 3.2 Membantu pihak MSSD.

3.

Rajah 2
Struktur Piramid

You might also like