You are on page 1of 6

PENDAHULUAN

Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang tahun 2020 turut menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan. Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar. Pendidikan berkualiti adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara selaras aspirasi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan ke11. Dasar kerajaan untuk melaksanakan transformasi pendidikan merupakan satu usaha untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Pelbagai isu pendidikan telah banyak ditangani sementara aspek penting dalam pendidikan telah diubah dan diperbaiki atau diperbaharui. Antara dasar yang telah diutarakan melibatkan isu Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan menghadkan bilangan matapelajaran SPM kepada 10 matapelajaran

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan dasar ini adalah secara berperingkat dan bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah murid Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah dan Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat sekolah menengah. Rasional pelaksanaan dasar ini adalah berasaskan kepada keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia dalam usaha untuk mencapai taraf negara maju dan mampu bersaing dalam era globalisasi. Selain itu, pelaksanaan PPSMI juga bertujuan untuk membantu murid dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris di samping meningkatkan penguasaan mereka dalam Sains dan Matematik memandangkan sumber rujukan untuk bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris.

PEMANSUHAN PPSMI
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009, dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju untuk melaksanakan mekanismasoft landing bagi membantu murid mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisma soft landing tersebut dapat dinatijahkan dengan melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Penggunaan dwibahasa melibatkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah manakala penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris boleh diperkenalkan di SJK(C) dan SJK(T). Mekanisme ini akan memberi ruang kepada murid untuk menyesuaikan diri dengan peralihan dasar yang diperkenalkan.

SUARA RAKYAT Berdasarkan semangat Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kerajaan telah mendengar suara rakyat dengan teliti sebelum membuat perubahan dalam dasar PPSMI. Kajian pelaksanaan PPSMI dilakukan berikutan reaksi pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan(NGO), para akademik, pencinta bahasa, persatuan pelajar dan ahli-ahli politik. Berikut adalah antara reaksi yang dirakamkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 8 September 2009: 1. Kebanyakan pandangan tidak bersetuju dasar tersebut diteruskan kerana selepas enam tahun pelaksanaannya, terdapat petunjuk berlakunya kemerosotan dalam keputusan peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran matematik dan sains. 2. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terjejas selain terdapat masalah kekurangan guru yang fasih dalam Bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu. 3. Pemansuhan PPSMI akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan memartabatkan bahasa dan membina bangsa memlalui penggunaan Bahasa Kebangsaan yang tunggal. 4. GAPENA berpendapat, PPSMI akan menimbulkan masalah kepada cendiakawan sekiranya diteruskan.

PPSMI hanya memberi keselesaan kepada kelompok murid bandar manakala pelajar luar bandar akan terus tertekan sehingga wujud ketidakseimbangan dalam kalangan bangsa melayu kerana kelompok murid di Bandar yang sebenarnya minoriti akan menguasai segala-galanya. Kesannya, negara akan menjadi porak peranda akibat daripada bahasa ibunda yang tidak dimartabatkan. 6. Peratusan penggunaan Bahasa Inggeris adalah antara 53% hingga 58 % daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi subjek Sains dan Matematik. 7. Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian penilaian tahap profisiensi Bahasa Inggeris pada 2008 mencapai tahap profisien 8. Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85.1% kepada 82.5% bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 % kepada 79.7% bagi sekolah luar bandar. 9. Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8% kepada 80.9 % 10. Jurang pencapaian antara sekolah Bandar dan luar Bandar dalam subjek sains dan matematiksemakin melebar.Pemansuhan PPSMI yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran disambutbaik oleh semua masyarakat, badan bukan kerajaan, pendidik dan golongan pencinta Bahasa Melayu. Penguatkuasaan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu akan dilaksanakan pada tahun2012. Menurut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, MCA menyambut baik pengumuman pemansuhan PPSMIuntuk membolehkan mata pelajaran matematik dan sains diajar semula dalam Bahasa Melayu dan bahasaibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan. Hal ini juga disokong oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu akan kembali menjadi bahasa ilmu dan industri buku dalam bahasa kebangsaan akan berkembang. Rakyat juga menyambut baik dalam usaha pemansuhan PPSMI secara keseluruhannya yang memberi keutamaan Bahasa Melayu dan Bahasa Ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini juga seiring dengan kehendak pemimpin yang mewakili rakyat seperti Datuk S Veerasingam yang menyokong langkah kerajaan ini kerana ia selaras dengan kepentingan rakyat dan masa depan Negara.

5.

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) Selaras dengan pemansuhan PPSMI, pelbagai strategi telah pun diluluskan oleh Kabinet untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di semua peringkat sekolah. Strategi ini diambil atas beberapa rasional berikut: a) penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah telah menghakis kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut b) penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an c) kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu d) PPSMI telah melebarkan jurang pencapaian Sains dan Matematik antara murid bandar dan luar Bandar e) penggunaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan sebagai bahasa perpaduan untuk membina jati diri dan Negara bangsa

f) Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1961) telah menekankan tentang perlunya penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah dan dijadikan sebagai bahasa perpaduan. Sehubungan itu, beberapa strategi berikut telah diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu (MBM): a) P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu di SMK dan SK manakala bahasa ibunda di SJKC dan SJKT mulai tahun 2012 b) Menambah waktu P&P Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT c) Memperluaskan penggunaan ICT dalam P&P Bahasa Melayu d) Menyediakan bahan bacaan Bahasa Melayu e) Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Melayu f) Lima IPGM dijadikan pusat untuk kursus Bahasa Melayu (pra dan dalam perkhidmatan) Sementara itu, strategi berikut merupakan langkah diambil untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBI) dalam kalangan murid: a) Menambah waktu P&P Bahasa Inggeris di peringkat menengah dan rendah (termasuk SJK) b) Menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar Negara dan IPTS selain pengambilan melalui IPGM dan IPTA c) Menyediakan guru Bahasa Inggeris di luar norma iaitu dua orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid) d) Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris e) Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris f) Lima IPGM dijadikan pusat untuk kursus Bahasa Inggeris (pra dan dalam perkhidmatan) g) Memperluaskan penggunaan ICT dan makmal bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris.

Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS)

Pelaksanaan kaedah peperiksaan berasaskan sekolah (PBS) adalah satu kaedah baru dan lebih relevan dengan arus pendidikan pada hari ini. Cadangan Kementerian Pelajaran untuk melakukan transformasi pendidikan dengan mengaplikasikan Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah akan dapat dilaksanakan sepenuhnya untuk semua murid sekolah rendah di negara ini menjelang tahun 2016. Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran ketika itu, PBS akan diperkenalkan melalui sesi pembelajaran tahun 2010. Perlaksanaannya bermula dengan murid prasekolah dan Tahun Satu pada tahun 2010, diikuti murid Tahun Dua pada 2011 dan seterusnya sehinggalah pelaksanaan sepenuhnya melibatkan murid Tahun Enam pada 2016. Manakala perlaksanaan untuk pelajar sekolah menengah, sistem ini akan bermula pada tahun 2013 dengan pelajar Tingkatan Satu sebagai perintisnya. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, sebanyak 500 buah sekolah rendah merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah dipilih sebagai perintis pada tahun 2009 untuk memastikan pelaksanaannya kelak adalah komprehensif. Dengan peperiksaan berasaskan sekolah, pentaksiran yang bersifat alternatif dan autentik seperti pentaksiran kerja kursus, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri murid boleh dilaksanakan. Melalui pentaksiran itu bukan sahaja penguasaan murid dapat dilaporkan, malahan proses pembinaan modal insan dapat diteruskan. Serentak dengan perkembangan itu, maka mekanisme peperiksaan pusat akan dikurangkan melalui pelbagai cara seperti mengurangkan bilangan mata pelajaran yang boleh diambil oleh murid, mengadakan jadual yang lebih fleksibel serta mengasingkan peperiksaan aliran vokasional daripada aliran akademik.

Sistem penilaian secara holistik yang digariskan mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu akan meliputi ujian psikometrik, pencapaian kokurikulum serta penilaian yang disediakan oleh guru sendiri. Melalui sistem itu, pelajar dinilai menerusi peperiksaan standard yang diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan dan peperiksaan awam selain mengambil kira penglibatan dalam bidang ko-kurikulum. Ini bermakna pada 2016, markah peperiksaan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya mencakupi 30%, manakala 70% lagi markah akan dinilai daripada peperiksaan sejak mereka berada di Tahun Satu selain penyertaan dalam kokurikulum. Sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan peperiksaan secara berpusat, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperkenalkan Jadual Waktu Berperingkat (JWB) bagi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun ini. Melalui kaedah ini juga sekolah dapat mengurangkan masalah ponteng sekolah yang serius selepas peperiksaan berpusat selesai. Selain itu, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan risiko keciciran pelajar dan melahirkan pelajar yang benar-benar menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sementara itu, guru akan bertindak sebagai pemudah cara yang berkesan melalui pengurangan peperiksaan berpusat dan sekaligus mengurangkan tekanan peperiksaan yang dihadapi oleh pelajar, guru dan ibubapa.

You might also like