You are on page 1of 3

FORUM 1 Saya bersetuju dengan kenyataan ini kerana kurikulum kebangsaaan tidak secara automatik akan menyebabkan peningkatan

dalam standard; ia akan mempunyai kesan yang sebaliknya. Antara kesannya, guru gagal menguasai bidang-bidang tertentu yang terdapat dalam kandungan kurikulum itu. Contohnya, bagi guru yang menanggung tugas dan beban sebagai bukan opsyen seperti yang sepatutnya, akan menyebabkan kurikulum terjejas. Kesan daripada ini, menyebabkan kurikulum tersebut gagal berfungsi dengan baik dan akhirnya yang menjadi mangsa ialah murid. Kurikulum kebangsaan ini juga memerlukan kumpulan pelaksana iaitu guru yang diberi pendedahan secara terlatih berkaitan dengan bidangnya. Tegasnya, kurikulum kebangsaan ini tidak secara automatik akan menyebabkan peningkatan dalam standard; ia akan mempunyai kesan yang sebaliknya seperti dinyatakan tadi. Justeru, guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu untuk memastikan kurikulum kebangsaan berada di tahap yang sepatutnya.

FORUM 2 Memang benar kurikulum bukan sahaja bertujuan memberi pelajaran di sekolah malah dilaksanakan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana dalam konteks KBSR itu sendiri pembangunan insan dilhat secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu. Pendidikan juga untuk semua murid tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Melalui pendidikan murid bergaul, berinteraksi dan bekerjasama. Oleh itu, akan wujud satu pertalian dan persefahaman antara mereka. Setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas turut melibatkan penglibatan mereka secara maksimum oleh itu akan wujud perpaduan selaras dengan kehendak FPN itu sendiri. Selepas merdeka, pendidikan adalah menjurus kepada perpaduan disamping membasmi buta huruf dan melahir tenaga kerja mahir. Kurikulum telah digubal supaya sesuai dengan kehendak pendidikan dan selaras dengan keperluan negara dan masyarakat.

FORUM 3 Pada pendapat saya, pentaksiran dapat merapatkan jurang antara seorang murid dengan murid yang lain. Pentaksiran juga memberi keadilan secara peluang kepada murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran. Ini dapat dilihat melalui ujian formatif secara berterusan dan direkod. Dengan data yang ada, guru dapat melihat potensi murid dari masa ke semasa dan membuat penilaian serta mengambil langkah-langkah penambahbaikan dan pemulihan. Kaedah-kaedah yang digunakan dapat memulihkan prestasi murid. Secara tidak langsung, ia dapat merapatkan jurang antara seorang murid dengan murid yang lain. Transformasi yang terdapat dalam KSSR sememangnya menitikberatkan potensi murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran. Antara kemahiran yang terdapat dalam KSSR ialah kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran membuat keputusan secara kendiri dan sebagainya. Jadi dengan melakukan pentaksiran memberikan keadilan serta peluang kepada murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran.Pentaksiran juga dapat merapatkan jurang pencapaian antara seorang murid dengan murid yang lain.

FORUM 4 Peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar. Penggunaan buku-buku teks telah menjadi amalan biasa dan tradisi bagi sesetengah guru. Kebanyakan mereka menganggap jumlah buku-buku teks yang ada dan yang boleh digunakan di sekolah-sekolah terlalu banyak dan tidak perlu lagi mereka mencari bahan-bahan daripada sumber-sumber lain. Bukubuku teks dalam andaian lain sudah lebih dari mencukupi. Anggapan seperti ini sebenarnya memanglah kurang wajar kerana seperti yang kita semua sedari, buku-buku teks itu sendiri mempunyai kelemahankelemahannya yang tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung kepada teks kadangkala boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya, kedudukan teks, kebiasaan dan kecenderungan menggunakan teks bahasa dalam pendidikan, pengajaran dan pembelajaran seperti itu bukanlah satu cara yang baik untuk diamalkan dan dikekalkan. Penggunaannya melalui cara yang lebih luas dan kepelbagaian kegiatan amat diperlukan. Dengan itu, pengajaran bahasa akan memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar dan dapat mengurangkan masalah yang timbul. Guru disarankan beberapa cadangan iaitu bahan-bahan teks yang digunakan perlu dipelbagaikan, iaitu tidak bergantung sepenuhnya kepada buku teks semata-mata. Selain itu, semua bahan dalam sesebuah teks tidak seharusnya digunakan semuanya tanpa pilihan dan penyesuaian. Guru perlu memilih bahanbahan yang releven dengan pelajar pada waktu itu. Bahan-bahan yang terdapat dalam teks juga perlu diubahsuai mengikut keperluan pelajar dan pengalaman guru. Bahan-bahan teks yang berupa ulasan, ringkasan dan panduan lulus peperiksaan tidak wajar dibiarkan mempengaruhi guru-guru. Bahan-bahan tersebut tidak wajar digunakan tanpa pemilihan, penyesuaian, sekatan dan panduan guru. Bahan-bahan teks yang dipilih juga perlu disertai dengan alat bantu mengajar yang lain supaya pengajaran menjadi lebih menarik dan pelajar cepat mengingat dan memahaminya. Bahan-bahan yang akan digunakan perlulah dicuba terlebih dahulu dan dinilai dari semasa ke semasa.

FORUM 5 Apa yang menarik keratan akhbar di bawah .. KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu diberitahu bahawa buku teks yang digunakan di sekolah adalah lebih baik daripada buku rujukan komersial. Maka di sini saya mengambil keputusan bersetuju bahawa buku teks yang digunakan di sekolah merupakan rujukan utama seseorang guru di sekolah. Buku rujukan komersial lebih berorientasikan peperiksaan semata-mata berbanding buku teks yang dipilih, ditulis, disusun dan disesuaikan selaras dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Penyediaan buku teks juga disusun dengan pelbagai kaedah pedagogi pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara holistik dan bersepadu Hal ini juga untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu, buku teks yang digunakan di sekolah lebih baik dari buku rujukan komersial Buku teks dikaji setiap dua tahun sekali dan jika ada keperluan untuk membuat perubahan, kita akan buat. Selain buku teks, kita juga menyediakan buku bacaan tambahan

Sumber rujukan utama ialah buku teks tetapi untuk mempelbagaikan teknik pengajaran maka guru juga boleh menggunakan pelbagai bahan lain yang selari dengan buku teks. Jadi tak benarlah dikatakan buku teks kita lapuk dan ketinggalan tapi dalam soal tak merangsang pelajar, ia bergantung pada keupayaan guru untuk memberi kefahaman pada pelajar menggunakan sumber dari buku teks itu

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, Disini saya ingin berkongsi mengenai kelebihan penggunaan buku teks;

Buku teks adalah bahan bantu mengajar yang membantu guru dalam proses bagi merancang organisasi dan maklumat serta aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Buku teks merupakan sumber maklumat yang seragam. Memudahkan guru mengajar keran semua murid mempunyai sumber pelajaran yang sama. Buku teks juga adalah bahan atau sumber rujukan utama murid sekolah rendah yang membolehkan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan. Buku teks mempunyai gambar, graf, peta dan bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid. Sioalan-soalan peperiksaan berdasarkan buku teks dan memudahkan murid mengulangkaji semua isi pelajaran dalam buku teks. Buku ini diberi percuma dan ini tidak membebankan ibubapa yang kurang berkemampuan.

You might also like