You are on page 1of 1

MASALAH EMOSI-HIPERAKTIF

Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali sebagai Attention Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit. Menurut Marityn Friend (2005), Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu; ADHD Kurang Tumpuan Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak teratur ADHD Hiperaktif-impulsif Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir ADHD Gabungan Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan,hiperaktif dan impulsive Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan,kerap membuat kesalahan akibat kecuaian,gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.

You might also like