You are on page 1of 1

Bil (060) dlm.PB/F.

06/SRAIHAS/011 14 Ogos 2011/ 14 Ramadhan 1432

Kepada: Tuan Pengarah, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman, Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, 05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Tuan, SURAT TUNJUK SEBAB KEGAGALAN MENGHADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KETUA SEKTOR SERTA MESYUARAT KHAS PENGURUSAN SMKA DAN SABK. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Merujuk kepada surat JPK 03-22/2986/5 Jld.12 (61) yang bertarikh 10 Ogos 2011, saya Hj. Shahabudin bin Hj. Jaafar selaku guru besar Sekolah Rendah Akademi Islam Hj. Abdullah Suboh memohon maaf kepada pihak Tuan kerana kegagalan menghadirkan diri dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Sektor Pendidikan Islam di Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada 9 Ogos 2011. 3. Untuk makluman pihak Tuan, saya hadir dalam Mesyuarat Khas Pengurusan SMKA dan SABK pada 9 Ogos 2011 di Bilik Mesyuarat Mawar BTPN sehingga selesai. Ketidakhadiran saya di Majlis Berbuka Puasa, ialah kerana saya ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. 4. Di atas keperihatinan Tuan, saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan sekali lagi saya memohon maaf di atas kegagalan saya berbuka puasa bersama Tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar,

............................................................................. (UST. HJ SHAHABUDIN BIN HJ JAAFAR) H/p : 019-404 6356 Guru Besar, Sek. Ren.Akademi Islam Haji Abdullah Suboh (SRAIHAS) Kota Kuala Muda

You might also like