You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan Hubungan etnik yang kukuh dan harmonis di negara kita sangat penting dalam memastikan keamanan dan keharmonian terjamin khususnya negara kita Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, agama, latar belakang dan sebagainya. Sebagai guru, kita harus menerapkan nilai-nilai perpaduan dan keharmonian antara satu sama lain agar dapat membentuk masyarakat berbilang kaum yang hidup bersatu-padu dan saling bekerjasama. Dengan ini, kita akan dapat membentuk satu negara yang aman dan bekerjasama sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Berdasarkan pengalaman pahit yang pernah dialamai di negara kita pada 13 Mei 1969, hubungan etnik menjadi satu kunci bagi mengukuhkan negara kita. Hubungan etnik ini mampu membentuk satu kesamaan dan menolak perbezaan di antara individu yang berbilang kaum dan agama. Hubungan etnik ini merupakan satu hubungan yang menghubungkan masyarakat kita yang berbilang kaum. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etnik boleh didefinisikan sebagai sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk menyemai dan memupuk semangat perpaduan yang ada di antara etnik di Malaysia pada setiap lapisan masyarakat terutamanya melalui sistem pendidikan. Guru bertanggungjawab untuk memastikan semangat perpaduan itu diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah. Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di seuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khusunya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pula hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri majlis perkahwinan, menantu mereka yang ditimpa malapetak atau menziarahi jiran

yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
(Dipetik dari buku Modul Hubungan Etnik, halaman 7)

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, Dusun, Murut dan sebagainya. Kesemua etnik inilah yang membentuk masyarakat Malaysia berasaskan satu hubungan etnik yang kukuh dan harmonis. Kita semua disatukan melalui satu bangsa iaitu bangsa Malaysia melalui hubungan etnik yang harmonis. Walaupun setiap kita berbeza dari segi agama, bangsa dan budaya tetapi kita berada dalam satu negara iaitu Malaysia dan kita merupakan bangsa Malaysia.

1.1 Ras dan Rasisme Daripada segi biologi, ras adalah satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan daripada segi fizikal seperti warna kulit, bentuk kepala, hidung, mata, bibir, telinga dan sebagainya. Dan ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka, yang diwarisi dari generasi ke generasi. Penduduk dunia pernah dibahagikan kepada ras-ras tertentu, seperti Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australiod berdasarkan keupayaan fizikal.
(Dipetik daripada buku Konsep Asas Sosiologi halaman 107)

Pembahagian ini dianggap sangat kasar dan dianggap tidak memuaskan. Terdapat sesetengah golongan tidak dapat diletakkan di dalam kumpulan masingmasing. Kesulitan ini disebabkan oleh tiada ras yang tulen. Perkahwinan campur sering berlaku dan keturunan yang dihasilkan ini tidak dapat digolongkan dalam mana-mana golongan ras. Ramai ahli sosiologi mengakui istilah ini amat mengelirukan. Van den Berghe (1967), berpendapat bahawa istilah ras itu mengelirukan kerana istilah ini mempunyai empat pengertian utama. Pertama, konsep ras digunakan sebagai suatu konsep biologi untuk membezakan manusia atas dasar perbezaan phenotype dan genotype. Kedua, konsep ras digunkan untuk memperihalkan suatu kelompok manusia yang mempunyai ciri kebudayaan yang sama seperti bahasa dan agama. Ketiga, ras digunakan secara longgar sebagai sama erti dengan species. Keempat, istilah ras digunakan untuk merujuk kepada suatu kelompok manusia yang menganggap diri dan/ atau dianggap oleh kelompok-kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok-kelompok mereka atas dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah. Van den Berghe, pengertian pertama dan ketiga tidak sesuai dalam konteks sains sosial. Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan-golongan yang berbeza daripada segi kebudayaan untuk mengelakkan kekeliruan di antara pengertian keempat dan kedua. Istilah ras dan etnik seringkali digunakan walaupun membawa makna yang berlainan. Di Malaysia, konsep ras dan etnik digunakan secara bertukar-tukar sehingga maksudnya lebih kurang sama. Kelompok-kelompok etnik seperti Melayu, Cina, India

dan pelbagai etnik lain termasuklah di Sarawak dan Sabah dikenali sebagai etnik tetapi dipanggil ras dalam kehidupan seharian. Rasisme merupakan suatu doktrin atau kepercayaan bahawa sesuatu kelompok ras lebih superior daripada kelompok ras yang lain berdasarkan faktor-faktor biologi. Menurut doktrin ini, tiap-tiap kelompok ras ini mempunyai ciri-ciri serta serta penentupenentu keturunan ini bukan sahaja menentukan tingkah laku individu, bahkan juga menentukan kebolehan dan kecerdasan. Justeru itu, ada kelompok ras tertentu yang menganggap diri mereka lebih superior daripada kelompok ras yang lain, seperti kaum putih merasa mereka lebih superior daripada kaum hitam di Afrika Selatan.
(Dipetik daripada buku Konsep Asas Sosiologi halaman 108)

Selain itu, rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang lain.
(Dipetik dari buku Modul Hubungan Etnik halaman 11)

Rasisme berlaku dalam dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada tahap individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi dan seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi dapat dilihat secara tersirat dalam srtuktur sosial.

1.2 Prejudis dan Stereotaip Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadapat sesuatu kaum, agama dan sebagainya. Menurut buku Konsep Asas Sosiologi, prasangka atau prejudis adalah satu sikap yang kurang baik (atau yang baik) terhadap individu atau kelompok oleh kerana ciri-ciri yang tertentu, seperti ras, agama, pekerjaan, jantina dan kelas. Prasangka biasanya berbentuk prejudgement, iaitu satu sikap atau penilaian yang dibentuk sebelum melihat fakta-fakta yang berkaitan. Walaupun terdapat bukti-bukti yang baru, sikap individu tersebut tidak akan berubah. Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
(Dipetik dari buku Modul Hubungan Etnik halaman 12)

Prejudis adalah fenomena yang sejagat dan selalu ditujukan oleh sesebuah kumpulan etnik kepada kumpulan etnik yang lain. Sikap ini sukar diubah walaupun terdapat bukti-bukti dan pengetahuan yang baru serta kukuh yang menunjukkan bahawa pemahaman mereka salah. Sikap prejudis ini akan disalurkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya melalui proses sosialisasi. Kesan sikap ini dapat dilihat dengan mudah apabila berlaku persaingan untuk mendapatkan sesuatu yang terhad dalam aspek ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Sikap ini boleh membawa kepada diskriminasi seperti mengasingkan kelompok-kelompok tertentu dari segi pelajaran, pekerjaan dan sebagainya malah boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan secara besar-besaran seperti yang terjadi kepada kaum Yahudi di Jerman semasa pemerintahan Hitler. Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negative terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang Arab itu beragama Islam, orang Belanda iti bersifat kedekut dan sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan

sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbilkan perasaan yang negative dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman streotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.
(Dipetik dari buku Modul Hubungan Etnik, halaman 12)

Kesimpulannya, pandangan stereotaip terhadap etnik-etnik yang lain ini sukar untuk dielakkan kerana setiap etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadapa etnik lain. Contohnya, etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya. Dapat kita simpulakan bahawa pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negative atau positif.

1.3 Akomodasi dan Asimilasi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akmodasi bermaksud penyesuaian. Menurut buku Modul Hubungan Etnik, akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A + B + C, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya ( Ting Chew Peh, 1987). Ini bermaksud melalui interasi sosial antara kelompokkelompok tersebut, mereka masih boleh mengamalkan dan meneruskan identiti serta budaya mereka yang berasingan. Setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan serta saling bergantung dalam peringkat pemerintahan pusat. Proses akomodasi kerap berlaku terutamanya di negara yang melibatkan pelbagai kaum. Selalunya hubungan konflik, perselisihan faham antara kaum mudah berlaku. Akomodasi merupakan salah satu cara untuk mengurangkan konflik dan membolehkan pelbagai kaum hidup bersama. Kita dapat melihat konsep ini diamalkan di Malaysia. Di Malaysia, walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang berbeza tetapi setiap kumpualn etnik bebas mengamalkan budaya mereka dengan harmoni. Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosialogi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975). Asimilasi mutlak dan sempurna atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minority. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hamper semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan

contoh berlakunya proses asimilasi. Namun bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan dan agama.
(Dipetik dari buku Modul Hubungan Etnik, halaman 17)

Akomodasi dan asimilasi berbeza kerana akomodasi menitikberatkan proses kerjasama dan tolak ansur manakala asimilasi bererti pencantuman dua kelompok atau pun lebih yang seringkali melibatkan kehilangan identiti kelompok yang diresapi atau diasimilasi. Persamaan antara kedua-duanya adalah asimilasi dan akomodasi merupakan proses interaksi. Asimilasi berlakunya sekiranya interaksi yang erat wujud antara kumpulan etnik yang berbeza budaya dalam tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi akan berlaku bergantung kepada tiga faktor iaitu, kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik, serta kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

1.4 Amalgamasi dan Akulturasi Menurut buku Konsep Asas Sosiologi halaman 4, amalgamasi bererti penyatuan biologi antara anggota-anggota kelompok etnik atau ras yang berlainan, sehingga muncul bangsa yang baru. Contohnya, dalam konteks Amerika Syarikat, teori amalgamasi menyatakan bahawa orang-orang Inggeris, Irish, Jerman, Itali, Pole dan Yahudi menjadi orang Amerika. Orang Amerika merupakan satu kumpulan baru hasil daripada penyatuan biologi semua kumpulan di atas tetapi safatnya berbeza dengan kumpulan asal. Dalam konteks Malaysia pula, amalgamasi bererti orang-orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kumpulan-kumpulan etnik lain bercantum, biasanya melalui perkahwinan campur akan menghasilkan satu kaum yang baru. Amalgamasi menurut buku Modul Hubungan Etnik halaman 18, amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Amalgamasi selalunya terjadi apabila berlakunya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Formula A + B + C = D menerangkan teori amalgamasi dan kita dapat lihat A, B ,C mewakili kumpulan etnik yang berbeza dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru yang terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Contohnya di sini, kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza berkahwin dan membentuk generasi baharu atau budaya baharu tanpa mengikut budaya asal mereka. Seperti asimilasi, amalgamasi boleh berlaku dengan dua syarat. Yang pertama, kumpulan dominan membenarkan dan menggalakkan kumpulan minoriti berbuat demikian . Kedua, kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Kedua-dua syarat ini jarang berlaku serentak. Untuk memudahkan amalgamasi, kumpulan dominan haris melepaskan kedudukan istimewanya dalam masyarakat dan perkara ini agak jarang dilakukan oleh kumpulan dominan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akulturasi didefinisikan sebagai penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan sendiri di

dedahkan dengan unsur kebudayaan asing sehingga unsur kebudayaan tersebut diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Proses akulturasi ini berbeza dengan asimilasi kerana akulturasi tidak melibatkan berlakunya proses kehilangan identiti asal mayarakat penerima. Sepertimana yang kita tahu, pertemuan atau pertembungan tamadun sering terjadi. Proses ini akan menyebabkan proses pinjam-meminjam terjadi. Unsur pinjaman ini diguna secara langsung dan seterusnya diolah serta diselitkan dalam unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, kita boleh lihat beberapa contoh akulturasi. Antaranya, angpau, makanan, penggunaan tali leher dan sebagainya. Akulturasi lebih mudah dibentuk apabila melibatkan unsur kebendaan seperti pakaian Barat tetapi unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.

1.5 Etnosentrisme dan Etnisiti

You might also like