You are on page 1of 3

Yang berbahagia To Puan Dr Hjh Fawzia binti Osman Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Yang

Dihormati Dr Ali bin Mahmood Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Yang Berusaha Dr. Rosinah Bt Edinin Ketua Jabatan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Ketua-ketua jabatan,

Para pensyarah & staf-staf sokongan Seterusnya, pelajar-pelajar yang dihormati sekalian..

Assalamualaikum W.B.T & selamat sejahtera.. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul bersama-sama di dalam seminar yang penuh keberkatan ini iaitu PENYELIDIKAN PENDIDIKAN WAHANA INOVASI PEDAGOGi Tahun 2011. Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia To Puan Dr Hjh Fawzia binti Osman Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan semua tetamu yang sudi hadir bagi menjayakan majlis ini. Sesungguhnya, pihak kami berbesar hati dan mengalualukan kedatangan hadirin sekalian. Selamat datang saya ucapkan!

Untuk memberkati majlis kita pada petang ini, majlis menjemput saudara Mohammad Muhaimin bin Zaki dari kelas PISMP 8A untuk membacakan doa. Dipersilakan.

Amin-amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohammad Muhaimin bin Zaki atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Dr. Rosinah Bt Edinin Ketua Jabatan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk rumusan mengenai laporan-laporan yang telah dibentangkan oleh para pensyarah tadi. Majlis dengan segala hormatnya mempersila.. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Dr. Rosinah Bt Edinin, Ketua Jabatan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu atas rumusan yang diberikan tadi. Moga-moga ilmu yang diperoleh dapat kita gunakan sebaik mungkin untuk masa akan datang.

Acara seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan kepada pembentang. Untuk itu majlis mempersila Yang Berusaha, Dr. Rosinah Bt Edinin, Ketua Jabatan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu mengiringi Yang Berbahagia To Puan Dr Hjh Fawzia binti Osman Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada pembentang.. Pembentang pertama ialah .......................................... Seterusnya.... Kemudian ......... Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia To Puan Dr Hjh Fawzia binti Osman Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu atas penyampaian sijil penghargaan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, Majlis dengan hormatnya mempersila, Yang berbahagia Datin Dr Fawzia Osman, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi seminar pada hari ini ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersila. Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Datin Dr Fawzia Osman, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu 2

kerana atas ucapan dan perasmian penutupan sebentar tadi. Moga-moga segala pesanan dan amanat yang disampaikan menjadi aspirasi kepada warga Institut untuk terus berusaha memartabatkan kualiti pendidikan pada masa akan datang.

Bagi meneruskan majlis, dijemput Saudara mohd Idham bin Ibrahim, Pengerusi seminar penyelidikan tahun 2011 untuk mengiringi Yang Berusaha, Dr. Rosinah Bt Edinin, Ketua Jabatan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang berbahagia Datin Dr Fawzia Osman, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang telah diberikan. Majlis mempersilakan Yang berbahagia Datin Dr Fawzia Osman, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk menerima cenderamata tersebut.. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dr. Rosinah Bt Edinin, Ketua Jabatan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Dengan berakhirnya ucapan itu tadi, maka berakhirlah sudah seminar kita paa hari ini.. Saya mewakili pihak majlis memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesilapan semasa mengendalikan seminar ini. Moga-moga seminar ini dapat meningkatkan kualiti profesion keguruan dengan melahirkan pensyarahpensyarah dan guru-guru cemerlang. Insyaallah.

Majlis mempersilakan Yang berbahagia Datin Dr Fawzia Osman Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu diiringi oleh Yang Berusaha Dr. Rosinah Bt Edinin Ketua Jabatan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk meninggalkan dewan. Sekian, terima kasih.

You might also like