You are on page 1of 6

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan Sistem saliran merupakan sistem yang menghalang kemasukan dan tindakan air

ke dalam struktur tanah yang seterusnya mengurangkan kekuatan dan ketahanan tanah. Sistem saliran yang sistematik merupakan agenda utama dalam setiap perancangan pembangunan di kawasan bandar, perumahan atau pun luar bandar. Rekabentuk sistem saliran bergantung kepada jumlah air yang memasuki sistem saliran tersebut. Sumber air berkenaan adalah dari air larian permukaan, air bawah tanah dan curahan. Kesilapan perancangan menyebabkan kejadian banjir kilat kerap berlaku yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Perubahan kitaran hidrologi adalah disebabkan oleh beberapa gangguan seperti pembukaan tanah untuk perladangan, pembinaan bangunan, jalan raya dan empangan. Kesan ketara yang boleh dilihat ialah perubahan kuantiti kadaralir maksimum yang dapat dicapai adalah lebih tinggi berbanding sebelum wujudnya gangguan-gangguan tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, kajian awal perlulah dibuat untuk mengetahui lokasi yang kerap di naiki air dan jenis saliran berkesan yang diperlukan di sesuatu tempat untuk mengalirkan air larian ke tempat yang sesuai. Oleh itu satu kajian akan

dibuat di Kg Ayer Hitam Ulu, Masjid Tanah, Melaka untuk menggantikan sistem saliran yang sedia ada kepada sistem saliran yang lebih berkesan untuk membawa air larian ke suatu tempat yang sesuai seperti tasik, sungai atau pun laut. Fungsi dan tujuan utama sistem saliran ialah mengalirkan air larian permukaan ke kawasan takungan air seperti tasik, sungai dan laut. Selain daripada itu, ianya bertujuan untuk mengelakkan berlakunya banjir disebabkan air di kawasan tersebut tidak dapat dialirkan ke kawasan lain. Sistem saliran yang berkesan ialah sistem saliran yang dapat menampung dan mengalirkan kapasiti air hujan tanpa berlakunya limpahan atau takungan pada saliran tersebut. Selain daripada itu, sistem saliran yang direkabentuk hendaklah ekonomi dan mempunyai jangka hayat yang panjang.Terdapat banyak kawasan di bandar, luar bandar dan perumahan yang mengalami banjir kilat yang boleh merosakkan kemudahan awam dan ini ada kaitan langsung atau tidak langsung dengan sistem saliran di kawasan berkenaan, antaranya ialah:a) Kuantiti air larian yang banyak pada sesuatu masa yang pendek, disebabkan terlalu banyak kawasan berturap oleh pembangunan yang terlalu pesat dan ini mengakibatkan kadar resapan air ke dalam tanah sangat kecil. b) c) d) Rekabentuk saliran yang tidak mengambil kira pembangunan yang akan datang atau pembangunan yang tidak dirancang dengan baik. Penyelenggaraan sistem saliran yang tidak baik dan tidak mengikut masa yang ditetapkan. Sungai yang cetek kesan dan akibat pemendakan tanah daripada projek pembangunan. Sistem saliran mempunyai beberapa kebaikan seperti menyediakan struktur saliran yang dapat mengalirkan air dengan cepat dan pantas ke kawasan yang sesuai dan berkeupayaan mengalirkan kapasiti air larian permukaan dari kawasan turapan jalanraya daripada meresap ke lapisan subtapak.

Selain itu, sistem saliran juga mempunyai keburukan iaitu kos pengurusan dan penyelenggaraan , ini termasuklah kos berkaitan dengan pengurusan selepas pembinaan sistem saliran seperti kos tenaga buruh untuk penyelenggaraan, penggantian, pembaikan serta kos-kos berkaitan dengan peralatan operasi.Oleh itu, jika sistem saliran tidak direkabentuk dengan baik ianya akan mengakibat berlakunya banjir dan melibatkan kos kerosakan infrastruktur.

1.2

Kenyataan Masalah Rekabentuk sistem saliran yang terdapat di kawasan luar bandar iaitu Kg Ayer

Hitam Ulu, Masjid Tanah, Melaka sekarang tidak dapat menampung air yang semakin banyak akibat daripada pembangunan yang semakin pesat di sekitar kawasan tersebut. .Ini menyebabkan kawasan kajian mengalami banjir setiap kali hujan turun dengan lebat terutama di kawasan yang rendah. Oleh itu, rekabentuk sistem saliran yang lebih baik dan berkesan perlu diadakan di kawasan luar bandar tersebut dengan menentukan saiz sistem saliran yang betul dan anggaran kadar alir yang tepat.

1.3 a)

Objektif Kajian Mencadangkan saiz rekabentuk sistem saliran yang lebih berkesan dan betul untuk menggantikan sistem saliran yang sediada di sepanjang jalan masuk utama Kg Ayer Hitam Ulu, Masjid Tanah, Melaka. b) Meramal jumlah anggaran kadar alir yang tepat untuk masa hadapan apabila kawasan luar bandar telah dibangunkan dengan aktiviti pembangunan seperti perkilangan, jalan raya dan perumahan.

c)

Mengenalpasti kawasan-kawasan yang selalu dinaiki air apabila hujan turun dengan lebat.

1.4

Skop Kajian Skop kajian ialah untuk memastikan jumlah air larian permukaan yang dihasilkan

oleh hujan ribut dapat dialirkan dengan cekap dan pantas tanpa mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan yang rendah di sepanjang jalan masuk utama dan kawasan sekitarnya. Kawasan yang terlibat adalah Kg. Ayer Hitam Ulu, Masjid Tanah, Melaka. Keluasan kawasan skop kajian ialah 40 hektar. Oleh itu, anggaran jumlah air larian dan kadaralir yang tepat perlu dilakukan dan kaedah yang akan digunakan ialah Kaedah Kadaralir Rekabentuk atau dikenali Kaedah Rasional. Kaedah ini sangat popular digunakan oleh Jabatan Pengaliran Dan Saliran (JPS), Malaysia dan jabatan-jabatan kerajaan Malaysia serta syarikat swasta. Apabila kadaralir maksimum diperolehi, maka rekabentuk saiz sistem saliran boleh dilakukan dengan menggunakan Kaedah Rekabentuk Saiz Saliran atau dikenali Formula Manning. Cadangan rekabentuk saiz saliran adalah berdasarkan kepada bentuk keratan piawai yang lazim digunapakai pada masa kini ( Lampiran A ). Kriteria rekabentuk saliran adalah berdasarkan kepada Urban Stormwater Management Manual (MASMA).

1.5

Kepentingan Kajian Kepentingan kajian di dalam bidang sistem saliran adalah untuk mengetahui

tentang kegunaan sistem saliran yang berkesan dan keperluan menghasilkan sistem saliran yang baik.

1.5.1

Kegunaan Sistem Saliran Keperluan untuk menyediakan sistem saliran yang dapat berfungsi dengan baik di

samping kos yang efektif merupakan aspek penting dalam merekabentuk sesuatu struktur saliran yang dikehendaki. Setiap sistem saliran yang direkabentuk mempunyai jangka hayat tertentu berdasarkan kepada kala rekabentuk. Walau bagaimanapun, terdapat juga sistem saliran yang berfungsi melebihi hayat rekabentuk disebabkan penyelenggaraan yang baik dan ada juga sistem saliran yang gagal sebelum tempoh jangka hayat. Selain daripada itu, sistem saliran ini dibangunkan adalah untuk memintas dan mengumpulkan air larian permukaan dan air bawah permukaan untuk dialirkan ke kawasan tadahan untuk mengelakkan kenaikan paras air di kawasan rendah. Selain itu, ianya juga berfungsi untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan juga memperlahankan aliran air yang datang dari kawasan tanah tinggi atau bercerun curam.

1.5.2

Keperluan Menghasilkan Sistem Saliran Yang Baik Setiap sistem yang hendak dibangunkan perlulah menepati tujuan dan objektif

sebenar supaya memberikan kesan yang efektif. Begitu juga dengan sistem saliran di mana sistem saliran yang baik mestilah memenuhi perkara-perkara seperti berikut : a) Kesemua sistem saliran mestilah direkabentuk untuk mengalirkan air dengan cepat dan pantas tanpa berlakunya limpahan. b) Keupayaan sistem saliran mengalirkan kapasiti air larian permukaan dari kawasan turapan jalanraya dengan kadar segera dan mengelakkan dari menyerap ke dalam lapisan subtapak. c) d) e) Kesemua hendaklah ditentukan dengan tepat untuk mendapatkan aliran yang berterusan di samping dapat menampung kapasiti air larian. Sistem saliran subpermukaan mestilah berkeupayaan mengalirkan air resapan dengan berkesan. Pembinaan saliran pemintas diperlukan jika keadaan mukabumi menunjukkan aliran air akan menghala ke kawasan jalanraya dan lain-lain kawasan. Biasanya pembinaan adalah selari dengan jalanraya, bertujuan memintas air sebelum ianya sampai ke kawasan turapan. f) Menyediakan sistem saliran kedua supaya boleh digunakan jika keupayaan sistem saliran utama tidak dapat menampung jumlah air larian permukaan.

You might also like