You are on page 1of 6

PEGAWAI BANK

Pegawai Bank berurusan dengan pelanggan bank untuk memastikan kehendak pelanggan adalah bertepatan dengan perkhidmatan perbankan yang disediakan. Mereka turut berperanan dalam memeriksa dan memastikan semua urusan perbankan yang berlangsung adalah mengikut piawaian dan prosedur yang ditetapkan supaya proses pengauditan berjalan dengan lancar

TAHAP PENDIDIKAN

Ijazah Sarjana Muda Perbankan / setaraf; atau Ijazah Sarjana Muda Kewangan / setaraf; atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan setaraf; atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / setaraf

CONTOH INSTITUSI

Universiti Malaya Universiti Putra Malaysia Universiti Malaysia Sabah Universiti Teknologi MARA Universiti Utara Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia

PEMANDU PELANCONG

Pemandu pelancong berperanan mengiringi individu atau rombongan pelancong untuk menerangkan perkara atau membuat promosi tempat-tempat menarik. Selain itu, pemandu pelancong juga perlu memastikan tempahan untuk pengangkutan dan penginapan disahkan serta jadual perjalanan yang disediakan dipatuhi.

TAHAP PENDIDIKAN Diploma Pengurusan Pelancongan Sijil Pelancongan Sijil Kemahiran Malaysia (Pemandu Pelancong)

CONTOH INSTITUSI Politeknik Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kolej Komuniti

EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA

Eksekutif Sumber Manusia bertugas untuk mengurus dan menjadi sumber rujukan dengan keupayaan menganalisis bidang tugas di bawah kawalan untuk mencapai objektif jabatan, bahagian atau pusat di dalam sesebuah organisasi. Bidang tugas utama seperti memberikan nasihat dan menjalankan fungsi berkaitan pengambilan pekerja, penempatan, latihan, prestasi kakitangan, kenaikan pangkat, pampasan, dan perhubungan pekerja dengan pihak pengurusan.

TAHAP PENDIDIKAN Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)

CONTOH INSTITUSI Kolej Universiti Nilai Kolej Komuniti

PEREKA HIASAN DALAMAN

Pereka bentuk dan juruhias dalaman menggunakan teknik seni halus ke atas reka bentuk produk, hiasan dalaman, dan promosi jualan. Berperanan Menentukan objektif reka bentuk melalui rundingan bersama pelanggan, menjalankan penyelidikan, dan menganalisis keperluan fungsian atau mengkaji susun atur. Selain itu bertanggungjawab mencipta skim hiasan dalaman dan merancang kemasan untuk rumah kediaman, bangunan awam, kapal, dan tempat lain.

TAHAP PENDIDIKAN

Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman Diploma Seni Reka Dalaman

CONTOH INSTITUSI

Universiti Teknologi Mara Akademi Seni Malaysia Lim Kok Wing Of Creative Technology

PELUKIS PELAN

Pelukis Pelan menyediakan lukisan arkitek dan pereka bentuk daripada lakaran serta spesifikasi bagi pembuatan dan pemasangan jentera dan peralatan atau bagi pembinaan bangunan, empangan, jambatan, jalanraya dan projek kejuruteraan awam yang lain. Selain itu, turut berperanan mengendalikan kelengkapan lukisan dengan menggunakan komputer untuk mencipta, mengubah dan menghasilkan salinan cetak dan digital bagi lukisan kerja.

TAHAP PENDIDIKAN

Sijil Kemahiran Malaysia (Pelukis Pelan Kanan Seni Bina)/setaraf Diploma Seni Bina/setaraf

CONTOH INSTITUSI

Universiti Teknologi MARA Politeknik,ILJTM dan IKBN

AHLI AUDIOLOGI

Ahli Audiologi mengaplikasikan prinsip saintifik untuk menilai, mendiagnosis dan menguruskan pesakit yang mempunyai masalah pendengaran, keseimbangan dan tinnitus serta memastikan teknik penilaian yang terbukti baik digunakan untuk menguji pesakit dan membangunkan atau menilai perkembangan teknik baru. Selain itu berperanan menjalankan ujian auditori untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa untuk menilai tahap pendengaran mereka. Seterusnya memberi nasihat tentang pemilihan, pemasangan dan penilaian alat bantuan mendengar, khidmat kaunseling dan terapi serta menyelenggara program rehabilitasi.

TAHAP PENDIDIKAN Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Audologi) / setaraf Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Audiologi / setaraf CONTOH INSTITUSI Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Sains Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia

You might also like