You are on page 1of 4

PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA Kesatuan sekerja menurut pasangan Webbs (dalam Farnham dan Pimlott, 1996) adalah persatuan

penerima-penerima upah yang telah menubuhkan kesatuan bagi tujuan mengekalkan atau meningkatkan kondisi kehidupan bekerja dan syarat sepanjang hayat pekerjaan mereka1. Dalam Konteks ini, kerajaan telah membela para pekerja di Malaysia dengan penggalakan

penubuhan kesatuan sekerja kerana dengan kewujudan kesatuan sekerja para pekerja di Malaysia boleh menyuarakan segala masalah yang mereka hadapi. Pada dasarnya kesatuan sekerja bagi para pekerja di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu kesatuan sekerja sektor awam dan kesatuan sekerja sektor swasta. Bilangan kesatuan sekerja awam dan swasta serta bilangan keahlianya dari tahun 2000 hingga Disember 2002 dapat dilihat dalam jadual di bawah. Bilangan 1 Petunjuk 2002 Kesatuan sekerja a) Kerajaan b) Swasta Jumlah 2 Keahlian a) Kerajaan b)Swasta Jumlah
Manusia, Kuala Lumpur, Malaysia, 20012.

Tahun Jan-Ogos 2001 130 366 496 280, 580 427, 913 708, 493

Disember 2002 128 373 501 297, 188 441,761 738, 949

127 351 478 236, 524 422, 299 658, 832

Sumber: Jabatan Hubungan Industri dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber

Jadual di atas menunjukan pertumbuhan bilangan ahli kesatuan sekerja di mana pada tahun 2000 bilangan ahli kesatuan sekerja adalah seramai 658, 832 orang dan telah meningkat kepada 738, 949 orang pada Disember 2002. Pertambahan keahlian kesatuan sekerja ini dapat disimpulkan bahawa para pekerja di Malaysia manaruh keyakinan yang tinggi terhadap
Dzurizah Ibrahim, 2009, Hubungan Industri Dan Sumber Manusia Isu Dan Perspektif, Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah. 2 Balakrishnan Parasuraman, 2006, Hubungan Industri Di Malaysia Pendekatan Dan Amalan , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
1

kesatuan sekerja dalam memeperjuangkan hak-hak mereka. Dalam Konteks Kesatuan sekerja awam di Malaysia keahlianya dalah terdiri daripada ahli perkhidmatan awam, badan-badan berkanun dan penguasa tempatan dan Kesatuan sekerja sektor awam yang paling berpengaruh ialah Cuepacs (Congress Union Of Employees In Public And Civil Services). Melalui Cuepacs suara-suara pekerja sector awam tentang kepentingan mereka dapat disuarakan, sebagai contoh melalui Cuepacs para pekerja telah mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan apabila Sistem Saraan Baru 1992 telah digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia 2002. Bagi menggesa pihak kerajaan bagi merombak Sistem Saraan Baru Kepada Sistem Saraan Malaysia Cuepacs telah membuat beberapa siri pertemuan dengan pihak dan akhirnya kerajaan bersetuju dengan cadangan Cuepacs untuk merombak sistem ini3. Hakikatnya keduadua sistem ini memperlihatkan perbezaan yang amat ketara dan perbezaan ini amat menguntungkan pihak pekerja sektor awam. Manakala bagi pekerja sector swasta pula, kesatuan sekerja yang paling berpengaruh dan banyak memperjuangkan hak-hak pekerja swasta ialah MTUC ( Organisasi Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia). Pada asasnya MTUC telah ditubuhkan pada persidangan perwakilan

kesatuan-kesatuan sekerja Malaya yang telah diadakan pada 27 dan 28 Februari 19454. Kesatuan sekerja ini telah banyak memperjuangakan hak-hak pekerja swasta agar mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan dan daripada majikan sebagai contoh MTUC telah memperjuangankan agar gaji minimum dilaksanakan iaitu sebanyak RM900 sebulan. Selain itu, kesatuan sekerja pekerja swasta diberikan hak dalam berunding dengan majikan tentang hal-hal yang berkaitan dengan bidang pekerjaan seperti gaji, elaun, ganjaran dan sebagainya.
Balakrishnan Parasuraman, 2006, Hubungan Industri Di Malaysia Pendekatan Dan Amalan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 4 Kamarudin M. Said, 2008, Perang damai Dan Pembangunan Dalam Hubungan Perusahaan Di Malaysia , Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
3

Walaubagaimanapun, Malaysia masih dianggap mempunyai dasar hubungan perusahaan yang masih berlawanan dengan Konvensyen ILO (International Labour Organization)5 dalam perkara yang berkaitan dengan kesatuan sekerja. Diantara dasar tersebut ialah, I. Menghadkan keanggotaan kesatuan pekerja berdasarkan persamaan jenis pekerjaan, tred dan perusahaan sahaja. II. Tidak memberikan kebebasan semua pekerja dalam sector eletronik untuk menubuhkan kesatuan pekerja mengikut pilihan mereka sendiri. III. Hanya 9% sahaja daripada keseluruhan pekerja di Malaysia yang menganggotai kesatuan pekerja ( yang diwakili oleh sebanyak 617 buah kesatuan). IV. Tidak membenarkan pekerja asing menganggotai kesatuan pekerja (walaupun Akta Kesatuan Sekerja 1959 tidak melarang mereka berbuat demikian.

PERMOGOKAN Mogok didefinisikan sebagai suatu pakatan oleh sekumpulan pekerja untuk memberhentikan kerja ataupun menarik balik tenaga buruh mereka buat sementara waktu dan dibawah Enakmen kesatuan sekerja 1940 mogok didefinisikan sebagai pemberhentian kerja

sepunuhnya6. Pada dasarnya mogok dilaksanakan oleh para pekerja diakibatkan oleh ketidakpuashatian para pekerja terhadap majiakan dan dengan hanya menjalankan mogok

mereka akan dapat menandingi kuasa dan kelebihan yang dimiliki oleh majikan dan berkemungkinan para pekerja akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Lantaran itu, disebabkan oleh keberkesanan mogok sebagai salah satu alat yang dapat memperjuangkan
Kamarudin M. Said, 2008, Perang damai Dan Pembangunan Dalam Hubungan Perusahaan Di Malaysia, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia 6 Kamal Halili Hassan & Rose Effendi Hussein, 2003, Undang-Undang Pertikaian Perusahaan Dan Mogok Di Malaysia, Bangi, : Universiti Kebangsaan Malaysia.
5

nasib para pekerja kebanyakan Negara termasuklah Malaysia mengiktiraf mogok sebagai salah satu daripada hak asasi pekerja. Dalam konteks permogokan di Malaysia, para pekerja boleh melaksanakan mogok sebagaimana yang telah diperuntukan oleh undang-undang negara7. Dengan kebenaran permogokan daripada kerajaan kepada para pekerja memperlihatkan bahawa kerajaan membela para pekerja agar tidak ditindas oleh para majikan. Walaubagaimanapun hak melancarkan mogok oleh para pekerja mempunyai garis panduan tertentu, agar matlamat melancarkan mogok dapat dicapai. Pengiktirafan yang paling kukuh berkaitan hak pekerja untuk melancarkan mogok telah diberikan oleh mahkamah persekutuan melalui kes South East Asia Fire Bricks (supra)8. Hakim mahkamah persekutuan iaitu Raja Azlan Shah menyampaikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah persekutuan yang menegaskan bahawa hak pekerja melancarkan mogok amat penting bagi mengadakan satu perundingan kolektif dengan majikan dan ianya amatlah berkesan. Kes-kes permogokan di Malaysia pada hari ini adalah rendah jika dibandingkan dengan beberapa tahun sebelum ini dimana jumlah permogokan yang dilakukan oleh para pekerja adalah tinggi. Dalam konteks ini, melalui statistik yang dikeluarkan pada tahun sebelum merdeka iaitu pada tahun 1947 bilangan permogokan yang dilaporkan adalah sebanyak 291 kes. Namun begitu, jumlah ini telah menurun kepada 3 kes permogokan yang dilaporkan yang berlaku pada tahun 2004. Hal ini, disebabakan oleh peranan kerajaan yang sentiasa menjaga dan membela nasib para pekerja di Malaysia. Penurunan ini juga dapat menggambarkan bahawa para pekerja dan majikan di Malaysia lebih cenderung menyelesaikan pertikaian mereka menerusi proses perdamaian dan timbang tara.

Balakrishnan Parasuraman, 2006, Hubungan Industri Di Malaysia Pendekatan Dan Amalan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka 8 Kamal Halili Hassan & Rose Effendi Hussein, 2003, Undang-Undang Pertikaian Perusahaan Dan Mogok Di Malaysia, Bangi, : Universiti Kebangsaan Malaysia
7

You might also like