You are on page 1of 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL ) JALAN FLETCHER

KERTAS KERJA
________________________________________

PERKHEMAHAN TAHUNAN PENDIDIKAN KHAS SJK ( TAMIL ) JALAN FLETCHER PADA 28 JUN HINGGA 29 JUN 2012

PENGENALAN
Dunia pendidikan kini semakin mencabar. Ilmu pengetahuan tidak lagi berkisar dikawasan sekolah sebaliknya menjangkau dunia luas tanpa sempadan. daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah Pendidikan Negara telag menggariskan keupayaan untuk melahirkan insan yang seimbang Falsafah Pendidikan Khas menegaskan bahawa semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan yang sama walau apa cara sekalipun Murid-murid Pendidikan Khas merangkumi kanak-kanak yang dikenalpasti oleh pakar professional, separa perubatan dan guru-guru pendidikan khas. Mereka yang mengalami masalah pembelajaran boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan juga serius. Kategori ini adalah mengikut darjah ketidakupayaan kefungsian seperti berikut:a. Kebolehan kognitif

b. Perkembangan tingkahlaku sosial


c. Penguasaan bacaan d. Penguasaan lisan e. Kemahiran metamatik f. Kemahiran kendiri/ berdiri g. Keusahawanan h. Kebolehan penglihatan i. Kebolehan pendengaran

Bertepatan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Teras 4 iaitu Merapatkan Jurang Pendidikan yang memfokuskan kepada meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran serta untuk memenuhi harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, khususnya dalam konsep integrasi kanak-kanak istimewa ini kami bercadang untuk mengadakan

RASIONAL
Dunia pendidikan kini semakin mencabar. Ilmu pengetahuan tidak lagi berkisar di kawasan sekolah sebaliknya menjangkau dunia luas tanpa sempadan. Oleh yang demikian Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan keupayaan melahirkan insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bertepatan pula dengan prinsip Falsafah Pendidikan Khas yang menyebut semua kanak-kanak berhak mendapat

pendidikan yang sama walau dalam apa cara sekalipun. Bagi merealisasikan impian tersebut, aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan ini dibuat bagi memenuhi sebahagian daripada sukatan pelajaran pendidikan khas selain keperluan penambahan ilmu pengetahuan kanak-kanak khas. Aktiviti ini juga dapat membina sikap positif dan yakin diri murid berhadapan dengan dunia. Semoga hasrat murni ini dapat menjadi landasan ke arah melahirkan masyarakat Satu Malaysia.

MATLAMAT
Tiada jalan mudah untuk mencari sesuatu ilmu, tetapi terdapat banyak cara untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. Adalah diharapkan lawatan sambil belajar ini dapat memberi kesan yang positif khususnya kepada murid-murid khas dan juga guru-guru yang terlibat kerana selain P&P di dalam bilik darjah, pendidikan luar adalah merupakan cara terbaik dalam menyampai dan menimba pengetahuan serta pengalaman.

OBJEKTIF
Adalah diharapkan melalui aktiviti seumpama ini, komuniti Program Pendidikan Khas Integrasi SJK (Tamil ) Jalan Fletcher akan dapat;

Mengeratkan silaturrahim dan permuafakatan di kalangan warga PPKI SJKT Jalan Fletcher. Membina keyakinan dan mengurus diri sendiri. Membina sikap berdikari dan bekerjasama dalam kumpulan. Memperluaskan peluang bersosial dan semangat berpasukan dalam kalangan murid-murid pendidikan khas.

PENGANJUR
Program Pendidikan Khas Integrasi SJKT Jalan Fletcher, guru-guru Pendidikan Khas serta Guru Besar SJKT Jalan Fletcher sebagai Jawatankuasa Penasihat. LOKASI / TEMPAT SJK ( Tamil ) Jalan Fletcher

TARIKH
28 Jun hingga 29 Jun 2012

HARI
Khamis hingga Jumaat

MASA
Dua hari satu malam

SASARAN / PESERTA
Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi SJK ( Tamil ) Jalan Fletcher

URUSETIA
Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (SJK ( Tamil ) Jalan Fletcher.

ORGANISASI PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN PENDIDIKAN KHAS JAWATANKUASA JAWATANKUASA PENGELOLA Penasihat : En. K.Mutusamy (Guru Besar) Pengerusi : Pn. Hajah Aziah Bt. Mohd Saad (GPK Pendidikan Khas ) Penyelaras Aktiviti : Puan Norjikhan Bt Abd Khalib Bendahari : Cik Maszaliza Bt Che Lin

JAWATANKUASA PELAKSANAAN Kem Komandan Penyelaras Modul Peralatan Makanan Kebajikan Jurugambar Kerohanian Dokumentasi : Mohd Tarmimi Bin Ag Awang Hamat : En Muhammad Adam Bin Abdullah : En Sulaiman Bin Ngah : Puan Che Rohani Che Mat : Puan Nurulhuda Bt Mohd Noor : En Mohammad Rizal Bin Manaf : Ustaz Mohd Adam Bin Nawawi : Puan Norjikhan Bt Abd Khalib

KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN Murid / Guru / PPM Sumbangan JUMLAH RM 5.00 x 40 Orang = = = RM 200.00 RM 100.00 RM 300.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
Makanan / minuman Hadiah ( RM 1.00 X 40 orang ) Rencam = = = RM 230.00 RM 40.00 RM 30.00

JUMLAH

RM 300.00

TENTATIF PROGRAM
Tarikh Masa 7.30 pg 8.00 pg 8.00 pg 11.00 pg 11.30 pg -12.00 tghari 12.00 tghari 12.45 ptg 12.45 tghari 2.00 ptg 2.00 ptg 3.00 ptg 3.00 ptg 4.00 ptg 28 Julai Khamis 4.00 ptg 5.00 ptg 5.00 ptg 5.30 ptg 5.30 ptg 6.00 mlm 6.30 ptg - 7.00 mlm 7.00 pg 8.00 mlm 8.00 mlm 9.00 mlm 9.00 mlm 10.30 mlm 11. mlm 5.30 pg 7.30 pg 7.30 pg 8.30 pg 8.30 pg 9.00 pg 29 Julai Jumaat 9.00 pg 10.30 pg 10.30 pg 11.00 pg 11.00 pg 12.00 tgh 12.15 tgh 1.00 ptg Aktiviti Pendaftaran, Taklimat Dan Sarapan Pagi Terapi Hidro Taklimat dan Pembahagian Kumpulan LDK 1 Ice Breaking Rehat dan Solat Jemaah Tayangan Video LDK 2 Mari Berfikir Rehat dan Solat Berjemaah Latihan Memasang Khemah Latihan Kawad Pemainan Kecil Urus Diri dan Solat berjemaah dn Bacaan Yasin Kuliah Maghrib dan solat berjemaah LDK 3 Siapa Kreatif Tidur Urus diri, Solat Subuh/Moral, Tazkirah Riadah Senam Ria Sarapan Pagi LDK 4 Treasure Hunt / Explore Race Majlis Penutup Kemas Khemah Persiapan Pulang Dan Bersurai Tindakan Kem Komanden En Tarmimi JK Makan & Kerohanian En Adam Ustaz Adam JK Modul JK Modul JK Kerohanian Kem Komandan Kem Komandan JK Modul JK Kerohanian JK Kerohanian JK Modul Kem Komandan JK Kerohanian / Kem Komanden Kem komanden JK Makanan JK Modul Semua AJK Kem Komandan

PENUTUP
Penganjur berasa yakin bahawa Program Perkhemahan Tahunan Pendidikan Khas ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi iltizam yang tinggi dan bersungguhsungguh dari semua pihak yang terlibat. Usahasama dan perhatian yang positif semua pihak juga memberi kesan menggalakkan untuk kejayaan anak-anak istimewa ini. Bukanlah mengharapkan simpati atau belas kasihan, cukuplah sekadar menyedari kehadiran mereka di sisi kita. Ilmu pengetahuan tidak akan mendatangi sebaliknya didatangi. Di atas prinsip itulah kami berusaha memberikan sebanyak mungkin pendedahan tentang ilmu dan pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah agar dapat melahirkan insan yang seimbang disamping memberi peluang kepada anak-anak istimewa ini menyedari potensi diri sendiri dengan bimbingan dan galakkan dari masyarakat sekeliling. Akhir kata, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. - SELAMAT MAJU JAYA

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.. (Puan Norjikhan Bt Abd Khalib) Setiausaha Perkhemahan Tahunan Pendidikan Khas

(Hjh. Aziah Bt. Mohd Saad ) Guru Penolong Kanan PPKI SJK ( Tamil ) Jalan Fletcher

Disahkan oleh,

You might also like