You are on page 1of 12

Pengenalan Etnik adalah kelompok manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa,

adat resam dan tingkah laku yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama. Sudan merupakan negara multi agama dan etnik yang mamiliki perbezaan kelas sosial ekonomi antara kaum Arab Bilad As Sudan dengan nama rasmi Republik Sudan, saat ini dipimpin oleh Presiden Omar Hassan Al Bashir sejak 30 Jun 1989. Sejak meraih kemerdekaannya dari penjajahan Mesir dan Inggeris pada 1 Januari 1956, Sudan dilanda oleh berbagai ancamacam krisis. Dari sektor ekonomi, meskipun Sudan adalah pengeksport bahan makanan dan minyak bumi, tetapi pada tahun 1993, Sudan menjadi negara dengan jumlah pinjaman terbanyak kepada bank dunia dan IMF. Untuk pertama kalinya, ekonomi Sudan pulih pada tahun 2000-2001. Namun, hal ini tidak diikuti dengan penyelarasan keamanan dalam negeri sehingga muncul pergolakan dalaman. Rezim tentera menyokong pemerintahan yang berorentasi Islam telah mendominasikan politik nasional sejak tahun 1956. Sudan telah terlibat dalam dua perang saudara yang panjang pada abad ke-20. Konflik-konlik ini berpunca dari masalah dominasi ekonomi, politik dan sosial. Perang saudara pertama berakhir pada tahun 1972, kemudian berlaku lagi pada tahun 1983. Pembahasan mengenai perdamaian antara utara-selatan dilaksanakan pada tahun 2002 hingga 2004 dengan menandatangani pelbagai perjanjian. Konflik separatis yang muncul di wilayah barat Darfur pada tahun 2003 mengakibatkan korban sehingga 200 ribu nyawa dan seramai 2 juta orang terpaksa menderita sehingga akhir tahun 2005. Sudan juga telah menghadapi gelombang ancaman yang besar dari negara-negara jiran, khususnya Ethiopia dan Chad dan kurangnya dukungan pemerintah yang menghalang bantuan kemanusiaan dari negara luar.

Sudan adalah sebuah negara terbesar di benua Afrika yang merdeka pada 1 Januari 1956. Sudan masih dianggap sebagai bahagian dari timur tengah kerana sebahagian besar penduduknya beragama islam dan berasal dari keturunan Arab dan sejarah juga mencatat bahawa etnik Arab di Sudan memegang peranan penting dalam pemerintahan Sudan dan mendominasi ketenteraan. Negara Sudan sentiasa dihadapkan kepada masalah-masalah dalaman, baik yang bersumber dari kemajmukan etnik mahupun perbezaan agama. Darfur dalam bahasa arab bererti Tanah orang Fur terletak di sebelah barat Republik Sudan. Orang-orang Fur adalah orang muslim bukan arab. Mata pencarian penduduk adalah pengembala ternakan yang sebahagian besarnya adalah orang etnik Arab dan petani yang didominasi oleh penduduk asli Afrika. Populasi penduduk Sudan merupakan populasi yang paling berbeza dengan negara-negara lain di benua Afrika. Hal ini adalah disebabkan adanya dua kebudayaan besar iaitu Arab dan orang Afrika berkulit hitam, dengan ratusan kelompok etnik, suku dan bahasa yang bergabung sehingga membuat persaingan politik semakin efektif. Populasi penduduk Sudan hingga Julai 2008 dianggarkan seramai 40,218.455 orang. Dengan angka kelahiran sebesar 3431 kelahiran per 1000 jumlah penduduk dan kematan sekitar 1364 kematian per 1000 jumlah penduduk. Penduduk Sudan berasal dari pelbagai kelompok etnik yang berbeza iaitu etnik Afrika sebanyak 52%, Arab 39%, Beja 6% dan lain-lain sebanyak 3%. Penduduk di wilayah utara Sudan majoritinya memeluk agama Islam (70%), sebanyak 5% memeluk agama Kristian dan kebanyakkan berdominasi di selatan Sudan, sementara 25% penduduk lainnya masih berpegang teguh kepercayaan asli. Sebahagian besar masyarakat Sudan berbahasa Arab, disamping masih juga menggunakan bahasa suku mereka seperti Nubian, Beja, Ta Bedawie, Fur, Nuban dan juga dialek Nitolic dan Nilo-Hamitic.

Perbincangan

Darfur adalah sebuah daerah terpencil dalam negara Sudan, kerana secara geografinya wilayah ini terpisah dari ibu kota Khartoum. Sebelum merdeka dari jajahan Inggeris, sistem pemerintahan Sudan adalah sistem pemerintahan tempatan yang melibatkan pemimpin-pemimpin suku kaum dalam pemerintah tempatan. Hal ini menyebabkan wilayah Darfur terabai dan semakin buruk terutamanya dalam hal-hal kesihatan, pendidikan dan infrastruktur. Keadaan ini terus berlanjutan sehinggalah Sudan mencapai kemerdekaan pada tahun 1956. Perang Sipil di Sudan terjadi pada tahun 1983 antara pemerintahan pusat di Khartoum dengan jumlah terbesar pemberontakan Sudan People Liberation Movement (SPLM) di wilayah selatan Sudan, pimpinan John Garang. Ribuan warga Sudan menjadi pelarian dan pemerintahan dituduh telah menghalangi pergerakan pertolongan untuk kem-kem pelarian di selatan. Konflik terbesar Sudan selatan bersumber dari keputusan Khartoum dimana memperlakukan tahanan yang tidak boleh diterima oleh warga selatan itu sendiri. Hukum syariah islam ditubuhkan dan pemerintahan Sudan mengusahakan terbentuknya sebuah negara islam. Konflik tersebut dapat diselesaikan dengan kesepakatan damai antara kedua belah pihak yang ditandatangani di Nairobi pada Januari 2005. Perjanjian damai tersebut berjaya mengakhiri konflik berdarah yang telah berlangsung selama 21 tahun di Sudan selatan serta menyebabkan 2 juta orang mati akibat kelaparan dan serangan wabak penyakit. Kesepakatan tersebut tidak terlepas dari ketidakupayaan UA sebagai pihak tengah yang bersengketa. Protokal kesepakatan tersebut meliputi gencatan senjata kekal. Berdasarkan persetujuan tersebut, Parti Kongres Nasional yang berkuasa di Khartoum dan SPLM membentuk pemerintahan sementara dimana pembahagian hasil minyak dan mengintegrasikan kekuatan ketenteraan di kedua-dua belah pihak. Pada akhir tempoh pemerintahan tersebut, wilayah selatan telah memutuskan untuk memisah dari menjadi sebahagian daripada Sudan.

Warisan pemerintahan kolonial sangat kuat pada pemerintahan Sudan seperti Praktek, baik berdasarkan etnik mahupun agama. Pemerintahan sangat

didominasi oleh kaum Arab yang merupakan kaum majoriti di negara Sudan, kaum peribumi atau kaum Afrika kurang mendapat tempat dalam politik dan pemerintahan Sudan. Selain itu juga, pengaruh kolonial masih sangat kuat pada sistem ekonomi Sudan, dimana pembangunan ekonomi hanya berpusat di sebelah utara Khartoum. Wilayah selatan dan barat Sudan yang banyak memiliki sumber alam yang melimpah seperti minyak, gas, emas, besi, perak, kronium, marmar, granit, tembaga, uranium, nikel dan juga timah serta hasilhasil pertanian seperti kapas, padi dan rempah-rempah tidak mendapat perhatian dari sumber yang mereka miliki sehingga menyebabkan ekonomi wilayah selatan dan barat Sudan jatuh merudum. Marginalisasi ekoknomi dan politik antara pemerintahan pusat dengan daerah serta perebutan wilayah pertanian mendorong lahirnya koloni yang dikenal dengan Darfur Leberation Front yang merupakan pemberontak di wilayah Darfur pada tahun 1980. Konflik Darfur terawal pada 26 Februari 2003 ketika Darfur Liberation Front (DLF) menyatakan telah melakukan penyerangan terhadap markas pemerintah di kota Golo, Jebel Marra. Mereka menyerang balai-balai polis dan markas askar milik pemerintah di pergunungan Marrah. Akhirnya pada 25 Mac 2003, markas askar milik pemerintah di kota Tine yang terletak di perbatasan Chad berjaya ditawan. DLF ini kemudian mengubah namanya menjadi Sudan Liberation Movement (SLM) dan mengubah misinya untuk menuntut pemisahan wilayah Darfur dari Sudan menjadi pembentukkan negara persatuan demokratis Sudan dengan dasar persamaan, pembahagian kekuasaan, kesamarataan pembangunan, kepelbagaian budaya dan politik, serta kesejahteraan moral dan harta benda bagi seluruh rakyat Sudan. Kelompok ini kemudian menjadi kelompok pemberontak di Darfur. Pada Julai 2003, Sudan Liberation Movement / Army (SLM/A) dan Justice and Equality Movement (JEM) mengangkat senjata melawan pemerintahan pusat. Kelompok ini terdiri daripada petani yang kebanyakkannya adalah orang muslim Afrika bukan Arab. Anggota SLM adalah orang-orang Fur, Masalit serta suku Wagi Zaghawa, sedangkan anggoa JEM adalah orang-orang dari suku Kobe Zaghawa. Mereka menuntut penghentian kekejaman yang dilakukan oleh tentera Arab terhadap

penduduk etnik Afrika serta marginalisasi politik dan ekonomi di Darfur. Setahun setelah itu, pemimpin kedua kelompak pemberontak itu bersama-sama dengan pemerintahan Sudan serta wakil dari komuniti bersatu berbincang di Geneva untuk mencari jalan bagi mengatasi krisis kemanusiaan yang berlaku. Untuk melawan pergerakan pemberontakan, pemerintah Sudan menambah pasukan tentera dan mendukung penduduk tempatan untuk membentuk satu kelompok yang dikenal sebagai Janjaweed atau Iblis Berkuda. Anggotanya sebahagian besar adalah orang-orang Arab di Afrika yang majoriti adalah penternak dan peladang. Pemerintah yang mendukung Janjaweed menuduh penduduk bukan Arab melakukan pelanggaran hak asasi manusia seperti pembunuhan, rompakan dan pencabulan di Darfur. Kekerasan yang terjadi di Darfur berdasarkan data Human Rights Watch (HRW) akibat olah Janjaweed dan berdasarkan keterangan yang dikumpulkan dari NGO, tindakan Janjaweed didukung oleh pemerintah Sudan. Para pelarian mengatakan bahawa pasukan pemerintah menyerang dari udara dan Janjaweed pula menyerbu kampung di sekitar Darfur dan memutuskan supaya pelarian untuk mencari perlindungan. Pelarian dari wilayah Darfur ini melarikan diri ke Chad, sebuah negara tetangga Sudan yang wilayahnya berdekatan Darfur, kemkem pelarian di Darfur antara lain di Farchana dan Bredjing. Menurut Kumpulan Krisis Antarabangsa, serangan ketenteraan oleh pemerintahan tersebut tidak hanya semata-mata bertujuan untuk menghancurkan pemberontakan dan melakukan pembersihan etnik Afrika, tetapi ada tujuan lain di sebalik itu iaitu mengusir penduduk yang berada di sekitar kawasan minyak bumi yang merupakan tujuan jangka panjang pemerintah dengan alasan untuk pembangunan infrastruktur dan memperkembangkan sumber minyak.

Penyerangan oleh Janjaweed yang sering mendapat bantuan langsung dari pemerintah Sudan telah menyebabkan berpuluh ribu orang mati di Darfur dan lebih dari dua juta pelarian menetap di negara jiran, Chad. Ramai penduduk asal Darfur yang tinggal di kampung-kampung penetap mengalami kekurangan zat makanan dan kelaparan sehingga mati. Pekerja sosial Darfur menyangkal

adanya bantuan di beberapa tempat di Darfur. Hal ini kerana pemerintah Sudan menolak semua kekuatan PBB memasuki Sudan. Genjatan senjata diantara parti telah ditandatangani di NDjamena, Chad pada 8 April 2004. Meskipun demikian, kekerasan tetap berlanjutan walaupun misi tentera Uni Afrika telah disebar untuk mengawasi dari gencatan senjata. SLM/A dan JEM berbincang dengan pemerintah Sudan dibawah bantuan Uni Afrika, menghasilkan protokol-protokol tambahan mengenai aspek kemanusiaan dan keamanan pada konflik 9 November 2004. Malangnya perjanjian ini pun dilanggar oleh kedua-dua belah pihak. Pembicaraan dilanjutkan lagi di Abuja pada 10 Jun 2005. Dalam perbicaraan lebih lanjut ini mnghasilkan susunan keamanan, pembagian kekuatan dan ekonomi. Uni Afrika dengan dukungan dari Dewan Keamanan PBB, Amerika dan komuniti antarabangsa lain mula untuk menyebarkan pengawasan yang lebih luas dan pengamatan perang pada Oktober 2004. Dewan Keamanan PBB telah melewati tiga revolusi iaitu Revolusi 1556, 1564 dan 1574. Ketiga-tiga revolusi ini bertujuan untuk memindahkan pemerintahan Sudan kepada Janjaweed, melindungi penduduk Sipil dan mengetahui keperluan perluasan penyebaran misi Uni Afrika di Darfur. Usaha-usaha mediasi yang dilakukan oleh Uni Afrika membawa persetujuan damai antara pemerintah Sudan dengan kelompok pemberontak (SLA), yang ditandatangani pada 5 Mei 2006 yang dipimpin oleh Minni Arkou Minnawi di Abuja, Nigeria. Namun, PBB mengatakan bahawa sebenarnya kekerasan meningkat secara dramatis ketika perjanjian ini ditandatangani kerana perjanjian ini ditolak oleh JEM dan kaum pemberontak lainnya.

Perjanjian tersebut berisi tentang pelucutan senjata pasukan Janjaweed dan membubarkan kaum pemberontakan agar digabungkan ke dalam pasukan tentera. Perjanjian ini dibicarakan lebih lanjut pada Januari 2007 oleh Presiden Omar Al-Bashir dengan kesepakatan untuk mengadakan gencatan senjata selama 60 hari. Pada bulan Jun 2007, pemerintah Sudan setuju untuk bergabung dengan penjaga pendamaian Uni Afrika PBB di Darfur. Anggota Uni Afrika menyatakan bahawa persetujuan tersebut merupakan langkah maju pemerintah,

tetapi beberapa pengamat lain mengingatkan bahawa mungkin pemerintah mengingkarinya sama seperti beberapa perjanjian sebelumnya. Sudan diberitakan telah memaksa agar anggota-anggota penjaga pendamaian yang akan disebarkan di daerah Darfur. Misi PBB dan Uni Afrika di Darfur (UNAMID) dimulai pada awal tahun 2008, namun pada bulan Mac hanya 9 ribu anggota saja yang ditempatkan di Darfur. Konflik Darfur menyebabkan lebih 200,000 nyawa terbunuh manakala 2.5 juta lagi menjadi pelarian. Konflik ini berikutan pergaduhan sesama penduduk Islam yang berlainan etnik antara suku Afrika dengan kumpulan penduduk keturunan Arab yang memuncak pada 2003. Janjaweed iaitu pasukan bersenjata dari puak Abbala Rizeigat (Arab Badwi) dengan puak Fur, Zaghawa dan Massaleit yang mendiami Darfur. Kesemua pihak yang terlibat dalam konflik di Darfur adalah terdiri daripada orang Islam. Ini berbeza dengan konflik di selatan Sudan yang melibatkan pihak muslim di utara dan Kristian di selatan. Pihak Barisan Pembebasan Darfur atau nama lamanya Gerakan Pembebasan Sudan yang ditubuhkan pada 2002 cuba memanipulasikan pemikiran penduduk tempatan di Darfur untuk bangun memberontak menentang kerajaan Sudan. Gerakan Pembebasan Sudan mendapat sokongan negara Eritrea, negara musuh Sudan di selatan yang juga menyokong satu lagi pemberontakan di selatan Sudan bagi menentang kerajaan Sudan di sebelah utara.

Konflik darfur ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya bencana alam, masalah politik dan masalah keganasan serantau. Konflik ini juga disebabkan oleh ketidakseimbangan pembangunan dan peluang kehidupan di antara negara pusat bandar di sekitar Sungai Nil dan wilayah pinggiran seperti Darfur. Amerika Syarikat beriya-iya campur tangan dalam isu Darfur bagi mengalihkan pandangan dunia terhadap pencerobohan Amerika di Iraq. Setiap isu Darfur disiarkan di media antarabangsa. Pengarah Jabatan Undang-Undang

Antarabangsa dan Perjanjian kementerian luar negara Sudan, Sirajuddin Hamid Yousuf telah cuba menghuraikan isu konflik Darfur di Kongres Kesatuan Wanita Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 2007. Konflik di Darfur bukanlah pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai. Profesor Davild Hoile dari pertubuhan Medicines Sans Frontier menafikan tuduhan tersebut dan meminta sebarang bukti dan jika ada supaya memerlukan kajian lanjut. Majoriti penduduk Darfur adalah beragama islam, jadi mereka mempunyai keseragaman dalam agama. Jadi bukan konflik yang berpunca dari pertelingkahan antara agama sebagaimana sangkaan masyarakat dunia selama ini. Gaya hidup nomad masih diamalkan di Darfur. Persaingan antara kumpulan penternak dan petani, rakyat keturunan Arab dan Afrika mencetuskan konflik berdarah. Perebutan laluan perjalanan menjadi punca tradisional mereka bertelingkah. Mulanya puak-puak ini berebut sumber asli dan akhirnya berubah menjadi isu politik apabila kerajaan dan media barat campur tangan. Penemuan minyak di Chad yang bersempadan dengan Sudan dan eksploitasi minyak di selatan Darfur menambahkan lagi ketegangan. Tekanan ke atas kerajaan Sudan lebih teruk selepas tragedi 11 September 2001 yang mencetus perasaan Islamiphobia apabila Amerika Syarikat dan Britain mensasarkan kemarahan kepada pemerintah pro islam seperti Sudan. Regim Sudan serta merta berada di senarai teratas musuh Amerika Syarikat. Punca konflik Darfur meningkat pada Februari 2003 selepas dua kumpulan bersenjata (Tentera Pembebasan Sudan) dan Pergerakan Keadilan mula berperang dan menyerang kawasan pekan, pejabat kerajaan dan orang awam. Keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan krisis pembunuhan dan pelarian ke negara jiran. Negara-negara jiran seperti Eriteria dan Chad bukan saja memberi bantuan bahkan membenarkan negara mereka menjadi pangkalan utama kumpulan pemberontak. Kini Eriteria memainkan peranan positif untuk menghasilkan perjanjian damai di Darfur.

Di Chad wujud hubungan etnik yang rapat antara pemberontak di Darfur dan pemberontak di Republik Chad. Beberapa perjanjian telah dibuat antara Sudan dan Chad bagi mengendurkan ketegangan. Darfur adalah kawasan yang terpinggir di dalam Sudan, oleh sebab itulah salah satu penyumbang kepada berlakunya perpecahan dan pemberontakan. Ketidaksamarataan berlaku dari segi ekonomi, politik dan sosial, disitulah akan mula timbulnya pemberontakan yang mula dianggap kecil dan menggugat keamanan Sudan. Apabila berlaku campur tangan media massa yang menggembar-gemburkan krisis tersebut, juga kerajaan mula campur tangan kononnya untuk menyelesaikan tetapi mengambil kesempatan terhadap krisis tersebut. Krisis yang melibatkan ekonomi di Sudan dapat dilihat kerana rakyat merasakan ketidaksamarataan dan ketidak adilan yang diterima oleh mereka. Dapat dilihat krisis ekonomi yang berlaku di Darfur adalah sumber minyak yang terdapat di Darfur, pemerintah cuba mengambil kesempatan ketika ingin menghapuskan pemberontakan yang berlaku di Darfur dengan tujuan lain iaitu untuk mengusir penduduk yang berada di sekitar kawasan minyak bumi supaya pemerintah dapat memanfaatkan sumber minyak tersebut. Konflik di Darfur lebih kepada pertelingkahan antara puak-puak dan bekalan makanan yang tidak mencukupi di sana. Konflik darfur juga telah mengakibatkan korban yang berpunca daripada kelaparan dan penyakit kerana tidak dapat makanan yang diperlukan oleh badan untuk terus hidup. Kawasan penempatan atau kawasan tempat tinggal penduduk Darfur juga dalam keadaan daif seperti setinggan seolah-olah mereka bukan termasuk di dalam negara Sudan, tidak dihiraukan sama sekali tentang kehidupan mereka di sana. Rumusan Rumusan dari konflik yang berlaku di Sudan iaitu konflik Darfur ialah dapat dirumuskan bahawa punca daripada operasi pembersihan etnik. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat.Terdapat juga analisis-analisis yang mendakwa keadaan di Darfur bukan satu pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai, ia semata-mata berpunca daripada perebutan sumber bumi yang

menunjukkan tanda-tanda kenapa Amerika Syarikat dan banyak pihak lain yang turut campur tangan di dalam kekacauan di Darfur. Ini kerana Darfur di wilayah barat sangat kaya dengan hasil-hasil bumi. Campur tangan Amerika Syarikat juga kerana Darfur adalah pusat kegiatan islam yang melaksanakan islam secara menyeluruh, ini sudah semestinya tidak disukai oleh Amerika Syarikat. Punca yang menyebabkan Darfur menjadi konflik yang dianggap serius adalah campur tangan dari pihak luar. Jika tiada campur tangan dari pihak luar yang ada agenda-agenda mereka yang tersendiri, pasti korban nyawa tidak banyak berlaku. Bantuan dalam mengembalikan keamanan di Darfur adalah amat diperlukan untuk memulihkan krisis yang berlaku seperti melakukan pembangunan semula infrastruktur seperti sekolah, bekalan air, hospital dan tempat tinggal serta jaminan keselamatan perlu dilaksanakan bagi menggalakkan pelarian kembali pulang ke kampung halaman masing-masing. Hasil mentah bumi seperti jualan minyak oleh Sudan juga perlu disalurkan untuk keperluan pembangunan di wilayah yang bergolak dan juga untuk membangunkan negara Sudan. Oleh kerana itu, perasaan perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu sendiri.

Rujukan i) ii) http://www.scribd.com/revisi_bab http://ms.wikipedis.org/wiki/Konflik_Darfur

NAMA : MOHD ZAINI BIN MOHD ZAIN NO. MATRIK : CI 100083 NO. IC : 870610-43-5255 TAHUN : 1 KURSUS : BIT SUBJEK : HUBUNGAN ETNIK

You might also like