Lampiran Surat2

You might also like

You are on page 1of 12

LAMPIRAN 1 Kelab Kembara, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr.

Ismail

Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.


No. Tel : 03-7847 1096

No. Fax : 03-7847 1145


Ruj kami Tarikh Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail : SKSI 05/01/01(01) : 13 Januari 2012

Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.


Tuan , PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB KEMBARA Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Noor Zamatul Shima Binti Ahmad berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab Kembara, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Shah Alam mulai 1 Januari 2013. 2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut: 2.1 2.2 2.3 Draf Perlembagaan. Draf Aktiviti Asas. Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih

Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

(Noor Zamatul Shima Binti Ahmad) Setiausaha, Kelab Kembara Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya

Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.

LAMPIRAN 2 Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail

Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.


No. Tel : 03-7847 1096

No. Fax : 03-7847 1145


Ruj kami Tarikh Guru Penasihat Kelab Kembara, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail : SKSI 05/01/01(01) : 27 Januari 2012

Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor. Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN KELAB KEMBARA

Merujuk surat tuan SKPT 09/01/01( 01) bertarikh 13 Januari 2012 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan Kelab Kembara, Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Shah Alam diluluskan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan:

2.1 Draf Perlembagaan 2.2 Draf Aktiviti Asas 2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei, 1998, P.U.(A) 196.

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut Perintah,

(EN ABDUL AZIZ BIN MOHD ZAIN)


Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail

Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor. s.k. - Fail Timbul

LAMPIRAN 3 Pengurusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Persatuan Surat Panggilan Mesyuarat Kelab Kembara, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya, Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 03-7847 1096

No. Fax : 03-7847 1145 Ruj. Kami : SKSI 06/01/01(2) Tarikh : 20 Februari 2012

Puan Mainurul Seadah Bt Meor Ibrahim Noor Najia Bte Lodz Tun Muhamad Azam B. Mohd Redzuan Noor Zamatul Shima Binti Ahmad Zainab Hannan Bt Ramli Ketua Kumpulan

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari

: 1) Nurul Husna Binti Zulkifli 2) Noor Aziati Binti Daud 3) Mohd Naim B Abd Majid @ Abd Aziz 4) Muhamad Norhafizie B. Ma. Hasan 5) Nirayanti Binti Amir

MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB KEMBARA KALI PERTAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TDDI JAYA. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Kembara sekolah ini akan diadakan pada 27 Februari 2012, hari Isnin, jam 2.30 petang dan bertempat di kantin sekolah. 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Ucapan Pengerusi Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu Perkara-perkara berbangkit Laporan Kewangan Penubuhan Jawatankuasa Biro Hal-hal lain

3.

Sehubungan itu, sdr/sdri dengan hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

(Noor Zamatul Shima Binti Ahmad) Setiausaha Kelab Kembara, Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya. Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.

s.k. 1. Pendaftar Kelab & Persatuan 2. GPK Kokurikulum 3. Guru Penasihat tuan dijemput hadir

LAMPIRAN 4 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Kembara Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor. --------------------------------------------------------------------Tarikh : Hari : 27 Februari 2012 Isnin 2.30 petang Kantin Sekolah

Masa : Tempat :

Kehadiran : Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ketua Kumpulan : Puan Mainurul Seadah Bt Meor Ibrahim : Noor Najia Bte Lodz : Tun Muhamad Azam B. Mohd Redzuan : Noor Zamatul Shima Binti Ahmad : Zainab Hannan Bt Ramli : 1) Nurul Husna Binti Zulkifli 2) Noor Aziati Binti Daud 3) Mohd Naim B Abd Majid @ Abd Aziz 4) Muhamad Norhafizie B. Ma. Hasan 5) Nirayanti Binti Amir

Turut hadir : En Ramli bin Pit -GPK Kokurikulum En Norhisham bin Abd Rahman Guru Penasihat Kelab Kembara Pn Wan Asmawati bt Wan Muda Guru Penasihat Kelab Kembara

Agenda

Perkara

Tindakan

Ucapan Pengerusi. 1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Noor Najia Bte Lodz. 1.2 Memulakan mesyuarat dengan bacaan surah alfatihah dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran En Ramli bin Pit selaku GPK Kokurikulum dan Puan Mainurul Seadah Bt Meor Ibrahim selaku guru penasihat persatuan ini. makluman

Mengesahkan minit yang lalu. 2.1 Tun Muhamad Azam B. Mohd Redzuan mencadangkan minit mesyuarat yang lalu untuk di sahkan dan disokong oleh sdr Nirayanti Binti Amir. makluman

Agenda

Perkara

Tindakan

Perkara-perkara berbangkit.

- Tiada.

Laporan Kewangan. 4.1 Zainab Hannan Binti Ramli membentangkan Penyata Kewangan. 4.2 Mohd Naim Bin Abdul Majid mencadangan penyata kewangan yang lalu untuk disahkan dan disokong oleh Noor Aziati Binti Daud makluman

Penubuhan Biro-biro. 5.1 Pengerusi minta cadangan daripada ahli untuk penubuhan biro-biro dalam persatuan tersebut. 5.2 Nurul Husna Binti Zulkifli mencadangkan penubuhan Biro Lawatan dan Mohd Norhafizie Bin Ma. Hasan menyokong cadangan tersebut. 5.3 Nurul Husna Binti Zulkifli juga memaklumkan bahawa penubuhan Biro Lawatan amat perlu untuk Makluman

memperkembangkan idea dan pengalaman-pengalaman baru kepada ahli-ahli persatuan. 5.4 Majlis sebulat suara bersetuju dengan penubuhan biro tersebut.

5.5

Mohd

Norhafizie

Bin

Ma.

Hasan

mencadangkan

penubuhan Biro Kebajikan dan Nirayanti Binti Amir menyokong cadangan tersebut. 5.6 Mohd Norhafizie Bin Ma. Hasan menjelaskan bahawa biro kebajikan amat perlu untuk menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan. 5.7 Majlis bersetuju dengan penubuhan biro berkenaan.

Hal-hal lain. 6.1 En Ramli bin Pit selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa kerana dapat menjalankan peranan dan tugas masing-masing semasa bermesyuarat. 6.2 Beliau juga berharap agar semua ahli persatuan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan baik agar aktiviti persatuan boleh dilaksanakan dengan berkesan. 6.3 Puan Mainurul Seadah Bt Meor Ibrahim selaku Guru Kelab Kembara juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa kerana berjaya mengadakan mesyuarat tersebut. 6.4 Beliau juga menyarankan kepada semua ahli jawatankuasa supaya setiap biro yang ditubuhkan itu dapat menjalankan aktiviti khusus untuk kebaikan semua ahli. 6.5 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Penasihat Kelab Kembara di atas saranan dan nasihat yang amat bermakna kepada semua ahli jawatankuasa dan juga semua ahli persatuan makluman

ini. 6.6 Pengerusi mengakhiri mesyuarat tersebut dengan bacaan surah al asy.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(Noor Zamatul Shima Binti Ahmad) Setiausaha Kelab Kembara, Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya. Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.

(Noor Najia Bte Lodz) Pengerusi Kelab Kembara, Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya. Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor.

You might also like