You are on page 1of 5

TEKS JURUACARA MAJLIS PENUTUPKARNIVAL KOAKADEMIK BAHASA MELAYU ZON BUKIT GAMBIR 2011 SEK.

KEB SIMPANG LIMA DARAT 14 April 2011 8.00 pg MUKADIMAH

Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan tradisi melayu Kami mengucapkan selamat datang Ke majlis penutup Karnival Bahasa Melayu
Yang .., Tuan Haji Abdul Rahim bin Talib Pengarah Urusan Innoseven merangkap Naib Ketua Umno Bahagian Ledang Yang Berusaha, Tuan Haji Mazlan bin Ahmad Guru Besar SK Simpang Lima Darat merangkap Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Zon Bukit Gambir Yang Berusaha Puan Zawiah binti Noordin Guru Penolong Kanan HEM SK Simpang Lima Darat Yang Dihormati Guru-guru besar Zon Bukit Gambir Ahli Jawatankuasa Pengelola Karnival Bahasa Melayu Guru-guru Bahasa Melayu Zon Bukit Gambir Para hadirin jemputan Guru-guru pengiring Para peserta karnival dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapat sama-sama kita berada dalam majlis yang mulia ini, iaitu Majlis Penutup Karnival Koakademik Bahasa Melayu Zon Bukit Gambir 2011 Bagi pihak jawatankuasa sambutan majlis ini dan seluruh warga SK Simpang Lima Darat, kami mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan serta tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini. PERSEMBAHAN ZAPIN 1 Terbang bebas si rama-rama Teratai mekar di tengah lembah Menyusun langkah seiring irama Tarian Zapin kini dipersembah Para hadirin yang dikasihi sekalian, Marilah sama-sama kita saksikan persembahan zapin dari muridmurid SK Simpang Lima Darat. Dipersilakan. Majlis mengucapkan Terima Kasih di atas persembahan itu tadi. Kumpulan zapin yang disaksikan sebentar taditelah dipimpin oleh Pn Nor Adielah binti Hassan. BACAAN DOA Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Para hadirin sekalian Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena Majlis Penutup Karnival Ko Akademik Bahasa Melayu Zon Bukit Gambir Tahun 2011 Majlis mempersilakan Ustaz Wan Fakharurrazi bin Abdul Karim , Guru JQaf Sk Simpang Lima Daratuntuk memimpin bacaan doa. Majlis Dengan segala hormatnya, mempersilakan. Amin amin Ya Robbanalamin.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Wan Fakharurrazi bin Abdul Karim atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALUAN GB Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Para hadirin sekalian, Bagi meneruskan majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Mazlan bin Ahmad Guru Besar SK Simpang Lima Darat merangkap Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Zon Bukit Gambir untuk menyampaikan ucapan aluannya. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mazlan bin Ahmad atas ucapan aluan itu tadi. UCAPAN PERASMIAN PENUTUP Para hadirin sekalian, Majlis kita pada hari ini akan diteruskan dengan ucapan perasmian penutup. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang. Tuan Haji Abdul Rahim bin Talib, Pengarah Urusan Inoseven merangkap Naib Ketua Umno Bahagian Ledang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutup Karnival Ko akademik Bahasa Melayu Zon Bukit Gambir MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH Majlis diteruskan lagi dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah bagi acara-acara yang telah dipertandingkan pada pagi tadi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan _______________________________________________________ ______________________________________________ diiringi oleh _______________________________________________________ ___________________________________________________untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dimulakan dengan acara Bercerita Tahap 1, johan disandang oleh adik naib johan ialah adik............................................ dan tempat ketiga ialah adik. Seterudnya acara Bercerita Tahap 2, johan disandang oleh adik naib johan ialah adik............................................ dan tempat ketiga ialah adik. Seterusnya bagi acara Pidato, johan disandang oleh adik.. naib johan ialah adik............................................ dan tempat ketiga ialah adik Seterusnya acara Mengarang tahap 2, johan disandang oleh adik. naib johan ialah adik............................................ dan tempat ketiga ialah adik Seterusnya dipersilakan Tuan Haji Mazlan bin AhmadGuru Besar Sk Simpang Lima Darat merangkap Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Zon Bukit Gambir untuk menyampaikan Cenderahati kepada .Tuan Haji Abdul Rahim bin Talib Pengarah Urusan Inoseven merangkap Naib ketua Umno Ledang Terima kasih diucapkan kepada ___________________________________________________ Kerana sudi menyampaian hadiah itu tadi

Bersyukur kini kami panjatkan, Majlis penutup telah disempurnakan, Sekalung penghargaan kami hulurkan,

Segulung tahniah kami ucapkan....


Syabas dan tahniah kepada semua penerima hadiah. Terima Kasih diucapkan kepada ________________________________ kerana menyampaikan hadiah itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Karnival koakademik Bahasa Melayu Zon Bukit Gambir 2010 ini. Untuk itu, majlis turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang, bagi yang tidak Berjaya jangan putus asa dan teruskan usaha anda. Terima kasih sekalung budi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Karnival Koakademik Bahasa Melayu Zon Bukit Gambir 2010 ini. Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan didalam peti Majlis penutupan selesailah sudah Jumpa lagi di lain kali Sekian, Sehingga kita bertemu lagi di tahun hadapan. Salam bahagia dan salam hormat. Assalamualaikum WBt....

You might also like